Sumbangan ~ Tolong Klik.... Thanks.

Thursday, September 18, 2008

916 : PAS Akan Sertai Perubahan Kerajaan Dengan Syarat Islam Memandu

Izwan Abdul Halim


KOTA SARANG SEMUT, 18 Sept (Hrkh) - PAS akan tetap menyertai perubahan kerajaan dengan syarat kerajaan itu nanti mestilah dipandu oleh Islam.

Demikian ditegaskan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang semasa menyampaikan Ceramah Nuzul Quran Dan Penjelasan Isu 16 September di Kompleks PAS Kedah, di sini semalam.

"Sekarang kita dalam usaha membuat perubahan walaupun disebut 16 September, sudah lepas 16 September hari ini. Walaupun sudah lepas, tetapi kita berusaha hendak buat perubahan, perubahan untuk menukar kerajaan.

"PAS akan menyertai perubahan kerajaan ini dengan syarat. Syaratnya ialah kerajaan ini mestilah dipandu oleh Islam. Dipandu oleh orang-orang Islam. Ini syarat yang dikenakan oleh PAS," tegas beliau yang disambut dengan laungan takbir.

Menurut beliau, jika syarat ini tidak dipenuhi, PAS tidak akan menyertai perubahan tersebut. Pun begitu, katanya, sehingga hari ini PAS melihat tanda-tanda awal bahawa syarat itu hendak diterima.

"Tetapi kalau syarat itu tidak diterima, kita teguh dengan prinsip. Kita minta pengikut-pengikut PAS setia dengan perjuangan. Ikut arahan, jangan lari dari jamaah biar apa sekalipun berlaku. Ini tanggungjawab dan kewajipan," tegasnya.

Terdahulu, Pesuruhjaya PAS Kedah, Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak yang turut menyampaikan ucapan pada ceramah tersebut melahirkan keyakinan kepada kepimpinan Ustaz Abdul Hadi.

"Kita tetap dengan Ustaz Abdul Hadi sebagai Presiden PAS, kita tidak akan gadai perjuangan kita, kita tidak akan bertukar ganti prinsip. Ustaz Abdul hadi telahpun membawa maruah PAS," ujar beliau yang juga Menteri Besar Kedah.

Majlis semalam dimulakan dengan tahlil dan berbuka puasa yang turut disertai Dato' Seri Presiden PAS. Lebih 5,000 hadirin memenuhi Kompleks PAS Kedah itu semalam mendengar ceramah dua tokoh terbabit.

- Harakah

AR: Takbir!!! Inilah kenyataan yang ditunggu-tunggu...... Komited dengan perjuangan bersama Pakatan Rakyat dan meneruskan agenda Islam di Bumi Malaysia..... Syabas dan tahniah Tuang Guru Haji Hadi Awang!!

Teka-teki Nujum Pak Belalang


Soalan 1

Raja Masai : 'Didalam baju hamba, ada sebatang kayu yang telah dipilih,bagaimanakah kia mahu tahu yang mana UMNO dan yang mana PKR..??'

Ahli Nujum Negara : 'Mintak pada hamba..!! Apabila sebatang kayu diletakkan di dalam air, yang condong ke bawah itulah UMNO dan yang menegak ke atas itulah PKR..'

Raja Masai : 'Sebabnya...!!??'

Ahli Nujum Negara : 'Sebabnya... Kita pun telah tahu sekarang ini parti UMNO hampir tenggelam manakala PKR makin tinggi kedudukannya...'


Soalan 2

Raja Masai : 'Dua ekor anak itik yang baru menetas, yang manakah UMNO dan yang manakah PKR..??'

Ahli Nujum Negara : 'Ini senang saja, kita letakkan kedua anak itik ke dalam bekas berisi air, yang mengejar itulah PKR dan yang lari itulah UMNO..'

Raja Masai : 'Sebabnya...!!??'

Ahli Nujum Negara : 'Sebab di dalam negara kita, musuh PKR hanyalah UMNO yang patut kita kejar.. Bukan Parti Amanat Bangsa di Indonesia atau Parti Rak Tai di Thailand..!!!'


Soalan 3

Raja Masai : 'Terdapat sebuah masa’elah.. kalau satu, banyak-banyak!!... kalau dua, Sedikit-sediiikit!!... kalau tiga, jar-rang, jarang!!... kalau empat, kad-dang, kad-dang!!. Apa itu..???'

Ahli Nujum Negara : 'UMNO!!!'

Raja Masai : 'Buktikan..!!'

Ahli Nujum Negara : 'Satu... Baaanyak-banyak... Ertinya, ahli UMNO memang banyak dalam negara ini... Dua... Sedikit-sediiikit... Ertinya, sedikit sahaja yang berani bersuara dari bilangan ahli UMNO yang banyak itu... Tiga... Jarang-jarang... Ertinya, jarang-jarang yang kita dengar pemimpinnya berani melawan... Empat... Kad-dang, kad-dang... Ertinya kad-dang, kad-dang barulah kita dengar dan lihat ada pemimpin tertinggi UMNO yang mahu mendengar suara ahlinya...'


Soalan 4

Raja Masai : 'Dimanakah terletaknya kekuatan Laksamana UMNO..?? Di kerisnya kah? atau di jenteranya kah..???'

Ahli Nujum Negara : 'Kekuatan Laksamana UMNO bukan terletak pada kerisnya ataupun pada jenteranya...'

Raja Masai : 'Dimana terletak kekuatannya..???'

Ahli Nujum Negara : 'Kekuatan UMNO hanya terletak pada TOYOL-TOYOLnya!!'

Raja Masai : 'Buktikan!!'

Ahli Nujum Negara : 'Laksamana UMNO begitu bergantung kepada toyol-toyolnya untuk menonjolkan kekuatannya... Iaitu toyol dari Media Prima, toyol dari Berita Hairan Polis serta toyol dari Utusan Meloya.. Toyol-toyol inilah yang menampakkan Laksamana UMNO nampak hebat walaupun hakikatnya mereka luka parah...' 'Biasalah... UMNO akan memungkiri janji dan suka lari dari tajuk apabila kalah dalam apa-apa pertandingan.. Soalan Extra

Raja Masai : 'Kalau Ahli Nujum telus mata dan betul bijaksana...!!! Apakah yang ada di genggaman beta...????'

Ahli Nujum Negara : '........... ISA !!!..'

Polis: Jangan Buat Spekulasi Ambil Alih Kuasa


Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar hari ini memberi amaran keras kepada mereka yang membuat spekulasi dan menyebarkan khabar angin mengenai peralihan kuasa dalam kerajaan.

Beliau berkata, spekulasi tersebut telah mengakibatkan ketidakstabilan dalam negara.Ismail memberi amaran tersebut ketika bercakap kepada wartawan dalam satu sidang akhbar di Bukit Aman petang ini.

Beliau mengingatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan sebarang spekulasi dan khabar angin yang boleh mengganggu-gugat ketenteraman negara.

Ismail berkata penyebaran yang tidak bertanggungjawab itu boleh mengakibatkan masyarakat dalam keadaan resah dan bimbang, demikian menurut laporan Bernama.

"Penyebaran ini telah disiarkan media-media tertentu termasuk laman web, blog serta penghantaran melalui SMS dan lain-lain.

"Menghebahkan berlakunya peralihan kuasa pemerintahan negara dan berlakunya keadaan huru-hara di tempat-tempat tertentu.

Ini boleh menggugat ketenteraman serta keselamatan negara," katanya.

Ismail menyeru semua pihak agar bekerjasama dengan polis untuk memelihara keamanan dan keharmonian negara serta mengelak daripada berlakunya suasana tegang melalui penyebaran spekulasi dan khabar angin itu.

Beliau memberi jaminan bahawa situasi di dalam negara adalah terkawal dan orang ramai boleh meneruskan aktiviti harian seperti biasa tanpa sebarang kebimbangan.

"Pada masa ini tahap keselamatan negara adalah dalam keadaan yang stabil. Kita akan pantau situasi sebegini supaya tidak berlaku perbuatan yang boleh melanggar undang-undang negara," katanya.

Beliau turut mengingatkan orang ramai jika mendapat sebarang khabar angin berhubung perkara-perkara yang boleh mengganggu ketenteraman negara supaya segera menghubungi polis.

Ismail berkata, khabar angin tersebut memberi gambaran kepada orang luar imej bahawa negara ini tidak aman.

Lagi tangkapan ISA?

Ditanya sama ada beliau merujuk kepada mana-mana orang politik dan khususnya kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ismal menjawab "Tidak".

Apa yang penting, tambahnya, ialah perbuatan menyebar khabar angin adalah tidak bertanggungjawab dan dihentikan.

Ditanya mengenai kemungkinan ISA digunakan terhadap mereka yang menyebarkan 'khabar angin' mengenai peralihan kuasa, Ismail enggan menjawabnya.

Bagaimanapun, beliau menggesa orang ramai supaya bekerjasama bagi menjaminkan negara sentiasa selamat dan jangan mempercayai spekulasi dan khabar angin yang disebarkan.

- Malaysiakini

AR: Polis nih paham ke maksud spekulasi? Polis nih paham ke sistem pemerintahan Malaysia? Rasernya, kebanyakan Polis tahu jadi mangsa suruhan kerajaan UMNO sahaja..... kenyataan Polis nih berbaur UMNO karat!!!

Isu Royalti - Ahmad Said Tuduh MAMPAT Cuba Menjadi Hero


Kuala Terengganu - Menteri Besar Dato’ Ahmad Said seolah-olah tidak senang dengan usaha yang dilaksanakan oleh Majlis Pemuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT) terutamanya dalam soal menuntut royalti minyak.

Usaha MAMPAT memperjuangkan hak rakyat Terengganu dan menyerahkan memorandum rakyat, hasil Konvensyen Royalti yang dianjurkan Badan NGO tersebut pada 14 Jun lalu kepada Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong tidak dianggap sebagai usaha ‘menyokong’ oleh kerajaan negeri Terengganu.

Ahmad apabila ditanya mengenai tuntutan MAMPAT supaya royalti itu dinaikkan kepada 20 peratus, beliau berkata, isu tersebut wajar diselesaikan oleh kerajaan negeri.

''Tak perlu ada pihak yang cuba menjadi hero untuk menyelesaikan masalah royalti kerana kerajaan negeri sudah pasti akan memaklum kepada rakyat akan jumlahnya nanti," ujar beliau kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Khatam Program Pintar al-Quran Kanak- kanak Tadika Peringkat Negeri di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak, semalam.

- Buletin Online

AR: Apa pulak Mat Said nih meroyan!!! mung boleh paka mecedeh, buat tuli jerlah.... buta perut betul Mat Said nih, dulu, MAMPAT lah hok tolong mung kempen supaya royalti minyok kat ganung boleh dapat semula..... Mat Said pun mudah lupa!!!

Anwar: 'Tiada sebab tahan saya bawah ISA'

Muda Mohd Noor

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata, tiada sebab untuk menahan beliau di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

“Jelas tiada pilihan ke arah itu," katanya dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini ketika ditanya kemungkinan beliau ditahan di bawah akta itu.

Sebaliknya, kata beliau, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi seharusnya memberi tumpuan kepada masalah politik dan ekonomi.

Semalam Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyifatkan ketua pembangkang itu sebagai "satu ancaman kepada ekonomi negara, bahkan kemungkinan keselamatan".

Abdullah dilaporkan berkata, ekoran tindak tanduk Anwar itu, terdapat pengurus dana yang membuat laporan kononnya Malaysia bukan tempat yang baik untuk membuat pelaburan kerana suasana politik negara yang tidak menentu," katanya.

Ditanya mengenai tindakan yang bakal diambil oleh kerajaan terhadap Anwar ekoran ancaman tersebut, Abdullah juga dilaporkan berkata, kerajaan akan melakukan apa yang perlu.

Anwar menolak dakwaan Abdullah bahawa beliau menjadi faktor kemerosotan ekonomi negara dan keselamatan negara.

Katanya, penganalisis ekonomi serantau tidak menyebut Anwar sebagai faktor kejatuhan harga saham dan ekonomi.

Sebaliknya, kata beliau saham merudum selepas pengumuman menteri kewangan yang baru dan faktor global."Dasar yang ditekan oleh Pakatan ialah kebebasan media dan jenayah telah menyebabkan negara hilang daya saing," katanya.

Anwar berkata, BN sudah menjadi minoriti kerana majoriti ahli Parlimen telah bersama Pakatan Rakyat.

"Sebaliknya, PKR, PAS dan DAP mahu menstabilkan dan menyelamatkan politik dan ekonomi negara," katanya.

- Malaysiakini

AR: Alalalalalala.... semuanya pasai Anwar...... Kamu Dolah yang jadi teraju utama negara sebagai Perdana Menteri yang patut dipersalahkan, bukannya Anwar.... Masihkah kau ingat Dolah, kau telah gagal semasa di Universiti Malaya dalam peperiksaan statistik menyebabkan ko tidak layak untuk mengambil ijazah ekonomi!!!!

Isu azan: Bilal dipanggil beri keterangan













Seorang pegawai Masjid Al-Ehsan, Bandar Kinrara, Puchong, hari ini dipanggil bagi memberi keterangan kepada polis berkaitan petisyen berhubung isu azan.

Bahrudin Maskor, 47, yang merupakan bilal masjid tersebut, dilihat memasuki Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi jam 1.30 petang tadi dan selesai memberi keterangan dua jam kemudian.

Bahrudin yang ditemui berkata beliau dipanggil bagi memberi keterangan berkenaan kandungan petisyen yang dihantar lebih 100 penduduk di kawasan itu beberapa bulan lalu, demikian menurut Bernama.

"Dalam petisyen itu, penduduk minta supaya azan subuh diperlahankan dan kuliah subuh pada hari Sabtu dan Ahad tidak menggunakan pembesar suara.

Kami akur dengan permintaan mereka," katanya.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas mengenai individu yang mengetuai petisyen tersebut.

"Petisyen itu hanya diterima oleh nazir masjid Bandar Kinrara iaitu Abdul Rahman Nasir. Saya tak tahu apa-apa," katanya.

- Malaysiakini

AR: Sebagai seorang Islam, kita sepatutnya menghadapi situasi ini dengan penuh gentleman dan professional. Apa yang perlu kita lakukan adalah, penjelasan kepada golongan non-Muslim berkenaan agama Islam yang diwajibkan bersolat 5 waktu sehari dan azan akan dilaungkan setiap kali waktu solat masuk. Sekiranya kita tidak memberi penjelasan, selagi itu, bantahan akan ada. Kita kena bagi contoh kepada golongan non-Muslim tentang rasa hormat antara agama, seperti agama lain selain agama Islam, mereka pun ada juga budaya agama yang mereka lakukan tidak berkenan di hati orang Islam, akan tetapi, kita menanganinya dengan penuh professional tanpa menyekat adat agama mereka. Perbincangan perlu dilakukan oleh ahli-ahli agama dengan golongan non-Muslim.

Hott!! : PM Tolak Sidang Tergempar Parlimen


Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini menolak desakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya Parlimen mengadakan sidang tergempar untuk membahaskan usul tidak percaya terhadap kerajaan.

"Saya tidak nampak keperluannya kerana Parlimen akan bersidang selepas Ramadan," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Majlis Tertinggi di PWTC hari ini.Parlimen dijadual bersidang semula pada 13 Oktober depan.

Awal hari ini, Anwar berkata, beliau telah menghantar surat kepada Abdullah supaya mengadakan sidang tergempar Parlimen bagi membahaskan usul tidak percaya terhadap kepimpinannya.

Katanya, beliau telah membuat permohonan rasmi meminta supaya diadakan sidang tergempar Parlimen untuk membahaskan usul tidak percaya terhadap kepimpinan Abdullah, selewat-lewatnya pada 23 September.

Abdullah juga bekata beliau tidak mempunyai rancangan untuk menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) "terhadap Anwar atau sesiapapun".Abdullah kini berdepan dengan usaha Anwar untuk mengambil alih kuasa melalui penyertaan ahli-ahli parlimen BN yang akan melompat menyertai Pakatan Rakyat.

- Malaysiakini

AR: Dolah mana nak lepas.... sebab dia tahu, semua orang tak suka dia!!! Namun, Dolah lupa.... Beliau pun pernah angkat sumpah jadi Perdana Menteri sebaik sahaja keputusan pilihanraya ke-12 pada 8 Mac diumumkan!!! Dolah perlu ingat, tanpa sidang parlimen pun, Anwar dan Pakatan Rakyat boleh membawa perkara ini kepada Majlis Raja-raja Melayu......

OPS Lalang 2 : Syed Azidi Ditahan Reman 2 Hari

Oleh : Mohd Nor Yahya




KOTA BHARU, 18 Sept (Hrkh) - Penulis bloger Syed Azidi Syed Abdul Aziz (Kickdefella) hari ini dibawa ke Mahkamah Majistret untuk mendapat perintah penahanan reman. Beliau direman dua hari bermula semalam.

Beliau ditahan di bawah Seksyen 4, Akta Hasutan. Syed Azidi kelihatan tersenyum ketika keluar dari mahkamah kira-kira jam 1.15 tengahari dengan kedua-dua tangan bergari.

Turut kelihatan di mahkamah Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa yang juga anggota Exco kerajaan negeri.

Selain itu, isterinya, Bariah Ishak, Naib Ketua Pemuda PAS Kelantan, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman, Pengurus Tabung Amanah Tok Kenali, Mohd Khir Zahri Abdul Ghani dan beberapa rakan lain.

Syed Azidi ditahan di rumahnya petang semalam setelah didatangi beberapa anggota polis berpakaian biasa sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu.

Difahamkan beliau ditahan berdasarkan artikel disiarkan dalam blognya kickdefella.worldpress.com yang dipercayai berbaur hasutan.

Beliau bertugas sebagai Pegawai Perhubungan Korporat di Perbadanan Menteri Besar Kelantan.

Husam berkata, pihaknya akan berusaha mendapatkan peguam sekiranya Syed Azidi dibawa ke Kuala Lumpur hari ini.

Berdasarkan kepada perkembangan itu, beliau berkata, kerajaan BN kini berada dalam gelisah sehingga ada wartawan dan penulis blog ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri dan Akta Hasutan.

"Saya yakin ini adalah tindakan mahu menyekat kebebasan rakyat untuk bersuara dan langkah ini digunakan untuk menakut-nakutkan blogger.

"Sedangkan dalam isu penahanan Teresa, azan dimanipulasikan media pro Barisan Nasional, namun mereka tidak diambil sebarang tindakan, sebaliknya Teresa pula ditahan di bawah ISA," ujar beliau.

Beliau juga berkata, Malaysia akan dicap melanggar perjanjian dunia berkenaan dasar langit terbuka.

"Saya berpendapat penulis blog boleh disiasat secara lebih elok dan mereka akan memberi kerjasama sekiranya diminta pihak berkuasa tanpa perlu mengunakan cara yang lebih keras kerana ia boleh mencemarkan imej negara.

"Sikap toleransi yang lebih luas sepatutnya diamalkan kerajaan di saat berlakunya kekalutan sekarang," katanya.

- Harakah

AR: Inilah demokrasi UMNO bila berlawanan arus dengan UMNO dan rejim Dolah Badawi!!!!

Saham KL terus alami kerugian sehingga tengahari


Harga saham di Bursa Malaysia terus mengalami kerugian sehingga tengahari tadi, di tengah-tengah kegiatan jualan besar-besaran di seluruh dunia berikutan peningkatan kebimbangan mengenai kesan tempias kegawatan kredit AS dan banyak ketidaktentuan makroekonomi khusus yang ditambah beberapa ketidaktentuan politik domestik, kata para peniaga.

Sentimen keseluruhan kekal lemah dan ditambah dengan jualan besar-besaran saham perladangan dan kewangan, kata mereka.

Jualan besar-besaran oleh pelabur asing ke atas saham berwajaran tinggi terpilih telah menarik turun Indeks Komposit Kuala Lumpur sebanyak 3.74 peratus atau 37.53 mata untuk ditutup sesi pagi kepada 965.46, paras terendahnya sejak Jun 2005. KLCI dibuka 9.78 mata lebih rendah kepada 993.46.

Menurut Bernama, indeks Persahaan turun 40.73 mata kepada 2,120.87, Indeks Kewangan turun 332.06 mata kepada 7,827.65 dan Indeks Perladangan turun 237.31 mata kepada 4,604.91.

Sementara itu, FBMEmas turun 241.48 mata kepada 6,407.27, FBM30 turun 237.02 mata kepada 6,186.59, FBM-MDQ turun 166.17 mata kepada 3,843.26 dan FBM2BRD
turun 159.45 mata kepada 4,830.74.

Kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 631 kepada 32 manakala 106 kaunter tidak berubah, 577 kaunter tidak diniagakan dan 23 kaunter digantung.

Volum dicatatkan 241.835 juta saham bernilai RM527.042 juta.

Bank Pembangunan Asia hari ini memberi amaran bahawa kegawatan yang melanda bank-bank utama di Barat boleh melanda badan peminjam utama Asia dan menyeru para pengawal selia dan bank pusat rantau ini untuk menyelaraskan tindakan bagi mengekalkan kestabilan.

Bursa-bursa tempatan menghadapi tekanan jualan berikutan jualan besar-besaran semalaman di Wall Street semasa Rezab Persekutuan AS membelanjakan AS$85 bilion untuk menyelamatkan badan korporat AIG gagal menenangkan para pelabur.

"Kebimbangan timbunan kerugian kredit telah mencetuskan jualan ketakutan di bursa di seluruh dunia," kata salah seorang peniaga itu.
Di antara saham berkaitan perladangan, Kuala Lumpur Kepong turun 90 sen kepada RM8.60, IOI Corp turun 18 sen kepada RM3.78 dan PPB Group turun 50 sen kepada RM7.90.

Antara kaunter kewangan, Bumiputra-Commerce turun 50 sen kepada RM6.90, Maybank turun 20 sen kepada RM6.70 dan Public Bank turun 30 sen kepada RM9.50.

Mendahului senarai aktif, UEM Builder turun satu sen kepada RM1.38, AirAsia turun dua sen kepada RM1.18, KNM Group turun enam sen kepada RM1.09 dan Sime Darby tidak berubah di paras RM5.95.

Tenaga Nasional turun 40 sen kepada RM6.40 dan Telekom Malaysia turun 18 sen kepada RM3.32.

- Malaysiakini

AR: Kalau korang nak tengok indeks KLCI nih, korang bolehlah klik kat [SINI].

KOAM larang pegawai terlibat cabul


KUALA LUMPUR 18 Sept. - Kesatuan Olahraga Malaysia (KOAM) hari ini memutuskan untuk melarang seorang pegawai yang dikatakan terlibat mencabul seorang pegawai perhubungan awam (LO) ketika Terbuka Taiwan, Mei lalu, daripada mewakili pasukan, negeri atau negara sehingga satu tempoh yang diberitahu kelak.

Presiden KOAM, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, pihaknya mendapati pegawai berkenaan cuma terlibat dalam perbuatan yang meragukan atas tugasnya sebagai seorang pegawai sukan dan bukannya berkaitan sebarang gangguan seks terhadap LO yang juga seorang pelajar warganegara Malaysia di negara itu.

“Lembaga KOAM yang bersidang hanya memutuskan tindakan ke atasnya berdasarkan kes dan aduan sama ada berlakukah gangguan seks tetapi tidak melibatkan sebarang jawatannya dalam persatuan olahraga, yang itu belum diputuskan,” katanya dalam sidang akhbar di Hotel Seri Pacific di sini.

- Utusan

Lans koperal dapat `durian runtuh'

PUTRAJAYA 18 Sept. - Seorang anggota polis berpangkat lans koperal yang dipecat 11 tahun lalu mendapat `durian runtuh' sempena Aidilfitri yang bakal tiba apabila Mahkamah Rayuan memerintahkan dia diterima semula dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan pangkat yang sama.

Panel tiga hakim bersidang diketuai oleh Datuk Wira Mohd. Ghazali Mohd. Yusoff sebulat suara memutuskan pemecatan Mohd. Nawi Ya'akub, 50, pada 1997 sebagai tidak sah dan bertentangan dengan prisip keadilan.

- Utusan

AR: Bayangkang, misalnya, gaji beliau RM2,000 sebulan X 11 X 12 = RM 264,000, WOW!!!!, tapi, kerajaan Malaysia kena bayar ganti rugilah.... 11 Tahun merana oooo!!!! Cam kes Anwar dpecat dulu.... camner???? UMNO tak mahu bayar ke?

Anak kapal MT Bunga Melati Lima MISC diberi makanan satu cawan setiap hari


PULAU PINANG 18 Sept.- Semua anak kapal tangki MT Bunga Melati Lima milik MISC Bhd yang ditawan lanun akhir bulan lepas, dikurung di bilik kecil dan hanya diberi satu cawan makanan setiap hari.

Perkara itu didedahkan seorang anak kapal berkenaan, Nor Afandi Basar, 44, ketika menghubungi adiknya, Mohd Ridza, 27, di sini menerusi telefon petang semalam.

Mohd Ridza yang bekerja sebagai eksekutif di sebuah syarikat swasta sempat berbual dengan abangnya selama dua minit pada kira-kira pukul 6.50 petang selepas kumpulan lanun itu membenarkan semua anak kapal menghubungi keluarga masing-masing.

“Abang beritahu yang dia selamat tapi merayu MISC menyegerakan rundingan supaya mereka dibebaskan secepat mungkin. Dia cuma beritahu diberi makanan satu cawan setiap hari tapi tidak memaklumkan jenis makanan yang diberi itu.

“Abang kata, dia rindu mahu berpuasa bersama keluarga dan dia juga terlalu rindu dengan keluarganya serta berharap dapat dibebaskan sebelum sambutan Aidilfitri ini. Itulah juga harapan semua anak kapal berkenaan,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini. - Bernama

- Utusan

Henti Bincang Pasal Anwar - Syed Hamid Albar

PUTRAJAYA 18 Sept. - Semua pihak diminta menghentikan perbincangan mengenai Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berperilaku seolah-olah negara ini ditadbir oleh beliau.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata, perbincangan setiap hari sehinggakan masing-masing ingin berdebat secara tidak langsung menunjukkan pergerakan negara turut `dikawal' oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

``Kita tidak perlu setiap hari bincang mengenai ketua pembangkang, banyak lagi benda yang boleh kita buat.Kita ada tugas yang perlu dilaksanakan sebagaimana yang diberikan mandat oleh kerajaan,'' katanya.

- Utusan

AR: Hahahahaa, korang dalam UMNO ajer yang duk sibuk camner nak pekenakan Anwar..... camner ngan Sayfool??? sonyap sopi aje Hang Tuah korang tuh......

Komen Najib Yang Pertama Sebagai Menteri Kewangan


Penjanaan tenaga bersih perlukan pelaburan besar, kata Najib

KUALA LUMPUR 18 Sept. — Dana dan pelaburan besar diperlukan bagi menghadapi cabaran menyediakan tenaga bersih di negara-negara membangun, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Timbalan Perdana Menteri berkata bank-bank pembangunan dan agensi pembangunan lain harus memberi sokongan terhadap usaha ini.

“Kita menyambut baik penubuhan Dana Pelaburan Iklim termasuk Dana Teknologi Bersih dan Dana Iklim Strategik, yang kini dikendalikan oleh Bank Dunia,” katanya ketika merasmikan Persidangan Menteri Kesihatan Asia-Pasifik mengenai Perubahan Iklim dan Kesihatan di sini hari ini.

Seramai 120 peserta terdiri Menteri Kesihatan dan pegawai-pegawai kanan dari 18 negara menghadiri persidangan dua hari itu bagi membincangkan isu kesihatan dan perubahan iklim di rantau ini.

Najib mencadangkan agar mekanisme pembiayaan bukan berbentuk pembangunan disediakan untuk negara-negara membangun khususnya dalam membangunkan modal insan dan strategi serta program kesihatan tertentu. - Bernama

- Utusan

Anwar Cadangkan Sidang Parlimen Tergempar Di Adakan!!!

Anwar seeks emergency House session

Opposition Leader leader Anwar Ibrahim today said he has sent a letter to Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi asking him to convene an emergency session of the Parliament for an emergency motion to debate on the premier's government.

SAPP Keluar Tidak Gugat BN ~ Ya Ke?


KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) tidak tergugat walaupun Parti Maju Sabah (Sapp) mengumumkan keluar dari parti komponen itu berkuat kuasa serta-merta hari ini.
Ketua Pemuda MCA, Datuk Liow Tiong Lai berkata, MCA menghormati keputusan Sapp itu dan yakin tindakan itu tidak akan menjejaskan usaha BN untuk mendapatkan semula kepercayaan rakyat.

"Keputusan Sapp ini langsung tidak memberi kesan kepada BN," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan MCA Kelantan di Kota Baharu di sini.
Presiden Sapp, Datuk Yong Teck Lee semalam mengumumkan di Kota Kinabalu mengenai keputusan itu selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi parti itu.
Liow berkata, Sapp sebelum ini banyak membuat kenyataan yang tidak menggambarkan kesepakatan dalam BN dan keputusan untuk keluar dari BN adalah keputusan yang terbaik buat Sapp.

Sementara itu, Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu berkata, keputusan Sapp itu bukan satu perkara yang mengejutkan memandangkan tindakan parti itu telah dijangkakan sejak lama dahulu.

Katanya, parti-parti komponen mesti mematuhi peraturan BN, bersuara dalam satu nada, mengambil berat di antara satu sama lain dan menghormati barisan kepimpinan.

"BN akan tetap hidup dan terus diperkukuh walaupun SAPP menarik diri, katanya kepada Bernama sambil menambah bahawa MIC akan terus setia dengan BN dan berkongsi takdir yang sama dengan komponen parti itu," katanya.

Di Putrajaya, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman melahirkan rasa kesal dengan tindakan Sapp itu walaupun beliau telah menjangkakan tindakan parti itu yang hanya menunggu masa sahaja untuk berbuat demikian.

"Bagaimanapun Umno Sabah dan rakan-rakan lain dalam BN akan terus setia dengan kepimpinan yang ada sekarang dan kita akan terus bekerja dan berusaha untuk pastikan kita membela dan membangunkan negeri Sabah," katanya ketika ditemui pada majlis berbuka puasa anjuran Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di kediamannya di sini.

Ditanya tentang kedudukan anggota Sapp yang menganggotai Kabinet negeri Sabah, termasuk timbalan presiden Datuk Raymond Tan Shu Kiah yang juga merupakan Timbalan Ketua Menteri, Musa berkata beliau masih belum tahu keputusannya lagi memandangkan beliau berada di sini ketika perkara itu diumumkan.

Musa turut menolak bahawa tindakan Sapp itu akan menjejaskan populariti BN di Sabah, malah berkata kepimpinan negeri Sabah akan berjalan seperti biasa dan "sentiasa dalam keadaan baik."

Ketua Penerangan MIC dan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, M. Saravanan berkata, tindakan Sapp adalah baik bagi BN kerana parti itu tidak lebih daripada "duri dalam daging."

Di Tawau, Pembantu Menteri Kewangan Sabah Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan berkata, beliau yakin tindakan Sapp itu tidak akan membawa sebarang kesan kepada BN.
"BN akan terus melaksanakan tanggungjawabnya membawa pembangunan kepada penduduk Tawau yang kini sedang dilaksanakan secara berperingkat untuk kebaikan penduduk
kawasan berkenaan," katanya.

Bagaimanapun, Tawfiq yang juga Ketua UMNO Bahagian Tawau kecewa dengan tindakan Sapp memandangkan mereka telah berusaha bersungguhsungguh berkempen bagi memastikan kemenangan bagi calon Sapp, Datuk Chua Soon Bui untuk kerusi Parlimen Tawau pada pilihan raya umum 8 Mac lepas. BERNAMA

- mSTAR

AR: Ya ke tak tergugagt...... orang dah bercerai, biasalah..... nak sejukkan hati... bagitahu ajelah tak tergugat, tak rugi.... tapi, dalam hati, sapa yang tahu. hihihihi.

Syed Hamid: Akta Hubungan Kaum Diwujudkan

PUTRAJAYA: Kerajaan akan menggubal satu akta mengenai hubungan kaum bagi dijadikan panduan kepada rakyat untuk memelihara dan mengukuhkan hubungan kaum, kata MenteriDalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar.

Beliau berkata, pegawai-pegawai Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Perpaduan, Kesenian dan Warisan (KEKWA) akan membincangkan soal penggubalan undang-undang itu setelah ia dipersetujui oleh Kabinet.

Bercakap kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan Kementerian Dalam Negeri di sini hari ini, Syed Hamid berkata bahawa setelah akta berkenaan diluluskan, KEKWA akan memainkan peranan yang penting bersesuaian dengan tnggungjawabnya menjaga hal-hal perpaduan.

"KDN hanya memberi input dalam usaha penguatkuasaan bagi menentukan keselamatan dan kesejahteraan negara dapat dipelihara," katanya.

Syed Hamid berkata, antara perkara yang akan diambil kira dalam penggubalan akta itu ialah soal integrasi, sistem pendidikan negara serta ekonomi.

"Sekiranya terdapat apaapa pelanggaran terhadap keharmonian kaum sehingga menjejaskan keadaan, tindakan boleh diambil (melalui akta ini) bagi mengelakkan konflik dan perselisihan kaum," katanya.

Beliau berkata, rujukan akan dibuat dengan beberapa negara luar seperti United Kingdom yang mempunyai undang-undang sedemikian.

"Kita juga perlu mendapat maklumat balas pelbagai pihak kerana akhirnya yang akan jadi pengamal adalah rakyat. Ini undang-undang untuk rakyat," katanya.

Ketua Pemuda MCA, Datuk Liow Tiong Lai pernah mencadangkan akta seperti itu digubal sebagai satu mekanisme untuk mengukuhkan hubungan antara rakyat Malaysia berbilang kaum memandangkan isu-isu perkauman sering berbangkit akhir-akhir ini. BERNAMA

- mSTAR

Timbalan Menteri buat laporan BPR cubaan sogok sertai Pakatan

KUALA PILAH: Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Hasan Malek yang mendakwa cuba disogok supaya menyertai pembangkang, telah membuat laporan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR).

Anggota Parlimen Kuala Pilah itu berkata beliau membuat laporan itu dua hari lepas kerana tidak mahu bersekongkol dengan kumpulan ahli politik yang bermoral begitu rendah.

"Laporan ini dibuat tanpa arahan dari sesiapa, saya sendiri yang ambil inisiatif untuk lapor pada BPR," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Hasan enggan menyatakan jumlah sebenar yang ditawarkan kepada beliau kerana tidak mahu siasatan tergganggu.

"Yang jelas dia janjikan saya masa depan saya yang cukup cerah. Itu masingmasing boleh intepretasikan," katanya. BERNAMA

- mSTAR


AR: Apa benar kamu disogok?? Disogok lembu ke??? hahahahaha.... ada-ada aje.

Altantuya: Keputusan bela diri diputus 31 Oktober


SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 31 Oktober ini untuk menentukan sama ada tiga orang tertuduh dalam kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu perlu dipanggil membela diri ataupun dibebaskan.

Hakim Datuk Mohd Zaki Md Yasin menetapkan tarikh itu setelah pihak pendakwaan dan pembelaan selesai membuat penghujahan selepas perbicaraan selama 151 hari melibatkan 75 orang saksi.

Dua anggota Unit Tindakan Khas Bukit Aman, Cif Insp Azilah Hadri, 32, dan Koperal Sirul Azhar Umar, 36 dituduh membunuh Altantuya, 28, di satu kawasan dalam mukim Bukit Raja dekat sini antara 10 malam 19 Oktober dan 1 pagi 20 2006.

Penganalisis politik Abdul Razak Abdullah Baginda, 48, dituduh bersubahat dengan mereka.

- mSTAR

MT Umno Bermesyuarat Pukul 3 Petang Ini


PETALING JAYA: Umno mengadakan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) petang ini - pertemuan yang dilihat sebagai penting dan signifikan menjelang persidangan bahagian bulan depan.

Mesyuarat dijadual bermula pukul 3 petang.

Pertemuan itu diadakan selang beberapa hari selepas Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak membincangkan isu pelan peralihan kuasa dan menyatakan komitmen mereka untuk merealisasikan rancangan tersebut.

Presiden dan Timbalan Presiden Umno itu membuat pendirian terbaru mereka selepas timbul pelbagai pandangan, yang berbelah bahagi mengenai pelan Jun 2010 berkenaan, yang diumumkan dalam tiga mesyuarat MT yang lalu.

Minggu lalu, Naib Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassan meminta agar Abdullah memikirkan semula tarikh pelaksanaan pelan peralihan itu.

Selepas tidak menghadiri mesyuarat-mesyuarat MT sebelum ini disebabkan urusan rasmi di luar negara, kehadiran Muhyiddin dijangka menarik perhatian.

Semalam, Abdullah dan Najib bertukar portfolio masing-masing sebaagi Menteri Kewangan dan Menteri Pertahanan.

Malah, Abdullah membayangkan bahawa pelan peralihan kuasa itu akan tetap dilaksanakan dan kemungkinan dipercepatkan jika wujud keperluan.

Pemilihan bahagian akan berlangsung selama sebulan bermula 9 Oktober ini.

Sejam sebelum bermulanya mesyuarat MT Umno, Ketua Umum Pakatan Rakyat dijadual mengadakan sidang akhbar di Ibu Pejabat PKR - berhubung tindakan susulannya mengenai sasaran pembentukan kerajaan baru persekutuan.

Mesyuarat MT juga dijangka menyentuh laporan bahawa bekas Presiden Umno, Tun Dr. Mahathir Mohamad akan kembali ke pangkuan parti.

Bagaimanapun, difahamkan, beliau belum memaklumkan secara formal kepada Ibu Pejabat Umno mengenai hasratnya.

Hasrat beliau disahkan oleh Muhyiddin minggu lalu.

Mesyuarat MT disusuli dengan majlis berbuka puasa Abdullah dengan anggota MT di Pusat Dagangan Dunia Putra.

- mSTAR

Perhimpunan Hindraf : 27 didenda RM1,000


Sejumlah 27 orang yang gagal bersurai selepas diarahkan berbuat demikian oleh polis sewaktu perhimpunan anjuran Hindraf pada 25 November, hari ini masing-masing didenda RM1,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Mereka didenda selepas mengaku bersalah terhadap tuduhan tersebut.

Perhimpunan Hindraf itu dihadiri kira-kira 30,000 kaum India, yang tidak mendakwa mereka telah dipinggirkan.Lima pemimpin utama Hindraf ditahan kemudiannya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

- Malaysiakini

Mustafa, Nik Aziz bertemu selesaikan isu 16 Sept

Jimadie Shah Othman

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Pengarah Pilihanraya Pusat parti itu, Datuk Mustafa Ali mengadakan pertemuan 'empat mata' hari ini difahamkan bagi menyelesaikan 'pertelagahan' antara mereka berhubung isu peralihan kuasa yang diusahakan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Nik Aziz yang juga menteri besar Kelantan dilihat sentiasa memberi sokongan moral kepada Anwar untuk menjadikan peralihan kuasa itu satu realiti.

Manakala Mustafa yang juga pesuruhjaya PAS Terengganu pula dilihat tidak yakin usaha Anwar itu akan menjadi kenyataan.Dalam pertemuan tersebut, Malaysiakini difahamkan kedua-dua pemimpin tertinggi PAS telah memperjelaskan pendirian masing-masing dan 'hubungan mereka kini kembali seperti sediakala'Ketika dihubungi Malaysiakini, Mustafa mengesahkan mengadakan pertemuan tersebut di Kota Bharu pagi tadi atas permintaan Nik Aziz.

Mustafa enggan mengulas lanjut mengenai pertemuan yang bermula jam 10 pagi tadi, tetapi beliau kedengaran ceria ketika bercakap dengan Malaysiakini.


Menurutnya, pertelagahannya dengan Nik Aziz itu berpunca daripada "salah faham" semata-mata."(Perkara ini) macam ayah dengan anak," tambahnya.


Ahad lalu, dalam ceramahnya di Taman Melewar, Gombak, Nik Aziz secara terbuka mengkritik kenyataan Mustafa yang tidak yakin pertukaran kerajaan pada 16 September.

Merujuk kepada kenyataan Mustafa yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia serta wawancaranya dengan Harakah mengenai isu tersebut, Nik Aziz menyifatkan pengarah pilihanraya PAS itu "sudah menjadi lidah Umno" dan "betul-betul serupa dengan nada presiden Umno".

Malah, Nik Aziz turut menyifatkan PAS Terengganu "telah tersalah memilih seorang pesuruhjaya".

Bagaimanapun, Mustafa sebelum ini, enggan mengulas kritikan menteri besar Kelantan itu."Dalam pertemuan pagi tadi, (kami) bincang perkara itu (perselisihan faham) sekejap saja. Yang lain kita sembang-sembanglah," kata Mustafa.


916 : PAS Tahu Senarai MP Yang Lompat Parti

Senarai bilangan ahli Parlimen Barisan Nasional didakwa akan menyertai Pakatan Rakyat telah dikemukakan dalam mesyuarat jawatankuasa pusat PAS Ahad lalu.

Berdasarkan senarai tersebut, kebanyakan mereka adalah dari Sabah dan Sarawak itu yang beragama Islam, demikian menurut ahli jawatankuasa PAS, Ahmad Awang (foto).

Perkara itu juga turut disahkan oleh seorang lagi ahli jawatankuasa PAS, Hashim Jasin yang juga pesuruhjaya PAS Perlis.

Ahmad, yang juga pesuruhjaya PAS Perak, berkata agenda itu dibawa daripada perbincangan Lajnah Politik parti itu sehari sebelumnya.

Bagaimanapun, katanya, senarai ahli Parlimen yang dikatakan akan melompat parti itu, menurut Ahmad, tidak lengkap.

“Kita hanya umum nama-nama penting sahaja,” katanya kepada Malaysiakini.

Senarai itu, katanya, turut dibentangkan lebih awal dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang berlangsung sebelum itu.

Terdapat wakil MCA,MIC

Ekoran itu, tegasnya, kepimpinan PAS yang menghadiri mesyuarat jawatankuasa pusat tersebut merasa ‘selesa’ dan yakin dengan pelan 16 September.

Dalam senarai itu juga, kata Ahmad, terdapat wakil rakyat dari MCA dan MIC yang akan menyertai Pakatan. “Sebab itu kita tengok MCA (contohnya) ada hentam penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Itu bunga-bunganya (tanda-tanda hendak keluar daripada BN),” katanya.Ahmad menegaskan, perancangan Pakatan untuk mengambil alih kerajaan paling lama selepas perhimpunan agung Umno. "Walaupun mereka kata kita (buat) gimik, sebenarnya mereka panik.

Perletakan jawatan (bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri) Datuk Zaid Ibrahim dan pergolakan dalaman Umno menjelang pemilihan parti itu, memberi kelebihan kepada Pakatan,” katanya.

Diminta mengulas beberapa kenyataan pemimpin PAS yang menunjukkan pendirian tidak yakin dengan peralihan kuasa yang diusahakan Anwar, beliau berkata:“Suara yang tidak percaya adalah dari satu hala, (mereka) agak konservatif. Kita terus dengan keputusan muktamar agung dan dalam masa yang sama berwaspada. Kita mahu mendokong kerajaan yang (pemimpin) Islam dominan. Islam sebagai pasak,” katanya.

Beliau juga menyifatkan teguran keras Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat terhadap kenyataan pengarah pilihanraya Pusat parti itu, Mustafa Ali yang berkata 16 September tidak akan berlaku, sebagai pandangan peribadi yang “berlebih-lebihan”.

Strategi politik

Manakala Hashim yang turut hadir dalam mesyuarat itu Ahad lalu mengesahkan wujudnya senarai tersebut.Bagaimanapun, katanya, mesyuarat hanya dimaklumkan mengenai bilangannya sahaja mengikut pecahan negeri.“(Contohnya) mesyuarat sebut Sabah berapa bilangan, Sarawak berapa bilangan, macam itulah,” katanya kelmarin telah diisytiharkan sebagai wakil rakyat Sanglang, Perlis .

Bagaimanapun, katanya, tidak ada sebarang keputusan muktamad dibuat dalam perbincangan mengenai senarai itu.

Hashim berkata, beliau tidak tahu sama ada senarai penuh diketahui oleh pemimpin-pemimpin tertentu PAS dan tidak diumumkannya atas alasan strategi politik.“(Presiden PAS, Datuk Seri) Abdul Hadi Awang pun bukan semua dia boleh bagi tahu kita,” katanya.


Mubarak mahu peralihan kuasa sebelum Disember

Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) berpendapat proses peralihan kuasa perlu diadakan secepat mungkin, selewat-lewatnya sebelum perhimpunan agung Umno pada 16 Disember ini bagi mengelakkan pergolakan dalam parti.

Presidennya Tan Sri Abu Zahar Ujang berkata keputusan tersebut dicapai sebulat selepas mendengar pandangan dan rumusan 34 daripada 36 anggota Majlis Tertingginya dalam mesyuarat yang diadakan hari ini. Dua lagi anggotanya tidak dapat hadir.

Keputusan itu berbeza dengan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai peralihan kuasa yang dipersetujui kedua-dua mereka diadakan pada Jun 2010.

Menurut Bernama, Abdullah dan Najib hari ini mengulangi komitmen mereka dengan tempoh peralihan kuasa seperti yang ditetapkan sebelum ini.

Kedua-dua mereka juga akan mempertahankan jawatan masing-masing sebagai presiden dan timbalan presiden Umno Disember ini.Abu Zahar berkata peralihan kuasa yang telahpun dipersetujui itu adalah satu persefahaman tetapi ia perlu dirujuk kepada perhimpunan agung Umno Disember ini."

Pemimpin mestilah patuh dan hormati perlembagaan parti Umno di mana semua hak ahli-ahli tidak boleh diketepikan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat itu di ibunegara hari ini.
AR: Nak buat camner, Dolah tak mahu.....

TERKINI!!! : Harga Minyak Dunia Sekarang US$91 Setong


Harga minyak mentah global kini telah jatuh menjunam pada paras USD$91 setong dari paras tertinggi USD$145 beberapa bulan yang telah lalu.

Kenaikan minyak mentah global secara mendadak menyebabkan kerajaan Malaysia menaikkan harga bahan bakar di Malaysia dari RM1.92 kepada RM2.70 pada Jun lalu.

Persoalannya sekarang ialah bila agaknya Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi akan menurunkan harga bahan bakar di Malaysia?

Pada 4 September lalu Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, harga runcit minyak petrol dan diesel mungkin diturunkan lagi sebanyak 15 sen daripada harga semasa, jika harga minyak mentah dunia stabil di bawah paras AS$109 setong sehingga akhir tahun ini.

Namun sekarang harga sudah turun jauh lebih rendah dari AS$109 !

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad berkata, kerajaan tetap komited dengan cadangan penurunan itu walaupun penyusutan nilai ringgit memberi kesan kepada ekonomi negara.

"Kita sedar harga minyak dunia kini berada di bawah paras AS$100 setong tetapi Ringgit juga mengalami nasib yang sama.

"Tetapi perkara ini sedang diteliti, saya percaya harga baru dapat diumumkan sebelum hari raya ini," katanya di sini semalam.

Menurutnya, jika mata wang negara mencatatkan pengukuhan semula, beliau percaya tiada masalah untuk kerajaan melaksanakan tanggungjawab tersebut.

Semalam, minyak dunia didagangkan pada harga AS$92 (RM310.04) setong tetapi pada masa yang sama Ringgit pula diniagakan pada RM3.50 berbanding AS$ 1, susut 30 sen berbanding awal bulan lalu.


AR: Bila agaknya kita dapat merasa minyak turun nih??? Hari tuh, turun pun ciput aje, 15 sen aje... tuh pun atas tujuan pilihanraya permatang pauh.

Terengganu Masih Belum Terima Wang Royalti Minyak!!!

Ditulis oleh WanKay & SM Noor
Thursday, 18 September 2008



Kuala Terengganu - Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT) pada hari Selasa ( 16/9, semalam) te;ah mengadap SPB Yang Di-Pertuan Agong AL-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan, merafak sembah rintihan dan harapan Rakyat Terengganu khususnya dan Rakyat Malaysia Amnya.

”Tujuan utama MAMPAT mengadap SPB Yang Di-Pertuan Agong adalah untuk menpersembahkan hasil kehendak dan harapan Rakyat Terengganu melalui Resolusi Konvensyen Royalti Petroleum yang telah dianjurkan oleh MAMPAT pada 14 Jun 2008 yang lalu,”

kata Pengerusi MAMPAT Mohamad Fauzi bin Abu Samah dalam sidang media yang diadakan di kediaman Penaung MAMPAT, Tengku Seri Paduka Raja.

Menurut Fauzi antara penegasan yang dibuat pada Konvensyen tersebut adalah Royalti Petroleum merupakan Hak Rakyat Terengganu dan ia mestilah dipulangkan berasaskan kepada segala fakta sejarah dan perundangan.

Selain itu beliau menegaskan perjuangan untuk mendapatkan kembali Royalti Minyak adalah PERJUANGAN RAKYAT tanpa mengira fahaman politik, agama dan kaum serta kegagalan menyerahkan Royalti adalah satu pencabulan kepada semangat federalisma.

Beliau berkata antara tuntutan yang telah dirumuskan oleh Peserta Konvensyen Royalti adalah menuntut Kerajaan Pusat untuk mengembalikan semula royalti yang telah dinafikan sebanyak 5 % dalam kadar yang segera selain menuntut supaya kadar Royalti kepada Negeri Terengganu dinaikkan kepada 20 % sehinggalah hilang status sebagai negeri termiskin di Semenanjung Malaysia.

”MAMPAT juga memutuskan untuk turut menyampaikan Resolusi Konvensyen kepada 9 Institusi lain selain daripada SPB Yang Di-Pertuan Agong termasuk Perdana Menteri (PM), Majlis Penasihat Pemangku Raja dan Menteri Besar untuk menyampaikan salinan Memorandum Rakyat sepertimana yang disampaikan kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong,”kata beliau

Mengulas tentang majlis mengadap SPB Yang DiPertuan Agong, Fauzi berkata ia berlangsung selama kira-kira 30 minit dalam suasana yang amat mesra.

”Empat orang Ahli Majlis MAMPAT telah bersama di dalam Majlis Pertemuan ini. Perbincangan bermula pada kira-kira jam 11.30 am dan berakhir pada jam 12.05 tengahari,”jelas Fauzi

Mengulas lanjut janji Perdana Menteri berkaitan penyerahan royalti beliau berkata sehingga kini MAMPAT mendapat maklumat dan difahamkan bahawa JANJI-JANJI PM untuk menyalurkan Wang Royalti pada minggu pertama September 2008 adalah suatu PEMBOHONGAN di mana Kerajaan Negeri masih lagi tidak mendapat sebarang bayaran seperti mana yang dijanjikan.

AR: Paklah nih kuat membohong betul, mungkin Paklah deal ngan Mat Said pasal kereta mecedeh kut??? Nampak gayanya, Kerajaan Pakatan Rakyatlah nanti berhutang..... Daripada sumber terdekat, MAMPAT akan mengadakan satu Sidang Media Khas berkaitan permasalahan semasa dan juga royalti minyak di rumah Tengku Paduka Raja, pada jam 12 tengahari ini.

Apa Masalah Korang Berdua Nih???

Sambil bertukar jawatan, sambil kedua-duanya menutup hidung.... seolah-olah ada sesuatu aje.....

Kek Harapan Rakyat Malaysia

Setelah tarikh keramat 16 September begitu kurang menjadik, ramuan-ramuan bagi pembentukan kerajaan persekutuan Pakatan Rakyat seolah-olah telah sedang di masak untuk melihat hasilnya pada bila-bila masa selepas tarikh 16 September ini.

Sekarang, sudah 18 September, kiranya sudah 2 hari muncul selepas tarikh 16 September.... Kerajaan Malaysia masih dimiliki oleh UMNO dan sekutunya dalam Barisan Nasional dan masih diteraju oleh si Dolah.

Disebalik masakan yang di adun dengan ramuan khas formula Datuk Seri Anwar Ibrahim, nampaknya, masakan tersebut semakin berhasil menjadi satu resipi yang istimewa hidangan untuk rakyat Malaysia.

Kisah di sebalik perletakan jawatan Datuk Zaid Ibrahim seakan-akan satu ledakan pertama resipi kejayaan ini... di tambah pula, pada 17 September, Si Dolah dan Si Bijan bertukar-tukar jawatan Menteri.....

Jelas terpancar di dada kerajaan UMNO kini bahawa resipi daripada ramuan khas Anwar semakin menjadi, cuma, masa untuk resipi itu masak sahaja belum diketahui...

Semoga resipi daripada formula Anwar ini akan menjadi satu masakan yang istimewa yang menjadi Kek Harapan Rakyat Malaysia dan meraikan Hari Raya Aidilfitri dengan penuh kegemilangan.

916 : Anwar Kemukakan 4 Syarat Untuk Teraju Negara!!!


1) Kerajaan BN memberi jaminan tidak akan menghindar atau menghalang Ahli Parlimennya untuk bertindak bebas mengikut hak Perlembagaan dan kesedaran masing-masing;

2) Kerajaan BN tidak boleh menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk menahan Ahli Parlimen BN menyertai Pakatan Rakyat atau mana-mana 82 Ahli Parlimen Pakatan Rakyat sedia ada;

3) Kerajaan BN tidak akan mengisytiharkan darurat atau menggunakan kuasa polis atau menggantung Perlembagaan atau membubarkan Parlimen sebagai maklum balas terhadap hasrat Pakatan Rakyat untuk menubuhkan kerajaan baru; dan

4) Kerajaan BN tidak akan melakukan sekatan jalan raya bagi menghalang Ahli Parlimen memasuki Parlimen atau institusi kerajaan lain.

SUMBER : Berita Harian

HOT!!! : Zaid Ibrahim masuk PKR

Zaid Ibrahim membuat keputusan untuk menyertai PKR. Pengumuman rasmi akan dibuat esok.

34 MP sudah pun menandatangani surat persetujuan untuk menyertai Pakatan Rakyat.

Sementara itu, khabar dari saudara mara yang bekerja dengan Angkatan tentera memberitahu bahawa semua cuti anggota tentera dibekukan dan semua anggota tentera diperintahkan tinggal didalam kem.

Blog Stats