Sumbangan ~ Tolong Klik.... Thanks.

Thursday, December 18, 2008

PAS Dapatkan Pandangan Penulis Blog Tentukan Calon

KUALA TERENGGANU, 17 Dis - PAS akan menilai pandangan daripada pelbagai pihak termasuk penulis blog sebelum menentukan calon untuk bertanding pada pilihan raya umum, 17 Jan depan.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata pemilihan calon yang benar-benar sesuai, adalah faktor yang paling penting dalam usaha mereka merampas kerusi tersebut daripada Barisan Nasional (BN).

"Kita akan lihat semua termasuk pandangan daripada penulis blog, malah surat layang juga kita akan lihat sebelum menentukan calon," katanya ketika ditemui di luar dewan selepas hari ketiga sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu ke-12, di Wisma Darul Iman di sini hari ini.

Abdul Hadi, yang baru pulang mengerjakan ibadah haji dua hari lepas, berkata pada masa ini, pihaknya sedang membuat penelitian rapi terhadap calon yang boleh mendapatkan sokongan pengundi di Kuala Terengganu.

"Kita sedang tunggu laporan daripada PAS cawangan, kawasan dan negeri. Kajian terperinci perlu dilakukan bukan sahaja di kalangan penyokong PAS malah masyarakat keseluruhan di Kuala Terengganu," katanya.

Beliau berkata ketokohan seseorang pemimpin itu penting memandangkan pilihan raya kecil itu diadakan di sebuah bandar raya, dengan kemudahan infrastruktur bukan menjadi masalah kepada pengundi.

Abdul Hadi berkata Jawatankuasa PAS Pusat akan mengadakan mesyuarat khas di sini, Sabtu ini dan agenda utama adalah membincangkan soal calon.

"Selepas nama calon dipilih, kita akan serahkan kepada Majlis Syura untuk membuat keputusan pada satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian," katanya.

Beliau berkata daripada pemantauan awal yang dilakukan, parti itu yakin untuk merampas kerusi parlimen tersebut daripada BN.

Mengenai pandangan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang berharap Naib Presiden parti itu, Mohamad Sabu dikekalkan sebagai calon pada pilihan raya kecil itu, Abdul Hadi berkata setiap PAS negeri mempunyai pandangan mereka sendiri.

"Kita dengar semua pandangan. Sebagai presiden, saya tidak mempunyai halangan jika Mohamad Sabu dicalonkan. Tetapi, akhirnya keputusan dibuat oleh suara majoriti," katanya.

- muslimeen-united


ARef : Aku cadangkan Y.B. Syed Azman yang merupakan ADUN BATU BURUK........ Sebab apa, pada tahun 1999, Y.B. Syed Azman yang jadi calon parlimen Kuala Terengganu dan menang, namun, Y.B. Syed Azman kalah tipis pada tahun 2004......

Sebab apa aku tak cadangkan Mat Sabu? Padahal beliau amat perlu diletakkan dalam barisan Pakatan Rakyat dalam Dewan Parlimen...... Aku rasa, Mat Sabu perlu masuk ke dewan rakyat, tapi...... pengundi Terengganu nih susah sikit nak pangkah orang luar...... sebab, dia orang nok orang dia jugop...... Kalau nak pilih Mat Sabu, kenalah tanya orang Terengganu, betul ke tidak cakap aku, orang Terengganu nih nak cari orang Kampung kat terengganu jugak, sebab orang terengganu yang memahami kehidupan di terengganu sepenuhnya....

Pasai Mustaffa Ali a.k.a Tok Pa, aku tak nampak langsung beliau layak!!!!





Blog Stats