MSO : INI ada cerita satu cerita sedap! Cerita ini melengkapkan betapa buruk dan huduhnya parti Umno yang diasaskan oleh Datuk Onn Jaafar itu. Cerita ini datangnya dari Rantau Panjang Kelantan bumi kelahiran saya. Yang membawa cerita ini sahabat saya, yang baru tiba dari kampung beberapa jam lalu.
Menurut sahabat saya itu, cerita ini ada dimuatkan dalam akhbar harian bersaiz tabloid. Tidak pasti apakah ianya terdapat dalam edisi nasional atau hanya disiarkan pada eisi pantai timur saja. Saya tidak membaca akhbar berkenaan jadi tidak tahulah samada ia ada menyiarkan berita berkenaan atau tidak.
Tetapi kata kawan saya itu, edisi pantai timur ada menyiarkannya dan beliau ada membacanya.

Saya kenal dengan watak dalam cerita ini. Dan lokasi kejadian juga saya tahu malah sering melalui lokasi berkenaan kalau sesekali balik kampung menggunakan jalan berkenaan. Malahan sewaktu kawan itu bercerita saya terbayang akan tempat kejadian itu. Memang saya arif benar dengan lokasi itu.


Kata kawan saya itu, pasangan itu kira berani juga. Kerana apabila pasukan Pencegah Maksiat memperkenalkan diri mereka juga turut memperkenalkan diri mereka. "Saya ahli jawatankuasa Pemuda Umno Rantau Panjang," kata si lelaki. "Saya ahli wanita Umno Rantau Panjang," ujar pula di perempuan engan bangga.

Pemimpin Umno bahagian Rantau Panjang khabarnya ada menelefon pihak pencegah maksiat supaya melepaskan pasangan berkenaan tetapi tidak memberi apa-apa kesan. Pihak pencegah tetap dengan tugas dan tanggungjawabnya menahan dan mendakwa pasangan itu. Sybas diucapkan kerana menjalankan tugas yang diamanhakan.
Saya mengeluh panjang mendengar cerita itu. Malu rasanya, apa lagi keduanya sudah bersuami dan beristeri dan sudah ada anak. Anak mereka pula dikatakan berkasih dan bercinta antara satu sama lain. Apa lagi si jantan itu seorang guru. Tidak patut melakukan kerja keji begitu. Tetapi apa nak dikata jang itulah manusia yang kadang kala terbabas dan lupa daratan itu. Ada kalanya nafsu menguasi akal!
Bila saya balik kampung nanti tentu cerita ini akan didendangkan lagi dengan irama dan senikata serta dialog yang lebih menarik dan romantik lagi!
ARef: Ha3..... Siap perkenalkan diri, kononnya UMNO tuh cam HALAL aje HUKUM dia BERKHALWAT-KHALWIT nih..... Kepada Pokcik ngan mokcik hok buat maksiat tuh.... kawe nok tanyo jugop... betul ke? kah3....... cam biasa aje... dalam kebun pulop tuh, nasib baik demo duo oghe nih dok jadi cam BODAK JOLAI.... kih3..... lawak, terlawak, dan memang berkhalwat.......
0 comments:
Post a Comment