Sumbangan ~ Tolong Klik.... Thanks.
Sunday, September 21, 2008
Y. B. Fairus Lancar Blog
Satu majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan kepada 150 fakir miskin di seluruh kawasan Pulau Pinang telah di jalankan bersama Lajnah Ekonomi PAS Pulau Pinang. Program ini turut dihadiri oleh YB Hamdan selaku ADUN Permatang Pasir. YB Fairus turut menyampaikan sumbangan serta melancarkan Laman Blog ini selepas sahaja majlis berbuka dan solat maghrib. Seramai lebih dari 300 jemputan telah hadir dan memeriahkan lagi program ini.
- Y.B. Fairus
AR: Pelancaran pada tarikh 20 September 2008, tahniah Y.B., walaupun blog Y.B. tidaklah se"grand" blog2 pemimpin2 UMNO, janji jimat dan masih boleh berhubung terus dengan pembaca, Puak2 UMNO, blog mereka semuanya canggih manggih, tapi, satu blog tuh, tak tahulah berapa ribu atau puluh ribu dibayar!!! Tahniah Y.B., Y.B. memang sempoi!!!!
Makanan Si Miskin Dikatakan Makanan Anjing? - 'Terbalik'kan gambar Teresa Kok !!!!
Sejak 2 hari lalu, 'terasa' benor hati teman ! Terguris, terhiris dan tersinis. Pada mula hati teman gembira sangat-sangat. Iyer ler, teman pun numpang ngikut kenkawan bloggers lain menjerit dan menampei banner 'Mansuhkan ISA !' dan pembebasan 3 makhluk yang ditahan baru-baru ini. Teman ikhlas.
Membaca posting bakaq baru-baru ini menambah sebak dalam dada teman,
(..) makanan yang diberi kepada beliau seperti makanan anjing (lihat juga berita Malaysiakini "Kok tells of her seven days under ISA" dan "Dijamu 'seperti makanan anjing"). Saya pun tertanya-tanya, menatang apa tu? Teresa lalu menceritakan beliau diberikan nasi, telur rebus dan sepotong dua timun. Saya lalu teringat makanan yang diberikan ketika saya berada dalam lokap dahulu. Barangkali lebih sedikit dari tujuh lapan jemput nasi, ikan temenung (ikan kembung) separuh busuk yang digoreng (kat kampung saya dipanggil ikan medak) dan dua potong timun yang tua bangka dan sudah bersarang. Saya tak kisah sangat. Saya makan ja. Masa kecil-kecil dahulu, setelah pak kembali ke pangkuan Kekasihnya (s.w.t.) dan pendapatan mak pula teramat ciput, lebih kurang itulah makanan kami sekeluarga.."
Hati teman berkata, tak patut benor si 'teres' itu nyebut 'makanan anjing'. Patut ker yop! Takrif si 'teres' tentang hidangan anjing ini ialah 2 biji telor rebuih(rebus) berkuah kari gamaknyer !
Untung bebenorlah anjing-anjing si 'teres', dapat makan telur rebus dan mentimun. Mane ler kita tau kut anjing-anjing nya itu turut dibelikannya rumah teres 2 tingkat. Sah ler engko ni langsung tak pernah hidup susah, gini nak jadi pemimpin ? Org mcm nie bila bercakap kita bole hidu mulutnya yg berbau dari jauh lagi walaupun suara belum keluar ! Lu punya mulut manyak busukk maa !
Padan sangat muka kau !, kononnya pembela rakyat miskin, rakyat tertindas. Dia tak tau itulah makanan rakyat miskin. Apa rakyat miskin ni umpama ANJING ke. Pembela rakyat konon. Boleh Blah! - ini yang teman jumpa komen separuh keras dalam posting bakaq. Yang lagi keras bior ler kome pergi godek cari kat sana.
Bila teringat cakapnyer Siak Mail, aku jadi lagi sedih ! Sebenornya itulah makanan deme anak beranak,bila putus duit cuma bezanya lauk si 'teres' tu lebih lazat jika dibandingkan dengan telor rebus dengan kicap masin sebotoi RM1.20, yang jadi santapan mereka di rumah. Udah ler masin caiyor(cair) pulak tu ! Untung kau 'teres' dapat juga merasa 'kuah kari'.
Teman percaya sungguh, rata-rata orang melayu di kampung, memang itu ler hidangan mereka yang sering dijadikan alas perut anak bini, 'makanan anjing' lebih-lebih lagi sekarang di zaman rakyatnya kena 'rebus' kerana kenaikan harga barang dan kos sara hidup.
Elok benor ler bagi teman si 'teres' ni masuk lokap dan di tahan dulu, sekurangnya kita tahu juga betapa 'hancing' mulutnya bila dah keluar. Jangan harap lepaih ni hang nak dapat undi dari 'rakyat' marhaen yang makan 'makanan anjing', 'teres' oi! Jangan harap ! hang memang 'busuk' !
Teman pun marah sebenornya. Untuk memuaskan hati teman, teman pun cuba bertanya kepada jiran depan rumah teman, tentu ler dia seorang 'cina' tapi bukan ahli politik 'teres' macam teres tu, tapi seorang taukeh hypermarket paling besor di pusat bandar ni ! Dah nama pun jiran, tentu ler mesra labunnyer ! lebih-lebih lagi bila teman udah jualkan unit kedai teman yang teman beli dulu kepada dia, yang sekarang value hartanah itu udah mencanak RM500 ribu ! seronok sakan ler dia, tak sampai 3 tahun udah macam gitu nilai nyer, apa nak buat bukan rezeki teman, walaupun teman cuma dapat jual RM 355 ribu ajer, dah tolak hutang di bank ader ler 70% bersih tunai yang dapat, syukur Alhamdulillah ! Rezeki Allah bisik teman masa tu, yelah teman beli dulu baru RM185 ribu, tak rezeki namanyer ? kena tahu bersyukur.
Hallo ! waah..! tauke manyak rajin kasi makan itu 'jackie' aa! Lagi itu jackie sudah banyak besaq ! sapa teman dari pintu pagar rumah teman bila nengok dia tengah kalut bagi makan anjing peliharaannya. 3 ekor yop! NUTRIEDGE ! Itu yang teman nampak pek makanan si 'jackie' . Wow ! packaging makanan anjing ni lagi dasat jika nak banding dengan packaging kuih 'bahulu' kepunyaan makcik Hasnah, taukeh bahulu tersohor di Parit Buntaq ni! Untung kau jadi anjing! dapat makan makanan mahal !
Hari-hari mau kena bagi makan ini brand kaa taukeh ? soal teman. 1 minggu mau kasi kurang-kurang 4 kali makan maa. Ini anjing aa! ada kasi makan telor rebus kuah kari sama itu timun kaa taukeh! teman bertanya walaupun teman rasa soklan teman tu macam soklan bodoh jer! Tak kisahlah ! taukeh Tan bangun dan pandang muka teman. Mana boleh bagi anjing makan telor dengan timun maa! thieu na seng ! mana ada olang kasi ? Lagi itu kari manyak pedas loo ! Hang ada nampak ka, anjing ada makan itu makanan ? Itu olang makan loo ! Gua pun suka itu telor rebus, manyak syiookk..tenga masak punya, taruh sikit kicap, haiyaa..susah mau cakap ! Teman gelak kuat bila taukeh Tan ni pun suka makan makanan macam itu. Hahaha..
Sebelum teman beredar, taukeh Tan boleh tanya pada teman, samada mau jual lagi kaa 1 lot kedai yang teman miliki di pusat bandar ni dan siap bagi pesan kalau mau jual jangan kasi lain olang. Cit! binawe punya taukeh Tan, tak patut betul ! kata hati teman. Kalau teman jual hilanglah side income teman tiap bulan, teman tau la dia sudah dapat 'cium' teman kasi sewa lot kedai teman tinggi, 4 ribu sebulan kepada 1 cina Penang. Teman jawab sambil sengih separuh masak, kalau taukeh mau, 1 juta ada berani ?? Lu gilaa kaaa ! hahahaa..teman ketawa !
Balik citer 'makanan anjing'. Memang betul cakap orang dulu,"Untung jadi Cina di Malaysia ni." Kalau orang Melayu kena, takda siapa pun ambil peduli. Pakcik Mahfuz pun pernah kata baju dia bau macam ikan kering bila masuk dalam lokap. Tak siapa peduli. Tahanan ISA kononnya kerana keganasan, pun orang Melayu sikit-sikit yang sibuk. Masa tak dapat jumpa anak dia sebelum menghembuskan nafas terakhir pun, takde orang Cina sibuk. Memang Melayu suka menolong. Yang masih belum orang Melayu tolong adalah nasib yang menimpa Saiyidina Ali di pagi 19 Ramadhan dan nasib Saiyidina Husain di petang 10 Muharram.
Teman minta sangat si 'teres' ni - mohon maaf atas keceluparan mulut busuknyer itu kepada semua orang miskin di Malaysia. Jangan la samakan makanan itu sama dengan 'makanan anjing'. Sesungguhnya teman cukup terasa ! Bagi memprotes cakap si 'teres bermulut busuk' mulai hari ini teman akan 'terbalik'kan gambar si 'teres' ini di blog teman, sehingga dia memohon maaf ! Teman berjanji selepas permohonan maafnya dibuat, teman akan betulkan semula foto itu semula. Lawan tetap Lawan ! Jangan sampai makanan orang miskin dihina-hina !
Llllagggi Hott : Kerajaan Bincang Turun Harga Minyak Rabu Ini
JOHOR BAHARU: Kerajaan dijangka akan membincangkan rancangan untuk menurunkan harga runcit minyak sebelum perayaan Aidilfitri pada mesyuarat kabinet Rabu ini.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Abdul Samad berkata beliau akan membawa rancangan penurunan harga itu pada mesyuarat kabinet berkenaan untuk diputuskan jemaah menteri.
"Insya-allah, saya perlu bawa rancangan penurunan harga minyak ke kabinet Rabu ini kerana Rabu ini adalah mesyuarat terakhir kabinet sebelum kita berhari raya. Kita akan bincang bila tarikh penurunan dan kadar penurunan yang sesuai," katanya.
Shahrir yang juga anggota Parlimen Johor Baharu berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada keluarga miskin, ibu tunggal dan anak yatim kawasan Flet Sri Stulang, di sini hari ini.
Beliau berkata kerajaan perlu meneliti tarikh penurunan harga minyak kerana penurunan harga dikhuatiri menyebabkan kekurangan bekalan pada musim perayaan ini.
"Kita kena buat penyesuaian kerana kita khuatir segelintir pengusaha stesen minyak tidak mahu mendapatkan bekalan daripada pembekal sekiranya mereka tahu harga akan turun," katanya.
Pada 23 Ogos lepas harga petrol dikurangkan sebanyak 15 sen kepada RM2.55 seliter daripada RM2.70. BERNAMA
- mSTAR
AR : Wei shahrr.... cakap ko nih kurang boleh pakailah, sebab ko dah banyak kali dah bagi kenyataan, tapi di flip flop oleh Dolah Badawi!!! Ko nih betul2 buat kerja ke idak nih???? Atau, Selasa nih ada Parlimen Tergempar, Rabu tuh Anwar jadi Perdana Menteri, ko pun lompat.... hak tuh aku percayalah turun!!! kehkehkeh...
Syed Hamid: ISA masih perlu
Bercakap kepada pemberita selepas majlisberbuka puasa di ibu pejabat kontinjen Polis Johor di sini malam ini, beliau berkata kerajaan akan sentiasa mengkaji sebarang pindaan undang-undang selaras dengan tuntutan perubahan keadaan dan masa.
Tetapi sebelum ini berlaku, rakyat mesti mencintai negara dengan menjamin keamanan dan keselamatan.
"Kita mahu bina sebuah negara yang (rakyatnya) memahami tanggungjawab terhadap satu sama lain, yang faham sensitiviti masingmasing," kata beliau.
Bagaimanapun, hingga sekarang masih ada orang yang memainkan isu perkauman dan sensitif yang boleh mencetuskan emosi dan akhirnya ketidaktenteraman awam. Syed Hamid ditanya mengenai gesaan Menteri Luar Datuk Seri Dr Rais Yatim dan Majlis Peguam agar ISA dikaji semula dengan teliti atau dihapuskan sama sekali.
Beliau berkata kerajaan berpendapat ISA masih perlu bagi menjamin keamanan dan keselamatan dan kerajaan tidak bercadang menghapuskannya.
Turut hadir di majlis itu ialah Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dan Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Sharif. BERNAMA
- mSTAR
AR: wei Albarrrr, ko cakap senanglah..... sebab ko dan keluarga ko tak pernah rasa kezaliman undang2 ciptaan geng2 ko, si alif, min, nun, wau = sarkis!!!, nanti ko krepot, ko ingat baliklah dosa ko tuh!!! kalau ikut perlembagaan pun, ISA tuh untuk KOMUNIS lah!!! bangang betoi!!! Geram aku.
Blogger Kickdefella : Saya Keluar UMNO!!!
Walaupun saya bekerja dengan kerajaan PAS negeri hampir setahun setengah tetapi saya masih ahli Umno. Hari ini (20 Sept. 2008) saya nak umum penarikan diri saya sebagai ahli Umno. Saya nak ucapkan ribuan terima kasih kepada bekas perdana menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad kerana ambil berat mengenai kes saya ini.” (Gambar: Ihsan mSTAR Online)
Hottt!!! : Penyanyi Negarakuku dipanggil
MUAR: Pencipta dan penyanyi lagu kontroversi, Negarakuku, Namewee atau nama sebenarnya, Wee Meng Chee, akan dipanggil memberi keterangan di Bukit Aman, Selasa ini dipercayai berhubung siasatan penyiaran klip video lagu rap itu di laman web YouTube, Ogos tahun lalu.
Meng Chee, 25, pulang ke tanah air akhir bulan lalu selepas menamatkan pengajian di Universiti Ming Chuan, Taiwan dan baru selesai menyiapkan dokumentari mengenai warga Malaysia yang tinggal di Hong Kong, Macau, China, Laos, Vietnam, Kemboja serta Thailand.
Bapa Meng Chee, Wee An See, 50, ketika dihubungi mengesahkan beliau menerima panggilan telefon daripada Bukit Aman, 11 September lalu, yang meminta anaknya hadir ke ibu pejabat polis itu pada 23 September ini.
"Polis hanya memberitahu supaya anak saya datang ke Bukit Aman pada 23 September ini dan tidak memberitahu mengenai kes apa, tetapi saya tahu ia mesti berkaitan dengan kes lagu dulu," katanya.
- Berita Harian
AR: MP Barisan Nasional baru nih mintak tolong kat Taiwan melalui namewee nih ke??? hahahahaha. Sebab nak nampak adil aje sebenarnya, sebab Shaih kena masuk lokap, takkan Namewee tak kena kut? tapi, Namewee nih di settle oleh pemimpin MIC yang ada skandal seks dulu kan? sebab tuh, tak gopoh sangat BN nih... geng depa!!! Skandal seks pun ok aje... sebab apa tak ada tindakan disiplin langsung pada pemimpin skandal seks nih? hahahaha, mesti pemimpin2 UMNO pun takut kena balas dendam!!!
MUFTI PERLIS : Jangan Salahgunakan Agama Untuk Kepentingan
Islam adalah matlamat yang dituju, bukan alat yang dipergunakan. Malangnya dalam masyarakat hari ini, banyak keadaan menunjukkan Islam itu tidak lebih daripada alat yang dipergunakan. Islam dipergunakan untuk keuntungan peribadi, perniagaan, politik dan lain-lain. Islam diperlakukan oleh sesetengah pihak bagai pelaris jualan.
Atau Islam dibuat bagaikan saluran media untuk mengiklan barang. Islam ditampal dalam aktiviti kehidupan sesetengah pihak bukan kerana kecintaan kepada Islam, tetapi kerana itu boleh mempengaruhi orang ramai. Ini samalah dengan seorang tuan kedai yang menggantungkan ayat-ayat al-Quran di dinding kedainya untuk menarik perhatian pelanggan semata.
Padahal dia tidak pun berpegang kepada isi kandungan ayat yang digantung. Islam yang menuntut agar bersih dan jujur dalam perniagaan, tidak pun dilakukannya. Bahkan lebih teruk lagi, mungkin dia tidak bersolat, berpuasa dan perkara-perkara asas yang lain sebagai seorang muslim.
Namun dinding kedainya dipenuhi ayat al-Quran. Maka ayat al-Quran itu bukan pegangan hidupnya, tetapi alat yang dipergunakan untuk kepentingan dirinya. Bukan sedikit orang yang seperti tuan kedai itu dalam masyarakat kita. Mungkin bidang kepentingan dan caranya berbeza-beza, tetapi perbuatan mengeksploitasikan agama itu adalah sama.
Ustaz Produk
Saya amat tidak bersetuju apabila produk-produk yang melantik penceramah-penceramah agama sebagai duta produk mereka. Maka para penceramah ini akan berceramah ke sana sini menggunakan nas-nas agama itu dan ini untuk dikaitkan dengan produk yang dia didutakan.
Jadilah agama mainan ‘golongan peniaga’ dalam mempengaruhi orang awam. Hadis-hadis yang entah daripada mana asalnya, atau yang tidak sahih dikeluarkan untuk melariskan produk. Orang awam yang jahil akan terpengaruh.
Kadang-kala nas yang digunakan itu benar, tetapi dieksploitasikan. Umpamanya al-Quran memang menyebut tentang kelebihan madu seperti firman Allah:
(maksudnya)
“Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: “Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia. Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah peraturan Tuhanmu yang dimudahkannya kepadamu”. (dengan itu) akan keluarlah daripada perutnya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda bagi orang-orang yang mahu berfikir. (Surah al-Nahl: ayat 68-69).
Ayat ini adalah umum, tidak dikaitkan dengan mana-mana produk tertentu. Maka janganlah digunakannya untuk dikhususkan kepada syarikat tertentu, padahal sudah ribuan tahun manusia meminum madu dan menikmati manfaatnya, sebelum syarikat-syarikat hari ini wujud.
Namun, apabila lidah penceramah agama berkempen untuk produk tertentu, maka jelaslah bahawa dia telah mengeksploitasikan agama untuk memajukan poketnya, bukan mendaulatkan agamanya. Jika dia ingin berkempen orang ramai meminum madu, silakan. Ayat tadi pun berkempen untuk itu. Tetapi hendaklah secara umum, bukan berkepentingan.
Daerah dakwah itu hendaklah menjadi daerah yang bersih dari kepentingan peribadi. Masalahnya, apabila masyarakat kita ada ramai penceramah yang bermodalkan agama, kurang pula yang menjadikan agama adalah matlamat dalam dakwah, maka beginilah jadinya.
Sebab itu barangkali, Nabi s.a.w membersih masjid dari sebarang perniagaan, seperti sabda baginda s.a.w:
“Jika kamu melihat seseorang menjual atau membeli di masjid, maka katakanlah: Allah tidak akan menguntungkan perniagaanmu.” (Riwayat al-Tirmizi, disahihkan oleh al-Albani).
Lelong Pahala
Seperti biasa, apabila datang bulan puasa, atau ada kematian, akan ada pihak membuat duit dengan mendakwa mereka boleh menghasilkan pahala berbayar yang akan ekspot kepada si mati ke alam barzakh. Ini dengan cara membayar wang kepada mereka yang berzikir atau membaca al-Quran yang dipanggil ‘tahlil’ khas yang berbayar.
Maka ramailah ‘tekong’ yang melimpah luah wang pada bulan puasa ini hasil daripada tempahan pahala orang ramai yang hendak dihantar kepada kaum keluarga mereka yang telah meninggal. Pahala yang ditempah itu, kelihatannya lebih laris dari kueh dan baju raya.
Seperti mana orang kaya pada hari raya akan lebih mewah dengan kueh dan baju yang tempah, barangkali hari ini ada yang menganggap mereka juga akan begitu mewah di akhirat dengan pahala-pahala yang dibayar dan dihantar ke akhirat untuk digunakan di sana bagi mendapatkan syurga. (GAMBAR ADALAH HIASAN SEMATA-MATA)
Maka, barangkali ramailah yang akan menganggap nanti bahawa mereka tidak perlu banyak amalan untuk masuk syurga, tetapi perlu banyak duit kerena pahala boleh dibeli di dunia dan dikirim ke sana. Sehingga yang terbaru pahala itu boleh ditempah secara online.
Malangnya, oleh kerana yang berniaga pahala ini terdiri daripada kalangan golongan agama, maka banyaklah pula nas-nas yang dieksploitasikan untuk memastikan perniagaan pahala itu berjalan lancar. Digunakan kenyataan ulama dahulu dan sekarang sehingga orang ramai yang jahil tidak dapat membezakan antara maksud sebenar para ulama itu dan ‘bisnes’ mereka pada hari ini.
Ya, memang terdapat perbezaan pendapat tentang sampai ataupun tidak bacaan pahala kepada si mati. Namun, pihak yang menyatakan sampai tidak pernah membenarkan ‘menjual pahala’ kepada si mati dengan bayaran seperti yang dibuat pada hari ini.
Di sini saya petik apa yang disebut dalam kitab akidah yang terkenal dan dianggap rujukan penting kesarjanaan Islam iaitu Syarh al-Tahawiyyah oleh Ibn Abi al-Izz al-Hanafi (meninggal 792H) yang merupakan salah seorang penyokong pendapat yang menyatakan bacaan al-Quran sampai kepada si mati, katanya:
“Ulama berbeza pendapat (mengenai sampai atau tidak kepada si mati) ibadah badaniyyah; seperti puasa, solat, bacaan al-Quran dan zikir.
Pendapat Abu Hanifah dan majoriti salaf ia sampai. Apa yang masyhur dalam Mazhab al-Syafi’i dan Malik tidak sampai” (m.s 458). Seterusnya beliau menyebut:
“Adapun mengupah orang untuk membaca al-Quran dan dihadiahkan kepada si mati, ini tidak pernah dilakukan oleh sesiapa pun di kalangan ulama salaf. Tidak pernah disuruh atau diberi kelonggaran oleh mana-mana sarjana agung dalam agama ini. Tanpa sebarang perbezaan di kalangan ulama; mengupah untuk pahala bacaan adalah tidak dibolehkan. Apa yang mereka berbeza mengenai keharusan upah adalah dalam bab mengajar al-Quran dan yang sepertinya; di mana manfaatnya sampai kepada orang lain. Pahala tidak akan sampai kepada si mati melainkan amalan itu ikhlas kerana Allah. Perbuatan upah itu adalah tidak ikhlas. Maka tiada pahala untuk dihadiahkan kepada si mati. Maka jangan ada yang menyebut bahawa dia menyewa orang untuk berpuasa atau bersolat lalu dihadiahkan pahalanya kepada si mati. Namun, jika dia memberi kepada sesiapa yang membaca al-Quran; mengajar dan belajar sebagai bantuan kepada ahli al-Quran, ini termasuk dalam sedekah, maka harus…jika dia berwasiat agar diberikan bahagian daripada hartanya kepada sesiapa yang membaca al-Quran di kuburnya, maka wasiat itu batil kerana termasuk dalam jenis upah…jika dia menentukan wakaf untuk sesiapa yang membaca al-Quran di kuburnya, maka penentuan itu batil. Namun jika dia membaca al-Quran dan menghadiahkannya secara suka rela tanpa upah, maka ia sampai kepada si mati seperti mana sampainya pahala solat dan haji (m.s. 463-464, tahqiq: Ahmad Syakir, Riyadh: Wizarah al-Syuun al-Islamiyyah).
Inilah pendapat mereka yang bersetuju menyatakan ia sampai, bukan seperti yang diekspoitasikan. Jika nak cari yang sokong ambil upah memang ada, seperti mana ustaz yang kaki hisap rokok tentu menyatakan rokok makruh, walaupun seluruh fatwa antarabangsa; ulama dan para pakar kesihatan menyatakan ia haram.
Kerana Pulus
Lebih penting daripada itu, apa yang ditegaskan oleh insan yang tidak boleh dipertikaikan ucapannya, iaitu Rasulullah s.a.w:
“Bacalah al-Quran dan mintalah daripada Allah (pahala), kerana selepas kamu akan ada kaum yang membaca al-Quran dan meminta (upah) daripada manusia”(Riwayat Ahmad dan al-Tirmizi, dinilai hasan oleh al-Albani).
Namun, pulus punya pasal pahala pun orang sudah jual. Mungkin jika saudagar unta leher panjang Jamal Pak Tongkol dengar, dia akan kata: “jual pahala lebih untung daripada jual unta”.
Di samping di sana terdapat ramai sarjana, termasuk al-Imam al-Syafi’i sendiri yang menganggap bacaan al-Quran tidak sampai pahalanya kepada si mati. Tokoh tafsir al-Quran yang agung, al-Imam Ibn Kathir (meninggal 774H) ketika menafsirkan firman Allah s.w.t dalam Surah al-Najm, ayat 39 (maksudnya):
“Dan sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya”,
beliau menyebut:
“Maksudnya, seperti mana seseorang tidak menanggung dosa orang lain, demikian dia tidak mendapat pahala melainkan apa yang diusahakannya sendiri.”Dari ayat yang mulia ini al-Imam al-Syafi’i dan sesiapa yang mengikutnya membuat kesimpulan bahawa pahala bacaan al-Quran tidak sampai kepada si mati kerana itu bukan amalan dan usaha mereka. Justeru itu, Rasulullah s.a.w tidak pernah menggalak, atau menyuruh atau menunjukkan umatnya kepada perkara tersebut samada secara nas yang jelas, atau isyarat.Tidak pernah diriwayatkan seorang pun dari kalangan sahabah r.ahum yang berbuat demikian. Jika itu sesuatu yang baik, tentu mereka telah pun mendahului kita melakukannya. Bab ibadah khusus hanya terbatas dalam lingkungan nas semata, tidak boleh diubah-ubah dengan berbagai kias dan pandangan. Adapun doa dan sedekah, maka itu disepakati sampai pahala keduanya kepada si mati kerana dinaskan oleh syarak”. (Ibn Kathir, Tafsir al-Quran al-‘Azim, 4/328, Beirut: Muassasah al-Rayyan).
Apa yang saya risaukan, perkara ini akan memberikan gambaran yang salah orang ramai termasuk bukan muslim kepada Islam. Mereka akan menganggap syurga itu boleh dijual beli berdasarkan kekayaan dan upah dari kroni-kroni yang masih hidup. Hilanglah kehebatan nilai perjuangan dan pengorbanan para pejuang Islam yang terkorban dan dikorbankan dalam memperolehi syurga, jika pahala ke syurga itu boleh dibayar atau ditempah.
Azan
Mesej saya adalah jangan ekspoitasikan Islam untuk keuntungan. Dalam banyak hal Islam itu menjadi kabur disebabkan oleh penganutnya sendiri. Kita memang marah jika ada orang Islam atau bukan Islam yang menentang laungan azan.
Azan adalah syiar kepada Islam dan masyarakatnya. Namun, bacaan-bacaan selain azan yang dipasang dengan kuat sehingga mengganggu penduduk sekitar, tidak pernah disuruh oleh Islam. Bahkan jika ia dilaungkan seperti azan, kuat kedengaran di menara masjid, maka itu menyanggahi Islam. Ini termasuk bacaan al-Quran, selawat dan apa-apa zikir sekali pun.
Bacaan itu baik, tetapi bukan sampai mengeliru dan mengganggu orang lain. Saya pernah mendapat aduan seorang ibu yang tinggal berdekatan masjid bahawa bayinya yang kecil sering tidak dapat tidur disebabkan masjid berkenaan memasang bacaan-bacaan yang panjang dan berbagai sebelum waktu solat. Saya beritahu dia, itu bukan ajaran Islam.
Al-Imam al-Hafizd Ibn Jauzi (meninggal 597H) pernah mengkritik hal ini, katanya:
“Antara tipu daya Iblis ialah mereka yang mencampur adukkan azan dengan peringatan, tasbih dan nasihat. Mereka jadikan azan di antaranya lalu bercampur aduk. Para ulama membenci segala yang ditambah kepada azan. Banyak kita lihat orang yang bangun waktu malam lalu memberikan peringatan dan nasihat atas menara azan. Di kalangan mereka ada yang membaca al-Quran dengan suara yang tinggi lalu menghalang tidur orang ramai dan mengganggu bacaan orang yang bertahajjud. Kesemuanya itu adalah perkara-perkara munkar”. ( Ibn Jauzi, Talbis Iblis, 159, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).
Lebih buruk jika yang dikuatkan itu ceramah-ceramah yang bersifat ‘permusuhan’ lalu dipaksa orang tidak mahu hadir mendengar dari tempikan pembesar suara.
Sebab itu bagi saya, jika orang bukan Islam membantah azan, itu satu kebiadapan yang patut diambil tindakan. Namun, jika mereka membantah perkara-perkara lain yang disalahgunakan atas nama masjid dan Islam, kita patut semak terlebih dahulu sebelum bertindak. Jangan gunakan isu agama dalam perkara yang tidak benar.
Begitu juga parti-parti politik, jangan jadikan agama sebagai ‘penghalal’ kepada tindakan. Ramai orang politik yang bertindak terlebih dahulu, lalu cari dalil agama untuk menjustifikasikannya. Bukan cari dalil agama dulu, baru bertindak.
Maka agama dalam keadaan seperti ini sering menjadi mangsa. Bak kata Kata Dr. Salah al-Khalidi:
“Sesungguhnya sebahagian manusia telah tersalah dalam hubungan mereka dengan al-Quran. Mereka memasuki alam al-Quran (menghayati al-Quran) yang luas dengan cara yang tidak betul… ada pula yang mengambil al-Quran dengan niat serta latarbelakang tertentu, juga tujuan yang hendak diperolehinya maka dia menyelewengkan jalannya, memutar belitkannya, memaksa-maksa dalil dan nas serta memayah-mayahkan ulasan untuk dijadikan alasan bagi dirinya..” (Salah ‘Abd al-Fattah al-Khalidi, Mafatih li al-Ta`amul ma`a al-Quran, m.s 90, Jordan: Dar al-Manar).
AR: Kenyataan Dr Asri ini banyak kebenarannya, cuma saya juga ingin bertanya Dr Asri berkenaan perkara pertama iaitu Ustaz Produk.... Sekiranya Ustaz-ustaz digunakan untuk melariskan produk politik dengan jenama Islam Hadhari macam mana? Berkenaan kenyataan Dr Asri yang kedua berkenaan dengan Lelong Pahala.... saya setuju juga dengan pendapat Dr Asri, akan tetapi, ianya perlu diberi penerangan yang jelas, tidak semestinya diharamkan, cuma penjelasan, sama juga bacaan Yasin di malam jumaat, tidak salah, cuma kena beri penjelasan, ianya tidak wajib untuk baca Yasin pada malam jumaat. Pada kenyataan Dr Asri yang terakhir, saya harap benar, Dr Asri berbincang dan duduk semeja dengan semua ulama' sama ada daripada PAS atau daripada UMNO dan di kalangan Mufti-mufti termasuk Mufti Wilayah Persekutuan. Perlu perbahasan menyeluruh kerana takut disalah tafsirkan, Bacaan Al-Qur'an itu boleh menenangkan jiwa dan bukannya boleh menganggu jiwa.....
Ahmadinejad Cabar Obama dan McCain Debat Terbuka di AS
Salah satu ciri negara beradab dan demokrasi adalah menyelesaikan persoalan dengan musyawarah, meskipun harus beradu hujah dan bukan dengan kekerasan. Inilah yang ingin ditunjukkan Presiden Iran, Mahmud Ahmadinejad terhadap pimpinan negara AS, negara yang cenderung memilih jalan 'kekerasan' dan memusuhi Iran.
Untuk itu, ia menentang calon-calon presiden AS, Barack Obama dan John McCain untuk melakukan debat terbuka selama kunjungannya ke New York.
Jambatan Kedua Penang : UEM Builders Belum Putuskan
TASEK GELUGOR 20 Sept. - Kerajaan masih belum menerima keputusan daripada UEM Builders Bhd. mengenai tawaran kontrak pembinaan struktur utama Jambatan Kedua Pulau Pinang.
Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, terserah kepada syarikat berkenaan sama ada ingin menerima atau tidak tawaran tersebut.
Katanya, Unit Perancangan Ekonomi (EPU) telah menawarkan kontrak kepada UEM Builders untuk membina sebahagian jambatan itu dan syarikat tersebut sedia menimbangkannya.
''Terpulang kepada UEM untuk terima (tawaran) atau tidak, kita tidak paksa pun, kalau syarikat itu tengok harga elok, boleh terima," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Sijil Amal Jariah dan Sumbangan Hari Raya Aidilfitri tajaan SME Bank serta Yayasan Kebajikan Masyarakat di sini hari ini.
- Utusan
AR: Banyak ajer alasan, target siap tahun 2010 nih..... tapi, takperlah, tunggu PAKATAN RAKYAT ambil alih Kerajaan Persekutuan, baru buat!!! Dolah Badawi dah habiskan duit negara dulu untuk bayar ganti rugi kerana pembatalan Jambatan Bengkok dulu!!!!
21 September 2008 ~ Apa Akan Berlaku Ya?
Diberitakan semalam oleh Ahli Parlimen PAS bagi Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa pada kenyataannya di [SINI], Pakatan Rakyat telah mengutuskan surat kepada Agong dalam beberapa hari yang lalu berkenaan peralihan kuasa persekutuan daripada kerajaan UMNO/BN kepada Pakatan Rakyat yang diketuai Anwar Ibrahim.
Sekiranya, Agong memberi pekenan kepada Anwar Ibrahim bagi menunjukkan list mereka yang menyokong PAKATAN RAKYAT iaitu telah melebihi bilangan 111 daripada 222 kerusi parlimen.... Maka, Agong boleh menasihatkan Dolah Badawi melakukan satu sidang parlimen tergempar atau sidang parlimen pada 13 oktober ini dengan membawa 'USUL UNDI TIDAK PERCAYA' kepada Dolah Badawi sebagai Perdana Menteri...
Apa yang pasti, hari ini, walaupun hari ahad, hari cutilah katakan.... kejutan terus menyelubungi PASCA 916 ini.
Sekian, terima kasih.
- Anak Reformasi.
BPA mahu jumpa Teresa mengenai isu makanan
penahanannya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Balai Polis Jalan Travers di sini.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri T. Murugiah berkata beliau bersama beberapa pegawai dan kakitangan BPA akan menemui Kok bagi mendapatkan maklumat.
"Jikalau benar Teresa (Kok) tidak mendapat makanan sesuai sepanjang lapan hari ditahan, beliau bolehlah mengemukakan aduan rasmi kepada kami," katanya.
Menurut Bernama, beliau memberitahu pemberita demikian selepas merasmikan pertandingan bola sepak antara pelajar-pelajar Sekolah Tamil Wilayah Persekutuan dan Selangor di ibunegara hari ini.
Semalam Kok yang juga anggota exco kerajaan negeri Selangor mendakwabahawa beliau hanya diberi makan dua biji telur rebus, timun dan kuah dua kali sehari iaitu bagi makan tengah hari dan makan malam.
Murugiah yang bertanggungjawab terhadap BPA berkata seseorang yang ditahan di bawah ISA sepatutnya mendapat layanan yang baik daripada pihak polis.
Beliau berkata pihaknya juga akan melawat ke Balai Polis Jalan Travers untuk menyiasat dakwaan Kok itu.
- Malaysiakini
Dolah Badawi Hanya Ada 2 Pilihan
Pada peringkat klimaks inilah tatkala Dolah badawi menolak 2 permintaan yang telah diajukan oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Anwar Ibrahim, Pakatan Rakyat cuba mencari jalan terakhir iaitu memohon perkenan daripada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Sultan Mizan untuk meluluskan permohonan diadakan Sidang Parlimen Tergempar bagi menentukan kedudukan Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri.
Mungkin esok atau lusa, perkembangan baik akan berlaku terhadap situasi pasca tragedi 916 ini dalam menentukan hala tuju Malaysia yang lebih baik. Namun begitu, Dolah Badawi tetap dalam keadaan yang boleh dikatakan kritikal bersama anak dan menantu serta kroni2nya dalam UMNO. Dolah Badawi lupa sebentar hari itu, bukan beliau yang mempunyai kuasa 'veto' sepenuhnya di Malaysia ini, tetapi Majlis Raja-raja Melayu!!!
Detik demi detik berlalu kini diumpamakan satu tekanan terhadap Dolah badawi sehingga beliau mempunyai 2 pilihan sahaja untuk masa depan beliau....
1) Meneruskan Kekuasaan UMNO Dan Tidak Melayan Desakan Pakatan Rakyat.
Dalam kes pertama ini, Dolah Badawi kemungkinan akan menyerahkan takhta Perdana Menteri kepada penggantinya, Najib Mongolia. Namun, pilihan yang ada pada Dolah Badawi ini masih memihak kepada mengekalkan kedudukannya sebagai Perdana Menteri sehingga tahun 2010 dan memberi ganjaran kepada semua ahli-ahli parlimen di dalam Parti Barisan Nasional di samping memancing ahli-ahli parlimen dalam Pakatan Rakyat.
Namun, ianya tidak semudah yang Dolah Badawi sangkakan, tidak semua manusia di dalam dunia ini sepertimu Dolah Badawi, hanya gelap dengan wang ringgit dan kuasa!!! Apa yang kebanyakan manusia cari adalah kebahagiaan hidup!!! Dan sememangnya wang dan kuasa tidak semestinya menjadi satu kebahagiaan hidup kepada orang yang baik!
2) Bersedia Untuk Peralihan Kuasa Kepada Pakatan Rakyat
Disebabkan tekanan dan cubaan daripada Pakatan Rakyat dalam usaha mengambil alih teraju pemerintahan di Malaysia semakin jelas lagi nyata dan ianya memang sudah lama dihidu oleh Dolah Badai ini..... Dolah Badawi berusaha melarikan Ahli-ahli parlimen Barisan Nasional demi menggagalkan usaha Pakatan Rakyat dan pelbagai strategi dilakukan, namun, apa yang pasti, Sampai Bila??? Sampai Bila harus diperlakukan sedemikian rupa??? Sampai bila Dolah Badawi tidak boleh tidur lena di semua tempat, apatah lagi nak terlena di mesyuarat???
Tapi, Dolah Badawi mungkin lupa pepatah orang-orang tua nih....
"Sepandai-pandai Tupai Melompat, Akhirnya Jatuh Ke Tanah Jua!!!"
KESIMPULAN
Walaupun kedua-dua pilihan ini dipilih Dolah Badawi, apa yang pasti kedua-duanya saling memerangkapi beliau.... Begitulah nasib seorang perompak dan sepatutnya digelar penjenayah, sentiasa tiada nur kebahagiaan hidup walaupun harta berbillion-billion ringgit. Kesalahan sering menghantui hidup mereka..... Nak melompat masuk bersama kem Anwar pun segan.... akhirnya si tupai ini akan jatuh ke tanah jua!!!
- Anak Reformasi
Susulan 2 permintaan ditolak PM, Pakatan timbang langkah temui Agong
oleh NURUL AIN MOHD HUSSAIN
PETALING JAYA: Selepas dua permintaan Datuk Seri Anwar Ibrahim ditolak Perdana Menteri minggu ini, kini pemimipin tertinggi Pakatan Rakyat mempertimbangkan langkah susulan termasuk menemui Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dalam usaha mengambil alih kerajaan persekutuan.
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Sivarasah Rasiah berkata, Pakatan Rakyat sedang membincangkan beberapa langkah susulan untuk membincangkan usaha mempercepatkan proses peralihan kuasa secara aman.
Menurut beliau, langkah tersebut terpaksa diambil setelah Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menolak usul untuk mengadakan satu sidang Parlimen tergempar bagi melaksanakan usul undi tidak percaya ke atasnya pada 23 September ini.
Pada Isnin lalu Anwar mengemukakan permintaan untuk mengadakan pertemuan dengan Abdullah tetapi ia juga telah ditolak.
“Pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat sedang membincangkan langkah seterusnya sebelum menemui Agong,” katanya.
Ditanya bila pemimpin Pakatan Rakyat akan menemui Yang di-Pertuan Agong untuk menunjukkan nama ahli Parlimen yang cukup untuk membentuk kerajaan, Sivarasah berkata:
“Maaf saya tidak boleh mengulas mengenainya. Tunggu Datuk Seri Anwar umumkannya dalam masa terdekat.”
Dalam pada itu, Pengarah Strategi PKR, Saifuddin Nasution ketika mStar Online berkata, pihaknya sedang memperkemaskan beberapa aspek dalam pelan mereka.
Kata beliau, langkah tersebut merangkumi pelbagai aspek termasuk usaha berhubung dengan semua pihak.
Bagaimanapun beliau enggan mendedahkan butiran lanjut.
- mSTAR
MT bincang percepat pelan 2010, keputusan diserah Pak Lah-Najib
Oleh G. MANIMARAN
ABDULLAH Ahmad Badawi dan Mohd. Najib Tun Razak pada sidang media khas Rabu lalu selepas menghadiri mesyuarat Kabinet di Putrajaya. Abdullah mengumumkan pertukaran portfolio pertahanan dan kewangan sebagai sebahagian daripada proses penyerahan kuasa daripada Perdana Menteri kepada timbalannya itu pada Jun 2010. Kedua-dua pemimpin juga komited dengan tempoh peralihan kuasa seperti yang ditetapkan sebelum ini, dan untuk pemilihan UMNO pada Disember ini, Abdullah akan mempertahankan jawatan Presiden Umno dan Najib sebagai Timbalan Presiden parti. -- fotoBERNAMA
(Dikemas kini) PETALING JAYA Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang mengumumkan pelan peralihan kuasa lebih dua bulan yang lalu, kini berhadapan dengan tekanan semakin meningkat agar mempercepatkan pelan peralihan kuasa.
Gesaan supaya beliau berbuat demikian telah dikemukakan pada mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno di ibu negara, kelmarin.
mStar Online difahamkan sebahagian anggota MT mahu Abdullah menyerahkan kepimpinan parti dan kerajaan sebelum persidangan bahagian Umno bulan depan, yang akan bermula 9 Oktober.
Gesaan itu diberikan empat hari selepas Abdullah dan Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak mengulangi komitmen mereka untuk menjayakan pelan peralihan kuasa Jun 2010.
Pada Rabu lalu, Abdullah juga ada menekankan kemungkinan pelan peralihan itu akan dipercepatkan.
Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib ketika dihubungi mStar Onlinesebentar tadi berkata, memang ada pandangan supaya pelan peralihan kuasa dipercepatkan, tetapi tiada keputusan agar dilaksanakan sekarang.
"Keputusan yang dicapai cuma pelan peralihan 2010 dikekalkan, tetapi sebarang perubahan, sama ada hendak dipercepatkan, ia terserah kepada Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri... ini keputusan yang dibuat.
"Memang ada banyak pandangan, macam-macam pandangan diberikan, (Tan Sri) Muhyiddin punya pandangan ada dan lain-lain pun memberikan pandangan, itu cuma pandangan tetapi bukan keputusan... macam juga di tempat anda, editor-editor memberikan pandangan tapi itu bukan keputusan, keputusan dibuat oleh ketua pengarang," kata beliau yang juga anggota Kabinet dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor.
Laporan The Starhari ini menyebut Naib Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Ketua Wanita Umno, Tan Sri Rafidah Aziz dan anggota MT, Datuk Seri Shafie Apdal telah melahirkan pandangan adalah tidak baik bagi parti jika Abdullah kekal sebagai Presiden parti selepas Perhimpunan Agung Umno Disember ini.
Turut memberikan pandangan agar pelan berkenaan dipercepatkan ialah Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang akan bertanding jawatan Naib Presiden Disember ini.
Bagaimanapun hanya Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Tan Sri Annuar Musa, yang turut bercakap mengenai isu berkenaan, mengkritik mereka yang meminta Abdullah berundur segera.
Apabila lebih ramai anggota MT mula memberikan pandangan, Najib mencelah dan berkata, mereka yang bercakap telah pun menyatakan pendirian masing-masing dan oleh itu, beliau dan Abdullah akan membincangkan isu berkenaan secara mendalam sesama mereka - secara peribadi - kemudian.
Pada Disember ini, Umno akan mengadakan pemilihan bagi jawatan-jawatan tertinggi - Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden dan kerusi MT.
Abdullah sebelum ini telah pun menyatakan bahawa beliau akan mempertahankan jawatan Presiden parti dan akan menyerahkan kedudukannya kepada Najib pada Jun 2010.
Bulan depan persidangan bahagian akan berlangsung, turut menyaksikan proses pencalonan bagi jawatan-jawatan tertinggi pusat.
Dengan perkembangan semasa Abdullah dikatakan tidak akan memperoleh pencalonan yang secukupnya untuk mempertahankan kedudukan beliau.
Soal itu turut dibangkitkan dalam mesyuarat MT kelmarin.
Rafidah dikatakan telah memaklumkan Abdullah bahawa berdasarkan maklumat yang diterima Presiden parti itu tidak akan menerima pencalonan minimum daripada 58 bahagian bagi mempertahankan kedudukannya.
Kelmarin selepas mempengerusikan mesyuarat MT, Abdullah berkata, sebarang keputusan berkaitan kedudukannya sebagai Presiden Umno dan juga peralihan kuasa akan dibuat oleh beliau sendiri.
Abdullah yang juga Perdana Menteri berkata, sebarang perubahan kepada pelan peralihan kuasa itu akan beliau bincangkan dengan Najib.
"Sebab mesyuarat (bahagian) belum bermula lagi dan apa-apa yang perlu saya laksanakan, dan apaapa tindakan yang akan saya buat sekali lagi ke, apa ke, itu terserah kepada sayalah.
"Saya akan cakap dengan (Timbalan Perdana Menteri) Datuk Seri Najib, tak payah ulang-ulanglah," kata beliaun dipetik Bernama.
Di sebalik senario semasa itu, Najib yang juga Menteri Kewangan berkuat kuasa Rabu lalu menjelaskan, beliau menangguhkan lawatannya selama dua hari ke Arab Saudi yang sepatutnya bermula semalam disebabkan beliau perlu menyusun semula jadualnya bagi membolehkannya memulakan tugas sebagai Menteri Kewangan Isnin ini.
Bagaimanapun Timbalan Perdana Menteri berkata, penangguhan itu tidak ada kena-mengena dengan senario politik dalam negara.
Tekanan ke atas kepimpinan semasa meningkat selepas keputusan pilihan raya kecil Permatang Pauh bulan lepas.
Laporan The Star yang memetik anggota MT, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata, Abdullah telah mendapatkan pandangan-pandangan yang diberikan dan meminta masa diberikan bagi membincangkan isu berkenaan dengan Najib.
"Beliau sedar tentang hasrat ahli-ahli akar umbi dan beliau mengatakan kesediaan untuk fleksibel dalam isu ini.
"Saya tidak lihat ada keperluan untuk bercakap mengenai keperluan mengenakan tekanan ke atas beliau. Biarkan beliau membuat keputusan," katanya. Abdullah dan Najib telah pun mengadakan pertemuan dua kali iaitu pada Sabtu dan Isnin lalu berkaitan isu berkenaan, dan keluar dengan kenyataan bahawa komited untuk merealisasikan pelan berkenaan.
Kemudian isu berkenaan dibangkitkan semula dalam mesyuarat MT kelmarin.
- mSTAR
Mukhriz mahu Pak Lah undur secara terhormat sebelum 9 Okt
Oleh G. MANIMARAN
PETALING JAYA: Datuk Mukhriz Mahathir, antara mereka yang awal dan telah banyak kali menggesa Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi melepaskan jawatannya ekoran prestasi pilihan raya umum Mac lalu berkata, Presiden parti itu perlu "berundur secara terhormat dengan segera" sebelum 9 Oktober ini.
Ahli Parlimen Jerlun itu berkata, Abdullah perlu menerima hakikat yang ahli-ahli akar umbi Umno mahu perubahan dan justeru, wajar memutuskan untuk menyerahkan kepimpinan kepada Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak agar perjalanan persidangan bahagian bulan depan tidak terganggu.
Kata Mukhriz, oleh kerana anggota-anggota Majlis Tertinggi (MT) parti sudah menyampaikan pandangan, kini "keputusan di tangan beliau" untuk menentukannya.
"Tidak lagi perlu menunggu untuk membuat keputusan... kita berharap Pak Lah sedar dan terima tentang hakikat dan membuat keputusan yang diminta dan kehendak ahli," katanya.
Tambah beliau, perbincangan dalam mesyuarat MT Umno kelmarin membuktikan pandangan yang diberikan oleh beliau sejak enam bulan lalu sudah mula diterima oleh akar umbi dan anggota-anggota MT.
"Oleh kerana beliau (Abdullah) sudah mendapat maklum balas yang sama, saya berharap Presiden parti akan melepaskan kedudukan beliau dengan segera.
"Saya sangat berharap Pak Lah (Abdullah) sudah memahami akan kehendak akar umbi, menyerahkan kuasa," katanya ketika dihubungi mStar Online hari ini.
Mukhriz mengulangi kemungkinan, jika Abdullah, yang juga Perdana Menteri tidak mengambil keputusan yang diharapkan ramai itu, tidak mustahil akan ada pihak yang mencabar beliau ataupun tidak mendapat pencalonan mencukupi untuk mempertahankan kedudukannya Disember ini.
Beliau yang telah menawarkan diri untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda Umno menyatakan demikian ketika diminta mengulas laporan The Star hari ini bahawa Abdullah kini berhadapan dengan tekanan yang semakin meningkat agar melepaskan jawatan Presiden Umno dan Perdana Menteri.
Perkara itu telah ditekankan oleh sebahagian anggota MT pada mesyuarat majlis itu kelmarin.
Ia terus menjadi isu perbincangan MT meskipun Isnin dan Rabu lalu Abdullah dan Najib telah mengulangi komitmen mereka untuk merealisasikan pelan peralihan kuasa Jun 2010.
Ketika ditanya sama ada perlu ada usaha susulan meminta Abdullah, yang menjadi Presiden Umno dan Perdana Menteri sejak Oktober 2003 memikirkan semula pelaksanaan pelan peralihan kuasa itu, Mukhriz memberitahu, pelbagai pihak telah memberikan pandangan masing-masing kepada beliau.
Oleh itu, katanya, tidak perlu ada tindakan susulan kecuali Abdullah sendiri yang memutuskan untuk berundur segera sebelum 9 Oktober ini.
- mSTAR
AR : Adakah anda yakin sekiranya Dolah Badawi nih letak jawatan pada 9 Oktober 2008, UMNO masih boleh menyekat Ahli Parlimen yang ingin melompat??? Dolah takkan berundurlah...... Kalau Dolah berundur pun, InsyaALLAH, Najib akan menjadi Ketua Pembangkang....
Menelusuri Sejarah Yahudi dan Negara Haram Israel
Tafsir Al-Qur'an menunjukkan bahwa Ibrahim AS tinggal di daerah Palestine yang dikenali sekarang sebagai Al-Khalil (Hebron) dan beliau tinggal di sana bersama Nabi Luth (QS, 21:69-71).
Anak nabi Ibrahim adalah nabi Ismail dan nabi Ishak kemudian anak nabi Ishak adalah nabi Yaakub, kemudian dari keturunan 12 anak nabi Yaakub inilah yang dikenali sebagai 12 suku Israel.
Anak bongsu nabi Yaakub AS adalah nabi Yusuf AS, yang terkenal dalam sejarah, setelah ditinggalkan di dalam telaga di padang pasir oleh abang-abangnya, akhirnya menjadi kepala bendahara negeri Mesir.
Kemudian ayahnya, nabi Yaakub, serta abang-abangnya mengikut nabi Yusuf AS ke Mesir dan hidup damai di sana sampai suatu hari Firaun yang berkuasa memperbudakkan (menjadikan hamba) keturunan mereka yang dikenal dengan bani Israel.
Kerana kekejaman Firaun yang tak terkira terhadap bani Israel, Allah SWT telah mengirim nabi Musa AS masa itu, dan memerintahkannya untuk membawa bani Israel keluar dari Mesir.
Musa AS dan kaumnya meninggalkan Mesir, dengan pertolongan mukjizat Allah, sekitar tahun 1250 SM.
Mereka tinggal di Semenanjung Sinai dan timur Kanaan (Palestine), dalam Al-Qur'an, nabi Musa memerintahkan Bani Israel untuk memasuki Kanaan, (Qur'an, 5:21).
Setelah nabi Musa AS wafat, bangsa Israel tetap tinggal di Kanaan. Menurut ahli sejarah, nabi Daud AS menjadi raja Israel dan membangun sebuah kerajaan berpengaruh.
Selama pemerintahan anaknya nabi Sulaiman, batas-batas Israel diperluas dari Sungai Nil di Selatan hingga sungai Eufrat di negara Siria sekarang di utara.
Ini adalah sebuah masa gemilang bagi kerajaan Israel dalam banyak bidang, terutama senibina. Di Baitul Maqdis (Jerusalem), nabi Sulaiman membangun sebuah istana dan biara yang luar biasa.
Setelah wafatnya nabi Sulaiman, Allah SWT mengutus ramai lagi nabi kepada Bani Israel meskipun dalam banyak hal bani israel tidak mendengar perintah para nabi, membunuh mereka dan mengkhianati Allah.
Setelah kematian nabi Sulaiman, kerajaan bani Israel (yahudi) berpecah, di utara Israel dengan ibukota Samarria dan Di Selatan Juda dengan ibukota Baitul Maqdis (Yerrusalem).
Dengan berlalunya waktu, suku yahudi jatuh di bawah Assyurria dan Babylon atau pergi ke Mesir sebagai pelarian.
Ketika raja Perrsia Kyros tahun 539 SM mengizinkan orang Yahudi kembali dari pelarian mereka, banyak orang Yahudi yang tidak kembali, di sinilah mulainya Diaspora, penyebaran bangsa Yahudi ke seluruh dunia.
Pada tahun 63 SM Juda dan Israel jatuh ke tangan orang Romawi dan tahun 70 SM berjaya menghancurkan pemberontakan Yerusalem dan menghancurkan biara dan Juda.
Awal terbentuknya Israel
Setelah itu orang Yahudi hidup dalam pelarian, sehingga zaman khilafah Othmaniyah barulah orang Yahudi dapat merasakan kehidupan yang damai dengan membayar pajak perlindungan kepada kerajaan Othmaniyah.
Akhir abad ke 19, ditunjangi oleh Jewish Colonization Assocation Baron Hirsch, Yahudi dari Eropah Timur berpindah ke Argentina dan membentuk Kolonialisme pertanian, untuk kembali ke Palestine bermula tahun 1881.
Kronologi penubuhan Israel adalah seperti berikut;
1896 Theodor Herzl Yahudi kelahiran Budapest meengasaskan pembentukan Negara Yahudi moden. Tujuannya untuk menuntut dan membuat negara untuk orang Yahudi di Palestine, disokong oleh wang hasil sumbangan dari seluruh orang Yahudi di dunia. Herzl ini juga dikenal pendiri zionisme, yang juga tidak disetujui oleh orang Yahudinya sendiri.
1914 Di Palestine tinggal 1200 orang Yahudi. Setelah kekalahan khilafah Othmaniyah dalam perang dunia pertama, Palestine menjadi bola permainan para penjajah dan para Zionis ada di sisi British dan Amerika.
1917 Tanggal 2 November menteri luar British Lord Balfour menandatangani Deklarasi Balfour untuk membangun negara yahudi. Sebulan kemudian masuklah tentera British ke Baitul Maqdis (Jerusalem).
1920 Gabungan Negara-negara menyerahkan mandat Palestine kepada British. Akibatnya datanglah 75.000 lagi orang Yahudi ke Palestine. Negara-negara Arab tidak menyetujui didirikannya negara Yahudi di Palestine.
1922 Transjordania dipisahkan dari daerah mandat. Sebagai perwakilan orang Yahudi dibuatlah Jewish Agency. Di tahun itu lebih kurang 80.000 orang Yahudi tinggal di Palestine
1933 Di Jerman berlaku penghapusan etnik Yahudi secara sistematik oleh Rejim Hitler.
1936 Masyarakat Arab menentang politik masuknya orang Yahudi ke Palestine tapi orang Yahudi dibantu oleh tentera Inggeris.
(Gambar Atas kanan - Peta Palestine tahun 1946 sebelum peristiwa Nakba )
1937 Sesudah pemerintah Mandat membatasi imigrasi dan pembelian tanah oleh orang Yahudi, timbullah ketegangan yang dilakukan oleh organisasi bawah tanah Yahudi terhadap orang Inggeris.
1939 Pendidikan sebuah brigade Yahudi untuk memasukkan orang Yahudi ke Palestine
1945 Suruhanjaya Inggeris Amerika menganjurkan penerimaan 100,000 orang Yahudi di Palestine, tapi kemudian ditolak oleh Inggeris sehingga menyebabkan rusuhan di antara Yahudi - Palestine.
1947 UNO menganjurkan pemisahan Palestina dan pembentukan negara Yahudi dan Arab. Perang antara Yahudi dan Arab menghindarkan dilanjutkannya rencana itu.
1948 Inggris mengakhiri Mandatnya atas Palestine dan pada 14 Mei meninggalkan Palestine. Tentera Yahudi memasuki Palestine dan mengusir orang Palestine yang didukung oleh negara-negara Arab. Di hari yang sama Ben Gurion mengisytiharkan kemerdekaan Israel di kota yang dibentuk mereka, Tel Aviv, sehingga kemudian menyebabkan perang hari pertama Timur Tengah.
1949 Setelah perang, Israel memenangi peperangan dan bangsa-bangsa bersatu mengakui Israel sebagai sebuah negara.
(Gambar kiri - Peta pembahagian Palestine oleh PBB pada 1947 - Palestine berwarna Hijau)
Bagi memahami persoalan Palestin secara yang lebih mendalam, boleh Menelusuri Sejarah Baitul Maqdis
First Qibla - Bait-al-Maqdis (Al-Aqsa):
AT THE HEART OF JERUSALEM is the Al-Aqsa mosque or Al-Haram Ash-Shareef (The Noble Sanctuary). It is the third most sacred mosque in the world (after Masjid al-Haram in Makkah and Masjid Nabawi in Medinah), enclosing over 35 acres of fountains, gardens, buildings and domes. At its southernmost end is al-Aqsa Mosques, which was built by Khalifa Omar Bin Al-Kattab in the year 19 Hijri. At its center is the celebrated Dome of the Rock. The entire area is regarded as Baitul-Maqdis or Al-Qudus and comprises nearly one sixth of the walled city of Jerusalem. In the picture on the left, the following are identified:
-->Bertanda Hijau - Masjid al-Qubbatus-Sakhra (The Dome of the Rock)
-->Bertanda Merah - Masjid al-Aqsa (The Farthest Mosque)
-->Bertanda Biru Muda - Al Madrasa An-Nahawiah
-->Bertanda Biru - Al Musalla Al-Marwani
Gambar Bawah - Propaganda Israel - Kuil yang akan menggantikan al-Aqsa
Nota : Artikel dan Rencana ini adalah sempena Ceramah Nuzul Quran Isu Palestine yang diadakan di Masjid rhusila semalam 18 September yang turut disertai oleh Bekas Imam Masjid Al-Aqsa Dr. Sheikh Mahmud Siyam.
- Buletin Online
Kapal UMNO Yang Karam....
Akan tetapi, tok det masih berhasrat untuk masuk semula ke dalam UMNO bagi menyelamatkan UMNO..... hahahahaks, nak selamatkan UMNO atau nak selamatkan diri daripada tuduhan yang menimbun-nimbun?? Walau apa jua tawaran Tok Det untuk masuk semula ke dalam UMNO.. apa yang pasti Kapal UMNO ala-ala Titanic nih akan karam...
Walaupun Tok Det telah melompat keluar daripada Kapal UMNO dan masuk ke sampan penyelamat BEBAS... namun tak mungkin Kapal UMNO yang mungkin Tok Det masuk semula tidak akan karam kerana insiden Kapal UMNO tidak lagi mampu diselamatkan!!!!