Sumbangan ~ Tolong Klik.... Thanks.

Monday, September 29, 2008

Ustaz Nash : PAS Sokong Pembentukan Kerajaan Baru


Zuharman MN Sun

BACHOK, 28 Sept (Hrkh) -
Biar pun tarikh peralihan kuasa pada 16 September sudah berlalu, namun PAS tetap terus menyokong usaha ke arah pembentukan kerajaan baru.

Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa bagaimanapun berkata, sokongan PAS itu dengan syarat Islam menjadi dominan dalam struktur pembentukan kerajaan baru.
"Sebaliknya kita tidak akan teragak-agak untuk tidak menyertai mana-mana pihak dalam usaha menubuh kerajaan baru sekiranya ia tidak menguntungkan Islam," katanya ketika ditemui pada majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan kepada penduduk miskin di sini semalam.

Beliau yang juga anggota parlimen Bachok berkata, PAS boleh berkawan dengan sesiapa sahaja, namun dalam hal-hal berkaitan Islam dan umatnya, parti itu tidak akan berkompromi.

Sempena majlis tersebut Nasharudin menyampaikan bantuan Hari Raya kepada 60 penduduk miskin.

Sementara itu dalam perkembangan lain, Kompleks Pendidikan Islam (KPI) Bachok memerlukan sumbangan orang ramai bagi menyiapkan bangunan tersebut yang dianggar bernilai RM2.5 juta.

Bangunan tersebut kini sudah 85 siap yang melibatkan perbelanjaan lebih RM1 juta.
Pada program itu juga Dewan Muslimat PAS Bachok menyampaikan sumbangan derma sebanyak RM1,000 kepada tabung pembinaan kompleks tersebut.

Sehubungan itu, orang ramai dipelawa menderma bagi menyiapkan pembinaan bangunan terbabit. Maklumat lanjut boleh hubungi Setiausaha PAS Bachok, Haji Huzaimi Che Hussin di talian 019 981 6362 atau pengarah projek Zainuddin Salleh (019 9387495).

- Harakah

Alhamdulillah.... Azmin Ali KEKAL DENGAN PKR!!!!


Sila klik pada imej untuk paparan yang lebih jelas..... Saya capture imej di atas melalui [SINI].

Pengunguman.


Saya ingin memaklumkan disini bahawa berita tentang
perletakkan jawatan saya sebagai Naib Presiden PKR yang telah digembar-gemburkan
adalah palsu dan merupakan satu cubaan untuk mengsabotaj diri saya dan Parti
Keadilan Rakyat. Saya masih lagi sebagai Naib Presiden PKR dan ahli parlimen
Gombak dan ADUN Bukit Antarabangsa. Harap Maklum.Azmin Ali.
AR: Walaupun tajuk pada blog Azmin Ali tersilap ejaan pengumuman yang ditulis pengunguman....... Maybe, Y.B. Azmin Ali baru bangkit tidur untuk Qiyamullail, insyaALLAH.... Diharap kita berhati-hati dengan berita..... Yang paling penting, esok, Y.B. Azmin Ali akan jelaskan.....InsyaALLAH.

Azmin Ali Letak Jawatan???



Sila Klik di imej... untuk tujuan pembesaran... Imej Diambil Daripada [SINI].

Adakah benar maklumat yang disiarkan di laman Azmin Ali ini yang disiarkan pada pagi ini 29 September 2008 jam 1:20 pagi.


"Saya dengan ini mengumumkan bahawa saya, Mohamed Azmin Bin Ali, melepaskan semua jawatan saya di dalam Parti KeAdilan Rakyat. Saya masih memegang jawatan ADUN Bukit Antarabagsa dan Ahli Parlimen Gombak. Saya sudah bosan."


Anda boleh merujuk Blog Azmin Ali di [SINI].

Posting ini telah diubah pada pukul 2.05 seperti beriku:-


"Saya dengan ini mengumumkan bahawa saya, Mohamed Azmin Bin Ali, melepaskan semua jawatan saya di dalam Parti KeAdilan Rakyat berkuat kuasa hari ini, Isnin 29hb Sep 2008. Saya masih memegang jawatan ADUN Bukit Antarabangsa dan Ahli Parlimen Gombak. PC akan menyusul."
Perkataan saya sudah bosan diganti dengan perkataan PC akan menyusul.

Posting ini telah didelete pada pukul 2.29 pagi. Kenapa?

Sesiapa ada maklumat sila hubungi kami.

- Webmaster TKO

AR: Kita sabar menunggu hari esok sahaja.... Buat masa sekarang, AR tidak menemui posting Azmin Ali pada jam 2:45 pagi ini.... Kemungkinan juga blog Azmin Ali di hack..... semoga semuanya dalam keadaan elok dan terurus.

Blog Stats