Sumbangan ~ Tolong Klik.... Thanks.

Friday, September 12, 2008

Ibrahim: Saya tidak akan sertai Pakatan

Muda Mohd Noor Sep 12, 08 6:43pm

Ahli Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali berkata, beliau tidak akan menyertai Pakatan Rakyat dalam masa terdekat ini.

Beliau juga menegaskan tidak akan menyertai mana-mana parti politik.

“Saya belum ada ilham dan tidak ada minat untuk menyertai parti politik.

“Ketika ini saya mahu kekal bebas untuk memudahkan saya menegur mana-mana pihak,” katanya

Beliau minta mengulas usaha penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menubuhkan kerajaan baru dengan bantuan ahli Parlimen BN menyertai Pakatan.

Dalam pilihanraya umum lalu, Ibrahim bertanding atas tiket PAS tetapi menjadi ahli Parlimen bebas.'Belum tahu bila'Beliau berkata, ketika ini beliau sedang mengkaji situasi politik negara sebelum membuat keputusan menjadi ahli parti.

“Berapa lama masa belum ditentukan tetapi tidak lama dan tidak cepat,” katanya.Ibrahim berkata, sebagai ahli Parlimen bebas, beliau boleh berjumpa dengan semua ahli Parlimen dari mana-mana parti tanpa sebarang halangan.

Sebelum pilihanraya umum lalu, Ibrahim pernah mendakwa beliau menerima banyak tawaran dari parti politik kerajaan dan pembangkang supaya menyertai parti mereka.

Ibrahim pernah menjadi ketua Umno bahagian Pasir Mas sebelum dipecat pada 1995 kerana bertanding sebagai calon bebas dalam pilihanraya kecil Pengkalan Pasir.

Selain itu, beliau pernah menyertai Parti Melayu Semangat 46 yang ditubuhkan oleh Tengku Razaleigh Hamzah selepas bekas menteri kewangan itu kalah merebut jawatan presiden Umno dari Tun Dr Mahathir Mohamad dalam pemilihan pada 1987.

-Malaysiakini

Misi Menyelamat Bermula..


MISI BERMULA... Lima wakil Parti Keadilan Rakyat (PKR) berlepas ke Taiwan bagi mengadakan rundingan peringkat akhir dengan sekumpulan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang didakwa menyatakan persetujuan untuk menyertai Pakatan Rakyat petang tadi.
Mereka terdiri daripada Pengarah Strategi PKR, Saifuddin Nasution; Ketua Penerangannya, Tian Chua; Timbalan Pengarah Pilihan Raya PKR, Fuziah Salleh serta Ahli Majlis Tertinggi, Low Chee Chong dan Ketua Penerangan Wanita PKR, Elizabeth Wong.
Bagaimanapun Fuziah yang juga Ahli Parlimen Kuantan telah berlepas ke Taiwan sebelah pagi. -
Foto The Star oleh IBRAHIM MOKHTAR

Antara 2 Darjat : Paklah dan Obama


SENATOR Amerika Syarikat dari Arizona, John McCain dan calon presiden Republik, Barrack Obama (kiri) menaburkan bunga ke tempat di mana menara Pusat Dagangan Dunia (WTC), New York, dirempuh pada 11 Sept 2001 sebagai tanda memperingati ulang tahun hari bersejarah yang penuh tragis itu untuk kali ke-7.

ABDULLAH Ahmad Badawi meletak kalungan bunga di Tugu Peringatan Negara, Kuala Lumpur sempena Hari Pahlawan 2004.

AR: Inikah Dolah yang ditegur MUFTI, tapi tetap melakukan syirik....... Kalau Obama, takperlah, Agama dia tak larang, tapi Islam larang Dolah.... Dolah, Dolah, apa nak jadi dengan engko nih...

Raja Petra Ditahan Di Bawah ISA

Sep 12, 08 1:37pm

Blogger Raja Petra Kamaruddin telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Negeri (ISA), kata isterinya Marina Lee Abdullah.

Menurutnya, 10 anggota polis datang ke rumah mereka di Sungai Buluh pada kira-kira jam 1.10 tengahari tadi untuk menahannya.

Ketika Malaysiakini menghubunginya pada jam 1.25 tengahari, anggota polis masih berada di rumahnya.

Pada 6 September lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar telah memberi amaran bahawa editor lamanweb Malaysia Today itu mungkin dikenakan ISA kerana menyiarkan komen yang didakwa menghina Islam dan Nabi Muhammad.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (Maiwp) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), telah membuat laporan polis terhadap Raja Petra berhubung perkara itu.

Mereka mendakwa komen beliau dalam artikel yang bertajuk "I Promise to be a good, non-hypocritical Muslim" didakwa menggunakan ayat-ayat yang menghina orang Islam.

Raja Petra, yang popular dengan panggilan RPK, juga didakwa telah membenarkan komen-komen disiarkan dalam lamanwebnya yang menghina Islam dan Nabi Muhammad, dalam artikel bertajuk "Not all Arabs are descendants of the Prophet".

Sementara itu, Marina berkata, mereka masih belum melantik peguam untuk mengendalikan perkara itu.

Ini adalah kali kedua Raja Petra ditahan di bawah ISA, yang membenarkan tahanan tanpa bicara.

Kali pertama, beliau ditangkap di bawah ISA pada 11 April 2001 ketika gerakan reformasi di mana sembilan orang telah ditahan. Pada masa itu, beliau merupakan webmaster lamanweb FreeAnwar.com
ketika itu.

Raja Petra dibebaskan selepas ditahan selama 52 hari. Bagaimanapun, enam daripada pemimpin reformasi itu dihantar ke Kem Tahanan Kamunting di Tapiling di mana mereka ditahan selama dua tahun.


5 Dari PKR ke Taiwan!!!

KUALA LUMPUR: Five PKR members flew to Taipei, Taiwan, on Friday. Following close on the heels of the Barisan Nasional backbenchers, the PKR leaders have been sent to Taiwan “to see how agricultural progress can be made.”

Election bureau deputy head Fuziah Salleh (Kuantan MP) flew off on Friday morning, while information chief Tian Chua (Batu MP), strategic director Saifuddin Nasution (Machang MP), supreme council member Low Chee Cheong and Elizabeth Wong (Selangor state executive councillors) are flying off at 2.20pm.



AR: Kami di semenanjung nih hanya mampu berdoa, agar selamat pergi dan  pulang....... Permudahkanlah perjalanan mereka semua..... hahahha, jangan tak jumpa cari pulak.... Sebab, konpem, Paklah dah mintak diorang checkout tadi, pindah ke tempat lain..... start main nyorok2 dah.... hehehehe.

916: UMNO = TITANIC!!!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
 
Sekiranya di putar kembali sejarah, Kapal yang terbesar dan termewah di dunia iaitu, Titanic telah karam pada 14 April 1912 dimana daripada jumlah 220o di dalam kapal tersebut, hanya 700 sahaja yang dapat diselamatkan.

Begitukah kisah sebuah Kapal yang gah dan dipuja oleh para jutawan dan golongan berada karam sekelip mata........ Hal ini ada kaitan dengan satu kapal politik yang namanya bukanlah Titanic tetapi UMNO yang dikatakan membawa muatan berjuta-juta ahli, namun, ianya sedang mengalami masalah yang sama dihadapi oleh sebuah Titanic, dimana kapal UMNO ini telah terlibat dengan tsunami politik pada 8 Mac disebabkan oleh Presidennya yang Boneka kepada menantunya, Khairy Jamaluddin.

Diberitakan kapal UMNO ini mengalami masalah yang sejibik dan sebijik macam Kapal Titanic, di mana kapal UMNO ini tidak dapat diselamatkan lagi, dan sesiapa yang di dalamnya ingin selamat, dinasihatkan agar melompat ke dalam perhau-perahu penyelamat...... Namun, mungkin masih ramai di dalam kapal UMNO itu yang berdegil dan ego dengan kemewahan kapal UMNO ala Titanic ini dan sanggup mati bersama-sama Kapal UMNO yang telah karam itu.

Namun begitu, diberitakan juga, ada seorang warga tua yang boleh dikategorikan dalam kalangan OKU dah..... umurnya dah mencecah 80-an, telah melompat keluar daripada Kapal UMNO tersebut, namun..... akibat daripada keegoan beliau terhadap tuan-tuan kapal penyelamat yang selama beliau masih muda, beliau banyak membuli dan melakukan perkara jahat, dikhabarkan, beliau ingin memanjat semula Kapal UMNO yang telah karam itu, namun, tidak pasti beliau berjaya untuk masuk semula ke dalam kapal UMNO itu atau tidak, kerana Nakhoda Kapal UMNO itu merasakan Kapal UMNO hampir tenggelam dan sekiranya di tambah seorang warga tua yang banyak salah nih, konpem, Kapal UMNO ini lagi cepat tenggelam....

Jadi, akhirnya, pasti Kapal UMNO ini akan tenggelam seperti tenggelamnya Kapal TITANIC...... beringatlah sebelum kena, walau kemewahan sekali mana pun kurniaan hidup kita, namun rezeki yang halal dan amal yang baik sahaja yang akan diterima oleh Allah dan Allah akan menghukum kepada sesiapa yang bermain dengan hukum Allah, padahal mereka mengetahui ianya salah..... dan Inilah balasan kepada UMNO yang telah banyak melakukan kekejaman di bumi Malaysia ini.

916 Countdown!!!

Masalah Umno lebih membimbangkan daripada 16 Sept

Sep 12, 08 12:52pm
Masalah dalaman Umno adalah lebih membimbangkan daripada memikirkan kemungkinan wakil rakyatnya menyertai pembangkang, kata Pengerusi Kelab Anggota Parlimen Barisan Nasional Sabah, Datuk Anifah Aman.

anifah amanKatanya, kepimpinan Umno perlu melakukan sesuatu bagi memulihkan masalah dalaman parti itu daripada terlalu gusar memikirkan kemungkinan wakil rakyatnya menyertai pembangkang.
    
"Apa yang berlaku sekarang ialah pemimpin-pemimpin Umno terlalu memberi tumpuan kepada ura-ura kononnya ada wakil rakyatnya akan melompat parti padahal mereka sepatutnya menangani masalah Umno itu sendiri," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di Kota Kinabalu.
    
Anifah, yang juga Anggota Parlimen Kimanis dan Ketua Umno Bahagian Kimanis, berkata soal wakil rakyat daripada Umno menyertai pembangkang tidak akan timbul jika parti itu terus kuat dan pemimpin-pemimpinnya tidak terbawa-bawa dengan isu-isu lain.
    
"Saya lebih risau tentang apa yang akan terjadi kepada Umno khususnya menjelang pemilihan parti Disember ini," katanya.
    
Ekoran pilihanraya umum Mac lalu yang menyaksikan BN buat pertama kalinya kehilangan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat, Anifah mengambil keputusan yang agak mengejutkan dengan menolak pelantikannya sebagai seorang timbalan menteri, jawatan yang disandangnya selama dua penggal sebelum itu.

Kenyataan Muhyiddin

    
Anifah berkata kenyataan Naib Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin Rabu lalu bahawa rancangan pengunduran Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah
 Badawi pada 2010 adalah terlalu lama, merupakan satu lagi masalah dalaman Umno yang perlu segera diselesaikan sebelum ia menjadi lebih buruk.
    
Seorang lagi anggota Parlimen BN, Datuk Dr Tiki Lafe, pula berkata parti-parti komponen lain dalam BN juga mulai bimbang dengan pergolakan dalam Umno.
    
Dr Tiki, ahli Parlimen Mas Gading dan Naib Presiden Parti Progresif Demokratik Sarawak, satu daripada 14 parti komponen BN, berkata beliau melihat tanda-tanda "krisis" akan berlaku dalam Umno ekoran kenyetaan terbuka oleh Muhyiddin mengenai Abdullah, yang juga Presiden Umno.
    
Satu lagi trend yang membimbangkan, kata beliau, ialah kenyataan berbaur perkauman oleh Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera Datuk Ahmad Ismail.
    
Ketika ditanya kenapa beliau tidak menyertai rombongan 46 ahli Parlimen BN yang kini dalam lawatan sambil belajar ke Taiwan, Dr Tiki berkata, beliau tidak nampak manfaat yang banyak daripada lawatan itu. 

- Malaysiakini


AR: Kalau masalah UMNO terlampau rumit, elok sajalah Tuan lompat kijang ke dalam Pakatan Rakyat, UMNO dah kena BALA dah tuh....... semua orang pakat lari...... kalau Tuan lambat, tuan adalah mangsa yang terakhir......... TITANIC!!!!! banyak sangat buat fitnah, BALA akan datang jua.......

916 Tragedy : 42 Lompat, 12 Keluar = 112 untuk PAKATAN RAKYAT!!

Oleh: MatSamanKati

Nasharudin Mat Isa dan Ibrahim Ali tak mau tandatangan persetujuan Pakatan Rakyat mengambil alih pemerintahan. Hangpa nak sumber, pi tengok Perisik Rakyat dan Malaysiabiz. Depa dapat sumber dari mana? yang tu hangpa tanya kat depa. Aku tau pun aku tak mau cerita.

Maknanya…30 masuk, dua keluar. Jadi kalau nak cover balik, Anwar kena cari 32.

Ada lagi… Che’gu Pa dengan Harun Taib pun dok ramal 16 September takkan jadi. Macam mana depa tau? Sebab yang empunya diri pun nak lari. Jadi, Anwar kena cari lagi dua sebagai ganti. 34.

Zul Nordin macam mana? cakap dia pun lain macam. Silap-silap, perbicaraan kat mahkamah pun lingkup. Jadi, Anwar kena cari lagi satu. 35.

Hj. Hadi macam mana? belum tau lagi. Kalau Hadi pun belum tau, geng-geng Trengganu pun belum tau. Tu belum masuk geng Hasan Ali kat Selangor. Semua ada empat orang. Jadi Anwar kena cari lagi empat.Tapi tu bukan masalah, Anwar dah ada 40.

Nasha, Berahim Ali, Zul Nordin, Che’gu Pa, Harun Taib, Hj. Hadi, Hasan Ali. Kemudian dua lagi tak tau sapa. Semua ada sembilan orang.

Empat puluh masuk, sembilan keluar. Hei!!! bukan ka dulu aku dah cerita? Tapi masa tu, aku tulis dalam polifiksyen. Sebab kalau aku kata betui pun, orang mesti kata aku tipu..fitnah.

Tengok balik apa yang aku tulis dalam bulan Mei dulu.


-------------------------------------------------------------------------------------------------

Polifiksyen 2

AI:”Ada masalah sikit Mat. Tak cukup lagi dua. La ni baru ada 40.”

MSK:” Pasai apa tak cukup? La ni kita ada 82. Tambah 40 jadi 122. Lebih dari cukup apa? Kita cuma perlu 112. La ni dah lebih 10.”

AI:” Tu la masalahnya. Kalau 40 ni lompat masuk, ada 12 orang kita nak keluaq. 9 dari Pas, 3 dari DAP. 40 masuk, 12 keluaq, hang kira berapa!”

MSK:”PR 110, BN 112″

AI: “Pandai pun.”

MSK: “Sapa dia dari BN yang nak lompat tu?”

AI: “Hang mintak senarai kat Pak Din” Din Merican keluar diary dia. Sabah, Sarawak: 26. Johor: 8. Perak:3. NS: 2. Penang:1. Pahang:1″

Yang ni bukan nujum Pak Nawi. Kalau aku kata ramalan, orang kata khurafat.Kalau aku kata fakta, orang kata fitnah. Kalau aku kata melalui sumber, tak kan aku nak bagi tau!.

Semua orang dok ingat, masalah Anwar ialah untuk mendapatkan MP BN untuk melompat masuk kedalam PR. Apa yang ramai orang tak tau, ada MP Pas nak join Umno.

Bila aku cakap, orang kata bohong. Siap kata nak saman sekali.

Jangan jadi macam orang Umno. Apa yang Utusan kata semua betui.

Jangan jadi macam orang Pas. Apa Harakah kata semua betui.

Jangan jadi macam orang PKR. Apa Suara Keadilan kata semua depa percaya.

Pakai akai.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Peralihan kuasa: Najib serah perwakilan, Muhyiddin sedia terima padah

12-09-2008 11:53:54 AM

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu peralihan kuasa ditentukan oleh perwakilan pada mesyuarat Umno bahagian selepas umat Islam menyambut hari raya Oktober ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menhgadiri persidangan Perniagaan China Guangdong-Malaysia di sini hari ini.

Dalam pada itu, Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau tidak gentar terima padah kerana menyuarakan apa yang ramai ahli Umno dan parti komponen Barisan Nasional mahukan.

Tambahnya, beliau tidak berniat untuk menyinggung Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tetapi seseorang mesti berani menyuarakan yang benar.



AR: Najib nih menompang keberanian Muhyiddin aje.... tapi, AR yakin, si BIJAN nih tak sempat nak merasa kerusi Perdana Menteri, dan si Rosmah laks, tak dan nak merasa jadi Wife PM....... Ada juga diberitakan Muhyiddin pun melompat..... Paklah, jangan nak tunjuk samseng lagi, Muhyiddin dah tak heran dah....... nak gantung ke? nak buat apa? dahlah dulu Dolah nih nak ambik KJ jadi Menteri Belia dan Sukan, si Muhyiddin nihlah yang berani bantah termasuk Rafidah Aziz...... hahhaha, Dolah Gila Kuasa, tapi bagi Khairy yang atur.... alamaknya, musnah negara!!!!


Selamat Meraikan Onamshamsakal! - Perayaan Apa ni?

12 Sep 08

By Anwar Ibrahim












Saya dan Azizah ingin mengucapkan selamat buat teman-teman Malayalee yang meraikan festival Onamshamsakal. Semoga ikatan kemesraan dan jalinan persahabatan yang dibina berkekalan untuk selamanya.

Mudah-mudahan, rezeki yang dituai pada masa akan datang berhasil serta bertambah baik dan lumayan.

Santhoshathindeeyum, sambalsamrithiyudeeyum, nirakudamaaya eee naalil, ningkkellaavarkkum ente ponnooonaashamsakal!

(Terjemahan Bahasa Malayalee: Pada hari ini yang berlimpah dengan kegembiraan dan kemakmuran, saya mengucapkan Selamat Meraikan Onamshamsakal!)

ANWAR IBRAHIM


AR: Nakal betul DSAI nih, ntah apa Onamshamsakal, pertama kali dengar.... main tembak ajerlah..... Pesta hari Menuai kut..... hehehehehe. Vandakam!!!!

Che Det - Blogger BN@UMNO Dulu dan Kini

DULU DULU...

1) -->Blogger bn@umno said...

chedet ni menyibuk je.Malaysia jadi macam ni pun disebabkan oleh si mamak ni juga yg memerintah secara diktator 22 tahun yg lalu.Si mamak ni sepatutnya disumbatkan dalam penjara atau di dakwa dibawah ISA.

(August 14, 2008 1:57 AM)


2) -->Blogger bn@umno said...

aku sejak dulu lagi dah bencikan si mamak ni walaupun masa itu dia masih lagi dalam BN.Aku lebih respect AAB drpd si mamak ni kerana beliau seorg yg bertimbang rasa, adil, tidak bersikap diktator dalam pemerintahan dan banyak lagi.Cuma dr segi pentadbiran AAB ada sedikit kelemahan tapi aku yakin AAB mampu melonjakkan semula ekonomi malaysia jika kita sama-sama memberi sokongan sepenuhnya kpd AAB.kalau AAB nak dibandingkan dgn DSAI, confirm DSAI pasti jauh ketinggalan.

(August 14, 2008 3:10 AM)



KINI... He.. He...

1) -->Blogger bn@umno said...

wow berita baik.aku dengar DR M bercadang untuk menyertai BN semula bagi menguatkan jentera BN yg agak lemah sekarang ni.mungkin sebelum 16 sept Dr.M akan sertai BN.nampaknya besar kemungkinan impian DSAI membentuk kerajaan baru tidak akan tercapai dgn kemasukkan Dr.M ke BN semula.

September 8, 2008 4:31 AM


INI LA BUKTI BN@UMNO NIE BODOH KAH.. KAH... KAH,,, HARI NIE CAKAP NYER LAIN ESOK CAKAP NYER LAIN LA PULAK,,, BODOH SUPER LEMBU...

SAUDARA2 TENGOK LA LEPAS NIE DIA JAWAB APA MEH KITER RAMAI2 TANYA BN@UMNO NIE KENAPA DIA BERCAKAP BERCANGAH2??

Hot! : Mahathir Cuba Halang Ku LI Sertai Anwar!!!

KUALA LUMPUR, 10 Sept: Langkah Tun Dr Mahathir Mohamad menyokong Tengku Razaleigh Hamzah dalam perebutan pucuk pimpinan Umno akan datang disifatkan sebagai usaha beliau (Mahathir) untuk menyekat bekas musuh politiknya itu menyertai Datuk Seri Anwar Ibrahim membentuk kerajaan baru di bawah Pakatan Rakyat.

Menurut sumber yang rapat dengan Siasah, Ku Li dikatakan antara tokoh politik Umno yang dikatakan akan memimpin para anggota Parlimen Umno menyertai Anwar bagi membolehkan kerajaan baru dibentuk.

Tun Dr Mahathir dikatakan sedar dengan kemungkinan ini lalu bersetuju untuk menyokong Ku Li bagi merebut jawatan presiden Umno dalam pemilihan parti itu Disember ini.

"Ia bertujuan untuk menyekat Ku Li dari bersama Anwar membentuk kerajaan baru kerana Tun (Dr Mahathir) memang akan berbuat apa sahaja untuk menyekat Anwar," kata satu sumber kepada Siasah.

- SIASAH


AR: Apa nak herannya Che Det, dulu pun Ku Li kan tentang Che Det dan tubuhkan Semangat46..... takkan dah lupa kut????? Tahniah Ku Li, tak payah layan lagi Che det nih, dia hanya berbaik untuk kepentingan diri dia dan keluarga dia sahaja tu...... so, takyahlah layan mamak tua tuh.....

Pakatan Rakyat yakin bentuk Kerajaan Pusat dalam masa terdekat - Harakah

Fri | Sep 12, 08 | 10:51:53 am MYT  

Kepimpinan Pakatan Rakyat yang bertemu hari ini yakin proses pembentukan kerajaan baru yang berlandasan Agenda Reformasi sedang berjalan secara lancar. Kami percaya kerajaan Barisan Nasional akan diganti dalam masa terdekat. Iklan

Pakatan Rakyat yakin mendapat bilangan ahli Parlimen yang mencukupi untuk mempunyai majoriti dalam Parlimen yang membolehkan penubuhan kerajaan baru. Bagaimanapun tarikh sebenar penubuhan kerajaan mungkin terpaksa dilewatkan dari 16 September sebagaimana rancangan awal akibat beberapa ahli Parlimen telah dipaksa ke Taiwan.

Umum mengetahui negara kini masih dicengkam permasalahan politik, ekonomi dan sosial yang getir. Akibat kehilangan keyakinan rakyat terhadap kepimpinan Umno dan BN, timbul percubaan mengalih pandangan kepada isu perkauman sempit.

Masalah perkauman yang diapi-apikan berterusan sehingga kini menunjukkan formula BN yang dihantui kebejatan rasuah dan korupsi gagal mentadbir negara ini. Api perkauman yang cuba dibakar akan mengancam kestabilan negara dan kebajikan rakyat. Kepimpinan BN yang semakin lemah juga menyaksikan parti tersebut semakin berpecah dan semakin hilang arah.

Melihat kepada perkembangan semasa inilah ramai Ahli Parlimen BN telah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan BN dan memutuskan untuk bersama dengan Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat menegaskan bahawa kami tidak pernah dan tidak perlu membeli atau menyogok Ahli Parlimen berkenaan untuk menyertai kami.

Mereka didorong oleh kesedaran sendiri serta memberikan komitmen menyokong agenda perubahan.

Kami yakin terdapat segelintir elit pemerintah BN yang diketuai Umno bercita-cita untuk mencipta huru hara agar dapat membantut perubahan, melumpuhkan demokrasi dan merampas hak-hak rakyat Malaysia yang dilindungi Perlembagaan Persekutuan.

Kami khuatir seandainya masalah sengaja dibiar merebak dan berlarutan untuk memberikan alasan kepada pemerintah bertindak keras termasuk penangkapan beramai-ramai menggunakan Undang-undang Darurat untuk membendung kemaraan rakyat yang menuntut pembelaan.

Kami menyeru kepada rakyat Malaysia termasuk penyokong Umno untuk bertenang dan tidak terperangkap dengan retorik perkauman.

Marilah kita rakyat Malaysia bersama-sama berusaha keras untuk memperbaiki keadaan ekonomi kita yang semakin teruk dan menyambut perubahan yang akan memberi harapan baru kepada kita semua.

Kami percaya apa pun jua usaha BN hanyalah dapat melambatkan proses pertukaran kerajaan tetapi tidak dapat menggagalkannya kerana formula BN telah gagal.


Dato' Salehuddin Hashim
Setiausaha Agung PKR

Loke Siew Fook
Pengarah Pendidikan Politik DAP

Dato' Kamarudin Jaffar
Setiausaha Agung PAS. 



AR: Tahniah, dah tak lama dah, perkembangan makin positif menuju 916, insyaALLAH!!!


916 Tragedy: MP Kuala Nerus Nafi Lompat!!

Muda Mohd Noor | Sep 12, 08 10:56am

Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Mohd Nasir Ibrahim menafikan desas desus bahawa beliau adalah antara tiga ahli Parlimen BN di Terengganu itu yang akan menyertai Pakatan Rakyat.

Mohd Nasir yang juga ketua Umno bahagian Kuala Nerus berkata, namanya telah disebut-sebut akan menyertai Pakatan dan tersebar luas di Terengganu.

Beliau juga menafikan ditawarkan jawatan menteri kewangan kedua jika menyertai Pakatan.

“Saya bertanding atas tiket Barisan Nasional dan kerana itu saya berpegang kepada janji menjadi wakil rakyat BN.

“Mereka (Pakatan) tidak pernah datang dan jumpa saya serta rakan-rakan yang lain,” katanya ketika dihubungi di Taiwan semalam.
.
Dua lagi ahli Parlimen BN Terengganu yang disebut-sebut akan menyertai Pakatan ialah ahli Parlimen Dungun, Matulidi Jusoh dan ahli Parlimen Hulu Terengganu, Mohd Nor Othman.

Penyertaan mereka ke Pakatan menjadi buah mulut di kalangan orang ramai di Terengganu, termasuk di kalangan ahli dan penyokong Umno.

Bagaimanapun, Malaysiakini gagal menghubungi Matulidi dan Mohd Nor untuk mengesahkan perkara tersebut.

“Mungkin kerana dahulu saya rapat dengan kumpulan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kerana faktor itu nama saya disebut akan menyertai Pakatan,” katanya.

Sementara itu, laman web Tranungkite melaporkan lima ahli Parlimen BN yang melawat Taiwan akan balik lebih awal iaitu Sabtu ini.

Menurutnya, mereka ialah Mohd Nasir; ahli Parlimen Tenggara, Datuk Halimah Saddique; ahli Parlimen Batu Pahat, Datuk Dr Puad Zarkashi; ahli Parlimen Kimanis, Datuk Anifah Aman dan ahli Parlimen Tanjong Manis, Norah Abdul Rahman.

Tranungkite mendakwa, mereka pulang awal kerana mahu keluar BN dan menyertai Pakatan kerana dilaporkan ditawar jawatan menteri.

Lamanweb itu juga melaporkan Mohd Nasir ditawar jawatan menteri kewangan kedua, Halimah (menteri perdagangan antarabangsa dan Industri), Dr Mohd Fuad (menteri keselamatan dalam negeri), Anifah (menteri pertanian) dan Norah (menteri pelajaran).



AR: Orang bergurau ajerlah, sapalah nak beri jawatan Menteri kat ko.... heheehehe..... apa2 pun, lompatlah..... kalau nak lompat..... Derihhh marah tak kalau lompat nih???? kahkahkah.


Cabaran Anwar!!!!


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Dalam kesibukan masyarakat Malaysia menunggu 16 September, namun, tanpa disedari, rakyat Malaysia tidak sedar berkenaan kesusahan hidup dan begitu struggle insan yang bernama Anwar Ibrahim ini dalam melawan strategi si alif min, nun, wau yang memang sudah diketahui umum jahat dan samseng.....

Rakyat Malaysia seolah-olah tidak berfikir bahawa, usaha Dolah dan UMNO bagi menyekat dan menghancurkan harapan Rakyat Malaysia yang ingin mempunyai pemntadbiran baru kerajaan Malaysia dan mempunyai Perdana Menteri yang jauh berkarisma daripada Dolah, iaitu Anwar Ibrahim......

Dalam usaha terdesak inilah, penghantaran 49 MP BN ke Taiwan dan jangan pula dilupa serang hendap dan juga strategi kotor UMNO yang rakyat tidak berfikir, namun ianya dibebani oleh Anwar dan beberapa pemimpin-pemimpin yang lain....

Namun, dalam pada itu, bermula daripada sekarang, rakyat Malaysia seharusnya membantu Anwar Ibrahim dalam memerangi strategi jahat UMNO ini dengan menutup mulut apabila ada provokasi-provokasi perkauman yang dilemparkan UMNO.

Selain itu, debaran 16 September ini harus dilapikkan dengan doa dan tahajjud kepada Allah agar kerajaan baru yang dipilih ini lebih baik daripada yang sebelumnya..... Bulan baik nih, harap-harap dapatlah kita menggunakan peluang ini untuk berdoa dan bermunajat sebanyak-banyaknya kepada Allah.

Akhir kata,  cabaran insan yang bernama Anwar Ibrahim ini tidaklah sama dengan apa yang kita dengar daripada mulut-mulut UMNO yang tidak sudah-sudah menggunakan senjata yang terbusuk dengan membuat Fitnah LIWAT yang ke-2 kepada Anwar Ibrahim.


AR: "UMNO harus ditentang daripada dulu, kini dan selama-lamanya!!!"

Politik Malaysia Hari Ini - Dolah Vs Anwar

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

1) Keadaan politik Malaysia kini seronok untuk diperbualkan dan ianya memamng dinanti-nantikan oleh rakyat
 Malaysia dan masayarakat duni berkenaan Tragedi 16 September, sama ada akan berlaku atau tidak?

2) Namun, AR ingin membuat ulasan dengan apa yang berlaku
 kini dengan sedikit analisis yang berbelit-belit.  Analisis yang ingin AR lakukan berkenaan strategi yang dilaksanakan oleh Dolah dan Anwar berkenaan Tragedi 16 September ini.

3) Tarikh 16 September memang membuatkan Dolah dan kroni kecut perut, dan ini membuatkan Dolah dengan pantas menghantar seberapa ramai MP-MP yang bukannya daripada kalangan Menteri dan Timbalan Menteri ke Taiwan terutamanya daripada Sabah dan Sarawak. Yang lagi lawak, Jumlah Sb yang dihantar bersama MP-MP ini lagi ramai dan passport mereka dipegang SB dan perjalanan mereka di sana dikawal SB.


4) Namun, Anwar masih terus bertahan dan masih segak dan bergaya dengan adanya beberapa siri mesyuarat antara pemimpin2 dalam gabungan Pakatan Rakyat berkenaan pengambil alihan Kerajaan Malaysia ini.

5) Dolah cuba mengekang lagi kuasanya dengan meminta beberapa wakil daripada UMNO memujuk semula Che Det untuk menyertai UMNO semula bagi pengukuhan kuasa, Dolah harap MP-MP yang ingin nak lompat tu gembira dengan kehadiran semula Che Det ke dalam UMNO dan cadangan melompat dibatalkan.

6) Namun, Anwar masih dengan relaks dan steady dengan mengambil keputusan untuk menghantar 4 orang wakil daripada PKR untuk ke Taiwan bagi membincangkan tentang Tragedi 16 September ini dengan mengumpul tandatangan dan seterusnya membawa pulang MP-MP tersebut dengan selamat.

7) Dolah lagi sekali memegang seorang yang dia pikir akan merosakkan rancangan Anwar, iaitu Mustaffa Ali dengan membuat spekulasi di media-media tentang Tragedi 16 September adalah penipuan Anwar semata-mata.

8
) Namun, Anwar hanya menggunakan kempen senyap, serang hendap...... tak perlu bising-bising kerana Mustaffa Ali bukanlah seorang MP dan beliau mungkin Barua UMNO dalam PAS yang tidak perlu tahu perancangan Anwar.

9) Dolah sekali lagi mendekati TG Haji Hadi melalui Mustaffa Ali, yang dirasakan Dolah orang yang penting dalam strategi menyekat kemaraan Anwar ke Putrajaya.

10) Namun, Anwar masih juga dalam keadaan silent tanpa mengulas lanjut tentang perkara-perkara ini kerana, media2 UMNO akan putar belit...

11) Dolah masih lagi meneruskan strateginya dengan membuat satu lakonan yang dirancang UMNO untuk menjadikan isu perkauman dan berharap ianya akan berlaku kekecohan negara dan perintah DARURAT akan berlaku, namun, rakyat lebih cerdik daripada Dolah, rakyat hanya memandang sinis dengan perbuatan ketua bahagian Bukit Bendera, Ahmad yang sengaja memainkan isu perkauman.  manakala, surat-surat berbaur perkauman diedarkan oleh jnetera-jentera UMNO untuk menaikkan semangat perkauman, namun masih belum boleh menipu rakyat,

12) Anwar dengan bersahaja, meminta jentera-jenteranya menjalankan kempen silent kepada rakyat, dan meminta rakyat hanya berdiam diri di sebalik usaha provokasi Dolah.



AR: Akhir kata, memang banyak sebenarnya apa yang berlaku dalam Politik Malaysia kini, seolah-olah permainan catur, sesiapa yang dapat berfikir 10 kalai ke depan dengan pelbagai keadaan akan menang dengan langkah berhati-hati, kalau tersilap langkah, mungkin akan melemahkan strategi mereka...... Namun, keadaan sekarang, Anwar sedang check!!! kepada Dolah, dan Dolah hanya menggunakan Check! yang terlalu ayam dengan mengulangi FILEM LIWAT....... semoga rakyat Malaysia sentiasa berfikir, jangan terima bulat-bulat atas apa yang disajikan, berfikirlah.......



Apa komen anda????


AR ambil daripada SINI.

LHC : Hawking Bertaruh Teori


GENEVA - Saintis terkenal, Profesor Peter Higgs "menyerang" pesaing bagi memperoleh hadiah Nobel iaitu Profesor Stephen Hawking, lapor sebuah akhbar semalam.

Higgs mendakwa hasil kerja Hawking yang kini lumpuh kerana penyakit saraf berhubung teori kewujudan alam semesta sebagai tidak cukup bagus.

Sebelum ini timbul perbalahan berhubung penemuan terbaru daripada eksperimen mesin pemecut jirim terbesar di dunia iaitu Large Hadron Collider (LHC) bagi merungkai teori Letupan Besar atau Big Bang yang dimulakan kelmarin di sempadan Switzerland-Perancis.

BEBERAPA saintis melihat komputer di bilik kawalan eksperimen Big Bang di dekat Geneva kelmarin.

Higgs terkenal dengan teorinya berhubung kewujudan Partikel Tuhan atau Higgs Boson yang dianggap penting oleh para saintis bagi memahami asal-usul jisim.

Bagaimanapun, Hawking dalam satu wawancara menyatakan bahawa eksperimen menggunakan mesin itu akan menjadi lebih menarik sekiranya partikel Higgs Boson gagal ditemui.

Hawking juga sanggup bertaruh sebanyak AS$100 (RM347) bahawa partikel itu tidak wujud dan menegaskan bahawa banyak penemuan menarik bakal berlaku dalam eksperimen Big Bang.

Bagaimanapun, Higgs yang mencadangkan kewujudan partikel itu 44 tahun lalu mengakui bahawa dia tidak membaca hasil kajian asal Hawking yang menafikan teorinya.

"Bagaimanapun, saya membaca salah satu hasil tulisannya dan saya berpendapat ia adalah asas kepada pengiraan yang dilakukannya.

"Secara jujur saya berpendapat bahawa hasil kerja yang dilakukannya adalah tidak cukup bagus," katanya.- Agensi

- Kosmo!


AR: Dalam Eksperimen LHC nih, tiada seorang pun saintis dari Malaysia, harap Kerajaan Baru Malaysia nanti berusaha untuk mempertingkatkan lagi daya saing Saintis-saintis negara agar setanding dengan saintis antarabangsa.  

AirAsia Kekal Yang Terbaik

KUALA LUMPUR - Untuk tahun ketiga berturut-turut, AirAsia Bhd. dipilih sebagai Syarikat Penerbangan Tambang Murah Terbaik di Asia dalam Tinjauan Pengembaraan Terbaik SmartTravelAsia.com 2008, tinjauan tahunan yang mengambil kira persepsi dan pilihan jenama pengembaraan pembaca.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Group, Datuk Seri Tony Fernandes berkata, dari- pada 10 syarikat penerbangan tambang murah yang ditinjau, AirAsia meraih peratusan tertinggi undian sebanyak 30 peratus.

"Syarikat penerbangan tambang murah itu mengatasi saingan terdekat, Jetstar Asia yang berada di tempat kedua dengan margin undi 12 peratus," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

AirAsia dipilih dalam kategori Syarikat Penerbangan Tambang Murah Terbaik di Asia sejak mula diperkenalkan pada 2006.

"Ia merupakan satu kebanggaan kepada kami untuk menerima penghargaan ini kerana ia mencerminkan komitmen kami dalam menyediakan perkhidmatan terbaik.

"Kami berusaha keras untuk memastikan penumpang kami mendapat kepuasan paling hebat apabila menggunakan AirAsia," katanya.


- Kosmo!


AR: MAS nih kerajaan UMNO punya, patutlerrr lingkup walau dah lama operasi..... MAS=RTM....... kahkahkah..... memang lembap betullah sistem UMNO nih. Jom!!! Sama-sama kita RAIKAN KERAJAAN BARU yang lebih cekap akauntabilitinya dan tidak lagi suka merekayasa LIWAT-LIWAT MALAYSIA..... buat malu aje beb!!!!

Pinjaman RM3,000 Dapat Dalam Masa Tiga Hari

berita@kosmo.com.my

KUALA LUMPUR – Peniaga kecil bazar Ramadan yang menghadapi masalah pusingan modal kini mempunyai pilihan untuk membuat pinjaman apabila Yayasan Tekun Nasional (Tekun) memperkenalkan pinjaman berskala kecil sebanyak RM3,000 setiap seorang.

Timbalan Menteri Usahawan dan Koperasi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, pinjaman itu diwujudkan kerana adanya keperluan untuk satu skim pinjaman yang mudah.

“Sejak diumumkan pada bulan Ogos, Tekun telah memberi pinjaman kepada 1,674 peminjam dan dana yang dibelanjakan berjumlah RM4.5 juta.

“Para peniaga terutamanya yang berniaga di bazar-bazar Ramadhan dan memerlukan modal dengan kadar segera boleh memohon,” katanya ketika majlis berbuka puasa ‘Karnival Jualan Borong Usahawan Ramadan’ di sini malam kelmarin.

Saifuddin berkata, permohonan itu juga boleh diluluskan dalam masa yang singkat iaitu tiga hari.

“Kalau perlukan modal untuk buat kuih contohnya, hanya perlu bawa surat pengesahan tempahan dari pihak berkenaan dan kami akan luluskan tanpa sebarang syarat yang ketat seperti cagaran dan sebagainya,” ujarnya.

Tambah beliau, skim itu diumumkan pada bulan lepas kerana ramai peniaga terutamanya peniaga Melayu memerlukan modal untuk berniaga di bazar-bazar Ramadan namun skim itu akan berterusan sepanjang tahun, tidak terhad kepada bulan Ramadan sahaja.


AR: Betul ke? 3 hari nih, kepada sesiapa yang perlukan pinjaman tersebut, cuba-cubalah isi borang permohonan di Yayasan Tekun.... Harap2 dapat membantu golongan susah.

HOT!!! : Ahli Parlimen BN di Taiwan Berdepan Tsunami

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Kisah dari Taiwan terus berkumandang di sana sinun, bukan setakat di dalam internet, namun terus berada di kedai-kedai kopi waktu malam.... siang, puasalah....
Namun, diberitakan passport Ahli-ahli Parlimen seramai 49
 ini dipegang oleh SB-SB arahan Dolah dan perjalanan dan gerak langkah mereka sering diekori SB sampai nak ke tandas pun masih ada SB yang terpaksa mengekori mereka.... kerja Dolah, camtuh lerr....

Apa yang AR nak sampaikan kisah Hot yang akan melanda Ahli-ahli Parlimen di Taiwan ini...... berikutan satu Ops yang akan diwakili oleh 4 orang wakil PKR yang akan bertolak ke Taiwan dan akan menetap di hotel yang sama diduduki oleh MP-MP ini di Taiwan..... satu Tsunami mungkin akan berlaku, sama ada Tsunami pemin
dahan MP-MP ini ke tempat rahsia ataupun Tsunami gerakan-gerakan SB
 mengawal MP-MP BN dengan ketat, namun, sampai bila Paklah ingin bermain dengan permainan ini? Adakah satu teknologi yang biasa kita tonton dalam filem-filem barat yang akan diimplan ke dalam tubuh MP-MP BN ini yang akan menurut sahaja kata Paklah??? 

AR pun dah fening dengan permaian "Police entry" antara Paklah dan Anwar ini kerana di sinilah kita dapat menilai kebodohan seorang PERDANA MENTERI MALAYSIA HARI INI yang sanggup memberi pakej perlancongan percuma kepada 49 MP BN ini demi menyelamatkan kuasa yang disalahgunakan oleh DOLAH AND FAMILY.

- Anak Reformasi.

16 September : Perundangan Acuan Al-Qur'an dan Al-Sunnah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....

Tragedi 16 September akan dirasai oleh rakyat Malaysia dalam
 beberapa hari lagi..... Tragedi ini bukanlah satu tragedi ngeri bagi rakyat Malaysia, namun ianya pasti menjadi ngeri kepada UMNO dan Barisan Nasional dan tidak lupa kepada Dolah and Co. serta Che Det and Co.

Namun, disebalik penantian ini, banyak suara-suara sumbang bertanya, mengapa PAS bersama PKR dan tidak UMNO? AR memang pelik bin ajaib dengan suara sumbang 
tersebut, namun hanya AR mampu jawab berdasarkan fakta dan sejarah bahawa UMNO sanggup mengenepikan perundangan AL-Qur'an dan Al-Sunnah untuk menjaga nafsu mereka dan juga demi kepentingan duniawi semata-mata.

Apabila ada juga yang menyatakan kebimbangan
 berkenaan dengan Kerajaan Pakatan Rakyat tidak mampu melaksanakan Perundangan Acuan Al-Qur'an dan Al-Sunnah ini, AR akui bahawa persoalan ini menjadi satu tanda tanya kepada mereka kerana provokasi daripada UMNO, namun AR hanya ingin menyampaikan tentang berita gembira kepada Ummat Islam bahawa kita akan merasai Sistem Perundangan Al-Qur'an dan Al-Sunnah tidak lama selepas PAKATAN RAKYAT mentadbir negara.


MACAM MANA? DAP SETUJU KE?

Berkenaan parti DAP yang kebanyakan daripada rakyat Malaysia bimbang bahawa DAP akan membangkang usaha untuk dilakukan perundangan Al-Qur'an dan Al-Sunnah ini, AR ingin memberi penerangan dan membuka minda kepada masyarakat bahawa, DAP tidak sekali-kali membangkang sekiranya Perundangan Acuan Al-Qur'an dan Al-Sunnah ini hanya untuk Ummat Islam sahaja dan tidak akan dikenakan ke atas non-Muslim.

Namun begitu, usaha ke arah itu tidak diberitakan secara umum kerana UMNO akan membuat provokasi demi provokasi walaupun si alif, min, nun, wau ini pun seorang Islam. Perundangan Acuan Al-Qur'an dan Al-Sunnah akan dilaksanakan tidak lama lagi dan kajian-kajian dalam membawa sistem ini telah dilakukan oleh pihak PAS dan ianya akan dilakukan kajian lanjutan tatkala PAKATAN RAKYAT memerintah Malaysia nanti. InsyaALLAH.

Katakanlah: “Hai orang-orang kafir, Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang aku sembah. Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah, dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah Tuhan yang aku sembah. Untukmu agamamu, dan untukkulah, agamaku.” 
(al-Kaafiruun [109]: 1-6)


AR : Jangan pula ada suara-suara sumbang daripada pencacai-pencacai UMNO yang terang-terangan ISLAM menolak Perundangan Acuan Al-Qur'an dan Al-Sunnah ini kerana kepentingan duniawi.....

Harga minyak mungkin turun

PUTRAJAYA 11 Sept. – Harga minyak kemungkinan boleh diturunkan sebanyak 10 sen hingga 15 sen jika harga minyak global jatuh ke paras AS$99 setong.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, kerajaan mempunyai kemahuan yang tinggi untuk menurunkan harga bahan api itu tetapi ia masih bergantung kepada keputusan Kabinet.

‘‘Harga minyak mentah telah menurun dan stabil di bawah AS$110 setong dan semalam ia berada di antara AS$103 dan AS$104 setong. Saya rasa ia akan kekal rendah walaupun Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) turunkan pengeluaran

‘‘Kita harapkan berita gembira (semasa raya) dan lazimnya kita berkemahuan tinggi untuk maklumkan berita gembira tetapi ia bergantung kepada rakan di Kabinet sama ada penurunan harga minyak diumumkan sebelum raya,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pasc

-Utusan


AR: Mungkin, mungkin!!!!! AR cuma nak cakap, harga minyak PASTI TURUN SEKIRANYA PAKATAN RAKYAT MEMERINTAH!!!! hahahahaha.

Rampas kapal: ATM sedia bertindak

KUALA LUMPUR 11 Sept. – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersedia menghadapi sebarang kemungkinan sekiranya rundingan untuk membebaskan anak kapal MT Bunga Melati 2 dan MT Bunga Melati 5, milik MISC, yang dirampas lanun di Teluk Aden tidak mencapai kata sepakat.

Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Abdul Aziz Zainal berkata, ATM hanya akan bertindak sekiranya diberi arahan atau atas permintaan MISC.

“Kapal-kapal TLDM (Tentera Laut Diraja Malaysia) yang dihantar adalah untuk melindungi dua buah kapal yang dirampas lanun dan tiga buah kapal MISC yang sedang berlayar. ATM tidak akan campur tangan dalam rundingan yang sedang dilakukan oleh MISC dengan pihak lanun.

“ATM menghantar kapal-kapal milik TLDM atas permintaan daripada Majlis Keselamatan Negara dan kapal-kapal kita tidak boleh mengambil sebarang tindakan ke atas pihak perampas,” katanya kepada pemberita semasa wawancara sempena ulang tahun ke-75 ATM di sini hari ini.

Beliau berkata kapal-kapal TLDM iaitu KD Lekiu, KD Inderapura dan KD Mahawangsa, yang dihantar ke perairan terbabit, mempunyai bilangan anggota dan aset yang mencukupi untuk bertindak, sekiranya diberi arahan.

Utusan



AR: Dah berapa lama daaaa........ awat lambat sangat nih???? nih, mesti kes bijan mintak korang bersedia untuk kawal Malaysia daripada bertukar....... Apa-apa pun, Welcome our soldier to a new hope and new goverment. 916 Coutdown!!!!

Salam Ramadhan - 12 Hari dahhhh.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Alhamdulillah, sudah 12 hari ummat Islam berpuasa Ramadhan..... Namun begitu, dalam usaha pembersihan diri dan juga reformasi terhadap diri sendiri, AR menasihatkan diri AR sendiri dan juga anda semua memperbanyakkan amalan ibadah di bulan Ramadhan yang mulia ini.  Di sini, AR ingin berkongsi cara untuk membuat kebajikan di bulan Ramadhan ini:-

1) Korang beli satu kotak besar kurma, dalam lebih kurang RM100 sahaja, korang dermakan di Masjid-masjid dan surau-surau yang ada membuat Majlis berbuka puasa di setiap hari
 bulan Ramadhan, InsyaALLAH dapat pahala percuma......

2) Bacalah ayat Al-Qur'an dan cuba fahami dengan bacaan Tafsir-tafsir. Tak apa kalau tak khatam dalam bulan Ramadhan ini, amalkan setiap hari walau satu ayat.

3) Jimatkan wang dan makan sekadar ala kadar, jangan ikut sangat nafsu semasa di bazar-bazar Ramadhan.  Masak di rumah lebih baik dan dijamin bersih dan halal.......


Akhir kata, AR ucapkan Salam Ramadhan dan jangan lupa puasa penuh.... hehehehe.... jangan ponteng, ponteng!!!!

Perubahan Tak Selesai Masalah - Khairy

Oleh SUFFIAN ABU BAKAR

SEGAMAT 11 Sept. - Saranan supaya perubahan dilakukan di peringkat pucuk pimpinan UMNO tidak akan menyelesaikan segala masalah yang berlaku dalam parti itu, kata Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin.

Sebaliknya, beliau menegaskan, perubahan pucuk pimpinan parti memerlukan pendekatan menyeluruh termasuk mengkaji bagaimana kaedah memenangi semula hati rakyat dan keseluruhan ahli parti komponen dalam Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata, pihak yang mencadangkan dilakukan perubahan dalam pucuk pimpinan UMNO perlu mengemukakan perancangan yang jelas bagi memastikan parti itu terus mendapat sokongan dan kepercayaan rakyat.

"Kalau hendak bercakap tentang perubahan (pucuk pimpinan), janganlah dengan retorik kosong semata-mata. Sebaliknya, ia mestilah perubahan yang ada perancangan termasuk pendekatan yang ingin diambil dari segi struktur dan akar umbi.

"Janganlah kita hanya meminta perubahan kepimpinan kerana jika kepimpinan diubah sekalipun, ia tidak akan menyelesaikan segala masalah kita," katanya ketika ditemui selepas majlis berbuka puasa anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Sekijang, di sini malam tadi.

Majlis yang diadakan di kediaman Ketua Pemuda UMNO Bahagian Sekijang, Ayob Rahmat itu turut dihadiri Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Johor, Razali Ibrahim dan ketua-ketua Pemuda bahagian seluruh Johor.

Sebelum majlis itu, Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau menyampaikan bantuan Nur Ramadan kepada 162 penerima yang terdiri daripada ibu tunggal, anak yatim dan orang kurang upaya di Balai Raya Kampung Melayu Raya, di sini.

Khairy berkata, kenyataannya itu tidak merujuk kepada mana-mana kes atau individu, sebaliknya ia adalah pandangan umum.

Katanya, apa yang penting adalah semua ahli UMNO perlu menerima hakikat bahawa BN menjadi kuat hasil daripada sokongan yang diberikan oleh rakyat pelbagai kaum dalam parti komponen BN.

Untuk itu, kata beliau, perjuangan yang dibawa oleh UMNO juga perlu diterima oleh semua pihak tanpa mengira kaum.

"Dalam konteks keutuhan BN, kita perlu menjaga semua parti komponen yang berada dalam parti ini supaya UMNO bukan sahaja boleh diterima di kalangan orang Melayu malah kaum- kaum lain," ujarnya.



AR: Dah bukak dah mulut tuh...... budak KJ nih kononnya nak jadi Perdana Menteri sebelum umur 40 Tahun, sudahlah...... kami tak mahu...... gunakanlah duit ko yang berjuta-juta tuh dan binalah istana kat Pulau Batu Putih nun...... syoh....syoh!!!!

Tiada Tapisan Ke Atas Internet - Dolah

PUTRAJAYA 11 Sept. - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menegaskan, kerajaan akan tetap dengan dasar tidak mengenakan sekatan dan penapisan ke atas kandungan Internet.

1) Perdana Menteri berkata, kerajaan hanya akan mengambil tindakan sekiranya terdapat penyalahgunaan Internet atau perbuatan yang menyalahi undang-undang negara.

''Kita tidak akan sekat Intenet tetapi sekiranya ada yang salah guna dan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan undang-undang, kita akan mengambil tindakan," katanya. 


2) Mengenai tindakan menyekat akses laman web Malaysia Today baru-baru ini, Abdullah berkata, kerajaan tidak melakukan perkara itu sebaliknya terdapat sebab lain yang menyebabkan tindakan tersebut.

''Sebabnya adalah di tangan Menteri Dalam Negeri yang mengetahui dan apakah yang menyebabkan tindakan itu dilakukan.

''Anda boleh tanya beliau secara terperinci, segalanya adalah di bawah tanggungjawab menteri berkenaan," katanya.


Disunting daripada SINI.


AR: Begitulah suara Perdana Menteri Malaysia ini, cam bangau oh bangau aje........ penipu kuat.....

Eksperimen LHC Bermula....








DOLAH Jual Mahal Dengan Che Det......

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.....

Di sini, AR merasa terkejut jugak, di saat Dolah bakal jadi Ketua Pembangkang sekalipun, Dolah nih masih degil dan tidak mahu letak jawatan dan isu yang paling HOT!!! HOT dan PANAS cam Kopi Tongkat Ali Power Root ialah berkenaan kenyataan Dolah nih....

Mengenai hasrat Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menyertai semula Umno, beliau berkata perkara itu tidak dibincangkan pada mesyuarat Majlis Tertinggi parti itu semalam.

"Pendapat saya seorang tak memadai, ini soal parti," katanya.

Dr Mahathir telah keluar Umno pada 19 Mei lepas kerana kecewa dengan kepimpinannya sekarang.




SUMBER : BERNAMA

Gantung keahlian Ahmad Ismail sekadar lepas batuk di tangga

KOTA BHARU, 11 Sept (Hrkh) - Pelbagai pihak menyifatkan tindakan Perdana Menteri menggantung keahlian Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera, Dato' Ahmad Ismail sebagai melepas batuk di tangga. 

Bagi PAS pula tempoh penggantungan pemimpin Umno Pulau Pinang itu selama tiga tahun tidak ubah seperti pilih kasih.

Mursyidul Am, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, sekiranya pihak lain yang membangkitkan isu perkauman seperti pernah dicetuskan Ahmad sudah tentu dikenakan tindakan ISA dan bukan sekadar tindakan tatatertib oleh parti.

"Kalau orang lain yang buat kenyataan berunsur perkauman ISAlah jawabnya, tak ada soal jawab dah, nampak sangat keputusan tu dibuat kerana pilih kasih," ujarnya pada persidangan media di pejabatnya hari ini.

Menteri Besar Kelantan itu mengulas keputusan Majlis Tertinggi (MT) Umno semalam yang menggantung keahlian Ahmad dalam parti di samping semua jawatan yang dipegang berkuatkuasa serta merta.

Sebelum ini, Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera itu ketika berceramah menjelang pilihan raya kecil Permatang Pauh menganggap masyarakat Cina sebagai pendatang yang tidak boleh mendapat hak sama dengan orang Melayu di negara ini.

Selain itu, beberapa pemimpin Umno Pulau Pinang juga mengoyak gambar Pemangku Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, sepatutnya dalam kes tersebut kerajaan yang harus mengambil tindakan dan bukannya kelompok parti mereka sendiri.

"Mana boleh tindakan atau hukuman diambil sendiri oleh parti, yalah nak ambil tu ambillah..tetapi yang menguatkuasa undang-undang ialah kerajaan. Jadi nampak sangat pilih kasih serta tidak adilnya dalam perkara ini," ujarnya.

Ditanya kesediaan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamed kembali semula ke dalam Umno beliau berkata, untuk menegur keburukan serta kepincangan yang berlaku dalam parti ia adalah tindakan yang wajar.

"Tetapi amat tidak kena sekiranya menyerang atau mengkritik parti sewaktu duduk di luar, jadi sekarang ni nak betulkan parti masuk Umno semula dalam suasana face to face dan tidak lagi menyerang dari luar," ujarnya.

Mengenai kemungkinan Pakatan Rakyat gagal membentuk kerajaan pada 16 September ini katanya, ia sekadar masalah teknikal sahaja.

"Saya tidak soal masalah teknikal lagi. takkan mereka yang pergi Taiwan tidak balik, lari sampai hendak buang kerakyatan pula. Kalau tidak ada 16 ada 17 September atau tarikh lain," katanya.

Menurutnya juga Malaysia kalau dibiar kepada Umno mentadbir maruah negara akan tergadai sama ada dalam bidang ekonomi atau apa sahaja.

"Sebenarnya dalam soal ini Umno Kelantan sejak zaman PAS diketuai Dato' Asri Muda lagi hendak beli orang PAS dengan diajar melompat parti bagi menyertai Umno.

"Orang yang pertama mengajar melompat parti ialah Umno. Mereka mengajar manusia menjadi tidak bermaruah. Kalau di Terengganu lompat parti berlaku di zaman Ibrahim Fikri.

"Seorang wakil rakyat PAS di Tanah Merah yang diajak melompat parti akhirnya kembali semula kepada PAS kerana dia ada maruah," katanya.

Menurutnya juga selepas pilihan raya 2004, tiga wakil rakyat PAS cuba disogok dengan wang ringgit bagi melompat parti antaranya Dato' Hassan Mohamad di Dun Temangan, Haji Zakaria Yaakub di Dun Kemuning dan Haji Buniamin Hamzah di Salor.

Namun katanya, mereka ada maruah dan tidak menerima segala pujuk rayu Umno sehingga kerajaan negeri kekal sampai sekarang.

Ditanya kenyataan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Mustafa Ali yang menganggap ura-ura menubuh kerajaan baru 16 September tidak akan berlaku katanya, ia sekadar kenyataan pemimpin terbabit sahaja.

Menurutnya ia tidak menggambarkan keseluruhan parti dan hanya sekadar atas kapasitinya sebagai Pesuruhjaya PAS Terengganu.

"Lagi pun pada muktamar di Ipoh baru-baru ini sudah diputuskan PAS perlu menguatkan Pakatan Rakyat sehingga semua perwakilan bangun berdiri memberi sokongan padu.

"Kalau masih ada yang bercakap lain dengan apa yang diputuskan lebih baik saya keluar parti. Masih ramai lagi orang yang hendak pimpin parti. Ia pernah berlaku sebelum ini antaranya Dato' Asri Muda pun keluar parti," ujarnya.

Ditanya dasar Islam yang dibawa PAS adakah boleh diterima dalam Pakatan Rakyat kata beliau kalau ada orang hendak sokong itu bagus.

Katanya, sama seperti Semangat 46 yang menerima dasar Islam yang dibawa PAS pada 1990, sehingga kerajaan Kelantan terus kekal sampai sekarang.



AR: Inilah namanya negara DEMOKRASI UMNO....... hukuman ala PILIH BULU..... apa-apa pun, AR rasa perlu dapat komen daripada Prof. kangkung di Sintok nun........

Berita Dari Taipei....

Hello Brader MSK,

Lepas hang baca ni, make sure hang delete mail ni. Kalau depa dapat tau aku hantaq kat hang, naya aku.

Dah dua hari kami kat sini. Leceh betui. Ingat kata semua naik kapalterbang sama-sama, rupa-rupanya depa asingkan kami bila sampai Singapore. Ramai SB dari YB. Sampai Taipei, semua depa halau masuk hotel.Lagi satu leceh, nak call out pun tak boleh. Passport dengan handphone SB pegang.

Semalam baru lega sikit. Kami pi Shangri-La Leisure farm. Bukan besaq sangat, kandang kambing Maniam kat Sauk tu lagi besaq. Tapi kambing dia lain macam…nak kata Jamnapari, tak dak janggut. Nak kata Boer, aku pun tak kenai. Tak patut betui Pak Lah…dia syok kat kambing, dia suruh kami mai belajaq.

Yang syok…masa permanian beradas. Hang tau Bung Mokhtar buat apa?.. dia pi inject sperm dalam lubang pungkok kambing tu..kah.kah.kah.. Dia ingat kambing beranak ikut pungkok kot?
Lepas tu, kami jumpa Ketua Setiausaha Taiwan, Lu Luo Hua. Yang ni lagi satu lawak. Dia tanya…Anwar tak mai sama ka?

Pagi tadi, kami pi ke, Kaosiung..naik bullet train. Kami pi melawat pusat bioteknologi. Fuh! bessst! Hang pernah tengok ayam tak dak bulu ka? Memng tak dak! tapi kulit dia tebai, macam itik dah kena salai. Pusat bioteknologi Taiwan ni dah cipta ayam tak dak bulu, sebab setiap tahun, kerajaan taiwan menghadapi masalah nak buang bulu. Tu pasai depa cipta ayam tak dak bulu.
Tapi, tadi aku tengok ayam kaki empat. Aku tanya kat depa…pasai apa ayam kaki empat. Depa jawab…KFC cuma mau drumstick. Jadi kena increase drumstick production la..
Esok kami akan ke Pingtung University of Science and Technology. Jadual lusa dan seterusnya kami pun tak tau. Gila sungguh depa.

Tadi aku email kat Raja Petra. Kami semua dapat RM50,000 duit poket. Tapi nak belanja kat mana. Masuk jamban pun SB ikut. Pulak tu. Pulak tu, satu-satunya tempat lepak yang ada benda tu…semalam jugak depa tutup. Tapi hang tok sah risau, MSK. balik nanti aku belanja hang kat Big Sister.

OK..MSK. Depa dah panggil dah. Buat roll call.

-PerakExpress


AR: SB jaga....... camnerlah agaknya ya?????? nak ke tandas pun susah.... tapi, kalau nak buat maksiat, SB lepas jugak ke? atau SB joint sekali, almaklumlah nak jaga setiap masa kan????

Kiriman Y.B. Zul Kulim Berkenaan Kenyataan Pengerusi BNBBC

Kelab Penyokong Kerajaan (BNBBC Club) mengadakan lawatan kerja ke Taiwan mulai hari ini hingga 17 Sep. 50 ahli BNBBC dijangka menyertai lawatan tersebut. Kata Pengerusi BNBBC Datuk Tiong, lawatan tersebut untuk mengkaji sistem pertanian di Taiwan.

Saya nak bagitahu Datuk Tiong berhentilah memperbodohkan rakyat. Dia ingat kita ni macam dia agaknya. Kita tahu mereka sebenarnya nak lari dari hakikat 16 Sept.

Dia ingat ni zaman kita dok atas pokok naik kete lembu lagi kot..

Datuk Tiong..u boleh bawak lari semua MP Be End lah..pegi kutub utara pun tak pe, buat kajian macam mane nak tanam padi dalam ais!

Orang macam Tiong yang telah mengaut keuntungan yang banyak dalam deal Port Klang Free Zone memang lah akan kecut kalau Be End tumbang.

Di zaman cyber tanpa sempadan ini, hang nak lari kemana? Kalu MP Be End nak lompat ke PR dari dunia mana pun dia boleh buat..they are just one phone call away lah Tiong..

Anyway, saya nak ucapkan terima kasih kepada Tiong kerana kalau 16 Sep tak jadi, Anwar dah ada alasan kenapa tak jadi..kerana BNBBC dah angkut habis ahli parlimen Be End terbang keluar dengan Tiong..Anwar hanya perlu tetapkan satu tarikh lain..bukannya susah mana..

So thanx a million Tiong..u have saved our day..adios..

zul4kulim.blogspot.com

SUMBER : Tranungkite


AR: Sekuat mana Bee End ini menafikan, begitulah kuatnya Tragedi 16 September akan berlaku..... "Kalau tiada angin, masakan pokok bergoyang, kalau tiada perubahan kuasa, masakan MP ke Taiwan!!!".... kahkahkah"

Pilihanraya Akan Di awalkan Jika PAKATAN RAKYAT Ambil Alih Malaysia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Wong Choon Mei | Sep 11, 08 5:39pm

The Pakatan Rakyat alliance, led by opposition icon Anwar Ibrahim, plans to call for early general elections if it comes into power so as to dispel worries its targeted takeover of the government might be undemocratic or unethical.

-Malaysiakini

AR: Kita lihat, kita tengok, kita kelih dan kita perhati dan saksikan pilihanraya yang Adil dan Bersih, apakah keputusan rakyat sebenarnya dan kita elakkan daripada kewujudan pengundi hantu..... InsyaALLAH, sekiranya rakyat memilih Barisan Nasional, BN akan memerintah... Namun, yang pasti, rakyat sudah jemu dan muak dengan UMNO, dan konpem PAKATAN RAKYAT akan menang besar..... di harap semua jentera PAKATAN RAKYAT daripada PAS, PKR dan DAP bersiap sedia untuk berusaha lebih gigih menghadapi Pilihanraya yang akan datang....

Permainan "Police entry" Belum Tamat : PKR hantar 4 wakil ke Taiwan!!!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

1) Usaha Pakatan Rakyat bermula dengan melakukan Operasi Mencari dan Menyelamat MP2 BN yang ingin melompat di Taiwan.

2) Operasi itu akan di adakan esok, 

3) PKR akan menghantar 4 pemimpin mereka untuk menemui ahli-ahli Parlimen BN di sana besok dan ianya disahkan oleh Pengarah Strategi PKR, Saifuddin Nasution.

4) Mereka dijadual akan berlepas ke Taiwan 2 petang ini (Jumaat) dan akan tinggal di hotel yang sama didiami ahli-ahli Parlimen BN disana.

5) Saifuddin bersama Ketua Penerangannya, Tian Chua dan Timbalan Pengarah Pilihan Raya PKR, Fuziah Salleh serta Ahli Majlis Tertinggi. Low Chee Chong akan berlepas ke Taiwan bagi meneruskan misi mereka.

6) Berkenaan tempoh pencarian itu, Saifuddin berkata:-

"Berapa lama dan berapa ramai saya akan temui di Taiwan masih terbuka," kata beliau sambil menambah, format dan tujuan pertemuan sama seperti pertemuan-pertemuan sebelum ini antara PKR dan pemimpin-pemimpin dan Ahli Parlimen BN di Hong Kong, Singapura dan Indonesia.

7) Beliau enggan menyatakan jumlah Ahli Parlimen BN yang akan ditemui di Taiwan.

Disunting daripada SINI.


AR: Nampak gayanya Dolah mesti melakukan strategi kotor dalam permainan ini, namun sudah menjadi lumrah manusia, kita mempunyai aqqal yang terbatas dan kita adalah Hamba Allah yang lemah........ semoga pemimpin2 PKR tersebut dapat bertemu ahli-ahli Parlimen yang akan melompat dan semoga tempat persembunyian mereka dijumpai walaupun mungkin ada strategi lain daripada Dolah untuk menyembunyikan ahli-ahli Parlimen BN di Taiwan...... hahahahaha.... lawak jugak permainan politik Malaysia nih.... cam budak tadika aje.

Blog Stats