Sumbangan ~ Tolong Klik.... Thanks.

Wednesday, November 19, 2008

Hidup Mulia atau Mati Sebagai Syuhada’ - Malaysiakini








Pulau Pinang ada 522 Pusat Hiburan

 Soalan Bertulis YB.Hamdan Abdul Rahman

Sila nyatakan jumlah Pusat Hiburan Awam di Pulau Pinang buat masa ini dan nyatakan jumlah permis hiburan yang melanggar syarat Pusat Hiburan serta tindakan yang telah diambil oleh kerajaan di dalam tempoh lapan bulan kebelakangan ini



Terdapat sejumlah 522 Pusat Hiburan Awam di Pulau Pinang pada masa kini.

Dalam tempoh lapan bulan yang lepas sebanyak 30 buah Pusat Hiburan Awam telah diambil tindakan oleh kerajaan kerana melanggar syarat yang ditetapkan .

Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) telah mengambil tindakan terhadap 9 permis yang melanggar syarat dan 10 lagi dalam process untuk tindakan mahkamah.

Dalam tempoh yang sama 11 kes permis yang melanggar syarat dikenakan tindakan kompoun oleh Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP).

Ajk Bertindak Pusat Hiburan Pulau Pinang berharap tindakan tegas harus diambil oleh kerajaan terhadap pusat hiburan yang bermasalah ini.Banyak lagi pusat pusat hiburan di Pulau Pinang yang langgar syarat-syarat hiburan.

AJK Bertindak Pusat Hiburan Pulau Pinang akan bertemu TKM 1 YB. Fairus Khairuddin pada 25 Nov 2008 Selasa jam 11 pagi di tingkat 52 KOMTAR.
Tuan-tuan dijemput hadir dan memberi pandangan mengenai pusat hiburan khasnya di Pulau Pinang.


Saiful lizan Md Yusoff


ARef: Syabas kepada Kerajaan PAKATAN RAKYAT...... he3.... kalau bab2 MAKSIAT nih, masa nak HAPUSKAN.... mulalah duk tanya PAS dan PKR!!! Tapi, bila nak buat tuh, kena tanya UMNO, sebab UMNO suka buat PUSAT2 MAKSIAT nih!!!! Cuma mencari alasan aje, bila PAKATAN RAKYAT mentadbir!!! Syabas.... Harapnya, diteruskan dengan KERAJAAN PAKATAN RAKYAT..... Sebab, UMNO boleh mintak dihapuskan!!! PAKATAN RAKYAT akan bendung dan seterusnya HAPUSKAN!!! ha3..... TAHNIAH.

HUJAH TV9 Salahuddin Ayub vs Dr Fuad

Salahuddin Ayub vs Dr Fuad - Malaysiakini

Hujah TV9 Salahuddin Ayub vs Dr Fuad



Gempar: Jalur Gemilang Versi Terbaru...!!!

SUMBER : Perisik Rakyat


Perhatikan gambar pertama... apa yang tak kena?

Tak dapat kesan?

Perhatikan pulak gambar dekat bawah ni yang dah di zoom sebanyak 400x...

Tak dapat jugak??? selor betul la hangpa ni...

Aku zoom lagi 400x...

Dapat?

Cuba hangpa kira balik berapa bucu bintang dekat Jalur Gemilang di belakang Pak Lah tu...

Aku kira dapat 21 bucu...!!!

Malaysia ada berapa negeri? dalam 3 orang pemimpin Malaysia yang ada dekat situ, tak sorang pun tak perasan? PRIHATINNYA hangpa...!!!

Bodoh-bodoh je kerajaan Uzbek "bodoh"kan 3 orang "bodoh" dari Malaysia...

Tak kan dalam 3 orang tu, sorang pun tak leh nak bukak mulut tegur kesilapan tu? tak kan la sebab Malaysia dapat kontrak dengan Uzbek, benda macam tu pun kita dah tak leh nak tegur?

Sah...!!! belum apa-apa dah kena BANGANG dekat negara luar... macam ni ke orang yang hangpa dok harap untuk jadi "pembela negara"???

Khak Ptuih...!!!

Aku punya komen :
memang 21 buculah!!!! hak3...... Paklah nak buat negara baru ke???

Nih.... aku siarkan komen2 yang ada kat blog perisik rakyat :-

1) negarakita.com said...

mungkin pahlawan pahlawan kita telah menakluki singapore, brunei, indonesia, philippine, thailand, vietnam, dan cambodia...hanya rakyat malaysia yang tak tau pahlawan kita handal...

2) LanaBuluMONEY said...

Tanyalah puak2 pencacai dan pencium keris tu..apa yang depa buat..???Kalau dulu bendera terbalik pasang pun menyalak sekampung...La ni / apa pulak alasan yang depa nak beri...Kita tunggu dan lihat..apakah alasan bodoh yang akan diberikan nanti..

3) kerabu said...

mana geng umno????

kenapa bendera kita tak cukup????


4) Anonymous said...

hang tau ka depa bukak mulut ke tak?

mgkin lepas majlis,..sapa tau,..hang menyalak kat sini kenapa???,.

byk lagi benda besar yg boleh salak


5) Mankanan said...

Kau tu je yang membangangkan diorang. Mungkin itu kesilapan yang tidak disengajakan. Mungkin pemimpin Uzbek tu dah minta maaf sebelum menandatangani perjanjian tu. Mungkin mereka Pak Lah betul-betul tak perasaan sebab tujuan asal untuk menandatangani perjanjian. Atau mungkin juga gambar ini superimpose, siapa tahu... Moral of the story, jangan suka membangangkan orang lain kalau diri tu yang bangang... Pastikan dulu ketulenan gambar tu...

November 19, 2008 4:53 PM

Ayah Pin telah DIKESAN!!!!

Sumber : Perisik Rakyat

SERDANG
: Jabatan Agama Islam Terengganu (JHEAT) telah berjaya mengesan lokasi persembunyian ketua kumpulan Ajaran sesat, Arifin Muhamad, 65 atau lebih dikenali sebagai ayah Pin.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, JHEAT akan bekerjasama dengan pihak polis untuk membawa Ayah Pin keluar dari lokasi tersebut dalam jangka masa terdekat.

Zahid berkata, beliau telah menerima maklumat tentang lokasi tersebut daripada pegawai-pegawainya awal pagi tadi.

"Laporan terbaru yang saya terima setakat pukul 10 pagi tadi, pegawai saya melaporkan mereka sudah tahu di mana ayah Pin berada dan disembunyikan.

"Mereka akan bekerjasama dengan pihak polis untuk keluarkan Ayah Pin dan diambil tindakan sivil dan syariah," katanya pada sidang media ketika melawat ke Institut Penyelidikan Produk Halal di Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini hari ini.

Khamis lalu, Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan, berkata Ayah Pin yang pernah menghilangkan diri kerana didakwa mengasaskan satu ajaran sesat dilaporkan berada di Terengganu.

Beliau berkata, polis bagaimanapun tidak dapat mengambil tindakan terhadapnya setelah JHEAT memaklumkan kepada polis untuk tidak menahan Ayah Pin sehingga siasatan selesai.

Ayah Pin pernah menggemparkan tanah air kira-kira tiga tahun lalu apabila beliaumengetuai 'Kerajaan Langit' mempunyai sekumpulan pengikut yang amat taksub dengannya.

Kumpulan yang melanggari lunas-lunas Islam itu berjaya dihapuskan, manakala Ayah Pin pula menghilangkan diri.

-mSTAR Online

ARef: Ayah Pin nih PARTI MANA????? Pas ke? Pkr ke? DAP ke? UMNO ke? MCA ke? MIC ke? atau PARTI LANGIT??????? kah3333.......... Bukan ke dia nih PARTI CAP DACING????

Jersi Baru pemain Bola Malaysia ~ KJ Punya Ilham ke???



Dulu, masa keluar kat tranungkite, aku malas nak keluarkan lagi, tapi bila dah keluar TV3 semalam, aku berani keluarkan...... apa punya TURRRR punya UMNO!!!!

Semenjak dua menjak nih, dah terlampau teruk dah geng2 UMNO nih.... mananya orang kuat BOLA MALAYSIA, si KJ yang duk sibuk nak pegang jawatan sangat?????

BODOH BIN BAHALLOL punya KJ!!!!

Rafiah Tak Layak...Nordin Kardi Macam Mana?


Kopitiam : Kes penamatan kontrak Rafiah Salim sebagai VC UM tak de lah menarik perhatian teman sangat.

Teman lebih mengutamakan kualiti universiti itu sendiri dari hal2 remeh temeh macam ni.

Kalu Rafiah Salim tak ada kualiti atau gagal mencapai matlamat dan objective yang ditetapkan...memang wajarlah kontrak beliau ditamatkan. UM bukan mak bapak dia punya.

Soal sama ada dia lelaki ke perempuan ke kena tendang itu juga bukan soalnya. Kalu dia jantan perkasa sekalipun tetapi gagal...sepatutnya out you go. Teman dengo ada VC jantan tu... IPPpun dia tak tau? Sapa nama tu? Kekal pulak dia dengan jawatan sintok dia tu...He he...

Teman rasa semua ini persoalan politik. Universiti nak dikontrol oleh orang Umno. Universiti tak ada kebebasan untuk berfungsi sebagai universiti. Itu masalahnya. Teman pernah menulis pasal universiti ni...Hang Buka Restoran Nasi Kandaq Sudahlah... Universiti ada senate sendiri tapi kepalanya orang BTN...orang Umno. Memang sah lah universiti jadi haprak. Ini sifir budak sekolah rendahpun tau..

Tak payah cerita pasal gender equality lah. Mabuk teman dengo. Napsiah Omar ke Batu Gajah ke...tak payahlah dok bising2. Yang paling bagus...mike desak kerajaan bebaskan universiti dari kongkongan Umno. Kalu ini boleh dilakukan...Insya'Allah taraf universiti akan naik dengan sendirinya...



ARef : Mungkin seperti kata rafiah....... sebab dia tidak ada benda dicelah kangkang..... ha3.... statement paling berani..... kui3.

Ong Ka Chuan Letak Jawatan??? Takkan Soi Lek Ganti Kut!!!!


Malaysiakini : Presiden MCA, Datuk Ong Tee Keat hari ini membisu berhubung spekulasi bahawa bekas setiausaha agung, Datuk Ong Ka Chuan telah meletakkan jawatan sebagai menteri kabinet.

ong ka chuan and ong tee keat mcaKetika ditemui di Parlimen hari ini, Tee Keat, yang juga menteri pengangkutan, enggan mengesah atau menafikan perkara itu yang telah dilaporkan oleh akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily hari ini.

Menurut laporan akhbar tersebut, yang memetik sumber-sumber, Ka Chuan yang juga menteri perumahan dan kerajaan tempatan telah menemui presiden MCA itu dan menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai menteri, selepas tewas dalam pemilihan jawatan timbalan presiden baru-baru ini.

Pertandingan bagi jawatan tersebut dimenangi oleh bekas naib presiden MCA, Datuk Dr Chua Soi Lek.

Difahamkan Tee Keat akan mengemukakan senarai baru calon menteri dari MCA kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang mencerminkan kepimpinan baru parti itu, dan Ka Chuan mungkin tidak disenaraikan.

"Saya tidak membuat sebarang kenyataan mengenai khabar angin tersebut dan sehingga ini saya tidak menyerahkan senarai (calon menteri) kepada perdana menteri.

"Di samping itu, tidak ada senarai tersebut. Sama ada seorang (merujuk kepada Ka Chuan) menyerah surat peletakan jawatan atau tidak, adalah tidak penting," katanya.

Ditanya sama ada beliau akan mengemukakan senarai itu, Tee Keat menjawab: "Kita akan memutuskannya (bila tiba masanya)."

Ka Chuan tidak dapat dihubungi kerana beliau sedang melakukan lawatan rasmi ke Iran dan akan kembali ke tanahair lewat minggu ini.



ARef:Lawak tahap cipan dan Cim pazilah Beeee Endddd nih!!! kah3........ Clinton Malaysia nak masuk balik kabinet???? kah3......

Isu 16 September : Akan Dijawab Di Stadium Melawati Pada 29 Nov ini

KUALA LUMPUR, 19 Nov (Hrkh) - Pimpinan tertinggi Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) akan menjawab segala persoalan yang akan dibangkitkan perwakilan pada Kongres Tahunan parti itu bermula 28 hingga 30 November ini.

Ketua Penerangan KeADILan, Tian Chua berkata antara yang dijangka akan menjadi topik hangat yang bakal disebut perwakilan ialah isu peralihan kerajaan 16 September.

Beliau yang ditemui di Lobi Parlimen baru-baru ini mengakui persoalan itu sudah mula timbul di kalangan perwakilan dan ia dibincangkan mutakhir ini.

"Kita pimpinan akan sedia menjawab persoalan ini, dan kita yakin kongres kali ini akan menjadi wadah untuk kita menerangkan kepada ahli dan perwakilan berhubung hal 16 September," katanya.

Mengulas lanjut beliau menyatakan, secara teknikalnya peralihan memang tidak berlaku pada 16 September tetapi pihak pimpinan akan terus mengusahakan satu pembaharuan kerajaan yang diimpikan.

"Tarikhnya tidak ditetapkan tetapi usaha ke arah itu sedang dibuat oleh pimpinan kita dan Pakatan Rakyat, kita yakin ahli dan penyokong masih terus mengharapkan perubahan ini dipimpin oleh pimpinan ketiga-tiga parti Pakatan Rakyat," katanya.

Sementara itu, Tian Chua turut memaklumkan Kongres KeADILan yang akan diadakan di Stadium Melawati Shah Alam ini bakal menjadi medan kepada perwakilan dan parti untuk bermuhasabah diri.

Kongres pastinya akan membincangkan pencapaian parti pada pilihan raya umum ke-12, kemenangan dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh dan isu-isu dalaman parti, katanya.

Selain itu, beliau turut menjangkakan isu pentadbiran kerajaan negeri Pakatan Rakyat terutamanya Selangor yang diketuai oleh KeADILan akan dibincangkan sama.

Isu ekonomi, rasuah dan isu pentadbiran negara antara topik yang akan menghiasi perbahasan perwakilan, katanya.

Tian Chua yang juga Ahli Parlimen Batu turut menyatakan kongres kali ini akan mendapat sambutan hangat atau luar jangka di kalangan ahli dan penyokong.

Beliau menyatakan, pihak parti akan menjemput pemerhati dan memberi peluang kepada mereka untuk menyatakan pandangan kepada parti.

Sementara itu, Ketua Angkatan Muda KeADILan (AMK), Shamsul Iskandar Mat Akin pula berkata, di pihak pemuda parti itu persiapan perhimpunan telah dibuat sebaik mungkin.

"Saya yakin ini merupakan perhimpunan bersejarah dan penuh bermakna buat warga AMK memandangkan ianya merupakan perhimpunan besar yang pertama selepas KeADILan dan Pakatan Rakyat memenangi lima buah negeri.

"Perbincangan di kalangan Exco AMK baru-baru ini memutuskan untuk mengangkat tema : Memimpin Harapan Rakyat sebagai tema utama kongres kali ini," katanya.

Tahun 2007, AMK mengemukakan tema 'Daripada Harapan Kepada Kemenangan' yang terbukti bahawa akhirnya dalam kempen pilihan raya yang lalu, tema Harapan Baru Malaysia dijulang sebagai tema yang telah menafikan majoriti 2/3 BN, katanya.

Sekarang, setelah 10 tahun laungan dan pekikan reformasi, rakyat telah memberikan kepercayaan dan amanah kepada Keadilan untuk mentadbir, katanya.

Beliau yakin, harapan rakyat memang tinggi kepada Pakatan Rakyat untuk memimpin perubahan ini.

"Justeru, biarlah AMK mempelopori usaha ini dengan mengajak para perwakilan dan pemerhati untuk bangkit dengan semangat yang lebih segar selepas kongres ini dengan bersungguh-sungguh dan sedaya upaya memimpin harapan umat," katanya.

Tambahnya, Kongres KeADILan yang pertama selepas pilihan raya umum 8 Mac lalu ini akan menyaksikan kehadiran wakil-wakil rakyat yang paling ramai sejak penubuhan parti 10 tahun yang lalu.

"Kongres Nasional tahun ini telah diberikan tema "Harapan Baru" atas kesedaran ada perlunya untuk mentransformasikan kuasa rakyat yang disaksikan dalam pilihan raya umum lepas kepada kuasa perubahan yang jitu ke arah Malaysia yang adil dan demokrasi.

"Kongres yang juga pertama kali diadakan sejak Ketua Umum Dato' Seri Anwar Ibrahim menjadi Ketua Pembangkang ini bertujuan untuk membuka ruang kepada para perwakilan untuk membahaskan dasar perjuangan parti secara umum, dan polisi pentadbiran negeri Pakatan Rakyat secara khususnya,"jelasnya lagi.

Menurutnya, kedua-dua sayap penting parti yakni Angkatan Muda dan Wanita pula akan mengadakan kongres masing-masing secara berasingan pada 28 November.

Kongres Nasional kedua-dua sayap ini akan dirasmikan bersama oleh Timbalan Presiden KeADILan Dr Syed Husin Ali di Stadium Malawati,katanya.

"Selepas perasmian, AMK akan terus bersidang di Stadium Melawati, manakala Wanita akan bersidang di Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor,"katanya.

Shamsul menjangkakan, sekitar 10,000 perwakilan, pemerhati, pimpinan komponen parti Pakatan Rakyat, wakil kedutaan dan NGO dari seluruh negara akan hadir ke Kongres Nasional tahun ini yang akan dimeriahkan lagi dengan "Karnival Rakyat".

"Orang awam dijemput untuk mengunjungi "Karnival Rakyat" yang terbuka sepanjang kongres bersidang dan mendengar pidato umum pimpinan parti khususnya Anwar pada malam 29 November di Stadium Malawati,"tegasnya.

Sodomi 1: Saksi Utama Kes Anwar..Dahlah bankrap..menipu pulak..!!

Kopitiam : Dalam paper The Sun semalam, Citizen Nades menulis berbagai kepincangan dalam Kementerian Azalina Othman. Namun yang paling menarik perhatian teman ialah kisah Umi Hafilda...

Kesian...orang macam ni Che Det percaya.

Kesian orang melayu...orang macam ni tipu dema...

Kesian Anwar Ibrahim...orang macam ni punya pasal dia kena belasah..kena penjara.

Kesian Wan Azizah...menderita hidup dia tanpa suami di sisi selama 6 tahun...

Kesian anak2 Anwar...

Kesian Azmin Ali...dapat adik macam ni.

Kesian..kesian..

For example, Pempena advanced RM300,000 to one Umi Hafilda (does the name ring a bell?) for a Amir Diab Live in Kuala Lumpur concert. The report says that "Pempena did not even sight the contract between the parties before issuing the cheque" and as expected, the concert did not take place.

The first question to ask is: Why is Pempena paying show promoters? The second question is: How does a concert help promote tourism? Perhaps, they took a leaf out of the Sport Ministry which paid RM17 million for the Champions Youth Cup tournament to "promote tourism" last year. We’ll leave that to rest, at least for the moment.

Back to Umi Hafilda. When the concert did not materialise, she issued three cheques to Pempena – all of them bounced – there was no money in her account. What did Pempena do? Sat with arms folded because those in the know were aware that she was an undischarged bankrupt, one of the report states.

Apa Maksud PTK??

Ujung tahun ni ramai kawan-kawan teman akan buat PTK. Eh apa bendanya PTK tu? Ada banyak makna yang teman jumpa. Antaranya:

Potong Trip Ke?
Pasai Tak Kipaih!
Poket terus kosong
Pakat tak kerja

Semua salah. PTK ialah Penilaian Tahap Kecekapan. Pada masa itu kakitangan kerajaan dikehendaki pergi kursus dan dinilai tahap kecekapannya melalui prestasi dalam kursus tersebut. Tujuannya ialah untuk mengenalpasti siapa nanti yang dapat cemerlang dalam ujian dan dapat anjakan gaji. Kalau dapat, banyak tu yong. Tapi, boleh ke kecekapan di nilai dalam masa kursus selama seminggu?. Hmmm….Inilah namanya lawak metropolis. Kerja satu tahun, dinilai satu minggu.

Berikut komen kakitangan kerajaan yang dah pernah pergi PTK:-

Pegawai 1: Ade ke patut ada soalan dalam soil science? Aku kerja dalam Bahagian Pengembangan Wanita. Aku ajar depa camne nak buat Minyak kelapa Dara dan kaedah untuk pemasaran. Betul, aku dulu belajar soil science kat universiti. Tapi itu dah 20 tahun dulu. Ade ke patut ditanya perkara macam tu. Depa yang duduk dalam Bahagian Tanaman mesti seronok.

Pegawai 2: Ada banyak soalan Kewangan. Kita yang duduk kat kawasan (field), apa kita tahu tentang pengurusan kewangan. Setakat isi borang claim boleh le. Process budget, bahagian pusat yang buat. Aku tau le nak buat anggaran….tapi tentu depa kat Bahagian Kewangan boleh dapat A. Aku setakat C boleh le. Ini mana adil.

Pegawai 3: Ada ke aku kena tulis esei 10 halaman mengenai managing change. Aku ada PhD dalam Pharmacy. Kalau tanya pasal kesan sampingan dadah ke…aku boleh tulis. Dah tu pulak, nak sekurang-kurang 5 rujukan ilmiah. Mana ada masa nak pergi library dalam tempuh kursus? Member dari bidang business yang sama PTK dengan aku, dalam tempuh 24 jam dia dah siap paper dia. Last-last, aku hantar je 5 helai entah apa-apa. Not fair!!

Pegawai 4: Aku dapat result excellent dalam PTK. Ingat dapat anjakan gaji, rupanya crony boss juga yang dapat. How come? Semua bergantung pada penilaian prestasi SKT. Aku melopong le. Memang aku tak puas hati.

Pegawai 5: Penat aku belajar sampai dapat PhD dan buat macam2 research. Aku boleh gagal satu paper PTK yang mengarut. Punah peluang nak jadi professor. Ade ke patut nak jadi professor kena lulus PTK? Apa guna penyelidikan, innovation dan buku yang aku tulis tu? Professor dulu memang tak risau apa pun. Depa tak pernah kena PTK.

Pegawai 6 (Teman): Teman seronok masa PTK dulu. Bukan apa, teman seronok mengutuk penceramah yang tak pernah pun buat PTK, mengajar kita camne nak jadi pegawai yang baik. Kah kah kah. Lebih kurang macam ketam yang suruh anak jalan betul. Tapi ketam tu dah Allah Taala buat camtu. Ini Manusia yang boleh bina keperibadian sendiri. Penceramah ingat dia sorang yang sempurna sedang kita semua tahu dia bukan pegawai yang sempurna pun sebab dia tak pernah pergi PTK dan tak pernah diuji dalam PTK.

Moral cerita ini ialah: Sebelum ajar macam mana nak score dalam PTK, buatlah PTK dulu!

Ada lagi cerita syok kat Blog Ummidinni

- Perak Express

Pertemuan PR Memperkuatkan Lagi Kerjasama

Perbincangan tertutup yang diadakan bagi mengukuhkan lagi kekuatan Pakatan Rakyat. FOTO RUSNIZAM MAHAT

Thingking of Life : KUALA LUMPUR - PERTEMUAN dikalangan Pemimpin Tertinggi, Ahli-ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dikalangan Pakatan Rakyat malam tadi mengukuhkan lagi kekuatan Pakatan Rakyat

Menurut Naib Presiden KeADILan, Azmin Ali selain pengukuhan hubungan dikalangan Pakatan Rakyat, pertemuan berkenaan turut membincangkan tentang serangan media yang dihadapi oleh pembangkang.

“Perbincangan tersebut akan mengukuhkan lagi strategi Pakatan Rakyat serta perbincangan mengenai lima buah negeri ditadbir Pakatan Rakyat,”katanya kepada Suara Keadilan malam tadi.

Pertemuan sulung Pakatan Rakyat selepas pilihanraya Mac lalu,dihadiri kira-kira 60 ahli Parlimen dan 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) diadakan di salah sebuah hotel di Ampang malam tadi.

Ketua Umum KeADILan Anwar Ibrahim, Presiden KeADILan Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden Pas Hadi Awang dan Penasihat DAP Lim Kit Siang diantara tokoh utama yang hadir malam tadi.

Satu perbincangan tertutup kemudiannya diadakan di antara ahli parlimen Pakatan Rakyat bagi membincangkan beberapa perkara berkaitan khususnya melibatkan negeri-negeri di bawah pentadbiran kerajaan pakatan Rakyat. - SK

mStar: Tidak sentuh pelan bentuk kerajaan, retreat baru Pakatan awal Disember


ARef : Tahniah.... syabas....... United Malays National organization... konpem makin kecut teloq tengok nih!!!!

Gerak: Peralihan kuasa Umno gagal jika...

Malaysiakini : Gerakan Rakyat Anti Korupsi (Gerak Malaysia) berpendirian bahawa proses peralihan kuasa serta pemilihan Umno adalah gagal sekiranya parti itu tidak mampu menangani masalah rasuah secara berkesan, terutama menjelang pemilihan pucuk pimpinannya Mac depan.

"Lebih 900 laporan kes melibatkan rasuah politik kepada Lembaga Disiplin Umno harus disiasat dan diambil tindakan," kata Pengerusi Gerak, Mohd Nazree Mohd Yunus.

Malah, katanya, perkara itu dilaporkan sebagai yang terburuk dalam sejarah pemilihan Umno.

umno 2009"Siasatan dan tindakan mesti telus dan bukan sekadar menangkap pelaku kecil rasuah tetapi membiarkan jerung rasuah berleluasa dan bebas dari tindakan," kata Mohd Nazree dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, pemilihan Umno harus bersih daripada rasuah kerana pemilihan kali ini membabitkan persoalan amanah serta kredibiliti kepimpinannya.

"Peralihan kuasa tidak menjamin perubahan atau reformasi dalam Umno jika tidak ada 'keazaman politik' untuk membangkitkan usaha dan tekad melawan rasuah," katanya.

Gejala rasuah

Menurut Mohd Nazree lagi, tiada maknanya proses peralihan kuasa sekiranya rasuah politik terus membarah.

Oleh itu, katanya, Gerak menggesa kepimpinan tertinggi Umno, termasuk bakal presidennya yang baru, supaya melakukan reformasi menyeluruh bagi membentuk budaya integriti dalam kepimpinan.

"Generasi baru sentiasa melihat perkembangan Umno dalam keseriusannya menangani gejala rasuah politik," katanya.

Mohd Nazree berkata, Umno perlu lebih berani untuk mengambil tindakan terhadap ahli atau calon-calon yang terlibat dalam rasuah politik.

"Tindakan harus diambil tanpa kompromi jika Umno mahu dilihat sebagai sebuah institusi politik yang masih mempunyai kepimpinan politik yang mempunyai kesungguhan dan iltizam dalam melawan rasuah.

"Bersih daripada rasuah itu bukan sekadar hanya perlu diucapkan tetapi yang lebih utama ialah diperlihatkan dalam bentuk tindakan dan ketegasan dalam menangani budaya songsang ini, melalui pendekatan yang holistik," tambahnya.

ARef : ha3...... apa punya TURRRRRRRRRRR UMNO, kecut teloq, kecut pipi....... takut pertandingan dan takut dengaq suara akar UMBi................... Ikut hangpalah.... bergaduh dengan RASUAH!!!!!

Ustaz Azizan Penentu Prestasi PAS

 Jatuh bangun PAS dalam pilihanraya ke 13 nanti akan banyak ditentukan oleh prestasi satu individu. Beliau adalah Menteri Besar Kedah Ustaz Azizan Abdul Razak. Ini adalah kerena apa yang berlaku di Kelantan lebih kurang telah dapat dibaca oleh pengundi, dan aura Tuan Guru Nik Aziz memang diakui tetapi ia telah mencapai saturation point. Lonjakan baru diperlukan untuk membolehkan PAS mengembangkan pengaruhnya lebih luas lagi.


Dengan sebab itu, prestasi yang benar benar akan mempengaruhi pengundi dan masyarakat umum ialah prestasi yang ditunjukkan oleh negeri lain yang diperintah oleh PAS, iaitu Kedah, bukan Perak. Oleh itu apa juga tindak tanduk yang dilakukan oleh Ustaz Azizan akan diterjemahkan sebagai undi kepada PAS atau undi meredumkan PAS.

Pada peringkat awal pemerintahan Ustaz Azizan, beliau telah score beberapa point yang menunjukkan prestasi yang baik. Tindakan memberi peluang rakyat Kedah menonton perlawanan bolasepak yang melibatkan pasukan Kedah secara percuma adalah satu tindakan popular yang memang akan diterjemah menjadi undi kepada PAS, ditambah lagi dengan anugerah tanpa disangka dalam masa singkat pemerintahan beliau di mana Kedah telah menang tiga trofi berprestij dalam bolasepak. Ini meletakkan beliau seolah Alex Ferguson bagi Malaysia.

Setail pemerintahan yang menunjukkan kematangan dan keintelektualan menjulang prestasi Ustaz Azizan begitu baik sehingga mantan perdana menteri Tun Mahathir pun tabik kepada beliau. Oleh itu beliau harus terus melakukan pembaharuan yang akan membuka mata seluruh rakyat Malaysia.

Walau bagaimana pun, sekiranya berlaku kesilapan, ia harus diakui dan diperbetul. Kita tidak mengharap dalam beribu ribu decision yang beliau akan buat sepanjang pemerintahan, kesemuanya akan betul dan melonjakkan imej beliau. Tentulah ada yang kurang popular dan ada juga yang silap. Decision mengenaikkan kuota pemilikan rumah bumiputtra kepada 50% yang beliau umumkan adalah satu decision yang silap. Sebab itu saya tidak setuju dengan pendekatan Roslan SMS yang mempertahankan decision tersebut. Bagi saya, lorong yang patut dipilih ialah retract dan perbetul semula, berbanding dengan mempertahan dan berdebat yang merugikan secara strategik.

Kita tidak perlu pertahankan tindakan Ustaz Azizan, kerana beliau akan membuat beribu ribu lagi tindakan, tetapi kita kena pertahankan Ustaz Azizan. Pertahankan beliau dengan maksud supaya apa juga tindakan yang beliau lakukan nanti akan sentiasa membawa keuntungan kepada PAS. Cuma apa yang perlu sekarang ini ialah kesedaran ini, idea ini, mestilah sampai kepada Ustaz Azizan supaya beliau mengimbangi semua tindakannya agar setiap tindakan dan decision beliau disenangi rakyat dan diterjemah menjadi undi kepada PAS.

Ustaz Azizan perlu difahamkan bahawa beliaulah sekarang ini memegang obor PAS.

[hamirdin.blogspot.com]
"

The Bodyguard II

 Hi uols. Well ingatkan Bibir Merah nak selak kain pertandingan ratu gadis bergetah. Very hot uols. Walaupun nampak je puteri-puteri remaja tapi lagi handal mencaras uols.

Oleh kerana artikel The Bodyguard mendapat respons yang malatop, izinkan Bibir Merah respons kepada beberapa email yang diterima.

Rupa-rupanya ramai peminat Bibir Merah teruja dengan Bodyguard ni. Ingatkan Bibir Merah yang nak share the gossip rupe-rupenya lagi banyak gossip yang Bibir Merah terima.

Sehinggakan ada yang minta Bibir Merah to gali the lubang lagi. Thanks uols. Teruskan send maklumat-maklumat tu.

Well one of the reader is the closes frenz to frenz Bodyguard ini. Muah!! Muah!! Muah!! Well acrdng to this frenz kepada frenz ni, dia tension dengan sikap Bodyguard hidung tinggi. Dah lupa daratan jarghh.

Katanya :

“Bibir Merah tulisan awak berkaitan Bodyguard tue saya rasa saya kenal siapa dia. Sememangnya kawan saya yang berkawan dengan Bodyguard confirmkan Bodyguard ke negara !@#$% (Bibir Merah delete) bersama dengan YB Datuk !@#$ (Bibir Merah delete) Mula-mula saya pun tak percaya perangai Datuk. Tapi bila dah tengok dengan mata kepala sendiri memang buat malu agama je. Pakaian nampak sejuk je tapi di sebalik tudung tu semua tuhan aje yang tahu. Apa yang awak tulis tu betul la. Bukan syak wasangka lagi. Tapi banyak lagi yang awak tak tahu. Telefon saya di no ni 01X-2XXXXXX (Sorry, Bibir Merah kena protect pemberi maklumat) untuk full story."

Closes frenz to frenz Bodyguard kata lagi :

“Ok sebenarnya mereka bukan setakat ada hubungan majikan dan pekerja sahaja. Lebih dari itu. Bodyguard suka cakap besar dan menunjuk-nunjuk dengan kawan saya. Apa yang Datuk belikan seperti beg, kasut, baju, kemeja & tie berjenama mesti dia tayang. Lebih-lebih lagi Bodyguard claim dia yang jaga duit Datuk dan setkan apointment Datuk. Bodyguard kata baru-baru ini dia setkan appointment seorang Taikun Cina jumpa Datuk di shopping mall yang gah untuk business. Dia kata dia minta Taikun Cina belikan Datuk beg LV kat shopping mall tu.”

Komen seterusnya Bibir Merah tapis. Ganas ouls. Well at least Bibir Merah dapat tahu yang Datuk ni ada beg LV ori. Ingatkan fake dari negara seberang. So kita guna Datuk LV je tu describe her.

Well Bibir merah terima satu lagi email daripada Lia, Shah Alam :

“Bodyguard pernah kerja dengan seorang Menteri kanan tapi dah tewas pilihanraya lepas. Kedian dia jadi Bodyguard Timbalan Menteri yang dah naik jadi Menteri sekarang. Alkisahnya tak lama juga. Kena pecat tak sampai lima bulan.

Masalahnya pun sama ngorat bini Menteri. Kedian bila kabinet baru dah form Bodyguard jumpa Datuk Timbalan Menteri, nasib dia baik dia berjaya ngorat Timbalan Menteri tu sendiri. Harap info ini membantu”

Ish!! Ish!! Bibir Merah rasa yang skandal terbaru di pasaran akan lama lah. Ok dah lah tu. This blog bukan pasal jantan uols. So Bibir Merah make it short. We will story pasal Datuk LV later coz Bibir Merah terima so many info.. Siap ada gambar & video lagi uols… Muah!!! Muah!!! Muah!!!

Bibir Merah - makin kemerahan

NEGARA SELAMAT WALAU TIADA PM, TPM DALAM NEGARA : NAJIB - melayau

Tukar Tiub : KUALA LUMPUR: Malaysia berada dalam keadaan selamat walaupun ketiadaan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak atas urusan ke luar negara.


Bercakap kepada pemberita di sini petang ini, Najib berkata beliau terpaksa menghadiri mesyuarat Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec) ke-20 di Lima, Peru malam ini, manakala Abdullah kini sedang dalam rangka lawatan ke Uzbekistan.

"Biasanya salah seorang akan berada di dalam negara, tapi kali ini tidak dapat dielakkan. Namun, kami berdua akan sentiasa berkomunikasi," katanya.

kah kah kah kah…. kah kah kah…. NEGARA SELAMAT?.... kah kah kah… .

kah kah kah …. betul betul betul…. tepat tepat tepat…. kah kah kah….

kah kah kah…. untuk pertama kalinya mat mongol cakap betul…. kah kah kah…

kah kah kah…. rakyat tak perlukan munkee munkeeee ini…. kah kah kah…

kah kah kah… orang ramai tak risau…. rakyat tak rimas… kah kah kah…

kah kah kah....negara selamat… kah kah kah… melayu tidak di tipu… kah kah kah
kah kah kah…. KALAU MEREKA TAK BALIK LAGI BEST….. kah kah kah…

Toyol 2 Sekawan Keluar Negara: Malaysia Makin Selamat

KUALA LUMPUR: Malaysia berada dalam keadaan selamat berikutan ketiadaan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak atas urusan ke luar negara.

Bercakap kepada pemberita di sini petang ini, Najib berkata beliau terpaksa menghadiri mesyuarat Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec) ke-20 di Lima, Peru malam ini, manakala Abdullah kini sedang dalam rangka lawatan ke Uzbekistan.

"Biasanya salah seorang akan berada di dalam negara, tapi kali ini tidak dapat dielakkan. Namun, kami berdua akan sentiasa berkomunikasi," katanya.

TP -Alhamdulillah... aku rasa ada sikit selamat la hasil bumi negara Malaysia buat sementara waktu berikutan ketiadaan ke2-2 toyol besar ni... kalau depa 2 sekawan ni dok dalam Malaysia, alamat lagi banyak la duit rakyat habis jahanam dok buat dekat benda-benda mengarut...

Najib pi Peru ngan sapa? Bik Mama mana?

Bik Mama tak jogging ka minggu ni? Aaa...??? Bik Mama pi shopping kat Peru???

Mampuih jugak duit rakyat... aku ingat selamat... cit..!

- Kelate Kito

Ketua Hakim Mengaku Rasuah: Karpal beri Zaki 7 hari untuk letak jawatan

Perisik Rakyat : Pengerusi DAP Karpal Singh memintaKetua Hakim Negara Tan Sri Zaki Tun Azmi meletakkan jawatan dalam masa tujuh hari ekoran kenyataan Zaki mengenai rasuah di kalangan kakitangan mahkamah semasa beliau menjadi peguam pada 1987.

Beliau berkata Zaki jangan menafikan bahawa beliau telah mengeluarkan perkataan yang dilaporkan dalam the New Straits Times pada 8 November kerana ada rakaman audio mengenai apa yang beliau katakan di Kuching, sehari sebelum itu.

Karpal Singh berkata penjelasan oleh Zaki mengenai kenyataan itu, yang dilaporkan dalam akhbar yang sama pada 9 November, tidak mengandungi kebenaran tersebut, demikian menurut Bernama.

Zaki dilaporkan berkata bahawa 'Ia mengambil masa enam bulan untuk menjadi baik, merasuah setiap individu supaya diterima semula sebelum fail-fail kami dilihat semula. Itu adalah adalah pengalaman peribadi saya, dan saya memberitahu perkara ini kepada semua kerani dan pendaftar supaya menghentikan perkara karut ini'

"Dalam memberikan kenyataan itu, beliau (Zaki) telah mengelirukan seluruh negara. Justeru, beliau bukanlah orang yang layak memegang jawatan Ketua Hakim yang telah memalukan institusi kehakiman," kata Karpal Singh kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Karpal Singh berkata jika Zaki tidak meletak jawatan dalam masa tujuh hari, beliau akan membentangkan satu usul terhadapnya di bawah Artikel 127 Perlembagaan Persekutuan.

Artikel itu menyebut; Perilaku seseorang hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Tinggi janganlah dibincangkan sama ada di Parlimen kecuali mengenai usul substantif di mana notis diberikan tidak kurang daripada suku keseluruhan bilangan anggota Dewan itu, dan tidak dibincangkan di Dewan Undangan mana-mana negeri.

AHLI PARLIMEN BN TUNTUT ELAUN KERAIAN BERJUTA RINGGIT

Kerabu Bersuara : Berita TV 9 sebentar tadi mendedahkan dengan data dan maklumat yang lengkap terdapat 10 orang ahli parlimen BN yang membuat tuntutan elaun keraian sehingga mencecah jutaan ringgit seorang.
Satu siasatan perlu dilakukan untuk menentukan kesahihan tuntutan yang dibuat.

Walaupun tuntutan yang dibuat mungkin mengikut prosedur dan kelayakan tetapi jumlah tuntutan yang dibuat adalah keterlaluan dan melampau pada saat rakyat disuruh berjimat cermat kesan kegawatan ekonomi. Di antara tuntutan adalah berkaitan dengan rumah terbuka sempena sambutan Hari Raya baru-baru ini.

Dalam hal ini, pemimpin BN ini kena mencontohi pemimpin kerajaan Pakatan Rakyat yang mengambil pendekatan berhemah dan berjimat cermat dalam perbelanjaan. Terutama kepimpinan YAB Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat yang tidak mengambil walaupun sesen elaun keraian dan elaun rumah yang layak diperolehi sepanjang 18 tahun menerajui Kelantan sebaliknya duit elaun tersebut diserahkan kembali kepada kerajaan negeri.

Majlis rumah terbuka atau majlis lain yang diadakan di rumah beliau di Pulau Melaka semuanya menggunakan duit poket sendiri tanpa membazirkan wang rakyat. berbeza dengan pemimpin BN yang mengadakan majlis rumah terbuka secara besar-besaran dan mewah dengan menu pelbagai aneka dan rasa daripada duit dan air mata rakyat.

Kenyataan Media: Isu Demostrasi Bogel

Thinking of Life :  Para Reformis belumpun bertindak berbogel ataupun berdemostrasi di mana-mana tempat. Kenyataan yang kami buat merupakan satu cara untuk menyatakan bahawa para reformis sebagai pejuang kepada keadilan inginkan rakyat terbanyak dibela dengan sewajarnya jangan sampai rakyat berbogel kerana tidak mampu membeli berpakaian. Bogel itu hanya satu symbol serta lambang keperitan serta ketidak mampuan juga kemiskinan rakyat.


2. Kenyataan daripada YAB TG Nik Abdul Aziz mengenai para reformis seperti binatang tidak beradap menyinggung kami para reformis yang amat menyanjung tinggi peribadi serta kepimpinan TG Nik Aziz. Kami para reformis belumpun lagi berbogel kami hanya menyatakan sikap kami bagi mewakili rakyat serta masyarakat yang berpendapatan rendah yang susah serta tertekan dalam mengharungi kehidupan di sebuah negeri maju. Tahukah YAB TG bahawa di Selangor Negeri Maju ini masih ada orang yang hidup dengan membina kediaman dengan mengorek tanah dengan membina gua untuk dijadikan kediamanya.

Tahukah TG rakyat Selangor ini masih ramai yang tidak mempunyai rumah yang sempurna dimana rumahnya sekadar ala pondok di kebun durian. Tahukah TG begitu ramai rakyat Selangor terpaksa menumpang di bawah-bawah talian elektrik untuk membina kediamanya, juga di tebing-tebing sungai. Juga Tahukah TG bahawa berapa ramai rakyat Selangor Negeri Maju ini yang rumahnya dirobohkan tanpa notis juga tanpa pampasan (yang terbaru di Kuala Selangor).

3. Kami para reformis tahu adap serta hukum agama sebab itulah kami nyatakan demostrasi simbok dengan berbogel untuk menyatakan bahawa rakyat Selangor tertekan dengan sikap serta cara kepimpinan YAB Tan Sri Khalid yang dalam pilihanraya menjanjikan sebuah negeri BERKEBAJIKAN tetapi setakat ini apa kebajikan yang didokong oleh kerajaan negeri. Kami juga inigin bertanya kepada YAB TG Nik Aziz adakah TG ada memberikan panduan kepada rakan sejawatnya YAB Tan Sri Khalid tentang tatacara mengurus serta mentadbir sebuah negeri berkebajikan sekurang-kurangnya ala Kelantan.

4.Kami sebagai rakyat terbanyak di bawah, tindakan kami walaupun sampai berbogel tidak memberi kesan banyak kepada kesejahteraan rakyat, tetapi sedikit tindakan ataupun tidak melakukan apa-apa tindakan terhadap sesuatu isu oleh pemimpin lebih-lebih lagi Menteri Besar juga para Exco akan memberi kesan besar kepada rakyat. Apakah dengan menaikkan kadar sewa rumah tanpa kajian serta bancian yang sempurna merupakan satu ciri negeri BERKEBAJIKAN...

RAMALAN BIN ABU BAKAR

Presiden Reformis

Hotttt : Wanted... Hamid Albar Dikehendaki????

Semalam masa berlilin, takda bunyi apa pun.
Hari ni terkejut pulak aku tengok poster ni. Tepi kedai "Melayu".
Apa cerita Mid? Hang buat naya kat sapa pulak?


Tuan punya tangan berkata "Haaa, ni dia la penjenayah besar, tangkap orang letak dalam tahanan ikut suka kepala bapak dia!"

Amal Jariah : Lembu Korban Untuk Dijual

Blog Stats