Sumbangan ~ Tolong Klik.... Thanks.

Tuesday, December 23, 2008

Mahfuz Menang Lawan Utusan - Dapat Bayaran RM120,000

Malaysiakini : Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengarahkan Utusan Melayu Bhd dan bekas ketua pengarangnya membayar RM120,000 kepada ahli parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar dalam kes saman fitnah yang difailkan oleh pemimpin PAS tersebut.

Mahfuz, selaku plaintif, menfailkan saman itu pada 2001 dengan menamakan ketua pengarang kumpulan akhbar berpengaruh Utusan Malaysia (ketika itu) dan penerbitnya sebagai defendan-defendan.

Dalam pernyataan tuntutannya, plaintif mendakwa defendan pertama telah dengan sengaja dan niat jahat membenarkan penerbitan dan percetakan kata-kata yang mengandungi unsur fitnah terhadap plaintif yang disiarkan dalam akhbar Mingguan Malaysia pada 3 Mac 2001.
Plaintif mendakwa penerbitan perkataan-perkataan itu menyebabkan dia menanggung malu dan menjejaskan kredibiliti di kalangan masyarakat.

Plaintif menuntut ganti rugi am, ganti rugi teladan, ganti rugi melampau dan mengarahkan defendan meminta maaf serta menarik balik tuduhan fitnah terhadapnya.

Defendan-defendan dalam pernyataan pembelaannya yang difailkan pada Mac 2002 pula menyatakan artikel "Demonstrasi Mahfuz isytihar bersama Keadilan" yang disiarkan itu adalah benar dari segi kandungan dan fakta dan menafikan bahawa ia bersifat fitnah.

Wan Farid Tewas Sebelum Bertanding



Rizal : Wan Farid akan ditentang atau dengan lain perkataan tradisi Peteh UMNO Peteh kini sudah bermula sebelum hari penamaan calon. Wan Ahmad Farid adik kepada Wan Hisham Dato' Wan Salleh akan dipeteh hebat dan akan ditamatkan riwayat politiknya bukan oleh Pas tetapi oleh penyokong UMNO/BN sendiri .

Ini adalah kerana:

1. Penyokong UMNO masih lagi marah dan terasa hati angkara sikap Wan Farid yang langsung tidak membantu semasa PRU12 baru-baru ini. Sama seperti Dato' Man Bakar yang telah pun dihukum penyokong dalam pemilihan baru-baru ini.

2. Penyokong Senator Nordiana juga berdendam kesumat dengan Wan Farid yang dipercayai dalang atau penyebab kepada tamatnya jawatan senator Nordiana.

3. Wan Farid bakal berhadapan dengan penyokong bekas ketua lamanya Roslan Haji Awang Chik yang sedang sabar menunggu permainan untuk peteh Wan Farid nanti.

4.Team Dato' Che Mat Jusoh juga sedang menunggu wisel permainan untuk peteh Wan Farid kerana menaja Mohd Sabri Alwi da;l;am pertandingan jawatan dalam Umno Bahagian Kuala Terengganu.

5. Peringkat tertinggi dan proses pemutihan pimpinan Ahmad Said hanya menunggu masa sahaja untuk putihkan Terengganu daripada anasir Idris Jusoh sebagaimana berlakunya nasib malang terhadap Wan hisham abangnya yang berkubur di Ladang.

6. Mohad Sabri Alwi tidak terpilih untuk menjadi calon DUN dan P36 dan melihat dirinya lebih berpengaruh daripada Wan Farid kini sedang mengatur langkah untuk membantu menamatkan jangkahayat politik Wan Farid sebelum wisel permainan bermula.

Tradisi "Peteh UMNO Peteh" kini bermula.

Isu hudud kukuhkan PAS hadapi 17 Januari

Muta Ligat : Isu hudud tercetus lagi. Media perkakas Barisan Nasional dengan segera cuba mengambil kesempatan dari kenyataan Dato' Husam Musa di majlis forum di Kota Bharu 21 Disember lalu.
Banyak pihak temasuk dari kalangan penyokong PAS kelihatan panik. Ramai beranggapan isu ini akan memalapkan PAS dalam menghadapi pilihanraya kecil Kuala Terengganu bulan depan.

Saya berpendapat kemunculan isu ini merupakan bonus besar kepada PAS. Kini PAS menjadi fokus. Sekali lagi semua mata tertumpu untuk mengenali parti ini dari dekat. Ada yang datang dengan wajah garang dan mata yang berapi untuk marahkan parti itu. Tidak kurang berduyun-duyun akan menampilkan pembelaan.

Benarkah PAS tiba-tiba jadi parti jahat, tidak toleran dan harus dijauhi oleh orang lain semata-mata janji untuk laksanakan hudud jika ditakdirkan berkuasa mentadbir negara ini.
PAS diasaskan oleh mereka yang mahukan kebaikan dan sentiasa berusaha menolak segala bentuk kejahatan dan penyelewengan. Realiti semasa menunjukkan para pendokong PAS dari ahli biasa hingga pimpinan tertingginya adalah daripada orang yang baik-baik. Mereka taati perintah Allah sekadar termampu dan sentiasa berjuang menolak kejahatan dan kemungkaran.
Dengan tercetus isu seperti ini sekali lagi sesiapa saja boleh menghampiri orang-orang PAS. Dengan perkenalan rapat mereka tentu akan bertemu untuk memahami perbezaan PAS dengan penentangnya. Sesiapa pun yang tidak keliru tentu akan lebih yakin dengan PAS yang berjuang untuk kebaikan sejagat berbanding para penentangnya yang bergelumang segala macam durjana dan penyelewengan.

Hudud merupakan salah satu arahan tetap agama Islam seperti sembahyang, puasa, zakat, haji dan lain-lain. Ia bukan ideologi atau manifesto PAS tetapi kewajipan setiap muslim bila mereka berkuasa untuk melaksankannya. Malangnya ada pihak yang cuba mengelirukan keadaan dengan sangkaan mereka dapat beroleh keuntungan politik dengan melabel hudud adalah agenda PAS. Sebagai muslim yang taat PAS tidak akan ragu untuk terus berbuat segala yang telah diperintah.

Yakinlah bahawa mereka yang cuba mempermainkan-mainkan perintah Allah akan menghadapi akibat yang buruk. PAS harus bersyukur dengan kemunculan isu ini menjelang pilihanraya di Terengganu kerana dengan perbicangan meluas akan jelaslah kepada pengundi siapa yang berusaha membela mereka dengan kebaikan dan siapa pula yang sebenarnya mempermain-mainkan agama untuk kepentingan politik sempit.

Anak menteri mungkin menyorok

Sumber : Lagi Berita

SABAK BERNAM - Anak seorang menteri yang didakwa mengugut seorang pelajar sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di sebuah restoran di Seksyen 9, Shah Alam, Khamis lalu dipercayai menyembunyikan diri.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya sedang mengesan dan mencari anak kenamaan itu bagi diambil keterangan berhubung dakwaan pelajar berkenaan.

"Kita menerima laporan berhubung dakwaan pelajar terbabit yang kononnya dia diugut seorang anak menteri yang dikatakan datang bersama seorang polis bantuan yang lengkap membawa senjata ke restoran tersebut

"Tetapi setakat ini kita belum mendapat keterangan daripada anak menteri itu dan kita percaya mungkin dia sedang menyorok atau sedang bersembunyi," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Sabak Bernam di sini semalam.

Khalid berkata demikian bagi mengulas dakwaan Mohd. Radzi Razali, 21, yang mendakwa dia diugut anak lelaki kepada seorang menteri di sebuah restoran.

Insiden tersebut bermula setelah tiga rakan pelajar tersebut diikatakan bertengkar dengan seorang lelaki yang dipercayai rakan kepada anak menteri itu.

* Menteri apa ya?

Nik Aziz: Hudud bukan dibawa oleh PAS...

Malaysiakini : Husam: Lambat lagi laksana hudud

PEMUDA BESUT : PAS mengakui pelaksanaan undang-undang hudud dan qisas yang menjadi asas perjuangan terpaksa ditangguhkan walaupun jika Pakatan Rakyat menguasai Malaysia kerana ia memerlukan persetujuan PKR dan DAP.

husam musa bangsar 080408 leftNaib presidennya Datuk Husam Musa berkata parti-parti dalam gabungan pembangkang telah menandatangani perjanjian pada Ogos lalu bahawa sebarang perubahan dasar perlu dibuat dengan persetujuan ketiga-tiga parti tersebut, lapor Bernama.

"PAS tidak akan mengambil langkah unilateral. Semua perkara akan diambil secara multilateral," katanya di Kota Bharu hari ini.

Dalam satu forum di sini pada Sabtu lepas, beliau berkata PAS akan tetap melaksanakan hudud tetapi pendirian itu dibantah oleh DAP.

"Pasal hudud kita bincang, kalau tidak boleh terima lagi, kita tangguhkan lagi," kata Husam.

Beliau berkata banyak perkara perlu dilakukan untuk menggubal undang-undang hudud itu seperti mengadakan rundingan dengan badan-badan peguam dan mungkin perlu diadakan pungutan suara.


Tuan Guru Nik Aziz bersama Lim Kit Siang di Penamaan Calon Pilihanraya Kecil Permatang Pauh - gambar hiasan

KOTA BAHARU- Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata tiada masalah untuk PAS melaksanakan undang-undang Hudud dan Qisas kerana halangannya hanya terletak pada pemikiran mereka yang kurang memahami undang-undang itu.

Jika hukuman gantung boleh dilaksanakan kepada pengedar dadah maka tidak jadi masalah untuk rakyat menerima hudud yang antara lain menguatkuasakan hukuman bunuh kepada pembunuh dan hukuman potong tangan kepada pencuri, katanya.

"Hudud ini bukan dibawa PAS tetapi dibawa oleh Islam sejak dari zaman Nabi Muhammad lagi, jadi bagi orang Islam yang mentadbir negara adalah wajib bagi mereka melaksanakan hudud," katanya kepada pemberita.

Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata pemimpin PAS seperti beliau hanya mampu menggubal undang-undang Hudud dan Qisas itu tetapi pelaksanaannya akan diadili oleh mahkamah dan hakim berdasarkan bukti dan fakta.

"Jika tidak cukup bukti, hakim tidak akan jatuhkan hukum hudud ke atas pesalah itu. Sama seperti undang-undang yang ada sekarang," katanya.

Ditanya mengenai penerimaan parti komponen Pakatan Rakyat seperti DAP dan PKR, Nik Abdul Aziz berkata PAS sedia berbincang dengan mereka mengenai hukum hudud.

"Jika mereka tidak mahu menerima, mereka perlu ada alasan kenapa tidak boleh menerimanya...Islam memberikan peluang kepada semua untuk berbincang," katanya. - bernama

Thinking of Life : Hukum hudud not Pakatan Rakyat policy

Kontroversi: Filem Histeria Memaparkan Adengan Lesbian, Terbukti Kerajaan UMNO Dan BN Telah Gagal Melaksanakan Konsep Islam Hadhari !!

Pahang Daily Online : Apa sudah jadi dengan Negara Islam Hadhari?. Semakin hari semakin ngeri dengan berbagai aksi yang cukup menyayatkan hati. Apakah kerajaan sudah "buta hati" untuk menilai segala yang terjadi. Dalam pada mereka menerapkan konsep Islam Hadhari itu sendiri, kini rakyat semakin dipesongkan dengan adengan-adengan yang jauh tersasar dari konsep itu saban hari. Sebelum ini kami pernah mendedahkan tentang penghinaan Islam yang dilakukan dalam beberapa buah filem di negara kita seperti Sepet, Dunia Baru The Movie dan banyak lagi. Kini satu lagi adengan yang tidak sepatutnya berlaku telah dipaparkan dalam satu lagi filem yang sedang hangat ditayangkan di pawagam. Filem "Histeria" yang dipercayai telah memaparkan adengan "cium-cium" antara sesama perempuan kini semakin menimbulkan kontroversi. Apa tidaknya, filem itu jelas sekali menggalakkan "unsur Lesbian" kepada generasi muda hari ini. Biarpun sebelum ini kita banyak mendengar masalah gejala sosial yang kian melanda serta merosakkan anak-anak muda. Namun, kerajaan seolah-olah tidak langsung mahu mengambil iniseatif dan mengawal sensitiviti umat Islam di negara ini.

‘Histeria’, adalah filem arus perdana pertama arahan James Lee terbitan Tayangan Unggul Sdn Bhd (TUSB). Ia dikatakan sebuah filem seram yang bersifat lebih universal. James Lee adalah pengarah ‘Indie’ terkenal dengan hasil sentuhan seperti “Beautiful Washing Machine” dan “Before We Fall In Love Again” yang telah memenangi anugerah Filem Cereka Terbaik Asean pada Festival Filem Antarabangsa Bangkok 2005. Pertemuan James Lee dan Gayatri Su-lin Pillai, Pengurus Besar TUSB lima (5) tahun lalu di Festival Pasaran Filem Hong Kong telah menghasilkan Histeria yang berkonsep "rentas budaya". Setelah menjelajah ke Festival Filem Antarabangsa Singapura dan Festival Filem Antarabangsa Bangkok 2008, Histeria telah mendapat banyak kata pujian dari pengkritik pengkritik filem antarabangsa. Dengan kos pembikinan sebanyak RM 1.4 juta, Histeria boleh dikategorikan sebagai sebuah filem seram versi Hollywood yang amat popular di era 80an seperti ‘Evil Dead’ dan ‘Friday 13th’. Filem bercorak sebegini mengandungi banyak elemen seram tetapi ringkas dan mudah difahami. Selain menerapkan “Asian twist” dengan acuan dan unsur mistik Melayu popular; “Hantu Raya”, James turut menggunakan pencahayaan yang kurang bagi memberangsangkan mood filem ini.

Kemunculan Histeria sebagai sebuah filem seram yang diberi sentuhan berbeza dalam konteks lebih segar dengan nafas seram versi Hollywood akan menemui peminat layar perak di 47 buah pawagam seluruh Malaysia bermula 18 Disember 2008 lalu. Selain itu, lagu tema filem Histeria nyanyian Nadia AF6 hasil gubahan Nur Zaidi Abd Rahman kini telah mula berkumandang di stesen stesen radio tempatan. Bagi menghangatkan aktiviti promosi filem Histeria, barisan pelakon seperti Liyana Jasmay, Scha, Ainul Aishah, Talya, Adiputra, Vanida Imran dan lain lain akan menemui peminat melalui beberapa siri jelajah di beberapa negeri terpilih Semenanjung Malaysia. ‘Histeria’ adalah sebuah kisah seram yang berlaku di salah sebuah sekolah terpencil. Enam orang pelajar nakal iaitu Alissa, Tini, Marina, Murni, Junita dan Kerek yang menamakan kumpulan mereka sebagai ‘The Pink Ladies’, berpura-pura terkena histeria hingga terpaksa dipanggil bomoh untuk memulihkan mereka. Namun tindakan mereka itu mengundang masalah lain, apabila mereka berenam dikenakan denda membersihkan kawasan sekolah selama seminggu ketika cuti semester. Kehadiran Zeta untuk memastikan mereka menyelesaikan denda secara tiba-tiba dalam kumpulan tersebut juga menjadi tandatanya. Kejadian demi kejadian yang misteri dan menakutkan dialami oleh mereka semua. Ianya bermula selepas Junita mengambil “sesuatu” yang bukan miliknya. Keadaan bertambah celaru dan mengerikan apabila seorang demi seorang dibunuh secara kejam.

Melihat kepada perjalanan plot ceritanya, nampak filem ini sememangnya ada kekuatannya tersendiri. Namun kami amat terkejut dengan watak lesbian yang dipaparkan dalam cerita itu. Soalnya apakah kerajaan Islam Hadhari sudah "buta mata" untuk melihat senario yang berlaku ini. Kenapa adengan sebegini boleh terlepas oleh Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM)?. Apa yang mereka tapis sebenarnya, atau sengaja ingin mencari populariti. Kami difahamkan, sebelum ini LPFM bukan main lantang mengkritik mana-mana filem yang memaparkan unsur lucah dan berbaur seks. Malahan ahli parlimen BN sendiri bukan main lantang mengkritik filem-filem berkenaan di Dewan Rakyat seperti filem pendek "comolot" yang menimbulkan kontroversi baru-baru ini. Apakah motif adengan Lesbian dipaparkan dalam filem "Histeria" ini. Mungkinkah ini bermakna, kerajaan menggalakkan adengan seperti itu berlaku dikalangan rakyat Malaysia?. Sebenarnya adengan seperti ini lesbian, gay dan sebagainya memang sudah menjadi satu trend baru dalam masyarakat Islam di negara kita. Ini membuktikan bahawa Islam Hadhari telah gagal dan ternyata satu retorik politik semata-mata.

[PDO mengucapkan ribuan terima kasih kepada sahabat yang dikenali sebagai Tok Iskandar atas info ini. Segala maklumat dan kerjasama didahului dengan ucapan ribuan terima kasih yang tidak terhingga. Semoga dengan pendedahan yang dilakukan ini ianya dapat membuka mata dan telinga kerajaan agar lebih peka dengan sensitiviti rakyat Malaysia terutamanya masyarakat Melayu yang beragama Islam. Unsur Lesbian ini sebenarnya memang satu fenomena yang berlaku di mana-mana asrama, kolej dan kediaman yang menempatkan 100% pelajar atau pekerja perempuan di dalammnya. Ia adalah satu bukti jelas bahawa Islam Hadhari gagal untuk membawa apa-apa perubahan dan kesedaran kepada rakyat Malaysia selama ini. Justeru itu kerajaan UMNO dan BN harus menerima konsep Islam yang asal dan tidak mereka cipta Islam Baru yang dinamakan Islam Hadhari untuk merosakkan minda umat Islam].

PRK Kuala Terengganu : Bersama Dengan Juara Akademi Nasyid Malam INI

 PRK036 : Juara Akademi Nasyid TV9, Saudara Azhan Atan, akan menemui peminat beliau di Kuala Terengganu [P036].

Setelah 3 minggu berada di Akademi Nasyid, maka pada Konsert terakhir pada malam 30 Ogos 2008, Undian SMS dan markah dari Juri telah memartabatkan dan menaikkan imej Pejuang Seni Islam Azhan Atan sebagai Juara Akademi Nasyid yang pertama. Syukur Alhamdulillah...


Kini Azhan Atan akan bersama peminat di Pusat Khidmat PAS Batu Buruk, Perkarangan letak Kereta Pasaraya Mydin Kuala Ibai, Kuala Terengganu.

Beliau hadir memenuhi undangan Pemuda Dun Batu Buruk dan Nisa' Negeri Terengganu bagi menjayakan malam kesenian Islam.

Tarikh : 23 Disember 2008-selasa

Masa : 9.00 Malam


Semua dijemput hadir ramai-ramai












Husam : Hukum Hudud Akan Dilaksanakan Setelah Berbincang Dengan PKR dan DAP

Mula2, post nih, aku nak komen dulu.......

AWAT DAP TAKUT SANGAT DENGAN HUDUD??? MACAM HUDUD TUH AKAN KACAU DEPA AJE????

Maybe, sebab perniagaan Kelab Malam, Clubbing, Kasino, Sports TOTO dan lain2 dimonopoli oleh golongan CINA, takut jugak mereka nanti bankrupt sebab, Orang Islam ramai akan INSAF!!!! dan menyebabkan perniagaan yang diHARAMkan oleh Islam yang mereka buat akan musnah dan bankrupt.....

Takper, kami tak kacau agama lain..... kalau Agama lain membolehkan makan babi, kami tak larang...... Makanlah, tapi, kami memang HARAM makan BABI.

aku malas lah nak komen, cuma aku nak Orang Non-Muslim paham...... HUKUM HUDUD nih wajib bagi kami Orang Islam laksanakan, tidak boleh tidak...... KAMI AKAN TERUS BERJUANG DAN BERJUANG dan AKAN KAMI BINCANG...... Sebab, Kami tak ganggu agama lain......

Berita tentang Husam terus menerus keluar...... aku nak share ngan koranglah berita2 nih....


1) BLOG MSO

MSO : Kenapa Husam Ralatkan Jaminannya?

BELUM sampai 36 jam atau kalau tanam kacang belum sempat kulit arinya pecah, Naib Presiden Pas, Husam Musa telah memperbaiki kenyataannya berhubung perlaksanaan hukum hudud yang dibuat ketika berwacana bersama Khairy Jamaluddin dan Abdul Aziz Bari di Balai Islam malam Sabtu lalu.

Semasa respon kepada provokasi Khairy Jamaluddin yang ingin tahu apakah Pas akan laksanakan hudud kalau Pakatan Rakyat menang, Husam menegaskan Pas akan melaksanakan hukum hudud sekiranya Pakatan Rakyat memerintah.

"Iya kita akan laksanakan," begitulah jaminan Husam apabila diasak lebih dua kali oleh Khairy. Kurang diketahui pula MB Kelantan dalam penantian itu sedar atau tidak ketika beliau mengeluarkan kata-kata itu atau tidak.

Tetapi hari ini Husam telah membuat pembetulan ke atas persetujuannya semalam. Katanya perlaksanaan itu akan ditangguhkan dan ia akan dimaklumkan kepada DAP dan Keadilan terlebih dulu.

Kononnya pemberitahuan itu kerana Pakatan Rakyat telah menandatangani dasar Pakatan itu Ogos lalu? Kata Husam pihaknya tidak akan membuat keputusan secara uniteral sebalik akan membuat secara multiultra. Barang kali baik juga kalau isi kandungan perjanjian itu didedahkan kepada umum untuk ketahui apakah semangat dan roh perjanjian itu.

Kenapa Husam nampak gelabah dengan jaminannya malam kelmarin itu? Mungkin dia tahu ia bakal menjadi isu dan polimek dalam Pakatan Rakyat seperti mana yang saya jangkakan sebelum ini. Dugaan ini ternyata benar apabila DAP sudah kelam kabut dengan kenyataan itu sehingga mahu rujuk kepada Pakatan Rakyat, Anwar Ibrahim. Media kroni pula sudah tentu sedang menyusun untuk mengeksploitasikan isu itu di Kuala Terengganu nanti. Justeru pada saya penegasan Husam malam itu kurang berhemah dan memakan diri!

Sebenarnya Husam tidak payah membuat pembetulan atas kenyataan itu. Kenyataan beliau malam tadi mendapat sambutan hangat dan itulah yang diharapkan. Langkah beliau membetulkan kenyataan itu menyebabkan ia akan mengelirukan penyokong Pas dan orang Islam sendiri serta mereka yang rindukan hudud. Pembetulan itu juga menjadikan orang akan pertikaikan pengakuan Husam itu sebagai bersifat politik semata-mata. Dengan kenyataan pembaikian itu Husam melakukan dua kali kesilapan dalam satu masa.

Apa yang beliau tegaskan kelmarin (ketika menegasnya siap dengan mengangkat telunjuk ke langit), sudah tepat dan satu kebenaran yang dibanggakan. Sebagai orang Islam, pemimpin parti Islam sewajarnya agenda melaksanakan hudud itu diletakkan di atas. Segala unsur dan usaha mengenepinya perlu ditentang habis-habisan. Hukum hudud tidak boleh dikorbankan atas masalahat politik atau ia ditangguhkan atas dasar menghromati orang lain.

Saya rasa orang Pas lain juga cukup senang dengan jaminan Husam itu. Golongan ulama yang selama ini berjuang bermati-matian untuk melaksanakan hudud merasakan mereka mendapat semangat baru apabila ia disanggupi sendiri oleh seorang pemimpin bertaraf Naib Presiden yang profesionalime dan dianggap bijak.

Ketika dipersoalkan oleh Khairy, Husam ada menjelaskan Kelantan merayakan hari memperingati hudud setiap tahun. Dengan penuh bangga beliau memaklumkan itu kepada audience. Tetapi sesudah sehari penegasan itu menerawang masuk ke rongga kepala rakan bukan Islam Husam semacam gelabah pula. Kenapa?

Sebagai pemimpin yang meletakkan taqwa sebagai syarat orang untuk menjadi Perdana Menteri, Husam tidak perlu takut sebenarnya. Beliau juga tidak perlu merasa malu dan gerun kalau tidak popular dari kalangan bukan Islam kerana menjadi juara hudud. Bila beliau mengubah dan meralatkan kenyataannya ini menyebabkan orang boleh mengatakan Husam tidak istiqamah dalam iltizamnya.

Sepatutnya ia tidak perlu dibimbangkan Husam, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sudah membela Husam mengenai kenyataannnya tentang hudud itu. Kata Nik Aziz hudud bukan hak Pas tetapi hak Islam. Katanya fungsi atau martabat hudud sama dengan sembahyang, kalau sembahyang wajib boleh buat kenapa hudud yang juga wajib tidak boleh dibuat? Jadi apabila tuan guru sudah memberi isyarat itu nah, teruskan saja.

Tidak patut dan wajar kalau Husam bermain sorong tarik dengan hukum hudud dan qisas ataupun aspirasi Islam lainnya. Beliau juga sesungguhnya tidak perlu bimbang dengan penerimaan bukan Islam mengenai penegasannya itu. Bukankah beliau sendiri mengatakan bahawa kefahaman Islam dari kalangan bukan Islam termasuk DAP dan orang seperti Pengerusi Kelab Penyokong Pas dari kalangan orang Cina itu lebih memahami Islam berbanding dengan Umno atau Khairy Jamaluddin.

Jadi apa yang nak dibimbangkan lagi laksanakan Islam yang menjadi cita-cita dan matlamat perjuangan Pas itu?

Berita berkaitan :
Malaysiakini : Husam: Lambat lagi laksana hudud

Sila lihat rakaman video:
Debat Transformasi Politik Malaysia ( SIRI 1)
Debat Transformasi Politik Malaysia ( SIRI 2)
Debat Transformasi Politik Malaysia ( SIRI 3)
Debat Transformasi Politik Malaysia ( SIRI 4)


2) BLOG LIM KIT SIANG

Husam confirms - hukum hudud is not Pakatan Rakyat policy

PAS Admits Difficulty Getting Consensus On Hudud From Opposition Partners

KOTA BAHARU, Dec 22 (Bernama) — PAS has admitted that the implementation of Hudud and Qisas laws would have to be postponed even if Pakatan Rakyat is able to take over the government in future.

This is because it will require the agreement of its two other Pakatan Rakyat partners, Parti Keadilan Rakyat (PKR) and DAP, which has already objected to the plan.

The admission was made by PAS vice-president Datuk Husam Musa at a press conference, here, today as the three opposition components had signed an agreement in August, stating that any policy change should have a multilateral agreement among them.

Husam said PAS would not act unilaterally in coming up with the Hudud law if the party ruled the country but would instead work together with DAP and PKR on the matter.

“However, PAS will continue with its struggle to implement Hudud law, which is God’s law, by explaining to all quarters, including the Pakatan Rakyat component parties, until they are ready to accept the law.

“We will discuss the Hudud law and if they cannot accept its implementation when the time comes, we will postpone it,” he said.

In Islamic law, Hudud usually refers to the punishments that are fixed for certain offences including theft, robbery, illicit sex, alcohol consumption and apostasy. Punishment for these offences are corporal in nature, involving whipping, stoning to death and amputation of limbs.

Qisas (law of retaliation) refers to offences that involve bodily injury or loss of life. The punishment is death or imprisonment, but compensation in the form of money or property is accepted if the victim’s guardian forgives the offender.

Husam said many things had be done before the Hudud and Qisas laws could be brought to Parliament, including holding a referendum or discussions with the legal bodies.

He said at the same time, several national issues such as racial unity, the New Economic Policy (NEP), corruption and the economy, would also have to be addressed fast.

“The Hudud law is still hypothetical. There are other issues that have to take precedence,” he said.

He cited the NEP which focused on the advancement of the Malays in the field without taking into consideraton the poor among the Indians and Chinese who also needed assistance, hence PAS regarded the NEP as unIslamic.

He said PAS would continue to explain to the people Hudud and Qisas laws to discourage them from committing crime.

Asked how long would the people have to wait for the implementation of the laws, Husam said: “What’s wrong with waiting longer? Umno has not done it after more than 50 years in power.”

Blog Stats