ARef : Nak tengok AF ke nak datang Ceramah...... ha3....... satu soalan CEPU EMAS!!!!
Saturday, May 16, 2009
Hadi kekal presiden, 5 calon timbalan, 16 calon naib - malaysiakini
Manakala 86 orang lagi dicalonkan untuk bertanding jawatan ahli jawatankuasa pusat PAS.
Dan jumlah ini, menurut Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Datuk Mustafa Ali adalah yang teramai dalam sejarah pemilihan parti itu.
Abdul Hadi mengekalkan jawatannya selepas menerima pencalonan 136 daripada 137 PAS kawasan.
Satu lagi kawasan - Bukit Bintang di Wilayah Persekutuan - mencalonkan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat untuk bertanding presiden.
Untuk layak bertanding bagi semua jawatan parti, setiap calon perlu mendapatkan sekurang-kurangnya dua pencalonan.
Bagi jawatan timbalan presiden, lima orang yang dicalonkan termasuklah penyandangnya, Nasaruddin Mat Isa. Empat lagi yang dicalonkan untuk jawatan timbalan presiden ialah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak; Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Harun Din; Naib-naib presiden - Datuk Husam Musa dan Mohammad Sabu.Nasaruddin, Abdul Razak, Dr Harun turut dicalonkan untuk bertanding jawatan naib presiden, bersama-sama tiga lagi penyandangnya, Husam, Mohd Sabu dan Ahmad Awang.
Pertandingan adalah untuk merebut jawatan naib presiden dalam pemilihan PAS bulan depan. Sepuluh lagi calon naib presiden ialah:
1. Datuk Hasan Ali
2. Idris Ahmad
3. Datuk Kamaruddin Jaffar
4. Datuk Mahfuz Omar (ahli Parlimen Pokok Sena)
5. Nik Mohd Amar Nik Abdullah (exco kerajaan negeri Kelantan)
6. Mujahid Yusof Rawa (MP Parit Buntar).
7. Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin (Menteri Besar Pakatan Perak)
8. Salahuddin Ayub (MP Kubang Krian)
9. Taib Azamuddin (MP Baling)
10. Datuk Ibrahim Tuan Man
Pertandingan bagi jawatan AJK pusat adalah untuk 18 kerusi, manakala enam lagi kerusi AJK dilantik oleh parti.Menurut Mustafa, surat tawaran akan dihantar kepada semua calon untuk mendapatkan pengesahan mereka bertanding.
Pencalonan bagi jawatan utama parti ditutup pada 8 Mei lalu, manakala pencalonan bagi jawatan utama Dewan Pemuda dan Muslimat PAS adalah pada 17 Mei ini.
Menurut Mustafa, senarai calon muktamad yang akan bertanding bagi jawatan utama parti, termasuk Pemuda dan Muslimat akan diumumkan pada 26 Mei depan.
Katanya, PAS mempunyai 176 kawasan di seluruh negara dan 137 daripadanya menghantar pencalonan bagi jawatan utama utama.Tambahnya, 1,000 hingga 1,100 perwakilan akan menghadiri muktamar parti itu awal bulan depan.
Sunday, March 15, 2009
MAHATHIR Tak Setuju Cara Najib Rampas Perak - malaysiakini

Setelah lebih sebulan selepas Barisan Nasional menggulingkan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak, mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyuarakan hari ini bahawa pengambil-alihan kerajaan Perak baru-baru ini tidak dilaksanakan mengikut undang-undang.
Beliau menyatakan kesilapan-kesilapan, strategi buruk dan kecuaian yang berlaku pada 5 Feb lalu di dalam rampasan kuasa tersebut, yang didalangi oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, telah mengakibatkan krisis politik berlaku di Perak.
"Anda tidak boleh menurunkan seorang menteri besar atau perdana menteri tanpa adanya undi tidak percaya di dalam dewan. Tiada peruntukan lain," tegasnya di dalam satu majlis anjuran MUBARAK, pertubuhan bekas-bekas wakil rakyat.
"Umno-BN terlalu cuai dan dan tidak menunggu persidangan dewan tetapi sebaliknya meminta Sultan melucutkan jawatan menteri besar," tambahnya, merujuk kepada keputusan Sultan Azlan Shah menitahkan Datuk Seri Nizar Jamaluddin untuk meletakkan jawatannya.
"Sepanjang pengetahuan saya, tidak ada peruntukan sedemikian di Perak atau Perlembagaan Persekutuan," katanya.
Dr Mahathir menyatakan sepatutnya BN melakukannya dengan betul dan "tidak menyalahi undang-undang" kerana mahkamah nanti boleh membuat keputusan yang Sultan tiada kuasa untuk memecat seorang menteri besar.
Beliau menambah seseorang Sultan hanya boleh menolak seseorang calon (menteri besar) untuk membuat pilihannya selepas berlakunya sesuatu pilihanraya, itupun calon tersebut boleh dikalahkan di dalam dewan melalui undi (tidak percaya).
Ahli politik veteran tersebut menyatakan BN sepatutnya "mematuhi undang negara ini, terutama perlembagaan."
"Kerana ini boleh menimbulkan konflik dengan undang-undang, kita akan dapati rakyat tidak akan mematuhinya. Kerana kita memulakan dengan langkah yang silap, rakyat kini menentang kita," kata Dr Mahathir, yang telah bertindak keluar dari Umno tahun lepas setelah persengketaan yang panjang dengan penggantinya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Rampasan kuasa di Perak sekarang ini diasak dengan dengan siri saman menyaman, oleh kedua-dua belah pihak yang mendakwa mereka sebagai kerajaan yang sah.
Enam orang juga telah didakwa kerana menghina Sultan Perak selepas baginda menyebelahi BN untuk memerintah Perak. Seorang telah mengaku bersalah dan didenda RM10,000 semalam sementara yang lain meminta dibicarakan.
Umno menuduh bahawa mereka yang menentang keputusan Sultan sebagai menderhaka.
Artikel Asal (Dalam Bahasa Inggeris): Malaysian Insider
Artikel Diterjemah Oleh : Greenboc
ARef: Pernah jugak aku dengar dulu, Azalina Othman kutuk AGONG (Tunku Mizan) semasa krisis MB Terengganu, dengan menyatakan Agong bukan tahu apa, yang dia tahu hanya tunggang kuda. Sekiranya benar, mengapa tak dikenakan DENDA???
Saturday, March 14, 2009
Kempen UNDIAN untuk Jawatan Perdana Menteri - ref Malaysiakini

Mengikut pelan asal, tanggal 30 Mac 2009 adalah tarikh penyerahan kuasa jawatan Perdana Menteri Malaysia daripada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada Datuk Seri Najib Tun Razak......
Namun, ADAKAH RAKYAT MALAYSIA BERSETUJU??? ADAKAH RAKYAT MALAYSIA TERIMA??? ADAKAH RAKYAT MALAYSIA REDHA???
Namun, apa yang pasti ianya adalah HAK RAKYAT MALAYSIA UNTUK MEMILIH PERDANA MENTERI MALAYSIA .......
Jadi, aku dengan rasa rendah diri ingin menjemput semua blogger mengikuti kempen bagi membuka post undian untuk bertanya kepada seluruh RAKYAT MALAYSIA sama ada mereka bersetuju atau tidak DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK menjawat jawatan PERDANA MENTERI MALAYSIA yang keenam.
Semoga, PERHIMPUNAN AGUNG UMNO kali ini bergema dengan suara rakyat MALAYSIA ini..............
PERINGATAN!!! : Kita nak tanya rakyat Malaysia.... "ADAKAH NAJIB TUN RAZAK LAYAK MENJADI PERDANA MENTERI?" semoga ianya dapat dibawa ke meja perundingan Majlis Tertinggi UMNO, sekiranya Datuk Seri Najib diterima rakyat, kita semua harus berbangga untuk melantik beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-6, Namun, ianya sebaliknya sekiranya rakyat Malaysia enggan menerima Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri ke-6 dan seharusnya lah UMNO mencari calon yang lain, DALAM UMNO takkan takder calon lain???
Nik Nur Madihah - BEST STUDENT MALAYSIA - ref malaysiakini


(kredit untuk Hafiz Johari - Photographer Utusan)
Siapa Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal ???????
Bangsawan..anak Tan Sri..cucu Datuk..saudara golongan Elit..waris Ahli Parlimen..sepupu Ahli Dewan Undangan Negeri..
Dia hanya menumpang kasih sementara berkesempatan pada ibunya, seorang Tukang Sapu..bapanya seorang Nelayan..
Dengan rumah yang boleh dianggap pondok, Nik Nur Madihah mampu memanipulasikan nikmat ciptaan Tuhan..kepandaian yang ada..mengembeleng keringat..memperoleh keputusan SPM 20 A…19 A1, 1 A2..
Hidup serba kekurangan, tanpa suapan kemewahan, tanpa dilimpahi kekayaan wang ringgit..mampu mencernakan kejayaan gemilang dalam sejarah pendidikan di Tanah Melayu, tersohor dengan nama Malaysia..

Pelajar Sekolah Menengah Arab Maahad Muhammadi (Perempuan) Kota Bharu Kelantan ini menjadikan ruang tamu yang sempit di rumahnya sebagai tempat inspirasi..titis hujan mengenai atap zink rumahnya sebagai muzik penenang jiwa..alunan angin menghembus sebagai ‘kipas’ tatkala jasad dijamah bahang..
Belanja sehari..RM5..Tambang bas RM4..lebihnya RM1..
“Makan roti saya tiap-tiap hari di sekolah..di rumah, dapat makan nasi dengan telur, pun saya telan,” katanya dengan tenang..
dah la..sedih wei nak cerita pasal nih..dapatkan naskah Kosmo! Ahad, baca garapan nukilan Khairi Mohamad.. - Blog Cabuk
Friday, March 13, 2009
Plak pokok demokrasi menjadi mangsa - ref malaysiakini
Setibanya saya di tempat tersebut, mendapati ramai orang sudah berkumpul di sana. Antara yang hadir ialah Menteri Besar Perak sendiri, Dato Seri Nizar, Ustaz Misbahul Munir dan Nga Koh Meng. Terdapat beberapa orang yang berada di situ menemubual Dato Seri tentang kejadian yang berlaku tersebut.
Saya sempat mengambil beberapa gambar, sebagai kenangan terhadap peristiwa hitam tersebut. UMNO begitu takut dengan plak pokok tersebut, sehingga berani (dalam erti kata penakut) memecahkannya. Perangai samseng ini memang jelas di hadapan mata kita, dan ia menyaksikan bahawa perbuatan itu sangat tidak professional.
Apabila DUN diminta dibubar, mereka terasa kurang enak, kerana mereka tahu, mereka pasti akan jatuh dengan cara tersebut. Tetapi, adakah mereka tidak bimbang, kedudukan UMNO semakin teruk pada pilihanraya akan datang? UMNO akan terkubur di bumi Perak, bahkan ditalqinkan oleh orang seluruh rakyat!
Salam Perjuangan,
Dr Fikrah
Thursday, March 12, 2009
Skandal Patek Phillipe : Jam Khir Toyo - ref malaysiakini

Semenjak dua menjak nih, ada aje bom2 psikologi......... kini, skandal JAM KHIR TOYO laks...... lawak2...... aku pun tak tahu ropernya Jam Patek Phillipe tuh, jadi aku tanya aje pak google, dapatlah sket2..... walaupun tak sama tapi bolehlah layari laman web jam khir toyo kat
[SINI].
Berkenaan skandal JAM KHIR TOYO nih, aku kongsi berita yang Harakah tulis.......
Salahguna pemberian jam `Patek Phillipe' kepada Pengerusi PNSB
Saidah Hairan | Foto Wan Zahari Wan Salleh
Wed | Mar 11, 09 | 4:11:25 pm MYTSHAH ALAM, 11 Mac (Hrkh) - Panel siasatan yang dibentuk kerajaan Negeri yang dianggotai pasukan forensik akauntan mengenalpasti terdapat unsur salahguna melalui pemberian jam tangan mewah Patek Phillipe berharga RM159,250 kepada Pengerusi Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB).
![]()
Dalam sesi perbahasan sidang DUN, Adun Bukit Antarabangsa, Azmin Ali berkata, pemberian jam tangan mewah kepada Pengerusi PNSB itu telah mencabar prinsip urus tadbir korporat.
Ini kerana katanya, setiap pejawat awam tidak boleh menerima sebarang cenderahati yang bernilai lebih RM1,000 dan jika mereka menerima ia mesti dipulangkan kepada kerajaan.
Bagaimanapun beliau berkata, sehingga kini tiada sebarang maklumat yang diperolehi mengenai pemulangan jam tangan tersebut dan jam itu tidak ada dalam simpanan PNSB.
Menurut sumber katanya, jam tangan tersebut telah dijual oleh PNSB kepada seorang pembeli tetapi tidak mempunyai rekod bagi membuktikan kesahihan penjualan tersebut.
Dalam masa yang sama, Azmin turut mempersoalkan kelulusan pembelian hartanah Al-Marwa yang dikeluarkan melalui resolusi Pengarah untuk lima unit namun telah dibeli sebanyak 12 unit.
![]()
Katanya, wang berjumlah RM12 juta telah dibawa keluar tanpa kelulusan pihak bertanggungjawab dan urusniaga untuk tujuh unit yang dijual balik kepada kroni tidak mempunyai resit rasmi.
Beliau mempersoalkan apakah muslihat PNSB yang diketuai bekas Menteri Besar, Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo apabila terdapat bukti percubaan untuk membeli semula unit yang telah dijual.
Mengikut rekod PNSB tiada sebarang kelulusan yang diperolehi daripada Pihak Berkuasa terbabit dalam pelaburan hartanah di luar negara, tegasnya.
Selain itu kata beliau, PNSB gagal mengistiharkan faedah bukan wang yang diberi kepada kakitangan termasuk Pengerusi termasuk bentuk barangan, wang tunai atau kedua-duanya termasuk Toyota Harrier dan pemandu serta percutian dalam dan luar negara.
Beliau turut mendesak pihak PNSB supaya memaklumkan berapa jumlah yang dikeluarkan PNSB untuk menampung kos perbelanjaan ahli Balkis termasuk pakaian dan perhiasan mereka.

