Sumbangan ~ Tolong Klik.... Thanks.

Monday, September 15, 2008

916 : SIAPA SAKIT JANTUNG JANGAN DENGAR SIDANG MEDIA ANWAR ESOK


Saya menasihatkan sesiapa yang mengidap sakit jantung atau darah tinggi supaya tidak mendengar atau mengikuti sidang media Anwar secara live esok kerana dikhuatiri tidak dapat menahan rasa terkejut dengan pengumuman Anwar yang mengandungi banyak perkara-perkara dan fakta-fakta di luar dugaan.

Anwar dijadualkan membuat pengumuman penting itu esok.

Antara intisari pengumuman beliau adalah dijangka ialah seperti di bawah :-

1) Nama-nama ahli-ahli parlimen BN yang berhijrah ke dalam PR. Seramai lebih dari 32 orang.
2) Langkah seterusnya akan diambil oleh PR setelah mempunyai cukup majoriti ahli parlimen untuk membentuk kerajaan baru.
3) Rupabentuk dan corak kabinet kerajaan PR
4) Bayangan kabinet bayangan kerajaan PR
5) Rundingan dengan Pak Lah tentang ISA
6) Rundingan dengan Pak Lah tentang kemelut negara termasuk politik, ekonomi dan lain-lain.
7) Satu lagi fakta penting yang belum dipastikan.

Namun kenyataan di atas adalah ramalan saya semata-mata dari pengamatan dan analisis yang buat terhadap kenyataan-kenyataan akhbar pemimpin PR dan ceramah-ceramah mereka.

Oleh itu saya sekali lagi menasihati sesiapa yang mengidap sakit jantung supaya menjauhi sidang akhbar itu secara live terutama kepada pemimpin-pemimpin Umno yang mempunyai banyak masalah dan kontroversi. Jangan nanti peristiwa yang dialami oleh Allahyarham Datuk Zakaria Derus berulang kembali.

Saya yakin ramai pemimpin Umno yang mengidap sakit jantung dan mempunyai masalah dan kontroversi. Jadi kalau ingin juga mendengar pengumuman itu sila bawa ubat dan standby Doktor peribadi di sisi mereka.

- muta ligat

Tukar Tiub: 25,000 DI STADIUM KELANA JAYA - SEKARANG 10.52 MALAM -TERKINI !!

Tukar Tiub: 25,000 DI STADIUM KELANA JAYA - SEKARANG 10.52 MALAM -TERKINI !!: "Orang ramai masih berduyun-duyun masuk. Mereka berbondong-bondong untuk mendengar ucapan Anwar.

Malam ini ada satu pengumuman 'penting' yang akan di sampaikan oleh Anwar Ibrahim."

916 : Antara Sejarah Lalu dan Sejarah Hari Esok

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Nampaknya, seluruh warga Malaysia dan tidak kurang dunia menunggu detik 16 September 2008 ini. Kalau diimbas kembali, detik sejarah lampau, tarikh 16 September ini adalah tarikh di mana pergabungan tanah Malaya, Singapura, Sabah dan Sarawak menjadi satu negara yang dikenali Malaysia.

Oh... Sungguh tak terkira di hati warganegara Malaysia untuk menunggu detik sejarah hari esok, 16 September 2008 yang memberi cahaya baru bagi lipatan sejarah Malaysia yang telah lama menunggu untuk mengecapi saat-saat satu sistem pemerintahan demokrasi yang sebenar dan Sistem Undang-undang yang Adil.

Sekiranya selama ini, kita dapat saksikan sistem perundangan Malaysia yang longgar dengan Kekebalan PEMIMPIN-PEMIMPIN JAHAT UMNO yang selama ini akan terlepas daripada sistem undang-undang walaupun telah melakukan jenayah membunuh.

Tidak dilupakan juga peristiwa MEMALI yang kita tidak dapat lupakan dimana KERAJAAN UMNO yang jahat ini telah membuat satu kepungan di kawasan Baling di mana tempat salah seorang PEMIMPIN PAS berada bersama-sama penyokong-penyokongnya dan orang-orang kampung tinggal di situ. UMNO dengan sengaja menyatakan bahawa, Kumnpulan KOMUNIS bersembunyi di situ dan mengarahkan pihak Tentera membuat pengepungan dan membunuh sesiapa sahaja di situ. Pihak Tentera yang tidak mengetahui perkara sebenar dan hanya mengikut arahan telah melakukan operasi tersebut sehingga menyebabkan puluhan, ratusan orang terbunuh. Ada juga diantara mereka dibiarkan sampai reput kerana kekuarangan bekalan makanan dan minuman akibat daripada kepungan tersebut.

Fitnah juga berleluasa bagi menyekat kemaraan Pendokong-pendokong keadilan untuk rakyat dengan menggunakan sistem perundangan yang zalim ciptaan UMNO durjana.

Tidaklah perlu disesali dengan kejatuhan UMNO yang zalim dan perlulah ditangisi kegembiraan kerana sejarah baru akan muncul untuk memartabatkan kemanusiaan di Malaysia ini.

Hapuskan Kezaliman!!!

Hapuskan Penindasan!!!

LAWAN TETAP LAWAN!!!

OPS Lalang 2 : Teresa tuntut Utusan bayar RM30 juta

Jimadie Shah Othman | Sep 15, 08 8:28pm

Exco kanan kerajaan Selangor, Teresa Kok - yang kini ditahan bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) - menuntut Utusan Malaysia menarik balik sebuah artikel yang didakwa memfitnah dan merosakkan nama baiknya.

Beliau turut meminta akhbar berkenaan menyiarkan permohonan maafnya dengan segera dan membayar ganti rugi sebanyak RM30 juta, termasuk kos.

Teresa hari ini melalui peguamnya Sankara Nair turut menuntut akhbar milik Umno itu agar tidak mengulangi kata-kata, tuduhan dan komen yang dibuat seperti dalam kolum 'Cuit' itu.

Pada 10 September lalu, Utusan Malaysia menyiarkan artikel berjudul 'Azan, jawi, JAIS, UiTM dan ba-alif-ba-ya' (babi) yang menyebut "seorang YB wanita DAP yang berkaca mata" menasihatkan pengurusan sebuah surau supaya tidak melaungkan azan dengan kuat menggunakan pembesar suara, terutama pada waktu subuh.

Artikel Zaini Hassan itu mengulas kenyataan bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo yang dilaporkan berkata ''ada usaha oleh pihak tertentu (di Selangor) yang cuba menasihatkan pihak masjid dan surau supaya tidak menggunakan pembesar suara semasa melaungkan azan'', dua hari sebelumnya dalam akhbar yang sama.

Menurut surat tuntutan itu, artikel tulisan pengarang kanan akhbar itu didakwa menggambarkan Teresa sebagai "bersifat perkauman, fanatik agama, tidak boleh dipercayai, ahli politik yang teruk, tidak boleh bertolak ansur, tidak berprinsip serta menentang Melayu dan Islam."

Surat itu yang dihantar petang tadi itu juga menyebut penyiaran artikel itu mendedahkannya kepada kebencian, cemuhan, diejek dan dipandang rendah.

Siaran artikel berkenaan, menurut surat itu lagi, pada prinsipnya dibuat untuk mencari publisiti murahan dan sensasi dan menyebabkan kerosakan serius pada nama baik dan perwatakannya.

Akhbar itu diberikan masa 24 jam untuk mengemukakan jawapannya sebelum dikenakan tindakan saman fitnah.

- Malaysiakini

Live!!! : Ceramah Pakatan Rakyat di Himpunan Hari Malaysia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Ramai yang ternanti dan duk menunggu-nunggu kan....

Live Ceramah Himpunan Rakyat sempena Hari Malaysia boleh dilihat di [SINI].

916 : Abdullah perlu 'pelan segera' selamatkan diri

Oleh Mohd Sayuti Omar

PRESIDEN Umno, Abdullah Ahmad Badawi tidak payah berfikir panjang dan mencari banyak 'solution' terhadap masalah yang menyendak dalam kepalanya kini.

Beliau juga mungkin tidak boleh terus bermain politik menyerahkan nasib kepada takdir lagi. Masa untuknya amat terhad dan terdesak.

Abdullah tidak mempunyai banyak pilihan lagi. Di hadapannya hanya ada dua persimpangan saja.

Ke kanan bermakna beliau meneruskan perjuangan menjadi PM sekurang-kurang untuk dua tahun lagi, 2010 seperti telah diputusnya.

Manakala ke kiri pula bermakna beliau kena berhenti seberapa segera! Masanya untuk mengulung tikar perkhidmatannya tidak sampai tiga bulan saja lagi.

Kalau beliau menyerahkan kepada takdir pasti Disember ini adalah bulan bakal meragut nyawa politiknya.

Seperti mana diduga bahawa semua sumpah dan janji dalam politik tidak boleh dipakai. Kalau sumpah (muhabalah) mengikut Islam pun boleh diragui apa lagi janji dalam politik, makin tidak boleh dipegang.

Dua kali timbalannya Mohd Najib Razak berjanji akan bersetia kepadanya. Sebaik dilantik menjadi TPM Najib melapazkan janji tidak akan menikam Abdullah dari belakang.

Dan ketika termeterainya pelan peralihan kuasa beberapa bulan lepas sekali lagi Najib berikrar akan bersetia dan bekerjasama bersama Abdullah.

Awal-awal lagi saya sudah tidak yakin dengan sumpah dan janji itu. Ini kerana saya ada tafsiran dan filsofi sendiri mengenai sumpah dan janji orang politik.

Bagi saya sumpah dan janji orang politik tidak boleh dipercayai, tetapi kita jangan merasa mustahil dengan tindakan orang politik.

Janji atau ikrar dalam politik hanya umpan untuk menjinakkan seseorang agar masuk dalam perangkap dan jeratnya secara senyap. Tidak pernah ada janji dan sumpah orang politik yang ikhlas dan benar.

Tidak ada! Sebaliknya tindakan orang politik jangan sesekali dirasakan mustahil sebab kalau perlu membunuh mereka akan melakukannya!

Misalnya banyak kita dengar orang politik berjanji untuk berhenti bila sampai masa dan ketikanya janji itu dimungkari begitu saja.

Tidak kira sang politik itu pakai songkok atau kopiah dan serban nilainya sama saja.

Begitu juga dengan ikrar dan janji Najib itu tidak patut terkamus dalam kepada Abdullah.

Justeru Abdullah perlu merasa curigai pada janji timbalannya itu. Tanda-tandanya kini sudah kelihatan.

Apa nada Najib hari ini. Tiba-tiba beliau mengatakan soal peralihan kuasa bergantung kepada Bahagian Umno.

Begitu juga apa yang dilakukan oleh Muhyiddin Yaasin yang mempertikaikan tempoh peralihan kuasa itu sebagai terlalu lama dan perlu dipendek adalah isyarat jelas kepada Abdullah.

Desakan Muhyiddin itu satu pandangan ikhlas dan jujur untuk diterima Abdullah yang mempunyai motif tertentu.

Abdullah patut berterima kasih kepada Muhyiddin kerana memberi isyarat awal. Abdullah kena baca apa yang ada di sebalik sunggutan Muhyiddin itu.

Muhyiddin tidak bercakap seorang dalam hal ini melainkan ada beberapa suara atau kepala lagi di sebaliknya.

Dalam tilikkan saya keberanian Muhyiddin itu mempunyai dua makna untuk difahami kemudian ditindak segera oleh Abdullah.

Pertama, Abdullah kena berundur segera kalau beliau tidak mahu menanggung malu besar. Masa untuk Abdullah berundur ialah sebelum berlangsungnya pemilihan pimpinan Umno.

Kedua, pandangan Muhyiddin itu memberi syarat bahawa Najib sudah bersiap sedia akan menentang Abdullah untuk kerusi Presiden pada Disember depan.

Abdullah kena bijak membaca bahasa badan apabila Muhyiddin berani dan tergamak mempertikaikan mengenai kredibilitinya itu bermakna Muhyiddin sudah nekad.

Beliau tentu ada insuran nyawa dari mana-mana pihak! Di sini dirasakan ada persekongkolan antara Muhyiddin dengan Najib? Bahawa pakatan antara Muhyiddin - Najib sedang berjalan.

Bukankah mereka sudah berikrar untuk bergerak bersama bagi menghadapi Abdullah?

Muhyiddin bukan pandai-pandai untuk pergi melutut kepada Mahathir memohon bekas Presiden itu menyertai semula Umno melainkan kalau tidak dengan restu Najib.

Muhyiddin adalah utusan Najib untuk berbincang dan mengajak Mahathir menjadi penasihat mereka. Mahathir pula harus bersetuju tanpa banyak soal kerana itulah kehendaknya.

Sudah lama Mahathir menyuruh Najib melawan Abdullah.

Pakatan baru Muhyiddin - Najib - Mahathir (MNM) kini bermula untuk merempuh Abdullah. Dalam masa sama juga pakatan berkenaan memberi gambaran kepada umum seolah-olah bakal calon Presiden Umno Tengku Razaleigh Hamzah seakan ikut bersama mereka.

Juteru bertolak dari itu Abdullah tidak boleh duduk diam. Beliau kena lakukan sesuatu untuk mengekang kemaraan pakatan baru itu.

Beliau harus mencipta pelan khas untuk menyelamatkan kedudukan sebagai PM sekurang-kurang hingga Disember depan. Nasib yang diterima bekas PM Thailand, Samak Sundaravej jangan hendaknya melanda Abdullah.

Pelan penyelamat

Apakah pelan penyelamat itu? Cadangan ahli Parlimen Kota Bharu, Zaid Ibrahim agar singkir Muhyididn boleh dipertimbangkan.

Namun dalam keadaan sekarang ia rasanya kurang wajar kalau tindakan itu diambil kerana boleh menimbulkan kekeruhan. Abdullah kena cari pelan lain.

Kalau Muhyiddin - Najib - Mahathir bergabung tenaga, kenapa Abdullah tidak melakukan hal yang sama. Dalam politik tidak boleh berjuang secara bersendirian.

Abdullah kena juga membina dan membentuk teamnya sendiri. Beliau kena mencari regunya bagi melawan regu MNM itu.

Dalam hal ini apa yang boleh dilalukan kepada Abdullah ialah kembali kepada team awalnya, iaitu team B. Tokoh-tokoh team B masih ada dalam Umno dan mereka juga mempunyai kalibar tidak kurang hebatnya.

Kebetulan semua mereka kini bersama beliau. Beliau harus manfaatkan rakan-rakan lama ini dan tidak begitu menyerahkan kayu politiknya kepada menantunya, Khairy Jamaluddin.

Tengku Razaleih Hamzah, Syed Hamid Albar, Rais Yatim adalah orang yang pernah bergabung dalam team B dulu. Mereka ini rasanya mudah untuk didekati dan lebih boleh dipercayai oleh Abdullah.

Apakah sukar untuk Abdullah menerima Tengku Razaleigh Hamzah sebagai penggantinya? Walaupun Rais atau Syed Hamid lebih sesuai namun dari segi karisma Tengku Razaleigh rasanya lebih hebat dan sesuai berbanding mereka berdua. Syed Hamid atau Rais boleh berada di belakang Tengku Razaleigh.

Pakatan ini boleh menyelamatkan Abdullah sekurang-kurang untuk tempoh sehingga selepas raya hari Aidiadha nanti.

Sudah pasti kalau gabungan ini dapat diwujudkan ia molek dan padan untuk berhadapan dengan gabungan baru MNM itu yang mungkin akan turut sama didokong oleh Mukhriz Mahathir.

Rasanya bagi Tengku Razaleigh Hamzah, Syed Hamid dan Rais Yatim tidak ada masalah untuk mendokong Abdullah.

Sekiranya Tengku Razaleigh bersedia, cadangan Zaid tadi boleh diambil kira iaitu singkir Muhyiddin dan gantikan dengan Tengku Razaliegh, lagipun Razaleih pernah memegang jawatan itu, Menteri Perdagangan Antarbangsa dan Industri.

Selain dari pelan itu, Abdullah juga boleh mencipta satu lagi pelan penyelamatnya. Beliau boleh berikan laluan kepada Anwar Ibrahim untuk melindunginya daripada dimusnahi oleh MNM.

Lepaskan segala tuduhan ke atas Anwar dan biar Anwar menghadapi Najib secara terbuka.

Atau kalau Abdullah sudah rasa bosan beliau boleh saja memberikan jawatan PM itu kepada Anwar dengan menyerahkan saki baki tenteranya (ahli PArlimen) kepada Anwar untuk membentuk kerajaan baru yang dicita-citakan itu.

Pelan kedua ini agak keterlaluan dan mustahil. Bagaimana pun pelan kedua itu boleh digunakan sekiranya Abdullah ingin membalas dendam dan melepaskan hawanya kepada MNM.

Daripada diserahkan harta pusaka kepada orang yang mengkhianati kita baik diserahkan kepada kawan dan sahabat handai yang telah kita ketahui hati budinya setidak-tidak mereka boleh juga membantu dikala kita memerluklan pertolongan.

* Penulis dilahirkan di Kampung Gual Nibong, Gual Periok, Pasir Mas Kelantan pada Feb, 1960. Mendapat pendidikan dan pengalaman kewartawanan di Indonesia awal tahun 1980-an. Berkecimpung dalam dunia kewartawan/penulisan buku politik sejak lebih 20 tahun. Sehingga kini telah menghasilkan lebih 45 buah buku politik semasa. Antara buku yang menjadi sebutan "Anwar Ibrahim: Mimpi dan Realiti, "Sumpah dan Airmata Reformis Bangsa:,"Saya Mahafiraun", "Hitam Putih: Darul Arqam" dan lain-lain. Blog beliau boleh dilayari di msomelayu.blogspot.com - Pengarang


- KLPos

AR: Bukan sahaja Dolah Bodohwi perlu selamatkan diri, tapi semuanya sekali dalam UMNO yang merompak harta kejayaan terutamanya Che Det!!! hahahahaha, dah time over dah!!! esok dah 16 September 2008, 49 MP dah terpelanting dilempar si Dolah nih.... kalut, jangan tak kalut!!! Tok Det pulak duk sibuk nak masuk UMNO semula cari perlindungan..... enough is enough!!! 916 Countdown!!!!

-LAWAN TETAP LAWAN!!!-

916 : Tiada Apa Yang Berlaku Esok, Kata George Chan


KUCHING: "Tiada apa yang akan berlaku (esok) dan seseorang perlu memberi penjelasan mengapa ia tidak akan berlaku," kata Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Dr George Chan.

Beliau yang juga Presiden Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) berkata demikian sebagai menolak hasrat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengambi alih pemerintahan negara daripada kerajaan Barisan Nasional (BN) esok.

"Kesemua 30 Anggota Parlimen BN daripada Sarawak termasuk enam daripada SUPP tidak akan melompat parti untuk menyokong Anwar," tegas beliau.

Menyentuh mengenai penahanan individu di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Dr Chan berkata kerajaan perlu mengkaji semula akta tersebut bagi melindungi rakyat dan memastikan ia tidak disalah guna untuk maksud lain.

Anggota Parlimen Seputeh, Teresa Kok dan penulis blog Raja Petra Kamarudin ditahan di bawah ISA Jumaat lepas. Yang turut ditahan pada hari yang sama ialah wartawan akhbar Sin Chew Daily Tan Hoon Cheng, tetapi beliau dibebaskan kemudian.

"ISA hanya perlu digunakan sekiranya keselamatan negara terancam dan terhadap pelampau serta orang jahat," kata Dr Chan. BERNAMA

- mSTAR

AR: Adakah anda pasti? tapi anda pun ragu-ragu, george Chan, sampai mintak ada orang bagi penjelasan... kahkahkah... lawak betul, apa-apa pun, terimalah realiti sebenar!!!

OPS LAlang 2 : UMNO Penang Terus Membuat Provokasi Celaka!!!






Tangkapan ISA kononya untuk tenangkan ketegangan kaum.... tetapi Umno Pulau Pinang terus bakar 'line' dengan megah... tanpa rasa takut ISA...

Teringat ketika operasi Lalang, yang bergaduhnya ialah Umno dan MCA. Najib yang berikrar membasahkan keris dengan darah cina... malah Muhammad Mohamad Taib dalam satu temuramah radio secara lansung menyeru orang Melayu berkumpul di Kampung baru dengan menggesa semua membawa pisau. Katanya "bawalah pisau senang nak kupas limau"

Lee Kim Sai, pemimpin MCA pada ketika itu menjawab tuduhan cina sebagai pendatang dengan menyatakan Melayu juga adalah pendatang dari Indonesia. Pertikaian bermula dari Forum Bantahan yang diadakan pada 11 Oktober 1987, yang dihadiri hampir 2,000 orang di Dewan Perhimpunan Cina membantah perlantikan 100 orang Guru Besar bukan berpendidikan aliran cina di sekolah - sekolah jenis pendidikan cina.

Selepas forum tersebut satu perhimpunan balas diadakan di kampung Baru oleh pemimpin Umno.

Apa masalah sebenar ketika itu ? Bukankah itu isu pendidikan dan pengurusan Kementerian Pendidikan seharusnya diselesaikan secara lebih matang ? Sebenarnya kerajaan Bn pada ketika itu goyah... ikatan dalam parti komponen cukup lemah dan malah dalam Umno juga krisis pertembungan Team A dan Team B masih belum selesai maka dibakar sentimen perkauman untuk menyelamatkan Umno dan Bn.

Maka operasi lalang (ISA) dilakukan. Malangnya Lee Kim Sai, Najib dan pemimpin Bn yang jadi tukang bakar 'line' semuanya bercuti di luar negara tetapi pemimpin bukan Bn yang banyak ditangkap. Ada pemimpin Bn yang ditangkap tetapi nyamuk bukan gajah yang banyak cakap.

Bukankah sekarang ini berlaku sedemikian juga. Ikatan Komponen Bn lemah...Umno bertembung teruk di dalam.... kiriman gambar - gambar banner yang tergantung di sekitar Pulau Pinang juga menjadi bukti penguat Umno cuba bakar sentimen perkauman untuk halang kebangkitan rakyat.

Tetapi yakinlah rakyat akan terus bersatu menumbangkan regim Bn.... Tiada masalah perkauman tetapi Bn yang bermasalah.
Menurut penghantar email ada banyak lagi... juga kelihatan poster ditampal.

- CheguBard

AR: Di Harap Semua Rakyat Malaysia tidak melayan provokasi celaka UMNO ini!!!

OPS Lalang 2 : Teressa Kok Akan Di Tahan 4 Minggu


KUALA LUMPUR, Sept 15 - DAP leader Teresa Kok is to spend 28 days under the Internal Security Act beginning from yesterday, her father Kok Kim Tong quoted her as saying today hours after the Seputih MP filed a habeas corpus application for freedom

However, Kok, who is also Selangor state senior executive councillor, can meet her lawyers this Wednesday, he added after both he and wife Pong Seh Kwan met her at the federal police headquarters in Bukit Aman here.

Kok, 44, was detained last Friday night with prominent blogger Raja Petra Kamarudin and Sin Chew Daily journalist Tan Hoon Cheng under the security law which allows for up to 60 days" detention for investigation purposes. Tan was released on Saturday.

The law, which critics call draconian but the authorities say is vital to keep peace and threats against public order and security, was enacted in 1948 by the British for use against the communist threat. Malaysia has widened its use to detain politicians, religious extremists, activists, currency forgers and even a nuclear equipment middleman.

DAP leaders, including Lim Kit Siang and party secretary-general Lim Guan Eng, both of whom spent time under the ISA in the 1987 Ops Lalang, accompanied the parents there but were not allowed to meet Kok at 1.40pm, bringing along herbal tea, essence of chicken and some mooncakes for the Mooncake Festival today.
In her habeas corpus application filed today by lead counsel Karpal Singh, Kok said her arrest and detention were unlawful and named arresting officer DSP E Kim Tien and the Inspector-General of Police as the respondents. She also sought to be brought to the court and released and granted any other relief deemed fit by the court.

- Malaysian Insider

916 : 2010 Hanyalah Mimpi Dolah Bodohwi



2010??? Bukan 2010 Dolah, Tapi, September 2008!!!




Bukan untuk Najib Mongolia!!! Tapi....




Inilah Realitinya!!!!

Temasek akan ambil alih Petronas?

Saya mendapat maklumat terkini bahawa perkhidmatan Mohd Hassan Marican (Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas) kini sedang menghampiri tempoh akhirnya. Berdasarkan kepada maklumat yang diterima, kemungkinan besar Mohd Hassan Marican tidak akan disambung tempoh perkhidmatannya walaupun beliau berupaya melakukannya.

Beberapa pihak telah menunjukkan hasrat mereka untuk mengambilalih kedudukan Mohd Hassan Marican ini dan kini sedang dalam proses melakukan lobi (berskala mega). Semua lobi-melobi ini tertumpu kepada Abdullah Ahmad Badawi. Ada yang melobi dengan wang dan ada pula yang melobi dengan cara-cara yang lain.

Tetapi ada dua orang calon telah bersaing diantara mereka dan dikhabarkan bahawa kedua-dua mereka mendapat restu daripada Abdullah Ahmad Badawi untuk mengambilalih kedudukan Mohd Hassan Marican sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas. Salah satu dari dua calon ini dijangkakan akan dilantik menggantikan Mohd Hassan Marican manakala seorang lagi dijangkakan akan menduduki jawatan Ahli Lembaga Pengarah Petronas.

Calon yang begitu kuat melobi untuk menggantikan tempat Mohd Hassan Marican dikenalpasti adalah Khairy Jamaludin. Beliau khabarnya telah berjaya meyakinkan Abdullah Ahmad Badawi bahawa beliau mampu untuk menerajui Petronas dan memangkinkan pertumbuhan dan pemerolehan Petronas dalam jangka masa singkat. Abdullah Ahmad Badawi juga dikhabarkan telah bersetuju jika Khairy Jamaludin dilantik kejawatan tersebut dan sedia mengarahkan Petronas untuk membuat perlantikan tersebut sebaik tempoh akhir perkhidmatan Mohd Hassan Marican tamat.

Dengan pengaruh wang dan lobi yang besar, Khairy Jamaludin percaya bahawa beliau dapat menerajui Petronas dalam masa terdekat. Ini dibantu dengan sokongan berterusan (wang dan kuasa) yang datangnya dari Singapura melalui Temasek Group.

Berdasarkan kepada analisis semasa dan pasaran Asia Tenggara, Temasek Group amat berminat untuk menguasai Petronas demi untuk mengukuhkan aliran tunai dan kewangan mereka. Buat masa ini hanya cabang industri Minyak dan Gas sahaja yang masih belum dikuasai sepenuhnya oleh Temasek Group. Beberapa transaksi kewangan berskala besar telah dikesan dibiayai oleh Temasek Group kepada beberapa individu dalam industri Minyak dan Gas tempatan termasuklah kepada pihak yang membekalkan khidmat sokongan kepada industri yang sama.

Dengan penguasaan dalam industri Pelabuhan (seperti masa telah dikenalpasti bahawa beberapa pelabuhan utama di Malaysia kini telah dipindahkan sahamnya kepada proksi Temasek Group) tempatan, maka dapat dijangkakan bahawa Temasek Group kini sedang berusaha membuat beberapa pemerolehan lagi demi memantapkan organisasi mereka.

Proksi-Proksi Temasek Group di Malaysia kini nampaknya sedang ditimbunkan dengan wang ringgit dan jaminan keselamatan sehinggakan mereka sanggup menggadaikan aset negara. Berdasarkan kepada senario semasa, SCOMI Group juga dikenalpasti telah mendapat laba daripada usahasama haram dengan Temasek Group.

Jika Khairy Jamaludin dibenarkan menjadi Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, maka jangan kita terkejut jika akhirnya Petronas dikuasai oleh Temasek Group (Singapura). Kita wajar menyekat perkara ini daripada menjadi kenyataan. Abdullah Ahmad Badawi memang mudah dikuasai oleh Khairy Jamaludin. Jangan pula kita biarkan Kamaludin Abdullah Ahmad Badawi menjadi Ahli Lembaga Pengarah Petronas kerana ini juga akan menguatkan pengaruh Temasek Group kedalam Petronas.

Petronas adalah hak Malaysia dan bukannya Singapura. Jangan gadaikan aset negara.

Ketua Perusuh
Bekas Felo Kanan
Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa - ISIS

- Perak Express

AR: Cukup, enough!!! sudah cukup harta Malaysia di gadai Singapura.... cukup.... takkan hangpa tak sedar-sedar lagi, Khairy berook nih proksi Singapura, beliau sanggup buat apa saja untuk harta peribadi beliau dan dengan harta itu, beliau boleh membayar rasuah untuk mecapai cita-citanya menjadi Perdana Menteri Malaysia sebelum umur 40 tahun!!! KJ broooks, kami tak mahu engko... blahlah dari Malaysia.... bongok!!!

Paklah Reject Perletakan Jawatan Zaid


KUALA LUMPUR, Sept 15 - De facto Law Minister Datuk Zaid Ibrahim is not out of the Cabinet just yet.

Prime Minister Datuk Seri Abdullah Badawi rejected the letter of resignation Zaid sent in today, telling him instead to take a two-week break.

Sources told the Malaysian Insider that Zaid informed the PM that he felt compelled to quit the Cabinet on a matter of principle because he disagreed with the use of the Internal Security Act (ISA) on journalist Tan Hong Cheng, DAP MP Teresa Kok and blogger Raja Petra Kamaruddin.

He felt that a minister or government official who is at odds with the policy or decision of the administration must offer his resignation.

Abdullah said issues and matters could be discussed and thrashed out in Cabinet.

Zaid, who has been at the forefront of judicial reforms, also said that he felt that his resignation would help the PM politically.

He noted that his opposition to the ISA and his push for reforms did not go down well with certain segments in the ruling party.

“Zaid said he did not want to be a liability to the PM in Umno. Pak Lah thanked him for his concern but said he was committed to the judicial reforms and that he would take his chances with Umno,”" said a source.

The lawyer was a popular addition to the Cabinet following the March 8 general election, with many Malaysians hailing his
appointment as a sign that Abdullah was committed to improving the judiciary.

Zaid pushed for the government to pay ex-gratia payments to judges who were sacked and suspended after the judicial crisis in 1988.

He was also instrumental in proposing the Judicial Appointments Commission. But he has faced major opposition from within his own party as some believe that reforms would result in the government having less control over an important institution and in more non-Malays being appointed to the Bench.

As a result of this opposition, Abdullah has taken his foot off the reform pedal, promising to hit the full speed button after he secures his position as Umno president in December.

- Malaysia Insider

AR: Sebab apa nih Dolah, orang dah nak letak jawatan.... orang dah tak mahu dah terima zalim cam ko!!! ISA untuk Komunis aje Dolah!!! Hadhari betoilah ko nih Dolah.

916 : Temph 24 Jam Detik Mendebarkan Najib Mongolia!!!


Md Hakimi
Mon | Sep 15, 08 | 6:07:38 pm MYT

TANAH MERAH, 15 Sept (Hrkh) - Tidak sampai 24 jam lagi segala kemungkinan boleh berlaku. Bayangan ke arah pertukaran kerajaan semakin jelas apabila seorang anggota kabinet Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan hari ini.

Manakala Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim dijangka mengadakan sidang akhbar khas esok. Begitu juga Tengku Razaleigh Hamzah dikatakan akan menemui media di Kota Bharu, esok.

Tentunya ini amat meresahkan sekali bakal Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak yang mengharapkan pelan peralihan kuasa pada Jun 2010.

Adun Gual Ipoh, Wan Yusoff Wan Mustafa berkata, rakyat menaruh harapan tinggi mungkin berlaku sesuatu di peringkat nasional esok termasuk penghijrahan wakil rakyat daripada tempat tidak baik kepada lebih baik.

"Kalau sebelum ini ramai orang mengecam melompat parti daripada Barisan Nasional (BN) kepada Pakatan Rakyat, sebaliknya apa yang mereka lakukan sebenarnya berhijrah daripada tempat tidak elok kepada lebih elok.

"Sekiranya 30 anggota Parlimen BN berhijrah kepada Pakatan Rakyat, bermakna mereka sudah mempunyai kesedaran tinggi untuk berubah. Maka ini mewajarkan kerajaan baru yang cuba dinafikan sebelum ini muncul," katanya di sini.

Beliau yang juga Setiausaha PAS Tanah Merah berkata, rakyat menunggu dengan penuh harapan detik perubahan yang bakal berlaku sama ada esok atau tarikh lain.

Katanya, lebih 50 tahun berada di bawah penguasaan BN sudah terlalu lama dan kini tiba masanya penghijrahan ke arah lebih baik dilakukan.

"Kerajaan yang memerintah negara sekarang sudah terlalu tua dan tidak lagi mampu untuk mentadbir dengan baik. Amalan rasuah dan salahguna kuasa sudah menjadi kebiasaan dan tidak lagi mampu dikawal.

"Ditambah pula tidak cekapnya pemimpin BN menguruskan sumber ekonomi negara. Ini amat mewajarkan kerajaan baru yang lebih segar dan bersih mengambil alih tampuk pemerintahan," ujarnya di majlis Penyerahan Cek Dividen Ladang Rakyat di Pusat Tarbiah PAS Terasil, semalam.

Seramai 320 peserta daripada Dun Gual Ipoh, Bukit Panau dan Kemahang menerima dividen masing-masing. Bagi peserta lama menerima RM800 dan peserta baru RM200.

Wan Yusoff juga berkata, rakyat tidak perlu bimbang dengan perubahan yang bakal berlaku kerana gerakan dakwah tetap diberi perhatian utama kerajaan baru.

"Sama ada berlaku perubahan atau tidak ia tidak menjadi halangan kepada kita untuk bergerak kerana PAS bukan parti politik semata-mata tetapi merupakan gerakan dakwah," ujarnya.

Baru-baru ini seramai 52 anggota parlimen mengadakan lawatan sambil belajar ke Taiwan yang ditaja Kelab Penyokong Kerajaan (BN BBC).

Lawatan yang bermula 8 September lalu sepatutnya berakhir Jumaat ini, namun ada anggota parlimen BN sudah pulang sejak kelmarin, setelah mengetahui pemimpin KeADILan turut berlepas ke Taipei, 12 September lalu.�

Pengerusi Perhubungan KeADIlan Kelantan, Abdul Aziz Kadir berkata, situasi ke arah perubahan kerajaan semakin jelas sekarang dengan mengambil kira faktor 16 September.

"Asas segala tindakan bermula dengan 16 September. Sama ada ia menjadi realiti esok atau tarikh lain hanya soal teknikal semata-mata. Apa yang jelas sekarang mood rakyat mahukan kerajaan yang penuh dengan masalah diganti," katanya.

- Harakah

AR: Sudahlah Paklah, keluarlah daripada Mahligai Perdana Menteri, Najib pula, udahlah, kami rakyat Malaysia tidak pernah bercita-cita nak mempunyai Perdana Menteri cam ko Najib Mongolia.... dan jan gan lupa, Najib Ziana Zink!!!!!

916 : 16 September Di Esok Hari


Assalamualaikum dan Salam Sekahtera,

Kelihatan angin suram yang berlaku di dalam parti United Malays National Organization atau si alif, min, nun, wau telah bertukar menjadi ribut taufan yang bukan sahaja terkena kepada puak-puak si alif, min, nun, wau, namun, ianya telah dibiaskan juga kepada kelompok-kelompok dalam parti Pakatan Rakyat.

Strataegi UMNO yang sering kali mengambil PAS sebagai barang mainannya tatkala UMNO yang semakin suram selepas dihentam Tsunami kecil pada pilihanraya ke-12 terus berhumpas pulas untuk mengambil PAS sebagai patung-patung mereka bagi menruskan kuasa kuku besi mereka tanpa had dan batasan.

Setelah kita tahu, tarikh 16 September 2008 akan menjelang 4 jam lagi, UMNO semakin kalut mencari talian hayat mereka yang terakhir dengan berusaha mencari alat mainan mereka yang selama 50 tahun mereka jadikan patung-patung mainan atau mainan LEGO mereka dalam mengisi kekuasaan mereka, UMNO sedaya upaya telah gagal, namun taktik kotor UMNO yang selama ini diketahui rakyat Marhaen terus digunakan tanpa batasan.

Namun, walau apa pun yang terjadi, malam ini, satu Perhimpunan menyambut Hari Malaysia di Stadium Kelana Jaya, Selangor akan menyaksikan satu lautan rakyat Malaysia yang menyokong tsunami besar politik Malaysia bagi menjatuhkan kerajaan zalim si alif, min, nun, wau ini.

Walaupun secara rasminya, kerajaan si alif, min, nun, wau di bawah rejim Dolah badigol Badawi ini tidak akan tumbang pada keesokan hari, namun, isyarat awal Tsunami telah berlaku semenjak di awal bulan September lagi sehingga menyebabkan 49 MP Barisan Nasional terpelanting ke Taiwan dan terus terpelanting ke Hong Kong.

Sekuat mana pun strategi kotor si alif, min, nun, wau ini dengan kekejamannya yang telah berlaku selama 51 tahun, rakyat sedikit pun tidak berganjak untuk melayan provokasi demi provokasi yang telah direncanakan oleh Dolah si badigol ini.

Apa yang penting ialah, pengumuman Datuk Seri Anwar Ibrahim di saat-saat tarikh 16 September menjelang pada malam ini akan merubah satu mimpi yang selama ini dikatakan oleh si jahat UMNO menjadi realiti kepada seluruh warga Malaysia.

InsyaALLAH, usaha keras rakyat Malaysia selama ini mendokong dan menyokong perubahan ini akan tercapai akhirnya walaupun banyak liku yang harus ditempuhi. Semoga kita bersatu di bawah perpaduan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama di bawah satu niat yang sama, iaitu menolak kezaliman, menolak ketidak adilan dan merobah satu pentadbiran yang tidak betul selama ini di bawah kerajaan si alif, min, nun, wau ini ke arah satu sistem demokrasi berparlimen di Malaysia yang lebih baik, jujur, telus dan mempunyai akauntabiliti yang cemerlang.

Semoga niat baik kita ini akan diterima oleh Allah S.W.T. dan semoga kita bersama-sama meajukan sebuah negara Malaysia ini ke arah keharmonian dan kesatu paduan kaum yang bertunjangkan agama Islam yang harmoni dan bukannya ISLAM HADHARI!!!


LAWAN TETAP LAWAN!!!!

916 : Kenyataan Nik Abdul Aziz Yang Di ‘Haramkan’

Tangan yang menyuap nasi itu masih perit merasa dipatuk ular UMNO yang pernah mengusir PAS dari BN sehingga Nik Aziz tinggal seorang diri di Dewan Rakyat. Sebab itu Tuan Guru tidak rela melihat PAS mengalami nasib yang sama.


RAKYAT TERENGGANU SALAH PILIH PESURUHJAYA

1. Saya telah membaca dengan teliti pandangan Pesuruhjaya PAS Terengganu yang kali ini lebih gemar menggunakan nama beliau sebagai pengamal dan penganalisis politik daripada bertindak sebagai seorang Pesuruhjaya PAS Negeri. Walaupun sewaktu beliau berdiri sebagai penganalisis politik dalam mana-mana waktu sekalipun, pada saya, beliau tetaplah Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu. Baik dalam keadaan berdiri, duduk, atau berbaring, Mustafa bin Ali adalah seorang Pesuruhjaya PAS.

2. Dengan demikian, mahu tidak mahu pandangan beliau itu tetap mencerminkan pandangan PAS Terengganu. Lebih mendukacitakan lagi ialah apabila pandangan beliau ini bersifat anti keputusan Muktamar. Sekaligus, ia menentang arus Syura yang memutuskan untuk mengukuhkan Pakatan Rakyat dan tidak sebaliknya seperti yang sedang dilakukan oleh Mustafa Ali. Dalam respons dan setiap ayat yang digunakan, saya tidak nampak sikap Mustafa yang boleh mengukuhkan Pakatan Rakyat seperti yang diputuskanoleh Muktamar secara “standing ovation”.

3. Sepatutnya tugas pemimpin termasuk Pesuruhjaya ialah mendukung dan mengukuhkan keputusan Muktamar. Sifat rajin mengeluarkan kenyataan walaupun tidak disuruh adalah sesuatu yang aneh dan menghairankan. Lebih-lebih lagilah ia mencanggahi keputusan Muktamar. Sepatutnya ceramah atau temuramah bersifat lanjutan kepada keputusan Muktamar.

4. Saya membuat perbandingan antara kenyataan Mustafa di muka surat 1 dan 3 Utusan Malaysia, 11 September 2008 dengan kenyataan Dato’ Johari Baharom, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri sendiri termasuk kenyataan PM sendiri dalam Berita Harian pada hari yang sama. Mesejnya sama iaitu tidak ada apa yang akan berlaku pada 16 September 2008 iaitu “tidak mungkin ada undi tidak percaya kerana Parlimen tidak bersidang.” Sentimen Mustafa yang “terus terang tidak yakin adanya bilangan sebanyak 30 orang yang akan melompat parti” betul-betul serupa dengan nada Presiden Umno. Betul-betul serupa.

5. Lidah Mustafa boleh dikatakan sudah menjadi lidah Umno. Kita kena faham bahawa lidah ini adalah jurubahasa kepada hati. Jika begitu keadaannya apa yang ada dalam hati, maka lebih baik terang-terang sokong Umno. Hujah untuk “meredakan keresahan rakyat” yang digunakan oleh Mustafa tidak tepat. Apa yang tepat ialah kita kena tanya rakyat resah kerana apa? Jawabnya, rakyat resah kerana pimpinan di bawah Umno selama ini telah menimbulkan seribu satu macam keresahan. Usaha Pakatan Rakyat yang sama-sama sedang didukung oleh PAS, PKR dan DAP ini adalah usaha untuk memulihkan keresahan rakyat. Pemulihan dan keyakinan akan berlaku apabila Pakatan Rakyat menguasai di peringkat Pusat. “Cross over” kepada Pakatan Rakyat yang menuju ke arah peralihan kuasa sama ada 16, 17, 18, 19 atau 20 September 2008 hendaklah menjadi agenda setiap orang : agenda setiap Pesuruhjaya PAS Negeri termasuklah Mustafa bin Ali. Inilah semangat Muktamar yang telah kita sama-sama putuskan secara sebulat suara. “Standing ovation” itu adalah sebulat suaralah tu. Keputusan Muktamar ini, bukan kerja main-main.

6. Apa tujuan kita adakan kursus, seminar, ceramah, tamrin, usrah, doa, sembahyang hajat, munajat, pagi, petang, siang dan malam kalau tidak kerana untuk menumbangkan sebuah pemerintahan yang tidak cenderung kepada Islam. Jika Umno hendakkan Islam, sudah lama dia laksanakan Islam.

7. Saya tidak fahamlah bila Mustafa menyebut bahawa dia bercakap secara bebas dan pendirian beliau bertaraf peribadi; bukan atas kapasiti seorang pemimpin PAS. Pada saya, beliau adalah Pesuruhjaya PAS Terengganu. Dalam Islam, seseorang itu hanya boleh mempunyai satu sahsiah saja. Sesiapa yang cuba bermain-main dengan dua atau lebih rupa sahsiah, tidak layak menjadi pemimpin gerakan Islam. Sebab itu, Islam selalu menekankan soal tauhid, yakni penyatuan segala perkara di atas satu dan menuju kepada satu. Dalam PAS, tidak ada dua wajah sahsiah. Jika ada juga, maka ia sesuai untuk mewakili Umno.

8. Jika Dr. Mahathir pernah berkata bahawa ia tersalah pilih Perdana Menteri maka dalam konteks ini boleh jadilah Terengganu sudah tersalah pilih seorang Pesuruhjaya. Dalam akhir ayat Mustafa Ali, ada juga saya terbaca beliau menyifatkan isu ini timbul disebabkan keghairahan satu pihak untuk mengambil alih kerajaan. Di sini, saya cukup tidak fahamlah. Seolah-olah pada Mustafa, adalah satu kesalahan apabila kita ghairah nak gantikan kerajaan secara demokrasi. Sejak bila pula Mustafa jadi begini? Kita kena faham bahawa isu menghuruharakan ini timbul kerana sejak 50 tahun Umno memimpin negara, rakyat tidak dipimpin dengan jelas dan betul dari segi Islam atau demokrasi. Keadilan tidak diberi kepada orang-orang Melayu, Cina, India, Siam atau Kadazan. Ini yang kita ghairah untuk menggantikan kerajaan. Kita bawa Islam kerana Islam itu adil. Islam itu untuk keamanan dan kesejahteraan seluruh kaum yang bermastautin di Malaysia. Apabila nampak bahawa Kerajaan BN/Umno sudah panik dan resah sehingga terpaksa melarikan 50 Wakil Rakyat, maka pada saya, ini adalah petanda kejayaan. Tak tahu lah pula saya kenapa Mustafa Ali terpaksa bersusah payah untuk menjelaskan situasi sebenar demi meredakan. Meredakan hati siapa? Hati pemimpin Umno?

9. Dalam keadaan beginilah hati saya cepat-cepat teringat tentang HARAKAH. Saya tak dapat bayangkan bagaimana HARAKAH boleh memainkan peranan sebagai lidah rasmi parti dan organ parti, apabila orang nombor satu yang merupakan Pesuruhjaya PAS Terengganu ini telah mengambil sikap membelakangi keputusan Muktamar. Saya percaya, ini sedikit sebanyak akan mempengaruhi pojok, cerita, berita dan analisis yang dibuat. Dengan dibenarkan penerbitan dua kali seminggu maka lebih cepat lagilah ia boleh merosakkan imej HARAKAH. Pada logiknya, pembaca HARAKAH akan berkurangan. Saya fikir suatu keputusan perlu dibuat mengenai perkara ini.

CheGu Pa, pernah berkata Abangnya tidak ’sihat’. Abangnya pernah menyeru ahli PAS untuk masuk UMNO jika benar memperjuangkan Islam. Kini mungkin dia juga sudah tidak sihat kerana beria benar membantu mempertahankan UMNO dari tenggelam.

10. Saya sebenarnya masih mahu mengambil sikap bertangguh dari terlalu cepat mengemukakan respons. Dengan begitu, saya akan cuba ikuti lagi apa rentak yang akan dibawa oleh pemimpin seperti Mustafa Ali. Saya percaya, mungkin ada satu atau dua orang lagi yang bersama dengan beliau. Selaku orang tua dalam parti, saya telah mengikuti orang penting dan orang yang tidak penting keluar masuk ke dalam parti. Bahkan Allahyarham Dato’ Haji Asri Muda sekalipun pernah meninggalkan Parti PAS. Pada waktu itu beliau adalah di kerusi Presiden. Beliau akhirnya masuk Umno dan semua orang tahu bagaimana beliau mengakhiri karier politiknya.

NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT

Bertarikh : 11 Ramadhan 1429
11 September 2008.

p/s Kenyataan di atas telah diarah ditarik siarannya dari Harakah. Terdapat tangan-tangan hitam di puncak Raja Laut yang begitu taksub dengan UMNO sehingga tindakan mereka pun sudah sama dengan UMNO.

SUMBER : kickdefella

AR: Adakah che'gu Pa lebih tinggi kedudukannya daripada Nik Aziz? dan mengapa harus takut? tidak perlu rasa gentar, gusar atau takut.... terimalah kenyataan che'gu Pa, poster yang menyatakan abang che'gu pa, Zakaria Ali telah dibuat poster besar-besar di seluruh negeri Terengganu semasa pilihanraya pada tahun 2004 dan 2008... Adakah che'gu Pa pun berkomplot dengan tindakan itu..... apa-apa pun, cukuplah, cukuplah dengan permainan kotor UMNO ini!!! Sekiranya Che'gu Pa adalah seorang barua UMNO di dalam PAS, silakan keluar daripada PAS, sekiranya che'gu Pa masih setia dengan PAS, tak perlulah luahkan SIMPATI kepada UMNO yang terang-terangan zalim dan kejam... adakah Che'gu Pa sudah lupa kekejaman UMNO? Kekejaman UMNO berkenaan peristiwa MEMALI yang begitu kejam membunuh dan membiarkan manusia di baling reput dalam keadaan tidak mempunyai sumber makanan.. Che'gu Pa dah lupa agaknya????

916 : HOTT!! Anwar Buat Pengumuman Penting Esok!!


Esok adalah saat dan hari yang amat dinantikan. Tidak sampai 6 jam lagi kita akan memasuki 16 September tarikh yang amat merimaskan Pak Lah dan BN sejak 6 bulan lepas. Apakah esok sinar dan sang suria yang diimpikan segenap rakyat Malaysia menjadi kenyataan.

Sehari dua ini Anwar dan pemimpin Pakatan Rakyat lain terutama pemimpin PKR menyatakan kemungkinan 16 September kerajaan baru tidak dibentuk namun pelan peralihan tetap berjalan di atas landasan betul.

Ramai sahabat-sahabat sebenarnya tidak sabar-sabar hendak mengetahui perkembangan terakhir isu ini. Kata mereka, kalau boleh mereka nak pusingkan jarum jam supaya berjalan dengan pantas jadi cepat mereka sampai ke destinasi 16 September.

Namun esok tetap akan ada dan kita akan sampai juga.

Seperti yang saya nyatakan tadi riak dan bayangan ke arah pembentukan kerajaan baru jelas.

Mstar melaporkan bahawa kenyataan ini ada benarnya di mana riak dan bayangan mula kelihatan apabila petang ini Ketua Penerangan PKR, YB Tian Chua berkata Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual akan mengumumkan butiran lanjut sasaran mereka termasuk jumlah Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) telah menyatakan hasrat untuk menyertai Pakatan Rakyat, esok.

Antara lain kata beliau, Anwar akan mengumumkan bahawa lebih 32 Ahli Parlimen BN telah mempersetujui untuk masuk Pakatan Rakyat.

Malam ini Pakatan Rakyat mengadakan sambutan Hari Malaysia sempena pembentukan Malaysia di Kelana Jaya.

Bagaimanapun menurut Tian Chua, Anwar tidak akan membuat sebarang kenyataan mengenai pembentukan kerajaan baru malam ini.

Sementara itu, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Dr. Jeffrey Kitingan ketika dihubungi berkata, beliau yakin satu kejutan akan berlaku di Sabah mengenai beberapa orang Ahli Parlimen BN yanag akan lompat parti menyertai Pakatan Rakyat.

Jeffrey juga berkata Pakatan Rakyat amat berhati-hati dalam Perkara penting begini sebab itu ianya mengambil sedikit masa.

- muta ligat

916 : Presiden PBS Minta Hormati Mandat Rakyat


RANAU: Presiden Parti Bersatu Sabah (PBs) Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan berkata semua parti politik termasuk pihak pembangkang mestilah menghormati hak pengundi yang memberikan kemenangan kepada Barisan Nasional (BN) bagi membentuk Kerajaan Persekutuan pada pilihan raya umum lepas.

Katanya sebarang percubaan mana-mana pihak yang ingin membentuk kerajaan melalui saluran tidak sah adalah tidak bermoral dan menghina sistem demokrasi.

"Rakyat dan ahli politik perlu bangkit dan bersatu mempertahankan kedaulatan sistem demokrasi yang diamalkan di negara ini.

"Niat pihak pembangkang yang ingin menggulingkan kerajaan pada 16 Sept (esok) sebenarnya bukan sahaja bertentangan prinsip demokrasi malah menafikan keputusan majoriti rakyat," katanya ketika merasmikan mesyuarat agung tahunan PBS Bahagian Kundasang di Dewan Masyarakat Ranau, dekat sini, hari ini.

Pairin, yang juga Timbalan Ketua Menteri, berkata walaupun BN tidak mendapat majoriti dua pertiga, kemenangan itu memberikan mandat kepada parti itu membentuk kerajaan dan keputusan ini harus dihormati oleh semua pihak termasuk parti pembangkang.

"Keputusan itu tidak harus diubah ataupun digugat kerana ia adalah keputusan rakyat dan kita tidak sepatutnya mengkhianati undi rakyat," katanya.

Sehubungan itu, PBS meminta Kerajaan Persekutuan supaya mempertimbangkan dengan serius cadangan mewujudkan Undang-undang Anti-Lompat bagi menangani masalah "lompat-melompat" dalam arena politik negara kerana ia begitu serius sehingga mengakibatkan ekonomi negara terbantut dan menganggu ketenteraman sosial.

"Kita mencadangkan supaya mana-mana pihak yang ingin berpindah parti maka kemenangan itu haruslah diisytiharkan tidak sah dan perlu diadakan undian semula.

Rakyat berhak menentukan wakil rakyat yang mereka inginkan," katanya. BERNAMA

- mSTAR


AR: Kalau rakyat dah tukar pemikiran untuk menerima PAKATAN RAKYAT memegang kerajaan persekutuan dikira mandat rakyat jugak kan??? Jadi..... janganlah nak menyalak-nyalak pulak....

-916 Coutdown!!!-

916 : Ibrahim Ali Kata Rakyat Telah Diperbodohkan PKR


KOTA BAHARU: Anggota Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali berkata rakyat negara ini telah diperbodohkan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang kononnya pakatan pembangkang akan membentuk kerajaan baru esok.

Ibrahim berkata rakyat sepatutnya menilai apa yang telah dilakukan PKR dan sewajarnya peralihan kerajaan dilakukan secara demokrasi seperti melalui pilihan raya.

"Apa yang saya boleh katakan rakyat sebenarnya telah diperbodoh-bodohkan oleh PKR dan saya tidak nampak asasnya akan berlaku perkara seperti itu," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Sebelum ini, Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berulang kali mencanangkan Pakatan Rakyat akan mengambil alih kerajaan Barisan Nasional (BN) pada 16 Sept iaitu esok.

Berikutan itu, lima pemimpin PKR ke Taiwan bagi memujuk anggota Parlimen BN yang sedang dalam rangka lawatan ke negara itu untuk menyertai mereka.

"Ini betullah buang masa dan buang duit sematamata nak ke Taiwan bagi tujuan itu dan saya rasa sangat sedih dengan tipu helah seperti ini," katanya.

Ibrahim berkata rakyat sebenarnya sudah membuang masa mereka melayan karenah pemimpin parti itu termasuk Anwar. BERNAMA

- mSTAR

AR: Hahahahaha, Ibrahim Ali yang jadi ketua katak nih???? hehehehehe.... apa-apa pun, brahim ali, kalau betul Pakatan Rakyat memerintah, nak jadik katak BN ke, nak jadi katak Pakatan Rakyat? Atau Brahim Ali nih nak jadi Katak Madet datau KU li? hahahahaha.

OPS Lalang 2 : Masjid Kinrara Sokong Teresa Dikenakan ISA


Jimadie Shah Othman | Sep 15, 08 5:08pm

Pengerusi Masjid Bandar Kinrara, yang menerima petisyen membantah penggunaan pembesar suara untuk beberapa kegiatan agama, bersetuju dengan tindakan kerajaan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ke atas exco kanan Selangor, Teresa Kok.

Abdul Rahman Nasir berkata, secara umumnya, perkara sensitif membabitkan agama "tidak boleh dimainkan".

"Perkara ini tidak boleh dimainkan. Terutama sekali di negeri Selangor ini, bukan saja (berkenaan) agama Islam, tetapi apa agama pun (tidak boleh dimainkan)."

Penahanan Teresa dipercayai mempunyai kaitan dengan petisyen sekumpulan 189 penduduk sekitar Seksyen 5, Bandar Kinrara yang meminta pihak masjid tersebut memperlahankan penggunaan pembesar suara untuk aktiviti keagamaannya.

Perkara itu bagaimanapun dinafikan oleh Teresa, yang juga ahli parlimen Seputeh.

Bercakap kepada Malaysiakini petang ini, Abdul Rahman bagaimanapun enggan memberikan komen lanjut berkenaan isu itu kerana pihaknya cuma sebagai penerima petisyen dan tidak tahu-menahu tentang perkara lain di sebalik isu itu.

Masyarakat Islam setempat pula, menurut Abdul Rahman tidak memberikan sebarang reaksi terhadap penahanan itu dan bertindak seperti biasa.

"Kita tidak ada apa. Sudah lama dah masjid ini dibina. Itulah, persoalannya, kenapa sekarang? Kalau tidak puas hati, pindahlah.

"Dari dulu lagi waktu hendak beli rumah, pelannya sudah ada, sini masjid, sini taman permainan. Kenapa dulu beli di sini?" katanya.

Selain Teresa, pengendali blog Malaysia Today Raja Petra Kamaruddin dan wartawan Sin Chew Daily Tan Hoon Cheng turut ditahan di bawah akta kontroversi itu, Jumaat lalu.

Tan bagaimanapun dibebaskan sehari selepas itu.

- Malaysiakini

OPS Lalang 2 : Pemuda Pas kutuk campur tangan Amerika berhubung ISA


KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Pas, Salahuddin Ayub mengutuk keras tindakan kerajaan Amerika Syarikat memanggil Duta Malaysia ke negara itu Illango Karuppannan berkaitan isu penahanan beberapa individu mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) baru-baru ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata walaupun Amerika cuba menyampaikan satu pandangan tentang hak asasi manusia tetapi dari sudut yang lain ia adalah satu campur tangan politik terhadap Malaysia.

Beliau berkata memang Amerika Syarikat cuba menunjukkan simpati terhadap tahanan ISA tetapi ini tidak membuka ruang kepada mereka untuk mencampuri urusan politik dalaman Malaysia.

ni adalah soal maruah dan kedaulatan negara yang perlu diselesaikan sendiri oleh rakyat negara ini,” katanya. - Bernama

- Berita Harian

OPS Lalang 2 : Hishammuddin Bawa Isu Wartawan Ditahan ISA Ke Kabinet



PUTRAJAYA, 15 Sept (Bernama) - Ketua Pergerakan Pemuda Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata beliau akan membangkitkan isu penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bagi menahan wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng, Jumaat lalu, dalam mesyuarat Kabinet akan datang.

Hishammuddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata beliau secara peribadi tidak bersetuju dengan penggunaan ISA dengan tujuan menyelamatkan atau memberi perlindungan kepada mana-mana individu, sebagaimana alasan bagi penahanan wartawan itu.

Beliau bersetuju penggunaan ISA adalah bagi menjaga keselamatan negara.

"Bagi dua kes lain, (pengendali portal berita Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin dan Exco Selangor Teresa Kok) saya rasa pihak berkuasa lebih mengetahui apa risiko dan apa yang mereka lakukan, dan saya tidak ada maklumat mengenainya untuk saya nyatakan sama ada ia patut atau tidak.

"Tapi dalam konteks wartawan itu, menteri berkenaan (Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar) telahpun menyatakan sebabnya dan secara peribadi saya rasa ISA tidak boleh digunakan untuk sebab yang disuarakan oleh menteri berkenaan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan buku "Malaysia: From Traditional to Smart Schools - The Malaysian Education Odyssey" di sini hari ini.

Raja Petra, Kok dan Tan ditahan mengikut ISA pada Jumaat lepas dalam satu operasi polis terhadap beberapa individu yang terbabit mencetuskan isu perkauman dan persengketaan agama. Tan, bagaimanapun, dibebaskan pada pukul 2.30 petang keesokan harinya.

Berbeza dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim semalam yang menolak penggunaan ISA terhadap kes selain membabitkan anasir komunis dan pengganas, Hishammuddin berkata dalam negara berbilang kaum seperti negara ini, ancaman terhadap keselamatan negara berhubung isu perkauman dan agama perlu diambil kira.

Hishammuddin berkata keputusan kerajaan untuk menggunakan ISA tidak seharusnya dipertikaikan secara terbuka, sebaliknya perlu dibincangkan pada mesyuarat Kabinet.

Mengenai kesediaan Zaid untuk dipecat atau meletakkan jawatan bagi mempertahankan pandangannya itu, beliau berkata terpulang kepada keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Mengenai Pakatan Rakyat yang heboh mencanang akan menubuhkan kerajaan baru esok, Hishammuddin berkata rakyat negara ini boleh melihat dan menilai sendiri kredibiliti pakatan itu dan pemimpinnya esok.

"Esok kalau tidak ada perubahan kerajaan, orang yang menggembar-gemburkan perkara ini mesti bertanggungjawab, dan saya percaya kredibilitinya akan terjejas, kerana apa yang dilakukan merupakan sesuatu yang tidak bertanggungjawab," katanya.

- BERNAMA

Ops Lalang 2 : DAP Adakan "Kokus Bebaskan Anggota Parlimen Teresa" Rabu Ini


KUALA LUMPUR, 15 Sept (Bernama) -- DAP akan mengetuai Pakatan Rakyat untuk mengadakan perjumpaan "Kokus Bebaskan Anggota Parlimen Teresa Kok" di Bangunan Parliamen pada Rabu.

Penasihat DAP dan anggota Parlimen Ipoh Timur Lim Kit Siang menggesa semua anggota Parlimen dari pembangkang dan kerajaan menghadiri perjumpaan itu.

Perjumpaan itu merupakan ujian penting bagi semua anggota Parlimen dan menteri Kabinet berhubung pendirian mereka terhadap Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen selepas menyerahkan surat mengenai penahanan Teresa kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini.

Katanya perjumpaan itu juga akan mendesak Menteri Dalam Negeri segera membebaskan seorang lagi tahanan, pengendali laman blog Raja Petra Kamaruddin, dan menarik balik surat tunjuk sebab yang dikeluarkan kepada Sin Chew Daily, The Sun dan Suara Keadilan.

- BERNAMA

916 : PKR Nafi Keluar Poster Ajak Rakyat Berkumpul Di Istana Negara

Oleh SA'ODAH ELIAS


PUTRAJAYA: Parti Keadilan Rakyat menggesar pihak polis agar mengambil tindakan terhadap pihak tertentu yang menyebarkan risalah menghasut orang ramai agar berkumpul di hadapan Istana Negera esok, kononnya bagi menyambut pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Ahli Jawatankuasa pusat PKR, Johari Abdul berkata, risalah berkenaan yang kini tersebar luas di serata Lembah Klang dan ditampal di tempat-tempat tumpuan orang ramai itu bukan dikeluarkan oleh parti berkenaan.

Beliau mendakwa poster itu sengaja disebarkan oleh pihak tertentu yang hendak memburukkan nama PKR.

"Kita tidak bertanggungjawab mengeluarkan poster itu. Pihak PKR langsung tidak tahu menahu mengenainya sehingga ia ditampal di tempat-tempat awam hari ini," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau bersama yang juga ahli Parlimen Sungai Petani diiringi ahli jawatankuasa pusat DAP Loke Siew Fook berada di sini bagi menyampaikan surat bagi pihak pemimpin-pemimpin PKR yang meminta agar Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bertemu dengan mereka bagi membincangkan pelbagai perkembangan di negara ini akhir-akhir ini, terutama berkenaan penggunaan ISA terhadap Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok dan pengendali Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin.

Johari juga meminta orang ramai agar jangan terpedaya dengan kandungan poster berkenaan dan tidak berkumpul di Istana Negara seperti yang dianjurkannya.

Katanya, PKR telahpun membuat laporan polis mengenai perkara itu pada 12.30 tengah hari tadi.

- mSTAR

916 : Pakatan Hantar Surat Kepada PM Mengenai Tukar Kerajaan

Oleh SA'ODAH ELIAS

PUTRAJAYA: Pakatan Rakyat hari ini menyerahkan surat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mendesak agar satu pertemuan diadakan secepat mungkin bagi membincangkan isu kestabilan politik masa kini.

Surat yang ditandatangani oleh Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Ketua Ahli Parlimen DAP Lim Kit Siang dan Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang itu disampaikan kepada pegawai Pejabat Perdana Menteri oleh tiga wakil Pakatan Rakyat.

Mereka ialah tiga ahli jawatankuasa pusat ketiga-tiga dari parti berkenaan iatu Johari Abdul (PKR), Loke Siew Fook (DAP) dan Dr. Hatta Ramli (PAS).

Hasrat Pakatan mahu temui PM, antara taktik dan strategi Anwar
Menurut Johari, surat berkenaan ada kena-mengena dengan kemungkinan penubuhan kerajaan baru oleh PR serta isu ketidakstabilan politik hari ini berikutan penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap pengendali Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin dan Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok.

"Surat ini sangat penting kerana ia ada hubung kait dengan isu pentadbiran negara dan kestabilan rakyat, dan secara spesifik mengenai kerajaan baru pasca 16 September," katanya kepada pemberita di sini.

Hatta pula berkata, rakyat hari ini sangat teruja dengan kemungkinan perubahan kerajaan kerana marah dengan perkembangan terkini melibatkan penggunan ISA sewenang-sewenangnya oleh kerajaan.

"Dengan itu kita telah menyerahkan surat kepada setiausaha sulit kanan Perdana Menteri Datuk Ahmad Yaakob agar Perdana Menteri prihatin agar proses pertukaran kerajaan nanti akan berjalan lancar," katanya.

Sementara itu, Loke pula berkata, surat berkenaan juga mendesak kerajaan membebaskan serta-merta dan tanpa syarakat dua lagi individu yang ditahan malam Jumaat lalu di bawah ISA.

"Kita perihatin tentang masalah ketenteraman awam dan rasa takut rakat beriktan penggunaan ISA terhadap dua individu itu. Jadi pemimpin Pakatan Rakyat mendesak agar satu perbincangan antara mereka dengan Perdana Menteri didakan segera supaya kestabilan politik boleh dipulihkan," katanya.

- mSTAR

916 : Hot!!! Anwar Umum Formula Pelan 916 Esok!!!


15-09-2008 04:50:32 PM
Oleh G. MANIMARAN, AFFIFUDDIN ISHAK, SA'ODAH ELIAS dan LEE YAN XIU

PETALING JAYA: Pelan sasaran 16 September Pakatan Rakyat yang berusia enam bulan akan menjadi realiti esok?

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual akan mengumumkan butiran lanjut sasaran mereka termasuk jumlah Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) telah menyatakan hasrat untuk menyertai Pakatan Rakyat, esok.

Perkara tersebut disahkan oleh Ketua Penerangan PKR, Tian Chua ketika dihubungi mStar Online sebentar tadi.

"(Tarikh) 16 September jadi... semua perancangan sudah siap. Esok Datuk Seri Anwar akan membuat pengumuman secara rasmi melalui satu sidang akhbar khas," kata beliau yang baru sahaja pulang ke tanah air selepas terlibat dalam lawatan ke Taiwan untuk memancing beberapa Ahli Parlimen BN di negara, yang mengadakan lawatan sambil belajar.

Antara lain kata beliau, Anwar akan mengumumkan bahawa lebih 32 Ahli Parlimen BN telah mempersetujui untuk masuk Pakatan Rakyat.

Pakatan Rakyat diumumkan secara rasmi pembentukannya pada 1 April lalu turut mengisytiharkan sasaran pelan mereka membentuk kerajaan persekutuan menjelang 16 September.

Malam ini Pakatan Rakyat mengadakan sambutan Hari Malaysia sempena pembentukan Malaysia di Kelana Jaya.

Bagaimanapun menurut Tian Chua, Anwar tidak akan membuat sebarang kenyataan mengenai pembentukan kerajaan baru malam ini.

"Kita semua sedang membuat persediaan akhir hari ini. Semua jentera sedang bergerak untuk pastikan semua berjalan lancar," katanya yang akan ke Sarawak malam ini bagi mengadakan perbincangan akhir dengan wakil di negeri itu.

Sementara itu, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Dr. Jeffrey Kitingan ketika dihubungi berkata, beliau yakin satu kejutan akan berlaku di Sabah mengenai beberapa orang Ahli Parlimen BN yanag akan lompat parti menyertai Pakatan Rakyat.

"Saya sudah terima panggilan dari mereka (Ahli Parlimen BN) minggu lalu untuk berbincang mengenai perkara ini.

"Sudah pasti mereka dari Sabah. Namun saya tak tahu berapa orang yang cakap dan berapa orang yang akan buat (lompat parti)," katanya.

Bagaimanapun beliau terus berkeyakinan bahawa akan berlaku perubahan sama ada pada esok ataupun luasa.

Ditanya mengapa Pakatan Rakyat seolah-olah menangguhkan tarikh pembentukan kerajaan baru hingga ke tarikh lain selain 16 September, beliau berkata: "Perkara penting begini perlu berhati-hati, jadi mungkin ambil masa."

- mSTAR

Mahkamah tolak petisyen batal kemenangan DUN Api-Api


KOTA KINABALU 15 Sept. – Mahkamah Pilihan Raya, di sini, hari ini, menolak petisyen memohon membatalkan kemenangan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Api-Api, Datuk Dr. Yee Moh Chai pada pilihan raya umum, 8 Mac lalu.

Petisyen berkenaan difailkan oleh seorang pengundi kawasan DUN Api-Api, Audrey Karen Barry.

Pada pilihan raya itu, Moh Chai yang juga Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Menteri Pembangunan Sumber dan Teknologi Maklumat negeri, menewaskan calon Parti Keadilan Rakyat, Christina Liew dengan majoriti 174 undi.

- Utusan

Muhyiddin : Biralah Che Det Tentukan Cawangan Mana Untuk Kembali


KUALA LUMPUR: Dalam kerancakan cawangan dan bahagian Umno menawarkan tempat kepada Tun Dr Mahathir Mohamad untuk kembali menyertai parti itu, keputusan akhir mengenainya harus ditentukan sendiri oleh beliau, kata Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata ini bagi mengelak timbulnya perasaan kurang senang mana-mana pihak terutamanya Umno Kedah.

“Terserah kepada beliau, mungkin dia nak balik ke cawangan asal dia (bahagian Kubang Pasu), saya pun tawar pergi ke Pagoh kalau susah sangat di tempat lain. Saya tawar (di Pagoh) kemudian dia senyum. “Tapi saya tidak mahu orang Kedah rasa kecil hati pasal dia pemimpin besar di Kedah, eloklah dia mohon ikut pilihan dia,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Anugerah Usahawan Wanita 2008 di sini hari ini.

Muhyiddin baru-baru ini mengumumkan bahawa Dr Mahathir, yang keluar Umno empat bulan lalu, telah melahirkan hasrat untuk kembali ke pangkuan parti itu kepada beliau dengan mengambil kira perkembangan semasa.

Berikutan itu, beberapa cawangan dan bahagian telah menawarkan tempat kepada Dr Mahathir.

- Berita Harian


AR: Ada lagi berita mamak Tun nih..... dah masuk, nak keluar, dah keluar nak masuk balik...... piiiiiiiiiraaaah!!! hang ingat hang mahai sangat ke TUN???

ABO : Sept.16-fenomena 'nujum' negara!


16 September. Apa istimewanya tarikh tersebut. Ada orang kata tarikh keramat yang mengusarkan serta meresahkan . Tarikh itu bersamaan 16 Ramadhan 1429H jika tarikh masihi itu ditaklik pada tahun ini. Dan ini juga bermakna umat islam di Malaysia sudah separuh bulan berpuasa. Maka sudah lazimnya doa qunut akan dibaca pada solat witir di akhir tarawih. Namun mungkin tarikh ini memberi khabar gembira kepada kelompok Pakatan Rakyat. Sebaliknya bagi kelompok feudal yang masih mempertahankan ideologi BN, resahnya sudah menjalar keseluruh urat hingga ke kaki.

Hari ini, rakyat sudah mula berteka-teki. Gossip politik yang dicetuskan oleh Dsai seakan-akan bukan lagi satu igauan. Ini kerana ia sudah menjadi satu 'fenomena'. Menjadi sebutan baik di belantara, di kota, di desa, laut, udara dan darat. Hebatnya gegaran tarikh itu seumpama tarikh 11 Sept yang mengegar New York dan dunia.

Namun bukanlah satu jaminan yang mudah untuk Pak Lah membenarkan tarikh 16 sept. ini berlaku yang akan pasti mengubah seluruhnya lanskap politik negara ! Bagaimanapun banyak hujah, menyatakan tidak pula mudah bagi Anwar membentuk kerajaan baru, dan Pak Lah juga tidak semudah ABC menyerah kalah.

Apa yang diharapkan 'gempak' Anwar bakal menjadi realiti. Mengambil pedoman dari seorang ilmuan ulung islam, Farabi berkaitan ciri-ciri ketuan negara di dalam sistem politk islam, yang diantaranya ialah :

- memahami isu-isu
- baik ingatan
- bijaksana
- mampu berhujah
- cinta pada ilmu
- cinta kebenaran
- memiliki jiwa besar
- tidak materialistik
- kuat anti kezaliman
- kuat azam
- berani

So, siapakah yang memiliki ciri-ciri tersebut wahai al-Nujum Negara ? Abdullah kaa ? Najib kaa ? atau Anwar kaa ?

- al-banjari online

Muhyiddin Serah Kepada Paklah Tentang Jawatannya Dalam Kabinet


Tan Sri Muhyiddin Yasin menyerahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sama ada mengekalkannya atau menggugurkannya daripada kabinet selepas mendesak peralihan kuasa disegerakan.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata beliau secara peribadi tidak akan meletakkan jawatan berikutan kenyataannya tersebut.

"Saya berhak untuk bersuara bagi menyampaikan pandangan di peringkat akar umbi yang mahukan tempoh peralihan ini disegerakan.

"Ini selaras dengan prinsip demokrasi dalam parti yang tidak menghalang sesiapa untuk bersuara, lagipun kenyataan saya sebelum ini bukan mendesak perdana menteri meletak jawatan, sebaliknya hanya mahukan beliau memikirnya semula tempoh peralihan yang lebih sesuai dan oleh diterima oleh ahli parti," katanya hari ini.

- Malaysiakini

Zaid Ibrahim Sah Letak Jawatan!!!

15-09-2008 03:37:42 PM

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK


(Dikemas kini) PETALING JAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim hari ini mengumumkan keputusannya berundur sebagai anggota Kabinet.

Perkara tersebut disahkan oleh pegawai khas beliau ketika dihubungi mStar Online sebentar tadi.

"Ya, perkara itu betul (letak jawatan). Surat letak jawatan juga telah dihantar ke Pejabat Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini," katanya.

Keputusan itu dibuat sehari selepas beliau memberikan pandangan bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tidak harus digunakan terhadap orang awam seperti wartawan dan ahli-ahli politik.

Kata beliau, akta tersebut seharusnya hanya digunakan terhadap pengganas ataupun ke atas mereka yang cuba menggulingkan kerajaan menerusi kekerasan.

Tambah Zaid, beliau sedia untuk meletak jawatan kerana memberikan pandangan yang dilihat bertentangan dengan 'dasar kerajaan' itu.

"Jika saya perlu meletakkan jawatan (kerana memberikan pandangan ini), saya akan berbuat demikian," katanya.

Menteri yang bertanggungjawab berkaitan soal perundangan dan kehakiman itu berkata beliau bukan sebagai pencetus masalah kepada Perdana Menteri, sebaliknya hanya mempertahankan prinsip dan sentiasa memberikan pendirian kritikal dalam soal penggunaan ISA.

- mSTAR

Habeas corpus difail bebaskan Raja Petra, Teresa


15-09-2008 02:08:34 PM

Oleh G. MANIMARAN

PETALING JAYA: Ahli Parlimen DAP Seputeh, Teresa Kok tengah hari tadi memfailkan permohonan habeas corpus untuk membebaskan beliau yang masih ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Teresa memfailkan permohonan tersebut di Mahkamah Tinggi Sivil hari ini.

Sementara itu, keluarga pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin dijadulakan akan mengambil tindakan yang sama berkemungkinan hari ini esok.

Peguam Sankara Nair dan Karpal Singh akan bertindak bagi pihak Teresa.

"Kami akan memfailkan permohonan 12.30 tengah hari dan kami difahamkan, keluarga Teresa akan dibenarkan menemui Teresa petang esok," kata beliau ketika dihubungi petang semalam.

Dalam pada itu, isteri Raja Petra, Marina Lee Abdullah ketika dihubungi berkata, beliau telah mengadakan perbincangan dengan peguamnya semalam dan perbincangan susulan akan diadakan hari ini bagi menguruskan permohonan habeas corpus.

"Sudah tentu, sudah tentu (akan membuat permohonan habeas corpus)... kandungan belum dimuktamadkan lagi, saya akan mengadakan perbincangan dengan peguam (esok)," kata beliau semalam.

Kata beliau, sehingga semalam beliau tidak memperoleh apa-apa maklumat mengenai perkembangan penahanannya.

Raja Petra ditahan di rumahnya di Sungai Buloh, di bawah Seksyen 73(1) ISA, yang membolehkan seseorang itu dikenakan tahanan maksimum 60 hari.

Beliau dibawa keluar dari rumahnya pada pukul 1.50 tengah hari kelmarin.

Sebelum ini, Raja Petra pernah ditahan menikut ISA pada April 2001 kerana penglibatannya dalam gerakan reformasi dan ditahan selama 53 hari di Pusat Tahanan Kemunting, Taiping.

Pihak berkuasa berkata, Raja Petra ditahan berkaitan artikel yang disiarkan dalam laman webnya yang bertajuk "I promise to be a good, nonhypocritical Muslim" dan juga "Not all Arabs are descendants of the Prophets".

Kedua-dua artikel itu didakwa menggunakan ayat yang menghina orang Islam dan Nabi Muhammad S.A.W.

- mSTAR

Blog Stats