Sumbangan ~ Tolong Klik.... Thanks.

Thursday, November 27, 2008

KeADILan perlu jelaskan kegagalan 16 September - ref malaysiakini

Skuad Dun Batu Caves : KeADILan perlu memberikan penjelasan berhubung kegagalan pelan 16 September yang dicanangkan kepada umum pada Kongres KeADILan peringkat nasional yang akan berlangsung pada 28,29 dan 30 November akan datang.

Seorang pensyarah sains politik sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam yang enggan dikenali berkata, parti tersebut perlu membuat penjelasan mengenai kegagalan tersebut bagi menjaga sokongan masyarakat umum khususnya para pengundi pembangkang yang berharap ia menjadi kenyataan.

"Mereka mempunyai sokongan dan kepercayaan pengundi khususnya yang amat berharap akan berlaku perubahan selepas kemenangan Dato' Seri Anwar Ibrahim di Permatang Pauh, dan apabila 16 September gagal apa alternatif baru," katanya kepada Harakahdaily.

Dalam pada itu, beliau turut menekankan agar perkara-perkara berkaitan konsep multi-racial yang ingin diketengahkan oleh Pakatan Rakyat diperincikan.

"Ia termasuklah bagaimana KeADILan merangka hala tuju bagi membina Malaysia baru serta menguatkan hubungan sesama rakan dalam Pakatan Rakyat.

"Bahkan mereka perlu turut berperanan bagi membangunkan kebajikan ahli KeADILan serta sumbangan yang telah diberikan khususnya terhadap negeri yang diterajui parti itu," ujarnya.

Walau apapun, apa yang penting ujarnya, KeADILan perlu fokus untuk mengurus selia tugas dan tanggungjawab yang diberikan buat masa ini agar ia tidak menjadi sia-sia.

"Fokus pada tanggungjawab mentadbir Selangor sebagai negeri yang kaya dengan sumber pendapatan kerana kita bimbang mereka akan jadi seperti yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran," katanya lagi.

Tambahnya lagi, KeADILan perlu mencari dan membentuk formula pembentukan sebuah kerajaan selepas meneliti kelemahan kerajaan Umno-BN yang memerintah negara ini sejak 51 tahun lalu.

Kongres KeADILan Nasional akan diadakan di Stadium Melawati Shah Alam bermula 28 hingga 30 November akan datang. - (Hrkh)


ARef : Aku setuju bonar tuuuuuu..... Mesti jelaskan, kalau ada masalah, sama2 kita pikirkan.....

Saiful Nafi Dakwaan Dia Berpenyakit SIPLIS


Saiful Bukhari Azlan hari ini menafikan dakwaan yang disiarkan di lamanweb dan cakap-cakap bahawa dia kini terlantar sakit, menjadi lumpuh dan mengidap penyakit kelamin sehingga ke tahap saya telah meninggal dunia.

Saiful, 23, yang sebelum ini mendakwa dirinya diliwat oleh Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar brahim, menyatakan demikian dalam satu kenyataan yang dibacanya kepada wartawan selepas hadir di pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) pagi ini.

Dia menyifatkan semua adalah tidak benar dan merupakan fitnah serta suatu pembohongan besar yang direkacipta oleh pihak-pihak yang tertentu yang tidak bertanggungjawab.

Berikut adalah kenyataan penuh Saiful:

"Saya dengan ini menyangkal segala tohmahan dan fitnah yang dibuat ke atas diri saya, yang tersebar di dalam laman-laman web serta cakap-cakap yang menyatakan kononnya, saya kini terlantar sakit, menjadi lumpuh dan mengidap penyakit kelamin sehingga ke tahap saya telah meninggal dunia.

Ini semua adalah tidak benar dan merupakan fitnah serta suatu pembohongan besar yang direkacipta oleh pihak-pihak yang tertentu yang tidak bertanggungjawab.

Saya ingin menegaskan bahawa keadaan kesihatan saya adalah sangat baik dan tidak sebagaimana yang difitnah oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Saya sendiri berdoa ke hadrat Allah SWT agar kebenaran dapat ditegakkan."

Sebelum membaca kenyataan tersebut, Saiful memberitahu pemberita yang dia tidak menahu mengulas lanjut tujuan kehadirannya di JAWI hari ini.

Sebelum itu, Saiful tiba pada kira-kira jam 11.08 pagi dengan temani oleh peguam Zamri Idrus dan bapanya, Azlan Mohd Lazim.

Saiful tiba dengan memakai songkok dan berkot hitam, berkemeja putih dan berseluar hitam.

Saiful dan Zamri kemudiannya masuk ke unit siasatan bahagian penguatkuasa JAWI, manakala bapanya menunggu di luar.

Sebelum masuk, Zamri yang ditemui pemberita enggan menjawab dan sekadar berkata, beliau akan mengulaskannya kemudian.

Pada 15 Ogos lalu, Mohd Saiful telah melakukan sumpah laknat atau mubahalah di Masjid Wilayah Persekutuan dengan mengatakan bahawa dirinya telah diliwat secara paksa oleh Anwar pada 26 Jun lalu.

Manakala pada 9 Julai lalu, Anwar telah mengadukan isu laporan polis Saiful, kepada unit siasatan, bahagian penguatkuasaan JAWI, mengikut undang-undang dan peruntukan qazaf (kesalahan bawah jenayah syariah bagi tuduhan palsu).

Penasihat PKR itu dilaporkan sebelum ini sebagai berkata, atas nasihat ulama dan peguam, beliau telah membuat aduan tersebut bagi membersihkan namanya dan keluarganya daripada fitnah jahat dan mengaibkan itu.

Menurut seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997, "mana-mana orang yang menuduh orang lain melakukan zina (atau liwat) tanpa mengemukakan, mengikut hukum syarak, empat orang saksi lelaki atau ikrar orang yang dituduh itu adalah melakukan suatu kesalahan."

Jika disabitkan dengan kesalahan qazaf, seseorang boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Anwar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 8 Ogos lalu terhadap tuduhan melakukan hubungan seks di luar tabii terhadap Saiful di sebuah kondominium di ibu negara pada 26 Jun lalu.Saiful Bukhari Azlan, 23, yang mendakwa dirinya diliwat oleh Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar brahim, hadir di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) hari ini.

Saiful tiba pada kira-kira jam 11.08 pagi dengan temani oleh peguam Zamri Idrus dan bapanya, Azlan Mohd Lazim.

Saiful tiba dengan memakai songkok dan berkot hitam, berkemeja putih dan berseluar hitam.

Saiful dan Zamri kemudiannya masuk ke unit siasatan bahagian penguatkuasa JAWI, manakala bapanya menunggu di luar.

Sebelum masuk, Zamri yang ditemui pemberita enggan menjawab dan sekadar berkata, beliau akan mengulaskannya kemudian.

Pada 15 Ogos lalu, Mohd Saiful telah melakukan sumpah laknat atau mubahalah di Masjid Wilayah Persekutuan dengan mengatakan bahawa dirinya telah diliwat secara paksa oleh Anwar pada 26 Jun lalu.

Manakala pada 9 Julai lalu, Anwar telah mengadukan isu laporan polis Saiful, kepada unit siasatan, bahagian penguatkuasaan JAWI, mengikut undang-undang dan peruntukan qazaf (kesalahan bawah jenayah syariah bagi tuduhan palsu).

Penasihat PKR itu dilaporkan sebelum ini sebagai berkata, atas nasihat ulama dan peguam, beliau telah membuat aduan tersebut bagi membersihkan namanya dan keluarganya daripada fitnah jahat dan mengaibkan itu.

Menurut seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997, "mana-mana orang yang menuduh orang lain melakukan zina (atau liwat) tanpa mengemukakan, mengikut hukum syarak, empat orang saksi lelaki atau ikrar orang yang dituduh itu adalah melakukan suatu kesalahan."

Jika disabitkan dengan kesalahan qazaf, seseorang boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Anwar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 8 Ogos lalu terhadap tuduhan melakukan hubungan seks di luar tabii terhadap Saiful di sebuah kondominium di ibu negara pada 26 Jun lalu.

- Malaysiakini


ARef : Awat dr tak check.... ukur sekali.... kah3..... baru kita tahu!!! dia pun pandai tuduh orang..... tang dia.... ok aje!!! double standard betoi..... besar benar jawatan saiful nih!!!

Sebahagian Semenanjung mungkin 'bergelap'

Gambar Adalah Hiasan Sahaja

Perisik Rakyat : Selangor, Kuala Lumpur dan sebahagian besar kawasan selatan pantai barat Semenanjung berdepan dengan risiko terputus bekalan elektrik dalam tempoh tiga hingga empat bulan akan datang jika projek Pengukuhan Sistem Kawasan Tengah (CAR) di Rawang, Selangor gagal disiapkan sepenuhnya.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Tenaga Nasional Bhd. (TNB), Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh berkata, pihaknya bagaimanapun benar-benar berharap perkara itu tidak akan berlaku dan sedang berusaha untuk mengelakkannya.

''Sebenarnya TNB tidak dapat berbuat apa-apa lagi kecuali bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan sekiranya berlaku gangguan kerana segala urusan pengambilan tanah di Kampung Sungai Terentang melibatkan bidang kuasa kerajaan negeri,'' katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini, hari ini.

Beliau menambah, projek CAR yang bernilai RM400 juta dan sebahagian besar daripadanya telah pun dibelanjakan, tidak dapat diteruskan ekoran terdapat bantahan segelintir penduduk di kawasan berkenaan.

Projek CAR adalah usaha TNB untuk meningkatkan bekalan elektrik ke Lembah Klang daripada 33 kiloVolt (kV) dan 125kV kepada 275kV membabitkan laluan Bukit Tarek dan Chubadak sejauh 60 kilometer.

Che Khalib menjelaskan, sebanyak 98 peratus daripada projek itu berjaya disiapkan dan hanya tinggal dua peratus atau satu kilometer sahaja lagi yang masih tergendala.

Katanya, projek tersebut hanya memerlukan penanaman empat menara jenis monopole (bertiang satu) sebelum tenaga elektrik dapat disalurkan kepada hampir 6.5 juta isi rumah yang sudah tertangguh sejak setahun lalu.

Che Khalib berkata: ''Keadaan (masalah bekalan elektrik) semakin kritikal seperti seurat getah yang sudah terlalu lama ditarik, sudah genting. Kalau getah ini terputus, seluruh Selangor, Kuala Lumpur akan mengalami gangguan bekalan. Bukan itu sahaja, gangguan ini boleh berjangkit sehingga ke Johor."

Top 10 : Beza Pemilihan Kepimpinan PAS dan UMNO.

Pemuda Besut : Beza antara PAS dan UMNO bagaikan langit dan bumi. Dalam artikel ini dipaparkan 10 perbezaan besar antara pemilihan kepimpinan UMNO dan PAS. Pemilihan calon-calon UMNO pun dah dekat. Bak kata TKO, masa untuk bercakar!! Ahli-ahli UMNO dan PAS boleh muhasabah diri sama-sama lepas ni.


TOP 10 Perbezaan Pemilihan UMNO dan PAS:

1. Bak kata Allayarham Ustaz Fadzil, dalam PAS, yang dilihat nak jawatan tak dapat! Dalam UMNO pulak, jawatan dapat pada yang paling kuat melobi dan paling teringin nak jawatan tuh.

2. Dalam PAS masing-masing kalau boleh tak nak pegang jawatan pasal jawatan itu amanah. Nama Nizar tak pernah kedengaran sebelum tiba-tiba dilantik jadi MB Perak. Dalam UMNO pula, baru nak bertanding jawatan dah riuh sekampung! Belum dilantik lagi tuh..

3. Dalam PAS, ilmu agama jadi ukuran pemilihan. Sekalipun golongan profesional dilantik, mereka kena ada asas agama yang kukuh. Dalam UMNO pula, lagi jahil lagi berpotensi. Seorang ahli UMNO yg membuat kenyataan agar waktu disco dipanjangkan dan harga arak dikurangkan dilantik jadi Setiusaha BN. Cantik!!

4. Dalam UMNO, mesti bijak ekonomi. Maaf! Pembetulan! Mesti pandai pijak ekonomi. Waktu ekonomi elok, buat mahligai besar-besar. Nasib rakyat dipijak-pijak. Waktu harga minyak dunia naik, UMNO naikkan mendadak. Bila harga minyak dunia turun, turun sikit-sikit. Alih2 rakyat pula yg bagi subsidi kepada kerajaan. Dalam PAS, kepimpinan tak sibuk buat duit. Rasa nak menangis tengok rumah Tok Guru!

5. Dalam PAS, politik nombor 2, agama No.1. Sekalipun Nakhaie UMNO kata dalam PAS politik nombor 1, kita boleh pertikai. Tok Guru Nik Aziz dah kata, kalau UMNO setuju dengan Islam, syariat Islam, hudud, qisas, kita bubar aje PAS ni. Islam no.1, yang lain semua kemudian. Ahli PKR seperti Zulkifli Nordin pun terikut-ikut. Berkawan dengan ustaz, alih-alih kita pun ada ciri-ciri ustaz. Dalam UMNO pulak, agama no.18. Itupun Islam Hadhari.. kwah kwah kwah

6. Dalam PAS, tak tutup aurat toksah mimpi la nak pegang jawatan, ahli-ahli confirm reject! Dalam Wanita UMNO, yang bertudung akan jadi kuli dan pakat-pakat melantik bos dikalangan yang tidak reti menutup aurat. Ana tak pernah dengar Ummu Hadhari Mashitah menasihat UMNO agar tutup aurat. Lanyak PAS selalu la..

7. Dalam UMNO, pemimpin kena pandai memfitnah. Kena pandai fitnah meliwat, putar belit ayat, mengugut, mengampu , dan merasuah. Bukan saya yang cakap, che det yang cakap dalam blognya bahawa rasuah semakin menjadi-jadi. Dalam PAS, kalau jenis memfitnah ni akan diboikot.

8. Politik wang. UMNO dan politik wang ni macam tahi dan busuk. Rasa tak sah tahi kalau baunya tak busuk. PAS dan politik wang pula macam minyak wangi dan rasa manis (sweety). Takde kaitan.. Tak taulah kalau ada orang yang minum minyak wangi..

9. Ulama' jadi keutamaan. Profesional seperti doktor dan engineer yg juga ulama jadi keutamaan. Dalam UMNO, keutamaan diberi kepada yang paling banyak hulur-hulur. Bak kata Dr Asri, ada pemimpin UMNO yang mengadu kalah kepada penagih sedangkan pemimpin tersebut taraf doktor di universiti...

10. Kena pandai bergaduh. Kepimpinan UMNO faham bahawa gaduh itu satu seni. Boleh baling-baling meja, buat repot polis, surat layang dan sebagainya. Kepimpinan PAS ni tak pandai bergaduh. Orang ajak keluar masjid nak bertumbuk pun taknak!! Takpelah. Kita bangsa aman damai, bukan bangsa hadhari...

BERANI MADEY SAHKAN MUKHRIZ TIDAK RASUAH? - harakah


Politik wang, "istilah sopan" untuk gejala rasuah dalam pemilihan Umno diakui sudah mencapai tahap paling parah, namun bagi majoriti rakyat Malaysia ia tidak lebih sekadar satu isu basi yang hanya hangat dibincangkan setiap tiga atau empat tahun sekali. Walaupun didedahkan, misalnya hanya untuk menjadi ketua bahagian sahaja ada calon yang menghabiskan puluhan juta ringgit, masyarakat umum tidak lagi terkejut dengan "perangai jelik orang Umno itu".

Malah, ramai yang senyum sinis (menahan muak) mendengar pelbagai penegasan pimpinan tertinggi Umno bagi memerangi politik wang yang sudah mendarah-daging seluruh tubuh parti berkenaan. Terbaru, bakal Presiden Umno, Najib Razak dari Lima, Peru mengakui usaha menangani rasuah dalam Umno tidak mudah dan memakan masa panjang untuk mengatasinya.

"Saya tak pasti, antara Mukhriz dan Khairy, siapa yang kurang membelanjakan wang dalam kempen nanti," kata seorang aktivis Pemuda Umno, yang mendakwa ketiga-tiga calon ketua pemuda itu sudah terjerumus dalam gaung rasuah. "Masakan Mukhriz mampu mendapat pencalonan paling tinggi ketika Khir Toyo dan Khairy dikatakan mengumpan perwakilan bahagian-bahagian dengan rasuah?" tambahnya.


kah kah kah…. MAHAFIRAUN LAWAN RASUAH ??..... kah kah kah…biar betul…. kah kah kah

… semenjak bila mahafiraun lawan rasuah ?… kah kah kah…. ini nak kempen untuk firauan kecik…. kah kah kah… nanti yang kecik ni jadi mahafirauan lagi… kah kah kah…nak naik tahtha…. nak jadi antu raya… kah kah kah

kah kah kah… ini nak bantu munkee sembab… kah kah kah… mahafiraun kata yang lain ‘jokers’…. kah kah kah… mere nam joker ni pun dulu dlaam kabinet half past six mahafiraun…. kah kah kah…

kah kah kah…. kalau mahafirauan melawan rasuah… samalah macam umi ufilda masih dara sunti… kah kah kah….

Saiful muncul di JAWI esok, tangkis tohmahan ditimpa bala

Pemuda Besut - PETALING JAYA: Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23, pemuda yang mendakwa diliwat oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim akan hadir di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) esok pada jam 11 pagi.

Hal ini diberitahu oleh salah seorang ahli keluarga Saiful ketika dihubungi mStar Online, petang tadi.

Menurut sumber itu, kehadiran Saiful adalah berhubung laporan tuntutan qazaf (tuduhan palsu) yang dibuat oleh Anwar terhadapnya di Mahkamah Syariah pada 9 Julai lalu.

Anwar pada 7 Ogos lalu turut mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen terhadap tuduhan meliwat Mohd Saiful di sebuah kondominium di Damansara, di sini pada 26 Jun.

Sehubungan itu, Mohd Saiful telah diminta hadir memberi keterangan kepada JAWI berhubung tuntutan qazaf tersebut pada 19 Ogos.

Sebelum itu, pada 15 Ogos, Mohd Saiful ditemani bapanya, Azlan Mohd Lazim, melafazkan sumpah laknat (mubahalah) di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur dengan disaksikan Imam Ramlang Porigi, menyatakan dia diliwat Penasihat PKR terbabit.

Dalam sumpah laknat itu, Mohd Saiful mendakwa dirinya telah diliwat secara paksa oleh Anwar.

Mengulas lanjut, sumber itu memberitahu lagi, kemunculan Mohd Saiful di JAWI esok mampu menangkis tohmahan dan laporan palsu yang tersebar sebelum ini kononnya beliau ditimpa bala dan sumpah memakan dirinya.

“Saiful perlu hadir di JAWI esok. Pada masa yang sama, beliau ingin menunjukkan yang cerita beliau ditimpa bala adalah tidak benar,” jelas sumber itu.

- mStar

Al-Fatihah ~ Ketua Hakim Syariah Johor - Dato Ali Ahmad

 Pas Johor Bahru : Beliau Pulang ke Rahmatullah jam 4 - 6 pagi tadi.(23 Zulkaedah 1429H - 21 Nov 2008). Pernah digam dari menyampaikan kuliah di masjid kerana cenderung kepada menyokong perjuangan PAS. Surau di tanah rumah beliau di Kg Melayu sangat aktif dengan kuliah maghrib dan subuh secara harian. Jawatan terakhir beliau ialah Ketua Hakim Syariah Negeri Johor

- Kembali aktif berceramah dan kuliah setelah dinaikkan pangkat menjadi Ketua Hakim Syariah Johor


- Pernah dicadangkan untuk bertanding atas tiket PAS pada pilihanraya akan datang sementara menantikan beliau bersara


- Jenazah beliau disolatkan di Masjid Negeri Johor, Masjid Sultan Abu Bakar.


- Beliau dikebumikan di sebelah makam kerabat di Raja Johor selepas solat Jumaat di Perkuburan Mahmodiah.


- Al-Fatihah

Blog Stats