Tapi, masih kebudak-budakan komenmu itu....... nampak gaya, mungkin ko akan kalah untuk merebut 3 Jawatan Naib Presiden UMNO nanti, walaupun percalonanmu Meriah......
aku ambillah nak tunjuk, Utusan tulis nih.......
Lebih baik jadi pembangkang - Hishammuddin
KUALA LUMPUR 29 Nov. - Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menegaskan lebih baik bagi pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) menyertai sahaja parti pembangkang sekiranya mahu terus mengungkit sejarah dan fakta negara.
Beliau berkata, dengan menidakkan sejarah termasuk konsep ketuanan Melayu, mereka hanya meletakkan diri dalam wajah yang sama dengan pembangkang iaitu berpolitik pada landasan kaum serta agama dan sebab itu lebih baik untuk mereka berada bersama pembangkang.
Tegas beliau, kenyataan-kenyataan yang mengungkit soal sejarah ini jika diteliti bukanlah dilakukan melalui hati yang ikhlas tetapi lebih kerana kepentingan peribadi dan politik sahaja.
Baginya, pemimpin yang mengungkit perkara itu sengaja mahu menjadi 'hero' atau menjadikan perkara itu sebagai isu untuk meletakkan kawan-kawan sendiri dalam partinya atau parti lain berada dalam situasi yang perlu menjawab kepada isu yang dibangkitkan itu.
''Selepas 8 Mac, kita berada dalam landskap politik yang baru dan semua tercari-cari macam mana nak posisikan diri dan perjuangan.
''Namun kalau letakkan diri dalam takuk lama seperti dalam keadaan pembangkang, maka akhirnya lebih baik mereka duduk dalam pembangkang,'' katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Pertemuan Alumni Maktab Kirkby Malaysia di sini hari ini.
Hishammuddin diminta mengulas kenyataan Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek yang menolak konsep ketuanan Melayu sebaliknya hanya mengakui konsep kepimpinan Melayu.
Bagi Pemuda UMNO, katanya, sayap itu mengetahui dan memahami apakah sejarah dan kedudukan Perlembagaan negara.
Justeru menurut beliau, bukan cara Pemuda UMNO untuk menjadi relevan dengan mengungkit sesuatu perkara yang hanya boleh menyebabkan diri menjadi hero tetapi kemudian meletakkan rakan-rakan lain dalam situasi menjawab.
''Justeru kita selepas Mac ini mahu lakukan perubahan dengan mendengar apa yang menjadi kehendak ramai agar terus diterima semua dalam landskap politik yang baru.
''Saya yakin UMNO dan BN boleh lakukan tetapi nampaknya masih ada pemimpin yang belum lagi sedar bahawa mereka perlu berubah dengan melihat dalam konteks kaca mata baru,'' katanya.
Hishammuddin mengingatkan semua pihak agar berhenti daripada membangkitkan sebarang isu yang melibatkan kaum dan agama.
Beliau berkata, rakyat telah mula muak dan penat dengan gelagat politik seperti itu yang lebih mencerminkan pandangan sesuatu individu itu sahaja.
Sebaliknya, kata beliau, rakyat mahu pemimpin politik bekerja melaksanakan segala tanggungjawab yang diamanahkan setelah lapan bulan pilihan raya umum berlalu.
''Kita telah lalui pilihan raya dan orang nak lihat kita ke depan, laksanakan kerja kita. Kalau terbelenggu dalam isu seperti ini, bila kita nak buat kerja.
''Terbaru, orang yang meluahkan hal itu juga hanya membangkitkan sekarang, bukan dulu ketika berada dalam kerajaan, pegang jawatan Kabinet,'' tegasnya.