Sumbangan ~ Tolong Klik.... Thanks.

Friday, November 21, 2008

Azizan sumbang Gajinya RM10,000 Sebulan Kepada Agensi-Agensi Kerajaan Negeri

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak membuat potongan gajinya lebih RM10,000, jumlah paling besar yang pernah dibuat oleh seorang menteri besar, kata seorang pemimpin PAS negeri.


azizan abdul razakPotongan itu daripada jumlah gajinya RM14,100 dimulakan sejak awal pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan PAS di negeri itu, Mac lalu, namun ia tidak diumumkan secara meluas, kata timbalan pesuruhjaya PAS Kedah, Hassan Abdul Razak.

Jumlah wang yang dipotong itu disalurkan kepada agensi-agensi kerajaan negeri bagi mencontohi amalan cara hidup sederhana yang selama ini diamalkan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Hassan mendedahkan amalan Azizan itu bagi menyangkal dakwaan pesuruhjaya PAS itu bermewah-mewah selepas menjawat kerusi nombor satu dalam pentadbiran Kedah.

Hassan menambah, potongan itu diumumkan pertama kali dalam program taklimat dasar-dasar kerajaan kerajaan negeri di ibu negeri apabila dibangkitkan PAS kawasan Alor Star, 14 November lalu.

Bagaimanapun, katanya, perkara itu tidak didedahkan sebelum ini kerana "(hendak) membuat kebaikan tidak perlu dihebah-hebahkan".

Ahli-ahli akar umbi PAS negeri baru-baru ini dilaporkan tidak berpuas hati dengan pentadbiran kerajaan PAS Kedah.

Malaysiakini difahamkan, dalam pertemuan minggu lepas, menteri besar dan kerajaan Kedah mendapat kritikan pedas wakil-wakil PAS kawasan sehingga beliau diminta menyerahkan portfolio agama yang dipegangnya kepada exco lain.

Azizan juga turut dituduh gagal memperkasakan pelaksanaan Islam yang diperjuangkan PAS seperti membiarkan pusat hiburan beroperasi sehingga lewat pagi dan arak dijual bebas di Langkawi.

Pegawai kerajaan pula didakwa mendapat layanan istimewa daripada menteri besar berbanding pegawai lantikan politik.

Selain itu, Azizan dan barisan exco dikatakan selalu memberikan alasan sibuk sehingga susah ditemui rakyat tetapi didakwa rajin bermain golf.

Dihubungi Malaysiakini hari ini, Hassan berkata, selain soal kepemimpinan Azizan, kebajikan guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) antara perkara utama yang dibangkitkan.

Selain itu, tambahnya, PAS Kedah didakwa "bongkak dengan PKR".

Bagaimanapun, kata Hassan, perkara itu dijelaskan oleh menteri besar di hujung program di Kompleks Alor Star.

azizan abdul razak pas and kedahWakil-wakil PAS daripada 15 kawasan di seluruh Kedah turut dikatakan berpuas hati dengan penjelasan tersebut.

Sehubungan itu, Hassan berkata, kritikan kepada kerajaan negeri merupakan salah faham dan dibuat berdasarkan "cakap-cakap di kaki lima".

Menurutnya, dalam pentadbiran kerajaan, ada perkara yang telah dibuat tetapi belum diumumkan dan ada yang belum dibuat tetapi telah dirancang dan akan dijalankan secara berperingkat-peringkat.

Komen-komen itu, termasuk yang pedas dan negatif, diusulkan secara bertulis oleh wakil-wakil PAS kawasan tanpa menyatakan nama pengemuka soalan-soalan tersebut.

Komen-komen di pertemuan tertutup ini bagaimanapun terbocor kepada umum, termasuk Umno dan pihak media.

Hassan kesal kerana dokumen yang dianggap sulit itu telah “dicuri pihak tertentu”.

Majlis sumbang saran kali ketiga itu dihadiri wakil-wakil PAS kawasan, semua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan ahli-ahli parlimen PAS Kedah.

Majlis itu merupakan susulan selepas pertemuan Ogos lalu, sementara perjumpaan pertamanya diadakan sejurus selepas kemenangan parti itu dalam pilihanraya umum, Mac lalu.

PAS negeri merancang menjalankan sesi taklimat dasar-dasar kerajaan negeri kepada jentera parti empat kali setahun.

Rakaman video Mkini berubah sewaktu di balai

Malaysiakini : Rakaman video perhimpunan nyalaan lilin pada 9 Nov di Petaling Jaya yang dirampas polis kini didapati telah diubah sewaktu dalam jagaan pihak berwajib itu.

Rakaman tersebut dan kamera video Malaysiakini yang dirampas di hujung perhimpunan tersebut, yang diadakan sebagai membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan sambutan ulang tahunan perhimpunan menuntut pilihanraya bebas dan adil anjuran Bersih.

Seramai 23 orang - termasuk ahli-ahli politik dan juruvideo Malaysiakini, Shukri Mohammad - ditahan dalam insiden tersebut.

Beliau kemudiannya dibebaskan dan dikehendaki melaporkan diri di balai polis Petaling Jaya, Isnin depan.

seized malaysiakini tv camera tape police 211108Polis memulangkan rakaman tersebut bersama kamera itu kepada Malaysiakini pada Selasa lepas.

Selepas semakan rakaman 36 minit tersebut, sejumlah tiga minit dan 42 saat gambar daripada perhimpunan tersebut "telah hilang" di dua bahagian.

Potongan pertama berlaku pada masa rakaman di minit ke-10 dan 54 saat, sewaktu Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar mengarahkan peserta perhimpunan tersebut bersurai yang digantikan dengan satu rakaman baru.

Rakaman baru itu kedengaran dibuat oleh seorang penumpang dari sebuah kenderaan polis.

Rakaman yang diubah terjadi pada minit ke-14 dan 40 saat, apabila gambar sekumpulan anggota polis pencegah rusuhan digantikan dengan rakaman kira-kira enam saat sebuah almari pakaian.

Kandungan rakaman yang "hilang" setakat ini tidak dapat dipastikan.

syukri mohamad malaysiakini videographer cameramanShukri (foto) semalam membuat satu aduan polis di balai Jalan Travers berhubung isu pengubahan rakaman video tersebut kerana ia mungkin akan digunakan di mahkamah jika ada pertuduhan di mahkamah.

"Kami tidak menuduh polis mengubah bahan bukti kerana ada kemungkinan rakaman tersebut terpadam secara tidak sengaja sewaktu dalam jagaan polis," kata ketua pengarang Malaysiakini, Steven Gan.

"Bagaimanapun, polis sewajarnya menjaga bahan-bahan itu yang bakal dijadikan bukti dengan berhati-hati dan tidak bermain-main dengan kamera kami."

Rakyat Malaysia mati kena baham harimau kat zoo singapore

Sumber : Anak Cucu Nabi Adam






PERHATIAN : Klik Image Untuk Pembesaran.

Gambar pekerja zoo mati dibaham harimau

Perak Express : Gambar-gambar bagaimana seorang pekerja zoo Singapura, yang merupakan seorang rakyat Malaysia, yang mati dibaham harimau didalam zoo tersebut.

Dr Asri: Saya tidak dibayar gaji untuk jadi pengampu!


DR. MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN

mStar : MENITI hari-hari terakhirnya sebagai Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin bercakap tentang jawatan yang akan dilepaskannya beberapa hari lagi, cadangan beliau tentang mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan yang beliau anggap wajar disiarkan pada orang ramai, keberkesanan peranan JAKIM dan Mufti-mufti dari negeri lain dan membetulkan pendapat songsang yang mengaitkan beliau sebagai penyokong Umno dan penentang pembangkang.

"Saya bukan pengampu dan saya tidak dibayar gaji untuk mengampu dan ini tidak seharusnya terjadi," komen Dr Asri bila ditanya kenapa beliau lantang mengkritik pihak pemerintah mahupun pembangkang.

Kesemua pandangan beliau, bersifat neutral dan tidak memihak pada mana-mana parti politik walaupun ramai yang tersalah anggap.

Setiapkali beliau berhujah dan melontarkan pandangan, banyak maksud yang tersirat didalam bahasanya yang sarat dengan seribu makna dan sindiran. Mungkin juga ditujukan kepada mereka-mereka yang tidak senang dengan kehadirannya sebagai mufti paling muda di Malaysia.

Selama dua tahun memegang jawatan mufti, secara tidak sedar, Dr Asri mempunyai pengaruh yang kuat dalam mencorak pemikiran masyarakat Melayu dan pengamatan beliau tentang senario politik semasa.

Bertepatan dengan tajuk buku beliau yang baru sahaja diterbitkan bertajuk, "Mengemudi bahtera perubahan minda" (hasil himpunan koleksi artikel yang tersiar dalam kolum Pena Mufti) oleh Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd, Dr Asri tidak pernah jemu menegur dan mengajar umat Islam termasuk ahli-ahli politik agar mengatasi kelemahan cara fikir, meninggalkan kejumudan, keterbabasan sikap dan mentaliti serta penyelewengan dalam pelbagai aspek kehidupan.

Kelangsungan dan kelantangan beliau melontarkan idea dan pandangan bernas serta buah fikirannya yang tajam dan kritikal berdasarkan fakta dan ilmiah menjadikan pandangan Dr Asri tidak begitu disenangi oleh kebanyakkan tokoh agama dan Mufti-mufti dari negeri lain.

Sehinggakan ketidaksenangan ini mengundang satu sekatan ke peringkat tidak membenarkan Dr Asri memberi ceramah di beberapa negeri.

Tapi Dr Asri tidak mudah goyah dengan sikap dan persepsi kelompok sebegini, meskipun tokoh agama yang lebih berusia darinya.

Beliau juga tidak kisah digelar 'Mufti kontroversi' kerana di situlah kehebatan dan keistimewaannya yang sering dianggap sebagai 'pakar rujuk' oleh pengamal media, setiapkali ada isu-isu yang berkaitan agama dan hukum hakam.

Selama hampir satu jam temubual mStar Online di Taman Sri Ukay baru-baru ini, tokoh agama ini melontarkan pandangannya yang berani tanpa sempadan untuk kesekian kalinya.

Dalam lenggok bahasa yang sinis dan tegas disulam dengan jenaka yang pedas, Dr Asri masih tidak hilang bisanya meskipun tidak akan bergelar Mufti lagi.

Selami pemikiran tokoh agama, pensyarah, pemikir, penulis, kolumnis, penyair dan juga strategis ini dalam satu temubual ekslusif:

BOLEH KOMEN TENTANG KONTRAK MUFTI PERLIS YANG TERNYATA TIDAK MEMUASKAN HATI DR? DR TETAP DENGAN PENDIRIAN UNTUK BERHENTI MESKIPUN DIPUJUK. ADAKAH KERANA DR MERAJUK, BOSAN ATAU KERANA PRINSIP

Kontrak saya sepatutnya habis June 2009. Perancangan ke UK memang ada sejak awal, dua tahun lepas suda ada perancangan tapi dilewatkan berdasarkan kontrak.

Saya melihat keperluan untuk memegang jawatan itu dalam keadaan yang bermaruah. Saya tidak meminta sedekah untuk jawatan itu atau merayu untuk jawatan itu. Saya dahulunya dijemput untuk jawatan itu. Saya tidak mahu untuk kedua kalinya saya terpaksa mempertahankan jawatan saya. Saya rasa tidak perlu. Kalau itu berlaku, maka akan hilang kebebasan bersuara, sikap yang tidak berpihak dan itu tidak bermakna lagi saya memegang jawatan mufti.

ADAKAH DR PUAS HATI DENGAN TEMPOH DUA TAHUN SEBAGAI MUFTI PERLIS

Dari segi gerak kerja yang saya buat, saya boleh bersyukur. Dan memang kita patut bersyukur senantiasa. Sekurang-kurangnya tempoh itu berjaya. Berjaya buka minda banyak pihak. Kerja itu akan diteruskan tidak semestinya atas dasar platform Mufti Perlis.

ADAKAH AGENDA PERUBAHAN MINDA ITU MENCAPAI MATLAMAT? ATAU BELUM SELESAI

Perubahan minda itu telah berlaku. Alhamdulillah, pada peringkat awalnya, pada mulanya orang menjangka ianya satu kemustahilan. Dalam masa dua tahun, ianya berlaku dan diperkatakan di mana-mana. Ramai yang melihat agama dalam dimensi yang lebih luas.

Pihak konservatif terpaksa menyesuaikan diri pada arus persoalan. Saya pergi ke mana-manapun, saya berjumpa orang di kampung-kampung, di mana-mana negeri yang takada kaitan pun, berjumpa, salam dan menyatakan sokongan. Mereka rasa sangat gembira.

Dari sudut itu saya berjaya mencapai matlamatnya. Tapi untuk memastikan kelangsungan yang menyeluruh dan bukan sebagai slogan. Itu semua perlukan kerja yang lebih daripada seorang Mufti.

MAKSUD DR?

Maksudnya, saya mesti berfikir perancangan yang lain yang lebih besar daripada jawatan Mufti atau saya perlu pastikan banyak lagi Mufti yang begitu, agar perubahan boleh berlaku.

ADA YANG MENGANGGAP PEMERGIAN DR KE UK INI SEBAGAI SATU STRATEGI? DAN ADA YANG KATA DR MENDAPAT TAWARAN LUMAYAN SEKEMBALINYA DARI UK

Tawaran lumayan itu saya ingat, kita tutup dulu cerita itu....

TAPI DR TIDAK NAFIKAN?

Samada lumayan atau tidak, saya tidak melihat lumayan itu sebagai satu istilah dari segi gaji. Saya melihatnya dari segi tanggungjawab dan fungsi.

BAGAIMANA TAWARAN JAWATAN MENTERI?

Itu saya tidak boleh komen kerana perkara itu belum berada ada di depan mata.

ADAKAH TAWARAN KE ARAH ITU?

Tidak boleh dipastikan secara putus. Yang pentingnya ialah untuk seorang menjadi Menteri, dia kena melibatkan diri dengan politik. Dan saya di hari ini bukan ahli politik....

MUNGKINKAH SELEPAS 1 TAHUN KEMBALI?

Itu perkara di hadapan sukar untuk disebut tetapi seseorang membuat perancangan apa yang dirasakan mampu untuk menggerakkan perubahan minda rakyat dan ke arah kefahaman Islam yang lebih tepat dan lebih menyeluruh.

ADAKAH DR TERTARIK KE ARAH POLITIK?

Saya tidak boleh kata samada saya tertarik kepada politik ataupun tidak tetapi saya akan melihat apabila tiba masanya. Adakah penyertaan ke dalam politik ataupun tidak ke dalam politik itu boleh memberikan impak yang memadai ataupun nanti hanya akan mengorbankan segala pemikiran-pemikiran yang telah saya sebut dan cuba saya perjuangkangkan sebelum ini.

Itu satu perkara yang mesti untuk diimbangi senantiasa kerana politik ini...Pertama bila masuk politik orang akan melihat lihat sikap berpihak. Akan menyebabkan kita memihak sebahagian umat dan meninggalkan sebahagian umat yang lain. Itu harganya sangat besar dan kesannya sangat buruk jika sekirannya tidak di kawal. Di pihak yang lain, kalau sekiranya ada ruang itu, kita hendak kena ukur. Adakah sekadar memperolehi jawatan ataupun memang dapat meneruskan pandangan-pandangan agenda ataupun tidak?

Jika benar kita rasakan sesuai, kita kena fikir sejauh mana kita boleh bawa. Saya tak nak sekadar memenuhi kantung, tidak memberi apa-apa makna.

Kalau nak, ia mesti berjaya melaksanakan agenda.

TAPI DR PERNAH TERFIKIR KE ARAH ITU?

Saya berfikir banyak perkara termasuklah perkara itu.

Tugas Pertama Razak Baginda Selepas Dibebaskan

 SUMBER : ulitmayang

" Penganalisis politik, Abdul Razak Abdullah Baginda yang dibebaskan daripada tuduhan bersubahat membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu, pada 31 Oktober lalu, hari ini merayu semua pihak berhenti daripada melemparkan fitnah terhadap Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor " - ASSIGNMENT NO 1

Barangkali ini lah assignment pertama yang diberikan oleh ’orang – orang tertentu’ kepada Razak Baginda.


Berkebetulan ianya terjadi setelah ’orang – orang berkenaan’ berlepas ke luar negara malam tadi

Kata Razak lagi bahawa Najib tidak pernah menemui Altantuya seperti didakwa pihak tertentu sebelum ini.

RUJUKAN
Razak Baginda rayu hentikan fitnah TPM , isteri

Razak Baginda minta henti fitnah TPM , isteri dalam kes Altantuya

Nota

I] Ini lah harga dan mungkin juga perjanjian yang terpaksa dibayar oleh Razak Baginda sebelum sejurus beliau ’dilepaskan’

II] Selepas ini , barangkali karier politik najib akan terus bersinar terang benderang setelah dibersihkan oleh Razak Baginda

90% Melayu Pulau Pinang Miskin Tegar


" LIMAPILUH SATU TAHUN umno atau bn memerintah Pulau Pinang. Perdana menteri Datuk Abdullah Badawi dari Pulau Pinang dan puluhan rancangan dan ratusan seminar malah puluhan juta wang yang dIkatakan untuk membangun bangsa melayu Pulau Pinang HANCUR DAN BERKECAI.

Dimana pemimpin umno Pulau Pinang yang dikatakan WIRA dan PAHLAWAN MELAYU yang sangat perihatin kepada bangsa Melayu?.
Wahai pemimpin UMNO dan BN Pulau Pinang MENGAPA DALAM MASA 51 TAHUN BERKUASA tidak dapat memjaga dan membina bangsa Melayu. Atau umno ketika itu terlalau sibuk mengumpul harta? terlupa pada bangsa Melayu. LIMA PULUH SATU umno terabai umat melayu Pulau Pinang. Atau UMNO sengaja membiarkan umat Melayu Pulau Pinang berada dalam kemiskisnan yang dirancang untuk menjadi "umpang pilihanraya?"

LIMA PULUH SATU TAHUN umno menjadikan melayu Pulau Pinang kecewa dan tertindas oleh umno dan bn sendiri. LIMA PULUH SATU TAHUN Melayu Pulau Pinang menjadi pelarian dalam negeri sendiri. Dimana janji umno dan bn yang perihatin kepada masalah rakyat? Terlalu banyak kelemahan dan seribu janji umno untuk membela bangsa Melayu Pulau Pinang tinggal janji dan rancangan dikertas atau dilayar tv sahaja.

UMNO pulau Pinanag dan BN menipu bangsa Melayu secara terang dan dirancang cukup halus oleh pemimpin BN dan UMNO yamg bagaikan lembu di padang.

Dengan ini kami ucap syabas pada ketua menteri Pulau Pinang Sdr.Lim Guan Eng secara terang dan jelas mahu mencari dan merancang agar 90% melayu yang miskin tegar keluar dari arus kemiskinan yang dirancang oleh BN semasa memerintah dulu. Hanya kami pinta pada umat Melayu Pulau Pinang jangan terburu-buru dan mengharap rancangan untuk membina bangsa melayu kelaur dari kepompong kemiskinanan dapat dijelmakan dalam waktu yang singkat.

Sekali lagi kami ucap syabas kepada Lim Guan Eng yang menerajui negeri dibawah pakatan rakyat secara (CAT). competency, accountability, transprency. "

- mohdnoorawang

ALTANTUYA : PELIK , BAGAIMANA RAZAK TAHU ? harakah

Tukar Tiub - KUALA LUMPUR, 20 Nov Kalangan aktivis rakyat melahirkan rasa pelik dengan kenyataan bekas tertuduh kes pembunuhan Altantuya Shaaribu, Abdul Razak Baginda yang menyatakan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak dan isteri, Rosmah Mansor memang tidak terbabit dengan kes tersebut. Iklan


Ahli Majlis Tertinggi KeADILan, Badrul Hisham Shaharin semasa dihubungi berkata beliau hairan bagaimana Razak boleh mengetahui bahawa Najib dan Rosmah tidak terbabit.

"Macama mana Razak yakin Rosmah dan Najib tidak terbabit dalam kes Altantuya, maknanya dia (Razak) tengok atau tahu bila Altantuya dibunuh


kah kah kah….. PELIK… PELIK… PELIK….kah kah kah….


kah kah kah…. razak baginda kata may mongol tak kenal altantuya … kah kah kah

kah kah kah…..p balasubramaniam kata mat mongol entot entot altantuya…. kah kah kah

kah kah kah….razak baginda kata bik mama tak tahu altantuya…. kah kah kah

kah kah kah…. raja petra kata bik mama ada masa altantuya di bom…. kah kah kah

kah kah kah….PELIK PELIK PELIK… bila wartawan tanya cam mana razak baginda tahu mat mongol tak terlibat …. kah kah kah…razak baginda terperanjat….kah kah kah…

wartawan : HOW DO YOU KNOW NAJIB IS NOT INVOLVE? ….kah kah kah …

razak baginda: BECAUSE I KNOW …. kah kah kah… KATOI …kah kah kah….

kah kah kah .... PELIK MADEY TAK PERNAH BUAT KENTUT MULUT HAL ALTANTUYA... kah kah kah kah... ni mesti bala betul ni... kah kah kah

Blog Stats