Sumbangan ~ Tolong Klik.... Thanks.

Tuesday, December 02, 2008

Wan Farid calon BN di KT?

Malaysiakini : Lima nama disebut-sebut akan disenaraikan untuk dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya kecil parlimen Kuala Terengganu ekoran kematian penyandangnya Datuk Razali Ismail, Jumaat lalu.


Razali yang juga timbalan menteri pelajaran, meninggal dunia ketika bermain badminton di Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands sewaktu menghadiri permukiman anjuran Umno Terengganu.

wan faridLima nama tersebut ialah Timbalan Menteri Dalam Negeri yang juga ketua Umno bahagian Kuala Terengganu, Senator Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh (foto); timbalan ketua bahagian Mohd Sabri Alwi; ketua penerangan Umno negeri, Datuk Zuber Embong, bendahari Umno Terengganu, Datuk Roslan Awang Chik dan bekas ketua penerangan Umno bahagian, Mohd Zuber Embong.

Selain Wan Ahmad Farid, Mohd Sabri juga dikatakan mempunyai peluang yang cerah untuk dipilih bertanding kerusi tersebut.

Jika dipilih, pertandingan ini pilihanraya yang pertama disertai mereka.

Tempoh pelantikan Wan Ahmad Farid sebagai senator akan tamat pada 31 Disember ini.

Zuber pula pernah kalah di parlimen Kuala Terengganu dalam pilihanraya umum 1990.

Selepas itu, namanya tidak muncul sehinggalah dilantik sebagai ketua penerangan Umno negeri pertengahan tahun ini.

Calon pilihan

bm version kuala terengganu parliamnetary seat 291108Roslan yang juga presiden Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia pernah menjadi ahli dewan undangan negeri (Adun) Ladang pada 1995 tetapi tewas di tangan calon PAS Dr Sulaiman Abdullah pada 1999.

Bagaimanapun, Mohd Zuber, seorang pegawai Jabatan Pelajaran Terengganu, kalah bertanding merebut jawatan ahli jawatankuasa (AJK) bahagian baru-baru ini.

Wan Ahmad Farid dan Mohd Sabri merupakan dua pemimpin yang dikatakan rapat dengan Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.

Sebelum dilantik kepada jawatannya sekarang, Wan Ahmad Farid bertugas sebagai setiausaha politik Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (sekarang Kementerian Keselamatan Dalam Negeri).

Mohd Sabri, seorang kontraktor, rapat dengan Khairy kerana sebelum ini beliau ketua Pemuda Umno Terengganu.

Mesyuarat Pemuda bahagian Kuala Terengganu sebulat suara telah mencalonkan Khairy sebagai calon ketua Pemuda Umno untuk pemilihan, Mac depan.

Ketika dihubungi hari ini, ketua Puteri Umno Terengganu, Senator Nordiana Shafie berkata, Wan Ahmad Farid dan Mohd Sabri disebut-sebut bakal calon BN dalam pilihanraya kecil itu.

Serah pada pucuk pimpinan

Bagaimanapun, beliau yang juga ketua pergerakan Puteri bahagian berkata, Wan Ahmad Farid dijangka menjadi pilihan utama untuk mewakili BN.

Tambahnya, Umno mempunyai peluang besar untuk mempertahankan kerusi berkenaan jika meletakkan calon yang sesuai.

"Datuk Wan Ahmad Farid sudah dikenali pengundi Kuala Terengganu. Umno perlukan calon yang boleh diterima oleh semua pihak, bukan sahaja orang Umno, tetapi juga penyokong parti lawan dan pengundi atas pagar.

"Beliau pun bukan muka baru... orang sudah kenal beliau. Agak melegakan kerana tidak mendengar akan berlaku perebutan hendak menjadi calon di kalangan pemimpin parti di sini (Kuala Terengganu).

"Kerana itu, peluang Umno cerah kerana kita sudah menang dua penggal berturut-turut, lagi pun parlimen Kuala Terengganu adalah tempat kita," katanya.

Nordiana berkata, Umno bahagian Kuala Terengganu akan mengadakan mesyuarat dalam masa dua atau tiga hari lagi untuk mengenal pasti calon sesuai.

Setiausaha kerja Umno negeri, Razali Bidin berkata, Umno tidak menghadapi masalah untuk mendapatkan calon sesuai kerana ramai yang boleh diketengahkan.

Bagaimanapun, katanya, biarlah pucuk pimpinan yang menentukan calon untuk kerusi parlimen tersebut.

Kerusi panas ini pernah jatuh di tangan pembangkang pada pilihanraya 1990, Datuk Abdul Manan Othman (Semangat 46) dan 1999, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (PAS).

Dalam pilihanraya umum lepas, calon BN menang dengan majoriti kecil 628 undi, menewaskan Naib Presiden PAS Mohamad Sabu.

PILIHANRAYA KECIL KUALA TERENGGANU - Tok Mun masih minat bertanding ~ ref malaysiakini


Nak tergelak ada nak tergolek pun ada bila aku dengar apa yang keluar kat Utusan..... ha3........

Tok Mun masih minat bertanding

KUALA TERENGGANU 1 Dis. - Bekas calon bebas Parlimen Kuala Terengganu yang mencuri tumpuan pada pilihan raya lepas, Maimun Yusof , 89, melahirkan minatnya untuk bertanding bagi merebut kerusi itu pada pilihan kecil yang akan diadakan nanti.

Bagaimanapun, hasratnya itu akan diteruskan sekiranya ada pihak yang mahu menaja wang deposit berjumlah RM10,000 bagi melayakkan dirinya bertanding sebagai calon pilihan raya kecil itu.

Maimun yang lebih mesra dengan panggilan Tok Mun berkata, beliau masih menyimpan hasrat untuk bertanding, namun tidak mempunyai wang berkenaan untuk berbuat demikian.

‘‘Tok berminat lagi bertanding, tapi tok tak ada pitih (wang) dah. Banyak pitih tok habis masa bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 pada 8 Mac lalu. Sekarang ini pun, tok tak ada pendapatan tetap untuk sara diri tok. Tok hanya meniaga kain secara kecil-kecilan,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di rumahnya di Jalan Pasir Panjang di sini hari ini.

Apa yang paling lawak, tok mun kata dia dah takder pitih doh....... maknanya, kalau dia bertanding lagi, ada jugak yang bagi duit kat dia.... ha3.... gollek aku baca!!!!

lagi nak tergoleknya, tok mun nih bukan calang2 orangnya, ada blog sendiri dan ada face book..... hak3.....

Face Book Tok Mun boleh dilihat di [SINI].

Blog Tok Mun boleh dilihat di [SINI].



Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu : Anwar dan Cikgu Pa Rancang Strategi

Anwar dan Mustafa Ali rancang strategi bersama

SIASAH - MARANG, 1 Dis: Setelah sekian lama tidak datang ke Terengganu, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan ceramahnya di Masjid Rusila baru-baru ini.

Turut serta memberikan ceramah bersama beliau adalah Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Mustafa Ali.
Gambar atas kelihatan Anwar dan Mustafa serius berbincang bagi merangka strategi bersama.

Sudahlah Che Det

Y.B. Zul : Saya agak hairan melihat Mahathir yang sejak akhir-akhir ini bercakap dan merepek seolah-olah beliau langsung tidak berdosa kepada bangsa Melayu dan Islam.

Kita tidak lupa Mahathirlah orangnya yang menghancurkan insitusi Raja-Raja Melayu dengan pindaan Perlembagaan pada tahun 1980an;

Kita tidak lupa Mahathirlah orangnya yang menghancurkan institusi kehakiman dengan pemecatan haram Tun Salleh Abas;

Kita tidak lupa Mahathirlah orangnya yang mencemar institusi Islam; menghina Nabi, memecat Mufti dan mempertikai hukum Islam;

Kita tidak lupa Mahathirlah orangnya menghancurkan kuasa politik Melayu dengan persempadanan semula kawasan pilihanraya setelah pembangkang menang besar dalam pilihanraya 1999 sehingga menyebabkan tidak ujud lagi kawasan majoriti Melayu mutlak, sebaliknya pengundi bukan Melayu menjadi pengundi penentu;

Kita tidak lupa Mahathirlah orangnya yang mengajar kita kurang ajar dengan bersikap kurang ajar terhadap YAM Tunku Abdul Rahman;

Hari ini kita melihat Mahathir bercakap dan berkokok seolah-olah beliau bersih suci dan tidak pernah melakukan sebarang kesalahan; sedangkan tangan beliau kotor berlumuran dengan najis-najis mengotorkan Islam dan bangsa Melayu.

Kepada Mahathir saya nasihatkan supaya ..bertaubatlah..gunalah masa tambahan yang diberi ALLAH untuk menambahkan 'amal ibadah..

Rumah dah nak halau pergi..kubor dok panggil mari-mari..
MAHATHIR..PLEASE KEEP QUIET..
Adios..

PENGUMUMAN : Wacana Perdana KJ Vs. Hussam

Blog Stats