Sumbangan ~ Tolong Klik.... Thanks.

Sunday, September 21, 2008

Susulan 2 permintaan ditolak PM, Pakatan timbang langkah temui Agong


oleh NURUL AIN MOHD HUSSAIN

PETALING JAYA: Selepas dua permintaan Datuk Seri Anwar Ibrahim ditolak Perdana Menteri minggu ini, kini pemimipin tertinggi Pakatan Rakyat mempertimbangkan langkah susulan termasuk menemui Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dalam usaha mengambil alih kerajaan persekutuan.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Sivarasah Rasiah berkata, Pakatan Rakyat sedang membincangkan beberapa langkah susulan untuk membincangkan usaha mempercepatkan proses peralihan kuasa secara aman.

Menurut beliau, langkah tersebut terpaksa diambil setelah Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menolak usul untuk mengadakan satu sidang Parlimen tergempar bagi melaksanakan usul undi tidak percaya ke atasnya pada 23 September ini.

Pada Isnin lalu Anwar mengemukakan permintaan untuk mengadakan pertemuan dengan Abdullah tetapi ia juga telah ditolak.

“Pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat sedang membincangkan langkah seterusnya sebelum menemui Agong,” katanya.

Ditanya bila pemimpin Pakatan Rakyat akan menemui Yang di-Pertuan Agong untuk menunjukkan nama ahli Parlimen yang cukup untuk membentuk kerajaan, Sivarasah berkata:

“Maaf saya tidak boleh mengulas mengenainya. Tunggu Datuk Seri Anwar umumkannya dalam masa terdekat.”

Dalam pada itu, Pengarah Strategi PKR, Saifuddin Nasution ketika mStar Online berkata, pihaknya sedang memperkemaskan beberapa aspek dalam pelan mereka.

Kata beliau, langkah tersebut merangkumi pelbagai aspek termasuk usaha berhubung dengan semua pihak.

Bagaimanapun beliau enggan mendedahkan butiran lanjut.

- mSTAR

0 comments:

Post a Comment

Blog Stats