Sumbangan ~ Tolong Klik.... Thanks.

Sunday, November 30, 2008

Hottt!!! Hisham Meroyan Nak Masuk Parti Pembangkang - malaysiakini

Betul ke tak betul nih sham????? Lebih baik jadi pembangkang, dan lebih baik joint PAKATAN RAKYAT????

Tapi, masih kebudak-budakan komenmu itu....... nampak gaya, mungkin ko akan kalah untuk merebut 3 Jawatan Naib Presiden UMNO nanti, walaupun percalonanmu Meriah......


aku ambillah nak tunjuk, Utusan tulis nih.......

Lebih baik jadi pembangkang - Hishammuddin

KUALA LUMPUR 29 Nov. - Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menegaskan lebih baik bagi pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) menyertai sahaja parti pembangkang sekiranya mahu terus mengungkit sejarah dan fakta negara.

Beliau berkata, dengan menidakkan sejarah termasuk konsep ketuanan Melayu, mereka hanya meletakkan diri dalam wajah yang sama dengan pembangkang iaitu berpolitik pada landasan kaum serta agama dan sebab itu lebih baik untuk mereka berada bersama pembangkang.

Tegas beliau, kenyataan-kenyataan yang mengungkit soal sejarah ini jika diteliti bukanlah dilakukan melalui hati yang ikhlas tetapi lebih kerana kepentingan peribadi dan politik sahaja.

Baginya, pemimpin yang mengungkit perkara itu sengaja mahu menjadi 'hero' atau menjadikan perkara itu sebagai isu untuk meletakkan kawan-kawan sendiri dalam partinya atau parti lain berada dalam situasi yang perlu menjawab kepada isu yang dibangkitkan itu.

''Selepas 8 Mac, kita berada dalam landskap politik yang baru dan semua tercari-cari macam mana nak posisikan diri dan perjuangan.

''Namun kalau letakkan diri dalam takuk lama seperti dalam keadaan pembangkang, maka akhirnya lebih baik mereka duduk dalam pembangkang,'' katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Pertemuan Alumni Maktab Kirkby Malaysia di sini hari ini.

Hishammuddin diminta mengulas kenyataan Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek yang menolak konsep ketuanan Melayu sebaliknya hanya mengakui konsep kepimpinan Melayu.

Bagi Pemuda UMNO, katanya, sayap itu mengetahui dan memahami apakah sejarah dan kedudukan Perlembagaan negara.

Justeru menurut beliau, bukan cara Pemuda UMNO untuk menjadi relevan dengan mengungkit sesuatu perkara yang hanya boleh menyebabkan diri menjadi hero tetapi kemudian meletakkan rakan-rakan lain dalam situasi menjawab.

''Justeru kita selepas Mac ini mahu lakukan perubahan dengan mendengar apa yang menjadi kehendak ramai agar terus diterima semua dalam landskap politik yang baru.

''Saya yakin UMNO dan BN boleh lakukan tetapi nampaknya masih ada pemimpin yang belum lagi sedar bahawa mereka perlu berubah dengan melihat dalam konteks kaca mata baru,'' katanya.

Hishammuddin mengingatkan semua pihak agar berhenti daripada membangkitkan sebarang isu yang melibatkan kaum dan agama.

Beliau berkata, rakyat telah mula muak dan penat dengan gelagat politik seperti itu yang lebih mencerminkan pandangan sesuatu individu itu sahaja.

Sebaliknya, kata beliau, rakyat mahu pemimpin politik bekerja melaksanakan segala tanggungjawab yang diamanahkan setelah lapan bulan pilihan raya umum berlalu.

''Kita telah lalui pilihan raya dan orang nak lihat kita ke depan, laksanakan kerja kita. Kalau terbelenggu dalam isu seperti ini, bila kita nak buat kerja.

''Terbaru, orang yang meluahkan hal itu juga hanya membangkitkan sekarang, bukan dulu ketika berada dalam kerajaan, pegang jawatan Kabinet,'' tegasnya.

Banjir di Kelantan dan Terengganu - Ujian Untuk Kemenangan Parti - ref malaysiakini


Nampak gayanya musim tengkujuh dah datang dan kini tibalah bah dan banjir di sekitar Terengganu dan Kelantan.....

Semua sedia maklum, Pilihanraya Kecil di kawasan Parlimen Kuala Terengganu dah tak lama daaaaa......

Banjir yang mendatang dengan kemusnahan harta benda dan penderitaan rakyat miskin di kampung ini menjadi Ujian Pertama kepada Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat untuk dinilai oleh rakyat di peti undi nanti.

KALAU TAK SUMBANG DUIT..... SUMBANGLAH TENAGA..... Kalau Duit dilimpah setinggi gunung sekalipun, tidak bermakna sekiranya tiada pertolongan untuk mengangkut barang dan juga apa-apa yang patut........

Jadi, sama-samalah kita NILAIkan!!!!! Apa yang pasti kedua-dua parti ini konpem akan menunjukkan yang terbaik...... Jangan bergaduh dan berbalah untuk menolong dah lerrrr......


MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT.

Malaysiakini melaporkan.....

Keadaan banjir di Terengganu bertambah buruk apabila jumlah mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan pagi ini meningkat kepada 3,484 orang berbanding 1,743 orang petang semalam.

"Setakat ini empat daerah di Terengganu terlibat dengan banjir iaitu Besut, Setiu, Hulu Terengganu dan Marang," kata jurucakap bilik gerakan banjir negeri, lapor Bernama.

Besut daerah paling buruk dilanda banjir apabila jumlah mangsa yang dipindahkan meningkat kepada 1,556 orang berbanding 954 petang semalam, diikuti Setiu (964), Hulu Terengganu (609) dan Marang (355).

Jurucakap itu menambah, paras air sungai-sungai Besut, Setiu, Nerus dan Marang masing-masing melepasi paras bahaya.

Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu di Km29 dibuka satu lorong sahaja pagi ini, manakala Jalan Kuala Berang-Sungai Tong dan Jalan Kuala Berang ke Tasik Kenyir ditutup kepada kenderaan ringan, katanya.

Menurut agensi berita yang sama, keadaan banjir di Kelantan juga semakin buruk apabila jumlah mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan meningkat kepada 3,415 orang berbanding 2,397 orang semalam.

Jurucakap Pusat Kawalan Operasi Bencana Banjir Kelantan berkata, kesemua jalan utama kini dibuka kepada semua kenderaan kecuali dua buah jalan di daerah Pasir Mas iaitu jalan di Kampung Kajang dan di Kampung Rahmat yang ditutup kepada kenderaan ringan.

Sementara itu, menurut Jabatan Pengairan dan Saliran Kelantan, tujuh sungai utama di Kelantan kini berada pada paras berjaga-jaga manakala satu sungai utama menghampiri paras berjaga-jaga.

Sementara itu, keadaan banjir daerah Temerloh dan Cameron Highlands pada pagi ini tidak berubah dengan jumlah mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan kekal 25 orang, menurut jurucakap bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang.

Daerah Temerloh masih mencatatkan 12 mangsa dari kampung Kuang, Lanchang yang kini ditempatkan di balai raya Taman Murni manakala 13 mangsa daripada dua keluarga di Cameron Highlands masih berada di dewan orang ramai Ringlet.

Katanya, dua jalan di daerah Bera iaitu jalan Kampung Orang Asli Chuat dan jalan Kampung Orang Asli Ibam masih ditutup kepada kenderaan ringan selepas air setinggi satu meter melimpahi jalan.



AMARAN !!!! - Gambar adalah Hiasan sahaja, Banjir yang lalu nih......

Hottt!!!! ~ Ariff Shah Ingin Sertai PKR

Malaysiakini - Datuk Arif Shah Omar Shah, pencabar tokoh utama PKR sewaktu pilihanraya kecil Permatang Pauh pada Ogos lalu, sedang mempertimbangkan untuk menyertai parti itu.

Beliau berkata kini 30 peratus peluang beliau menyertai parti pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu selepas mendakwa diketepikan dengan serius oleh ketua bahagian Umno Permatang Pauh, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid.

"Saya harus berbincang dengan (ketua menteri Pulau Pinang) Lim Guan Eng dahulu supaya beliau selesa (dengan kemungkinan beliau menyertai Pakatan Rakyat," katanya kepada Malaysiakini hari ini.

arif shah omar shah pc 040808 01"(Pemimpin) PKR (negeri) mempelawa saya (menyertainya), mereka mengalu-alukan kehadiran saya tetapi ia bukan keputusan yang mudah, banyak perkara perlu difikirkan dan saya harus menyelesaikan satu per satu."

Mengulas sama ada pergeseran beliau dengan Abdul Jalil - yang mengekalkan jawatan ketua bahagian Umno pada Oktober lepas - dengan kepemimpinan atasan Umno, Arif Shah berkata beliau akan membawa perkara itu jika beliau ingin meninggalkan parti itu.

Diminta mengulas lanjut sebab-sebab yang mendorongnya melompat kepada parti pembangkang itu, Arif Shah berkata penyalahgunaan kuasa yang didakwa dilakukan Abdul Jalil telah menghalangnya menjalankan tugas sebagai wakil rakyat.

Arif Shah menguasai DUN Seberang Jaya, dalam bahagian Permatang Pauh, selama dua penggal berturut-turut. Dua lagi DUN bawah parlimen itu masing-masing dikuasai PAS (Permatang Pasir) dan PKR (Penanti).

"Banyak perkara yang saya harus melalui beliau (Abdul Jalil) termasuk di kawasan DUN saya sendiri, saya tidak boleh bertemu dengan pemimpin-pemimpin cawangan," katanya.

"Bagi saya, jika orang memerlukan khidmat saya, tanpa mengira sama ada mereka Melayu, Cina atau India, saya mesti menolong mereka."

Ditanya sama ada PKR menawarkan sebarang jawatan, beliau berkata: "Perkara itu tidak penting, saya perlukan wadah untuk menyalurkan khidmat saya."

Arif Shah dilaporkan ditawarkan jawatan timbalan ketua menteri I yang kini dipegang oleh wakil rakyat Penanti, Mohammad Fairus Khairuddin.

Beliau bagaimanapun berkata perlu masa untuk mengambil keputusan muktamad.


ARef : Bab ditawarkan jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 tuh buat aku geli geleman aje.... ada2 aje PRESS nih!!!! aku tak rasa camtuh!!!! sebab, tak kelapaqlah sampai nak RASUAH JAWATAN

Saturday, November 29, 2008

Ibu MB Terengganu meninggal dunia

mStar - KUALA TERENGGANU: Ibu Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said meninggal dunia di Pusat Perubatan Kemaman kira-kira pukul 10.30 malam tadi kerana sakit tua.

Wook Ali, 88, menghembuskan nafas terakhirnya setelah dimasukkan ke pusat perubatan tersebut sejak seminggu lepas.

Kematian Allahyarham disahkan oleh Setiausaha Politik Menteri Besar Terengganu, Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid.

Ketika itu, Ahmad yang merupakan anak bongsu daripada enam beradik, berada di sisi ibunya bersama anggota keluarga yang lain.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Telok Kalong selepas Zohor, hari ini. BERNAMA

PKR sedia 'tempur' Sarawak, Anwar terus beri harapan tubuh kerajaan

mStar - SHAH ALAM: Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan memulakan langkah drastik 'menggempur' Sarawak bagi memastikan pengaruhnya dapat menembusi negeri berkenaan bemula bulan hadapan.

Penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata rintihan dan kemahuan rakyat di Sarawak yang sangat inginkan perubahan sentiasa didengari dan akan diberi perhatian yang serius.

"Mudah-mudahan kita dapat menjana kekuatan yang lebih dan seruan rakan di Sarawak juga kita dengar dan kita sudah putuskan mulai bulan hadapan ahli-ahli Parlimen dan pimpinan PKR untuk 'bertempur' di Sarawak," katanya semasa menyampaikan Ucapan Khas Penasihat PKR di Kongres Tahunan Nasional ke-5 PKR di sini hari ini.

Anwar juga melahirkan keyakinan Pakatan Rakyat yang dianggotai PKR, PAS dan DAP akan terus bekerjasama bagi memastikan perubahan besar akan berlaku di Sarawak malah terus memberi harapan untuk membentuk kerajaan.

"Kita percaya pimpinan PAS dan DAP akan sama-sama membantu kita supaya kita saksikan perubahan besar di Sarawak dan mudah-mudahan ada juga perubahan besar lainnya yang akan berlaku di negara kita," katanya sambil disambut tepukan gemuruh penyokongnya.

Kongres berkenaan dihadiri oleh kira-kira tujuh ribu penyokong parti itu yang terdiri datipada 1927 perwakilan, 1200 pemerhati dan hampir empat ribu pemerhati terbuka yang datang dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

Beliau berkata harapan seluruh rakyat masih tinggi untuk melihat perubahan dalam kepimpinan politik negara.

"Saya percaya harapan kita masih tinggi kerani kita janjikan perubahan walaupun perubahan ini masih belum capai sepenuhnya.

"Harus ingat, perubahan ini bukan untuk politik peribadi tetapi untuk tegakkan satu sistem yang bebas," katanya.

Tegas beliau walaupun perubahan kuasa masih belum berlaku pada 16 September namun semangat perjuangan yang diperjuangkan rakyat tidak akan tergugat walaupun menghadapi cabaran dari pelbagai pihak.

"Saya percaya walaupun dengan sepak terajang mereka tak mungkin akan gugat semangat kejituan dan kepahlawanan rakyat jelata," katanya.

Tambah beliau lagi, sentimen perkauman yang dimainkan Umno dan Barisan Nasional (BN) seolah-olah 'jaguh Melayu tulen' yang mempertahankan hak kaum Melayu.

"Padahal mereka sendiri yang melakukan pembohongan...merekalah pemimpin Melayu yang pecah amanah," katanya.

Anwar yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat berkata pakatan itu tidak akan sekali-kali mempertikaikan apa yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Kita janjikan suara rakyat...suara keramat. Apa yang termaktub dalam Perlembagaan mengenai soal kedudukan bahasa Melayu, agama Islam, kuasa Raja-raja serta hak keistimewaan orang Melayu tidak akan kita pertikaikan," katanya.

gambar-gambar sekitar kongres Nasional Keadilan

SUMBER : sya~reformis





Kenangan Peribadi Bersama Razali Ismail

Si_anu : " Izinkan aku mencoret sebuah kenangan bersama dato razali ismail yg telah meninggal dunia. Kenangan ini berdasarkan kisah benar yg tiada tokok tambah.

Aku pernah mengajar di terengganu sekitar 90-an. Kisah aku mengenali dato razali razali ialah ketika dia menjadi naib pengetua mak tab pasir panjang sekitar tahun 1997. Ketika itu aku mengambil kursus dalam perkhidmatan 14 minggu.

Ketika aku sedang berada dlm satu slot kursus itu dia masuk dan membuat syarahan atau anilisis pendek mengenai sebuah karya sastera bertemakan "beruk". Cerpen beruk yg aku tak ingat siapa pengarangnya mengisahkan kesusahan seorang murid diluar bandar....

Murid itu terpaksa buat part time mengambil kelapa oleh bantuan beruknya. Antara kisah beruk dan murid itd itu ialah suatu hari ketika si guru datang melawat murid tersebut di rumahnya(kerana selalu ponteng sekolah). Beruk itu tiba-tiba naik angin dan mencederakan si guru. Murid itu kemudian membunuh beruk itu kerana mahu "menyelamatkan " gurunya.

 Selepas membaca sinopsis cerita beruk itu lalu dato razali pun membahaskan pengajaran dari kisah tersebut. Nadanya bersahja dan pidatonya hebat. Suaranya pun agak baku. Aku sangat tertarik dengan pidatonya yg berisi..dia begitu bersemangat sekali, pendekata aku minat pidatonya.

Selepas slot itu dia pergi melawat ke kelas lain "lawatan ke setiap kelas" fikir ku.

Suatu petang aku bersama rakanku bermain badminton di dewan maktab.tibu-tiba aku dikejutkn dengan kehadiran dato razali dan join sekali bermain. Aku agak kaget dan terpegun. Satunya kerana aku tak jangka nak bermain badminton dengan kami dan satu lagi aku langsung tak cekap bermain, malu jugak nak bermain! Tapi yg terselit di minda ku ketika itu ialah ialah dato razali ni senang kira, tak pilih bulu dan sebagainya.

Di satu pagi khamis kalau tak salah aku ada perhimpun rutin untuk pelajar maktab. Dato razakli (masa tu tak dapat le lagi dato) pun berucap yg sekira-kiranya membawa maksud katanya dimaktab tidak dibenarkan merokok pd banyak tempat. Utk mereka yg gemar dan mahu merokok dia telah menyeeediakan satu tempat yg bergelar "zon bunuh diri" aku tak berapa ingat samada zon itu benar2 wujud, kerana aku tak merokok.dia begitu bersemangat sekali, pendekata aku meminati pidato dan penampilan nya..tak lupa gaya bahasanya.

Ketika isu anwar timbul aku mendengar ucapannya menggunakan kalimah "reformasi" dalam ucapannya seolah2 membayangkan dia menyokong reformasi ds anwar. Dlm fikiran ku "sah", dia menyokong dato seri anwar.

Bila aku sudah tamat kursus dan kembali ke sekolah asal, beliau berkunjung ke sekolah ku di felda. Itu adalah satu siri melawat guru-guru praktikal dari maktabnya. Ketika itu dia ada memberi taklimat kepada kami para guru di sekolh felda yg berkenaan. Lagi sekali aku tersentak kerana dia menggunakan kalimah "reformasi" dalam konteks pendidikan. Antara klimah lain yg popular baginya ialah "kebejatan sosial" dan "re-engineering" dgn bahasanya yg agak baku...

Terakhir yg aku tahu khidmatnya dalam pendidikan ialah jadi pengetua di maktab perguruan batu rakit.pada pilihnrya 1999 (kalau tak salah aku). Aku dikejutkan dengan kenyataan beliau menjadi seorang calon pru bn di satu kawasan di kuala terengganu. Dalam fikiranku ketika itu "kalau tak salah aku dia ni penyokong ds anwar, macammana boleh jadi calon umno pulak".. Minatku terhadapnya menjadi semakin pudar selepas insiden pru 1999 itu....aku masih keliru akan mazhab politiknya....apa agendanya?

Harga Sayur Naik


HARGA cili merah dijual pada harga RM16 sekilogrami
di Pasar Pudu semalam.
--------------------------------------------------------------------------------
Sumber : M Zubair Affandi

KUALA LUMPUR - Masalah bekalan yang semakin berkurangan ekoran keadaan cuaca yang tidak menentu sejak kebelakangan ini merupakan antara penyebab berlakunya peningkatan terhadap harga sayur-sayuran secara mendadak di pasaran ketika ini.

Tinjauan di beberapa pasar sekitar ibu negara mendapati, harga beberapa jenis sayur-sayuran meningkat hampir 100 peratus berbanding pada Oktober lalu.

Perkara itu diakui oleh seorang peniaga di Pasar Pudu, Wong Sew Eai, 49, yang menyatakan dia terpaksa menjual sayur-sayuran dengan harga yang tinggi disebabkan penetapan harga oleh pemborong.

"Sayur yang cepat naik ialah cili merah, cili kecil, salad, kangkung dan bayam," kata- nya yang turut memaklumkan bahawa kenaikan harga telah menjejaskan pendapatan hariannya.

Dengan sebab itu, cili merah terpaksa dijual pada harga RM16 sekilogram berbanding RM8 sebelum ini, salad daripada RM4 kepada RM6 sekilogram, manakala cili kecil dijual pada harga RM10 sekilogram berbanding RM5 pada bulan lalu.

Sementara itu di Kuantan, harga sayur-sayuran naik mendadak di pasaran negeri ini berikutan dakwaan bekalan terhad akibat hujan yang berlarutan di beberapa dae- rah pengeluar sayur terutama di Cameron Highlands, Kuala Lipis dan Temerloh.

Tinjauan di Pasar Besar Kuantan semalam mendapati, harga sawi naik sebanyak RM1.50 kepada RM5.50 sekilogram, manakala tomato RM8 berbanding RM6 sebelum ini.

Harga lada hijau pula naik kepada RM9.50 bagi setiap kilogram berbanding RM8 pada minggu lalu, disusuli lada merah meningkat sebanyak RM2 kepada RM9.

Di Johor Bahru, harga sayur di sekitar daerah ini dijual bercampur-campur dan tinjauan di beberapa pasar mendapati, terdapat sayur yang dijual pada harga yang rendah berbanding minggu lepas, begitu juga sebaliknya.

Di Pasar Awam Larkin, harga bayam hijau dan cili merah dijual lebih murah iaitu sekitar RM2.50 dan RM11 sekilogram berbanding minggu lalu masing-masing RM3.67 dan RM14.

Harga bagi sayur seperti halia tua pula masih dijual sama seperti minggu lalu iaitu RM4 sekilogram, kacang buncis (RM6), kangkung cina (RM2.50), kobis bulat yang diimport (RM3), kobis bunga (RM6), kobis panjang (RM4) dan timun (RM3).

Di Pasar Awam Ulu Tiram pula, antara sayur yang mengalami kenaikan harga sebanyak 50 sen berbanding minggu lalu masing-masing ialah kacang buncis (RM6.50), kobis bunga (RM6.50) dan kobis panjang (RM4.50).

Di Perak pula, tinjauan Kosmo! di Pasar Besar Ipoh di sini mendapati, beberapa sayur seperti cili merah, kangkong, sawi, timun, menyaksikan kenaikan harga.

Cili merah yang biasanya dijual pada harga RM10 sejak Hari raya Aidilfitri kini dinaikkan kepada RM16 sekilo- gram oleh kebanyakan peniaga di pasar tersebut.

- KOSMO!

Mawi: Mana bukti saya ahli PKR?

Pemuda Besut : SHAH ALAM: "Mana ada? Mana bukti?," begitulah reaksi spontan dari penyanyi popular Mawi ketika diasak dengan pertanyaan benarkah beliau adalah ahli Parti keadilan Rakyat (PKR), seperti yang heboh diperkatakan di sebuah laman web kini.

"Masa bila...?. Lagipun tahun 1999, saya belum pun mendaftar untuk mengundi di SPR. Jadi macam mana saya hendak sertai parti itu?," jelas Mawi menafikan berita yang tersebar di laman web tersebut.

Mawi, yang ditemui di saringan Separuh Akhir Muzik-muzik kategori etnik kreatif di Studio Sri pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam sebentar tadi, terus-terusan menafikan penglibatan beliau dengan parti pembangkang itu.

Kenyataan Mawi ini sekaligus menyangkal dakwaan bahawa beliau pernah bergiat bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam pilihanraya umum ke-10 dan menyertai parti itu di bahagian Senai.

Dakwaan ini dibuat oleh Timbalan Ketua AMK Johor Zabidie Abas di kongres Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam hari ini.

Zabidie, yang juga pembahas pertama mendakwa bintang paling popular Akademi Fantasia itu pernah menampal poster bersama jentera parti di Kulai.

Katanya lagi, Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani, pernah terlibat membantu PKR dalam pilihanraya umum 1999.

Zabidie sewaktu membahaskan ucapan dasar ketua AMK Shamsul Iskandar Md Akin yang bertemakan 'Memimpin Harapan Rakyat' dilaporkan berkata:

"Kita hendak imbas kembali nostalgia beliau (Mawi) panjat pokok kelapa menampal poster bersama kita."

"Saya dari Kulai, Mawi dari Kulai. Tuan-tuan tahu, dulu beliau bersama-sama saya tampal poster. Dia jentera bawah saya," katanya di hadapan 600 perwakilan pergerakan itu dari seluruh negara.

Namun, menurut Zabidie lagi, nama Mawi tidak ada dalam senarai keahlian yang dikeluarkan PKR tahun ini.

Difahamkan, nama Mawi disebut oleh Zabidie sebagai satu saranan agar PKR mengambil sikap mendekati golongan seniman, termasuk penyanyi yang mempunyai pengaruh besar dalam masyarakat.

Lewat petang tadi, Bernama melaporkan bahawa Zabidie pernah cuba memujuk jiran sekampungnya penyanyi Mawi menganggotai PKR tetapi Mawi enggan.

Menurutnya, Mawi memberi alasan ingin menumpukan perhatian kepada kerjaya seninya selain memilih untuk bersikap neutral dalam politik.

mStar


Artikel Berkaitan : Mawi Tampal Poster Keadilan

Friday, November 28, 2008

PILIHANRAYA KECIL Kuala Terengganu - Dr Latif Layak UNTUK JADI CALON UMNO ~ malaysiakini


Untuk bagi fair kepada kedua-dua lawan..... dan bagi melihat pertandingan yang sihat.... ARef mencadangkan Dato’ Dr. Abdul Latif Awang sebagai Calon UMNO bagi Pilihan Raya Kecil bagi Kawasan Parlimen Kuala Terengganu......


INFO MENARIK

Dr Abdul Latif Awang merupakan bekas DEKAN PUSAT PENGAJIAN SAINS FIZIK, Universiti Sains Malaysia dan merupakan bekas ADUN Bukit Payung dan bekas EXCO Pendidikan, Sains dan Teknologi Penggal 2004-2008.

Dr Abdul Latif Awang sentiasa berkunjung ke Universiti Sains Malaysia dan membaca khutbah di Masjid USM.


INFO PANAZZZ

Dr Abdul Latiff Awang tidak diletakkan sebagai Calon Pilihanraya ke-12 kerana beliau adalah saingan paling terdekat bagi menggantikan IDRIS JUSOH sebagai MENTERI BESAR!!!


P/S: Aku bukan nak bagi PAS kaloh!!!, tapi, biar kita (PAS) lawan secara jantan dan biarlah calon2 yang bertanding tuh BERSIH!!!!! Dr Latif nih bagus........

- Anak Reformasi

PILIHANRAYA KECIL Kuala Terengganu - Dr Syed Azman LAYAK!!! ~ malaysiakini


Setelah diberitakan kematian allahyarham Dato' Razali Ismail, 59. Maka, seharusnyalah satu Pilihanraya Kecil di kawasan parlimen Kuala Terengganu diadakan memandangkan allahyarham Dato' Razali merupakan bekas Ahli Parlimen kawasan Kuala Terengganu.

Mengikut pendapat ARef, bagi kawasan Kuala Terengganu, kuasa anak jati Terengganu sebagai Yang Berhormat lebih diterima oleh rakyat kawasan Kuala Terengganu.

Dengan ini, ARef ingin mencalonkan Y.B. Dr Syed Azman Syed Ahmad yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Batu Burok untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil ini.

Diharap, pihak PAS dapat mengkaji semula trend pengundi di Terengganu.....

Kunjungi Blog YB Dr Syed Azman di [SINI].

- Anak Reformasi.

TERKINI!!! ( Pilihanraya Kecil ) : Alfatihah - Datuk Razali Ismail meninggal - Malaysiakini


Utusan : KUALA LUMPUR 28 Nov.— Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail meninggal dunia di Institut Aminuddin Baki, Genting Highland dekat sini kira-kira 6.30 petang tadi.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Alimuddin Mohd Dom ketika dihubungi Bernama hari ini. - Bernama

P36 KUALA TERENGGANU
Jumlah Pengundi: 80,325
Peratusan Kaum: M: 88.14% C: 10.94% I: 0.65% L: 0.27%
1. Datuk Razali Ismail (BN) (32,562)
2. Maimun Yusuf (Bebas) (685)
3. Mohamad Sabu (Pas) (31,934)
Majoriti: 628
Jumlah undi: 66,112
Peratus mengundi: 82.31%
Undi rosak: 931
Penyandang: Datuk Razali Ismail (BN)
(Majoriti: 1,933 undi)
ARef: Nampak gayanya, satu pilihanraya kecil bagi kawasan PARLIMEN KUALA TERENGGANU akan diadakan. Adakah Mat Sabu akan menang kali ini????

PANAZZZ : Adakah TOK MUN akan bertanding lagi???


HOTTT : Mawi Tampal Poster Keadilan!!!

Malaysiakini : Seorang perwakilan di kongres Angkatan Muda Keadilan (AMK) mendakwa penyanyi popular Asmawi Ani, atau lebih dikenali sebagai Mawi, pernah terlibat membantu PKR dalam pilihanraya umum 1999.

Pembahas dari Johor, Zabidie Abas berkata, bintang paling popular Akademi Fantasia itu pernah menampal poster bersama jentera parti di negerinya.

mawi concert 1 in kota bharu 041005 singing"Kita hendak imbas kembali nostalgia beliau (Mawi) panjat pokok kelapa (menampal poster) bersama kita," katanya sewaktu membahaskan ucapan dasar ketua AMK Shamsul Iskandar Md Akin bertemakan 'Memimpin Harapan Rakyat'.

"Saya dari Kulai, Mawi dari Kulai. Tuan-tuan tahu, dulu beliau bersama-sama saya tampal poster. Dia jentera bawah saya," katanya, disambut tepukan gemuruh daripada hampir 600 perwakilan pergerakan itu dari seluruh negara.

Pembahas pertama itu yang tampil di pentas petang ini menyarankan PKR mengambil sikap mendekati golongan seniman, termasuk penyanyi yang mempunyai pengaruh besar dalam masyarakat.

Ditemui pemberita selepas pembentangannya, beliau berkata Mawi pernah bergiat bersama PKR dalam pilihanraya umum ke-10 dan menyertai parti itu di bahagian Senai.

Bagaimanapun, katanya, senarai keahlian yang dikeluarkan PKR tahun ini tidak menyebutkan nama Mawi.

HOTTT!!! : Debat PAS-Umno di Parit Buntar

 PARIT BUNTAR, 27 Nov. : Pejabat Agama Islam Daerah Parit Buntar akan menganjurkan satu Debat Perdana bertajuk Melayu : Ke Mana Hala Tuju pada 6 Disember 2008 bertempat di Dewan Persatuan Amal Chin Boon Kok bermula jam 9.00 malam.

Debat yang akan dirasmikan oleh Menteri Besar Perak Dato' Seri Ir. Haji Nizar Jamaluddin ini bakal menemukan Ahli Parlimen Parit Buntar dari PAS Dr. Mujahid Yusuf Rawa dan Ahli Parlimen Pasir Salak dari Umno Dato' Tajuddin bin Abdul Rahman serta Naib Presiden Teras En. Hafiz bin Haji Mustafa Lubis sebagai ahli panel.

Menurut Pegawai Tadbir Agama Parit Buntar Ust. Manolito bin Mohd Dahalan, ketiga
ahli panel telah menyatakan persetujuan untuk menyertai Debat Perdana ini.

Menurut Ust. Manolito lagi, moderator bagi debat ini ialah pegawai dari Jabatan Islam Negeri Perak.


Memandangkan debat ini menampilkan dua tokoh parti politik PAS dan Umno bagi membincangkan masalah umat Melayu. Orang ramai dinasihatkan datang awal kerana tempat yang disediakan dalam dewan terhad.

Untuk berita terkini lawati laman PAS Parit Buntar
Daripada : WebMaster PAS Parit Buntar

Mohon Bantuan: Kanak-kanak Hilang

Perisik Rakyat : Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Saya memohon jasa baik anda semua, sekiranya terjumpa atau terserempak dengan kanak-kanak ini yang bernama Nur Khairunnisa Syahida.

sila hubungi

En. Rosli di talian 013-606 5757

atau e-mailkan ke nurshah_shanur@yahoo.com.sg atau norliza_cni@yahoo.com secepat yang mungkin.

Anda juga boleh menghubungi balai polis yang berdekatan dengan tempat anda.

Kanak-kanak ini telah hilang pada 14hb November 2008 yang lalu. Beliau dilihat kali terakhir memakai t-shirt berwarna hitam dan berseluar jeans berwarna biru. Pelbagai usaha telah dijalankan namun belum berhasil.

Tolong panjangkan e-mail ini kepada semua kenalan atau group2 yahoo anda.

Sekian, terima kasih.

Kerjasama dan bantuan anda amat kami hargai.

Rakyat Malaysia Dikhuatiri Dalam Tebusan Di Mumbai


Seorang wanita rakyat Malaysia yang berada di Mumbai atas urusan perniagaan masih hilang dikhuatiri terperangkap di hotel peniganapannya iaitu Taj Mahal Palace Hotel.

Wanita itu, dikenali sebagai Hema Kassipillay, 51, yang bekerja dengan syarikat insurans Jerman berpangkalan di Kuala Lumpur dipercayai ke Mumbai untuk urusan kerja bersama dua lagi rakannya iaitu rakyat Jerman.

"Semalam kami mencarinya di dua hospital dan hospital persendirian tetapi tidak menemuinya. Adalah sukar untuk pihak konsulat kerana kami tidak mempunyai akses kepada hotel itu pada masa ini," kata Konsul Jeneral Malaysia di Mumbai Wan Zaidi Wan Abdullah kepada Bernama.

Lebih 30 orang dikhuatiri masih terperangkap dalam hotel mewah itu, bersama tiga pengganas, sejak serangan pengganas pada Rabu malam.

Pasukan keselamatan dijangka mengambil tindakan pada bila-bila masa hari ini untuk menumpaskan pengganas yang berlindung di dalam hotel itu.

Menurut kementerian dalam negeri India, 125 orang terbunuh manakala 327 cedera dalam keganasan di Mumbai sejak dua hari lepas. Enam daripadanya adalah rakyat asing.

Babak ciuman lesbian buat Yana gelisah

Perisik Rakyat : FILEM arus perdana pertama arahan James Lee, Histeria, sememangnya memberikan impak yang cukup besar buat salah seorang pelakon muda yang membintangi filem seram terbitan Tayangan Unggul itu, iaitu Norliana Samsudin atau lebih dikenali dengan nama komersialnya, Yana.

Bukan saja kali pertama diberi peluang memegang antara watak penting di dalam filem, malah adegan 'berani mati' yang membabitkan wataknya bersama seorang lagi pelakon filem tersebut, Scha juga membuatkan Yana resah menantikan reaksi penonton kelak.

Babak ciuman gadis lesbian bernama Zeta yang dilakonkan oleh Yana dengan karektor Alissa lakonan Scha itu dijangka akan 'memanaskan' panggung apabila filem ini mula ditayangkan di seluruh pawagam Malaysia bermula 18 Disember depan.

Apa yang pasti, babak itu telah pun diluluskan oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF) dan lantaran itu, kata Yana, dia yakin adegan tersebut tidak perlu dijadikan satu isu apatah lagi LPF sendiri yang meluluskannya.

TP - ape benda menatang ni dok melalut ni? "berlakon"? tak perlu dijadikan isu? mampuih la anak bangsa dek kerana menatang-menatang bengong yang tak reti hukum ni... bila la menatang-menatang ni nak mampus???

Eksklusif: Ezam Gila Meroyan, Isu PAS Perintah Selangor Tak Perlu Berbangkit !!

KUALA LUMPUR - Cadangan supaya PAS mengambil alih pemerintahan kerajaan negeri Selangor tidak dilihat sebagai satu isu yang perlu dibangkitkan. Setiausaha Agung PAS, Datuk Kamaruddin Jaafar berkata, PAS sebagai komponen Pakatan Rakyat menghormati ciri-ciri perkongsian kuasa yang diamalkan bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP. "Kita mengamalkan ciri-ciri (kerajaan) campuran dan perlu berlaku adil memandangkan PAS telah pun mempunyai tiga orang Menteri Besar daripada lima negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, semalam. Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan akhbar hari ini yang menyiarkan cadangan bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Mohamad Ezam Mohd. Nor agar PAS menerajui Selangor bagi mengembalikan keseimbangan politik dan kedudukan tidak menentu bangsa Melayu.

Kenyataan Ezam itu ekoran beberapa kontroversi berlaku di negeri itu yang berpunca daripada keputusan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sepanjang lapan bulan lalu di bawah pimpinan PKR. Bagaimanapun Kamaruddin berkata, PAS memahami ciri-ciri agihan kuasa yang telah dipersetujui bersama parti komponen lain. "Sekarang ini PAS adalah yang ketiga besar dalam Parlimen tapi kita sudah ada tiga Menteri Besar...kalau sampai empat Menteri Besar...mana adil. "Takkan pula kita nak sampai perintah (ketuai) sampai empat negeri," katanya. Sementara itu, Ketua Penerangan Pas, Mahfuz Omar enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu. "Terima kasihlah kepada dia (Ezam)," katanya ringkas.

[Hairan benar kita lihat Ezam Md Nor, Petualang Rakyat yang sebenarnya kini semakin terpinggir dari arus politik tanahair. Namanya kian merudum tatkalan Anwar menang besar di Permatang Pauh baru-baru ini. Ezam kini umpama hampas, dan menanti masa untuk ditampi. Kesihan benar melihat si Ezam yang terpaksa berkokok di siang hari. Walhal semua orang sudah bangun dari lamunan mimpi. Ezam sebenarnya sudah tiada nilai disisi rakyat. Biarlah dia gila meroyan sendirian, elok rasanya kelibat anak muda itu tidak dilayan. Jika dilayan pasti penyakitnya akan berjangkit kepada kita, syabas Ezam atas kecaman "hebat"nya itu. Bangga rasanya menjadi dirinya yang kini mendapat ruang khas disisi media arus perdana yang selama ini dihentamnya. Selamat buar Ezam, semoga cerah masa depan !].

- Pahang Daily Online

Hari Raya Haji 8 Disember ~ Malaysiakini


KUALA LUMPUR 27 Nov. — Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Engku Ibrahim Engku Ngah hari ini mengisytiharkan Hari Raya Aidiladha bagi seluruh Malaysia ditetapkan Isnin, 8 Disember ini.

“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijjah 1429 Hijrah ialah pada 29 November 2008 Masihi.

“Oleh yang demikian Hari Raya Qurban (10 Zulhijjah) bagi seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Isnin, 8 Disember,” menurut kenyataan pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia. - Bernama

Thursday, November 27, 2008

KeADILan perlu jelaskan kegagalan 16 September - ref malaysiakini

Skuad Dun Batu Caves : KeADILan perlu memberikan penjelasan berhubung kegagalan pelan 16 September yang dicanangkan kepada umum pada Kongres KeADILan peringkat nasional yang akan berlangsung pada 28,29 dan 30 November akan datang.

Seorang pensyarah sains politik sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam yang enggan dikenali berkata, parti tersebut perlu membuat penjelasan mengenai kegagalan tersebut bagi menjaga sokongan masyarakat umum khususnya para pengundi pembangkang yang berharap ia menjadi kenyataan.

"Mereka mempunyai sokongan dan kepercayaan pengundi khususnya yang amat berharap akan berlaku perubahan selepas kemenangan Dato' Seri Anwar Ibrahim di Permatang Pauh, dan apabila 16 September gagal apa alternatif baru," katanya kepada Harakahdaily.

Dalam pada itu, beliau turut menekankan agar perkara-perkara berkaitan konsep multi-racial yang ingin diketengahkan oleh Pakatan Rakyat diperincikan.

"Ia termasuklah bagaimana KeADILan merangka hala tuju bagi membina Malaysia baru serta menguatkan hubungan sesama rakan dalam Pakatan Rakyat.

"Bahkan mereka perlu turut berperanan bagi membangunkan kebajikan ahli KeADILan serta sumbangan yang telah diberikan khususnya terhadap negeri yang diterajui parti itu," ujarnya.

Walau apapun, apa yang penting ujarnya, KeADILan perlu fokus untuk mengurus selia tugas dan tanggungjawab yang diberikan buat masa ini agar ia tidak menjadi sia-sia.

"Fokus pada tanggungjawab mentadbir Selangor sebagai negeri yang kaya dengan sumber pendapatan kerana kita bimbang mereka akan jadi seperti yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran," katanya lagi.

Tambahnya lagi, KeADILan perlu mencari dan membentuk formula pembentukan sebuah kerajaan selepas meneliti kelemahan kerajaan Umno-BN yang memerintah negara ini sejak 51 tahun lalu.

Kongres KeADILan Nasional akan diadakan di Stadium Melawati Shah Alam bermula 28 hingga 30 November akan datang. - (Hrkh)


ARef : Aku setuju bonar tuuuuuu..... Mesti jelaskan, kalau ada masalah, sama2 kita pikirkan.....

Saiful Nafi Dakwaan Dia Berpenyakit SIPLIS


Saiful Bukhari Azlan hari ini menafikan dakwaan yang disiarkan di lamanweb dan cakap-cakap bahawa dia kini terlantar sakit, menjadi lumpuh dan mengidap penyakit kelamin sehingga ke tahap saya telah meninggal dunia.

Saiful, 23, yang sebelum ini mendakwa dirinya diliwat oleh Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar brahim, menyatakan demikian dalam satu kenyataan yang dibacanya kepada wartawan selepas hadir di pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) pagi ini.

Dia menyifatkan semua adalah tidak benar dan merupakan fitnah serta suatu pembohongan besar yang direkacipta oleh pihak-pihak yang tertentu yang tidak bertanggungjawab.

Berikut adalah kenyataan penuh Saiful:

"Saya dengan ini menyangkal segala tohmahan dan fitnah yang dibuat ke atas diri saya, yang tersebar di dalam laman-laman web serta cakap-cakap yang menyatakan kononnya, saya kini terlantar sakit, menjadi lumpuh dan mengidap penyakit kelamin sehingga ke tahap saya telah meninggal dunia.

Ini semua adalah tidak benar dan merupakan fitnah serta suatu pembohongan besar yang direkacipta oleh pihak-pihak yang tertentu yang tidak bertanggungjawab.

Saya ingin menegaskan bahawa keadaan kesihatan saya adalah sangat baik dan tidak sebagaimana yang difitnah oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Saya sendiri berdoa ke hadrat Allah SWT agar kebenaran dapat ditegakkan."

Sebelum membaca kenyataan tersebut, Saiful memberitahu pemberita yang dia tidak menahu mengulas lanjut tujuan kehadirannya di JAWI hari ini.

Sebelum itu, Saiful tiba pada kira-kira jam 11.08 pagi dengan temani oleh peguam Zamri Idrus dan bapanya, Azlan Mohd Lazim.

Saiful tiba dengan memakai songkok dan berkot hitam, berkemeja putih dan berseluar hitam.

Saiful dan Zamri kemudiannya masuk ke unit siasatan bahagian penguatkuasa JAWI, manakala bapanya menunggu di luar.

Sebelum masuk, Zamri yang ditemui pemberita enggan menjawab dan sekadar berkata, beliau akan mengulaskannya kemudian.

Pada 15 Ogos lalu, Mohd Saiful telah melakukan sumpah laknat atau mubahalah di Masjid Wilayah Persekutuan dengan mengatakan bahawa dirinya telah diliwat secara paksa oleh Anwar pada 26 Jun lalu.

Manakala pada 9 Julai lalu, Anwar telah mengadukan isu laporan polis Saiful, kepada unit siasatan, bahagian penguatkuasaan JAWI, mengikut undang-undang dan peruntukan qazaf (kesalahan bawah jenayah syariah bagi tuduhan palsu).

Penasihat PKR itu dilaporkan sebelum ini sebagai berkata, atas nasihat ulama dan peguam, beliau telah membuat aduan tersebut bagi membersihkan namanya dan keluarganya daripada fitnah jahat dan mengaibkan itu.

Menurut seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997, "mana-mana orang yang menuduh orang lain melakukan zina (atau liwat) tanpa mengemukakan, mengikut hukum syarak, empat orang saksi lelaki atau ikrar orang yang dituduh itu adalah melakukan suatu kesalahan."

Jika disabitkan dengan kesalahan qazaf, seseorang boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Anwar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 8 Ogos lalu terhadap tuduhan melakukan hubungan seks di luar tabii terhadap Saiful di sebuah kondominium di ibu negara pada 26 Jun lalu.Saiful Bukhari Azlan, 23, yang mendakwa dirinya diliwat oleh Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar brahim, hadir di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) hari ini.

Saiful tiba pada kira-kira jam 11.08 pagi dengan temani oleh peguam Zamri Idrus dan bapanya, Azlan Mohd Lazim.

Saiful tiba dengan memakai songkok dan berkot hitam, berkemeja putih dan berseluar hitam.

Saiful dan Zamri kemudiannya masuk ke unit siasatan bahagian penguatkuasa JAWI, manakala bapanya menunggu di luar.

Sebelum masuk, Zamri yang ditemui pemberita enggan menjawab dan sekadar berkata, beliau akan mengulaskannya kemudian.

Pada 15 Ogos lalu, Mohd Saiful telah melakukan sumpah laknat atau mubahalah di Masjid Wilayah Persekutuan dengan mengatakan bahawa dirinya telah diliwat secara paksa oleh Anwar pada 26 Jun lalu.

Manakala pada 9 Julai lalu, Anwar telah mengadukan isu laporan polis Saiful, kepada unit siasatan, bahagian penguatkuasaan JAWI, mengikut undang-undang dan peruntukan qazaf (kesalahan bawah jenayah syariah bagi tuduhan palsu).

Penasihat PKR itu dilaporkan sebelum ini sebagai berkata, atas nasihat ulama dan peguam, beliau telah membuat aduan tersebut bagi membersihkan namanya dan keluarganya daripada fitnah jahat dan mengaibkan itu.

Menurut seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997, "mana-mana orang yang menuduh orang lain melakukan zina (atau liwat) tanpa mengemukakan, mengikut hukum syarak, empat orang saksi lelaki atau ikrar orang yang dituduh itu adalah melakukan suatu kesalahan."

Jika disabitkan dengan kesalahan qazaf, seseorang boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Anwar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 8 Ogos lalu terhadap tuduhan melakukan hubungan seks di luar tabii terhadap Saiful di sebuah kondominium di ibu negara pada 26 Jun lalu.

- Malaysiakini


ARef : Awat dr tak check.... ukur sekali.... kah3..... baru kita tahu!!! dia pun pandai tuduh orang..... tang dia.... ok aje!!! double standard betoi..... besar benar jawatan saiful nih!!!

Sebahagian Semenanjung mungkin 'bergelap'

Gambar Adalah Hiasan Sahaja

Perisik Rakyat : Selangor, Kuala Lumpur dan sebahagian besar kawasan selatan pantai barat Semenanjung berdepan dengan risiko terputus bekalan elektrik dalam tempoh tiga hingga empat bulan akan datang jika projek Pengukuhan Sistem Kawasan Tengah (CAR) di Rawang, Selangor gagal disiapkan sepenuhnya.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Tenaga Nasional Bhd. (TNB), Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh berkata, pihaknya bagaimanapun benar-benar berharap perkara itu tidak akan berlaku dan sedang berusaha untuk mengelakkannya.

''Sebenarnya TNB tidak dapat berbuat apa-apa lagi kecuali bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan sekiranya berlaku gangguan kerana segala urusan pengambilan tanah di Kampung Sungai Terentang melibatkan bidang kuasa kerajaan negeri,'' katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini, hari ini.

Beliau menambah, projek CAR yang bernilai RM400 juta dan sebahagian besar daripadanya telah pun dibelanjakan, tidak dapat diteruskan ekoran terdapat bantahan segelintir penduduk di kawasan berkenaan.

Projek CAR adalah usaha TNB untuk meningkatkan bekalan elektrik ke Lembah Klang daripada 33 kiloVolt (kV) dan 125kV kepada 275kV membabitkan laluan Bukit Tarek dan Chubadak sejauh 60 kilometer.

Che Khalib menjelaskan, sebanyak 98 peratus daripada projek itu berjaya disiapkan dan hanya tinggal dua peratus atau satu kilometer sahaja lagi yang masih tergendala.

Katanya, projek tersebut hanya memerlukan penanaman empat menara jenis monopole (bertiang satu) sebelum tenaga elektrik dapat disalurkan kepada hampir 6.5 juta isi rumah yang sudah tertangguh sejak setahun lalu.

Che Khalib berkata: ''Keadaan (masalah bekalan elektrik) semakin kritikal seperti seurat getah yang sudah terlalu lama ditarik, sudah genting. Kalau getah ini terputus, seluruh Selangor, Kuala Lumpur akan mengalami gangguan bekalan. Bukan itu sahaja, gangguan ini boleh berjangkit sehingga ke Johor."

Top 10 : Beza Pemilihan Kepimpinan PAS dan UMNO.

Pemuda Besut : Beza antara PAS dan UMNO bagaikan langit dan bumi. Dalam artikel ini dipaparkan 10 perbezaan besar antara pemilihan kepimpinan UMNO dan PAS. Pemilihan calon-calon UMNO pun dah dekat. Bak kata TKO, masa untuk bercakar!! Ahli-ahli UMNO dan PAS boleh muhasabah diri sama-sama lepas ni.


TOP 10 Perbezaan Pemilihan UMNO dan PAS:

1. Bak kata Allayarham Ustaz Fadzil, dalam PAS, yang dilihat nak jawatan tak dapat! Dalam UMNO pulak, jawatan dapat pada yang paling kuat melobi dan paling teringin nak jawatan tuh.

2. Dalam PAS masing-masing kalau boleh tak nak pegang jawatan pasal jawatan itu amanah. Nama Nizar tak pernah kedengaran sebelum tiba-tiba dilantik jadi MB Perak. Dalam UMNO pula, baru nak bertanding jawatan dah riuh sekampung! Belum dilantik lagi tuh..

3. Dalam PAS, ilmu agama jadi ukuran pemilihan. Sekalipun golongan profesional dilantik, mereka kena ada asas agama yang kukuh. Dalam UMNO pula, lagi jahil lagi berpotensi. Seorang ahli UMNO yg membuat kenyataan agar waktu disco dipanjangkan dan harga arak dikurangkan dilantik jadi Setiusaha BN. Cantik!!

4. Dalam UMNO, mesti bijak ekonomi. Maaf! Pembetulan! Mesti pandai pijak ekonomi. Waktu ekonomi elok, buat mahligai besar-besar. Nasib rakyat dipijak-pijak. Waktu harga minyak dunia naik, UMNO naikkan mendadak. Bila harga minyak dunia turun, turun sikit-sikit. Alih2 rakyat pula yg bagi subsidi kepada kerajaan. Dalam PAS, kepimpinan tak sibuk buat duit. Rasa nak menangis tengok rumah Tok Guru!

5. Dalam PAS, politik nombor 2, agama No.1. Sekalipun Nakhaie UMNO kata dalam PAS politik nombor 1, kita boleh pertikai. Tok Guru Nik Aziz dah kata, kalau UMNO setuju dengan Islam, syariat Islam, hudud, qisas, kita bubar aje PAS ni. Islam no.1, yang lain semua kemudian. Ahli PKR seperti Zulkifli Nordin pun terikut-ikut. Berkawan dengan ustaz, alih-alih kita pun ada ciri-ciri ustaz. Dalam UMNO pulak, agama no.18. Itupun Islam Hadhari.. kwah kwah kwah

6. Dalam PAS, tak tutup aurat toksah mimpi la nak pegang jawatan, ahli-ahli confirm reject! Dalam Wanita UMNO, yang bertudung akan jadi kuli dan pakat-pakat melantik bos dikalangan yang tidak reti menutup aurat. Ana tak pernah dengar Ummu Hadhari Mashitah menasihat UMNO agar tutup aurat. Lanyak PAS selalu la..

7. Dalam UMNO, pemimpin kena pandai memfitnah. Kena pandai fitnah meliwat, putar belit ayat, mengugut, mengampu , dan merasuah. Bukan saya yang cakap, che det yang cakap dalam blognya bahawa rasuah semakin menjadi-jadi. Dalam PAS, kalau jenis memfitnah ni akan diboikot.

8. Politik wang. UMNO dan politik wang ni macam tahi dan busuk. Rasa tak sah tahi kalau baunya tak busuk. PAS dan politik wang pula macam minyak wangi dan rasa manis (sweety). Takde kaitan.. Tak taulah kalau ada orang yang minum minyak wangi..

9. Ulama' jadi keutamaan. Profesional seperti doktor dan engineer yg juga ulama jadi keutamaan. Dalam UMNO, keutamaan diberi kepada yang paling banyak hulur-hulur. Bak kata Dr Asri, ada pemimpin UMNO yang mengadu kalah kepada penagih sedangkan pemimpin tersebut taraf doktor di universiti...

10. Kena pandai bergaduh. Kepimpinan UMNO faham bahawa gaduh itu satu seni. Boleh baling-baling meja, buat repot polis, surat layang dan sebagainya. Kepimpinan PAS ni tak pandai bergaduh. Orang ajak keluar masjid nak bertumbuk pun taknak!! Takpelah. Kita bangsa aman damai, bukan bangsa hadhari...

BERANI MADEY SAHKAN MUKHRIZ TIDAK RASUAH? - harakah


Politik wang, "istilah sopan" untuk gejala rasuah dalam pemilihan Umno diakui sudah mencapai tahap paling parah, namun bagi majoriti rakyat Malaysia ia tidak lebih sekadar satu isu basi yang hanya hangat dibincangkan setiap tiga atau empat tahun sekali. Walaupun didedahkan, misalnya hanya untuk menjadi ketua bahagian sahaja ada calon yang menghabiskan puluhan juta ringgit, masyarakat umum tidak lagi terkejut dengan "perangai jelik orang Umno itu".

Malah, ramai yang senyum sinis (menahan muak) mendengar pelbagai penegasan pimpinan tertinggi Umno bagi memerangi politik wang yang sudah mendarah-daging seluruh tubuh parti berkenaan. Terbaru, bakal Presiden Umno, Najib Razak dari Lima, Peru mengakui usaha menangani rasuah dalam Umno tidak mudah dan memakan masa panjang untuk mengatasinya.

"Saya tak pasti, antara Mukhriz dan Khairy, siapa yang kurang membelanjakan wang dalam kempen nanti," kata seorang aktivis Pemuda Umno, yang mendakwa ketiga-tiga calon ketua pemuda itu sudah terjerumus dalam gaung rasuah. "Masakan Mukhriz mampu mendapat pencalonan paling tinggi ketika Khir Toyo dan Khairy dikatakan mengumpan perwakilan bahagian-bahagian dengan rasuah?" tambahnya.


kah kah kah…. MAHAFIRAUN LAWAN RASUAH ??..... kah kah kah…biar betul…. kah kah kah

… semenjak bila mahafiraun lawan rasuah ?… kah kah kah…. ini nak kempen untuk firauan kecik…. kah kah kah… nanti yang kecik ni jadi mahafirauan lagi… kah kah kah…nak naik tahtha…. nak jadi antu raya… kah kah kah

kah kah kah… ini nak bantu munkee sembab… kah kah kah… mahafiraun kata yang lain ‘jokers’…. kah kah kah… mere nam joker ni pun dulu dlaam kabinet half past six mahafiraun…. kah kah kah…

kah kah kah…. kalau mahafirauan melawan rasuah… samalah macam umi ufilda masih dara sunti… kah kah kah….

Saiful muncul di JAWI esok, tangkis tohmahan ditimpa bala

Pemuda Besut - PETALING JAYA: Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23, pemuda yang mendakwa diliwat oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim akan hadir di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) esok pada jam 11 pagi.

Hal ini diberitahu oleh salah seorang ahli keluarga Saiful ketika dihubungi mStar Online, petang tadi.

Menurut sumber itu, kehadiran Saiful adalah berhubung laporan tuntutan qazaf (tuduhan palsu) yang dibuat oleh Anwar terhadapnya di Mahkamah Syariah pada 9 Julai lalu.

Anwar pada 7 Ogos lalu turut mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen terhadap tuduhan meliwat Mohd Saiful di sebuah kondominium di Damansara, di sini pada 26 Jun.

Sehubungan itu, Mohd Saiful telah diminta hadir memberi keterangan kepada JAWI berhubung tuntutan qazaf tersebut pada 19 Ogos.

Sebelum itu, pada 15 Ogos, Mohd Saiful ditemani bapanya, Azlan Mohd Lazim, melafazkan sumpah laknat (mubahalah) di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur dengan disaksikan Imam Ramlang Porigi, menyatakan dia diliwat Penasihat PKR terbabit.

Dalam sumpah laknat itu, Mohd Saiful mendakwa dirinya telah diliwat secara paksa oleh Anwar.

Mengulas lanjut, sumber itu memberitahu lagi, kemunculan Mohd Saiful di JAWI esok mampu menangkis tohmahan dan laporan palsu yang tersebar sebelum ini kononnya beliau ditimpa bala dan sumpah memakan dirinya.

“Saiful perlu hadir di JAWI esok. Pada masa yang sama, beliau ingin menunjukkan yang cerita beliau ditimpa bala adalah tidak benar,” jelas sumber itu.

- mStar

Al-Fatihah ~ Ketua Hakim Syariah Johor - Dato Ali Ahmad

 Pas Johor Bahru : Beliau Pulang ke Rahmatullah jam 4 - 6 pagi tadi.(23 Zulkaedah 1429H - 21 Nov 2008). Pernah digam dari menyampaikan kuliah di masjid kerana cenderung kepada menyokong perjuangan PAS. Surau di tanah rumah beliau di Kg Melayu sangat aktif dengan kuliah maghrib dan subuh secara harian. Jawatan terakhir beliau ialah Ketua Hakim Syariah Negeri Johor

- Kembali aktif berceramah dan kuliah setelah dinaikkan pangkat menjadi Ketua Hakim Syariah Johor


- Pernah dicadangkan untuk bertanding atas tiket PAS pada pilihanraya akan datang sementara menantikan beliau bersara


- Jenazah beliau disolatkan di Masjid Negeri Johor, Masjid Sultan Abu Bakar.


- Beliau dikebumikan di sebelah makam kerabat di Raja Johor selepas solat Jumaat di Perkuburan Mahmodiah.


- Al-Fatihah

Friday, November 21, 2008

Azizan sumbang Gajinya RM10,000 Sebulan Kepada Agensi-Agensi Kerajaan Negeri

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak membuat potongan gajinya lebih RM10,000, jumlah paling besar yang pernah dibuat oleh seorang menteri besar, kata seorang pemimpin PAS negeri.


azizan abdul razakPotongan itu daripada jumlah gajinya RM14,100 dimulakan sejak awal pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan PAS di negeri itu, Mac lalu, namun ia tidak diumumkan secara meluas, kata timbalan pesuruhjaya PAS Kedah, Hassan Abdul Razak.

Jumlah wang yang dipotong itu disalurkan kepada agensi-agensi kerajaan negeri bagi mencontohi amalan cara hidup sederhana yang selama ini diamalkan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Hassan mendedahkan amalan Azizan itu bagi menyangkal dakwaan pesuruhjaya PAS itu bermewah-mewah selepas menjawat kerusi nombor satu dalam pentadbiran Kedah.

Hassan menambah, potongan itu diumumkan pertama kali dalam program taklimat dasar-dasar kerajaan kerajaan negeri di ibu negeri apabila dibangkitkan PAS kawasan Alor Star, 14 November lalu.

Bagaimanapun, katanya, perkara itu tidak didedahkan sebelum ini kerana "(hendak) membuat kebaikan tidak perlu dihebah-hebahkan".

Ahli-ahli akar umbi PAS negeri baru-baru ini dilaporkan tidak berpuas hati dengan pentadbiran kerajaan PAS Kedah.

Malaysiakini difahamkan, dalam pertemuan minggu lepas, menteri besar dan kerajaan Kedah mendapat kritikan pedas wakil-wakil PAS kawasan sehingga beliau diminta menyerahkan portfolio agama yang dipegangnya kepada exco lain.

Azizan juga turut dituduh gagal memperkasakan pelaksanaan Islam yang diperjuangkan PAS seperti membiarkan pusat hiburan beroperasi sehingga lewat pagi dan arak dijual bebas di Langkawi.

Pegawai kerajaan pula didakwa mendapat layanan istimewa daripada menteri besar berbanding pegawai lantikan politik.

Selain itu, Azizan dan barisan exco dikatakan selalu memberikan alasan sibuk sehingga susah ditemui rakyat tetapi didakwa rajin bermain golf.

Dihubungi Malaysiakini hari ini, Hassan berkata, selain soal kepemimpinan Azizan, kebajikan guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) antara perkara utama yang dibangkitkan.

Selain itu, tambahnya, PAS Kedah didakwa "bongkak dengan PKR".

Bagaimanapun, kata Hassan, perkara itu dijelaskan oleh menteri besar di hujung program di Kompleks Alor Star.

azizan abdul razak pas and kedahWakil-wakil PAS daripada 15 kawasan di seluruh Kedah turut dikatakan berpuas hati dengan penjelasan tersebut.

Sehubungan itu, Hassan berkata, kritikan kepada kerajaan negeri merupakan salah faham dan dibuat berdasarkan "cakap-cakap di kaki lima".

Menurutnya, dalam pentadbiran kerajaan, ada perkara yang telah dibuat tetapi belum diumumkan dan ada yang belum dibuat tetapi telah dirancang dan akan dijalankan secara berperingkat-peringkat.

Komen-komen itu, termasuk yang pedas dan negatif, diusulkan secara bertulis oleh wakil-wakil PAS kawasan tanpa menyatakan nama pengemuka soalan-soalan tersebut.

Komen-komen di pertemuan tertutup ini bagaimanapun terbocor kepada umum, termasuk Umno dan pihak media.

Hassan kesal kerana dokumen yang dianggap sulit itu telah “dicuri pihak tertentu”.

Majlis sumbang saran kali ketiga itu dihadiri wakil-wakil PAS kawasan, semua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan ahli-ahli parlimen PAS Kedah.

Majlis itu merupakan susulan selepas pertemuan Ogos lalu, sementara perjumpaan pertamanya diadakan sejurus selepas kemenangan parti itu dalam pilihanraya umum, Mac lalu.

PAS negeri merancang menjalankan sesi taklimat dasar-dasar kerajaan negeri kepada jentera parti empat kali setahun.

Rakaman video Mkini berubah sewaktu di balai

Malaysiakini : Rakaman video perhimpunan nyalaan lilin pada 9 Nov di Petaling Jaya yang dirampas polis kini didapati telah diubah sewaktu dalam jagaan pihak berwajib itu.

Rakaman tersebut dan kamera video Malaysiakini yang dirampas di hujung perhimpunan tersebut, yang diadakan sebagai membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan sambutan ulang tahunan perhimpunan menuntut pilihanraya bebas dan adil anjuran Bersih.

Seramai 23 orang - termasuk ahli-ahli politik dan juruvideo Malaysiakini, Shukri Mohammad - ditahan dalam insiden tersebut.

Beliau kemudiannya dibebaskan dan dikehendaki melaporkan diri di balai polis Petaling Jaya, Isnin depan.

seized malaysiakini tv camera tape police 211108Polis memulangkan rakaman tersebut bersama kamera itu kepada Malaysiakini pada Selasa lepas.

Selepas semakan rakaman 36 minit tersebut, sejumlah tiga minit dan 42 saat gambar daripada perhimpunan tersebut "telah hilang" di dua bahagian.

Potongan pertama berlaku pada masa rakaman di minit ke-10 dan 54 saat, sewaktu Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar mengarahkan peserta perhimpunan tersebut bersurai yang digantikan dengan satu rakaman baru.

Rakaman baru itu kedengaran dibuat oleh seorang penumpang dari sebuah kenderaan polis.

Rakaman yang diubah terjadi pada minit ke-14 dan 40 saat, apabila gambar sekumpulan anggota polis pencegah rusuhan digantikan dengan rakaman kira-kira enam saat sebuah almari pakaian.

Kandungan rakaman yang "hilang" setakat ini tidak dapat dipastikan.

syukri mohamad malaysiakini videographer cameramanShukri (foto) semalam membuat satu aduan polis di balai Jalan Travers berhubung isu pengubahan rakaman video tersebut kerana ia mungkin akan digunakan di mahkamah jika ada pertuduhan di mahkamah.

"Kami tidak menuduh polis mengubah bahan bukti kerana ada kemungkinan rakaman tersebut terpadam secara tidak sengaja sewaktu dalam jagaan polis," kata ketua pengarang Malaysiakini, Steven Gan.

"Bagaimanapun, polis sewajarnya menjaga bahan-bahan itu yang bakal dijadikan bukti dengan berhati-hati dan tidak bermain-main dengan kamera kami."

Rakyat Malaysia mati kena baham harimau kat zoo singapore

Sumber : Anak Cucu Nabi Adam






PERHATIAN : Klik Image Untuk Pembesaran.

Blog Stats