Sumbangan ~ Tolong Klik.... Thanks.

Saturday, October 11, 2008

PAKLAH..... Bapak Demokrasi??? Demokrasi sangat2...

"PM Dolah Bapa Demokasi, mungkin gelaran yang diberi hari ini adalah hadiah kerana jasanya berundur lebih awal pada mac tahun depan, apa tu kata orang 'ambil hati'. Kenapa diberi gelaran bapa demokrasi kenapa tidak diberi 'bapa tidur'. Bukankah bapa demokrasi kononnya ini selalu terlelap di majlis-majlis rasmi.

Kononnya bapa demokrasi, kenapa diberi gelaran bapa demokrasi? kenapa tidak digelar'bapa pembohong'. Bukankah bapa demokrasi kononnya ini selalu bercakap bohong pada rakyat. Memori rakyat diingati sepanjang hayat ketika bapa demokrasi ini mahu gubal parlimen bagi memberi laluan PRU 12 lalu.


Kononnya bapa demokrasi, kenapa diberi gelaran bapa demokrasi? kenapa tidak digelar 'bapa zalim'. Bukankah bapa demokrasi kononnya ini masih menghalalkan cara zalim dengan melaksanakan akta ISA dalam pemerintahanya. Rakyat ditahan tanpa bicara. Ini bukan cara demokrasi. Bapa demokrasi jenis apa ini.

Kononnya bapa demokrasi, kenapa diberi gelaran bapa demokrasi? kenapa tidak digelar 'bapa lembab'. Bukankah bapa demokrasi kononnya ini lembab bertindak dalam menyelesaikan masalah rakyat. Cepat naikkan minyak, lembab bila hendak turunkan minyak. Bekalan gula, tepung dan minyak boleh habis. Lembab bertindak.

Kononnya bapa demokrasi, kenapa diberi gelaran bapa demokrasi? kenapa tidak digelar 'bapa lembik'. Bukankah bapa demokrasi kononnya ini lembik, senang dipijak kepala oleh ahli akar umbi UMNO. Tiba-tiba sahaja peralihan kuasa bulan mac 2009. Lembik sangat.

Kononnya bapa demokrasi, kenapa diberi gelaran bapa demokrasi? kenapa tidak digelar 'bapa hadhari'. Bukankah bapa demokrasi kononnya ini iman hadhari. Dalam islam pegang tangan bukan muhrim adalah haram manakala islam hadhari sebaliknya. Masih ingat bapa demokrasi kononnya ini pernah memegang tangan mitchele yeoh.

- Kereta Buruk

Najib Under Pressure, Again


KUALA LUMPUR, Oct 11 - Raja Petra Kamarudin is behind bars but his campaign to link Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak with the murder of Mongolian model Altantuya Shariibuu intensified today ~ with a startling allegation.

His website, Malaysia Today, carried a report detailing what it alleged was an exchange of text messages between Najib and Shafee Abdullah, the prominent lawyer who represented Abdul Razak Baginda before he was charged with abetting two police officers in the murder of the model.

These SMSes ~ if true ~ raise some questions over the handling of the case and suggest that Najib took a strong interest in the investigation from the beginning.

The SMS exchange, which went on from Nov 8 to Dec 2, 2006, is likely to become great fodder for the Opposition when Parliament sits again on Monday. More so now that Najib is a cusp away from becoming the president of Umno and the prime minister of Malaysia.

In one SMS, Najib allegedly tells the lawyer that Razak Baginda ~ his advisor ~ -will face a tentative charge but all is not lost.-'

Malaysia Today said that this message raises some questions about Najib's role in the case. -Why did he mention "tentative" charge and that "all is not lost" for RB (Razak Baginda)? How would Najib know this before Razak was charged?' These are important questions which will have ramifications, not just on this case but far beyond,- a posting on the website said.

Datuk Seri Anwar Ibrahim and the Opposition have tried to link Najib and his wife, Datin Seri Rosmah Mansor, with the murder since it happened in October 2006.

Najib has furiously denied any involvement with the case, and has even sworn in a mosque that he did not know the woman. His wife has also sought recourse in the courts to clear her name.

Their nemesis has been Raja Petra. He published many reports and commentaries alleging a cover-up in the investigation of the murder. He was detained under the Internal Security Act for allegedly publishing articles which were blasphemous.

- The Malaysian Insider

AR: Itulah, setiap perkara maksiat yang kita lakukan akan membelenggu hidup kita sepanjang hayat sekiranya kita tidak bertaubat...... Patutler, Dolah tuh, beria nak bagi cepat2 kat najib... ada udang lagi kat sebalik Mee tuh!!!!

Presiden PAS Bakal Terima Kunjungan Pesuruhjaya Tinggi Australia




Oleh : Wan Nordin Wan Yaacob


KUALA LUMPUR, 11 Okt (Hrkh) - Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bakal menerima kunjungan hormat Pesuruhjaya Tinggi Australia di Malaysia pada jam 5.30 petang ini. Harakahdaily dimaklumkan, Ms Penny Williams akan bertemu dengan Presiden PAS di Pejabat Agung PAS dalam satu program ringkas yang diaturkan khas petang ini.

Pertemuan itu dijangka akan berlangsung selama sejam, dan akan berakhir kira-kira jam 6.30, yang turut akan dihadiri beberapa pimpinan PAS Pusat.

Esok, PAS Pusat pula akan mengadakan Rumah Terbuka PAS di Stadium Melawati, Shah Alam bagi meraikan ahli PAS dan seluruh rakyat sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang masih berlangsung.

- Harakah

Penglibatan Pelajar Islam Dalam Perarakan Buddha Dibantah


Oleh : Bashir Ishak

KANGAR, 10 Okt (Hrkh) - Dewan Pemuda PAS Perlis (DPPPs) hari ini menghantar memorandum membantah penglibatan pelajar-pelajar Muslim yang menyertai pancaragam sekolah mengiringi perarakan patung berhala Baddha yang diadakan Selasa lalu.

Dalam insiden 7 Oktober lalu, seramai lapan orang pelajar Muslim Sekolah Menengah Kebangsaan Perlis (SMKPs) yang terlibat sebagai ahli pancaragam telah bersama-sama mengiringi perarakan upacara keagamaan tersebut bermula dari Tokong Sayur di hadapan bangunan KWSP ke tokong di Jalan Jubli Emas antara jam 9.00 hingga 9.30 malam.

Memorandum tersebut dihantar kepada Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Perlis, Pengetua SMKPs, Exco Agama Islam, Jawatankuasa Hadhari dan Pembangunan As-Sunnah Negeri Perlis, Jafperi Othman serta Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis, Abdul malik Hussin.

Keempat-empat memorandum tersebut telah diserahkan sendiri oleh Ketua DPPPs, Ustaz Ya'akub Abu Seman dengan diiringi Exco DPPPs dan kawasan.

Dalam memorandum tersebut, DPPPs melahirkankan rasa kesal terhadap pengetua SMKPs yang melibatkan lapan orang pelajar Muslim sebagai ahli pancaragam sekolah mengiringi upacara keagamaan tersebut.

DPPPs juga memandang serius perkara ini kerana ia melibatkan soal aqidah umat Islam.

"Dan pihak kami terkilan dengan ketidakprihatinan ini serta kurangnya sensitiviti pihak sekolah dalam memahami dan membezakan perkara umum dan perkara keagamaan.

"Kami membantah sekeras-kerasnya penglibatan pelajar Muslim kerana perkara ini boleh menjejaskan aqidah mereka dan telah mengguris hati ibu bapa mereka serta umat Islam yang menyaksikan perarakan itu khasnya dan seluruh penduduk Perlis yang meletakkan dasar negeri ini yang menjunjung tinggi al-Quran dan As-sunnah," kata Ustaz Ya'akub ketika membacakan intipati memrandum tersebut.

Selain itu, DPPPs turut menuntut pihak sekolah memohon maaf kepada ibu bapa atau waris para pelajar yang terlibat.

Di SMKPs, memorandum diserahkan kepada Penolong Kanan, Eniom a/l Endin kerana Pengetua sedang bercuti.

Eniom bagaimanapun menerima baik memorandum ini dan sedar akan kesilapan yang berlaku kerana membiarkan pelajar Muslim menyertai upacara terbabit.

Begitu juga, memorandum yang diserahkan kepada Timbalan Pengarah Pelajaran, Abdul Hadi Harun serta Exco Agama diterima baik dan masing-masing berjanji untuk mengambil berat tentang hal ini.

Dalam pada itu, Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin juga telah mengeluarkan surat bantahan kepada Pengarah Jabatan Pelajaran Perlis berkaitan perkara yang sama.

Beliau turut membantah sekeras-kerasnya penglibatan pelajar Muslim tersebut dan berharap pihak berkenaan dapat mengambil tindakan segera memperbetulkan keadaan ini.

- Harakah

AR: Aduhai!!! Macam2lah...... Hadhari nih, semuanya boleh.... rasernya dulu ada sorang anak bekas PM buat multi-racial prayer kat rumah dia untuk memohon dicepatkan sembuh........ macam2lah hangpa nih!!!!

Abdullah: Lelaki Umno Terakhir


Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan pergi. Beliau tidak akan mempertahankan jawatannya dalam Umno. Beliau juga akan melepaskan jawatannya sebagai perdana menteri Mac 2009. Itu yang diumumkan Abdullah baru-baru ini.

Timbalan beliau, Datuk Seri Mohd Najib Razak akan mengambil alih jawatan sebagai presiden dan perdana menteri. Najib sudah mengumumkan akan bertanding jawatan presiden Umno Mac tahun depan.

Jurucakap utama dalam menjatuhkan Abdullah, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin akan bertanding merebut jawatan timbalan presiden. Apabila ramai kalangan pemimpin Umno yang lain mengumumkan akan bertanding jawatan timbalan presiden, bekas presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan, mereka semua adalah -Pak Lawak- sahaja. Calon sebenar timbalan presiden Umno adalah Muhyiddin sahaja, orang lain tidak layak.

Melihat kepada kenyataan ini, ahli Umno dan peminat politik di negara ini sepatutnya jelas, pemain cator sebenar dalam Umno adalah bekas presiden Umno ini iaitu Dr Mahathir. Dialah yang mencatorkan segala-galanya.

Sejak dari mula menyesali pemilihan Abdullah sebagai presiden Umno dan perdana menteri lagi, Mahathir sudah berusaha menaikkan Najib. Beliau juga berusaha menaikkan Muhyiddin sebagai timbalan kepada Najib.

Mula-mula Mahathir mendesak Abdullah berundur. Dalam masa yang sama beliau mendesak Najib turut mendesak Abdullah berundur. Namun Najib kelihatan setia kepada Abdullah. Dia tidak mahu lawan Abdullah secara terbuka.

Ekoran dari itu, Mahathir mula kelihatan kesal. Dia juga mula membuat kenyataan kononnya Najib bukan orang pilihan beliau lagi. Nama Muhyiddin mula naik. Ekoran itu juga, nama bekas pencabar beliau Tengku Razaleigh Hamzah naik. Dalam satu pertemuan antara Mahathir, Tengku Razaleigh, Muhyiddin, Tan Sri Sanusi Junid dan beberapa pemimpin veteran Umno, Mahathir mencadangkan kepada Tengku Razaleigh agar dia melawan Abdullah. Apabila ditanya Tengku Razaleigh, apa kapasitinya membuat cadangan itu sedangkan dia bukan ahli Umno, Mahathir berkata dia akan menyertai Umno semula segera.

Ekoran dari itu, lahirlah regu baru dalam Umno iaitu Tengku Razaleigh-Muhyiddin akan menentang Abdullah-Najib. Mahathir memberi janji kepada Tengku Razaleigh, dia akan menyokongnya untuk menjatuhkan Abdullah.

Ekoran pertemuan itulah, Muhyiddin mengumumkan Mahathir akan menyertai Umno semula. Team Tengku Razaleigh-Muhyidin juga mula tersebar.

Namun, Mahathir tidak berhenti di situ. Dia memanggil Najib dan memberikan kata dua kepadanya. Jika kamu tidak mahu lawan Abdullah, aku mempunyai team yang kuat iaitu Tengku Razaleigh-Muhyiddin untuk melawan kamu berdua.

Melihat kepada kesungguhan Mahathir inilah, Najib mula sedar. Dia bakal menghadapi pencabar yang kuat dan bakal kalah. Hilang impian untuk jadi PM dan hilang cita-cita untuk menjadi presiden.

Ekoran itu, Najib menerima kata dua Mahathir dan mula bekerja untuk menekan Abdullah supaya jangan bertanding jawatan presiden dan mempercepatkan proses peralihan kuasa kepada Mac 2009.

Semua penyokongnya bercakap atas nada ini. Sepupunya Datuk Hishammuddin Hussein. Penyokong setia pelan peralihan kuasa ala-Mahathir, Muhyiddin dan Tan Sri Rafidah Aziz. Turut serta adalah Datuk Shafei Apdal yang kesal dengan layanan Abdullah terhadap Umno Sabah. Kesemua mereka bercakap dalam mesyuarat MT mendesak Abdullah berundur. Dibayangkan kepadanya bahawa akar umbi Umno mahukan beliau berundur segera. Dibayangkan kepadanya juga jika bertandingpun, dia bakal tidak akan mendapat jumlah pencalonan yang cukup untuk bertanding. Dia juga dibayangkan, jika terus kekal sebagai presiden dan PM, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan berjaya dengan cita-citanya untuk menjatuhkan kerajaan BN.

Akhirnya Abdullah pasrah. Dia benar-benar terkejut. Yang paling mengejutkan beliau adalah apabila dikaji oleh petugas dan penyokongnya, kesemua gambaran yang diberikan kepada beliau itu adalah manufactured (direkacipta) bukannya asli. Dan di belakang segala suasana buatan dan rekacipta itu termasuklah timbalan beliau yang diyakini beliau kesetiaannya selama ini, Najib. Rupanya dia tidak sabar, telah Abdullah dalam hatinya.

Kini segala-galanya jelas. Abdullah mengambil sikap tidak melawan kerana tidak mahu memecahkan Umno. Beliau tidak mahu dilihat sebagai orang yang terlibat sama dalam menjatuhkan kerajaan BN yang ditunjangi Umno.

Sikap Abdullah ini disifatkan sebagai sikap pemimpin Umno peringkat awal dahulu. Ini bermakna, dalam Umno hanya tinggal dia seorang sahaja lagi yang mesih bersikap begitu.

Padahal beliau sedar, akar umbi Umno tidak menyalahkan beliau sepenuhnya terhadap apa nasib parti itu dalam pilihan raya umum lalu. Sebahagian besarnya kerana kerja-kerja bekas presiden Umno yang meminta rakyat agar jangan mengundi BN kerana mahu menjatuhkan beliau. Ia ditambahkan lagi dengan kelebihan bebanan' pribadi yang dibawa oleh timbalan beliau ke atas parti.

Abdullah akan berundur dengan baik. Namun, apa nasib orang-orang di sekeliling beliau yang berusaha bermati-matian untuk mempertahankan beliau selama ini. Sekurang-kurangnya Datuk Mohd Ali Rustam, Datuk Zahid Hamidi dan Tan Sri Muhammad Mohd Taib sudah dilebelkan sebagai pak lawak oleh Mahathir, dalang utama siri ini.

Selain, penyokong dalam parti, apa nasib anak menantu beliau? Bagaimana Khairy Jamaludin? Apakah kebolehan, latar belakang akademik yang kuat dan wang yang beliau habiskan untuk naik ke persada kepimpinan Umno selama ini akan hilang begitu sahaja. Poll yang dibuat oleh sebuah laman web menunjukkan nama anak Mahathir, Datuk Mukhriz adalah pilihan utama untuk menjadi ketua pemuda kini.

Bagaimana nasib anak beliau Kamaludin? Bagaimana dengan perniagaannya? Masih selamatkah dia?

Bagaimana pula dengan nasib Tengku Razaleigh. Dia nampaknya telah ditipu hidup-hidup oleh musuh politiknya selama ini. Selepas dijanjikan bulan dan bintang, dia ditikam dari depan-depan oleh Mahathir sendiri apabila berbincang pula dengan Najib. Nampaknya dia hanya menjadi alat untuk Mahathir mengugut Najib sahaja.

Apakah Tengku Razaleigh masih yakin akan mendapat pencalunan yang cukup untuk bertanding melawan Najib sebagai presiden. Saya yakin, kalau Tengku Razaleigh masih berfikiran begitu, dia bukan ahli politik yang hebat sebagaimana disangka. Dia terlalu naif jika begitu.

Di luar Umno, pelbagai peluang menanti Tengku Razaleigh. Ada yang berpendapat, biarkan Tengku Razaleigh kesal, kecewa dan menangis dahulu dalam Umno, baru kita tunjukkan jalan yang terbuka luas di luar kepadanya. Namun, saya tidak berfikir begitu. Dalam politik, peluang perlu dicekup ketika datangnya peluang itu.

Kita serahkan kepada Tengku Razaleigh sendiri untuk menilai semua episod ini di samping pilihan-pilihan lain yang beliau ada dan sememangnya terbuka luas.

- The Malaysian Insider

13 Oktober..... Tragedi Oktober..... Apa Laks Yang Berlaku??

13 Oktober 2008 nih..... hari isnin nih.... Parlimen Akan bersambung semula......

Adakah 13 Oktober nih, akan berlaku parlimen tergempar berkenaan USUL UNDI TAK PERCAYA???? Penipu.... mana ada...... semua tuh tipu.... kahkahkah..... AR pasti, akan ada desas desus tuh pada hari isnin nih.... konpem... tapi, UMNO tetap dengan strategi mereka menolak mentah-mentah usul itu di bawa dan diluluskan!!!!

Mengikut ANALISIS AR berkenaan pemikiran ANWAR IBRAHIM dalam strategi politik beliau, Anwar hanya akan membuat satu hebahan tentang sesuatu pada isinya sahaa, akan tetapi, masa dan tempat tidak akan dikeluarkan secara direct!!!

Mengikut ANALISIS AR lagi, Anwar Ibrahim sekarang sedang mendiamkan diri dengan segala isu yang ada kerana sedang merencanakan satu peristiwa besar yang pasti akan berlaku...... Kalau tak percaya, tunggu aje OKTOBER nih... eh, eh.... dah oktober nih!!! Mananya.... Tunggu ajelah beb!!!!

Oktober ini banyak perkara akan berlaku.... UMNO pun sekarang sedang leka dan lena diulit intan berkempen untuk pencalonan PARTI dan mereka dalam tak sedar bergaduh sama sendiri......

Najib laks, sedang bermimpi dengan Kerusi dan Mahligai PM pada Mac tanpa sedar beliau akan diselubungi mimpi ngeri ALTANTUYA yang menyelubinginya sepanjang hidup.

Paklah laks, dah tahu dah semua tuh, dan tak mahu nak layan dah.... biarlah UMNO karam tanpa beliau..... yang pasti beliau dah settle dan beres mengaut, merompak dan mencuri kekayaan MALAYSIA..... pasai koridor.... biarkan ajelah..... bukan ada apa pun!!!! janji, kocek dan akaun dah penuh dalam bank.

PAS pun sedang merencanakan satu perhimpunan tergempar, nampak ada satu agenda tersembunyi dalam PAKATAN RAKYAT yang akan meletus dan meletup....... Kita tunggu sahaja.... Semoga TRAGEDI OKTOBER ini akan memberi satu kekuatan dan nafas baru kepada semua rakyat Malaysia.......

- Rakyat lebih penting daripada pemimpin yang kaya raya dan bernafsu besar!!! Tentang Che Det, apa nak heran.... MOKHZANI pun dah kaya raya, dia lagi kayap!!!! Apa yang kita pikir hanyalah rakyat yang tertindas nih!!!!

Pemuda PAS Pelawa Ku Li Sertai Pakatan Rakyat

KUALA LUMPUR:Ketua Dewan Pemuda PAS Salahuddin Ayub hari ini secara peribadi mempelawa Tengku Razaleigh Hamzah untuk menyertai Pakatan Rakyat sekiranya Anggota Parlimen Gua Musang itu tiada sefahaman lagi dengan Umno.

Salahuddin, yang juga Anggota Parlimen Kubang Kerian, berkata tujuan mempelawa Tengku Razaleigh adalah untuk memperkukuhkan pakatan pembangkang melalui idea dan pengalamannya terutama dalam bidang ekonomi.

"Secara peribadi saya mempelawa Tengku Razaleigh untuk menyertai Pakatan Rakyat. Setakat ini belum ada pertemuan secara rasmi lagi dilakukan untuk tujuan itu melainkan pertemuan biasa. Dua hari lalu saya lontarkan pelawaan itu kepada Tengku Razaleigh di Kota Baharu," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat bulanan Dewan Pemuda PAS di sini hari ini.

Ditanya mengenai maklum balas daripada Tengku Razaleigh, Salahuddin berkata:

"Saya diberitahu secara tidak rasmi oleh pembantu beliau bahawa dia hanya tersenyum di atas pelawaan saya itu."

Beliau juga berkata Pemuda PAS akan mengadakan perhimpunan di Putrajaya pada 10 Jan depan untuk membantah pelaksanaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

- mSTAR

AR: Bagus.... bagus...... Che Det hanya mempergunakan KU LI saja....... Tapi, aku hanya nak kater kat Ku Li.... Lu pikirlah sendiri!!!! mana yang patut bagi ko..... kalau lagi elok, ISTIQARAH dulu......

Pencalonan Ketua Pemuda UMNO : Mukhriz 15, KJ 11



- Malaysiakini

AR: Ontahlah.... KJ nih dapat pencalonan daripada Kelantan??? torkojut den.......

Shah Rukh Khan Dianugerah Gelaran Datuk


MELAKA: Artis Bollywood Shah Rukh Khan, akan dianugerahkan darjah kebesaran negeri Melaka yang membawa gelaran Datuk sempena Hari Jadi Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob ke-70 hari ini.

Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Melaka, Saadon Basirun berkata Shah Rukh Khan akan dianugerahkan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM).

Istiadat penganugerahan berkenaan yang turut melibatkan 758 penerima darjah, tauliah, bintang dan pingat kebesaran negeri Melaka akan berlangsung di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh di sini, hari ini dan Ahad.

"Penganugerahan darjah kepada Shah Rukh Khan akan diadakan pada majlis lain yang tarikhnya akan ditetapkan kemudian," katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Shah Rukh Khan adalah antara 77 penerima yang dianugerahkan DMSM.

Saadon berkata anugerah darjah berkenaan kepada Shah Rukh Khan adalah bagi menghargai sumbangan artis itu terhadap industri hiburan peringkat antarabangsa.

"Shah Rukh Khan juga memberi sumbangan terhadap industri pelancongan negara ini apabila beliau datang ke Malaysia bagi menghasilkan filem lakonannya," katanya.

Beliau berkata artis tempatan yang dianugerahkan Darjah Seri Melaka (DSM) tanpa gelaran ialah penyanyi lagu Melayu Asli Goh Eng Boon yang lebih dikenali sebagai Andre Goh, pelawak Jantan Osman yang juga dikenali sebagai Ali Mamak dan penyanyi era 60an, Mariam Ahmad.

Sementara itu, Setiausaha Akhbar kepada Ketua Menteri Melaka, Daud Awang dan Pengurus Nanyang Siang Pau dianugerahkan DSM.

Wartawan sambilan akhbar Melaka Hari Ini (MHI), Jaafar Neemat dianugerahkan Jaksa Pendamai (JP) manakala Yang Dipertua Kelab Media Massa Melaka Sha'rin Sahad, ketua wartawan The Star R.Letchumanan dan Pengurus Bilik Berita TV9 Mohd Lokman Hamidi, dianugerahkan Bintang Cemerlang Melaka (BCM).

Penyunting MHI Md Yusof Mohamed pula dianugerahkan Bintang Khidmat Terpuji (BKT) manakala jurugambar The Star A. Malek Yahya, wartawan TV9 Mohamed Raffi Bachik dan wartawan China Press Monica Tay Sookeen, dianugerahkan Pingat Jaksa Pendamai (PJK).

- mSTAR


AR: Ali Rustam???? Apa ko buat nih??? apa2pun.... ikut ko lah..... Anugerah DATUK tuh hanya mainan UMNO saja...... takder makna apa2pun!!!

Google......The Best Employer, Why?

I want go work in Google liao...

Tapi balik kerja pukul 3 - 4 pagi ....

This is probably the reason why Google wins the title of "Best Employer" several years running. Google is said to be the dream job of a lot of people.



We already knew that working for Google had certain advantages, but, believe me, this giant of the search motor takes the welfare of its employees seriously ... as shown by this decompression (stress) capsule that is impermeable to sound and light . . .

Moving around: A slide allows quick access from different floors . . . There are also poles available . . . they are similar to the ones used in fire stations .

Food . Employees can eat all they want from a vast choice of food and drink .

Work Station: Each employee has at least two large screens . There are 4-6 'Zooglers' per office .

INOVATION: Large boards are available just about everywere because 'ideas don't always come when seated in the office' says one of Googles managers

LEISURE .Pool tables, video games etc . are available in many areas .

Communication . . On each floor, there are private cabin areas where employees can attend to personal affairs .

Technical Support: Problem with your computer ? No problem . . . Bring it to this area where drinks are available while it is being fixed . . .

Health: Professional masseurs (eusses) available .

REST . . This room provides massage chairs that you control . . . while you view relaxing aquariums . . . . !!!

Ambiance . . There are many books in this library . . . even some about programming !!

Blog Stats