Sumbangan ~ Tolong Klik.... Thanks.

Tuesday, November 11, 2008

PENGUMUMAN : Permohonan PJJ USM Dilanjutkan Sehingga 4 Disember 2008


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Kepada sesiapa yang masih berminat untuk belajar... dialu-alukanlah memohon permohonan PROGRAM PENGAJIAN JARAK JAUH USM. Permohonan dilanjutkan sehingga 4 Disember 2008.

Caranya, Nak isi permohonan sila klik kat [SINI].

Cara dan Syarat Kemasukan... nak tahu, sila klik kat [SINI].

Iklan yang dipaparkan di akhbar, boleh lihat kat [SINI].


PENTING!!! : Kini, lepasan SPM, STPM dan DIPLOMA layak untuk memohon PROGRAM ini.........


- MASA DEPANMU TERJAMIN -
(Berilah Contoh Yang Terbaik Untuk Generasimu)

Kempen Turun Harga Minyak

menteri-tak-pakai

SUMBER : Pemuda Besut

Syabas kepada menteri kita ni…

Seluruh rakyat malaysia bergembira dengan berita terbaru ini…

Harga roti canai, teh tarik turun 10 sen; nasi kandar 20 sen….

Roti Canai dah turun harga 10 sen..Buat apa kita sibuk-sibuk pasal minyak lagi,Kan roti canai dah turun…kita semua tak guna minyak.Kita semua pakai roti canai saja.Ke mana saja kita pergi mesti kita bawa roti canai,kita guna roti canai.. Semua tempat ada roti canai,Kalau tidak ada roti canai susahlah kita kerana roti canailah segala-galanya bagi kita..Kalau boleh biar pak menteri ni turunkan lagi 10sen harga roti canai minggu depan..

Besok.. kita pi stesen minyak, beli roti canai dan teh tarik dengan harga baru yang diturunkan 10 sen daripada harga asal … Yahoooo

Cerita Asal ada kat sini

~ Pinkturtle

ARef: Ha3.... pandai jugak korang yek??? aku hampir2 percaya.... padahal gambor asalnya camnih...... Mana mahu shahrir tuh nak buat camtuh.... apa kata kita buat banner banyak2, tukaq seperti kat atas....... Gambor asal, aku letak kat bawah nih.... kah3


Panazzz!!! : AJK Pemuda dan Wanita Umno Ditangkap Kerana Berkhalwat

(Pengumuman : Gambar Hanyalah hiasan semata-mata)
MSO : INI ada cerita satu cerita sedap! Cerita ini melengkapkan betapa buruk dan huduhnya parti Umno yang diasaskan oleh Datuk Onn Jaafar itu. Cerita ini datangnya dari Rantau Panjang Kelantan bumi kelahiran saya. Yang membawa cerita ini sahabat saya, yang baru tiba dari kampung beberapa jam lalu.

Menurut sahabat saya itu, cerita ini ada dimuatkan dalam akhbar harian bersaiz tabloid. Tidak pasti apakah ianya terdapat dalam edisi nasional atau hanya disiarkan pada eisi pantai timur saja. Saya tidak membaca akhbar berkenaan jadi tidak tahulah samada ia ada menyiarkan berita berkenaan atau tidak.

Tetapi kata kawan saya itu, edisi pantai timur ada menyiarkannya dan beliau ada membacanya.

Ceritanya bukan seperti apa yang berlaku di Seremban kelmarin, perwakilan bertumbuk dan sampai masuk wad kecemasan. Tetapi cerita ini lain versinya namun ia merupakan cerita yang kerap kedengaran berlaku dalam Umno dari dulu, kini dan mungkin selamanya. Nauzubilahhiminazalik!

Saya kenal dengan watak dalam cerita ini. Dan lokasi kejadian juga saya tahu malah sering melalui lokasi berkenaan kalau sesekali balik kampung menggunakan jalan berkenaan. Malahan sewaktu kawan itu bercerita saya terbayang akan tempat kejadian itu. Memang saya arif benar dengan lokasi itu.

Cerintanya begini; seorang wanita Umno telah ditangkap sedang berkhalwat dengan bekas ahlijawatankuasa Umno bahagian Rantau Panjang. Mereka dicekup ketika (katanya) sedang berasmara di dalam kebun getah. Tak terbayang bagaimana mereka boleh berasmara di tempat itu! Wanita Umno itu masih bersuami dan bekas ahli jawatankuasa Pemuda itu juga ada isteri dan merupakan seorang guru kanan sebuah sekolah di kawasan itu. (Biarlah saya tidak sebut nama kampung... malu orang kampung itu nanti).

Menurut kawan saya itu mereka sudah lama mengadakan hubungan sulit itu dan diintip oleh pasukan Pencegah Maksiat. Ketika pasukan Pencegah Maksiat itu mengepung pasangan itu mereka tidak menyedari dan terus dengan 'politik' mereka itu. Selepas pasukan itu memperkenalkan diri baru mereka sedar dan terkejut besar. Katanya si perempuan itu cepat-cepat menarik kain dan mengemaskan pakaiannya, selamba saja.

Kata kawan saya itu, pasangan itu kira berani juga. Kerana apabila pasukan Pencegah Maksiat memperkenalkan diri mereka juga turut memperkenalkan diri mereka. "Saya ahli jawatankuasa Pemuda Umno Rantau Panjang," kata si lelaki. "Saya ahli wanita Umno Rantau Panjang," ujar pula di perempuan engan bangga.

Mereka mengharap dan mengira apabila memperkenalkan diri mereka sebagai ahli Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Perkembar) alias Umno itu, pihak pencegah tidak akan mengambil apa-apa tindakan dan melepaskan mereka. Namun keahlian itu tidak dipedulikan oleh pasukan Pencegah Maksiat itu. Mereka akhirnya dibawa ke Pejabat Agama dan katanya ditahan sehari semalam dalam lokap.

Pemimpin Umno bahagian Rantau Panjang khabarnya ada menelefon pihak pencegah maksiat supaya melepaskan pasangan berkenaan tetapi tidak memberi apa-apa kesan. Pihak pencegah tetap dengan tugas dan tanggungjawabnya menahan dan mendakwa pasangan itu. Sybas diucapkan kerana menjalankan tugas yang diamanhakan.

Saya mengeluh panjang mendengar cerita itu. Malu rasanya, apa lagi keduanya sudah bersuami dan beristeri dan sudah ada anak. Anak mereka pula dikatakan berkasih dan bercinta antara satu sama lain. Apa lagi si jantan itu seorang guru. Tidak patut melakukan kerja keji begitu. Tetapi apa nak dikata jang itulah manusia yang kadang kala terbabas dan lupa daratan itu. Ada kalanya nafsu menguasi akal!

Bila saya balik kampung nanti tentu cerita ini akan didendangkan lagi dengan irama dan senikata serta dialog yang lebih menarik dan romantik lagi!

ARef: Ha3..... Siap perkenalkan diri, kononnya UMNO tuh cam HALAL aje HUKUM dia BERKHALWAT-KHALWIT nih..... Kepada Pokcik ngan mokcik hok buat maksiat tuh.... kawe nok tanyo jugop... betul ke? kah3....... cam biasa aje... dalam kebun pulop tuh, nasib baik demo duo oghe nih dok jadi cam BODAK JOLAI.... kih3..... lawak, terlawak, dan memang berkhalwat.......

PENGUMUMAN : Register WiFi Kat Penang!!!



Register for Free WiFi in Penang

I believe you have heard about the Penang government initiating the Wi-Fi service to cover the whole Penang .

Now you can online wirelessly at Old Town Queensbay Mall and many other places. (Can’t really remember, but they are listed on the web page)

Please visit http://www.mybroadband.gov.my to register a new account for free, then you can use the internet service at those designated places in Penang .

The lists of places that provide free WI-FI service are stated on www.mybroadband.gov.my as well.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

ARef : Bagi yang kurang paham dengan term omputess kat atas tuh, aku terangkanlah sikit...

1) Perkhidmatan Wi-Fi sepertimana di Starbuck@Old Town@Coffe Bean kini akan diperkenalkan di seluruh Pulau Pinang.

2) Nak guna WiFi nih, kenalah register dulu kat [SINI].

3) Kalau nak tahu kawasan yang WiFi nih boleh kita perolehi @ senang citer kita ley bertenggek untuk online pulak, leylah tengok kat [SINI].

Super HOTTTT!!!! : Senarai Panjang Salah Laku YB Zulkifli Noordin

Sebagaimana lazimnya, saya mulakan dengan memohon maaf kepada para sahabat yang merupakan peminat dan pengkagum YB Zulkifli yang kadangkala saya tulis sebagai Zulkipliarq. Niat saya ialah supaya pembaca tidak tertipu dan ditipu oleh pemimpin yang sebegitu, jika pun anda anggap dia sebagai pemimpin.

Perkara ini merupakan satu kejutan atau pun mungkin dianggap fitnah bagi orang luar atau mereka yang tidak mengenali Zul, akan tetapi adalah merupakan bahan sumpah seranah atau pengetahuan umum kepada yang terlibat seperti area officer, aktivis parti ataupun pegawai petugas pilihanraya. Yang cerodong, lurus bendul, fanatic, termakan budi atau ikut-ikutan sahaja yang tidak akan dapat menerima hakikat ini.

Jangan pula sewenang-wenang menuduh saya agen Umno atau pensabotaj parti. Saya sentiasa ikhlas dalam perjuangan rakyat. Ini bukan soal memburukkan parti cuma mendedahkan apa yang buruk tentang si polan itu yang telah mendatangkan banyak masalah kepada aktivis serta pegawai parti. Jika ia berjaya berubah kepada yang baik, Alhamdulillah. Tetapi, kita telah sedia maklum tentang niat jahatnya untuk berkampong dengan Najib! Bagaimana ya?!

Senarainya yang berjaya dikumpul setakat ini ialah:-

1. Melemparkan fitnah terhadap ‘otai’ dan aktivis parti kununnya mereka melarikan wang peruntukan pilihanraya serta bendera parti semasa berkempen dengan menghebahkan kepada jentera parti sehingga mewujudkan salah sangka dan curiga.
2. Sebaik sampai setelah memperolehi watikah perlantikan dengan wang RM2000.00 dari pusat, dia terus memberitahu yang wang tersebut habis dibelanjakan atas urusan pilihanraya. Bagaimana mungkin?

3. Bermulut celupar, tidak berakhlak dan kaki maki hamun walau atas perkara kecil sahaja.

4. Tidak telus dalam kisah wang derma pilihanraya yang dikutip secara langsung mahupun melalui internet. Tidak dibentangkan dalam mesyuarat pilihanraya. Melenting dan memaki hamun apabila isu itu disentuh.

5. Pecah amanah tentang rumah yang dipinjamkan semasa kempen pilihanraya dengan membuat pendua kunci tanpa keizinan tuan rumah serta tidak menjaga dengan baik.

6. Menipu dengan memberi pelbagai alasan palsu apabila tidak hadhir dalam program yang telah dirancang dan dipersetujui terlebih dahulu. Kononnya ke luar negara bersama DS anwar Ibrahim.

7. Tiada disiplin dalam kempen pilihan raya sehingga menyusahkan petugas parti yang mengatur program.

8. Menipu wakil calon dengan imbuhan elaun apabila dilantik sebagai pembantu kemudiannya. Hanya membayar RM1000, itu pun setelah puas merayu dengan sms seperti meminta sedekah. Itu pun tidak berbaloi dengan perbelanjaan sendiri semasa menjalankan tugas.

9. Menipu tentang hakikat yang ia tidak pun menyerahkan penyata kewangan semasa terlibat dalam pilihanraya umum terdahulu.

10. Menipu tentang bantuan kutipan infaq untuk pembiayaan pelajar yang menyambung pelajaran. Ia tidak telus dan tidak amanah dengan wang ringgit.

11. Menipu dalam blog, kununnya dia sanggup berkorban dengan meletakkan jawatan MP bagi membolehkan DS Anwar bertanding di Parlimen Kulim Bandar Baru. Sebaliknya ia enggan melepaskan jawatan itu tetapi memberi pelbagai alasan yang muluk-muluk.

12. Menipu yang ia tetap bersama Pakatan Rakyat dan tidak akan menyertai Umno sedangkan sudah tersebar adanya surat akuan yang mengikatnya untuk berbuat demikian. Malah ianya sudah pun disahkan pemimpin Umno setempat yang telah pergi berjumpa Najib. Begitu juga dengan perbincangannya dengan YB Zahid Hamidi semasa mengerjakan umrah.

13. Menipu rakyat Malaysia terutamanya orang Islam betapa ia pejuang Islam dan bangsa sedangkan apa yang diperjuangkan ialah untuk perut dan poket.

14. Menipu pembantunya dahulu dengan mengatakan yang ia menjadi mangsa permainan politik DS Anwar Ibrahim. Sedangkan sebaliknya terjadi apabila ia memadu hubungan intim dengan Najib. Dah berjumpa 5 kali beb!

15. Menipu pasukan peguam pembela kes nya tentang diskaun tambang mengerjakan umrah Ramadhan lalu supaya menggunakan perkhidmatan agensi pelancongan sahabatnya. Sebaliknya mereka terpaksa membayar penuh juga.

16. Menipu dalam janjinya membayar semula perbelanjaan keraian majlis yang dibuat Abang Mi Relau (RM200) dan Abang Mail Matang Kerat Telunjuk (RM600). Si Cabuk itu dikatakan angkat kaki terus tanpa menghulurkan bayaran belanja kenduri yang dibuat setelah makanan disebat.

17. Menipu tentang janji akan menyumbangkan RM1000.00 dalam majlis sambutan Aidilfitri di Dewan Dato’ Fadzil Nor Serdang baru-baru ini, malah beliau tidak pun hadir berjumpa rakyat.

18. Menipu tentang kesanggupan membayar perbelanjaan para peguam dalam pembelaan kesnya, sebaliknya setiap seorang dibayar Rm1000.00 sahaja.

19. Menjual temberang melalui pembantu peribadinya, kununnya Zul akan memberi bantuan kepada mangsa banjir di Kampong Sungai Kecil Ulu. Walhalnya dia hanya pergi membaca khutbah yakni kaedah mudah untuk mencari populariti tanpa perlu mengeluarkan wang.

20. Menipu pembaca dengan mencipta cerita kununnya dia membaca khutbah tidak di masjid Junjong kerana dia selalu sangat membaca di situ sedangkan hakikatnya, ia tidak dibenarkan atas sifat pembohongnya dalam janji untuk membantu 5 keluarga mangsa banjir.

21. Menipu kununnya dia sering turun memantau atau melawat kawasan sedangkan ia hanya melakukan secara ‘remot’ atau kawalan jauh dengan menggunakan khidmat pecacainya si Fadzil dan Rosjah.

22. Menerima banyak dana sama ada dari wang zakat, derma atau infaq tetapi tidak diketahui ke mana wang sumbangan itu mengalir selain pembinaan dua buah rumah orang miskin. Itu pun wang sumbangan dari Sheikh Arab yang diatur sahabatnya Fudzail kat Dubai.

Setakat ini, itu sahaja yang berjaya saya kumpul dari majlis bercerita serta perbincangan sesama sendiri yang senantiasa dijalankan demi memperkuatkan lagi perjuangan untuk rakyat.

Sekian. Wassalam.

sumber - Perisik Rakyat


ARef: Aku pun malas nak komen panjang2..... cuma biasalah "Sedangkan Lidah Lagi Tergigit, Apa Pulak Suami Isteri, Inikan Geng Satu Kumpulan!!!".... Cuma aku pun nak jugak dengar Y. B. Zul punya penjelasan, jangan duk hentam keromo aje, anyway, sesuatu yang kita terima tu, tak semuanya benar 100%, mungkin ada silap paham pada si penulis.... atau ada kesilapan yang ada pada diri kita...... Wallahua'lam.

Blog Stats