Sumbangan ~ Tolong Klik.... Thanks.

Monday, January 05, 2009

Kini Baru Sogok RM6 Juta, Berapa Nilai Sogokan Hingga Hari Mengundi?


Baru kelmarin Bernama melaporkan bahawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak pernah menggunakan peruntukan pembangunan bagi tujuan memancing undi pada pilihan raya umum atau kecil.

Namun belum pun sampai 3 hari selepas penafian Zaid, nampaknya Barisan Nasional (BN) telah mula menyogok rakyat dan pengundi di Kuala Terengganu dengan memancing undi menerusi penyaluran peruntukan pembangunan yang tidak mungkin wujud jika tiada pilihnraya kecil (PRK) di parlimen Kuala Terengganu.

Apabila Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Muhammad Mohd Taib mengumumkan kelulusan peruntukan berjumlah RM200,000 bagi pembinaan jalan baru di DUN Wakaf Mempelam, maka tidak syak lagi ia adalah satu sogokan bagi memancing undi. Begitu juga dengan kenyataan Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said yang berjanji untuk meneruskan projek pembangunan bernilai RM5.8 juta di Kuala Terengganu sekiranya Barisan Nasional (BN) terus diberi mandat untuk menerajui kawasan itu. Apa maknanya kenyatan itu jika ianya bukan untuk memancing undi? Jika nawaitu Ahmad Said ikhlas untuk membantu pembangunan Kuala Terengganu, mengapa perlu katakan jika rakyat undi BN baru dapat projek, jika tidak undi BN tidak dapat projek?
Mengapa projek pembangunan untuk rakyat perlu ada tawar menawar, perlu ada syarat-syaratnya? Jika nawaitu Ahmad Said ikhlas, luluskan saja projek tanpa syarat, tanpa ada tawar menawar. Bila ada tawar menawar, bila ada syarat maka ia sudah jadi sogokan. Sama seperti pegawai kerajaan yang beri syarat kepada pelanggannya, jika aku lulus permit, engkau perlu beri wang, jika engkau tidak beri wang, aku tidak lulus projek. Cuma dalam kes pegawai kerajaan tidak pernah terdengar jumlah sogokan bernilai hingga juta-juta, tetapi dalam kes Ahmad Said beliau menyogok dengan nilai RM5.8 juta. Sebenarnya Ahmad Said tidak perlu menyogok kerana wang RM5.8 juta itu bukan wangnya, bukan juga wang peninggalan pesaka ibu bapa atau datuk neneknya, ia adalah wang rakyat. Mengapa wang rakyat apabila hendak dikembalikan kepada rakyat perlu ada syarat-syaratnya pula?

PRK Kuala Terengganu akan berlangsung kira-kira 2 minggu lagi. Nampaknya dalam tempoh itu nilai sogokan hasil pengumuman Mohammad Muhd Taib dan Ahmad Said sudah menjangkau jumlah RM6 juta. Bayangkan berapa banyak wang yang disogok sehingga PRK Kuala Terengganu berlangsung pada 17 Januari 2008 ini. Biasanya sogokan dalam bentuk projek pembangunan akan bertambah rancak sebaik sahaja selepas tarikh penamaan calon tidak lama lagi. Jika dalam PRK Ijok dahulu Perdana Menteri pernah mengaku sogokan dalam bentuk projek pembangunan mencapai angka RM10.8 juta, mungkinkah nilai sogokan kelak bakal melebihi angka RM10.8 juta?

Zahid Hamidi menyatakan kerajaan BN tidak pernah menggunakan peruntukan pembangunan bagi tujuan memancing undi pada pilihan raya umum atau pilihanraya kecil. Kepada Zahid Hamidi, kita ingin bertanya peruntukan bernilai RM6 juta yang telah diumumkan oleh Muhammad Muhd Taib dan Ahmad Said itu hendak dipanggil apa jika bukan projek pembangunan untuk memancing undi? Jika beliau mendakwa memang projek itu telah lama diluluskan bolehkah ia dibuktikan memang ada dalam senarai asal bajet 2009 dan Rancangan Malaysia Kesembilan? Jika tidak ada dalam senarai asal (dan kita yakin memang tidak ada!) memang sah ia satu lagi projek kerajaan Barisan Nasional – ya, projek sogokan kerajaan Barisan Nasional!

Sekarang RM6 juta telah disogok bagi mendapatkan undi untuk BN di Kuala Terengganu. Yang masih menjadi teka-teki ialah berapa juta lagi yang bakal disogok sehingga PRK itu selesai? RM10 juta, RM12 juta, RM15 juta, RM20 juta? Jom kita sama-sama teka!

http://pendikargunung.blogspot.com/

Blog Stats