Sumbangan ~ Tolong Klik.... Thanks.

Wednesday, September 17, 2008

Adakah Akan Berlaku Rampasan Tentera?

Sekiranya di negara Thailand, kita pernah terdengar berkenaan kerajaan di gulingkan dengan rampasan tentera, namun apakah di Malaysia, perkara seperti itu akan berlaku?

Situasi politik Malaysia yang yang gundah gulana dengan pelbagai strategi di atas sebab kelemahan Abdullah Ahmad Badawi menerajui pemerinatahan negara Malaysia yang telah memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi dan juga pertambahan inflasi telah menyebabkan ramai pemimpin-pemimpin politik yang lain merasakan bertapa perlunya Dolah Badawi meletak jawatan.

Akibat daripada kedegilan si tua bernama Dolah Badawi melepaskan kuasa dengan segera dan kesan daripada pemerintahannya yang lemah menyebabkan beberapa perancangan daripada pemimpin-pemimpin Malaysia menjalankan gerakan saraf dalam menjatuhkan Dolah Badawi dan menerajui pemerintahan.

Kes pertama bermula apabila Tun Madet dan kroni-kroninya cuba untuk menjatuhkan Dolah Badawi dengan pelbagai penjuru serangan yang bertubi-tubi sehingga memaksa Tun Madet keluar daripada UMNO. Asakan Tun Madet semakin terserlah melalui gerakan dalaman UMNO yang menyeru Dolah Badawi meletak jawatan sehinggakan Dolah mengalah dan menetapkan tahun 2010, beliau akan meletak jawatan daripada kerusi Perdana Menteri Malaysia.

Kes kedua pula berlaku apabila pemimpin daripada parti pembangkang yang sudah jemu dengan permainan kerajaan UMNO yang menggunakan segala kemudahan dan harta kerajaan untuk digunakan oleh anak-beranak mereka dan kroni-kroni mereka sahaja tanpa mendengar rintihan rakyat yang sebenar. Kenaikan harga minyak yang tinggi dan dijalankan secara mendadak menyebabkan rakyat semakin jemu dengan kelemahan Dolah Badawi menguruskan negara. Pencabulan sistem kehakiman dan undang-undang serta penyalah gunaan sistem polis oleh rejim Dolah Badawi dan UMNO serta sekutunya dalam Barisan Nasional menyebabkan rakyat sudah merasa tidak selamat dan mendesak Dolah Badawi meletak jawatan dengan mengusulkan 'undi tidak percaya' di Parlimen.


Kes ketiga pula berkaitan usaha daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin-pemimpin di dalam gabungan Pakatan Rakyat berusaha untuk mengambil takhta kekuasaan pemerintahan persekutuan Malaysia milik Barisan Nasional dengan mengumpulkan ahli-ahli parlimen daripada Barisan Nasional yang ingin melompat parti dan sudah jemu dengan permainan kotor UMNO. Usaha tersebut ditetapkan pada tarikh 16 September 2008, namun usaha tersebut gagal akibat daripada kepentingan keselematan negara dan juga orang awam dan ianya telah diusahakan dengan cara baik bagi pengambil alihan kuasa secara aman.

Kes keempat pula adalah usaha dalaman daripada parti UMNO yang sedaya upaya ingin mengekalkan pemerintahan UMNO bagi menghalang daripada kemaraan Pakatan Rakyat menerajui Malaysia, dan hal ini di bawah nasihat bekas Perdana Menteri Malaysia iaiatu Tun Madet bagi menjatuhkan Dolah Badawi dan menaikkan Najib sebagai Perdana Menteri untuk memperolehi semula sokongan Ahli-ahli Parlimen yang ingin melompat.....

Segala usaha untuk menjatuhkan Dolah Badawi ternyata banyak dan ianya disokong oleh rakyat Malaysia, akan tetapi, kedegilan Dolah Badawi inilah yang menyebabkan Dolah berusaha mengubah strategi beliau dengan menukar jawatannya dengan Najib dengan mengambil jawatan Menteri Pertahanan dan memberi kepada Najib Menteri Kewangan.

Adakah kem Mahathir tidak berjaya menggunakan tentera bagi menjatuhkan Dolah Badawi dan menggantikan Najib dengan kelebihan Menteri Pertahanan yang dulunya di pegang Najib?
Adakah kem Anwar dengan sokongan daripada Ahli Parlimen Barisan Nasional yang ingin melompat untuk mengambil alih kerajaan Malaysia daripada tampuk pemerintahan Barisan Nasional kepada Pakatan Rakyat akan berhasil?

Dan.... Adakah Dolah Badawi dengan think thanknya, Khairy Jamaluddin berjaya mengekalkan kekuasaannya dan bersiap sedia menggunakan tentera bagi mengelak daripada kerajaan di bawah pimpinannya jatuh kecundang?

Namun, apa yang pasti..... Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong bersama jemaah Majlis Raja-raja juga tidak akan berdiam diri dengan keadaan ini....... Dolah Badawi tidak tahu lagi di mana tempat ingin beliau bertaut, kerana semua dahan-dahan yang ada semuanya rapuh untuk beliau...... dan mungkin, akan memakan diri beliau sendiri.......

Akhir kata daripada Anak Reformasi...

LAWAN TETAP LAWAN!!!!

Inikah Demokrasi UMNO???

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

Saya ingin mengulas sedikit berkenaan peristiwa hari ini yang memperlihatkan Kerajaan Pimpinan Dolah Badawi menggunakan kuasa dan demokrasi UMNO......

Apakah rakyat Malaysia bodoh seperti yang difikirkan Dolah sebagaimana langkah yang beliau lakukan tanpa mengira kuasa yang ada pada Agong?
Apakah Dolah tidak ingat, perlantikan Menteri mestilah diajukan kepada Agong terlebih dahulu dan bukannya sesuka hati mak bapak dia main passing, passing cam tuh!!!

Sepatutnya, pertukaran Menteri Kewangan dan Menteri Pertahanan sepatutnya dirujuk kepada Majlis Raja-raja Melayu iaitu diketuai Agong terlebih dahulu..... Bukannya boleh mengikut telunjuk Perdana Menteri sahaja.

Sekiranya dirujuk kepada undang-undang, perlepasan jawatan Menteri Kewangan dan Menteri Pertahanan menyebabkan kedua-dua jawatan ini kosong sehingga mendapat perkenan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong.
Sebab apa Dolah buat kerja bodoh macam nih???

1) Kemungkinan Dolah ingin menggunakan sistem pertahanan negara untuk mempertahankan kedudukan beliau sebagai Perdana Menteri daripada berlaku pertukaran kuasa daripada kerajaan Barisan Nasional kepada Kerajaan Pakatan Rakyat.
2) Kemungkinan juga, Dolah takut dengan strategi dalaman Najib dan Mahathir yang mungkin akan merampas kuasa dengan menggunakan tentera.
3) Dolah dah pening, ekonomi merundum jatuh, dah tak tahu dah nak buat cammana.... jadi, bagi aje kepada Najib untuk pikul tanggungjawab dan sekiranya ekonomi makin jatuh, Najib akan dipersalahkan dan bukannya Dolah.

Kesimpulannya, strategi Dolah ini telah lama dihidu oleh orang ramai...... strategi Dolah untuk mempertahankan kuasanya telah lama diyakini, Dolah akan menggunakan kuasa tentera bagi mengekalkan kekuasaannya..... Namun, adakah ini yang dinamakan demokrasi? Atau ianya hanya demokrasi ala UMNO ciptaan Dolah, anak dan menantunya sahaja? Dolah terpaksa terima kenyataan bahawa, rakyat Malaysia sudah jemu dengan pentadbiran Malaysia di bawah pimpinannya......

Akhirnya, saya menyeru Dolah Badawi agar meletakkan jawatan seberapa segera dan biar Agong yang memutuskan sama ada kerajaan UMNO tumbang atau sebaliknya!!! Ingatlah Dolah, kamu hanyalah Hamba Allah dan Malaysia ini bukan hak milik kamu dan keluarga kamu, tapi, milik rakyat Malaysia dengan diketuai oleh Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong..... Terimalah hakikat bahawa, menantu kamu itu tidak pandai dan tidak seharusnya dinaikkan menjadi Perdana Menteri!!!! Bagilah kepada mereka yang layak!!!!

MSO : Membaca Hikmah Di Sebalik Tindakan Abdullah

Analisa Peristiwa



SEKALIGUS pertukaran portfolio antara Abdullah Ahmad Badawi dengan Najib Razak untuk jawatan Menteri Kewangan dan Menteri Pertahanan memperlihatkan keikhlasan Abdullah untuk mengangkat Najib sebagai Perdana Menteri. Pertukaran itu juga sebagai persiapan kepada Najib untuk berlatih mengira dan menghitung wang.

Petukaran itu juga membayangkan Abdullah bersedia memenuhi impian dan angan-angan Najib untuk mengambil alih tempatnya sebagai Perdana Menteri.
Najib tentu gembira dengan apa yang berlaku secara tiba-tiba dan seolah yang bulat datang menggolek dan yang leper datang melayang itu! Yalah Menteri Kewangan merupakan meteri paling berprestej dan glomour. Ditangan menteri itulah terletaknya karung dan guni kewangan negara.

Najib juga diberikan jawatan Pengerusi Khazanah Negara. Kedudukan itu meletakkan Najib sebagai pemegang segala khazanah dan seluruh kekayaan negara baik yang beku atau cair.

Peralihan itu juga semacam menampakkan Abdullah mengakui akan kelemahan beliau dalam menjana ekonomi negara. Peralihan itu mengesahkan apa yang dilemparkan kepadanya yang jahil mengenai ekonomi dan buta untuk mencari wang kepada negara. Beliau seakan mengakui akan kelemahan itu dan bersedia memberikan kepada mereka yang lebih layak dan bernafsu untuk merangkulnya.

Dalam hal ini saya ada pandangan lain mengenai diri dan politik Perdana Menteri ini. Pada saya apa yang beliau lakukan itu bukan proses memberi pengalaman atau kenaikan pangkat kepada Najib tetapi ia satu perangkap kepada timbalannya itu. Pertukaran hari ini bukan suka sama sukar seperti dipamerkan tetapi Najib terpaksa menerimanya. Harapnya Najib tidak silap dalam mentafsirkan ini.

Apa yang mungkin terselimut di hati Abdullah ialah beliau mahu rakyat mengetahui sejauh manakah kemampuan Najib menjana ekonomi negara. Kantung kewangan negara kini kering kontang. Perkembangan ekonomi lembab. Apakah dengan suasana ini Najib dapat mengubah dan menambah kantung kewangan negara?

Pada Abdullah mungkin Najib tidak akan dapat melakukan sesuatu untuk merancakkan ekonomi negara. Dengan ilmu yang sedikit sudah pasti Najib tidak dapat melakukan apa-apa yang lebih baik daripadanya. Najib pernah menjadi Timbalan Menteri Kewangan satu masa dulu. Jadi apa yang Abdullah hendak tengok ialah kegagalan Najib kelak. Kegagalan itu pula akan menjadi senjata kepada Abdullah untuk melihat Najib mati secara beragam dengan angan-angan besarnya.
Saya nampak dalam hal ini Abdullah mahu memberi peluang kepada Najib melakukan sesuatu. Apakah beliau berbakat dalam hal kewangan dan ekonomi atau tidak? Abdullah ada alasan sendiri untuk menjadi PM bukan saja memerlukan kepada kesegakkan tubuh badan tetapi kecerdikan otak serta sifat-sifat lain lagi.

Sepatah kata Abdullah dalam memancing dan mencabar Najib, sekiranya prestasi Najib bagus mungkin beliau akan berundur awal. Mungkin pancing itu dimakan dan ditelan Najib dengan penuh keazaman dan lahap. Tetapi dalam suasana hari ini - dengan kemelsetan ekonomi global apa yang Najib mampu lalukan?

Di sebalik pertukaran yang berlaku hari ini saya juga nampak Abdullah mahu apa yang berlaku ke atas Anwar Ibrahim dulu berulang kepada Najib. Anwar semasa menjadi TPM juga menjadi Menteri Kewangan. Kementerian berkenaan menjadikan Anwar lupa daratan dan membina kekuatan politiknya. Amalan kronisme dan nepotisme wujud ketika itu. Akhir apa yang berlaku ke atas Anwar dengan keduduaknnya itu; beliau menjadi seperti bawang yang ditimpa oleh jambaknya.

Jadi pertukaran yang dianggap ikhlas oleh Najib mengenai portfolio itu bukan sesuatu yang boleh dibanggakan Najib. Rosmah tidak perlu memikirkan yang bukan-bukan dengan kedudukan dan kuasa terbaru suaminya itu. Sebab kalau tidak kena gaya kuasa baru yang dijabati hari ini akan membawa Najib ke lembah yang curam dan dalam!
Sementara itu pengambilalihan jawatan Menteri Pertahanan itu mungkin disebabkan Abdullah sudah sedar apa dilakukan Najib dengan kementerian itu. Penggunaan Milltary Intelligent Organization (MIO) oleh Najib untuk kepentingan poltiknya mungkin membimbangkan Abdullah. Jadi sebelum pagar memakan padi elok kalau beliau mengawal sendiri kementerian berkenaan dan biarlah MIO melaporkan semua perkembangan mengenai keselamatan dan politik negara kepadanya seorang saja.

- MSO

916 : PM Tolak Berjumpa Pemimpin Pakatan, Pakatan Rancang Menghadap Agong


Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

PETALING JAYA: Pakatan Rakyat meneruskan agenda mereka untuk menubuhkan kerajaan baru dengan mengatur strategi seterusnya iaitu untuk mengadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Syed Husin Ali ketika dihubungi berkata, Pakatan Rakyat sedang merangka pelan susulan yang bersesuaian bagi memastikan proses peralihan kuasa berlaku dalam tempoh terdekat.

"Kita akan mengutus surat kepada pihak Istana Negara bagi memohon perkenan Tuanku untuk mengadakan pertemuan berkenaan perkara ini.

"Bagaimanapun berdasarkan apa yang saya tahu, surat itu masih belum dikeluarkan... tunggulah dalam satu atau dua hari lagi," katanya.

Pakatan Rakyat mengambil pendekatan terbaru ini setelah usaha Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menemui Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi gagal.

"Tak mengapa jika dia (Abdullah) tolak permohonan kita untuk adakan perbincangan. Usaha kita tak terhenti di situ, malah kita sentiasa ada perancangan untuk memastikan usaha kita berjaya," katanya.

Tambah beliau, ramai pihak terutamanya pemimpin Barisan Nasional (BN) sudah tersalah anggap mengenai tarikh 16 September bahawa Pakatan Rakyat akan membentuk kerajaan baru.

"Mereka salah anggap, 16 September hanyalah permulaan proses bagi kita untuk menubuhkan kerajaan, bukan menguasai kerajaan pada tarikh tersebut," katanya.

Menurutnya lagi, beliau amat berkeyakinan bahawa kerajaan baru yang bakal diterajui Pakatan Rakyat akan dapat dibentuk secepat mungkin kerana rakyat telah memberikan isyarat untuk melihat perubahan dalam negara.

-mSTAR

Pak Lah: Pelan peralihan 2010 mungkin dilaksana lebih awal


PUTRAJAYA: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, pelan peralihan kuasa yang telah dipersetujui dengan timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2010 mungkin dapat dilaksanakan lebih awal.

"Tempoh waktunya fleksibel. Ia mungkin jika saya mahu pergi lebih awal tetapi tidak melangkaui 2010," kata Perdana Menteri dalam sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini. Turut hadir ialah Najib.

Abdullah berkata pelan peralihan kuasa itu antara lain bergantung kepada prestasi Najib.
Menjawab soalan berhubung tempoh masa itu, Abdullah berkata: Ia boleh jadi di antara sekarang dengan Jun 2010."

Sambil menyatakan bahawa keduadua pemimpin komited dengan pelan penyerahan, Abdullah berkata, beliau akan mengekalkan kerusi Presiden UMNO manakala Najib mengesahkan bahawa beliau tidak akan mencabar Abdullah dalam pemilihan UMNO pada Disember.

Ketika ditanya lebih lanjut berhubung tempoh masa itu, Abdullah berkata: " Ia bukan untuk anda tanya dan untuk saya menjawab."

Abdullah berkata perkara itu akan diputuskan dengan sewajarnya apabila proses penyerahan mengambil tempat.

Sementara itu, Najib berkata beliau dan Perdana Menteri telah mencapai persetujuan seperti yang digambarkan oleh Abdullah.

Sehubungan dengan itu, beliau berharap pelan peralihan kuasa itu dapat diterima oleh parti demi kestabilan negara dan keutuhan parti.

Najib juga berkata beliau tidak menerima sebarang pencalonan untuk kerusi Presiden kerana beliau komited dengan pelan penyerahan kuasa itu.

Balak: Kerajaan Pahang Diperintah Bayar RM60 Juta

Kerajaan Pahang hari ini diperintahkan membayar RM60 juta kepada sebuah syarikat pembalakan selepas gagal dalam usaha terakhirnya di Mahkamah Persekutuan bagi mendapatkan kebenaran untuk merayu.

Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum yang bersidang bersama Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Nik Hashim Nik Ab Rahman dan Datuk Abdul Aziz Mohamed sebulat suara menolak permohonan kebenaran untuk merayu oleh kerajaan negeri dan Pengarah Perhutanan Negeri Pahang.

Hakim Malanjum berkata persoalan undang-undang yang dikemukakan oleh kerajaan Pahang, yang diwakili Penasihat Undang-undang Datuk Mat Zara'ai Alias, "bukanlah satu persoalan yang wajar dan ia dibangkitkan di Mahkamah Rayuan."

Kerajaan negeri Pahang dan pengarah perhutanan negeri telah memohon kebenaran untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan pada 3 Ogos lalu yang menolak rayuan mereka untuk melanjutkan masa bagi memfailkan notis rayuan, demikian dilaporkan oleh Bernama.

Notis rayuan itu adalah terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan pada 25 Mei 2007 yang memerintahkan mereka membayar RM37,127,471.60 kepada Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd dengan faedah pada kadar 8 peratus setahun mulai 31 Disember 2000 sehingga selesai pembayaran.

Mahkamah Tinggi memerintahkan mereka membayar jumlah itu kepada Seruan Gemilang setelah berpuas hati bahawa pengarah perhutanan negeri telah bertindak secara cuai apabila enggan mengguna pakai pelan terkini yang dikemukakan oleh Seruan Gemilang yang telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) pada 5 April 2000, sebaliknya mengarahkan pelan asal yang diluluskan oleh exco pada 7 Januari 1998, diguna pakai.
Atas tanah Umno

Pada 9 Disember 2002, Seruan Gemilang memfailkan saman terhadap Kerajaan negeri Pahang dan pengarah perhutanan negeri bagi memohon ganti rugi RM31 juta kerana didakwa melanggar perjanjian kontrak konsesi pembalakan berhubung pengeluaran kayu balak di atas tanah milik Umno di Mukim Bebar, Daerah Pekan seluas 4,000 hektar.

Seruan Gemilang menamakan kerajaan negeri Pahang sebagai defendan pertama dan pengarah perhutanan negeri, defendan kedua.Dalam pernyataan tuntutan, Seruan Gemilang mendakwa pada 31 Julai 2000, defendan kedua telah memberi kelulusan kepadanya bagi mengeluarkan kayu balak dari mukim itu bagi kawasan seluas 3,200 hektar.

Pada 13 Mei 2002, defendan kedua telah memberi kelulusan kepada Seruan Gemilang bagi mengeluarkan kayu balak dari baki kawasan seluas 800 hektar di tanah yang sama. Ini bermakna Seruan Gemilang telah diberi kelulusan untuk mengeluarkan kayu balak dari kawasan seluas 4,000 hektar.

Bagaimanapun defendan kedua hanya membenarkan Seruan Gemilang mengeluarkan kayu balak dari kawasan seluas 2,800 hektar sahaja manakala baki selebihnya telah diberikan kepada beberapa pihak ketiga untuk mengeluarkan kayu balak dari tanah tersebut.

Kedua-dua defendan dalam pernyataan pembelaan mereka menyatakan bahawa Seruan Gemilang hanya diberi lesen untuk menjalankan kerja pembalakan secara pemindahan bagi kawasan seluas 2,800 hektar sahaja manakala bagi baki 1,200 kektar itu pula, defendan mendapati Seruan Gemilang tidak berminat untuk menjalankan kerja pembalakan di situ.

Tukar Jawatan Menteri : Paklah Menteri Pertahanan, Najib Kini Menteri Kewangan

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, beliau menyerahkan jawatan menteri kewangan kepada Timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak dan mengambil alih jawatan menteri pertahanan.

Bercakap dalam satu sidang akhbar tengahari ini, Abdullah berkata, pertukaran jawatan itu berkuatkuasa serta merta.
Perdana menteri yang memegang jawatan menteri kewangan sejak 2004 berkata, beliau telah memaklumkan keputusannya itu kepada kabinet.Abdullah yang juga presiden Umno berkata, beliau mungkin bersara lebih awal daripada tahun 2010 bergantung kepada prestasi Najib.
"Tempoh waktunya fleksibel. Ia mungkin jika saya mahu pergi lebih awal tetapi tidak melangkaui 2010," katanya. Najib turut hadir.
Abdullah berkata pelan peralihan kuasa itu antara lain bergantung kepada prestasi Najib.Bagaimanapun, kedua-dua pemimpin tersebut tetap berpegang kepada pelan peralihan kuasa pada 2010.

Abdullah berkata, beliau dan Najib akan mempertahankan jawatan masing-masing dalam pemilihan Umno Disember ini.

Najib turut hadir di sidang akhbar tersebut dan apabila ditanya komennya, menjawab: "Kami telah bersetuju. Saya menyerahkannya kepada parti. Kami menawarkan diri kepada parti dan saya berharap mereka akan menerimanya".

Najib juga turut dilantik sebagai timbalan pengerusi badan pelaburan kerajaan, Khazanah Holdings.

Terdapat desakan yang semakin meningkat ke atas Abdullah supaya bersara lebih awal, tetapi kini nampaknya Najib telah mencapai persetujuan dengan bosnya itu untuk menenangkan tuntutan dari akar umbi Umno.

Kedua-dua mereka kini berdepan dengan kekalutan politik yang berpunca daripada pergeseran dalam Umno, di tengah-tengah cabaran ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berusaha untuk menubuhkan kerajaan baru.

Anwar 'ancaman pada negara'

Para pemerhati berkata, langkah terbaru Abdullah hari ini adalah untuk memberi jaminan kepada Najib bahawa beliau akan mengambil alih jawatan nombor satu dan juga untuk menangkis kempen yang diketuai oleh mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menurunkan Abdullah daripada jawatan presiden.

Abdullah juga turut menyentuh tentang permintaan Anwar untuk mengadakan perjumpaan bagi membincangkan peralihan kuasa kepada Pakatan Rakyat kerana mendakwa mempunyai jumlah ahli parlimen mencukupi untuk menubuhkan kerajaan baru.

Perdana menteri berkata, surat yang dihantar oleh pemimpin Pakatan tidak menyebut tentang peralihan kuasa.

Adakah Anwar Akan Di ISA???

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi membuat para pemerhati tertanya-tanya sama ada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan sekali lagi ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Bercakap dalam satu sidang akhbar di Putrajaya hari ini untuk mengumumkan rombakan kecil kabinet, perdana menteri membuat kenyataan yang membayangkan kemungkinannya.Antara lain, Abdullah menyifatkan ketua pembangkang itu sebagai "satu ancaman kepada ekonomi negara, bahkan kemungkinan keselamatan".

Ini sudah cukup untuk memberi alasan kepada pihak pihak kuasa untuk menggunakan ISA terhadap Anwar dan membolehkan beliau ditahan tanpa bicara.
Sementara itu, Bernama memetik perdana menteri berkata tindak tanduk Anwar selama ini bukan sahaja menjejaskan kestabilan politik tetapi juga kestabilan ekonomi. "Ekoran tindak tanduk Anwar itu, terdapat pengurus dana yang membuat laporan kononnya Malaysia bukan tempat yang baik untuk membuat pelaburan kerana suasana politik negara yang tidak menentu," katanya.
Ditanya mengenai tindakan yang bakal diambil oleh kerajaan terhadap Anwar ekoran ancaman tersebut, Abdullah berkata, sebagai berkata kerajaan akan melakukan apa yang perlu. Abdullah berkata Anwar telah banyak membuat pembohongan mengenai kedudukan ekonomi negara termasuk kononnya tiada kemasukan pelaburan asing langsung (FDI), dan negara tidak mempunyai daya saing.

Sebaliknya, Abdullah berkata, FDI sebenarnya masih mengalir ke dalam negara ini, malah Malaysia merupakan antara negara yang diminati oleh pelabur. Timbalan Perdana Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pelaburan, dan yang turut hadir pada sidang akhbar itu, mencelah dengan berkata kadar pelaburan tahun ini mungkin lebih tinggi dari tahun lalu. Mengenai kedudukan daya saing negara pula, Abdullah berkata Malaysia mencatatkan kedudukan lebih baik dari tangga ke-23 kepada tangga ke-19 sekarang. "Anwar mahu melingkupkan negara dan mengekploitasi kepercayaan orang dan memperlecehkan negara di luar negeri," kata Perdana Menteri. Najib juga berkata permainan politik Anwar boleh memberi kesan kepada ekonomi negara.

Dan apabila ditanya apakah tindakan yang akan diambil terhadap Anwar, perdana menteri enggan menyatakannya, sambil berkata: "Saya tidak akan nyatakan apa rancangan yang saya ada.

"Sekiranya Anwar ditahan di bawah ISA, ia bakal memberi kesan yang besar tetapi bukanlah sesuatu yang memeranjatkan kerana Anwar sendiri percaya beliau mungkin ditahan.

Usaha ambil alih kuasa

Sejak pilihanraya kecil 8 Mac lalu, Anwar telah menjadi duri terhadap Barisan Nasional dengan rancangannya untuk mengambilalih kuasa.Anwar yang sudah dua kali ditahan di bawah ISA, mendakwa beliau mempunyai jumlah ahli parlimen dari BN yang cukup menyertai Pakatan untuk membolehkan beliau menubuhkan kerajaan baru dengan majoriti mudah.

Anwar gagal merealisasikan rancangan mengambilalih kuasa semalam (16 September) - tetapi sekali lagi menegaskan bahawa beliau mempunyai jumlah ahli parlimen yang cukup untuk menubuhkan kerajaan.

Beliau juga telah meminta untuk mengadakan pertemuan dengan Abdullah bagi membincangkan pelan peralihan kuasa dan menggesa perdana menteri tidak mengambil tindakan drastik, seperti mengisytiharkan darurat, untuk menghalang usahanya itu.

Abdullah, bagaimanapun, menolak mengadakan pertemuan dengan Anwar dan menyifatkan dakwaannya untuk mengambil alih kuasa itu sebagai satu pembohongan.

Anwar, yang kini berdepan dengan tuduhan liwat, pertamakali ditahan di bawah ISA pada 1974 berhubung protes pelajar dan ditahan selama 20 bulan.

Lebih dua dekad kemudiannya, beliau sekali ditahan di bawah ISA seepas melancarkan siri protes terhadap pemecatannya sebagai timbalan perdana menteri pada tahun 1998.

OPS Lalang 2 : Blogger Kickdefella Ditahan


Seorang lagi blogger popular, Syed Azidi Syed Abdul Aziz ditahan polis di Kota Bharu petang ini.Menurut Naib Presiden PAS, Husam Musa, blogger (kickdefella.wordpress.com) itu ditahan di rumahnya.

Syed Azidi yang bekerja dengan kerajaan negeri Kelantan, ditahan pada kira-kira jam 5 petang oleh sepasukan tiga orang anggota polis berpakaian biasa.Mereka turut merampas laptopnya.


Isterinya, Bariah Ishak berkata suaminya ditahan di bawah Akta Hasutan.

Syed Azidi, menurut polis, akan dibawa ke Kuala Lumpur kerana laporan terhadapnya dibuat di sana.Pada 23 Ogos lalu, Syed Azidi (di bawah tajuk Siasat Kickdefella Dibawah Akta Hasutan) telah menulis bahawa laman web pro-Umno telah mendesak supaya beliau disiasat di bawah Akta Hasutan.

Blogger tersebut mencetuskan kontroversi baru-baru ini selepas melancarkan kempen di talian supaya bendera Malaysia dikibarkan terbalik.

Kempen tersebut telah menarik perhatian perdana menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang menyifatkan tindakan itu sebagai 'kurang ajar'.

Perdana menteri berkata, perbuatan sedemikian bukan lagi boleh disifatkan sebagai satu perbuatan nakal tetapi amat jahat."Itu kurang ajar (bendera terbalik), tiada hormat langsung dengan bendera kita, apa yang marah sangat dengan bendera Malaysia," perdana menteri dilaporkan berkata.

Abdullah berkata, penulis blog itu cuba mencetuskan satu idea tanpa memikirkan kesan selanjutnya.Beliau berharap polis akan menyiasat perkara itu dan mengambil tindakan yang sewajarnya.

SAPP Keluar BN!!! - Kemenangan Kepada Pakatan Rakyat

Parti Maju Sabah (SAPP) telah memutuskan untuk keluar dari Barisan Nasional. Majlis Tertinggi SAPP yang bermesyuarat hari ini, bagaimanapun memutuskan bahawa ia tidak akan menyertai Pakatan Rakyat.

Timbalan Presiden SAPP, Datuk Raymond Tan yang kecewa dengan keputusan itu, telah meninggalkan mesyuarat tersebut.Katanya, beliau akan meletak jawatan timbalan ketua menteri dan menteri pembangunan infrastruktur negeri.SAPP mempunyai dua ahli parlimen dan empat anggota dewan undangan negeri.

Dua ahli parlimen SAPP ialah Eric Enchin Majimbun (Sepanggar) dan Dr Chua Soon Bui (Tawau). Manakala Adun pula terdiri daripada Tan (Tanjong Papat), timbalan menteri kewangan negeri, Melanie Chia (Luyang), Au Kam Wah (Elopura) dan Liew Teck Chan (Likas).
Menurut Tan, beliau belum lagi memutuskan sama ada akan keluar dari parti itu, tetapi berkata, Au yang juga ketua Pemuda - yang tidak menghadiri mesyuarat hari ini - telahpun meletakkan jawatan.Presiden SAPP, Datuk Yong Teck Lee membuat pengumuman tersebut dalam satu sidang akhbar pada jam 4.30 petang selepas mesyuarat MT tersebut.
"BN telah hilang kuasa moralnya untuk memerintah. Jumlah majoriti di Parlimen tidak bermakna jika rakyat tidak lagi menghormati anda," katanya."Ahli-ahli SAPP yang memegang pelantikan politik dalam kerajaan mesti melepaskan jawatan mereka dengan memberi notis sewajarnya mengikut perlembagaan dan peraturan serta aturan yang berkaitan, bermula di peringkat kabinet," katanya.

Khairy Tawarkan Diri Bertanding Ketua Pemuda UMNO

Naib ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin hari ini mengumumkan secara rasmi menawarkan diri untuk bertanding jawatan ketua Pemuda Umno Malaysia.

Beliau membuat pengumuman di pusat khidmat ahli Parlimen Rembau di Chembong petang ini.Majlis itu diadakan khas untuk beliau mengumumkan menawar diri bertanding jawatan tersebut. Turut hadir ialah 40 ketua Pemuda Umno bahagian dari seluruh negara untuk menyatakan sokongan kepada Khairy.

Hadir sama ialah lima ketua Pemuda negeri dari Perlis, Wilayah Persekutuan, Sabah, Perak dan Negeri Sembilan.

Turut kelihatan ialah penolong setiausaha Pemuda, Datuk Abdul Rahman Dahlan; exco Pemuda Datuk Rezal Merican Naina Merican dan ketua Putera Umno, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim."Saya membuat keputusan ini setelah turun ke bawah, mendapatkan pandangan dan berbincang dengan kawan-kawan dari seluruh negara.

Pemuda perlu jadi wadah

"Keputusan ini bukan saya seorang tetapi membabitkan semua Pemuda di setiap peringkat."Perkara ini (keputusan) bertanding timbul setelah Datuk Seri Hishamuddin Hussein mengumumkan mengosongkan kerusi ketua Pemuda yang disandangnya selama 10 tahun," katanya.

Khairy berkata, Pemuda Umno perlu menjadi wadah dan entiti kepada generasi muda termasuk yang tidak menyertai mana-mana parti politik.

Menurutnya, generasi muda korporat, badan bukan kerajaan (NGO), swasta dan kakitangan kerajaan perlu didekati oleh Pemuda Umno. Katanya, Pemuda Umno perlu menjadi tunjang untuk memperkasakan pengaruh pergerakan itu di kalangan pengundi muda sama ada yang berada dalam Umno atau tidak.

"Supaya dapat membela dan melaksanakan agenda untuk generasi muda," katanya.

Pemuda Malaysia

Khairy berkata, agendanya dalam menawarkan diri agenda untuk setiakawan di dalam Pemuda Umno, Pemuda Barisan Nasional (BN) dan rakyat Malaysia.

Ketika ditanya mengenai peluangnya, Khairy berkata, beliau mempunyai 30 peratus kerana semua tiga calon lagi yang menawarkan diri berpengalaman dan bukan calang-calang.

Tiga tokoh Pemuda lagi yang telah menawarkan diri untuk bertanding ialah bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo; exco Pemuda Umno, Datuk Mukhriz Mahathir dan timbalan pengerusi badan perhubungan Umno Perlis, Datuk Zahidi Zainol Abidin.

Katanya, Pemuda perlu membawa perubahan dengan teliti dan rapi dan bukannya kepada slogan semata-mata."Kita harus eratkan jurang di peringkat cawangan dan bahagian dalam pergerakan Pemuda Umno dan ini perlu menjadi keutamaan."Hubungan dengan Pemuda BN juga perlu dipereratkan," katanya sambil menambah beliau bertanding sebagai pemimpin pemuda rakyat Malaysia dan bukannya pemuda Melayu.

Khairy berkata, jika ada orang dakwa agenda Melayu tidak sesuai lagi, Pemuda Umno perlu menjelaskannya mengapa ia berlaku.Katanya, Pemuda Umno membawa agenda Melayu kerana ia adalah agenda nasional."Kita harus ingat ketua Pemuda Umno adalah pengerusi Pemuda BN," katanya.

Mukhriz cadang Dr M dilantik penasihat Umno

Permohonan kemasukan semula mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ke dalam Umno hendaklah diputuskan ketua cawangan dan bahagian yang bakal disertainya dan bukan melalui Majlis Tertinggi (MT), kata anggota Exco Pemuda Umno Datuk Mukhriz Tun Mahathir hari ini.Mukhriz juga berharap yang bapanya itu, jika diterima balik, hendaklah dilantik sebagai penasihat Umno.

Ketika ditemubual oleh Bernama TV hari ini, Mukhriz berkata bapanya belum memutuskan cawangan dan bahagian mana yang beliau akan serahkan borang keahliannya tetapi yang pasti ialah borang berkenaan akan diserahkan sebelum Aidilfitri ini.Mukhriz yang juga ahli Parlimen Jerlun berkata beliau difahamkan bahawa MT dijangka membincangkan mengenai kemasukan semula ayahnya esok.

"Tapi bagi saya secara lazimnya, ayah (Dr Mahathir) hanya perlu serahkan borang keahlian kepada mana-mana cawangan atau bahagian dan biarkan ketua itu yang putuskan untuk terima atau tidak. Tidak perlu sampai ke MT.

"Kalau Ezam (Mohamad Ezam Mohd Noor - bekas ketua Angkatan Muda Keadilan) dulu masuk Umno disediakan karpet merah dan tidak sampai pun ke MT, sekarang (merujuk permohonan Dr Mahathir) kita tengoklah dulu apa yang akan jadi," katanya.


Mukhriz berkata tindakan bapanya keluar parti bertujuan untuk memberikan kejutan kepada ahli Umno supaya menghentikan krisis dalaman dan menumpukan kepada apa yang diagendakan.
"Sebelum ini dia (Dr Mahathir) buat keputusan keluar dari parti untuk kejutkan kita daripada tidur ibarat jam loceng yang kejutkan kita tetapi kita tekan butang "snooze" dan tidur semula.
"Ayah bersetuju setelah dipujuk oleh (Tan Sri) Muhyiddin (Yassin-Naib Presiden Umno yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri) bahawa untuk memulihkan parti, Tun harus kembali kepada Umno dan melakukan perubahan dari dalam.
"Dan itu pun dia setuju walaupun ahli biasa tapi saya kira dia punyai banyak perkara yang boleh dikongsikan dengan parti dan saya kira kalau Umno dapat berikan dia jawatan sebagai penasihat seperti yang dilakukan parti komponen BN lain," katanya.
Menurut Mukhriz, bapanya tidak ada menyatakan yang beliau berhasrat untuk memegang jawatan yang lebih tinggi."Bukan itu yang dia tujui sebab dia hanya nak bantu kita. Dia tak tergamak melihat parti yang setelah 62 tahun menerajui kerajaan dengan begitu baik jadi begini," katanya.
Dr Mahathir pada 19 Mei lalu mengumumkan keluar dari Umno yang dianggotai sejak 1946 berkuatkuasa serta merta dengan alasan tidak yakin dengan kepimpinan penggantinya, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.Dr Mahathir ketika mengambil keputusan untuk keluar dari parti mendakwa beliau berpendapat parti itu tidak lagi dapat berperanan sebagai sebuah parti politik sebenar untuk membela nasib Melayu, sepertimana hasrat sejarah penubuhannya.
Semalam, Mukhriz pada satu sidang akhbar di Shah Alam berkata, hasrat untuk menyertai semula Umno disuarakan bapanya setelah menyedari dan mengambil kira pandangan banyak pihak yang menyatakan bahawa khidmat beliau sangat diperlukan, dan untuk tujuan itu, beliau perlu berada di dalam dan bukan di luar Umno.

Ketua Pemuda UMNO : Khairy Jamaluddin Tentukan Hari Ini!

Naib Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin akan mengumumkan keputusannya mengenai soal pertandingan jawatan Ketua Pemuda UMNO petang Rabu.
Pengumuman itu akan dibuat dalam satu majlis yang diadakan di pusat khidmat Ahli Parlimen Rembau.
Difahamkan besar kemungkinan Khairy akan turut serta dalam pertandingan jawatan berkenaan.
Setakat ini Datuk Mukhriz Mahathir dan Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo telah mengesahkan nak tawar diri.

Seorang lagi yang kata nak turut serta ialah Ketua UMNO Bahagian Padang Besar Datuk Zahidi Zainol Abidin.- 17/9/2008


AR: Konpemnya mamat nih cakap nak bertanding.... rugi oooo tak bertanding, nak kena tunggu lagi..... lama tuh.....

17 Sept : SAPP Tentukan Kedudukan Parti Dalam Barisan Nasional Hari Ini

Parti Progressif Sabah (SAPP) di dalam sidang medianya yang lepas di Pacific Sutera Resort, Kota Kinabalu pada 13 September, Presidennya, Datuk Yong Teck Lee telah membuat pengumuman akan menentukan hala tuju parti itu bersama-sama Barisan Nasional pada hari ini iaitu 17 September 2008.

Jadi, pada hari ini, sama ada kita akan menyaksikan aksi lompat bergalah pertama yang akan memberi kemenangan kepada Pakatan Rakyat atau pun ianya akan berlawanan daripada strategi Pakatan Rakyat untuk mengambil alih Kerajaan Persekutuan.

Namun, daripada segi kedudukan SAPP yang telah mengumumkan akan memberi sokongan kepada undi tidak percaya kepada kepimpinan Perdana Menteri di bawah kerajaan Abdullah Ahmad Badawi membayangkan SAPP akan keluar daripada salah satu komponen dalam Barisan Nasional.
Debaran ini mungkin ditunggu-tunggu oleh seluruh penduduk Malaysia dan masyarakat dunia yang memperlihatkan situasi politik Malaysia yang berada dalam keadaan tidak stabil. Setelah kenyataan Datuk Yong Teck Lee untuk mengkaji semula keputusan parti SAPP dalam komponen Barisan Nasional pada bulan lepas telah menunjukkan bahawa Abdullah Ahmad Badawi begitu takut akan keadaaan itu sehingga satu tuduhan rasuah ke atas Datuk Yong Teck Lee difailkan.

Walau apa pun yang terjadi, hari ini adalah hari yang ditunggu-tunggu untuk kita melihat sama-sama apa yang akan diperjelaskan oleh Parti SAPP sama ada ingin terus bersama-sama di dalam komponen Barisan Nasional atau keluar dan seterusnya bersama-sama di dalam Pakatan Rakyat.

Semoga khabar berita yang akan diberikan parti SAPP hari ini akan membidas segala tohmahan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim!!!!

Anak Tok Det Ajak Tok Det Sertai UMNO Kat Jerlun


Exco Pemuda Umno Datuk Mukhriz Tun Mahathir berkata bapanya Tun Dr Mahathir Mohamad memutuskan untuk kembali semula ke dalam Umno setelah dipujuk oleh beberapa pihak yang mahukan beliau kembali membantu memperkukuhkan Umno.Beliau berkata hasrat itu juga disuarakan setelah bapanya menyedari dan mengambil kira pandangan banyak pihak yang menyatakan bahawa khidmat beliau sangat diperlukan dan untuk tujuan itu beliau perlu berada di dalam dan bukan di luar Umno.


Sehubungan itu, katanya, keputusan untuk kembali semula Umno diputuskan oleh bapanya sendiri dan akan menyerahkan borang dalam masa terdekat.Mukhriz memberitahu media demikian selepas menghadiri majlis berbuka puasa anjuran Biro Perhubungan Antarabangsa dan Badan Bukan Kerajaan Pemuda Umno serta sumbangan anak yatim hari ini.Menurut laporan Bernama, Mukhriz yang juga ahli Parlimen Jerlun berkata beberapa cawangan dan bahagian turut menawarkan tempat kepada Tun Dr Mahathir, dan terpulang kepada bapanya untuk membuat pilihan.


Sementara itu mengulas mengenai peletakan jawatan Datuk Zaid Ibrahim sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mukhriz berkata tindakan itu boleh disifatkan seperti 'langgar lari' kerana sekejap dia (Zaid) berada dalam kerajaan, dan tiba-tiba lari pula dari kerajaan.


"Saya nampak apa yang dia lakukan semasa dalam kerajaan ialah merealisasikan manifesto pembangkang, contohnya Suruhanjaya Kehakiman, isu Badan Pencegah Rasuah (BPR), polis, Majlis Peguam dan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri). Ini tidak disebut pun dalam manifesto Barisan Nasional dalam pilihanraya baru-baru ini.Serah pada akar umbi"BN nak tunaikan janji kita kepada rakyat dan bila beliau masuk dalam kerajaan itu pulak yang diberi tumpuan, (perkara yang tiada dalam manifesto BN)jadi saya tak rasa kecewa langsung bila dia letak jawatan," katanya.


Sementara itu merujuk kepada pemilihan Umno peringkat bahagian bulan depan, Mukhriz berkata, seharusnya tidak ada sebarang sekatan atau arahan daripadapihak tertentu untuk tujuan peribadi pada pemilihan itu nanti.Beliau berkata dalam suasana politik semasa negara yang menyaksikan beberapa episod kebelakangan ini terutamanya kegagalan mempertahankan kemenangan di Pulau Pinang, Selangor, Perak, Kedah dan Wilayah Persekutuan dalam pilihanraya umum lalu, amalan demokrasi yang sebenar perlu dilaksanakan.


"Perlu diingat pemilihan adalah usaha untuk mengukuhkan parti, bukan untuk jadi juara. Jadi jika wujud sebarang arahan atau sekatan yang menjurus kepada kepentingan peribadi, ia tidak memperbaiki keadaan dan memberikan kekuatan kepada parti," katanya.


‘Saya fikir sudah tiba masanya untuk kita memberikan mandat memilih pemimpin sampai ke peringkat akar umbi parti. Ia juga dapat mendekatkan pemimpin dengan ahli peringkat bawah selain mengelak amalan politik wang," katanya.Mukhriz berkata dalam perlembagaan Umno sendiri menyatakan bahawa pemilihan mestilah bermula di peringkat bahagian termasuk untuk jawatan tertinggi dalamparti.Sehubungan itu, beliau berkata pelan peralihan kuasa 2010 yang dinyatakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, tidak menepati citarasa dan aspirasi ahli Umno buat masa ini.
AR: Apalah anak-beranak det nih mengarut, sekejap masuk, sekejap keluar, sekejap haram, sekejap buka semula UMNO......... ikutlah ko anak beranak nak buat apa lam UMNO tuh.... aku tak pernah pun terasa nak join UMNO dan tak pernah pun join UMNO nih...... Mukhriz tuh dulu cakap nak keluar jugak, tapi, tak buat-buat....... apa2lah....... cuma one word aje aku nak komen..... "Kecian!!!"

Muhyiddin Nafi SMS Masuk PKR

Muda Mohd Noor Sep 17, 08 12:25am

Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan beliau akan menyertai Pakatan Rakyat seperti yang tersebar dalam SMS.Bercakap kepada media selepas majlis berbuka puasa di ibu negara hari, beliau berkata, berita itu palsu dan merupakan satu pembohongan."Ada nama saya diberitahu akan melompat menyertai Pakatan dan SMS itu tersebar begitu luas."SMS itu mengatakan saya meninggalkan Umno untuk menyokong Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim)."Saya tidak pernah bercakap sebelum ini tetapi saya mahu bercakap hari ini," katanya.Muhyiddin berkata, berita ini dibuat begitu rapi supaya ada pihak yang terpengaruh.Katanya, ia merupakan sebahagian perbuatan Anwar yang tidak bermaruah supaya orang cepat masuk Pakatan.Beliau juga ditanya hasrat Anwar untuk menemui Perdana


Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk menubuhkan kerajaan Pakatan."Berjumpa perdana menteri adalah taktik Anwar. Apabila orang tengok Anwar jumpa perdana menteri, supaya rakyat terpengaruh."Ini bertujuan hendak menunjukkan dia ambilalih kerajaan. Apa yang Anwar nak buat tidak seperti yang kita fikirkan," katanya.Muhyiddin mencabar Anwar supaya menyebut ahli-ahli parlimen yang hendak menyertai Pakatan."Mengapa hendak tangguh, ini karut," katanya.Beliau juga tidak setuju Abdullah berjumpa Anwar kerana mendakwa Anwar mempunyai muslihat mengenai pertemuan tersebut.




AR: Apa lagilah strategi provokasi puak-puak UMNO nih...... tapi, aku yakin, senjata makan tuan akhirnya, main-main menipu bulan poser nih!!!! ehehehehe.

17 September Dahhh..... 16 September, Apa Dah Jadi?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Hari nih dah 17 September 2008, diberitakan 16 September 2008 Pakatan Rakyat akan ambil alih Kerajaan Persekutuan, cammanerr nih?? Tapi, semalam, tak kurang jugak banyak cerita gempak gempur gundah gulana kerajaa Dolah Badawi nih, antaranya...

1) Kemenangan yang semamangnya hak milik Hashim Jasin yang merupakan Pesuruhjaya Pas Perlis di umumkan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Sanglang, Perlis. UMNO nih, nak jugak menang walaupun dah ada hitam putih yang puak depa kalah... gelak skett, kahkahkah.

2) Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang dipertanggungjawab menjaga hal ehwal undang-undang, Datuk Zaid Ibrahim tetap dengan pendirian meletak jawatan walaupun di offer oleh Dolah untuk bercuti 2 minggu bagi berfikir. Sonang aje jawapan Datuk Zaid, saya tidak sakit, buat apa saya cuti.... saya terkilan aje dengan ISA yang diperkotak katikkan Paklah.... kena golak lagi geng2 UMNO nih....

3) Datuk Seri Anwar Ibrahim pula dalam sidang media menyatakan beliau telah cukup senarai Ahli Parlimen yang menyokong Pakatan Rakyat untuk ambil alih kerajaan, namun begitu, surat yang ditandatangani oleh beliau, Datuk Seri Haji Hadi Awang dan Lim Kit Siang dipandang sepi oleh Dolah.... Dolah nak menyorok... orang ajak jumpa, dia tak mahu.... Dolah, Dolah.... tak mau jugak letak jawatan tuh...... kita tunggu aje, sebab kita nak cara baik... sabar aje.

4) Raja Nazrin dalam titah ucapannya menyentuh berkenaan keadaan ekonomi Malaysia yang tidak stabil.... Tapi Dolah dan UMNO terus bersengketa..... pulak tuh, Dolah nak bersengketa lagi dengan pemimpin bukan kerajaan. Apa-apa pun baguslah ucapan Raja Nazrin, tidak sebelah mana-mana tapi ada perkara penting yang dia sampaikan untuk kepimpinan negara yang tidak stabil dek kerana kerakusan Dolah, anak dan menatu serta kroni!!!!

Ada lagi berita-berita lain, tapi dah tak ingat dah..... tapi, perkara yang paling penting, Anwar dah buat cara elok untuk mengambil alih kerajaan Malaysia pada 16 September 2008, tapi dek kerana laki Jean yang duk menyorokkan diri dan juga menyorokkan MP-MP ke taiwan dan selepas itu ke Hong Kong, menyebabkan tempoh tu ambil masa sikitlah..... sabaq je!!!

Berita hari ini dinanti-nantikan lagi,..... entah apa lagi ya????

Kes Y.B. Zul Dan Bar Council

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Saya telah membaca penerangan daripada Y.B. Zulkifli Noordin di dalam blognya di [SINI].

Saya membuat rumusan daripada beberapa perkara penting dalam blog beliau :-

1) Pada pagi 16 September 2008, Y.B. Zul dipanggil J'kuasa Disiplin PKR untuk 'facts finding mission' sebagai langkah awal kepada prosiding disiplin terhadap saya.. Saya dimaklumkan JKD akan merujuk perkara ini kepada Biro Politik setelah selesai 'fact finding missionnya'. Biro Politik akan menentukan tindakan selanjutnya.

2) JKD tadi terdiri dari 3 ahli panel iaitu Tuan Syed Hussin Ali (Timb. Pres), Tuan Din Marican dan YB Hee.

3) Y. B. Zul nyatakan dengan jelas bahawa beliau mewakili pertubuhan Peguam Pembela Islam (PPI) dan bukannya PKR semasa mengetuai himpunan aman tersebut.

4) Y.B. Zul akui mungkin beliau ada terkasar bahasa dengan seorang hadirin iaitu peguam Latheefa Koya semasa di luar bangunan. Namun beliau nyatakan itu adalah kerana tindakan Latheefa Koya yang jelas provokatif terhadap Himpunan aman pagi itu. Namun kalau itu adalah satu kesalahan, Y.B. Zul bersedia memohon maaf.

5) Y.B. Zul mengulangi pendirian dan prinsip beliau bahawa 'for me, Islam come first, the rest are second'.

6) Akhirnya, Y.B. Zul akan menunaikan umrah pada 18 Ramadhan/ 18 Sep ini.

AR: Saya berpendapat bahawa, isu berkenaan perselisihan pemahaman agama ini perlulah dibincangkan secara tertutup oleh wakil-wakil Agama yang betul-betul paham dengan agama dan ianya perlu diselesaikan dengan rundingan. Pihak Bar Council sepatutnya membatalkan program tersebut setelah dibantah sebelum itu. Rundingan perlu dilakukan.... Diharap, selepas ini, isu yang sensitif seperti ini di bincang secara menyeluruh oleh pakar-pakar....... Kepada Y.B. Zul, syabas di atas tindakan anda.... dan lakukan yang terbaik untuk kepentingan bersama.....

UMNO Sudah Karam.... Lompat Jangan Tak Lompat!!!!



UMNO yang sudah karam menunggu masa untuk tenggelam sepenuhnya... Jadi, kepada penumpang-penumpang yang sedang berada dalam keseronokan lagi tuh, cepat-cepatlah sedar, kerana anda tidak akan disedarkan oleh Kapten Kapal bahawa kapal UMNO sudah sedikit tenggelam, namun anda masih dihiburkan dengan habuan-habuan duniawi.

Jadi, Cepat-cepatlah lompat di anak-anak kapal penyelamat yang sedang disediakan oleh PAS dan PKR...... cepat!!!!!

Dolah Sedang Menyorok!!!



Berikutan daripada saat-saat genting si Dolah yang semakin hari semakin suram dengan kekuasaannya, strategi demi strategi digunakan si Dolah dalam memelihara kuasanya seumpama Malaysia ini hak milik nenek dan moyangnya.....

Sekiranya seorang ahli politik berfikir, langkah genting ini memang memerlukan Dolah ini menyorok daripada berjumpa, bertemu, bertembung atau bertentangan mata dengan Anwar bagi memelihara kuasanya walaupun seluruh rakyat Malaysia dan juga ahli parlimennya sudah tidak hingin melihat kelibat wajahnya sebagai seorang Perdana Menteri di Malaysia.

Namun, Dolah dan sekutunya UMNO semakin berteka-teki, siapakan gerangan mereka yang dikatakan Anwar yang ingin berhijrah atau melompat ke Kem Pakatan Rakyat...... Namun, tidak mustahil sekiranya dikatakan Ahli-ahli parlimen tersebut adalah orang yang selalu menyokong kuat terhadap Barisan Nasional dan UMNO, namun semuanya strategi peribadi untuk menjaga karier politik masing-masing.

Dolah dengan pilunya cuba menyorok daripada kelibat makhluk bernama Anwar Ibrahim kerana tidak mahu menerima kenyataan mimpi ngeri yang patut Dolah dan UMNO harungi kerana kehilangan kuasa yang selama ini dipergunakan seboleh-bolehnya untuk mengaut kekayaan dan juga untuk menjatuhkan hukuman berbentuk fitnah terhadap sesiapa yang mereka tidak suka!!!

Apa-apa pun, Dolah tetap tidak mahu meninggalkan Mahligai Perdana Menteri yang dirasainya milik beliau bersama jin nya dan juga menantu kesayangan beliau, budak hingusan, si khairy jamaluddin.

Walau apa pun yang terjadi, Dolah sepatutnya kena terima hakikat, beliau sudah tidak diperlukan lagi dan seharusnya pencen daripada jawatan Perdana Menteri......

Akhir kata, jumpalah Dolah, selesaikan segala kekusutan yang melanda jiwa dan sanubari ko...... Jangan biarkan kerana ko, rakyat merana kerana masalah ekonomi Malaysia semakin menjunam jatuh!!!!

Letak Jawatan Adalah Cara Yang Terbaik, Dolah!!!!!

Tukar Tiub: MUHYIDDIN TAK PERCAYA ANWAR CUKUP YB

Tukar Tiub: MUHYIDDIN TAK PERCAYA ANWAR CUKUP YB

Muhyiddin Yassin telah memberi pandangan agar Abdullah Badawi tidak bertemu dengan Pakatan Rakyat.

Menurut Muhyiddin , Anwar Ibrahim tidak memiliki sokongan yang cukup untuk menubuhkan kerajaan Pakatan Rakyat.

Bagaimana Muhyiddin tahu Anwar tidak memiliki jumlah YB yang cukup masih satu tanda tanya.

Pemerhati politik dalam dan luar negara menganggap kenyataan terbaru dari bekas Menteri Besar Johor ini adalah sebagai ‘ubat pelembut’ agar dia tidak ‘dibalon’ dalam mesyuarat Majlis Tertinggi United Malays National Organisation yang akan diadakan pada 18hb ini.

Blog Stats