Sumbangan ~ Tolong Klik.... Thanks.

Monday, September 22, 2008

Akar Umbi Mahu Semangat Muafakat Diperkukuh: PM




KOTA BHARU:
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata semua ahli Umno peringkat akar umbi mahukan semangat pemuafakatan di dalam parti itu diperkukuh sejajar dengan pelan peralihan kuasa pada 2010.

Abdullah yang juga Presiden Umno berkata, semua anggota parti itu sudah menyuarakan sokongan terhadap beliau mengenai pelan peralihan kuasa kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan berharap ia berjalan dengan lancar.

Beliau berkata pelan peralihan itu diterima baik anggota parti dan perkara itu dinyatakan semasa beliau membuat lawatan kerja ke negeri-negeri, termasuk menghadiri majlis berbuka puasa.

“Semua anggota Umno masih sayang kepada parti dan mereka inginkan parti ini supaya kuat dan baik.

“Mereka hendakkan parti ini diperbetulkan dan tidak mahu perkara yang tidak diingini berlaku,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat tertutup Badan Perhubungan Umno Kelantan, di sini, hari ini. - Bernama

- Berita Harian

AR: Bukan mahu sepakat dengan kepala dungu cam ko Dolah!!! ko Dolah, asyik2 ingat kat menantu aje..... bila susah baru nak ingat akar umbi... blahlah, kami tak mahu dah ko Dolah Badawi dan kepimpinan Barisan Nasional menerajui negara!!!! undi tak percaya... terima ajelah!!!!

Jongkong emas RM800,00 dirompak


Oleh Nurul Huda Hassan

PULAU PINANG 22 Sept. – Enam jongkong emas seberat 5.6 kilogram bernilai RM800,000 yang dibawa dua lelaki dirompak di tempat letak kereta Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas (LTABL) di sini hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Wan Abdullah Tuanku Said berkata, rompakan itu dilakukan dua lelaki dipercayai warga Vietnam yang bersenjatakan pistol kira-kira 10.30 pagi.

– Utusan.

AR: Apalah nasib kat Pulau Pinang nih, dulu curi chip, sekarang jongkong emas pulak!!!! takkan CCTV tak berfungsi lagi kut????

Teresa Dakwa Makanan Diberi 'Lebih Baik Sedikit Daripada Makanan Anjing'



SHAH ALAM 22 Sept. – Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim hari ini mendakwa makanan yang diberikan kepadanya ketika ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) adalah `lebih baik sedikit daripada makanan anjing’.

Beliau menafikan pernah menyamakan makanan yang disediakan kepadanya ketika ditahan pada 12 hingga 19 September lalu 'seperti makanan anjing'.

Beliau menyalahkan Utusan Malaysia yang didakwanya memutarbelitkan kenyataannya berhubung perkara itu.

Utusan Malaysia sebelum ini hanya memetik kenyataan Teresa mengenai perkara tersebut daripada laman web Malaysiakini.

- Utusan.

AR: selepas aku lihat post Perisik Rakyat kat [SINI], aku pun dah kool dah, percaya ajerlah

Shahidan Kassim Dilantik Penasihat Khas NCER


KUALA LUMPUR 22 Sept. — Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah melantik bekas Menteri Besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim sebagai penasihat khas kepada Perdana Menteri mengenai Wilayah Ekonomi Koridor Utara (ECER) berkuat kuasa hari ini.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri hari ini, tugas utama Shahidan termasuk menasihati dan membantu Perdana Menteri dalam mencapai visi serta misi Wilayah Ekonomi Koridor Utara. — BERNAMA

- Utusan Malaysia

AR: Apalah untung nasibmu Shahidan... hahahaha, lepas dapat KOAM, dapat pulak NCER!!! untung jugak ko tak jadi MB ya???? biasalah.... ko kan memang pengampu kuat... lihat gambar kat bawah nih... memang baik punya cium!!!!

Khir Toyo Nafi Terlibat Dalam Tangkapan Teresa


Bekas menteri besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo menafikan beliau terlibat sehingga tertangkap ahli parlimen DAP Teresa Kok bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selama seminggu.

Beliau juga menyatakan sama sekali tidak bersetuju dengan penahanan Teresa.

Dr Mohamad Khir, yang juga wakil rakyat Sungai Panjang, meminta isu azan - yang menjadi asas siasatan exco kanan kerajaan Selangor itu bawah akta kontroversi tersebut - diserahkan kepada polis untuk siasatan.

Beliau juga enggan mengulas pembebasan Teresa, Jumaat lalu.

- Malaysiakini

AR:
Khir Toyo???? hahahahaha, cuba tanya anak Toyo nih, siapa yang robohkan Masjid di Kampung berembang dulu... Nak tunjuk Islam konon???? blahlah Khir Toyo!!!!

Bubarkan Semua Parti Perkauman

Jimadie Shah Othman

Untuk kepentingan negara, “semua parti perkauman wajar dibubarkan segera” dan digantikan “dengan gabungan parti pelbagai bangsa”, kata Pemuda PAS Wilayah Persekutuan.

“Isu perkauman seharusnya diletak ke tepi dan tidak dijadikan agenda politik bagi mana-mana parti.

"Penggunaan sendi perkauman dalam dunia politik akan menyebabkan ketidakstabilan dan perpecahan,” kata ketua penerangan dewan itu Herman Samsudeen.

Gesaan itu sebagai susulan kenyataan Naib Presiden MCA Datuk Donald Lim Siang Chai yang dilaporkan mengingatkan masyarakat Cina tentang “bahaya” jika semua parti kaum itu berpihak kepada pembangkang dan hanya parti Melayu menjadi parti memerintah.

Menurut Donald lagi, senario itu sudah pasti akan mewujudkan ketegangan dan mencetuskan suasana tidak baik kepada perniagaan dan ekonomi.

Ekoran itu, Herman yang menyifatkan Donald “cuba menyemarakkan isu perkauman bagi memastikan MCA sebagai parti khusus kaum Cina tidak dibubarkan”.

Beliau menuntut pemimpin kanan MCA itu menarik balik kenyataannya dan dikenakan tindakan tegas.

Dalam kenyataannya hari ini, Herman berkata:

“Seandainya parti-parti kaum Cina berhijrah kepada pembangkang, negara ini bukan diperintah oleh kaum Melayu sahaja kerana ketika itu, Pakatan Rakyat yang berbilang bangsa ini akan jadi kerajaan.”

Beliau menyifatkan kenyataan Donald itu dibuat untuk memenangi hati kaum itu selepas wujud kecenderungan ahli-ahli parti komponen BN untuk bersama Pakatan.

- Malaysiakini

AR: Hahahahahaha, Barisan Nasional di bawah parti perkauman Melayu iaitu UMNO, mana nak!!! dulu, Nik Aziz mintak bubar UMNO pun, diorang tak mahu, kononnya nak ajak PAS joint Barisan Nasional atas alasan Melayu.... hahahahahaha.... Jin, bini Dolah Badawi tuh Melayu ke? tapi UMNO kan??? hahahahaha.

Gempar!!!! : Bos SAPP Ingin Ditahan BPR



Dakwaan bekas timbalan presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Raymond Tan bahawa perdana menteri pernah campur tangan dalam siasatan Badan Pencegah Rasuah (BPR) disifatkan sebagai “pendedahan yang menggemparkan”.

Tan, yang meninggalkan SAPP selepas ia keluar daripada BN minggu lepas, membongkarkan perkara itu bagi menghalang presidennya Datuk Yong Teck Lee ditahan badan itu selepas cuba membawa usul undi tidak percaya terhadap Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Jun lalu.

Ketua penerangan baru SAPP Chong Pit Fah berkata, dakwaan Tan itu menunjukkan keputusan BPR boleh dipengaruhi oleh perdana menteri.

Beliau juga ingin tahu sekiranya terdapat pihak lain seperti menteri yang mempunyai pengaruh yang sama terhadap badan itu.

Sementara itu, lapor Bernama, Tan masih berteka-teki tentang keanggotaannya dalam parti lamanya itu.

Ditanya sama ada beliau telah meninggalkan SAPP, Tan berkata:

"Itu anda kena tanya mereka (SAPP). Adakah anda bertanya mereka sama ada mereka menghantar surat kepada BN untuk memaklumkan secara rasmi bahawa SAPP telah keluar daripada BN?

"Saya belajar daripada merekalah, itulah apa yang mereka buat.

"Mereka mengisytiharkan sudah keluar daripada BN, maka saya juga isytiharkan saya sudah keluar daripada SAPP."

Tan kemudian dilaporkan berkata, kerana beliau tidak menghantar sebarang surat peletakan jawatan kepada SAPP, maka beliau menyerahkan kepada parti itu untuk menangani perkara berkenaan.

Beliau, yang ingin melepas jawatan-jawatan timbalan ketua menteri dan menteri pembangunan infrastruktur Sabah selepas tindakan SAPP itu, dibenarkan kekal dengan jawatan tersebut.

Status beliau akan diputuskan oleh Ketua Menteri Datuk Seri
Musa Aman membincangkan perkara itu dengan parti-parti komponen BN.

- Malaysiakini

AR: Inilah nasib bagi mereka yang ingin melompat.... takkan tak tahu, UMNO nih jahat!!!!

UPKO cadang ISA dikaji semula


KOTA KINABALU: UPKO meminta kerajaan mengkaji semula kebekersanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Setiausaha Agungnnya Datuk Wilfred Madius Tangau hari ini berkata parti komponen Barisan Nasional itu merasakan ISA sepatutnya digunakan terhadap individu yang mengancam keselamatan negara seperti pengganas.

Beliau meminta kerajaan supaya memastikan akta itu tidak digunakan sewenang-wenangnya.

Tangau berkata beberapa individu telah ditahan mengikut ISA kerana disyaki terlibat dalam penyalahgunaan dalam pengeluaran kad pengenalan di Sabah beberapa tahun lepas tetapi tindakan itu tidak menunjukkan hasil berkesan.

"Ia sekadar menimbulkan kesulitan kepada individu yang berkenaan dan keluarga mereka," katanya. BERNAMA

- mSTAR

AR: Apa tunggu lagi, takyah cadang2.... hantar aje segerombolan rakyat bersama-sama pemimpin UPKO jumpa si DOLAH BADAWI!!! setakat cadang, cam bercakap dalam selimut ajelah jawabnya... dah tahu ISA selama ini, dulu, kini dan selama-lamanya diperkudakan UMNO!!!

CUEPACS lega 16 September gagal


MACHANG: Kongres Kesatuan PekerjaPekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) cawangan Kelantan merasa lega tarikh 16 Sept yang ditetapkan pihak tertentu untuk mengambil alih pentadbiran kerajaan tidak menjadi kenyataan.

"Kami bersyukur kerana apa yang diperkatakan itu tidak terjadi. Sekiranya terjadi macam-macam perkara buruk boleh berlaku dan kita akan sentiasa berada di dalam kebimbangan," kata pengerusinya Shamsudin Mohd Noor kepada Bernama.

Beliau berkata kakitangan awam mungkin kehilangan pekerjaan ekoran negara menjadi kucar kacir sekiranya berlaku peralihan kuasa tanpa mengikut lunas perlembagaan yang betul.

Shamsudin turut bersyukur dengan pemberian sebulan bonus oleh kerajaan tahun ini yang akan meringankan beban kewangan kakitangan awam terutama pada musim perayaan dan persekolahan. BERNAMA

- mSTAR

AR: Korang semua nih takut?? takut kat UMNO yang jahat kan??? UMNO nih memang dari dulu, kini dan selama-lamnya jahat... pemimpin UMNO semuanya dalam kategori penjenayah, cuma di lindung oleh BADAN UMNO yang menggunakan POLIS!!!!

Muhammad: Anggota MT bocor maklumat petualang dalam Umno



SUNGAI BESAR: Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd Taib hari ini menyifatkan mana-mana anggota Majlis Tertinggi (MT) parti itu yang membocorkan sebarang maklumat perbincangan tertutup mesyuarat MT kepada pihak luar sebagai petualang. Beliau berkata sebagai anggota MT mereka sepatutnya perlu berpegang kepada etika dan tatasusila ketika menghadiri mana-mana mesyuarat sama ada di peringkat MT atau negeri.

"Kalau kita bocorkan apa yang dibincangkan dalam mesyuarat bermakna kita boleh dikategori sebagai petualang. "Perangai petualang harus tidak ada pada pemimpin dalam parti kita kerana perbuatan ini jijik dan memalukan," katanya selepas menyampaikan sumbangan kepada 71 penduduk di Sungai Panjang di sini, yang rumah mereka rosak dilanda ribut semalam.

Muhammad berkata demikian ketika mengulas laporan akhbar Berita Harian hari ini yang memetik kenyataan Ketua Pergerakan Wanita Umno, Tan Sri Rafidah Aziz yang menyelar tindakan anggota MT membocorkan maklumat dan menyifatkannya sebagai tidak amanah. BERNAMA

- mSTAR

AR: Camner korang tak bergaduh..... Saipoool tuh petualang siapa? bukan ke saypool tuh agen UMNO??? kahkahakha..... Mat Taib nih penuh dengan RASUAH... still jadik pemimpin????

Umno Pulau Pinang sokong peralihan kuasa Abdullah-Najib pada 2010

PETALING JAYA : Semua 13 bahagian Umno di Pulau Pinang termasuk ketiga-tiga sayap parti itu iaitu Wanita, Pemuda dan Puteri menyokong penuh pelan peralihan kuasa antara Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan timbalannya, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pada 2010.

- mSTAR

AR : UMNO penang nih sokong ada maknaaaaa tuh!!!

Biro Pengaduan Awam Akan Kaji Semula Peruntukan Makanan Bagi Tahanan


Oleh ZANARIAH ABD MUTALIB

SHAH ALAM: Biro Pengaduan Awam (BPA) akan mengkaji semula peruntukan makanan yang diberikan kepada semua tahanan termasuk yang belum didapati bersalah, telah dijatuh hukum dan pendatang tanpa izin jika didapati peruntukan sedia ada tidak mencukupi.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, T. Murugiah berkata, setakat ini, beliau tidak pasti jumlah peruntukan sebenar bagi tahanan lokap tetapi jumlah tidak rasmi yang diberitahu kepada beliau adalah RM5.80 sehari.

“Jika jumlah itu betul untuk makan pagi, tengah hari dan malam, ia memang tidak cukup memandangkan pembekal (makanan) tidak boleh memberi dengan harga murah memandangkan harga barang sudah naik.

“Jika ini peruntukan lama dan tidak dinaikkan mengikut kadar semasa, kita akan lihat dan cadangkan supaya ia dinaikkan untuk semua ,” katanya semasa sidang media selepas perjumpaan kira-kira satu jam dengan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok di pejabatnya di sini, yang sebelum ini tidak puas hati dengan menu makanan yang dihidangkan kepadanya sepanjang tujuh hari ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Katanya, beliau akan mengarahkan pegawainya menyiasat peruntukan tersebut dalam masa seminggu dan laporan siasatan itu akan diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar.

Murugiah berkata, beliau juga akan menyiasat senarai menu makanan yang diberikan Teresa.

Katanya, Teresa merupakan tahanan politik dan masih belum didapati bersalah justeru Teresa tidak boleh dilayan seperti orang yang sudah dijatuhkan hukum.

Sementara itu, Teresa menafikan yang beliau menyamakan makanan yang diberikan kepadanya dalam tahanan seperti 'makanan anjing' seperti yang dilaporkan sebuah akhbar tempatan.

“Ketika ditanya pemberita semasa sidang media selepas dibebaskan berhubung layanan kepada saya semasa dalam tahanan, saya berkata, bilik itu kecil dan makanan tidak sedap, lebih baik sedikit dari makanan anjing,” katanya

Beliau turut melahirkan rasa kesalnya terhadap akhbar terbabit yang dikatakan cuba memuatr belitkan kenyataannya.

Teresa berkata, beliau tidak dapat mengingati semua menu yang dihidangkan tetapi sepanjang tujuh hari ditahan, hanya sekali sahaja beliau diberi dua keping ayam dan ikan kembung tengah hari dan malam sebanyak dua kali.

“Sepatutnya (makanan) lebih baik daripada yang dibekalkan dan diet yang seimbang seperti sayuran dan daging,” katanya yang mengakui makanan yang dihidangkan tidak memenuhi nutrisi.

Katanya, sepanjang ditahan, beliau berjumpa dengan doktor sebanyak dua kali dan turut dibekalkan dengan makanan tambahan termasuk Vitamin C dan B Complex.
Teresa turut mengakui beliau tidak dapat menyesuaikan diri dengan keadaan dalam lokap.

“Macam saya ada program dari pagi sampai malam. Siapa yang boleh sesuaikan diri dalam bilik enam kaki kali lapan kaki.

Tidak akan ada orang yang boleh,” katanya.
Katanya, beliau adalah seorang tahanan politik dan bukan penjenayah, justeru tidak sepatutnya beliau dikurung di dalam sebuah sel kurungan persendirian yang berukuran enam kali kali lapan kaki yang memang dikhususkan untuk penjenayah.

- mSTAR

Kerajaan baru tetap berasaskan pelbagai kaum


Oleh : Irwan Muhammad Zain

KUALA LUMPUR, 22 Sept (Hrkh) - Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu menyangkal dakwaan bahawa akan wujud ketegangan dan mencetuskan suasana tidak baik kepada perniagaan dan ekonomi jika semua parti berasaskan kaum Cina berpihak kepada pembangkang.

Beliau berpendapat sokongan daripada kaum Cina kepada pembangkang dewasa ini menunjukkan bahawa masyarakat tersebut inginkan sebuah kerajaan baru ditubuhkan di negara ini.

"Tidak timbul soal sokongan kepada pembangkang kerana orang Cina sekarang menyokong kerajaan yang bakal ditubuhkan," kata beliau.

Selain itu beliau turut menyangkal dakwaan Naib Presiden MCA, Dato' Donald Lim Siang bahawa hanya parti berasaskan orang Melayu menjadi parti memerintah jika semua parti kaum Cina menyokong pembangkang.

"Bila ditubuhkan kerajaan baru, ianya masih kerajaan yang pelbagai kaum bukan hanya dikuasai Melayu," tambah beliau lagi.

Mohamad juga kesal kerana Naib Presiden MCA itu cuba mengalihkan perhatian terhadap keretakan dalaman MCA kepada sesuatu perkara yang langsung tidak menjadi isu.

Dalam laporan akhbar Utusan Malaysia hari ini, Naib Presiden MCA, Dato' Donald Lim Siang Chai dilaporkan berkata akan wujud ketegangan dan mencetuskan suasana tidak baik kepada perniagaan dan ekonomi jika semua parti berasaskan kaum Cina berpihak kepada pembangkang dan hanya parti berasaskan orang Melayu menjadi parti memerintah.

Sementara itu Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub pula berpendapat kenyataan Donald Lim Siang itu mengambarkan satu sikap perkauman yang sempit.

Beliau juga menjelaskan bahawa kenyataan itu mengambarkan bahawa MCA kini berada dalam keadaan terdesak dan parti tersebut tidak memahami erti demokrasi yang sebenarnya.

"MCA sebenarnya menghadapi masalah yang sama dengan Umno iaitu parti itu juga sedang menuju kehancuran," kata beliau.

Salahuddin juga menegaskan bahawa pendapat yang dikeluarkan oleh Naib Presiden MCA itu mengambarkan bahawa MCA sebenarnya merupakan sebuah parti chauvenist Cina.

"MCA sering menuduh DAP sebagai parti chauvenist Cina sedangkan hakikatnya mereka yang bersifat begitu," tegas beliau.

Beliau turut menegaskan bahawa MCA dan Umno adalah merupakan dua buah parti yang sering mewujudkan masalah kaum di negara ini. - mks._

- Harakah

Petisyen Umno bagi Dun Ladang ditolak


KUALA TERENGGANU, 22 Sept (Hrkh) - Mahkamah Pilihan Raya di sini hari ini, menolak petisyen pilihan raya oleh Umno Terengganu yang memohon pemeriksaan rapi dan pengiraan undi pos bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Ladang.

Bernama melaporkan, keputusan itu dibacakan oleh Hakim Dato' Ramly Ali berikutan kegagalan pempetisyen mengemukakan bukti munasabah berhubung dakwaan bahawa kerani Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak melaksanakan tugas dalam mengendalikan kertas undi pos tersebut.

"Setelah menimbang semua keterangan, pempetisyen gagal membuktikan petisyen (yang memohon pemeriksaan rapi dan pengiraan undi pos). Dengan ini petisyen (Umno Terengganu) ditolak," katanya.

Pada 28 April lepas, Umno Terengganu memfailkan petisyen memohon pemeriksaan semula dilakukan terhadap 127 undi pos bagi Dun Ladang yang ditolak SPR pada hari pengundian 8 Mac lepas.

Petisyen tersebut dikemukakan oleh Ketua Umno Cawangan Lorong Kemunting, Mahari Endut yang menamakan tiga pihak iaitu Pegawai Pengurusan Pilihan Raya bagi Parlimen Kuala Terengganu, Dato' Md Razali Kassim, SPR dan Anggota Dewan Undangan Negeri Ladang, Dato' Tengku Hassan Tengku Omar sebagai responden.

Mahari diwakili oleh barisan peguam diketuai Dato' Muhammad Shafee Abdullah manakala Peguam Kanan Persekutuan, Dato' Kamaluddin Mohd Said mewakili SPR dan Tengku Hassan pula diwakili peguam Dato' Wan Abdul Muttalib Embong.

Pada pilihan raya umum ke-12 8 Mac lepas, calon Barisan Nasional (BN) Dato' Wan Hisham Wan Salleh kalah dengan majoriti tipis 31 undi kepada Tengku Hassan daripada PAS.

Ketika ditemui di luar mahkamah, Wan Abdul Muttalib berkata mahkamah menolak petisyen yang dikemukakan oleh Umno Terengganu kerana tiada keterangan daripada saksi-saksi pempetisyen yang boleh membatalkan kemenangan Tengku Hassan itu.

Beliau berkata mahkamah mendapati kerani-kerani SPR telah melaksanakan tugas dengan sempurna serta mengikut undang-undang dalam mengendalikan kertas undi pos berkenaan.

Sementara itu, Tengku Hassan berkata sejak daripada awal, beliau sudah menjangka untuk memenangi kes itu.

Sehubungan itu, beliau berkata tugasnya kini adalah untuk memberi sepenuh perhatian dalam memberikan khidmat kepada pengundi di Dun Ladang.

Dalam pada itu, Wan Hisham berkata beliau akan memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan berhubung keputusan itu.

"Saya menerima keputusan ini. Masih ada ruang untuk saya membuat rayuan di Mahkamah Persekutuan," katanya. - mks. _

- Harakah

Khutbah Aidilfitri 1429H Daripada Tuan Guru Haji Hadi Awang


Khutbah AidilFitri 1429H
Oleh : Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang


الله أكبر , الله أكبر , الله أكبر , الله أكبر , الله أكبر, الله أكبر , الله أكبر , الله أكبر , الله أكبر , ولله الحمد .الحمد لله نحمده ونستعينه ونستهديه ونستغفره , ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيئات أعمالنا , من يهد الله فلا مضل له , ومن يضلل فلا هادي له . أشهد أن لا إله الله وحده لا شريك له , وأشهد أن محمدا عبده ورسوله .
اللهم صل وسلم وبارك على حبيبنا وشفيعنا محمد , أشرف الأنباء والمرسلين , وعلى اله وصحبه أجمعين , والتابعين بإحسان إلى يوم الدين . فيا عباد الله ! , اتقوا الله , وتزودوا فإن خير الزاد التقوى , فقد فاز المتقون . واهي همب- همب الله ! برتقواله كفد الله , دان جاريله بكالن , مك سبأيك- بأيك بكالن ايت اياله برتقوى , مك برجاياله اورغ- اورغ يغبرتقوى . ستله سلسي منونايكن عبادة فواس سبولن رمضان , هاري اين كيت ميمبوت هاريراي دغن برسوكريا . افبيل كيت بركمبيرا دهاري اين , جاغن سكالي- كالي كيت لوفا مغهارفكن فواس يغ كيت تونايكن دالم ماس سبولن تله برجاي دان دتريما اوله الله دغن فهلا يغ بسر

Download Khutbah penuh
Fail Bentuk Doc.
Fail Bentuk PDF

Usul Undi Tak Percaya Bukan Satu-satunya Cara Pakatan Rakyat Dapat Ambil ALih Kerajaan Persekutuan!!!

No-confidence vote not the only way

The Sun, September 22, 2008
By Maria J. Dass


THE premise that Parliament has to be called for a vote of no-confidence against the prime minister (PM) to be passed is too simplistic, said advocate and solicitor Tommy Thomas. He was responding to an interview published on Thursday in theSun with constitutional law expert Prof Dr Shad Saleem Faruqi who said that under the Constitution [Article 43(4)], it is Parliament, and not the Agong, which must dismiss the PM.

Article 43(4) of the Constitution reads: If the PM ceases to command the confidence of the majority of the members of the House of Representatives, then, unless at his request the Yang di-Pertuan Agong dissolves Parliament, the prime minister shall tender the resignation of the cabinet.

“However, for Shad’s interpretation to be correct, Article 43(4) ought to read like this: If the Prime Minister is defeated on a motion of confidence in the House of Representatives, then…” Thomas said.

If Shad’s interpretation is right, it was limited to only one occasion and one fact pattern – that the matter needs to be brought to the Dewan Rakyat, he said, adding that the broad scope of the Constitution allowed for other methods to be applied.

“I accept the method Shad mentioned as the traditional method and the first method of preference; where I am disagreeing is that it is not the only method,” he said in an interview last Friday.

He said Article 43(4) represented the Reid Commission report draft and maintained its original form and essentially codified the British Constitutional principle that awards the Agong the exact same powers as the British monarch has. He said nearly all Commonwealth countries had persons who were in similar positions to the British monarch and had the same powers. India, being a republic, has a president while Australia and New Zealand have governors-general to represent the Queen. So what are the other methods instead of a no-confidence vote?

Thomas: To answer this we have to first look at the fact that in almost every Commonwealth nation, there is a supreme head, a constitutional monarch. In Malaysia, it is the Agong as stipulated in Article 32(1) of the Federal Constitution. This supreme head has to be above politics and serve the role of stabilising the nation, especially in a time of crisis like this.

Article 43(2)(a), which states that the Yang di-Pertuan Agong shall first appoint PM to preside over the cabinet a member of the House of Representative who in his judgment is likely to command the confidence of the majority of the members of that House, leaves the discretion of appointing the PM to the Agong.

The King has to take the advice of the PM 99.999% of the time according to Article 40(1); however the Agong may act in his discretion to appoint the PM and to withhold the consent to a request for the dissolution of Parliament according to Article 40(2).

In some situations he doesn’t take the PM’s advice because the advice may be self-serving. In the case where a PM does not enjoy the support of the majority, his self-serving advice may be to “keep me, don’t sack me”.

So in these situations and in times of trouble, the King should look above the advice and speak up in the interest of the nation.

As a constitutional monarch, the Agong cannot remove the PM unless he is convinced that the PM has lost the confidence of the majority of Dewan Rakyat members as stipulated in Article 43(4) and 40(3).

If the events in 43(4) occur, then the PM can be dismissed if he doesn’t resign.

The provisions in the Constitution give the King a very broad discretion, but he cannot act as a dictator as there are restraints to his absolute discretion. For example, he cannot appoint you or me to be PM because of the simple reason that we are not members of the lower house. That tells you straight away that the choice is limited to 222 people.

How does the King exercise his discretion if there is no vote of no-confidence?

A written and signed declaration signed by the majority members of the lower house, where if a member/members of Parliament sees him and produce documents to show that more than the majority needed have signed a declaration of no confidence.

If the King is satisfied with that and genuineness of the signatures, then he can accept that – the method of ascertaining the losing of confidence.

- Anwar Ibrahim blog

Pak Lah Set To Defend UMNO Presidency


KUALA LUMPUR, Sept 22 — Barring a last-minute turnaround, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi will go ahead and defend his position as Umno party president, despite some pressure from the ground for him to short-circuit his transition plan.

Sources told The Malaysian Insider that the Prime Minister reached this decision after meeting several Umno supreme council members, state liaison chiefs and political operatives over the weekend at his official residence Sri Perdana.

The consensus among this group, which includes Umno secretary-general Tengku Adnan Mansor, is that Abdullah should be able to garner the minimum 58 nominations needed to contest the top post. Abdullah's supporters said that with the green light from him, they will hit the ground and conduct a no-holds-barred campaign for the next few weeks to ensure that he gets the nominations when Umno divisions begin their divisional meetings.

This decision by Abdullah to defend his party president's position will come as a surprise to many, especially those in Datuk Seri Najib Razak's camp. During the supreme council meeting on Thursday, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Hishammuddin Hussein, Datuk Rafidah Aziz and Datuk Shafie Apdal urged Abdullah to hand over the reins to Najib soon, with Rafidah saying that the PM will face difficulty getting the minimum number of nominations.

Hearing this feedback, many party officials and political pundits expected him to announce that he would not contest the party elections.

But instead of demoralising Abdullah and his supporters, the attack by Hishammuddin and others had the opposite effect. Abdullah's camp felt that despite being magnanimous by handing over the Finance portfolio and even suggesting during a press conference that he would hand over power to Najib much earlier than 2010, he was being pushed to the wall.

A senior party official told The Malaysian Insider: "You can push someone up to a point only. After that it becomes humiliating. So it is rubbish to say that Pak Lah will be humiliated if he contests the party elections. Some people are already trying to do this. He has nothing to lose by keeping to the original transition plan.''

This decision will spook the DPM and his supporters. Najib can ill-afford an all-out battle for the party presidency. With his strong support base on the ground he will be the favourite to get more nominations than Abdullah but it will come at a great cost to him and his desire to lead a united party.

As such, Najib is likely to support Abdullah's desire to contest the party elections, knowing that a no-holds-barred contest will damage both of them badly.

- The Malaysian Insider

AR: Orang tua nih.... Dolah Badawilah.... memang degil sikit, dia nak bagi jawatan PM ke enam kat KJ aje..... dalam masa 2010, hajatnya sempat nak rejek Najib.... alih2, dia pun dah kena hentam gila2.... Tapi, kalau peralihan kuasa daripada UMNO/BN kepada Pakatan Rakyat lagi aku suka....

Tarikh akhir 9 Oktober: Terpulang Kepada Keputusan Perdana Menteri, Muhyiddin


KUALA LUMPUR: Naib Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata terpulanglah kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memutuskan sama ada akan mengundurkan diri atau tidak pada 9 Oktober.

"Kita serahkan kepada Perdana Menteri dan juga Presiden Umno untuk memikirkannya. Saya tidak fikir ada keperluan untuk memberikan tekanan atau memperkatakan lagi mengenainya.

"Saya fikir beliau sedar apa yang berlaku pada peringkat akar umbi. Beliau boleh dapat banyak maklumat daripada para pegawai dan sumbersumber politiknya untuk menilai apa yang telah berlaku di sana (akar umbi)," kata beliau ketika ditanya sama ada Perdana Menteri akan mengundurkan diri pada 9 Oktober.

Muhyiddin yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Forum Perniagaan Malaysia-Jepun, yang dianjurkan Persatuan Ekonomi Malaysia-Jepun (Majeca) di sini hari ini.

"Apa juga kenyataan, Saya fikir ia bukanlah ada kaitan sangat dengan keadaan, ramai yang telah menyuarakan pandangan mereka dan saya adalah salah seorang daripada mereka.

"Isu pelan peralihan, Saya tidak fikir kita perlu memberikan tekanan kuat kepada sesiapa untuk tujuan ini. Saya fikir, yang paling penting ialah apa yang Datuk Seri Najib (Tun Razak) katakan bahawa keputusan paling penting akan diputuskan oleh perwakilan pada mesyuarat bahagian yang akan bermula Oktober ini," kata Muhyiddin.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau turut ditanya sama ada isu peralihan kuasa itu akan mempengaruhi anggota Umno dan beliau berkata:

"Saya berpendapat ahli yang ada sekarang ini terdiri daripada mereka yang memahami dan tahu dan mengikuti perkembangan sedekatdekatnya.

Mereka juga mempunyai aspirasi dan citacita, mereka faham apa yang dirasa rakyat secara keseluruhan.

"Mereka tidak terasing daripada apa yang dirasakan oleh masyarakat majmuk. Mereka juga memikirkan tentang parti, soal negara. Apa pun sentimen seperti ini kita tidak boleh memperkecilkan," katanya. BERNAMA

- mSTAR

'Mentaliti Suka Haramkan' Punca PAS T'ganu Tewas


Pendekatan keras dan tiada senarai keutamaan menyebabkan PAS Terengganu tewas di tangan BN dalam pilihanraya umum ke-12 yang lalu, kata Timbalan Pesuruhjaya II PAS Selangor, Khalid Abdul Samad.

“Kami di Selangor yang jauh lebih lemah daripada mereka, tetapi kami berjaya. Lalu apa yang perlu difikirkan ialah mungkin ada strategi dan kaedah mereka yang perlu diperbaiki.

“Kerana tidak ada sebab mereka harus kalah, sedangkan negeri-negeri lain yang yang lebih sukar, kita boleh menang,” katanya dalam satu temubual.

PAS negeri itu di bawah pimpinan pesuruhjayanya Datuk Mustafa Ali dikatakan mempunyai “mentaliti mengharamkan apabila berkuasa” daripada “menyediakan suasana maa'ruf”.

Antara yang menjadi sasarannya, tambah Khalid, persembahan konsert, minuman keras, judi dan cara berpakaian.

Bercakap kepada Ummahonline.com minggu lalu, beliau turut mengkritik kenyataan Mustafa yang bernada tidak yakin dengan projek peralihan kuasa yang diusahakan penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 16 September lalu.

Tindakan itu, menurut Khalid, “cukup merugikan kerjasama politik dan setiakawan” dengan dua parti lain dalam Pakatan Rakyat.

Mengulas kontroversi kenyataan Mustafa dalam Utusan Malaysia dan Harakah – masing-masing 11 dan 12 September lalu, Khalid berkata:

“Sama ada bermoral ataupun diktator (tindakan Mustafa), saya tidak mahu cakaplah. Tapi, memang tidak patutlah dia buat begitu.

“Dia sepatutnya menyedari bahawa Harakah sepatutnya digunakan untuk pandangan rasmi, ataupun untuk mana-mana pandangan-pandangan yang selari dengan pandangan yang rasmi."

Beliau turut mengakui, “sedikit sebanyak ada kebenaran” bahawa presiden parti itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang dipengaruhi Mustafa dalam merumuskan keputusan parti.

“Saya rasa sedikit sebanyak mesti ada kebenaran. Saya tahu bahawa Ustaz Hadi menghormati Cikgu Pa dari segi bacaan politiknya,” katanya.

Rundingan sulit PAS-Umno, yang mendapat sokongan kuat Abdul Hadi, dikatakan didorong oleh analisis Mustafa.

- Malaysiakini

Agong atau parlimen?

Oleh: Professor Abdul Aziz Bari

Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi telah menolak cadangan Dato Seri Anwar agar diadakan satu persidangan khas parlimen untuk membahaskan perkembangan mutakhir politik negara. Ini menunjukkan betapa sukarnya untuk memanggil sidang khas parlimen bagi membincangkan usul undi tidak percaya walaupun cara ini adalah demokratik dan berperlembagaan. Budaya politik dan perundangan negara kita menyebabkan ia sukar berlaku.

Sistem politik negara kita adalah berteraskan sistem Westminster yang mana fungsi ketua negara terpisah daripada fungsi ketua kerajaan. Walaupun Yang Di-Pertuan Agong lebih banyak memainkan peranan simbolik, Baginda sebenarnya berkuasa untuk memainkan peranan yang lebih aktif dalam situasi yang perlu.

Yang Dipertuan Agong dan politik

Para penasihat Anwar mungkin agak gusar jika beliau terus pergi mengadap Yang Di-Pertuan Agong untuk mendapatkan perkenan untuk membentuk kerajaan baru. Mereka mungkin tidak mahu Yang Di-Pertuan Agong terlibat secara langsung dalam politik.

Para penasihat ini seolah-olah bimbang dan tidak menghiraukan peranan penting Yang Di-Pertuan Agong dalam menjaga negara – satu perkara biasa dalam sistem Westminster yang kita amalkan. Dan ini tidak terhad kepada negara-negara yang mempunyai Raja (sistem monarki) sahaja. Negara republik seperti India turut membolehkan ketua negaranya memainkan peranan dalam situasi luar biasa, walaupun biasanya ketua negara tersebut hanya memainkan peranan simbolik sahaja. Peranan sebegini sebenarnya pernah diutarakan oleh Laporan Suruhanjaya Reid. Tetapi, oleh kerana ini merupakan kali pertama kita menghadapi situasi sebegini, kebimbangan mereka boleh difahami.

Bagaimanapun Anwar tidak menolak kemungkinan untuk pergi terus ke Istana. Oleh kerana Abdullah telah menolak cadangan agar diadakan sidang khas parlimen, Anwar kini mempunyai sebab untuk memohon mengadap Yang Di-Pertuan Agong.

Sistem perundangan kita tidak menyebut dengan jelas sama ada pertukaran kerajaan hanya boleh dibuat melalui parlimen. Artikel 43(4) dalam Perlembagaan memungkinkan pertukaran dibuat dengan cara majoriti ahli parlimen memaklumkan kepada Yang Di-Pertuan Agong bahawa mereka telah menarik balik sokongan terhadap kerajaan sedia ada. Ini akan mewajibkan Perdana Menteri meletak jawatan. Yang Di-Pertuan Agong kemudiannya boleh melantik seorang ahli parlimen yang mempunyai sokongan majoriti dalam Dewan Rakyat untuk menjadi Perdana Menteri baru.

Hujah salah

Pertukaran kerajaan melalui undi tidak percaya merupakan perkara yang pernah berlaku di negara-negara Komanwel lain. Tetapi ia amat sukar dilakukan di Malaysia kerana UMNO menyekat sebarang usaha membentangkan usul undi tidak percaya.

Speaker Parlimen Pandikar Amin Mulia mengatakan bahawa Perdana Menteri mempunyai kuasa penuh untuk memutuskan sama ada mahu memanggil sidang khas parlimen atau tidak. Rasanya Perlembagaan kita tidak bermaksud untuk memberi kuasa kepada Perdana Menteri membuat kata putus dalam hal ini. Perdana Menteri merupakan ketua Eksekutif dan jika beliau mempunyai kuasa mutlak, maka ini seolah-olah meletakkan Legislatif di bawah Eksekutif. Pasti ini bertentangan dengan konsep pemisahan kuasa yang dituntut oleh sistem politik negara kita. Selain itu, sukar dibayangkan sesebuah kerajaan akan bersetuju untuk memanggil sidang khas parlimen jika terdapat hal-hal yang mengancam penerusan hayat kerajaan tersebut. Hujah bahawa Perdana Menteri sahaja berkuasa memanggil parlimen adalah lemah.

Speaker Pandikar Amin Mulia ada juga memetik peraturan parlimen (Standing Orders) dalam membuat keputusan beliau. Tetapi peraturan parlimen dibentuk berasaskan peruntukan Perlembagaan Artikel 62(1). Peraturan ini statusnya lebih rendah daripada Perlembagaan. Apabila Speaker menggunakan hujah peraturan parlimen, beliau seolah-oleh mengatakan bahawa peraturan tersebut lebih tinggi daripada Perlembagaan. Ini tidak betul.

Yang Di-Pertuan Agong berhak untuk memanggil persidangan parlimen tergempar. Tidak mungkin apabila Baginda mempunyai kuasa memprorog dan membubarkan parlimen seperti termaktub dalam Artikel 55 Perlembagaan, Baginda tidak pula berhak memanggil parlimen bersidang. Artikel 40(2) pula merupakan satu artikel umum dan situasi sekarang lebih kelihatan sebagai satu pengecualian.

Yang Di-Pertuan Agong memang mempunyai peranan dalam situasi sekarang. Ini bukan luar biasa kerana sistem yang kita amalkan kadang kala memang memerlukan tindakan-tindakan tertentu untuk membolehkan ia berfungsi dengan baik. Yang Di-Pertuan Agong perlu memainkan peranan untuk memastikan Perlembagaan boleh terus terlaksana.

Yang pastinya, ini bukanlah penamat bagi Abdullah. Sekiranya Anwar berjaya membentuk kerajaan, Abdullah juga boleh mencabar Anwar dengan cara yang sama. Inilah sebabnya kenapa Abdullah perlu membenarkan sistem Westminster yang kita amalkan berfungsi seperti sewajarnya.

Anwar telah berjanji akan menghormati Perlembagaan. Maka mungkin langkah pertama yang perlu beliau usulkan ialah membolehkan Speaker dilantik melalui pengundian bebas. Parlimen kita akan menghampiri status parlimen kelas pertama jika Speaker yang dipilih ialah dari kalangan parti pembangkang.

Kuasa Agong atau kuasa parlimen?

Kembali kepada dua cara penukaran kerajaan tadi, iaitu sama ada melalui undi tidak percaya di parlimen atau melalui kuasa Yang Di-Pertuan Agong, saya rasa kedua-duanya dibenarkan oleh kerangka Artikel 43(4) Perlembagaan kita.

Cara pertama iaitu pengundian di parlimen memanglah cara yang paling ideal dan lebih demokratik. Cara ini telah berlaku jika kita teliti kes Datuk Stephen Kalong Ningkan, bekas Ketua Menteri Sarawak, pada tahun 1966. Tetapi ini hanya boleh berlaku dalam satu sistem politik yang terbuka dan demokratik. Bolehkah ia berlaku dalam situasi Malaysia sekarang? Kita boleh melihat dengan jelas betapa kerajaan Barisan Nasional berusaha sedaya upaya menghalang usul undi tidak percaya dibahaskan di Parlimen termasuklah dengan mengancam penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Cara kedua, iaitu melalui tindakan Yang Di-Pertuan Agong, terhasil daripada pembacaan literal Artikel 43(4) bersama dengan Artikel 40(2)(a). Cara ini yang lebih cepat daripada cara pertama tadi. Dan, oleh kerana terdapat unsur-unsur tidak demokratik dalam menghalang tercapainya cara pertama, maka mungkin cara kedua ini lebih praktikal. Ia juga boleh menghalang kerajaan daripada terus menerus menyekat perubahan. Tetapi cara ini amat bergantung kepada kemahuan Yang Di-Pertuan Agong untuk memainkan peranan yang lebih proaktif.

Mungkin wajar disebut di sini bahawa terdapat negara-negara demokrasi yang stabil di Eropah yang turut mengamalkan sistem monarki seperti kita. Di luar Eropah pula, telah terdapat Raja yang secara aktif membantu lahirnya demokrasi di negara mereka. Inilah yang berlaku di Sepanyol, Thailand dan juga sedikit sebanyak di Jordan. Adakah Raja-Raja kita juga mahu turut sama seperti Raja-Raja di negara-negara itu?

****
Professor Abdul Aziz Bari ialah Professor Undang-Undang di Universiti Islam Antarabangsa. Artikel ini diterjemahkan daripada artikel asal berbahasa Inggeris yang diterbitkan oleh Malaysiakini (19 September 2008)

Harga Baru Minyak Diputuskan Dalam Beberapa Hari



PUTRAJAYA: Kerajaan akan memutuskan kadar baru harga minyak dalam beberapa hari, kata Menteri Kewangan Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak.

Najib, yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata demikian selepas taklimat khas kepada beliau selepas dilantik sebagai Menteri Kewangan Rabu lalu.

Kelmarin, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, kerajaan dijangka akan membincangkan rancangan untuk menurunkan harga runcit minyak sebelum perayaan Aidilfitri pada mesyuarat Kabinet Rabu ini.

Menurut Shahrir, beliau akan membawa rancangan penurunan harga itu pada mesyuarat kabinet berkenaan untuk diputuskan jemaah menteri.

Beliau berkata kerajaan perlu meneliti tarikh penurunan harga minyak kerana penurunan harga dikhuatiri menyebabkan kekurangan bekalan pada musim perayaan ini.

Pada 23 Ogos lepas harga petrol dikurangkan sebanyak 15 sen kepada RM2.55 seliter daripada RM2.70.

- mSTAR


AR: Bila? bila? bila? nak turun harga minyak punyalah banyak alasan!!! Kalau naik, naik terus.....

Malaysia tidak akan tambat semula ringgit


PUTRAJAYA: Malaysia tidak akan menambat semula ringgit, kata Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak hari ini.

“Kita berkeyakinan tentang kedudukan ringgit dan mata wang tempatan itu yang mencerminkan nilai sebenarnya,” katanya di mesyuarat sulungnya di Kementeri Kewangan di sini hari ini.

Sehingga jam 9.08 pagi, ringgit dicatatkan lebih tinggi di paras 3.4120/4170 berbanding dolar AS di paras penutup 3.4570/4620 yang dicatatkan pada hari Jumaat.

Sabtu lalu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan pertukaran ringgit ditetapkan semula bagi menampan impak kelemahan dolar berbanding mata wang lain.

Najib, yang sebelum ini merupakan Menteri Pertahanan, telah bertukar portfolio dengan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. - Bernama

- Berita Harian

Bahagian Umno tidak pinggirkan Abdullah


Pemimpin-pemimpin Umno yakin pemilihan bahagian tidak akan meminggirkan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk pencalonan jawatan presiden seperti diuar-uarkan dalam Majlis Tertinggi (MT) minggu lalu.

Mereka percaya suara-suara mendesak Abdullah meletakkan jawatan menjelang pemilihan bahagian awal bulan depan "terlalu awal" kerana mesyuarat belum bermula.

Abdullah memerlukan pencalonan kira-kira 60 bahagian untuk layak bertanding dan pencabar terdekatnya yang boleh dicalonkan untuk jawatan tersebut sama ada timbalannya sendiri Datuk Seri Najib Razak atau Tengku Razaleigh Hamzah.

Seorang pemimpin bahagian di Pulau Pinang malah percaya anggota-anggota MT yang menyarankan idea sedemikian Khamis lalu sebagai "orang-orang naib presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin."

- Malaysiakini

Tindakan Polis di Ceramah Badar al-Qubra Biadap

Mohd Sabri Said

BUTTERWORTH, 22 Sept (Hrkh) -Tindakan polis menangkap dan mendesak agar ceramah memperingati Badar Al-Qubra' anjuran Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang di Dewan Putra Merdeka, Butterworth dihentikan semalam dianggap satu kebiadapan yang tidak boleh dimaafkan.

Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Hafiz Noordin dalam kenyataannya pada Harakahdaily menyifatkan tindakan itu juga mengambarkan polis masih mengamalkan sikap 'kuno' dan tidak profesional berhadapan dengan situasi berkenaan.
"Dewan Pemuda PAS Negeri kecam tindakan polis menangkap Setiausaha Dewan Pemuda PAS Kawasan Bagan, Sanusi Mohd Junid dan mengarahkan ceramah dihentikan serta-merta dengan alasan tiada permit dikeluarkan sebaliknya menyuruh ia diadakan di dalam dewan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), " ujarnya kesal.

Polis sepatutnya, memberitahu hal itu sejak permohonan permit dibuat bukan mengkhabarkan pada hari Jumaat baru lalu supaya dewan digunakan untuk tujuan itu.

Sedangkan katanya, Dewan Pemuda sudah memaklumkan dalam permohonan permit bersama pelan lakaran penggunaan padang dengan bayaran sewaan RM1,000.

"Kami terpaksa jalankan juga program semalam kerana ikut permit yang diminta padang itu menjadi hak kami kerana menyewa daripada MPSP. Lagipun ia tidak langsung mengganggu jalan raya tambahan Pasukan Unit Amal bersedia menjaga keselamatan sekiranya faktor itu dibimbangi, " tegasnya.

Tambahnya, sikap itu jelas mengambarkan, polis masih melaksanakan tugas untuk Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam keadaan Umno tengah nazak dan sekiranya ada anggota atasan yang bertanggungjawab semalam beliau harus tanggalkan uniform dan masuk Umno bergiat dalam arena politik tanahair secara sihat.

"Arahan polis menyuruh penggunaan dewan MPSP semalam tidak masuk akal kerana mana boleh sekelip mata ditukar begitu sahaja sebab ia melibatkan borang permohonan lain lebih-lebih lagi hari Sabtu dan Ahad cuti umum,"katanya lagi.

Sementara itu, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Yusni Mat Piah pula menyifatkan, kejadian semalam merupakan peristiwa pertama setelah bertukaran porfolio Menteri Pertahanan kepada Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi daripada timbalanya, Dato' Seri Najib Tun Razak.

Semasa kejadian semalam, pasukan keselamatan seolah ingin menimbulkan suasana tegang dengan bertindak menghalang Ustaz Hafiz daripada teruskan ceramahnya yang baru bermula lima minit.

"Keadaan boleh tegang lagi sekiranya Unit Amal tidak mengawal keadaan apabila menghalang kemasukan secara beramai-ramai pasukan polis termasuk Polis Bantuan yang berbaris di hadapan pentas. Mereka juga menghalau semua hadirin yang duduk di atas padang, " kata beliau yang juga Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Permatang Pauh.

Bukan itu sahaja malahan menangkap seorang ahli yang cuba mengawal P.A System daripada di rampas oleh polis juga satu tindakan yang tidak beradab.

Menjawab pertanyaan adakah Dewan Pemuda PAS Negeri lemah menghadapi senario itu beliau menambah, tidak sama sekali bahkan berjanji akan mengadakan ceramah yang lebih besar di tapak penubuhan PAS sejak 1951 itu.

Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu yang sampai pada pukul 9.45 malam cuma dibenarkan berucap setengah jam sahaja setelah polis berbincang dengan urusetia program.

Sementara itu, Sanusi yang ditahan di Balai Polis Butterworth akhirnya di bebaskan pada jam 2.30 pagi dengan jaminan polis. - mks.

- Harakah

Ribut Hagupit diramal landa Taiwan esok


TAIPEI: Biro kaji cuaca Taiwan hari ini mengeluarkan amaran ribut tropika akan melanda bahagian selatan negara itu, esok.

Ribut Hagupit yang berpusat di 390 kilometer (km) di tenggara Taiwan dijangka melanda awal pagi dan akan bergerak ke Terusan Bashi dengan kelajuan angin sehingga 144 kilimeter sejam.

Biro kaji cuara itu juga menyebut Hagupit, ribut keempat melanda Taiwan sepanjang tahun ini, diramal membawa hujan lebat dan angin kuat.

Minggu lalu, ribut Sinlaku melanda pulau itu dengan mengakibatkan banjir besar dan tanah runtuh sehingga 11 orang dilaporkan terbunuh manakala 11 lagi masih hilang. - AP

- Berita Harian

Qari Muda Julang Malaysia



DUBAI:
Muhammad Ahmad Zahid (gambar) mengharumkan nama Malaysia apabila menjuarai kategori bacaan terbaik pada majlis Anugerah al-Quran Antarabangsa Dubai (Dihqa) ke-12 yang berakhir di sini kelmarin.

Lebih membanggakan, hafiz berusia 13 tahun itu juga diberi penghormatan memperdengarkan bacaan al-Quran pada majlis penyampaian hadiah oleh Putera Mahkota Dubai, Sheikh Hamdan Mohammad Rashid Al Maktoum.

Berbaju Melayu dan bersongkok, Muhammad, dari Sekolah Darul Hikmah, Ampang, Selangor, gembira serta tidak putus-putus tersenyum menerima tahniah daripada pegawai kerajaan, peserta dan hadirin yang membanjiri Pusat Persatuan Kebudayaan dan Sains, Al Mamzar.

Muhammad, yang mengambil masa tiga tahun menghafal kitab suci itu, menerima hadiahnya pada upacara berasingan.

Johan keseluruhan Dihqa yang bermula awal bulan ini ialah Fares Al Aagam dari Yaman, naib johan, Noor Al Deen Al Younsi (Libya) dan ketiga, Khalid Al Ainati (Kuwait). Sebanyak 85 peserta mengambil bahagian.

Tiga pemenang utama itu masing-masing menerima 250,000 dirham, 200,000 dirham dan 150,000 dirham, manakala pemenang dari tempat keempat hingga ke-10 menerima antara 65,000 dirham dan 35,000 dirham. Satu dirham bersamaan kira-kira 95 sen.

Muhammad kelihatan yakin sebaik saja naik ke pentas memperdengarkan bacaannya di hadapan hadirin yang membanjiri dewan itu. Sebuah akhbar tempatan menyifatkan bacaan Muhammad sebagai 'amat mempesonakan'.

"Alhamdulillah," kata Muhammad apabila ditanya mengenai pengalamannya sebelum keluar dari dewan bersama rakan barunya selepas selesai majlis penyampaian hadiah yang turut dihadiri Duta Besar Malaysia di Dubai, Syed Mohamad Hasrin Tengku Hussin.

Terdahulu, dalam temubual dengan Bernama, Muhammad berkata, dia mula berlatih menghafal al-Quran ketika berusia tujuh tahun dan amat terhutang budi kepada bapanya, yang bertugas sebagai penasihat undang-undang dan ibunya, seorang doktor gigi, atas dorongan mereka.

"Pada mulanya, ia memang amat susah, tapi lama-kelamaan, ia semakin mudah. Minat yang mendalam dalam bidang ini juga banyak membantu saya," kata Muhammad yang berasal dari Kuala Lumpur.

Selain Dubai, bakat dan kebolehan yang dimiliki pernah membawa Muhammad ke banyak tempat, termasuk Austria, apabila dijemput memperdengarkan bacaan al-Quran pada 2006. Muhammad juga sering dijemput mengimamkan solat di pelbagai masjid di Malaysia.

Remaja itu berkata, dia menghabiskan sebahagian besar bulan Ramadan di sini dan tidak sabar untuk pulang ke tanah air bagi menikmati suasana berpuasa dan menyambut Aidilfitri bersama keluarganya.

- Berita Harian


AR: Umur baru 13 tahun aje.... Tahniah kepada adik Muhammad Ahmad Zahid!!!

Blog Stats