Sumbangan ~ Tolong Klik.... Thanks.

Tuesday, November 18, 2008

HANTU RAYA HIDUP LAGI - Hisham

Tukar Tiub : Apabila saya dibebaskan dari Kamunting tahun 2003 saya telah mengeluarkan slogan Tangkap! Tangkap Madey ! Ramai yang tersalah faham kenapa saya mengeluarkan slogan ini. Slogan ini bukan kerana dendam. Saya tidak mendendami sesiapa pun. Slogan ini adalah hasil dari analisa politik.

Di hari Madey meninggalkan pejabat PM , pada malamnya saya telah mengadakan pesta yang saya panggil Malam Menghalau Hantu Raya. Di malam itu ramai kawan-kawan datang untuk berpesta termasuk berbelas-belas anggota polis dan Tuan OCPD dari Brickfeild.

Saya pangil Madey Hantu Raya kerana dari mitoloji Melayu ada kepercayaan dimana seseorang yang telah berjanji dengan Setan tidak akan mati-mati. Rasa saya metapora Hantu Raya untuk Madey cukup tepat. Justeru slogan Tangkap! Tangkap Madey! itu semakin terbukti tepat. Dan pesta Megahalau Hantu Raya itu juga memang tepat.

Ramai tersalah baca tentang Hantu Raya. Ramai salah analisa dan tidak memahami perjalanan politik. Salah baca ini muncul kerana: PERTAMA - penganalisaan dan pembacaan politik mereka tidak memiliki asas ekonomi dan kelas. KEDUA – penganalisaan politik ini dicampur adukan dengan harapan dan mimpi si penganalisa itu sendiri.

Politik ialah perebutan kuasa. Kuasa muncul dari ekonomi. Ekonomi ialah harta dan wang ringgit. Politik ialah perjuangan satu kumpulan atau satu kelas yang ingin mendapatkan kuasa agar dapat memiliki punca harta kekayaan. Hukum politik dan kuasa ini tidak akan berubah-ubah sama ada di Saudi Arabia yang Islam, di India yang Hindu, di Nepal yang Buddhist, di Itali yang Katholik atau di Peranchis yang sekular.

Harus diakui bahawa Hantu Raya ini telah meninggalkan kerusi PM kerana telah dihalau oleh ombak Reformasi. Hantu Raya tidak akan pergi tanpa di halau. Keputusan pilihanraya tahun 1999 membuktikan jika Hantu Raya ini tidak pergi maka ombak Reformasi akan melingkupkan United Malays National Organisation.

Ketika Hantu Raya mengundur dan hilang kuasa kita dapat melihat bagaimana polong-polong dan para kroni seperti Halim Saad, Daim Zainuddin, Lim Goh Tong, Ananda Krishan, Eric Chia, Vincent Tan – mula menguncup. Eric Chia di bawa ke mahkamah untuk kes Pewaja, Vincent Tan di bawa ke mahkamah kerana terlibat dalam kes korek korek korek. Malah Hantu Raya sendiri telah di heret ke mahkamah dalam kes pita video Lingam. Ini cukup mengerunkan Hantu Raya.

Polong dan kroni-kroni Hantu Raya telah mula hilang pengaruh dan hilang kunci untuk dapat merompak dana negara dan merompak harta rakyat tanpa di halang-halang. Waspada, kaum pemodal yang menjadi polong ini tidak akan pergi tanpa melawan kembali. Justeru, mereka bersama Hantu Raya telah menyusun strateji untuk kembali berkuasa.

Saya telah banyak menulis dan cuba menerangkan kenapa Hantu Raya ini wajib dilihat sebagai musuh orang ramai. Banyak tulisan-tulisan yang membuktikan bahawa selama 22 tahun Hantu Raya berkuasa banyak porak peranda telah menimpa orang ramai.

Dasar penswastaan atau mengagih-agihkan harta rakyat seperti syarikat MAS, syarikat air, leterik, jalan raya, keretapi, hospital - kepada kroni dan para polong adalah salah satu dari dasar Hantu Raya yang kita semua rakyat merasa parah akibatnya.

Memaksa kanak-kanak sekolah belajar sains dan ilmu kira-kira dalam Bahasa Inggeris adalah satu lagi bukti. Dasar ini dilaksanakan tanpa perbincangan dan pengkajian. Dasar ini telah dan sedang memporak perandakan sistem pembelajaran kebangsaan. Hasilnya bahasa pengucapan kebangsaan semakin parah dan cerca merba.

Hantu Raya juga telah mengusut masaikan dan merobek lembaga kehakiman negara. Kes pembuangan hakim pada tahun 1988 masih dirasakan musibatnya. Lembaga kehakiman negara menjadi porak peranda sehinggakan ada susuk peguam, susuk megistrate dan susuk hakim boleh dijual beli.

Untuk berkuasa kembali Hantu Raya telah merancang dengan licik. Hantu Raya telah membuat kelentong hinggakan Tengku Razaleigh Hamzah merasa yakin bahawa dialah yang layak untuk memimpin United Malays National Organisation. Lihat pula bagaimana Rais Yatim naik ekor dan hampir terpancut apabila badannya diurut-urut oleh Hantu Raya. Tiba-tiba Rais Yatim merasa dialah susuk yang berwibawa untuk menjadi timbalan presiden gerombolan United Malays National Organisation.

Susuk-susuk ini diurut-urut oleh Hantu Raya agar mereka bangun bertindak untuk melekeh dan mengkritik Abdullah Badawi. Tidak cukup dengan ini, Hantu Raya telah menggunakan taktik – polis baik dan polis jahat – untuk memberi tekanan kepada Abdullah Badawi agar mengundur.

Polis baik ialah Najib Razak. Polis jahat ialah Muhyiddin Yassin. Taktik klasik ini selalu digunakan oleh polis semasa melakukan siasatan. Satu orang akan memberi tekanan secara kasar ganas dan yang satu lagi akan memberi tekanan secara halus. Akhirnya Abdullah Badawi terlucut seluar.

Dari tahun 2003 lagi saya telah menulis dan berkeyakinan bahawa pilihan ‘agung’ Hantu Raya ialah Najib Razak. Malah kita jangan lupa hampir tiga bulan sesudah menjadi PM, Abdullah Badawi tidak memilih sesiapa pun sebagai timbalan sehingga Hantu Raya membuat pengistiharan. Abdullah Badawi terpaksa mengiyakan pilihan Hantu Raya. Maka Najib Razak menjadi timbalannya.

Sila lihat patern siapa yang dilantik dan di yakini dalam kabinet Hantu Raya. Semuanya yang dijadikan pemimpin kanan adalah susuk-susuk yang memiliki masaalah. Rahim dengan budak Kecik, Megat dengan Penjual Kedai Video, Nazri dengan taxi-taxinya, Rafidah dengan APnya. Lagi banyak si menteri bermasalah lagi setia menteri ini dengan Hantu Raya. Lagi banyak berasuah lagi senang polong-polong ini mengikut kata Hantu Raya.

Apakah Najib ada masaalah? Saya tidak perlu menjawab soalan bodoh ini. Kalau saekor tikus yang bertanya mungkin saya akan cuba menerangkan kepada tikus ini tetapi kalau warga negara yang celik otak bertanya maka saya meminta orang yang bertanya ini pindah ke Zimbabwe.

Hantu Raya memiliki stategi berjangka panjang. Semuanya telah, sedang dan akan diatur dengan licik. Tujuan akhir ialah untuk menobatkan anak Hantu Raya. Ini untuk meneruskan dinasti dan memastikan harta kekayaan negara ini akan terus selamat ditangan kaum keluarganya. Juga untuk memastikan Hantu Raya sendiri tidak akan di bawa ke mahkamah untuk menghadapi seribu satu pertuduhan.

Siapa sebenarnya yang di wakili oleh Hantu Raya ini? Jawabnya bukan Mak Cik dari Felda Taib Andak, bukan tuan punya warong di Pantai Dalam, bukan ahli United Malays National Organisation Bukit Jelutung.

Hantu Raya mewakili borjuis nasional, cukung-cukung besar – Daim Zainuddin, Lim Genting, Vincent Tan, Ananda, Tin Phek Bakun – ini hanyalah beberapa nama cukung borjuis nasional yang di ketahui umum. Mereka ini semuanya menjadi polong kaya raya menghisap darah kekayaan negara kerana setia kepada Hantu Raya.

Justeru pertempuran antara Hantu Raya dengan Abdullah Badawi wajib dibaca sebagai pertempuran kepentingan ekonomi dari dua kelas yang berbeza. Syarikat Scomi , ECM Libra, atau Syarikat Ethos Capital adalah pendatang baru yang belum bertahap borjuis nasional. Syarikat-syarikat ini kaya tetapi belum cukup kaya raya yang melimpah ruah.

Kumpulan kelas baru ini cuba mengambil punca-punca ekonomi melalui payung kuasa Abdullah Badawi. Inilah sebab musabab kenapa Hantu Raya siang dan malam menggudam Khairy Jamaluddin, menggudam Tingkat Empat dan menggudam Kalimullah Hassan. Peggudaman yang dilakukan oleh Hantu Raya tidak ada sangkut paut dengan Islam, dengan Melayu, United Malays National Organisation, nilai patriot, dasar luar negara dan dan dan…Pergaduhan politik ini ialah perebutan ekonomi.

Pada akhir tahun 2008 ini kuda-kuda tunggangan Hantu Raya telah tersedia untuk di tunggang. Kuda sudah sedia. Celana sudah dipasang. Malaysia akan kembali ke zaman gelap Mahathir Muhamad. Bagaimana dengan Najib Razak? Najib Razak ini siapa?


ARef: Dari dulu lagi, aku tak pernah setuju pun kalau dikatakan kejayaan Malaysia hari ini adalah 100%kejayaan MAHATHIR!!! ( Kalau 10% pun tak tahu cukup ke idak) Kalau pada awal tahun 1980-an, Malaysia dikenali negara yang hebat dari segi pendidikannya, dari segi kefasihan bahasa inggerisnya dan jauh meninggalkan negara Singapura.... apa yang Mahathir buat??? Membengapkan Rakyat Malaysia dan menyebabkan Singapura kini meninggalkan jauh Malaysia dari segi kualiti pendidikan.....

UMNO Takut Dengan Pertandingan... Peralihan Kuasa Yang Di Idamkan

Malaysiakini : Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan menemui pemimpin Wanita Umno sekembalinya ke tanahair dari lawatan ke dua negara Asia Tengah sekarang, untuk menyelesaikan isu kepimpinan dalam pergerakan itu.

Perdana Menteri berkata, pada mulanya beliau berharap Wanita Umno dapat menyelesaikan sendiri masalah peralihan kuasa dalam pergerakan tersebut.

"Namun, masalah ini masih berlarutan dan tidak ada tanda ia akan reda, saya akan cuba bantu mereka," katanya kepada pemberita yang mengikuti lawatannya itu.

Menurut laporan Bernama, Abdullah kini berada di Uzbekistan untuk lawatan empat hari dan akan berlepas ke Turkmenistan esok sebelum pulang Khamis ini.

Abdullah, yang juga presiden Umno, berkata beliau berharap pemilihan dalam Wanita Umno tidak akan menyebabkan perpecahan kerana ini boleh melemahkan parti.

Masalah dalam pergerakan itu timbul apabila sebahagian ahli dan pemimpin peringkat bahagian dan negeri, mahu Tan Sri Rafidah Aziz mempercepatkan peralihan kuasa kepada Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil kepada Mac ini, manakala sebahagian lagi mahukan ianya kekal pada Jun 2009.

Walaupun Shahrizat berkata beliau akur dengan pelan peralihan kuasa itu, namun sebanyak 73 bahagian Umno mencalonkan beliau bertanding jawatan ketua Wanita Umno dalam pemilihan parti Mac ini.

Abdullah berkata beliau tidak mahu menyebelahi mana-mana pihak dalam isu itu.

"Kalau saya sokong satu kumpulan, kumpulan yang satu lagi akan marah saya, dan jika saya sokong kumpulan yang satu lagi itu pula, kumpulan yang ini akan marah," kata Perdana Menteri.

Apa penyakit Pak Lah?


Perak Express : Semenjak dua menjak ni…cerita-cerita tentang Pak Lah makin kurang kedengaran. Orang dah tak minat dengan Pak Lah…tapi seronok mengumpat tentang Najib. Biasa la…dalam Umno..sapa yang ada kuasa…semua orang hurung. Macam langau hurung tahi.

Pagi tadi..nasi lemak kat kedai janda Bakaq dah habih. Jadi..aku beli nasi lemak yang dah siap dibungkus. Empat kali suap…licin. Sementara makan nasi lemak..aku sempat baca kertas surat khabar lama yang digunakan untuk membungkus nasi lemak tu…tentang seorang hakim yang tertidur ketika perbicaraan sedang berjalan di Australia.

Nampaknya…Pak Lah ada geng yang suka tidor masa bekerja.

Tapi bila aku baca surat pembaca dalam NST hari ini…aku jatuh kesian pulak kat Pak Lah. Rupa-rupanya tertidur ni satu penyakit…bukan pasai bini dia kacau malam-malam.

Dr. A. Soorian dari Seremban bagi tau…ini mungkin diluar kawalan beliau. Pak Lah mungkin mengalami satu penyakit yang dinamakan narcolepsy…dimana menyebabkan seseorang itu tertidur.

Orang yang mengalami penyakit ini akan tertidur tanpa amaran…ada yang tertidur semasa makan ataupun macam hakim di Australia tu. Mereka yang mengalami narcolepsy menghadapi masalah tidur diwaktu malam. Para saintis perubatan berpendapat…mereka yang mengalami penyakit ini mempunyai kadar hypocretin, iaiut sejenis kimia yang terdapat didalam otak, yang rendah.

Hypocretin mengawal tahap kesedaran seseorang itu , dan tidak diketahui mengapa sesetengah orang mempunyai kadar hypocretin yang rendah.

Sesetengah doktor berpendapat, ini mungkin disebabkan oleh keturunan ataupun terkena bahan-bahan toksik seperti racun serangga. Apa pun…narcolepsy memang susah untuk diubati.

Jadi… sekarang aku paham…mengapa Pak Lah selalu tidor. Kesiaaaan dia.

SEJAK BILA UMNO PERJUANGKAN KETUANAN MELAYU?

Kerabu Bersuara : Menteri Luar, Datuk Seri Dr Rais Yatim semalam yang mengingatkan orang Melayu bahawa mereka tidak boleh terlalu bergantung kepada konsep ketuanan Melayu kerana ia lebih merupakan perasaan atau ego politik yang tidak disokong oleh kekuatan dalam perjuangan atau peruntukan Perlembagaan negara.


Umno yang selama ini mendakwa menjadi teras ketuanan Melayu perlu cermin-cerminkan diri mereka dahulu.

Umno menjaga ketuanan Melayu? Inilah buktinya:

1.Pemimpin Umno meminta agar ekuiti 30% bumiputera dalam DEB dikaji semula.
2.Jenayah dan masalah moral di kalangan Melayu melebihi 70% berbanding kaum lain
3.Mengutamakan bahasa Inggeris dalam PPSMI(Pembelajaran Matematik Sains dalam Bahasa Inggeris)
4.MRSM dan matrikulasi dibuka kepada bukan bumiputera.
5.Bahasa Inggeris dijadikan bahasa pengantar hampir kesemua IPTA awam.
6.Tanah milik melayu terutama di bandar-bandar semakin menyusut-seperti yang berlaku di Wilayah Pembangunan Iskandar-tanah Melayu diambil dan dijual kepada warga Singapura.Ini akan berlaku juga di wilayah/koridor ekonomi di tempat lain.
7.Parti yang banyak mengamalkan budaya rasuah dan politik wang( Maklumat dari Umno sendiri terdapat lebih 900 aduan politik wang dalam pemilihan baru-baru ini).
8.Biasiswa kepada pelajar Melayu di Universiti dimansuhkan.
9.Dasar meritokrasi menyebabkan pelajar melayu terus ketinggalan
10.Berpuluh ribu graduan Melayu terpaksa menganggur di seluruh negara.

Ketuanan Melayu hanyalah momokan dan retorik mainan Umno semata-mata. Dalam Islam tidak ada ketuanan Melayu sebaliknya Islam fokus kepada semua tanpa mengira warna kulit, bangsa dan rupa.

Ini jelas seperti apa yang dinyatakan oleh YAB Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat Menteri besar merangkap Mursyidul Am Pas semalam.

Tiada istilah ketuanan Melayu atau kelebihan terhadap satu bangsa dalam Islam.

Islam merupakan agama yang universal tidak memberi sebarang keutamaan kepada mana-mana bangsa melainkan kelebihan itu akan diberikan kepada individu yang mempunyai ketakwaan yang tinggi kepada Allah s.w.t.

"Di dalam Islam tidak mengira bangsa, apa yang penting adalah takwa kepada Allah s.w.t. Tidak kiralah bangsa apa, Cina, Melayu, India dan Arab.

"Tuhan hanya melihat ketakwaan seseorang itu... kerana bila kita bertakwa kita takut kepada Allah dan menjalankan tanggungjawab kita," katanya kepada pemberita selepas merasmikan restoran London Fish Tales, di sini hari ini.

Blog Stats