Sumbangan ~ Tolong Klik.... Thanks.

Monday, October 20, 2008

Eurocopter: Kenapa beli lebih mahal?

Benda nih, aku ambil daripada Malaysiakini.... Tapi, aku malas nak ambil semua sebab, panjang sangat... pointnya siket aje.... jadi, aku ringkaskanlah... supaya senang korang baca..... Untuk Ulasan panjang, korang tengok2lah kat [SINI].


1) Brazil membeli helikopter Eurocopter EC-725 dengan harga yang lebih murah RM82 juta sebuah, sedangkan Malaysia bakal membayar dengan harga RM193 juta, kata Angkatan Muda PKR hari ini.

2) Brazil telah menandatangani kontrak pembelian 50 buah helikopter Cougar yang bernilai US$1.2 bilion ataupun RM4 bilion. Manakala Malaysia pula telah menandatangani kontrak berjumlah RM2 bilion hanya untuk 12 buah helikopter Cougar," Katanya.

3) "Persoalan timbul ialah ke mana perginya RM1.2 bilion ini dengan sewenang-wenangnya?" kata Mohd Fariz.

4) Kontroversi pembelian ini muncul selepas Mentari Services Sdn Bhd mempertikaikan tatacara perolehan helikopter tersebut minggu lalu dan isu yang sama dibangkitkan oleh ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat, Isnin lepas.

5) Pengerusi syarikat itu Kapt (B) Datuk Zahar Hashim mendakwa keputusan kementerian mengeluarkan surat hasrat (LOI) kepada Eurocopter "agak luar biasa dan bertentangan dengan prosedur yang telah diamalkan selama ini."

6) SEBAB DIKEMUKAKAN...



i) "Kontrak Brazil itu juga mewajibkan Eurocopter memindahkan teknologi ke kilang di Brazil dan ini juga mempunyai kesan positif dari segi pekerjaan yang akan ditambah," katanya.

ii)
"Tetapi pembelian di Malaysia langsung tidak mempunyai sebarang asas timbal balik yang mendatangkan keuntungan buat Malaysia sama ada jangka pendek mahupun jangka panjang."


ARef: Aku nak komen pun cam tak lalu aje...... tapi..... kontrak dah sign.... jadik camtuhlah politik UMNO!!!! memang geram, geram, geram.... Lain kali, nak buat benda tuh.... tanya dulu orang..... tapi, aku yakin 100%, komisyen menanti bagi Bijan dan Rosmah... takkan buat secara tergesa-gesa.....

Bukti TG Nik Aziz, TG Haji Hadi dan Anwar Agen Yahudi!! - BTN

tranungkite - "Baru-baru ini, ana dipaksa pergi ke Biro Tatanegara anjuran KPT memandangkan ana salah seorang pelajar Malaysia yang ditaja oleh kerajaan untuk melanjutkan pengajian ke luar negara.

Ana tak kisah sangat dengan program-program sebegini dan menganggap ianya hanya sebahagian dari kursus yang wajib diambil. Alangkah terkejutnya ana dan sahabat-sahabat ana apabila dikejutkan pada pukul 5 pagi oleh pegawai Biro Tatanegara yang ingin menunjukkan bukti sahih Anwar, Ustaz Hadi dan Tok Guru ialah ejen Zionis!

Mulanya, ana terkejut juga dibangunkan pada seawal 5 pagi. Ana ingat ada qiamullail jadi ana tak kisah sangat. Tambahan lagi, mereka dari bangsa bukan Melayu tidak perlu turut serta.

Rupa-rupanya, pegawai BTN nak 'brainwash' kami semua. Agar jadi pro-UMNO semuanya. Pegawai kata nak tunjuk bukti-bukti Anwar, Tok Guru dan Ustaz Hadi ejen Zionis. Berdetik juga rasa hati.

Apakah ada gambar-gambar panas mereka dengan tokoh-tokoh Yahudi Israel atau ada apa-apa perjanjian bertulis yang akan ditunjukkan sebagai bukti? Hatiku berdegup kencang...

Alangkah muaknya rasa di hati apabila pegawai BTN menunjukkan gambar lama Anwar bersalam dengan tokoh korporat berbangsa yahudi sewaktu masih menjadi Timbalan Perdana Menteri dahulu. Tun Mahathir pun ada bersalam dengan Bush tapi tiada siapa pun tuduh Tun ejen Amerika.

Berhubung Ustaz Hadi dan Tok Guru pula, gambar sewaktu demonstrasi Bersih ditunjukkan sebagai bukti. Kononnya Bersih ditaja oleh Yahudi yang ingin menghuru-harakan Malaysia. Kalau setakat bukti taraf tadika ni tak payah penat-penat kejutkan aku tido. Serius buang masa..

Rasa sedih ada, rasa nak tergelak pun ada. Mungkin tak puas hati mereka memfitnah Anwar, sekarang, Ustaz Hadi dan Tok Guru pun nak difitnah sama.

Sampai bila agaknya UMNO nak memperkudakan pegawai-pegawai BTN ni. Yang lebih lucu lagi, sesiapa yang cuba menegur akan digagalkan dari BTN. Sehingga sekarang, masih tersebar cerita bagaimana Ustaz Zaharuddin yang begitu arif dalam ekonomi Islam sehinggakan dirujuk oleh mufti-mufti digagalkan dalam BTN kerana menegur perbuatan mereka yang salah dari sudut Islam...

- SkuadDunBatuCaves


ARef: Pelik bin Ajaib.... Hairan bin Takjub.... Orang camnih pun ada kat dunia nih yek???? Tak habis2 guna strategi kotor fitnah... pulak tuh.... nak brainwash orang cerdik kononnya...... nak menipu tuh, janganlah sama semua orang dengan ahli2 United Malays National Organization!!! kah3....

Shamsiah Fakeh meninggal dunia

Shamsiah Fakeh, seorang tokoh pejuang wanita terkenal yang aktif bersama Parti Komunis Malaya, menghembuskan nafas terakhir jam 9 pagi ini di kediaman anak lelakinya.

Jenazah allahyarham, 84, yang mengalami sakit tua dan dimasukkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia minggu lepas, akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Sungai Besi, Kuala Lumpur selepas Asar.

shamsiah fakeh book 191107 memoirShamsiah antara pejuang kemerdekaan aliran kiri Melayu yang gigih hingga sanggup meredah belantara Malaya.

Beliau adalah ketua Angkatan Wanita Sedar (AWAS) yang berganding bahu dengan Angkatan Pemuda Insaf (API) bersama Ahmad Boestamam, ketua API dan juga pengasas Parti Rakyat Malaysia (PRM) telah membakar semangat sebilangan pemuda-pemudi Tanah Melayu mengangkat senjata menentang penjajah.

Shamsiah menyertai Rejimen ke-10 iaitu sayap Melayu PKM.

Beliau bersama suaminya Ibrahim, bertugas di China, Indonesia dan Vietnam dalam rangka meniup semangat nasionalisme kepada penduduk Asia Tenggara yang masih di bawah penjajahan.

Selepas terpisah daripada PKM, beliau terus berada di China menyambung hidupnya dengan bekerja di kilang besi.

Beliau sekeluarga akhirnya kembali ke Malaysia pada 23 Julai 1994, selepas termetrainya Perjanjian Damai antara PKM dengan kerajaan Malaysia dan kerajaan Thailand pada 1989.

Setelah pulang ke tanah air, beliau menghabiskan sisa kehidupannya atas stigma sebagai seorang bekas komunis.

- Malaysiakini

shamsiah fakeh al fatihahARef: Al-Fatihah buat Shamsiah Faqeh.... semoga rohnya dicucuri rahmat.

Terbongkar: Benarkah Bakal PM Itu Ahli Koprorat FreeMason Malaysia !!

Satu berita menggemparkan telah berlaku, dan kami sendiri tidak perasan akan isu ini. Ianya berkaitan dengan laporan tentang Manifesto Najib Razak dalam artikel terdahulu. Sungguh, tidak disangka-sangka bahawa dalam maklumat tentang "perkhidmatan sosial" Najib, ada menyebutkan beliau adalah "Ahli Kehormat FreeMason Malaysia" sejak 1980 hingga sekarang. Ramai yang tertanya-tanya, dari manakan maklumat ini diperolehi?.


Kami sendiri terkejut dengan maklumat berkenaan. Namun, suka diingat bahawa segala maklumat berkenaan telah dihantar oleh salah seorang puak-puak UMNO sendiri menerusi "database" profail peminpin UMNO yang terdapat di Ibu Pejabat UMNO Malaysia.

Jika benar Najib adalah Ahli Korporat FreeMason Malaysia. Maka ini adalah sesuatu yang harus diberi perhatian dan lebih besar untuk kita perkatakan. Perkara ini amat mengejutkan semua pihak. Namun, kami tidak berani untuk mengiya atau menidakkannya. Hanya pembaca sendiri boleh menilai dan menyiasat perkara ini. Kami hanya menyiarkan salinan asal maklumat berkenaan sahaja.

Maka itu disini sedikit kami huraikan tentang Freemanson dan serta kaitan dengan musuh-musuh Islam dengan identiti yang tersendiri dan sangat-sangat menjijikkan. Maka jika benar bakal PM Malaysia terlibat sebagai Ahli Kehormat FreeMason Malaysia, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menolak beliau naik. Jika tidak sudah pasti seluruh rakyat Malaysia yang beragama Islam akan berada dalam keadaan bahaya. Sudahlah selama ini kita dirosakkan dengan "Islam Hadhari". Mungkinkah pula selepas ini kita akan ditanamkan pula dengan "Islam Glokal" pula. Selanjutnya sila ke laman - PahangDailyOnline

SUMBER: SkuadDunBatuCaves


ARef: Hahahahaha..... nak sangat ya ko Bijan dan Rosmah jadi PM..... raserlah dulu kena telanjang.... nanti bila ko dah dibogelkan..... nak ker orang panggil ko PM Bogel???? Cukup2lah....... Baik ko takyah jadi PM atau pegang apa2 jawatan dalam Malaysia nih.... ko pergilah bercuti mengisi hari2 tua ko bersama si Rosmah tuh... dan jangan lupa jaga anak2 ko sekali!!!! Konon, kata kat Anwar agen Yahudi.... roper2nya, diri sendiri Kut???? kuang3.

Nik Aziz sedang dirawat, tidak dapat hadir majlis perasmian sidang DUN


KOTA BAHARU: Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang kini dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian tidak dapat menghadiri majlis perasmian Persidangan Dewan Undangan Negeri kali ketiga bagi penggal pertama tahun ini yang berlangsung selama seminggu mulai hari ini.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata Nik Aziz telah dinasihatkan oleh pakar perubatan HUSM agar berehat beberapa hari lagi.

“Doktor telah menasihatkan Menteri Besar supaya berehat di hospital untuk sehari dua lagi dan InsyaAllah bila benar-benar sihat, beliau akan kembali menghadiri persidangan Dewan,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian persidangan oleh Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra.

Ahmad berkata Nik Aziz dimasukkan ke HUSM sejak semalam dan keadaannya dilapor tidak membimbangkan.

Beliau merasa tidak sihat selepas turut mengadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke215 di Kuala Terengganu, selama dua hari yang berakhir Khamis lepas.

Ahmad berkata jika keadaan kesihatan Nik Aziz bertambah baik, Menteri Besar itu dijangka dapat membentangkan Bajet Negeri 2009 di persidangan Dewan nanti.

Nik Aziz, 77, yang juga Mursyidul Am PAS pernah dirawat di Institut Jantung Negara di Kuala Lumpur pada 2004 berikutan masalah jantung dan juga pernah dirawat kerana masalah gastrik dan tekanan darah tinggi.

BERNAMA

SUMBER: SDBC

Eksklusif: Menjejaki Diari Rosmah

CucuMatKilau : Rakyat Malaysia kini semakin ternanti-nanti seorang manusia yang bakal ditabalkan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang baru. Jika dulu ayahandanya Tun Razak menjadi Perdana Menteri Ke-2 selepas Tunku Abd Rahman Putra Al-Haj dan bergelar "Bapa Pembangunan", maka tidak lama lagi anakandanya iaitu Najib Tun Razak bakal menjadi orang nombor satu negara.

Biarpun pedih dihati, namun hakikatnya perlu ditanggung juga. Najib bakal mengambil alih kepimpinan negara menerusi agenda "peralihan kuasa" Pak Lah yang dijangka bermula Mac 2009 ini. Maka itu, hebohlah rakyat Pahang memperkatakan hal ini. Ada yang seronok dan berbangga dengan kenyataan ini, malahan ada pula yang mencemuh dan tidak tergamak menerima Najib sebagai seorang Perdana Menteri Malaysia yang baru.

Namun begitu, dalam ramai-ramai rakyat Malaysia yang menantikan detik bersejarah ini namun terdapat seorang manusia yang khabarnya sudah tidak dapat tidur lena.

Siapa lagi kalau bukan Rosmah Mansor, wanita yang senantiasa mendampingin Najib walau dalam apa jua keadaan sekalipun. Jarang benar kita melihat Rosmah, meninggalkan Najib hatta dalam majlis-majlis rasmi sekalipun. Malahan kita juga selalu melihat kelibat beliau ketika majlis sidang media ataupun ketika Najib menyampaikan hadiah dan cenderahati di atas pentas. Rosmah seolah-olah menbayangi Najib. Beliau seakan takut Najib tersilap langkah, maka buruk padahnya. Umum mengetahui bahawa Rosmah terlalu "boros berbelanja", bahkan ada yang menyamakan beliau dengan bekas Presiden Filipina Imelda Marcos. Sikap beliau yang senantiasa disisi Najib membuatkan ramai yang mengganggap bahawa beliau "queen control". Apapun hanya Najib sahaja yang tahu sikap sebenar isteri kesayangannya itu.

Ramai yang tidak tahu kisah sebenarnya bagaimana Rosmah berjaya mendapatkan Najib dari bekas isterinya Tengku Puteri Zawiah iaitu seorang kerabat raja sebuah negeri di Pantai Timur.

* Ketika itu Najib adalah MB Pahang pada usia mudanya.

* Menurut maklumat Rosmah senantiasa berkunjung ke pejabat MB untuk bertemu Najib.

* Beliau dibawa oleh rakan karibnya iaitu Maznah Mazlan yang kini menjadi Timbalan Menteri dan ADUN Muadzam Shah.

* Khabarnya, boleh dikatakan setiap hari Rosmah mengadap Najib, dan setiap kali itulah hanya Rosmah yang dibenarkan naik ke Pejabat MB, lain-lain orang tidak dibenarkan.

* Kejadian itu berlaku agak lama, hinggakan MB Najib ketika itu terpaksa mengarahkan pihak-pihak tertentu mengalihkan kenderaan MB untuk membuktikan beliau tiada di pejabat setiap kali Rosmah datang.

* Peliknya, Maznah hanya menunggu di lobi Wisma Sri Pahang tempat kejadian ini berlaku.

Hubungan pelik Rosmah yang datang ke Pejabat ini berlarutan agak lama, hinggalah ditemui isteri Najib dikatakan terkena penyakit misteri yang sukar diubati.

Maka itu akhirnya, Najib menceraikan isterinya dan sanggup berkahwin dengan Rosmah setelah membayar sekian harga kepada pemilik Rosmah ketika itu (seorang selebriti terkenal).

Entah berapa harga yang dibayar kita pun tidak pasti, mungkin ratus ribu atau juta agaknya. Akhirnya berjayalah Rosmah memiliki Najib, dan menurut maklumat maka bermulalah agenda Rosmah untuk menjadi orang nombor satu. Ini didedahkan kepada rakan-rakan rapatnya dan juga Maznah Mazlan. Berbanggalah Rosmah kerana memiliki lelaki seperti Najib Razak, seorang anak bekas Perdana Menteri yang amat disayangi rakyat dulu.



Hasratnya menjadi nombor satu tercapai seketika, tatkala isteri Perdana Menteri Pak Lah, iaitu Hindon meninggal dunia akibat penyakit barahnya. Namun, perjalanan Rosmah sedikit terhalang selepas Pak Lah berkahwin kali kedua dengan Jeane Abdullah.


Akhirnya hajat itu terbantut, namun usahanya tetap berjalan. Beliau terus melangkah dan melangkah, segala yang menghalang Najib pasti akan diketepikan. Maka wujudlah berbagai skandal yang mengaitkan namanya seperti kes Altantunya, isu pembelian kapal selam dan jet sukhoi, isu pakaian seragam pelatih PLKN dan banyak lagi. Perjalanan Rosmah sedikit terencat dengan isu-isu ini. Namun, baginya perjalanan semakin hampir cuma masanya belum tiba.

Akhirnya kini, Rosmah sudah hampir berada dikemuncaknya. Kelibat beliau lebih hebat dari mana-mana isteri raja-raja Melayu
atau Perdana Menteri sebelum ini. Kemana Najib pergi, maka beliau tetap akan mengekorinya. Beliau terlalu marah jika wajahnya tidak dipaparkan dimedia ketika beliau berada bersama Najib dalam mana-mana acara rasmi. Pernah terjadi sebuah stesyen televisyen swasta di beri surat "tunjuk sebab", gara-gara mengambil gambar Najib dengan ternampak hanya tangannya sahaja di kaca TV. Rosmah tidak suka ini terjadi, beliau memberi amaran "tunggulah beliau jadi wanita nombor satu negara nanti".

Katanya itu masih terpahat dikalangan wartawan media terbabit. Mereka takut dengan amaran Rosmah. Beliau kini sedang mengatur strategi agar tidak ada orang yang menggagalkan rancangannya itu. Jika ada pasti "dipastikan" mereka akan gagal termasuklah Pak Lah, Anwar dan lain-lain lagi. Masa semakin tipis dan beliau harus berwaspada. Khabarnya beliau sudah mula berangan-angan untuk berada di Pejabat Perdana Menteri, bukannya Najib.

Bagi memastikan semua pihak berbuat baik dengannya, maka itulah beliau telah membelikan jam-jam tangan yang nilainya jutaan ringgit untuk diberikan kepada isteri-isteri pembesar negara dan raja-raja Melayu.

Beliau sanggup lakukan semua ini demi mendapat sokongan dan yakin Najib akan menjadi orang nombor satu negara dan beliau bakal ditabalkan sebagai "wanita nombor satu".

Apakah hasratnya itu akan tercapai?. Rakyat dapat membayangkan, apakah akan terjadi jika beliau berjaya dengan impiannya ini?. Ada yang gusar dan takut apakah yang akan berlaku kepada rakyat terutamanya musuh Najib dalam pakatan pembangkang.

Semua ini bakal terjawab dalam masa terdekat ini. Apapun, tidurnya sedikit "tidak lena" bila melihat mahkamah membicarakan Kes Hasutan Raja Petra yang kini ditahan ISA. Apakah ini maknanya Rosmah dan Najib akan dipanggil sebagai saksi selepas ini?.

Terdapat juga khabar angin, Mahathir ada memberi "kata dua" kepada Najib, jika beliau ingin mengejar impiannya itu beliau harus "lepaskan Rosmah". Ini kerana Mahathir tahu siapa Rosmah dan apakah kaitannya dengan skandal-sakandal yang dimaksudkan. Apapun, sama-samalah kita nantikan perjalanan Rosmah sebagai "wanita nombor satu" selepas ini.

[Terkadang kita naik hairan dan pening melihat kelibat Rosmah yang senantiasa disisi Najib. Beliau seolah-olah takut najib akan meninggalkannya atau melakukan sesuatu yang akan menggagalkan hasratnya itu. Sama-samalah kita berdoa agar Rosmah akan diberikan kesedaran untuk kembali ke pangkal jalan dan mengenali dirinya sebelum beliau menjaga perasaan rakyat. Bagaimana harus Najib dan Rosmah menjadi "nombor satu" sedangkan dalam masa yang sama rakyat diseluruh pelusuk negara baik di kampung, di bandar dan di desa mula sangsi akan penglibatannya dalam kes-kes berkenaan. Beliau tidak mahu ke mahkamah, hanya ahli parlimen BN sahaja yang mempertahankan bahawa Najib sudah mengaku tidak bersalah maka kenapa lagi mahu dituduh !. Punyalah bangangnya ahli parlimen BN ini. Jika begitu Anwar pun kata dia tak bersalah, kenapa pula mahkamah mendakwanya? Bezanya rakyat tak percaya kes Anwar tetapi yakin dan percaya kes Najib]

ARef: Apa yang aku suka nak komen, adalah sepertimana yang seorang forumer TKO iaitu factfactor gurau sendakan..... diambil daripada [SINI].

AGAKNYE, NI KOT DIALOG ANTARA NAJIB DAN ROSMAH SEWAKTU MUDA DULU

NAJIB = AIHH.. U LAGI.. TETIAP HARI U DATANG
ROSMAH = ALAH BANG JIB, TAK BLEH KE.. I RINDU U LA
NAJIB = LAKI U TAK TAU KE, TAK MARAH KE
ROSMAH = ALAH DIA TU.. TGH BACA BERITA AGAKNYE
NAJIB = I NI BUKAN APA, U ISTERI ORG, I LAKI ORG
ROSMAH = TAPI BANG JIB, U NI HENSOM DARI DIA.. BIBIR U SEKSI
NAJIB = ERKK.. YEKE.. HEHEHE (TERSIPU-SIPU).. HMM.. LAGI???
ROSMAH = U NI BYK DUIT.. HEHEHE
NAJIB = HMM (TU JEK YG SEBETUINYE).. LAKI U??
ROSMAH= BANG JIB, U BAYAQ LA DIA SUH LEPASKAN I
NAJIB = BERAPA???
ROSMAH = 2, 3 JUTA KE.. TAPI BAGI I SIKIT.. NAK SHOPPING
NAJIB = NAK KE DIA???
ROSMAH = MESTI NAK PUNYA, BACA BERITA BERAPA SGT GAJI DIA..

SEKADAR GURAUAN NAKAL..HARHARHAR



Selamat Hari Lahir Tok Guru Haji Hadi ke-61

Tanggal 20 Oktober 1947, lahirlah seorang pejuang Islam yang bernama Abdul Hadi bin Awang....

Kalau korang nak tahu, hari nih, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang akan berumur 61 tahun...... jadi, ARef ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir, Happy Birthday buat Tuan Guru....

Semoga Hari ini lebih baik daripada hari semalam..... Semoga Tuan Guru dikurniakan nikmat panjang umur dan dimurahkan rezeki.....

Semoga perjuangan Tuan Guru terus berterusan dengan semangat yang membara dengan obor-obor perjuangan Islam yang berpandukan Al-Qur'an dan Al-Sunnah.

Selamat Hari Lahir Perwira Bangsa, Agama dan Negara!!!

Korang bolehlah lihat biodata Tok Guru nih dengan lebih lanjut di [SINI].

LAWAN TETAP LAWAN!!!

Himpunan Pemuda Islam Terengganu (HIMPIT 08)


Himpunan Pemuda Islam Terengganu (HIMPIT) yang menjadi acara tahunan Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu bakal diadakan di Pantai Pandak, Chendering. Dari aktiviti yang telah disusun, mungkin HIMPIT tahun ini akan menjadi acara meriah seperti konsep HIMPIT dulu-dulu.

Berikut adalah maklumat program, diharapkan semua pemuda Islam Terengganu dapat menyertai HIMPIT kali ini. Tahun lalu HIMPIT 07 di Rusila mencapai sasaran lebih 5,000 pemuda...




Tarikh: 23 - 25 Oktober
Tempat: Pantai Pandak, Chendering, Kuala Terengganu


Tentatif Program
23 OKTOBER 2008 (KHAMIS)


09.00 – 12.00 Mlm : CERAMAH PERDANA I
* YB Salahuddin Ayub
* Ustaz Nasaruddin Hassan Tantawi
* Ustaz Azman Shapawi bin Abdul Rani
(Ketua Pemuda PAS Negeri Terengganu)
24 OKTOBER 2008 (JUMAAT)

08.00-09.00 pg : PENDAFTARAN PESERTA

09.30-11.00 pg : BICARA PEJUANG
Bersama YB Ustaz Mohd Nor Hamzah (Naib Ketua Pemuda Negeri)
11.15- 12.30 pg : Pembahagian Tapak Khemah

01.00 – 02.00 Ptg : Solat Jumaat & Khutbah Sempena HIMPIT.

02.30 – 06.00 Ptg : PEMUDA PERKASA (Modul KHAS)
Solat Asar Berjamaah
06.00 - 08.30 Mlm : Khidmat Diri
Kuliah Maghrib HIMPIT
09.00 – 12.00 Mlm : CERAMAH PERDANA II
* Hj Mohamad bin Sabu
* YB Hj Mohd Abdul Wahid Endut
* YBM Dr Syed Azman Syed Nawawi
* YB Ustaz Ariffin Deraman


25 OKTOBER 2008 (SABTU)

07.30 - 12.00 Pagi : PEMUDA BERSAMAMU
* LARIAN HIMPIT ‘08
* Bola Sepak Pantai
* Pertandingan Memancing
* Sukan Rakyat
* Rawatan Kesihatan
12.00 : PERASMIAN PENUTUP DAN PEMBAHAGIAN HADIAH
Oleh : Dato Hj. Mustafa Ali
(Pesuruhjaya PAS Terengganu)

Lampiran**

1. Ceramah Perdana I & II
* Kedua-dua ceramah dibuat di tapak HIMPIT.

2. PERKHEMAHAN PESERTA DIURUSKAN OLEH DPP KAWASAN-KAWASAN. (Penganjur hanya menyediakan khemah untuk AJK Program dan Urusetia Program Sahaja

3. Pemuda Perkasa (Modul Khas)
Modul yang menguji ketahanan fizikal dan mental peserta seperti aktiviti pendakian bukit, aktiviti pantai dan lain-lain.
4. Khutbah HIMPIT
Sebanyak empat buah masjid dalam DUN Batu Buruk terlibat untuk khutbah ini.
5. Kuliah Mahrib HIMPIT
Sebanyak 3 buah surau di setiap DUN dalam Kawasan Kuala Terengganu terlibat.
6. Tayangan Video dan Khidmat Kesihatan Percuma (sepanjang program)

7. Pemuda BersamaMu - Penyertaan Larian HIMPIT, Bola Sepak Pantai, Memancing dan Sukan Rakyat hanya kepada peserta program sahaja.

Nota: Apa-apa maklumat, sila rujuk dengan SU Pemuda Kawasan masing-masing.



"




























SUMBER : nasikerabupetro

Mungkinkah Rani Mukherjee Juga Di Anugerahkan Datuk???

KUALA TERENGGANU 19 Okt. - Terengganu dijangka dipromosi ke seluruh dunia apabila sebuah syarikat Bollywood berhasrat membuat penggambaran filem di negeri itu, Mac tahun depan.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berkata, penerbit dan pengarah syarikat filem berkenaan berkunjung ke Terengganu baru-baru ini untuk meninjau lokasi menarik seperti Tasik Kenyir, Tanjung Jara, Pulau Redang, Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) dan Pulau Duyong.

"Syarikat filem berkenaan ingin mendapat kerjasama daripada kerajaan Terengganu bagi membuat penggambaran di tempat-tempat menarik di negeri ini.

"Kita harap filem yang akan dibuat antara 200 hingga 400 salinan itu apabila ditayangkan kelak, dapat memperkenalkan Terengganu di seluruh dunia," katanya selepas merasmikan resort lima bintang, Ri-Yaz Heritage Resort and Spa di Pulau Duyong di sini hari ini.

Resort yang mempunyai 97 buah bilik dan 13 calet itu adalah milik kerajaan Terengganu dan diuruskan oleh Ri-Yaz iaitu anak syarikat kumpulan Ri-Yaz Hotels & Resort, mulai 1 Ogos lepas.

Ahmad berkata, filem yang masih belum mempunyai judul dan memakan masa penggambaran antara 40 dan 60 hari itu, mengisahkan mengenai pasangan kekasih yang berbulan madu di Terengganu dan dilakonkan oleh Rani Mukarjee manakala heronya masih belum diputuskan.

Tahun lepas, sebuah syarikat filem dari China turut membuat penggambaran siri drama di Pulau Perhentian, yang merupakan antara pulau yang terindah di dunia.

- Utusan

ARef: Kalau penganugerahan Datuk kepada Shah Rukh Khan adalah kerana penglibatan Shah Rukh Khan dalam filem one, two, ka four yang di lakukan di Melaka, kononnya menglemerkan Melaka...... Adakah nasib yang sama akan diperolehi Rani Mukherje??? Sebelum, nama ini dicadangkan, ARef dengan beraninya ingin membantah sepenuh-penuhnya!!!! Mat Said, janganlah duk ikut sangat perangai geng2 UMNO nih.... Lawak giler Pemimpin2 UMNO nih, almaklumlah kebanyakannya semua nih kurang cerdik, sampai satu tahap, tembelang anugerah Datuk nih diketahui rakyat sampai ke hulu kampung..... glemerlah Datuk2 sekelian dengan gelaran Datuk Kangkong!!! cheh!!!! berlagak pandai konon!!!

Antara REPLIKA ANWAR IBRAHIM dan PATUNG TUNKU ABDUL RAHMAN...

Dalam borak di TKO di [SINI], ARef berkenen untuk mengeluarkan isu ini di dalam blog Anak Reformasi dan juga inginlah sama-sama Pak Mufti Perlis jenguk2 di blog ini dan juga sesiapa yang selama ini menghentam REPLIKA ANWAR terutamanya Pak Ali Rustam yang begitu Fobia dengan empunya nama Anwar Ibrahim....

isu patung tunku ni saja aku keluar kan semula sebab tiada tindakan apa2 yang diambil olih pemerintahan umno...isu replika anwar yang diperbesarkan oleh umno dan penyokong nya di seluruh malaya telah pon diturunkan..

jadi aku nak tanya bila patung ni nak diturunkan?

Patung tunku abdul rahman yang diperbuat dari gangsa dan ditempah dari england..dan berbentuk badan manusia sepenuhnya...terletak dikawasan
parlimen..ia di buat untuk memperingati tunku sebagai bapa umno...
Oklah, buat permulaan nih, aku bebetoilah nak tanya kepada puak2 pencacai UMNO yang banyak menghentam replika anwar nih...

Pertamanya Pak Ali Rustam Khan yang sangat fobia...... beritanya ada di [SINI].

Yang keduanya, geng2 Pemuda UMNO Malaysia yang tak habis2 mencacai kononnya tahu sangat hukum hakam Islam nih... tapi... hampeh dengan Patung Gangsa Tunku Abdul Rahman yang didewa-dewakan mereka!!!! boleh juga dilihat di [SINI]. Apa yang lawak tuh, Pemuda Selangor tuh..... Khir Toyo Tempe punya olanglah....

Yang ketiganya adalah daripada AnwarIbrahimDotCom yang merupakan kumpulan pencacai UMNO yang menggelarkan diri mereka AIDC yang tak habis2 menabur fitnah...... mereka juga ada mengeluarkan satu kenyataan Anwar yang diterbitkan di dalam Sinar Harian... Boleh dilihat di [SINI].

Hak lain2 tuh, aku tak mahu komen lebih2, cuma, apa yang aku nak letak yang terakhir ialah... Mufti Kontroversi.... Dr. Maza, yang telah menasihatkan agar penyokong Anwar tidak taksub.... boleh juga dilihat di [SINI].

- Hak lain janganlah terasa hati sebab aku tak mahu komen, tapi, hak yang tertera kat atas nihlah, aku nak bagi buku lima skettt.....
Oklah...... dengan terbinanya Replika Anwar harituh, rasanya belum sampai sebulan lagi dan telah diturunkan setelah tamat permitnya...... tapi, geng2 UMNO nih memang terlampau fobia dengan gerangan Anwar ini sehinggakan Mufti Perlis pun terfobia jugaks....

Kepada geng2 pencacai, pemimpin khan UMNO semua..... hangpa takkan tak sedar ada satu PATUNG GERGASI TUNKU ABDUL RAHMAN yang diperbuat daripada gangsa tuh??? takkan hangpa buta kut??? bila ada ajer benda yang terkait rapat dengan empunya nama Anwar Ibrahim, hangpa seolah-olah jadi mereng...... sekarang, replika Anwar dah takder..... Jadi, aku nasihatkan korang, runtuhkan, robohkan dan hancurkan PATUNG TUNKU ABDUL RAHMAN tuh.... ada berani????

Kepada Mufti Perlis pulak...... aku nak sangat Tuan Mufti membaca blog aku nih, bukannya aku tak setuju dengan cara Tuan Mufti nasihat, tapi, kalau nak nasihat, janganlah bias, janganlah diskriminasi..... PATUNG TUNKU nih memang 3 dimensi dan diperbuat daripada GANGSA.... apa fatwa yang Tuan Mufti boleh buat pulak??? harap sangat Tuan Mufti dapat komen!!!!

Kepada semua pembaca blog ARef, harap sama2 perjuangkan kebenaran apa yang termaktub mengikut acuan Al-Qur'an dan Al-Sunnah..... Kita bawa kes ini ke Dewan Parlimen, harap2 ada jugaklah pak2 Ahli2 Berhormat yang baca blog ARef nih untuk dibawa usul ini ke Dewan Parlimen agar diroboh+diruntuh+dihancurkan segera PATUNG TUNKU ABDUL RAHMAN dan juga PATUNG TUGU PERINGATAN NEGARA!!!!

Harapnya, isu PATUNG TUNKU ABDUL RAHMAN berkumandang setiap hari sampai masa ianya dirobohkan... Takkan hangpa tak ingat kut??? dengan patung SADDAM HUSSEIN dulu, seingat ARef pun diperbuat daripada gangsa jugak.....

Hangpa nih tak sedar2 lagik ke??????
Patung Saddaam Hussein tuh dirobohkan oleh USA...... sebab USA tuh, sangat Fobia dengan Saddam Hussein....

Tapi, Geng2 UMNO nih fobia dengan empunya nama ANWAR IBRAHIM.... sangat2 Fobia..... kah3..... bodoh bin bahalol punya UMNO.

Kalau nak bersembang+bercakap+keluarkan fatwa berkenaan agama Islam nih, janganlah dipotong mana2 atau bias!!! tapi, kita ikut semua, takder diskriminasi... baru betoi!!!!

Aku harap, perkara ini dimajukan dan PATUNG TUNKU ABDUL RAHMAN diruntuh+dirobohkan+dihancurkan agar tidak ada lagi unsur2 khurafat dalam masyarakat Islam kita.... kita ikut acuan Al-Qur'an dan Alsunnah, insyaALLAH tak tersesat kita selama-lamanya!!!!

Harapnya, ianya dilakukan seberapa segera mungkinlah, sebab PATUNG TUNKU ABDUL RAHMAN tuh besar, diperbuat daripada gangsa, 3-dimensi, memang cukup semua sifat pada diri manusia.... jadi, apa tunggu lagi pak Mufti, tolong keluarkan fatwa secepat mungkin!!!! sebab, dah lama dah dibina tuh, tapi, mungkin sebelum nih David Copperfield hilangkan daripada pandangan kita!!! kah3333.......... Mohon USUL!!!

Eurocopter: BraziL Beli RM83j, Malaysia Beli RM193j

Dalam sidang parlimen 13 Oktober yang lalu, Ketua Oposisi, Dato Seri Anwar Ibrahim mendedahkan kecurigaan besar berkenaan skandal pembelian 12 unit Eurocopter Cougar EC725 yang melibatkan kewangan negara berjumlah RM2.317b. Skandal ini dilapor melibatkan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Najib Tun Razak yang sebelum ini dikaitkan dengan skandal komisen Scorpene dan Sukhoi.

Pendedahan melalui surat yang ditulis oleh Kapten (B) Dato Zahar Hashim selaku Pengerusi Mentari Services turut melaporkan bahawa proses LOI (Letter Of Intent) tidak mengikut prosedur dan keputusan pembelian dibuat tanpa menemui wakil jualan atau mendapat penerbangan ujian terlebih dahulu.

Saya terbaca pula laman Defense Industry Daily yang melaporkan keputusan kerajaan Brazil membeli helikopter tempur jenis sama dengan harga lebih USD1b.

Brazil and France sign an agreement in principle for Eurocopter to build helicopters in the South American country via its subsidiary Helibras. Brazil’s Defense Minister Nelson Jobim reportedly said that the country intended to buy 50 “Super Cougar” models, the first of which would be delivered in 2010. The deal’s value is reportedly around $1.2 billion.

Perkara sama turut dilaporkan oleh The Economics Times

Menurut laporan laman ini, pembelian 50 unit helikopter Multi-Mission ini akan melibatkan jumlah kewangan sebanyak RM 4.14b (USD 1.2b) atau RM82.8 juta bagi setiap unit. Sila bandingkan dengan Malaysia yang membeli 12 helikopter jenis ini dengan harga RM2.317b atau RM 193.08 juta bagi setiap unit.

Perbezaan harga yang diperolehi adalah RM 110.28 juta bagi setiap unit.

Selain itu turut dilaporkan dalam pakej pembelian itu adalah:

Under the agreement in principle, France would transfer technology and help Brazil expand the export capacity of its aviation industry by aiding the assembly of helicopter components such as engines and electrical systems, the statement said. (Sources: India Times)

Sudahlah mendapat harga yang lebih murah, dapat juga bantuan teknikal, pemindahan teknologi dan bantuan dalam pemasangan komponen helikopter.

Memang benar, spesifikasi setiap negara berbeza apabila melibatkan pembelian unit helikopter yang sama. Namun, kalau perbezaan harganya mencecah 233% bagi setiap unit, itu apa namanya?

Silakan Dato Najib.. - ibnuzack


- Thinking of Life

Kenaikan Harga Minyak - Antara Kesempitan Dan Bala'

Senario Kenaikan Harga Minyak

Dari segi teori, pada asasnya harga ditentukan oleh keseimbangan permintaan dan penawaran. Harga akan naik jika sama ada permintaan bertambah atau penawaran berkurang dan begitulah sebaliknya. Peningkatan permintaan berlaku, antaranya adalah kesan daripada faktor spekulasi dan perang teluk serta berkurangnya penawaran.

Kenaikan harga minyak baru-baru ini iaitu petrol daripada RM 1.92 seliter kepada RM 2.70 dan diesel daripada RM 1.58 seliter kepada RM 2.58 telah memberi kesan yang ketara ke atas cara hidup sebahagian besar rakyat Malaysia. Kenaikan ini dikatakan bertujuan untuk mengurangkan beban Negara dan berpunca dari faktor kenaikan harga minyak mentah dunia. Selain itu dinyatakan juga bahawa kerajaan terlalu terbeban dengan subsidi hingga menyebabkan faktor kenaikan harga minyak ini diputuskan.


Kesan Kenaikan Harga Minyak

Rantaian kenaikan berkenaan menjadikan harga barang-barang keperluan turut naik yang mana menjadi bahan tunjang dalam menggerakkan aktiviti ekonomi. Hal ini termasuklah yang melibatkan kos pembuatan dan pemprosesan. Dijangkakan juga beberapa bulan terdekat ini harga utiliti seperti elektrik pula akan naik. Sekiranya ini benar berlaku, keadaan yang meruncing dan mendadak ini akan menyebabkan rakyat yang kurang bersedia untuk menghadapinya terbeban. Terutamanya bagi golongan yang berpendapatan rendah seperti petani, buruh dan pengusaha kecil. Fenomena ini akan dianggap suatu yang amat membebankan.

Selain daripada kenaikan harga bahan keperluan yang membebankan masyarakat, terdapat kesan kenaikan harga lain kerana melibatkan sumber bahan bakar ini. Antaranya ialah industri perumahan yang mana mengalami kesan tinggi terhadap kenaikan minyak. Bebanan kos perkhidmatan juga akan bertambah seperti tambang bas dan teksi kerana keperluan terhadap bahan bakar ini. Pengusaha khususnya golongan yang kurang mampu terpaksa menanggung bebanan kos yang tinggi seperti kenaikan kadar sewa dan cukai yang melampau bagi sesebuah premis perniagaan sehingga ada pemilik restoran yang terpaksa menutup restorannya ekoran daripada kenaikan kadar sewa tapak premis berkenaan. Untuk mengurangkan bebanan ini, peniaga pula terpaksa menaikkan harga barang yang dijual. Kesannya, tekanan harga yang tinggi ini terpaksa dihadapi oleh pengguna. Masyarakat juga bertambah sukar. Dalam keadaan sekarang, masyarakat perlu mengambil pendekatan berhemah untuk menguruskan kewangan mereka.


Cadangan Susulan Berkaitan Kenaikan Harga Minyak

Dalam hal ini HALUAN Malaysia menyeru ahli dan orang ramai untuk mengambil tindakan yang lebih berhemah dan berjimat-cermat dalam perbelanjaan seharian. Pada masa yang sama, HALUAN juga meminta ahli dan orang ramai mengambil pendekatan yang lebih rasional bagi mengurangkan beban kesan daripada kenaikan harga bahan bakar minyak petrol dan diesel ini. Tambahan pula, minyak yang sudah sinonim dengan isu kepenggunaan adalah merupakan asas penting kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Kami yakin pihak kerajaan sedang mengambil langkah-langkah yang perlu untuk membantu meringankan beban rakyat Malaysia. Usaha-usaha berkenaan seharusnya memberi manfaat kepada masyarakat khususnya golongan berpendapatan rendah kerana kelompok berkenaanlah yang akan menghadapi kesulitan besar ketika kenaikan harga bahan bakar ini. Justeru HALUAN mencadangkan kepada pihak kerajaan untuk melaksanakan inisiatif meringankan kesulitan tersebut dengan segera.

HALUAN juga mencadangkan agar pihak kerajaan mengambil pendekatan yang disarankan di dalam Al-Quran yang dapat mengelakkan kesusahan melampau ketika berlakunya sesuatu krisis.

Dan orang-orang yang apabila membelanjakan (harta), mereka tidak berlebihan, dan tidak (pula) kikir, dan adalah (pembelanjaan itu) di tengah-tengah antara yang demikian. (Al-Furqan:67)


Katakanlah: "Hai hamba-hamba-Ku yang malampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa[1314] semuanya. Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Az-Zumar:53)

Langkah-langkah penjimatan yang diumumkan oleh kerajaan hendaklah dilaksanakan serta-merta supaya negara mempunyai kekuatan kewangan yang cukup untuk berhadapan dengan kenaikan harga minyak petrol dan diesel pada masa akan datang. Perbelanjaan yang berbentuk hiburan, melalaikan dan tidak memberi faedah kepada kehidupan rakyat hendaklah dikaji semula.Begitu juga dengan projek pembangunan yang berjumlah jutaan ringgit hendaklah dinilai kembali pelaksanaannya ketika ini supaya kos pembangunan negara dapat digunakan secara optimum.

Orang-orang yang menafkahkan hartanya di malam dan di siang hari secara tersembunyi dan terang-terangan, maka mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya. tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati. (Al-Baqarah:274)

Kerajaan juga perlu mendengar maklum balas daripada rakyat Malaysia dan memberi tindak balas segera supaya keresahan mereka tidak menambah beban kepada kehidupan yang dilalui pada masa ini. Contohnya dengan membuat penyelarasan tarif elektrik, tarif dan kadar-kadar (caj) perkhidmatan telekomunikasi, air, cukai jalan, tambang pengangkutan awam, (yuran) kesihatan, pendidikan dan perumahan supaya golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana kurang terbeban. Selain itu cadangan untuk mengkaji semula semua bayaran yang dikenakan dalam sektor pengangkutan bagi menghalang kenaikan harga adalah wajar dilakukan.

Antara cadangan lain pula ialah kerajaan perlu menggiatkan usaha penyelidikan untuk mencari sumber alternatif kepada keperluan petrol seperti minyak kelapa sawit seperti mana tenaga solar juga boleh menggantikan kuasa dalam membekalkan tenaga elektrik. Terdapat pelbagai sumber alternatif yang masih terhad lagi kita gunakan iaitu antaranya tenaga berasaskan angin, suria, hidrogen dan sisa organik.

Tindakan memberi potongan harga kepada barang-barang keperluan pengguna agar dijual dalam kadar harga yang berpatutan juga wajar bagi menggalakkan perbelanjaan rakyat. Maka tindakan memperkasakan dasar pertanian perlu digalakkan agar negara berupaya mengeluarkan produk bahan keperluan isi rumah secara aktif hingga mampu menampung permintaan kepada sesuatu bahan. Dengan memastikan pengawalan harga bahan keperluan hasil pengeluaran selari dengan permintaan akhirnya akan memberi kesan kepada kelancaran ekonomi.

Teori ekonomi Ibnu Khaldun pernah menyatakan, untuk meningkatkan perbelanjaan rakyat, maka pengurangan bebanan seperti cukai dan harga minyak perlu dilakukan. Pemberian subsidi daripada kerajaan kepada peniaga sangat penting khususnya golongan yang kurang mampu bagi memastikan mereka tidak menaikkan harga barang dan akhirnya masyarakat akan mudah berbelanja mengikut kadar kemampuan. Manakala bebanan rakyat seperti kadar cukai, harga minyak, dan sebagainya sekiranya berjaya dikurangkan, ia akan menggalakkan lagi rakyat berbelanja atau kita panggil sebagai pendapatan boleh belanja. Seterusnya akan bertambahlah bilangan pengusaha dan pembekal. Kerajaan akan memperoleh semula hasil perbelanjaan rakyat itu menerusi cukai yang dikutip daripada pertambahan bilangan pengusaha dan pembekal berkenaan.

HALUAN yakin bahawa kerajaan akan terus memilih pendekatan berjimat-cermat bagi mengekang kenaikan harga bahan bakar minyak supaya penjimatan kos dapat dilakukan dengan sebaik mungkin di samping memikirkan altenatif lain yang lebih bijak bagi menangai permasalahan ini. Hak dan kebajikan rakyat akan lebih terjamin dengan kesepakatan dan permuafakatan yang dibuat hasil dari penelitian yang jitu.

Contohnya mengenai pembayaran balik rebat RM625 setahun kepada pemilik kenderaan pacuan empat roda berkuasa 2000cc ke bawah dan bagi motosikal berkuasa 250cc ke bawah akan dibayar RM150 setahun. Sebagai tambahan, kerajaan turut mengumumkan rakyat tempatan yang memiliki kenderaan persendirian dengan memiliki kenderaan enjin sehingga 3000cc di negeri Sabah dan Sarawak kini layak menuntut rebat tunai subsudi minyak berjumlah RM 625 setahun. Walaupun begitu ada sesetengah yang berpandangan bahawa pemberian rebat itu dianggap tidak menyeluruh kerana ada sebahagian besar yang berpendapatan rendah tidak menggunakan bahan api untuk kenderaan persendirian.

HALUAN sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang sama-sama prihatin dengan kesukaran rakyat Malaysia ketika ini menyeru ahli dan orang ramai untuk bersabar dan bijak ketika berbelanja dengan elakkan pembaziran serta memanjatkan doa supaya cabaran dan ujian ini mampu dilalui dengan tabah dan tenang.

Dan berikanlah kepada keluarga-keluarga yang dekat akan haknya, kepada orang miskin dan orang yang dalam perjalanan dan janganlah kamu menghambur-hamburkan (hartamu) secara boros. Sesungguhnya pemboros-pemboros itu adalah Saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya. (Al-Isra’: 26-27)

Dalam keadaan begini kita juga harus berjimat-cermat. Ini kerana pembaziran itu membawa kesan yang amat besar sekali. Perlu di rasai bahawa negara kita kaya dengan pelbagai hasil. Kita perlu bersyukur di atas segala rahmat kurniaan Allah s.w.t. yang menjadikan setiap rakyat dapat menikmati kekayaan ini dengan adilnya. Sekiranya pembaziran berlaku hak kehidupan yang lain akan terhalang. Kemusnahan dan penindasan akan berterusan.

Seharusnya nikmat dan kurniaan yang telah dilimpahkan oleh Allah s.w.t. kepada kita perlu dirasai dan dinikmati bersama. Seperti mana Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menegaskan bahawa, “...kerajaan turut berasa keperitan rakyat dan berasakan pucuk pimpinan hendaklah menunjukkan teladan yang baik dalam menghadapi cabaran ini”. ( Dipetik dari Berita Harian, Rabu, 11 Jun 2008, muka 11)

Di dalam Mesyuarat Majlis Inflasi juga ada memutuskan cuti berbayar bagi menteri dan timbalan menteri yang sebelum ini boleh dinikmati untuk ke sebarang destinasi, kini dihadkan kepada destinasi dalam negeri dan rantau Asean sahaja dengan tempoh tidak melebihi seminggu. Selain itu pengumuman berkaitan pemotongan perbelanjaan awam dan elaun keraian anggota Kabinet sebanyak 10 peratus merupakan tanda keperhatinan terhadap permasalahan ini.

Hal ini mengingatkan semula berkaitan contoh yang kita boleh ambil daripada ulama terdahul iaitu ketika zaman Amirul Mukminin ‘Umar bin al-Khattab’. Ketika itu berlaku tahun kesusahan dan kelaparan yang amat sangat di Semenanjung Arab antara tahun 17H dan 18H iaitu selama sembilan bulan. Amirul Mukminin telah berusaha bersungguh-sungguh menyelesaikan masalah ini di samping kecemerlangannya dari sudut pendirian dan sikap.

Sehingga diceritakan pada suatu ketika 'Umar bin al-Khattab tidak memakan pada tahun berkenaan lemak haiwan, susu dan daging sehingga orang ramai dapat memakannya. Barangan makanan berkurangan di pasar. Pada suatu hari pekerjanya dapat membeli untuknya lemak dan susu namun dengan harga yang agak tinggi. 'Umar enggan makan bahkan berkata: "Engkau telah menyebabkan lemak dan susu menjadi mahal, sedekahkan kedua-duanya, aku bencikan pembaziran. Bagaimana aku dapat memahami keadaan rakyat jika tidak mengenaiku apa yang mengenai mereka?".

Begitulah contoh teladan yang kita boleh ambil sebagai pengajaran. Sekiranya kita berusaha berjimat-cermat dan merasai penderitaan yang lain dengan berusaha membantu dan mencari penyelesaian, mudah-mudahan masalah yang timbul akan terungkai.


Kenaikan Harga Minyak, Antara Kesempitan dan Bala

Namun perlu diingat bahawa isu ini, kesan dan penderitaan yang melanda masyarakat bukan hanya sekadar untuk menjadi bahan rintihan atas kesempitan dan bebanan yang dilalui lantas mencari jalan untuk saling menyalahi dan menunding jari. Walaupun hakikatnya perancangan dan keputusan ini melibatkan pihak berkuasa di kalangan manusia, tetapi ada yang lebih berhak dalam menentukan sesuatu perkara yang sebenarnya berada di luar penguasaan kita semua sebagai hamba kepada Maha Pencipta.

Allah jua Yang memiliki Segala Yang ada di langit serta Yang ada di bumi; dan Kecelakaan besar bagi orang-orang Yang kufur ingkar (terhadap Al-Quran) dari azab Yang amat berat (yang akan menimpa mereka kelak). (Ibrahim:2)

Mungkin isu ini boleh dijadikan renungan bahawa adakah kesempitan dan permasalahan yang melanda merupakan suatu bala daripada yang Maha Kuasa. Apabila maksiat melata dan berleluasa, Allah s.w.t. akan menurunkan bencana kepada umat manusia sebagai tanda peringatan daripada-Nya. Kekufuran dan kemaksiatan hasil daripada tangan dan tindakan manusia akan mengundang azab atas balasan setiap dosa.

Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa Yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya Yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat). (Ar-Rum:41)


Kembali kepada Allah s.w.t. sebagai jalan penyelesaian

Sedarkah ketika manusia alpa dan leka, kesusahan dan penderitaan yang menimpa akan membuatkan kita kembali menyedari akan kesilapan yang telah dilakukan begitu sahaja. Sekiranya benarlah permasalahan ini merupakan bala daripada Allah s.wt. maka sudah tentulah penyelesaiannya adalah dengan mengembalikan kesedaran manusia kepada hakikat mengapa kita diciptakan? Dari mana dan kemanakah tujuan kita? Menyelamatkan umat dari kehancuran dan kemusnahan dengan mengajak manusia untuk kembali kepada ketakwaan dan keimanan kepada Allah s.w.t. Melaksanakan segala suruhan dan meninggalkan segala larangan Allah s.w.t. dengan penuh ketaatan.

Semua golongan dan peringkat perlu mengambil perhatian dalam menangani isu ini agar penyelesaian yang lebih berkesan dapat diperolehi. Merasai, memahami dan menginsafi setiap permasalahan yang berlaku dengan pandangan yang lebih luas dan menyeluruh. Mengajak diri untuk mencari kelemahan dan kekurangan yang perlu diperbaiki secara bersama dan bukan hanya menunding jari. Kembalilah kepada hakikat manusia sebagai hamba Allah s.w.t. Rasailah betapa besar dan Agung sekali kekuasaan-Nya. Menciptakan manusia dan alam keseluruhannya ini bukanlah hanya untuk dipersia. Semoga kita semua dapat menikmati kesenangan dan kebahagian kurniaan Allah s.w.t. di muka bumi ini dengan aman, harmoni lagi diberkati. Menuju matlamat yang abadi lagi hakiki. Insya Allah.

Prof Madya Dr Abdullah Sudin Ab Rahman
Presiden Haluan Malaysia

فرعون (Firaun)

لا اله الا انت سبحانك اني كنت من الظالمين ... سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم

معجزه الله جل في علاه ..

' اليوم ننجيك ببدنك .. لتكون لمن خلفك آية ' .. يونس – 92 .


قصة جثة فرعون .. وإسلام العالم الفرنسي ( موريس بوكاي ) بسببها ..


@ عندما تسلم الرئيس الفرنسي الراحل
فرانسوا ميتران زمام الحكم في فرنسا عام 1981 :

طلبت فرنسا من مصر في نهاية الثمانينات استضافة مومياء الفرعون لإجراء

اختبارات وفحوصات أثرية عليه وترميمه ... فتم نقل جثمان أشهر طاغوت عرفته الأرض ..


@ وهناك وعند سلم الطائرة :
اصطف الرئيس الفرنسي منحنياً هو ووزراؤه وكبار المسؤولين

الفرنسيين ليستقبلوا الفرعون وعندما انتهت مراسم الإستقبال الملكي لفرعون على أرض فرنسا ..


@ حُملت مومياء الطاغوت بموكب لا يقل حفاوة عن استقباله .. وتم نقله إلى جناح خاص في

مركز الآثار الفرنسي ليبدأ بعدها أكبر علماء الآثار في فرنسا وأطباء الجراحة والتشريح

دراسة تلك المومياء واكتشاف أسرارها ..


((
ترون بالأسفل صورة قريبة للفرعون رمسيس الثاني .. وقد تم فيها ضم يديه إلى صدره )) ..


@ وكان
رئيس الجراحين والمسؤول الأول عن دراسة هذه المومياء هو البروفيسور :


((
موريس بوكاي )) ..


كان المعالجون مهتمين بترميم المومياء ..

بينما كان اهتمام موريس هو محاولة أن يكتشف : كيف مات هذا الملك الفرعوني !!!..

@ فجثة رمسيس الثاني ليست كباقي جثث الفراعين التي تم تحنيطها من قبل ..

فوضعية ( الموت ) عنده غريبة جدا .. وقد فوجيء المكتشفون ( عندما قاموا بفك أربطة

التحنيط ) بيده اليسرى تقفز فجأة للأمام !!!!!.. أي أن من قاموا بتحنيطه ( أجبروا ) يديه

على الإنضمام لصدره كباقي الفراعين الذين ماتوا من قبل !!!!!... فما السر يا ترى ؟؟..


@ وفي ساعة متأخرة من الليل .. ظهرت النتائج النهائية للبروفيسور
موريس ..

لقد كانت بقايا الملح العالق في جسد الفرعون ..

مع صورة عظامه المكسورة بدون تمزق الجلد .. والتي أظهرتها أشعة إكس ..

كان ذلك أكبر دلائل على أن الفرعون مات غريقا !!!!.. و أنه قد تكسرت عظامه دون اللحم

بسبب قوة انضغاط الماء !!!!!.. وأن جثته استخرجت من البحر بعد غرقه فورا ..

ثم اسرعوا بتحنيط جثته لينجو بدنه !!!!!..

@ والغريب أنهم استطاعوا أيضا تفسير الوضعية الغريبة ليده اليسرى .. وذلك أنه كان

يمسك لجام فرسه أو السيف بيده اليمنى .. ودرعه باليد اليسرى .. وأنه في وقت الغرق ..

ونتيجة لشدة المفاجأة وبلوغ حالاته العصبية لذروتها ساعة الموت ودفعه الماء بدرعه ..

فقد تشنجت يده اليسرى وتيبست على هذا الوضع !!!.. فاستحالت عودتها بعد ذلك لمكانها

مرة أخرى كما هو معروف طبيا .. أي أن ذلك يشابه تماما ما يعرفه الطبيب الشرعي من

حالة تيبس يد الضحية وإمساكها بشيء من القاتل .. كملابسه مثلا !!!!!...


@ لكن أمراً غريباً مازال يحير البروفيسور
موريس .. ألا وهو :

كيف بقيت هذه الجثة أكثر سلامة من غيرها رغم أنها استُخرجت من البحر ؟؟؟!!!..

(( صورتين جانبيتين لجثة فرعون مصر رمسيس الثاني )) ..


@ كان موريس بوكاي يعد تقريراً نهائيا عما كان يعتقده ( اكتشافاً جديداً ) .. في انتشال

جثة فرعون (( من البحر )) .. وكان يحلم بسبق صحفي كبير نتيجة هذا الاكتشاف !!!..


@ حتى همس أحدهم في أذنه قائلا : لا تتعجل مسيو
موريس .... فإن المسلمين

يعرفون بالفعل (( غرق هذه المومياء )) !!!!!!... فقرآنهم منذ 14 قرنا يخبرهم بذلك !!!..

@ فتعجب البروفيسور من هذا الكلام .. واستنكر بشدة هذا الخبر واستغربه !!!!...

فمثل هذا الإكتشاف لا يمكن معرفته إلا :

** بتطور العلم الحديث وعبر أجهزة حاسوبية حديثة بالغة الدقة ..

** ثم ( وهو الأهم ) أن المومياء تم اكتشافها أصلا عام 1898 !!!!..

(( صورة للبروفيسور الفرنسي موريس بوكاي )) ..


@ فازداد البروفيسور ذهولا وأخذ يتساءل : كيف يستقيم في العقل هذا الكلام ؟؟؟..

والبشرية جمعاء وليس العرب فقط لم يكونوا يعلمون شيئا عن قيام قدماء
المصريين بتحنيط جثث الفراعنة أصلا
إلا قبل عقود قليلة فقط من الزمان !!!!...


@ جلس
موريس بوكاي ليلته محدقا بجثمان فرعون .. وهو يسترجع في ذهنه ما قاله له
صاحبه من أن قرآن المسلمين : (
يتحدث عن نجاة هذه الجثة بعد الغرق ) !!!..
بينما كتابهم المقدس : (
يتحدث فقط عن غرق فرعون أثناء مطاردته لسيدنا موسى
عليه السلام دون أن يتعرض لمصير جثمانه
) !!!.. وأخذ يقول في نفسه :

هل يُعقل أن يكون هذا المحنط أمامي هو فرعون الذي كان يطارد موسى بالفعل ؟؟؟..

وهل يُعقل أن يعرف محمدهم هذه الحقيقة قبل أكثر من ألف عام ؟؟!!!!..


@ لم يستطع
موريس أن ينام ليلتها .. وطلب أن يأتوا له بالتوراة ( العهد القديم ) ..

فأخذ يقرأ في التوراة قوله :

' فرجع الماء وغطى مركبات وفرسان جميع جيش فرعون الذي دخل وراءهم في البحر ..

ولم يبق منهم ولا أحد .. ' ....

وبقي موريس بوكاي حائراً .. فحتى الإنجيل لم يتحدث عن نجاة هذه الجثة وبقائها

سليمة .. لا التوراة ولا الإنجيل ذكر مصير جثة فرعون !!!!..


@ بعد أن تمت معالجة
جثمان فرعون وترميمه أعادت فرنسا لمصر المومياء ..
ولكن
موريس لم يهنأ له قرار ولم يهدأ له بال منذ أن هزه الخبر الذي يتناقله المسلمون

عن سلامة هذه الجثة .. فحزم أمتعته وقرر السفر لبلاد المسلمين لمقابلة عدد من علماء

التشريح المسلمين .. وهناك كان أول حديث تحدثه معهم عما اكشتفه من نجاة جثة فرعون

بعد الغرق !!!!.... فقام أحدهم وفتح له المصحف وقرأ له قوله تعالى :

' فاليوم ننجيك ببدنك لتكون لمن خلفك آية .. وإن كثيرا من الناس عن آياتنا لغافلون ' ..
سورة يونس - آية 92 .<.


كان وقع الآية عليه شديدا .. ورجت له نفسه رجة جعلته يقف أمام الحضور ويصرخ

بأعلى صوته : لقد دخلت الإسلام وآمنت بهذا القرآن !!!!..
ثم رجع
موريس بوكاي إلى فرنسا بغير الوجه الذى ذهب به !!!..

@ وهناك مكث عشر سنوات ليس لديه شغل يشغله سوى دراسة :

مدى تطابق الحقائق العلمية والمكتشفة حديثا مع القرآن الكريم !!!!...

بل واجتهد في البحث عن تناقض علمي واحد مما يتحدث به القرآن فلم يجد ....

فخرج بعدها بنتيجة قوله تعالى :

' لا يأتيه الباطل من بين يديه ولا من خلفه .. تنزيل من حكيم حميد ' ..


@ فكانت ثمرة هذه السنوات التي قضاها الفرنسي
موريس : أن خرج بتأليف كتاب
عن القرآن الكريم هز الدول الغربية كافة .. ورج علماءها رجا !!!!.. لقد كان
عنوان الكتاب :

(( القرآن والتوراة والإنجيل والعلم )) .<.

دراسة الكتب المقدسة في ضوء المعارف الحديثة ..

ولقد نفدت جميع نسخ الكتاب من أول صدور لها ومن أول طبعة !!!!!...

وما زال الطلب عليه كبيرا في أوروبا وأمريكا حتى وقتنا هذا


ARef
: Ada kawan ARef yang bersungguh-sungguh bertanyakan dengan teman2 yang datang daripada Arab dan menterjemahkan teks di atas dengan pendapat peribadi beliau serta ianya adalah dalam bentuk rumusan.....

Assalamuallaikum wbrt.
Dibawah adalah artikel yang menerangkan mengenai Firaun.
"Maka pada hari ini Kami selamatkan badanmu (mayat firaun) supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudahmu dan sesungguhnya kebanyakan dari manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami" Ayat 92, Surah Yunus.
Artikel (diatas) ini menceritakan tentang seorang Professor yang bernama Prof Maurice Pokey (tak sure spelling). Dia telah mengkaji mayat firaun dan telah menghasilkan beberapa teori. Teori pertama adalah mengenai tangan Firaun yang berbalut. Apabila dibuka ikatan kain itu, didapati tangan firaun menghala kehadapan. Prof Maurice berpendapat tangan firaun seakan menolak sesuatu dan apabila firaun mati, tangannya mengalami 'muscle spasm' dan oleh itu mengeras dan kekal sebegitu. Seperti mana yang kita tahu Firdaun mati kerana ditengelami air. Tangan firuan, pada ketika dia mati sebenarnye menolak pukulan air yang menengelaminya. Orang yang terdahulu menjumpai mayat firuan telah membalut tangannya, agar ia dekap di dada.
Prof Maurice Pokey juga telah mennyatakan bahawa mayat ini mati akibat ditengelami di laut dan mayatnya terawet disebabkan air garam. Beliau telah mengistiharkan bahawa penemuan ini adalah penemuan beliau.
Namun begitu, ketika berjumpa dengan seorang yang beragama Islam, orang itu telah menyangkal bahawa dia adalah orang pertama yang menemui fakta ini, sedangkan ia telah termaktub dalam Al-Quran, bahawa firaun mati ditengelami air laut dan Allah telah berfirman bahawa Allah akan selamatkan mayat firaun sehingga ke hari ini, untuk menjadi pengajaran bagi kita semua dan salah satu tanda kekuasaan yang Maha Esa.
Prof Maurice Pokey, selepas itu telah merujuk Taurat dan dan Injal. Walaubagaimanapun, kedua-dua kitab itu tidak menyatakan secara terperinci. Pada ketika itu Prof Maurice Pokey telah mengistiharkan dirinya Islam.....
Al-Quran itu adalah Qalamullah, beruntunglah sesiapa yang membaca, memahami dan beramal dengannya. Al-Quran adalah senjata untuk kita menarik orang bukan Islam kepada Islam dan mengukuhkan lagi Iman dan akidah kita yang sudah beragama Islam.
Saya tak dapat menerangkan secara terperinci kerana saya juga telah dibantu oleh kawan arab saya untuk menterjemahkan artikel ini. Apa yang saya tulis ini, adalah secara ringkas dan saya harap saya telah mengutarakan isi2 penting artikel ini.
Sila rujuk sesiapa yang tahu berbahasa arab dan jika mana2 terdapat kesalahan didalam penyampaian saya ini, sila betulkan.
Terima Kasih.
NurJannah Binti Mohamad Hussain

Blog Stats