Sumbangan ~ Tolong Klik.... Thanks.

Friday, December 12, 2008

BANTUAN : Bantuan Kewangan Persekolahan Untuk Anak Tahanan I.S.A.

Merah Hitam : Ketika menghadiri satu majlis VIGIL di hadapan Dewan Civic minggu lepas, ada yang bertanya, siapakah lagi mangsa ISA? Susah saya hendak menjawab soalan itu, kerana terlalu subjektif.
Mangsa ISA sebenarnya ialah suami@bapa yang ditahan di Kem Kamunting.Tetapi, mangsa yang terpaksa menerima kesan penahanan ini ialah isteri dan anak-anak.

Kehidupan terpaksa diteruskan, justeru isteri terpaksa menjadi "superwoman" dimana beliau mesti bekerja untuk mencari nafkah ,mengurus rumah dan mendidik anak-anak yang masih kecil.Keperluan harian dan pendidikan anak-anak semakin meningkat kerana tahun demi tahun, anak-anak makin membesar......tetapi...... bapa mereka masih juga di kurung di Kem.

BUKAN ITU YANG DIPINTA....

Sekiranya bapa atau keluarga ini dibebaskan, pastinya dia dapat keluar bekerja untuk menyara keluarga dan anak-isteri tidak perlu meminta-minta.Tetapi ..... inilah hakikat kehidupan. Tanpa sebarang perbicaraan, tanpa mengetahui tarikh akhir untuk dibebaskan, si ayah masih lagi terus-menerus di kurung, meniggalkan segala beban dan tanggungjawab pada si isteri, wanita yang sepatutnya mendapat perlindungan ,bantuan dan kasih sayang dari suami....

Puan Halimah, dari Serting, N.Sembilan bekerja sebagai penjual air soya. Beliau terpaksa membesarkan 7 orang anak dan sebahagian besar nya masih bersekolah. Saya di beritahu, anak gadis sulungnya(sepatutnya masih belajar di kolej) berusia belasan tahun, terpaksa di nikahkan dengan segera supaya dapat meringankan beban beliau menyara anak-anak lain yang masih kecil.Suami Puan Halimah ditahan sejak tahun 2004 hingga kini.

Puan Nolmina dari Sabah mempunyai 6 orang anak. Pendapatan sebagai kerani sebanyak RM500 sebulan terpaksa di cukupkan untuk menyara semua anak-anaknya yang berusia antara 8 hingga 20 tahun. Beliau membina kareer ketika setelah beberapa bulan suaminya ditahan dibawah ISA.Suami beliau telah di tahan sejak bulan April tahun 2006 hingga kini.

Puan Jobaida dari Sandakan mempunyai 5 orang anak.Ketika suaminya ditahan, beliau sedang mengandung 3 bulan dan mula membina kareer selepas setahun suaminya ditahan dibawah ISA.Kini beliau bekerja sebagai guru Tadika dengan pendapatan RM450 sebulan. Jumlah itu memang jauh dari mencukupi untuk menampung keperluan harian justeru beliau turut menjual kueh untuk menambah pendapatan.Suami beliau ditahan sejak Mac 2006 hingga kini.
3 minggu lagi sekolah akan dibuka, saya bagi pehak keluarga ini merayu sedikit bantuan kewangan dari anda semua untuk merengankan perbelanjaan persekolahan anak-anak ini. Bantuan ini akan di kumpulkan dan diserahkan pada mereka pada minggu akhir bulan Disember ini.

DERMA@SUMBANGAN ANDA PASTI AKAN SAMPAI KE TANGAN MEREKA....
Sebarang derma atau sumbangan boleh disalurkan di

Maybank 162209939776 (Nashita Mohd Noor) Bendahari GMI.


No hp Nashita 0132096373 dan hp Pn Laila 0126892608.


Saya akan memastikan sumbangan akan sampai ke tangan semua keluarga mangsa ISA ini.


To Be Continued....
Norlaila@MerahHitam.

Video Lingam: Permohonan batal hasil siasatan tidak dibenarkan


KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa- Kuasa Khas) tidak membenarkan permohonan kebenaran semakan kehakiman bagi membatalkan hasil laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja berkaitan rakaman klip video V. K. Lingam.

Keputusan itu diumumkan oleh Hakim Datuk Abdul Kadir Musa.

Beliau selesai mendengar hujahan-hujahan bantahan awal pada 28 Oktober lalu.

Abdul Kadir bersetuju dengan bantahan awal oleh Peguam Kanan Persekutuan Azizah Nawawi, yang mewakili suruhanjaya itu, bahawa keputusan suruhanjaya itu tidak boleh dikaji semula kerana ia bukannya satu keputusan yang tertakluk kepada Arahan 53 Peraturan 2(4) Peraturanperaturan Mahkamah Tinggi.

Panel lima anggota suruhanjaya itu mendapati klip video yang menunjukkan seorang peguam, Datuk V.K.Lingam, sedang bercakap dengan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim, mengenai pelantikan hakim, adalah tulen.

Suruhanjaya itu memperakukan agar tindakan sewajarnya dikenakan terhadap enam individu terdiri daripada Lingam, Ahmad Fairuz, jutawan Tan Sri Vincent Tan, setiausaha agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad, dan seorang lagi bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohd Eusoff Chin, kerana salah laku.

Kecuali Dr. Mahathir, yang lain telah mengemukakan permohonan agar mahkamah mengadakan semakan bagi membatalkan keputusan suruhanjaya itu.

Peguam Kanan Persekutuan, Azizah Nawawi yang mewakili suruhanjaya itu sebagai responden membantah permohonan individu-individu terlibat yang ingin mendapat kebenaran semakan kehakiman bagi membatalkan sebahagian atau keseluruhan hasil laporan tersebut.

Mereka menamakan suruhanjaya tersebut yang terdiri daripada Tan Sri Haidar Mohamed Noor, Tan Sri Steve Shim Lip Kiong, Datuk Mahadev Shankar, Puan Sri Zaitun Zawiyah Puteh dan Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim sebagai responden.

Kabinet pada 16 Mei lalu memutuskan mendedahkan kepada umum isi kandungan laporan suruhanjaya itu yang mengesahkan rakaman perbualan telefon dalam klip video itu dibuat antara Lingam dan Ahmad Fairuz dan isi kandungan perbualan itu adalah benar. - mStar

Teresa Kok Saman Chamil, Utusan RM30j

Malaysiakini : Exco kanan kerajaan Selangor menfailkan saman terhadap penulsi terkenal dan Utusan Malaysia dengan jumlah RM30 juta berhubung penerbitan cerpen 'Politik Baru YB J', Oktober lepas.

politik baru yb j newscut 241008Teresa Kok berbuat demikian terhadap Datuk Chamil Wariya dengan alasan penulis itu menganjurkan pembunuhan terhadap seorang ahli parlimen wanita Cina, yang didakwa ditujukan kepada wakil rakyat DAP itu.

Cerpen yang terbit di Mingguan Malaysia pada 12 Oktober, seorang wakil rakyat Josephine dianggap seorang yang anti-Melayu dan anti-Islam pada pandangan parti orang Melayu (POM).

Watak itu kemudian mati ditembak oleh penyokongnya sendiri di atas pentas di sebuah program untuk anak muda Cina.

teresa kok sues chamil waraya utusan malaysia court 121208 03Karya itu disiarkan beberapa hari selepas Teresa, yang juga ahli parlimen Seputeh, menfailkan saman RM30 juta terhadap akhbar tersebut dan editor kanannya Mohd Zaini Hassan berhubung artikelnya tentang azan.

Teresa mendakwa akhbar itu dan Mohd Zaini telah memfitnahnya dalam satu artikel yang disiarkan pada 10 September lalu.

Artikel tersebut dikatakan melaporkan dakwaan peranan Teresa dalam meminta sebuah masjid supaya memperlahankan bunyi pembesar suara ketika azan.

Kok telah menafikan dakwaan tersebut.


mStar - KUALA TERENGGANU: Calon PAS yang akan bertanding pada pilihan raya kecil kerusi Parlimen Kuala Terengganu akan ditentukan pada 21 Disember ini.

Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa berkata, pemilihan calon itu akan dibuat selepas mesyuarat khas Jawatankuasa PAS Pusat di sini, pada tarikh tersebut.

"Bagaimanapun kita akan umumkan nama calon pada satu program lain yang akan ditentukan kemudian selepas mesyuarat khas tersebut," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat persiapan pilihan raya PAS untuk pilihan raya kecil kerusi Parlimen Kuala Terengganu di sini hari ini.

Nasharuddin yang juga Pengarah Jawatankuasa Induk Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu berkata, pada masa ini kesemua 71 cawangan dalam parlimen berkenaan, diminta mengemukakan senarai calon untuk pilihan raya kecil itu.

Katanya, senarai nama tersebut akan dikemukakan kepada Badan Perhubungan PAS negeri untuk dipertimbangkan sebelum diluluskan oleh Jawatankuasa PAS Pusat.

"Biasanya, PAS negeri akan mengemukakan tiga nama kepada PAS Pusat untuk mendapat kelulusan bagi pemilihan calon," katanya.

Bagaimanapun, beliau mengesahkan setakat ini, PAS Terengganu belum menerima senarai calon tersebut daripada cawangan-cawangan dalam Parlimen Kuala Terengganu.

Mengenai kriteria calon yang akan dipilih, beliau berkata: "calon yang boleh memenangkan PAS."

Beliau turut melahirkan keyakinan bahawa parti itu boleh merampas kerusi Parlimen Kuala Terengganu pada pilihan raya kecil tersebut, 17 Januari depan berdasarkan kepada senario politik sekarang.

Penamaan calon ditetapkan pada 6 Januari.

Katanya, parti-parti lain dalam Pakatan Rakyat juga bersetuju untuk memberikan sokongan kepada PAS dalam usaha untuk merampas kerusi parlimen tersebut.

Nasharuddin berkata, parti itu akan mengadakan majlis pelancaran jentera pilihan rayanya di Markas Tarbiyah PAS Kuala Terengganu di Kuala Ibai di sini, malam ini. BERNAMA


Kayuhan 1000 KM dari Utara dan Selatan menuntut perubahan

Sumber : Al-Husseyn

Ipoh, 11 Disember : Jaringan Rakyat tertindas (JERIT) yang ditubuhkan pada Mac 2002 adalah satu gabungan kumpulan masyarakat yang ditubuhkan untuk membela hak masyarakat marhaen yang sering menjadi mangsa sistem politik, ekonomi, sosial dan pentadbiran negara yang berat sebelah kepada segelintir kecil golongan berada dan kaya.

Antara kempen yang pernah diterajuinya ialah Kempen Akta Gaji Bulanan, Kempen Hak Rumah Selesa, Kempen Mansuhkan ISA, AUKU dan Akta Zalim lain.

Kini, JERIT sedang berjuang melalui Kempen Basikal yang dimulakan melalui 2 penjuru Utara dan Selatan bagi tujuan mempopularkan tuntutan rakyat dan menyerahkan rakyat kepada wakil pemerintah disetiap kawasan dan negeri.

Pagi tadi, JERIT berada di perkarangan bangunan Perak Darul Ridzuan untuk menyerahkan satu memorandum kepada YAB Menteri Besar Perak, Dato Seri Mohammad Nizar. Memorandum yang sama dijangka akan disampaikan kepada YAB Perdana Menteri apabila kempen tersebut tiba di Parlimen pada 18 Disember 2008.

Memorandum tersebut antara lain menuntut agar Pekerja di berikan perlindungan semasa krisis melalui penggubalan Akta Gaji Minima RM1500. Ia juga mencadangkan supaya mengimplimentasikan Tabung Pemberhentian Kerja disamping mewujudkan Peluang Pekerjaan.

Memorandum tersebut turut menuntut supaya memansuhkan Akta Zalim ISA, EO, DDA, AUKU dan juga OSA. Turut di tuntut ialah supaya Harga Barangan dikawal dan berpatutan.

Nizar telah memberikan ucapan semangat kepada para peserta kempen tersebut dan menganggap apa yang dilalui oleh mereka semasa menjayakan kempen tersebut sebagai ‘gudang garam’ dalam perjuangan.

Menurut seorang Penyelaras kempen tersebut, Nizar telah turut mendermakan wangnya sendiri untuk membantu dan menyuntik semangat kepada kempen tersebut.

Besuk, (pagi ini , 12 Disember) mereka akan meneruskan kayuhan basikal menuju ke pekan Tapah.. Mereka akan singgah untuk makan tengahari di pekan Gopeng dalam perjalanan tersebut.Mereka akan menjadi tetamu istimewa kepada Ahli Parlimen Gopeng , Dr Lee Boon Chye yang akan menantikan kedatangan mereka .

KONTROVERSI : Filem Si Murtad Mewawancara Rasulullah

Ehsan Jami.jpgSatu Umat : Di Belanda nama Ehsan Jami cukup terkenal kerana sebagai anggota dewan bandaran, dia bersikap kritis terhadap agama Islam. Berikutan filem tentang Nabi Muhammad yang tidak jadi dilancarkan, sekarang dia melancarkan filem berjudul "Wawancara dengan Muhammad." Filem ini dikhabarkan mengandungi hal-hal yang boleh menyinggung kalangan Muslim. Kedutaan besar Belanda di Kabul, Afganistan, misalnya memperingatkan warga Belanda di sana supaya berhati-hati. Tidak dinafikan kemungkinan filem ini akan menimbulkan reaksi keras. Benarkah demikian?

Filem "Wawancara dengan Muhammad" tidak begitu berelemen permusuhan seperti filem-filem sebelumnya. Filem yang panjangnya lima belas minit ini memperlihatkan Jami yang mewawancara Nabi Muhammad. Peranan Nabi dimainkan seorang aktor yang mengenakan tutup kepala gaya orang Badwi. Wajahnya ditutup dengan topeng kertas.

Kedua-duanya membincangkan kehidupan Nabi Muhammad. Film ini memperlihatkan Nabi yang lebih moden dan berfikiran bebas.

Membuka diskusi


Ehsan Jami mengatakan, dia membuat filem tersebut untuk membuka diskusi di kalangan Islam. Menurutnya orang-orang harus menafsirkan perbuatan Nabi secara berbeza. Paling tidak itulah harapannya, usayanya. Tapi praktiknya tergantung suara hati mereka dan reformasi.

Ini sebuah seruan reformasi Islam. Tetapi Ehsan Jami bukanlah tokoh yang dipercaya untuk melakukan seruan tersebut. Namanya dikenal setahun lalu ketika dia mengumumkan untuk mendirikan Komuniti Bekas Muslim. Ketika itu dia mengkritik keras Islam, bahkan membandingkan Nabi Muhammad dengan Hitler.

Akhir-akhir ini Jami berubah arah. Filem "Wawancara dengan Muhammad" lebih moderat dibandingkan sikap Ehsan Jami tahun lalu dan sangat berbeza jika dibandingkan engan filem-filem pengritik Islam lainnya seperti Submission, Fitna ataupun filem karikatur mengenai Nabi yang dirancang Jami sebelumnya.

Jalan keluar


Ehsan jami mengatakan sekarang dia tidak ingin menimbulkan masalah, tapi menawarkan sebuah jalan keluar. Tetapi mengapa Muslimin harus mendengar cakap seorang yang mengaku murtad?

Oleh yang demikian Jami tidak ada orang lain yang melakukannya. Dialah satu di antara sedikit orang yang benar-benar melakukan sesuatu. Ehsan Jami berharap warga Muslim Belanda akan bangkit dan memperjuangkan sesuatu yang mereka percayai, demi peradaban mereka, budaya mereka dan hak asasi mereka.

Filem Jami dilancarkan sehari sebelum peringatan Pernyataan Universal Hak Asasi Manusia 60 tahun silam. Pesan Jami bagi kaum Muslimin adalah : tempatkan humanisme di atas agama.

Pertanyaan terbesar tentu saja, berapa banyak warga Muslim yang mendengar seruannya. Walaupun pemikiran Jami sekarang lebih moderat, dia tetap tokoh yang dipermasalahkan. Dan walaupun filem ini dibuat lebih serius dibandingkan Fitna, tapi tetap melukai banyak orang Muslim yang justru ingin didekatinya.

Ehsan jami, 23 tahun adalah anggota dewan kota kecil Leidschendam-Voorburg. Lahir dan dibesarkan di Iran, Jami pindah ke Belanda bersama keluarganya ketika berusia 11 tahun. Tahun 2007 lalu Jami mengumumkan berdirinya Komuniti Bekas Muslim Belanda, bekerjasama dengan komuniti yang sama di Jerman dan Britain. Jami mengundurkan diri dari komuniti tersebut beberapa bulan kemudian.



BELANDA LAGI!!!!!



Blog Stats