Malaysiakini : Exco kanan kerajaan Selangor menfailkan saman terhadap penulsi terkenal dan Utusan Malaysia dengan jumlah RM30 juta berhubung penerbitan cerpen 'Politik Baru YB J', Oktober lepas.
Teresa Kok berbuat demikian terhadap Datuk Chamil Wariya dengan alasan penulis itu menganjurkan pembunuhan terhadap seorang ahli parlimen wanita Cina, yang didakwa ditujukan kepada wakil rakyat DAP itu.
Cerpen yang terbit di Mingguan Malaysia pada 12 Oktober, seorang wakil rakyat Josephine dianggap seorang yang anti-Melayu dan anti-Islam pada pandangan parti orang Melayu (POM).
Watak itu kemudian mati ditembak oleh penyokongnya sendiri di atas pentas di sebuah program untuk anak muda Cina.
Karya itu disiarkan beberapa hari selepas Teresa, yang juga ahli parlimen Seputeh, menfailkan saman RM30 juta terhadap akhbar tersebut dan editor kanannya Mohd Zaini Hassan berhubung artikelnya tentang azan.
Teresa mendakwa akhbar itu dan Mohd Zaini telah memfitnahnya dalam satu artikel yang disiarkan pada 10 September lalu.
Artikel tersebut dikatakan melaporkan dakwaan peranan Teresa dalam meminta sebuah masjid supaya memperlahankan bunyi pembesar suara ketika azan.
Kok telah menafikan dakwaan tersebut.
Liga Super Musim Depan Pasti Suram Jika Kedah FC Turun Liga Dan Sri Pahang
FC Pula Tarik Diri
-
MASA depan dua kelab Liga Super menjadi tanda tanya dengan mereka
dilaporkan tidak akan bertanding dalam saingan tersebut pada musim depan.
Dua kelab yan...
3 days ago
0 comments:
Post a Comment