
Gambar asalnya aku tunjukkan kat bawah nih.... yang diambil daripada [SINI].

Akhirnya, digoogle-googlekan lagi... aku dapat pulak yang baru daripada [SINI].... gambar kat atas tuh, sebenarnya macam nih, nampak sangat super-imposed!!!

Pada ahad 2 nov, pihak kita telahpun menurunkan replika DSAI yang mencetuskan kontroversi di kalangan puak-puak UMNO/BN. Walaupun permit hanya akan berakhir pada 4 nov tetapi kita ambil keputusan untuk menurunkannya awal kerana 4 nov waktu kerja. Bukan bermakna kita tewas dengan desakan UMNO/BN tetapi kita merasakan matlamat kita telah tercapai iaitu untuk tujuan penghargaan kepada masyarakat DUN Batu Caves sempena Hari Raya dan Deepavali.
Tahniah saya ucapkan kepada mereka yang terbabit atas usaha dan penat lelah mereka dan juga tahniah kerana kita tak mudah melatah akan karenah dan sikap kebudak-budakkan UMNO/BN dan mufti Perlis . UMNO/BN tak pernah belajar dari kesilapan walaupun mengalami tsunami 8 mac 2008. - adun
ARef : Replika Anwar dah diturunkan, bila pulak gamaknya PATUNG TUNKU ABDUL RAHMAN di bangunan Parlimen nak dirobohkan!!!!!
Lim, yang diberikan tanggungjawab untuk membantu Perdana Menteri menjaga hal ehwal kaum Cina di negara ini, berkata beliau memutuskan untuk meletak jawatan itu kerana beliau tidak mahu memegang jawatan tersebut terlalu lama setelah MCA dan Gerakan selesai mengadakan pemilihannya.
"Saya anggap tugas saya telah dilakukan. Malahan saya tidak bercadang untuk tinggal lebih sepenggal," kata beliau ketika dihubungi hari ini.
Lim berkata beliau memutuskan untuk meletak jawatan lebih awal daripada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyerahkan kuasa pada Mac tahun depan kerana beliau mahu bercuti dua bulan sebelum kembali semula bertugas di Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) Malaysia pada Januari.
Beliau akan dilantik sebagai penganalisis kanan Pusat Kajian China yang akan ditubuhkan.
Sebelum dilantik sebagai setiausaha politik kepada Perdana Menteri pada 29 April, 2004, Lim bertugas sebagai penyelidik di ISIS sebelum dilantik sebagai Fellownya pada 2002.
Dikenali sebagai seorang yang berprofil rendah, beliau yang dilantik semula sebagai setiausaha politik pada 23 April tahun ini, berkata beliau sentiasa menganggap sebagai satu penghormatan dapat berkhidmat dengan Perdana Menteri.
Ketua Umno Bahagian Gua Musang itu berkata, kini permintaan dan tawar-menawar ganjaran bagi pencalonan-pencalonan yang diberikan berlaku secara terbuka.
"Ahli-ahli Umno kini secara terbuka mahukan manfaat-manfaat kewangan apabila mahu memberi pencalonan.
"Satu bahagian dengan jelas meminta RM1 juta manakala di Sabah, harganya mencecah RM2 juta," kata beliau di sini semalam.
Dua minggu lalu bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad mendedahkan tahap serius gejala politik wang dalam pemilihan Umno berkata, seseorang perwakilan 'berpeluang' memperoleh sehingga RM20,000 sebagai ganjaran undi.
Ketika ditemui di sini awal bulan lalu, Razaleigh mendedahkan kira-kira RM200 juta digunakan untuk tujuan kempen dan membeli undi dalam pemilihan Umno kali ini.
Bekas Naib Presiden Umno itu menyatakan demikian pada hari beliau gagal memperoleh pencalonan mencukupi untuk kerusi Presiden sebaliknya ia dimenangi tanpa cabaran oleh Timbalan Presiden Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak.
Sambil menjelaskan bahawa beliau sanggup berkhidmat untuk parti tetapi dengan syarat kepimpinan parti boleh meyakinkannya bahawa beliau tidak menyumbang khidmat kepada parti-parti yang berasuah.
Tegas beliau, tindakan memancing undi menggunakan wang dan menghalang anggota daripada bertanding hanya akan menamatkan riwayat Umno lebih awal.
Ahli Parlimen Gua Musang ini juga mengakui bahawa wang diperlukan ketika berkempen tetapi ia tidak seharusnya membawa kepada gejala membeli undi ataupun menggunakan kuasa bagi menghalang pertandingan.
"Amalkan model AS dalam soal kutipan dana untuk tujuan berkempen, boleh diamalkan dalam Umno untuk mengawal politik wang," katanya.
Jelas beliau, usaha semasa mengawal gejala politik wang dalam Umno dan menyerahkan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) sahaja tidak mencukupi.
Ketika ditanya sama ada beliau akan menarik daripada bertanding jawatan Presiden, Razaleigh berkata, beliau tidak perlu menarik diri kerana tidak dicalonkan langsung untuk kerusi berkenaan.
"Sila lihat perkara yang saya katakan. Saya menawarkan untuk bertanding jawatan sebagai seorang ahli biasa.
TUTUP MUKA… Cif Inspektor Azilah Hadri, 32, dan Koperal Sirul Azhar Umar, 36, dari Unit Tindakan Khas (UTK) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, beredar daripada Mahkamah Tinggi selepas diperintahkan membela diri pada perbicaraan kes bunuh wanita warga Mongolia Altantuya Shaariibuu di Mahkamah Tinggi Shah Alam. –fotoBERNAMA
“Razak Baginda dah lepas bebas“
“Aku dah agak, ini semua sandiwara Najib”
“Dua ekor kambing hitam tu pun sebenarnya bukannya Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar”
“Engkau biar betul”
“Betul, kalau si Bala tu pun, Rosmah bolih umpan 5 juta dan hantar dia ngan family dia ke India. Ini setakat Azilah dengan Sirul, Rosmah kentut je lintang pukang dia orang lari” “Engkau ingat Najib tak boleh buat kerja ni semua ke? Dia ada kuasa, beeb. Apa Rosmah cakap mana Najib berani nak beta”
“Sial betul si Rosmah tu. Takde ati perut”
“Apalah kau ni. Apa pulak si Rosmah tu takde ati perut. Ada! Hati ada. Perut pun ada. Tapi pekong macam bangkai anjing”
“Kesian Azilah ngan Sirul, tak pasal-pasal jadi mangsa”
“Hello kawan, yang dua orang tu bukan Azilah dengan Sirul lah. Entah mamat gian mana entah dia orang cekup, jadikan mangsa. Ini semua berlakon je beeb”
“Iya ke”
“Dah betahun kes ini, muka dia dua orang tu berselubung memanjang. Idea siapa ni kalau bukan idea Rosmah?”
“Betullah. Kenapa yek? Kenapa dua orang tu tak pernah nampak muka dia kat paper?”
“Itulah aku cakap, ini drama. Bukan kat paper je tak nampak muka dia. Engkau bayangkan dalam mahkamah pun muka dua ekor tu berselubung. Aku pergi mahkamah, aku sendiri tengok dua ekor berselubung. Kalau wartawan pun tak nampak, camana kau nak nampak. Yang bunuh Altantuya tu sebenarnya si Rosmah sendiri. Orang kampong aku kat Ulu Bendul pun tau kes ni. Memang dia orang sendiri dengar cerita sahih dari member-member polis dia orang”.
“Celaka punya Najib, bini dia buat kerja camni dia biarkan. Macamana nak jadi PM ni?”
“Sebab dia nak jadi PM tu yang dia sanggup buat camni. Kalau tidak bini dia telan bola dia dengan dia-dia sekali. Engkau tau tak, Rosmah tu yang gila sangat nak jadi bini perdana menteri”
“Razak Baginda dah selamat. Abis tu Azilah dengan Sirul nak jadi apa?. Kena hukum bunuhke?”
“Memang dua orang tu kena hukum gantung sampai mati. Tapi yang digantung sampai mati tu bukannya Sirul ngan Azilah. Mamat yang dia orang hayak ke hulu ke hilir tu bukan Sirul. Bukan Azilah. Mamat tu dah memang kena hukum jantung pasal kes lain. Malaysia beeb, semua bolih. Kes mati pun dia orang bolih pusing terbalik”
“Memang puaka betul si Rosmah ni. Apa punya Najib dapat bini camni”
“Engkau marah, caci maki si Rosmah buat apa?. Dah betullah apa yang dia buat tu. Orang dah bagi laki dia kuasa. Dia gunakanlah sepenuhnya. Yang patut engkau marahkan ialah orang UMNO yang bebal macam keldai tua. Buat apa orang UMNO pegi sokong dia?. UMNO tu yang celaka”.
Dailog di atas saya curi-curi dengar dari perbualan dua lelaki yang duduk di meja sebelah saya.
Kepada yang amat saya kasih, Datin Seri Rosmah Mansor, perempuan yang solid molid dan Datuk Seri Najib Razak, itulah persepsi rakyat terhadap apa yang berlaku. Sekarang adalah menjadi tanggungjawab kalian berdua untuk membesihkan nama kalian.
Membersihkan nama bukan dengan cara menangkap penulis blog atau rakyat yang bersangka buruk terhadap kalian. Bukan dengan cara menghadiahkan ISA kepada rakyat yang menuntut keadilan. Kalian wajib dipanggil untuk memberi keterangan di mahkamah berkaitan segala pertuduhan yang telah dibuat oleh Raja Petra terhadap kalian.
Rakyat telah benar-benar percaya angkara pembunuhan Altantuya ini adalah plot cerita yang dilakonkan oleh kalian berdua.
Di bawah ini saya perturunkan titipan dan persepsi pengunjung kerajaanrakyat.com dalam isu ‘Pembunuhan Altantuya’ dan rancangan pembelian ‘Eurocopter’ terhadap Rosmah Mansor, Najib Razak dan system perundangan Malaysia seluruhnya.
::: Latest News
Dipetik dari: