Sumbangan ~ Tolong Klik.... Thanks.

Thursday, November 20, 2008

Hotttt!!! : Che Det Ramal UMNO, BN 'KO' Pada PRU Akan Datang

KLPOS : DALAM siri kritikan mengenai perkembangan dalam Umno, parti yang diterajui selama 22 tahun, Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan, kelakuan buruk ahli dan pemimpin Umno kali ini besar kemungkinan menyebabkan Barisan Nasional (BN) dan parti itu kalah.

"Lihat 2008. Ketua-ketua perhubungan Kedah, Perak dan Selangor dapat jadi calon dan dapat menang pun. Tetapi BN dan UMNO kalah di negeri-negeri ini.

"Apabila parti kalah yang menang menjadi pemimpin dalam Umno tidak akan dapat menjadi Menteri Besar, ahli Exco dan sebagainya. Mereka akan bernasib baik jika dapat jadi pembangkang.

"Ramai daripada mereka tidak pun dapat jadi ahli Yang Berhormat. Mereka akan kalah," kata bekas Perdana Menteri dalam tulisan blognya hari ini yang bertajuk "Pencalonan Umno".

Sambil merujuk kepada amalan dan gejala politik wang, isu yang beliau sentuh sejak sebulan lalu, Dr. Mahathir hari ini menambah, dalam pilihan raya umum lalu pengundi-pengundi termasuk ahli dan penyokong setia Umno telah menolak parti itu hanya kerana pucuk pimpinan mereka disebabkan banyak faktor.

"Pada 2008 pengundi termasuk ahli dan penyokong setia Umno telah tolak Umno hanya kerana pucuk pimpinan Umno yang tak mampu memimpin, yang tunduk kepada Singapura, yang tak tahu kenang budi, yang utamakan anak menantu lebih daripada rakyat dan bermacam lagi. Kerana orang ini seorang, pengundi telah dengan berat hati undi parti lawan. Orang ini hanya seorang sahaja tetapi Umno dan BN yang menjadi mangsa," katanya.

Bagaimanapun jelas beliau, kali ini penolakan Umno dan BN oleh majoriti pengundi akan disebabkan mereka - Melayu, Cina dan India - memandang jijik keseluruhan Umno itu sendiri.

"Dengan mengetahui Umno terdiri dan dipimpin oleh perasuah, dengan anggapan bahawa siapa sahaja yang menjadi calon Umno dalam pilihan raya umum ke-13 akan terdiri daripada orang yang telah dicalonkan kerana rasuah, dipilih oleh pemimpin perasuah dari parti yang secara terbuka mengamal rasuah, apakah pengundi akan rela beri undi mereka kepada calon-calon Umno?

"Saya fikir tidak. Mungkin yang dapat nikmat tertentu akan undi BN. Tetapi ramai yang tidak akan undi BN," katanya lagi.

Isu politik wang menjadi perhatian banyak pihak dengan Lembaga Disiplin mendedahkan lebih 900 aduan diterima sepanjang kempen pemilihan parti baru-baru ini.

Dalam tulisannya hari ini, Dr. Mahathir, bekas Presiden Umno menyoal: "Apakah yang akan jadi pada Umno yang sudah kalah?Mungkinkah ia memberi nikmat kepada ahli dan pemimpin-pemimpin Umno? Tentu tidak," katanya lagi.

Beliau menambah, jika tidak hancur, Umno akan menjadi parti yang tidak bermaya, sekali gus tidak akan dapat pejuangkan nasib bangsa, agama dan tanah air.

"Mungkinkah Umno yang lemah ini dipulih semula. Saya tidak fikir UMNO dan BN juga yang telah dirosakkan oleh pucuk kepimpinan Umno pada mulanya dan sekarang oleh lain-lain pemimpin dan juga ahli biasa akan dapat dipulihkan oleh mereka yang telah merosakkannya kerana kelakuan buruk mereka," katanya lagi.

Alternatif disyorkan beliau: jika Umno hendak dipulih semula pemimpin yang telah mengotorkannya sehingga kalah perlu diganti dengan yang dianggap bersih oleh masyarakat dan ahli parti yang tidak tercemar dan masih berpegang kepada prinsip perjuangan parti.

"Soalnya siapakah yang layak? Sama-samalah kita fikir," kata beliau yang menyerahkan pucuk kepimpinan parti dan kerajaan kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi Oktober 2003.

Sementara itu, Bernama melaporkan, ketika sesi soal jawab dalam majlis dialog bersama beliau di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya hari ini, Dr Mahathir berkata, semua laporan yang diterimanya berhubung amalan politik wang dalam Umno akan dipanjangkan kepada Jawatankuasa Disiplin parti itu untuk tindakan lanjut.

Beliau menegaskan laporan tersebut juga akan diserahkan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR).

"Jika kedua-dua cara itu tidak berhasil, saya akan siarkan senarai nama mereka yang terlibat itu beserta laporan di dalam blog saya," katanya.

Beliau berkata, tindakan yang berani amat diperlukan ketika ini bagi memulihkan imej dan kedudukan Umno yang didakwanya kian tercemar ekoran amalan politik wang yang semakin berleluasa. "Jika kita tidak berani mengambil tindakan, Umno akan hancur. Inilah yang akan menunggu kita kalau keadaan ini berterusan," katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, beliau berkata amalan politik wang adalah faktor utama yang akan memusnahkan Umno dan struktur keseluruhan parti itu.

Sekiranya tidak dibersihkan, negara perlu bersedia menghadapi keruntuhan kuasa kerajaan Barisan Nasional (BN), kata Dr Mahathir.

"Apabila mereka menggunakan wang, pandangan pengundi kepada mereka akan lebur. Mereka (pengundi) jijik pada orang macam ini. Pada pilihan raya akan datang sudah tentu yang akan dapat jadi calon ialah mereka yang kalau tak cekap bodek pun, ialah mereka yang cekap memberi wang kepada pihak tertentu supaya mereka dicalon untuk menjadi calon pilihan raya.

"Rakyat akan pandang mereka ini sebagai calon yang terlibat dengan rasuah. Apakah rakyat akan undi kepada calon-calon ini?," katanya.

Dr Mahathir berkata, hanya ahli yang tidak menggunakan akal sahaja akan mengundi calon yang terlibat dengan rasuah.

"Seperti yang saya katakan, undi daripada ahli sahaja tidak memberikan kemenangan kerana undi dari ahli (Umno) itu sedikit. Kita perlukan undi dari pengundi yang bukan ahli Umno tetapi merupakan penyokong setia Umno," katanya.

Rentetan daripada itu, kata beliau, tidak mustahil untuk BN kalah pada pilihan raya ke-13 akan datang jika para pengundi enggan mengundi calon yang terlibat dengan rasuah.

"Itu bukan mustahil. Sebelum pilihan raya umum Mac lepas, kita fikir kita tentu menang di Selangor, Perak dan Pulau Pinang, tentu kita menang di Kedah, tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya," katanya. / Mstar


Tun pertimbang akan dedahkan nama-nama perasuah Umno dalam blog

Wanita UMNO: Sah, Shahrizat Tanding Ketua, Maka Rafidah Bakal Menangis Lagi Akhirnya !!

PahangDailyOnline : PETALING JAYA - Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini mengumumkan beliau akan bertanding menentang ketuanya, Tan Sri Rafidah Aziz bagi jawatan Ketua pergerakan itu pada pemilihan parti Mac depan. Shahrizat melalui kenyataan dua perenggannya hari ini mengesahkan bahawa beliau menerima pencalonan dan sokongan untuk bertanding jawatan itu. "Wanita Umno mesti bersatu dalam mengukuhkan parti serta berani membawa perubahan dan pembaharuan," katanya dalam kenyataan tersebut. Sementara itu, Rafidah ketika diminta mengulas tentang keputusan Shahrizat itu memberitahu bahawa beliau akan mengeluarkan kenyataan esok.

"Kenyataan saya esok,"
katanya menerusi jawapan SMS yang dikirim sebentar tadi. Keputusan beliau itu sekaligus melenyapkan pelan peralihan kuasa yang dirancang oleh Rafidah untuk menyerahkan kepimpinan pergerakan itu pada Shahrizat pada Jun depan. Denagan keputusan itu juga bermakna Shahrizat akan memberi laluan kepada satu-satunya saingan beliau bagi jawatan Naib Ketua iaitu Datuk Kamilia Ibrahim untuk menang tanpa bertanding pada pemilihan akan datang. Kamilia sebelum ini telah berulang kali berkata beliau tidak menyetujui pelan peralihan Jun itu dengan alasan ia bertentangan dengan perlembangaan Umno. Rafidah buat pertama kali mengumumkan pelan peralihan kuasa itu pada Ogos lalu dan mesyuarat exco Wanita Umno pada minggu lalu mengambil keputusan menyokong pelan itu dan menolak gesaan Shahrizat yang dibuatnya sehari sebelum mesyuarat itu agar pelan berkenaan diselaras dengan pelan peralihan Umno induk.

Kamilia tidak hadir pada mesyuarat itu sebagai tanda beliau tidak menyetujui pelan berkenaan. Pelan peralihan itu juga dianggap oleh ramai pihak sebagai tidak logik kerana jika Shahrizat mengambil alih jawatan daripada Rafidah pada Jun mengikut pelan itu, beliau akan hanya menjadi pemangku Ketua Wanita sehingga pemilihan Umno yang diadakan tiga tahun selepas Mac depan. Sebilangan Wanita bahagian juga mula bersuara menolak peralihan kuasa tersebut dan menyifatkan ia bukan kehendak akar umbi. Bagi jawatan Ketua Wanita Umno, Rafidah mendapat 117 pencalonan manakala Shahrizat 73. Sementara bagi jawatan Naib Ketua pula, Shahrizat menerima 113 pencalonan dan Kamilia 54 pencalonan. Rafidah telah menerajui Wanita Umno sejak 1984 kecuali untuk satu penggal ekoran kekalahannya kepada Datuk Seri Dr Siti Zaharah Sulaiman. Bagaimanapun, beliau memenangi semula jawatan itu daripada Dr Siti Zaharah pada pemilihan 2000.

[Nampaknya keputusan yang dibuat oleh Shahrizat itu bakal menjadi satu tamparan hebat buat Rafidah Aziz. Beliau yang masih mengintai jawatan Ketua Wanita UMNO dan hanya akan melepaskan jawatan menerusi pelan peralihan itu bakal ditentang oleh kroninya sendiri. Inilah politik namanya, kawan menjadi lawan. Apakah Rafidah akan menangis lagi mengeluarkan air mata seperti ketika Mahathir umumkan perletakkan jawatannya dulu. Namun, kini terbukti Rafidah harus terima hakikat bahawa zamannya sudah berakhir. Beliau sepatutnya mengundur diri dan memberi kemenangan percuma kepada Shahrizat. Bayangkan jika beliau masih menang, apakah jawatan itu akan dikosongkan? Atau beliau akan terus bertakhta dan kembali ke kabinet zaman Najib Razak nanti?. Inilah agaknya yang ditunggu, kerana beliau tahu Mahathir sudah pasti akan menariknya ke dalam jika Najib berkuasa nanti].

Lim Guan Eng sumbang kepada para hafiz

Hafiz al-Quran dihargai kerajaan Pulau Pinang

GEORGETOWN - Kerajaan Negeri akan memberi sumbangan kepada para hafiz anak kelahiran Pulau Pinang yang telah belajar ataupun sedang mengajar di seluruh negeri ini pada 29 November 2008 kata, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Bagaimanapun sumbangan tersebut akan diputuskan dalam mesyuarat Majlis Kerajaan dalam masa terdekat.

"Sumbangan itu merupakan pengiktirafan dan penghargaan Kerajaan Negeri kepada hafiz yang berjaya mencapai tahap yang disegani dalam mendalami ilmu agama khususnya al-Quran, " ujarnya dalam sidang media sejurus masa rehat Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) pagi tadi.

Beliau berharap, sumbangan tersebut dapat menyembarakan lagi semangat anak muda untuk menjadi seorang hafiz yang berjasa kepada agama dan masyarakat.

Ini kerana, melalui pembacaan dan penghafalan dalam al-Quran jelas dapat membentuk sebuah masyarakat madani yang berakhlak dan berintegriti tinggi bersesuian dengan prinsip 'Amar Ma'ruf Nahi Mungkar' dan Cekap, Akauntabel dan Telus (CAT).

Selain dari mencorakkan pemerintahan dengan Khalifah Umar Abdul Aziz yang telah berjaya menjadi model pemerintahan yang adil dan berjiwa rakyat serta merombak semula jentera pentadbiran sumbangan tersebut juga dianggap habuan terbaik sebagai galakan anak muda mendekati al-Quran.

Bahkan kata Lim, tindakan Khalifah Umar Abdul Aziz sanggup memecat pegawai yang tidak cekap, menyalahgunakan kuasa serta menumpukan perhatian terhadap peningkatan ilmu pendidikan di kalangan rakyat dapat memulihkan kepercayaan rakyat.

"Kerajaan Negeri akan berusaha menjadikan pemerintahan hari ini sebaik mungkin sepertimana yang diamalkan oleh Khalifah Umar Abdul Aziz kerana beliau berjaya mencorakkan pemerintahan yang adil, memecat pegawai yang tidak cekap, mengembalikan tanah yang dirampas dan menumpukan perhatian terhadap meningkatkan ilmu pendidikan di kalangan rakyat," tegas beliau. - Hrkh

Perak sediakan RM2 juta bantu mangsa ISA


Kerajaan Perak sediakan RM2 juta bantu mangsa ISA

BAGAN SERAI - Kerajaan Pakatan Rakyat Perak akan memperuntukkan dana sebanyak RM2 juta bagi Tabung Khas Kebajikan Rakyat dalam Perbelanjaan Bajet 2009 terhadap kes-kes seperti penderitaan penahanan mangsa Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan keluarganya.

Menteri Besar, Dato' Seri Muhammad Nizar Jamaluddin mengumumkan demikian dalam pengulungan Perbelanjaan Bajet 2009 di Persidangan Akhir Dewan Negeri Perak di Ipoh baru-baru ini dan perkara ini dinyatakan oleh Exco Agama, Pendidikan Islam,Wanita dan Kebajikan, Haji Mohd. Zainuddin Mohd.Yusof ketika berucap merasmikan Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Parti Pakatan Rakyat di Bandar Baru, Bagan Serai kelmarin.

"Kerajaan Perak menubuhkan tabung khas untuk membantu rakyat ditimpa nasib malang seperti memastikan dapat memberi bantuan tetap terhadap kebajikan anak-anak dan isteri mangsa keluarga tahanan ISA selagi suaminya di dalam tahanan,"kata Mohd. Zainuddin.

Tegasnya, dana itu bertujuan membantu dalam perbelanjaan persekolahan anak-anak dan saraan isteri mangsa ISA yang keseorangan menanggung bebanan hidup keluarga.

Dalam ucapannya itu, beliau menjelaskan bahawa ISA adalah akta yang zalim di mana mangsa tidak diberi peluang untuk membela diri.

"Itulah sebabnya kerajaan Pakatan Rakyat tidak mengiktiraf ISA malah berusaha untuk menghapuskan akta tersebut dan setidaknya kem ISA di Taiping itu dinyahkan dari Perak segera,"katanya.

Tegasnya, ISA ditubuhkan di zaman penjajahan British di Tanah Melayu dengan satu tujuan sahaja iaitu untuk membanteras pengganas komunis.

"Bukannya seperti dilakukan oleh umno-BN sekarang tangkap sesiapa sahaja dengan sesuka hati dan kenakan akta ISA itu dengan menyumbatkan mangsa di dalam Tahanan Kem Kamunting, Taiping tanpa bicara,"jelas Zainuddin. - Hrkh)

Solat Jumaat memang tidak diizinkan pada tahanan ISA: Zahid

SUMBER : MalaysiaToday


(mStar Online) - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, hari ini menyelar tindakan bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Raja Petra Kamarudin, yang mempertikaikan prosedur ISA yang tidak membenarkan tahanan mengerjakan solat Jumaat.

"Solat Jumaat memang tidak diizinkan pada tahanan ISA. Jangan bagi alasan untuk mempertikaikannya."

"Saya bukan nak tuduh tapi saya nak tanya, berapa kali dia (Raja Petra) sembahyang Jumaat selama ini," katanya pada sidang media ketika melawat ke Institut Penyelidikan Produk Halal di Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini, hari ini.

Zahid yang enggan mengulas lanjut berhubung hal itu bagaimanapun berkata, penulis laman blog Malaysia Today itu tidak sepatutnya mencabar aspek agama Islam yang telah ditetapkan itu.

"Setakat mana pegangan agama Islam dia? Sedangkan dalam blognya, dia ada juga menghentam tentang Islam," kata Zahid.

Ditanya mengenai dakwaan Raja Petra mengenai ceramah seorang ustaz dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang dikatakan menghentam agama lain dan kitab-kitab suci mereka, Zahid hanya berkata: "Saya tidak tengok. Itu dia (Raja Petra) yang kata."

"Saya tak pernah duduk dalam ISA dan saya tak tahu," katanya.

Semalam, Raja Petra yang pernah ditahan di bawah ISA selama 52 hari sebelum ini membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Senrul terhadap pusat tahanan ISA di Kamunting kerana tidak membenarkan beliau menunaikan solat Jumaat.

Beliau juga membuat laporan terhadap Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kerana dikatakan menghina agama-agama lain.

Beliau membuat laporan tersebut setelah menolak untuk memberi kenyataan lain berhubung dakwaan Jakim yang mengatakan beliau menghina orang Melayu, agama dan orang Islam dalam blognya.


ARef : Siapa yang sepatutnya dikenakan ISA???? RPK atau Paklah??????? TAHANAN ISA tidak dibenarkan SOLAT JUMAAT?????

WANITA UMNO : Lebih 100 bahagian sokong Shahrizat...

Malaysiakini : Lebih 100 bahagian menyokong Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil untuk bertanding jawatan ketua Wanita Umno Mac ini, kata exco pergerakan itu, Raja Ropiah Raja Abdullah.

Beliau yang juga ketua Wanita Umno bahagian Petaling Jaya Utara itu berkata, sekurang-kurangnya lima negeri memberi sokongan penuh kepada Shahrizat untuk mencabar penyandang, Tan Sri Rafidah Aziz.

rafidah aziz and shahrizat wanita umno leaders 201008Lima negeri tersebut, katanya, ialah Pulau Pinang, Perak, Melaka, Sabah dan Negeri Sembilan.

"Negeri-negeri lain akan menyusul memberikan sokongan selepas Shahrizat mengumumkan beliau akan bertanding jawatan ketua Wanita Umno.

"Ketika ini ada negeri yang takut untuk mengisytiharkan sokongan terbuka kepada Shahrizat," katanya ketika dihubungi hari ini.

Selepas kesemua 191 bahagian Wanita selesai bermesyuarat awal bulan ini, 117 bahagian mencalonkan Rafidah untuk mempertahankan jawatannya manakala 73 lagi mencalonkan Shahrizat untuk jawatan ketua.

Raja Ropiah berkata, negeri-negeri Pantai Timur iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan - yang sebelum ini merupakan penyokong kuat Rafidah - kini telah mula beralih sokongan kepada Shahrizat.

Sokongan padu

Katanya, ini bermakna Rafidah tidak lagi mendapat sokongan padu dari negeri-negeri yang sebelum ini menyokong Rafidah.

"Saya merasakan Rafidah tidak lagi boleh mengatakan ahli-ahli Wanita masih mahu beliau memimpin pergerakan itu.

"Saya menerima panggilan telefon dari ahli Wanita dari seluruh negara setiap hari yang mahu supaya Shahrizat mencabar Rafidah untuk jawatan ketua Wanita," katanya lagi.

Raja Ropiah berkata, alasan utama mereka mahu Shahrizat bertanding ketua Wanita ialah mereka tidak mahu Shahrizat menjadi pemangku selama tiga tahun.

Ini, katanya, ia tidak akan menguatkan kedudukan Wanita Umno terutamanya untuk menghadapi pilihanraya umum akan datang.

Beliau berkata, Rafidah perlu menerima hakikat dengan perubahan semasa iaitu Wanita Umno mahukan perubahan kepimpinan.


ARef: Bertanding ajelah..... kata nak dengar suara akar UMNO!!! kah3...... lawak3.... PARTI CAP AYAM yang takut dengan PILIHANRAYA dan UNDI!!!!! Mana boleh passing2 macam tuh aje....... Kah3!!!!!

BOIKOT JE MENTERI PEMBOHONG!


"Siakap senohong, gelama ikan duri.
Bercakap bohong, lama-lama jadi menteri KPDNHEP"

Nur Aflah : Kalau ikut harga semasa petrol di pasaran dunia, rakyat di negara sepatutnya membayar kurang dari RM 1.70/liter. Tetapi, berapa yang rakyat kena bayar? RM 2.00/liter!

Soalan mudah ditanya oleh rakyat kepada Shahrir Samad sebagai menteri yang bertanggungjawab adalah :

“Mana subsidi 30 sen yang dijanjikan sebelum ini? [rujuk video di bawah] Kenapa pula rakyat kena bayar lebih? Ke mana lebihan itu dibelanjakan kerajaan?”


Nak tahu apa jawapan Shahrir Samad? Mudah saja. Gini katanya :

“Sekarang ni, kerajaan dah tak tanggung lagi subsidi petrol. Kerajaan hanya tanggung subsidi untuk diesel dan LPG…” [rujuk kat sini]

Aaaa.. mengaku pun? Abis tu, kenapa sibuk nak buat harga lantai sebab kerajaan bukannya kena tanggung subsidi lagi? Rakyat sudah mula bayar lebih daripada yang sepatutnya dibayar!

Shahrir jawab, “Rakyat kena faham. Kerajaan terpaksa tanggung rebet tunai RM 625 untuk kereta bawah 2000cc dan RM 150 untuk motosikal sampai tahun depan …”

Aik! Rakyat mula tak puas hati dan hairan bin ajaib dengan jawapan yang diberikan Shahrir Samad.

“Sekarang ni, kau tak payah nak kelentong lah! Siapa yang janji nak bagi subsidi 30 sen? Kerajaan ke rakyat? Siapa yang memandai nak bagi rebet tunai? Kerajaan ke rakyat? Siapa punya idea yang naikkan harga petrol sampai 41%? Kerajaan ke rakyat? Apa maknanya kalau bercakap, dia bohong. Kalau berjanji, dia kencing?...”

Shahrir terus membisu. Uban di kepalanya terasa gatal.

“Dulu masa kerajaan naikkan harga petrol sampai 41%, kau bukan tak tahu kesan rantainya pada harga barangan yang lain. Sekarang ni, harga barangan dah melambung naik dan tak nak turun-turun, siapa yang salah? Rakyat juga yang nak disalahkan ke?” kata rakyat lagi.

Shahrir hanya tersengih dan kelihatan berbisik dengan Ibrahim Ali.

“Rakyat kenalah gunakan kuasa mereka untuk boikot peniaga yang jual harga tinggi.” jawab Shahrir lepas mendengar bisikan Ibrahim Ali.

“Sungguh bernas idea itu. Lepas ni, saya akan boikot peniaga degil tu dengan menteri yang suka kelentong rakyat macam kamu!” kata rakyat itu sambil membuat isyarat tangan yang ditunjukkan dalam gambar di bawah.

GEMPAR !!!! HANGAT !!! NAJIB TAK PERNAH JUMPA ALTANTUYA – RAZAK BAGINDA – Malaysian Insider

Sumber : Tukar Tiub

KUALA LUMPUR, Nov 20 – Political analyst Abdul Razak Baginda said today that Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Razak had never met his Mongolian lover Altantuya Shaariibuu who was brutally murdered two years ago.

He pleaded for the "lies about Datuk Seri Najib Razak and his wife" to stop.

TERJEMAHAN:

Penganalisa politik Abdul Razak Baginda berkata hari ini bahawa Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak pernah bertemu dengan kekasihnya Altantuya Shaaaribu yang telah mati dibunuh secara ganas dua tahun dahulu.

Dia merayu agar ‘ fitnah terhadap Datuk Seri Najib Razak dan isteri beliau’ di hentikan kan.


RAZAK BAGINDA RAYU HENTIKAN FITNAH TPM, ISTERI - melayau


KUALA LUMPUR: Penganalisis politik, Abdul Razak Abdullah Baginda yang dibebaskan daripada tuduhan bersubahat membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu, pada 31 Oktober lalu, hari ini merayu semua pihak berhenti daripada melemparkan fitnah terhadap Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

RAZAK BAGINDA MINTA HENTI FITNAH TPM,ISTERI DALAM KES ALTANTUYA – berita hairan

KUALA LUMPUR 20 Nov. Penganalisis politik, Abdul Razak Baginda dalam penampilan pertamanya sejak dibebaskan daripada tuduhan bersubahat membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu meminta semua pihak berhenti menyebar fitnah terhadap Timbalan Perdana Menteri dan isteri.

Beliau berkata, dakwaan bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor pernah menemui Altantuya adalah tidak benar.



kah kah kah …DIHENTIKAN? kah kah kahu…. kah kah kah…. kah kah kah….. kah kah kah …. kah kah kah…. kah kah kah…

kah kah kah… tak cakap APA APA FITNAH PUN…. kah kah kah… kah kah kah…

kah kah kah…. TAK KAN KAH KAH KAH PUN FITNAH KE… kah kah kah …. kah kah kah kah

AMARAN : Gambar adalah hiasan semata-mata, semuanya Gambar Palsu.... Yang Original masih dalam MISI PEMBURUAN!!! ha3.

Shah Rukh Khan Sibuk.... anugerah 'DATUK' tunda lagi.

SUMBER :Pemuda Besut

Lupakan sahaja Shah Rukh kalau nak jadi Timbalan Presiden

“Shah Rukh Khant come” demikianlah tajuk muka tiga akhbar The Star hari ini. Menurut laporannya bintang Bollywood yang difikirkan layak menerima anugerah “Datuk” Melaka oleh Ketua Menteri Melaka itu tidak dapat hadir menerima anugerah tersebut pada tarikh yang ditetapkan kerajaan negeri iaitu 29 November ini.

Alasannya beliau sibuk.

Sebelum ini penganugerahan bintang-bintang kebesaran negeri sempena ulangtahun kelahiran Yang Dipertua Negeri Melaka telah pun berlangsung tanpa kehadiran Shah Rukh walaupun beliau diseneraikan menerima gelaran tertinggi negeri itu juga atas alasan yang sama. Maka kelam-kabut dan bergelutlah kerajaan negeri menetapkan tarikh baru khas untuk mengalungkan gelaran kepada anak asing yang tidak pernah berjasa kepada negeri itu.

Dikhabarkan pihak TV juga akan menyiarkan secara langsung majlis untuk anak Bollywood itu nanti, dan kini tiba-tiba beliau tiada masa untuk Melaka kerana sibuk! Bagi saya ini suatu penghinaan kerana ternyata si Shah Rukh tidak ambil berat apalagi meletakkan Melaka sebagai satu keutamaan buat beliau. Saya tidak faham kenapa kita perlu meletakkan diri kita terlalu rendah seolah kebulurkan sangat kelibat beliau yang tidak langsung memperdulikan kita pun.

Kini sekali lagi kerajaan negeri mencari pula tarikh baru.

Kalau pun benar Ali Rustam mahu menang jawatan Timbalan Presiden Umno, tak perlulah mahu mencuri “glamour” melalui Shah Rukh. Malah saya meraskana puaka Shah Rukh ini nampak-nampaknya akan menghantui Ali Rustam dan berkemungkinan beliau nanti kecundang kerananya. Sekarang pun isu ini dijadikan bahan senda gurau oleh semua pihak termasuk kalangan Umno.

Jebat rebah kerana Taming Sari, Ali Rustam tersungkur angkara Shah Rukh! ~ Roslan SMS

ARef: Ha3..... ontah2, Shah Rukh Khan pun tak suka UMNO..... kah3.

Hangpa kenai ka orang ni?

Sumber : Perak Express

Kemaskini 11.40 pagi..

Tadi aku dapat satu email dari seorang wanita. Dia kata la wanita…aku mana tau. Kalau dengaq suara…lain cerita.

Dia mengadu laki dia dah dua minggu tak balik. Dan dia mintak aku tolong siarkan gambaq laki dia. Tak pa la…aku pun ingat baik saja. Kalau bergaduh laki bini pun…baik-baik lah semula.

Kalau sapa-sapa jumpa orang ni…bagi tau la kat dia. Isterinya sedang menunggu.

Update 9.25 pagi.

Bila aku baca komen Amin …dan bila Adiputra kata macam kenai saja….aku pun rasa macam kenai tapi tak tau sapa.

Tapi , instinct aku membawa ke satu blog…dan aku tengok…memang nampak macam sama.

Sama ka dengan gambar dibawah ini? Kalau tengok style rambutnya…nampak sama.

Update 10.18 pagi.

Ada member bagi tau…dia ni pakai kereta Toyota Innova. Hangpa tolong check tengok…kot-kot ada kat Puncak Alam. Naya nanti.

Update 11.40 pagi.

Celaka hangpa !!!! Bila amin kata ada bau sabotaj…aku check balik dengan kawan-kawan. Memang betui ada member nak penaya aku. Baru aku dapat tau, gambar kat atas ni gambar orang kuat Ezam. Dia juga blogmaster Medan Info Kita, dia juga GAP, dia jugak Gerakan Anti PKR, dia juga Anti-Sodomy, dia jugak Perak Bangkit. Jadi…aku nak minta maaf kepada anti-sodomy, GAP…atau apa saja nama yang dia pakai la.. bukan niat aku nak penaya hang. Aku pun kena naya.

Kes Liwat Anwar : Mahkamah Ditangguhkan Lagi, Terbukti Kes Itu Tidak Relevan Dan Meragukan !!

PETALING JAYA - Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan untuk mendengar hujahan pihak pendakwaan dan pembelaan pada 5 dan 6 Februari depan berhubung permohonan pendakwa raya untuk semakan bagi membatalkan keputusan Mahkamah Sesyen yang tidak membenarkan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Keputusan itu diputuskan oleh Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah. Pihak pembelaan memohon supaya Anwar dikecualikan daripada menghadiri sesi berkenaan.

Mahkamah membenarkan permohonan tersebut tanpa bantahan pihak pendakwa. Terdahulu, Anwar tiba di mahkamah pada jam 9 pagi bersama isteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail. Mahkamah mula bersidang jam 9.12 pagi. Anwar ketika ditemui di luar mahkamah berkata, beliau akur dengan keputusan penangguhan tersebut. "Saya mahu kes ini diselesaikan dengan cepat...tak mahu tangguh-tangguh. "Jadi strategi mereka berjaya sebab suka tangguh-tangguh," katanya ringkas. Minggu lalu, Hakim Mahkamah Sesyen S. M. Komathy Suppiah memerintahkan kedua-dua pihak mendapatkan arahan dan perintah daripada Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah hari ini berhubung permohonan pendakwa raya bagi semakan serta penangguhan semua prosiding sementara menunggu keputusan Mahkamah Tinggi. Ia dijadual didengar hari ini dan esok.

[Keputusan yang berlaku hari ini jelas sekali membuktikan kepada kita yang mereka tidak terdaya untuk menentang Anwar di mahkamah yang adil. Dengan barisan peguam yang hebat-hebat dan profesional berbanding peguam Saiful yang masih menah dan tidak popular. Ditambah lagi dengan bukti-bukti kes yang nampak menyebelahi mantan TPM itu. Maka, jalan terbaik ialah mereka melambat-lambatkan perbicaraan dan berusaha untuk memindahkan kes ke Mahkamah Tinggi bairpun ia telah diputuskan oleh Mahkamah Sesyen sebelum ini bahawa perbicaraan Anwar akan kekal disitu. Inilah dia "sandiwara liwat versi baru" yang amat memualkan kita sebenarnya. Mana hilangnya Saiful kini?. Apakah perlu kami membongkarkan lagi cerita anak muda itu kepada umum?].

- Pahang Daily Online

Razak: Najib tidak terbabit dalam kes Altantuya

Malaysiakini : Bekas penganalisa Abdul Razak Baginda hari mendakwa bahawa Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak terbabit langsung dalam kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

abdul razak baginda pc 201108 03Malah, katanya, Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor tidak pernah bertemu dengan Altantuya.

Abdul Razak memberitahu demikian dalam sidang akhbar pertamanya selepas dibebaskan pada 31 Oktober lalu daripada tuduhan bersubahat membunuh Altantuya.

Dua anggota polis daripada Unit Tindakan Khas, Cif Inspektor Azilah Hadri, 32, dan Koperal Sirul Azhar Umar, 36, yang dituduh membunuh Altantuya, diperintah membela diri.

Azilah dan Sirul Azhar dituduh membunuh Altantuya, 28, di lokasi antara Lot 12843 dan 16735, Mukim Bukit Raja, di Shah Alam antara jam 10 malam 19 Oktober dan 1 pagi 20 Oktober tahun lalu.

Pihak mendakwa tidak memfail rayuan terhadap keputusan mahkamah membebaskan Abdul Razak.

Bercakap dalam sidang akhbar penuh sesak, Abdul Razak meminta semua pihak supaya berhenti menyebarkan fitnah terhadap Najib dan Rosmah.

Abdul Razak berkata, terlalu banyak fitnah yang dilemparkan kepada mereka berdua.

Malah, katanya, mereka yang menyebarkan fitnah itu tidak pernah mengeluarkan bukti yang kukuh 'kerana sebenarnya tidak ada bukti".

Katanya, beliau memberitahu pihak polis bahawa Najib tidak terlibat dan "keterangan yang diberikannya kepada polis adalah sama dengan yang dicakapkan kepada media hari ini".

abdul razak baginda pc 201108 01"Saya juga ingin menjelaskan bahawa saya tidak pernah melakukan sebarang kesalahan terhadap si mati (Altantuya) dan saya ingin mengucap simpati yang tidak terhingga kepada keluarga si mati.

"Kebenaran adalah kebenaran dan tiada apa yang boleh mengubah kebenaran," katanya yang turut ditemani oleh peguamnya.

Abdul Razak berkata, memandangkan perbicaraan kes tersebut masih berjalan, maka beliau dinasihatkan oleh peguamnya supaya tidak menyentuh secara khusus mengenainya demi menjaga keluhuran perbicaraan tersebut.

Abdul Razak juga mendakwa, ada dua pihak yang didakwanya menyebarkan pandangan yang tidak berasaskan fakta
- iaitu blogger dan pemberi pendapat.

Beliau mendakwa, mereka ini telah membuat interpretasi tanpa berasaskan fakta dan berdasarkan khabar angin.

Oleh itu, beliau meminta mereka menghentikan perkara itu.

Abdul Razak juga meminta orang ramai supaya jangan mempercayai perkara itu yang yang disifatkannya sebagai satu penipuan.

abdul razak baginda pc 201108 02Ditanya mengenai hubungannya dengan Najib, Abdul Razak berkata beliau tidak mempunyai hubungan yang formal dengan Najib.

Menurutnya, mereka sering bertukar buku dan berbincang mengenai apa yang mereka baca.

Beliau juga yakin Najib akan menjadi perdana menteri yang baik.

Abdul Razak berkata, sepanjang ditahan reman, beliau telah diberi layanan yang profesional.

Mengenai perancangannya selepas itu, Abdul Razak berkata beliau akan melanjutkan pengajian di peringkat PhD di Universiti Oxford.

Jawatan Kosong : Temuduga Terbuka Di UUM

iklan jawatan kosong di Universiti Utara Malaysia (UUM) TEMU DUGA TERBUKA 2008

(WALK-IN INTERVIEW)



Tarikh :25 November 2008 (Selasa)
Masa :9.00 pagi – 5.00 petang
Tempat :Tingkat 8, Kampus Bandaraya UUM (KL)
41-3, Jalan Raja Muda Abdul Aziz
50300 Kuala Lumpur
JAWATAN AKADEMIK

1)Pensyarah (DS45)
2)Tutor (DA41)
3)Guru Bahasa (DG41)

BIDANG KEUTAMAAN JAWATAN AKADEMIK

1. Statistik

2. Matematik

3. Perniagaan Tani

4. Pengurusan Kerja Sosial

5. Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (NIOSH)

6. Undang-Undang

7. Pengurusan Pembangunan

8. Pengurusan Perniagaan (Logistik dan Pengangkutan)

9. TESL/TEYL

10. Sains Pemutusan

11. Perbankan Islam

12. Pengurusan Risiko dan Insurans


Untuk keterangan lanjut sila ke [SINI].

Sejarah Pas dan realitinya kini

TBO : Gerakan politik berpartai dikalangan orang Melayu bermula dengan semangat nasiolisme. Pertubuhan politik yang pertama ditubuhkan ialah Kesatuan Melayu Muda ( KMM) pimpinan Ibrahim Haji Yaakob pada ogos 1938 .Pada 17 Oktober 1945 tertubuhnya parti Kebangsaan Melayu Malaya pimpinan Mukhtaruddin Lasso dan Dr Burhanuddin Al - Helmy.

1 Mac 1946 UMNO ditubuhkan pimpinan Datuk Onn Jaafar ( pemikiranya adalah dipercayai dipengaruhi oleh ultra sekular Turki ) dan diikuti oleh Tunku Abdul Rahman Putra.

Didalam kerancakan semangat nasionalisme ini mula dicabar oleh kebangkitan politik Islam dikalangan orang - orang Melayu.

Arkiteknya dan pencetus idea ini adalah Dr Burhanuddin Al - Helmy dan Ustaz Abu Bakar al - Baqir dari Maahad Al - Ihya al Sharif , Gunung Semanggol.Mereka berjaya menubuhkan Pusat perekonomian Melayu Se -Melaya ( PEPERMAS) dan Majlis Agama Islam Tertinggi ( MATA) pada 1947.

Dengan begitu kemas sekali organinasi yang dipimpin oleh kalangan orang - orang yang soleh ini. Semakin menebal api permusuhan UMNO , ketika MATA ditubuhkan tiada seorang pun perwakilan UMNO yang menghadirinya.

Lebih parah Datuk Onn Jaafar tidak henti - henti melaungkan amaran pada tahun 1947 tentang kononnya ada" bahaya dari gunung " ( Gunung Semanggol ).


Maka kemuncak gerakan Islam ini ialah pada 14 mac 1948 dengan tertubuhnya Parti Hizbul Muslimin .Tokoh sekular dari UMNO iaitu Datuk Onn begitu marah meluap - luap sehingga beliau menuduh Hizbul Muslimin sebagai komunis.

1948 , natijah daripada tuduhan - tuduhan tanpa asas itulah British bergegas mengisytiharkan darurat , tokoh - tokoh utama Hizbul Muslimin ditangkap dan seterusnya parti iti diharamkan.

Mereka merancang ALLAH juga ada perancangan sesungguhnya Dialah sebaik - baik perancang.UMNO menjangkakan mereka akan bergerak bebas tanpa cabaran setelah pengharaman Hizbul Muslimin. Rupa - rupanya Bahagian Agama dalam Umno itu sendiri bangkit menentang dasar UMNO maka tertubuhlah Persatuan Ulama Se - Malaya pada November 1951 yang dipimpin oleh Haji Ahmad Fuad.

Kemudiannya persatuan Ulama Se Malaya menukar nama kepada Persatuan Islam Se Malaya ( PAS ) serta keluar dari Umno. Sehari sebelum penamaan calon PRU 1955 PAS telah mendapat kelulusan daripada Pendaftar Pertubuhan sebagai parti politik.

Lantaran itu secara rasminya PAS kekal hingga kini sebagai saingan politik UMNO dengan mengantikan Hizbul Muslimin.

Ya , itu sejarahnya.... bagaimana penerusannya ? apakah muda mudi muslim sudah menghadamkan sejarah ini didalam kotak - kotak pemikiran mereka ?

Seawal penubuhan partai Islam ini telah kelihatan begitu tersusun gerakan mereka .

Pimpinan awal dahulu sudah merangka sistem perekonomian Melayu Se Malaya ..wahh!! hebat mereka bagaimana pimpinan PAS kini sudah ada sistem perekonomian yang tersusun ? ...Kohilal ? apa sudah jadi ? ada yang lain ?..



PAS kini ramai golongan cerdik pandai lulusan pelbagai bidang bukan setakat dalam negeri bahkan begitu ramai graduan yang dilahirkan dari pusat - pusat pengajian luar negara.Mereka ada didalam parti PAS. Soalnya dimanakan peranan mereka ? Apakah mereka tidak diberikan galakan atau arahan dari pihak pimpinan tertinggi .

Mungkinkah juga "orang diatas" tidak dapat melihat kepentingan - kepentingan semasa yang wajib dilaksanakan .?

PAS sepatutnya sudah menyusun lebih awal memandangkan kita telah pun menguasai beberapa buah negeri . Asas ekonomi parti juga harus dijana dengan kukuh bukan bermakna PAS ambil kekayaan negeri tetapi penjanaan sistem yang boleh menguntungkan umat Islam am seluruh rakyat jelata.

Pembahagian tugas semacam menteri kabinet harus wujud dan berfungsi.

Gerak kerja perlu berjalan seiring jangan hanya menumpukan kepada sesuatu isu .Zahirnya kini setiap kali selesai PRU kita masih bergelut tentang bagaimana cara mahu "berkawan dengan parti gabungan " berlarutanlah sehingga PRU yang akan datang.

Jelaskan kepada rakyat secara teori dan praktikal dasar ekonomi , pendidikan ,hubungan antara kaum / agama , politik dan sebagainya .

PAS sebenarnya ada peluang yang sangat cerah untuk memerintah Malaysia cuma masih belum diizinkan olehNya.Kerana mungkin belum cukup syarat - syarat yang melayakkan. Amanah dengan bertunjangkan Iman bukan datang bergolek sekelip mata .Strategi gerakan yang tersusun pasti akan dapat memikat rakyat dan bantuan dari ALLAH tanpa disangka - sangka .

Kita jangan suka membuat hujah lapuk antaranya " Umno menipu", " SPR tidak telus" , " Rakyat termakan hasutan BN " dan sebagainya. kita tidak nafikan itu memang tugas aula mereka .

Laungan takbir bersemangat tanpa peranan yang jitu daripada pemimpin dan ahli tidak akan mengubah apa - apa .

Lupakah kita ALLAH itu Maha berkuasa jika berjuta tipu daya manusia apakah mustahil untuk tunduk kepada kehendak Maha Pencipta.

Didalam peperangan Badar kaum muslimin sedikit tetapi syarat - syarat keimanan mereka melayak para sahabat untuk menerima anugerah kemenangan sekaligus keredhoan Allah SWT.

Terpulanglah kepada kita semua kemana mahu dibawa bahtera perjuangan warisan silam ini .Mereka dari kalangan pejuang awal telah menyediakan caranya .Maka untuk melaksanakan pula berada diatas pundak pimpinan dan ahlinya kini.

Jika di Amerika mereka mereka berteriak

Obama !.. Obama... !

Apakah kita di Malaysia pula ,

O ! BANGAU.. ! O BANGAU.. !

Fikir- fikirkanlah....

Blog Stats