Sumbangan ~ Tolong Klik.... Thanks.
Sunday, October 12, 2008
Datuk Shah Rukh Khan : Sebab Dapat datuk
Beliau berkata, Shah Rukh Khan pernah datang ke Melaka membuat penggambaran filemnya bertajuk One Two Ka Four di A Famosa Resort, Alor Gajah beberapa tahun lepas.
"Salah satu lagu dalam filem berkenaan dibuat penggambaran di A Famosa Resort di Alor Gajah. Ini telah menyebabkan jutaan orang yang menonton filem itu mengenali Melaka," katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas istiadat penyampaian anugerah darjah, tauliah, bintang dan pingat kebesaran negeri Melaka sempena ulang tahun ke-70 Hari Jadi Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd. Khalil Yaakob di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh di sini semalam.
Shah Rukh Khan yang dilahirkan di New Delhi pada November 1965, adalah antara 758 penerima anugerah darjah, tauliah, bintang dan pingat kebesaran negeri Melaka tahun ini. Tarikh penyampaian anugerah kepadanya belum ditetapkan lagi.
Mohd. Ali berkata, penganugerahan DMSM kepada Shah Rukh Khan adalah pelaburan yang mendatangkan banyak keuntungan balik kepada Melaka dari segi promosi secara percuma tanpa melibatkan wang.
- KOSMO!
AR: Datuk SRK, memang hebatlah penangan Ali Rustam kat ko.... dah lama kut dia minat kat ko Datuk SRK!!! Apa kata lepas nih, diberi pulak Datuk kepada Jackie Chan, setahu AR lah, Jackie Chan pun pernah mempopularkan Twin Towers Malaysia dulu!!!!! Ali Rustam yang gila!!!!! AR nak dengaq sangat komen daripada artis2 Malaysia yang mempopularkan bangunan2 Malaysia nih!!!! Lepas tuh, nak dengaq plaks komen Ali Rustam.... Kalu boleh, dibuat DEBAT PERDANA ANTARA ALI RUSTAM DAN ROSYAM NOOR!!!!
Perang Terhadap Najib Bermula!!!
Pagi tadi ketika pulang dari Mahkamah Jalan Duta sekitar pukul 11 pagi, ternampak satu banner digantung yang berbunyi, “Rakyat Merayu kepada Pak Lah Agar Tidak Serah Malaysia Kepada Penjenayah”. Di banner tersebut terdapat gambar Altantuya Shaariibuu, Najib Razak dan Rosmah Mansor.
Tanpa membuang masa, kereta pun dihentikan dan gambar diambil.Kebanyakkan kereta yang melalui jalan tersebut memperlahankan kenderaan untuk melihat banner tersebut.
Selepas makan tengah hari saya keluar untuk membayar bil-bil.
Dalam perjalanan pulang ketika melalui Jalan Bangsar pada pukul 2.00 petang berhampiran dengan simpang untuk ke pejabat NSTP, ternampak sebuah lagi banner yang mempunyai gambar Altantuya, Najib dan Rosmah.
Di banner ini pula tertulis,
“Najib Tun Razak Perdana Menteri Ke 6?
- Rasuah hampir satu billion dalam urusan pembelian peralatan pertahanan.
- Tuduh isteri pertama Tengku Puteri Zainah gila babi untuk kahwin dengan isteri orang.
- Membeli isteri orang untuk dikahwini.
- Punyai isteri yang tamak, boros dan queen control umpama Imelda Marcos.
- Misteri pembunuhan Altantuya.
http://antinajib.blogspot.com Selamatkan Melayu”
Banner yang kedua ini terdapat logo Umno dan digantung disebelah banner hari raya Umno Lembah Pantai. Semalam Pak Lah mengumumkan untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden Umno dalam pemilihan parti tersebut Mac depan.
Setakat ini Najib disebut sebagai penggantinya. Seperti yang dikatakan semalam, Najib “mungkin” menjadi penggantinya. Beliau menggunakan perkataan “mungkin” kerana Najib masih lagi perlu bertanding untuk merebut jawatan Presiden Umno. Setakat ini hanya Ku Li yang telah mengumumkan untuk mencabar jawatan Presiden Umno dalam pemilihan Umno nanti. Masih belum ada calon-calon lain yang berani.
Namun ramai pihak belum yakin Ku Li akan dapat cukup pencalonan untuk merebut jawatan tersebut.
Apa-apa pun perang dalaman Umno untuk merebut kekuasaan telah bermula. Yang peliknya, perang terhadap Najib bermula terlebih dahulu.
Penubuhan Kerajaan Baru: PAS Tunggu Isyarat Daripada Anwar
SHAH ALAM: Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub berkata, parti itu hanya menunggu isyarat daripada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkaitan langkah seterusnya yang akan diambil dalam usaha mengambil alih kerajaan Barisan Nasional (BN).
"Kita hanya menunggu isyarat dariapda Datuk Seri Anwar untuk tindakan selanjutnya," katanya ketika ditemui pada majlis rumah terbuka sempena Aidilfitri anjuran Pas Pusat di sini hari ini.
Di Kota Baharu Jumaat lalu, Anwar yang juga anggota Parlimen Permatang Pauh berkata kerajaan baru akan ditubuhkan sebelum Hari Raya Aidiladha Disember ini, selepas gagal menubuhkan kerajaan pusat pada 16 Sept lalu.
Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, PAS sedang menunggu saat yang terbaik setelah perundingan di antara pemimpin tertingggi parti itu, Parti Keadlian Rakyat dan DAP bertemu baru-baru ini.
mStar Online difahamkan pertemuan tersebut berlansung tiga hari yang lalu.
Menurut beliau, PAS diwakili oleh Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden, Nasharudin Mat Isa, dua Naib Presiden, Datuk Husam Musa dan Mohammad Sabu serta Setiuasaha Agungnya, Datuk Kamaruddin Jaafar pada pertemuan bersama Anwar itu.
Ditanya apakah hasil perbincangan yang dicapai dalam pertemuan tersebut, beliau berkata:
"Kita hanya bincang perkara ke arah peralihan kuasa. Keputusannya sangat positif kerana Pas diwakili oleh pemimpin di peringkat tertinggi."
Tambahnya, PKR dan DAP juga menghantar pemimpin peringkat tertinggi masing-masing pada pertemuan tersebut.
Sementara itu ketika ditanya apakah yang akan dilakukan oleh ahli-ahli Parlimen pembangkang menjelang esok apabila Parlimen kembali bersidang, Salahuddin berkata:
"Semuanya terpulang kepada Datuk Seri Anwar, kita hanya menunggu sahaja."
- mSTAR
AR: Bohong!!! Bohong....... hahahahahahaha..... Ke mana pulak agaknya MP2 BN nak melarikan diri nih agaknya ya???? Sekarang, Dolah dah tak mau dah.... Bagi si Bijan laks hadle!!!
AL FATIHAH! bapa HISHAMUDDIN RAIS meninggal dunia..
- Labun Kulup
AR: Alfatihah!!! Semoga Allahyarham ayahnda Hishamuddin Rais ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal soleh.
Gelaran Datuk Milik UMNO..... bapak ngko!!!
MELAKA 10 Okt. - Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia, Laksamana Datuk Abdul Aziz Jaafar mengetuai senarai 758 penerima darjah, tauliah, bintang dan pingat kebesaran negeri Melaka sempena Hari Jadi Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd. Khalil Yaakob ke-70 esok.
Abdul Aziz bersama Presiden Kolej Teknologi Islam Antarabangsa Melaka Prof. Emeritus Datuk Dr. Md. Yusop Hashim dan Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Datuk Omar Kaseh, dianugerahkan Darjah Cemerlang Seri Melaka (DCSM) membawa gelaran Datuk Wira.
"Seramai 77 penerima dianugerahkan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk," kata Setiausaha Politik Ketua Menteri Melaka, Saadon Basirun kepada pemberita di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini, hari ini.
Beliau berkata seramai 323 penerima akan menerima anugerah masing-masing pada majlis istiadat penganugerahan di Dewan Seri Negeri esok manakala baki 435 penerima akan menerima pada Ahad.
Katanya, pada tahun ini, tiada penganugerahan bagi Darjah Utama Negeri Melaka (DUNM) yang membawa gelaran Datuk Seri Utama, dan Darjah Gemilang Seri Melaka (DGSM) yang membawa gelaran Datuk Seri kerana tiada permohonan diterima bagi kedua-dua anugerah itu.
Saadon berkata jumlah keseluruhan penerima yang berkurangan pada tahun ini berbanding 1,183 orang pada tahun lepas disebabkan Kod Etika Pemilihan Umno yang tidak membenarkan anggota parti itu dianugerahkan darjah, tauliah, bintang dan pingat kebesaran negeri.
Penerima DMSM yang membawa gelaran Datuk ialah Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Syarikat Malaysia Abdul Karim Abdul Jalil, Pakar Bedah Kardiotorasik Hospital Sultanah Aminah Dr. Abdul Rahman Ismail, Pegawai Protokol dan Istiadat Pejabat Yang Dipertua Negeri Melaka Abdullah Mohd. Taha, Ketua Pegawai Eksekutif Kompakar Inc. Berhad Ir. Dr. Ahmad Fikri Hussein, Pakar Bius Putra Specialist Hospital Melaka Sdn. Bhd. Dr. Aiyaroo a/l Palayah Thevar, Timbalan Yang Dipertua Persatuan Guru Semenanjung Ali Hashim, Pengarah Recron (M) Sdn. Bhd. Anil Rajvanshi, Pengarah Urusan Seni Jaya Corporation Berhad, Anne Teo, Pengarah Urusan ATK Communication Sdn. Bhd. Atikah Adom, Timbalan Naib Canselor Universiti Malaya Prof Madya Dr. Azarae Idris.
Pakar Bedah 94 Hospital Angkatan Tentera Brig Jen. Dr. Azlan Mohd Nor, Ketua Pegawai Eksekutif Globalnet Education Consultants Sdn Bhd Azmi Said, Pengarah Urusan Shukorbaljit & Partners Baljit Singh a/l Balwant Singh, Pengarah Pembangunan Perniagaan Redknee Boi Mohammad, Setiausaha Bahagian Majlis Keselamatan Negara Che Moin Umar, Pengerusi Parti Progresif Penduduk Melaka Senator Chiw Tiang Chai, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Farida Mohd. Ali, Pengarah Eksekutif Farm's Best Berhad Fong Kiah Yeow, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya dan Kemudahan Awam Melaka Gan Tian Loo, Pengerusi Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Gwee Yew Kiat.
Turut menerima anugerah ialah Pengarah Urusan Kasha Holdings Sdn. Bhd. Halim Yom, Anggota Jawatankuasa Pekema Husein Tamby Chik, Naib Presiden Maybank Ibrahim Muhammad, Ahli Suruhanjaya Syarikat Malaysia Idris Abdullah @ Das Murthy, Pengerusi Indot Holdings Sdn Bhd Isa Ahmat Indot, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Biotechnology Corporation Sdn. Bhd. Datuk Iskandar Mizal Mahmood, Penolong Pengarah E3 Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia SAC Jalaludin Ibrahim, Ketua Pengarah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia Datuk Jalilah Baba, Pengarah Urusan Emerald Capital Development Sdn Bhd James Ong Li Ming, Timbalan Ketua Bahagian Guaman Jabatan Peguam Negara Datuk Kamaludin Md. Said.
Timbalan Pengerusi MIC Jasin K. Karpan, Duta Malaysia Bahagian Hubungan Antarabangsa Kenneth J.Luis, Pengerusi Eksekutif DK Composites Sdn Bhd Khalilur Rahman Ebrahim, Pengarah Eksekutif Syarikat Axisjaya Group Kok Kim Sang, Pakar Perunding Kanan Pediatrik Jabatan Pediatrik Dr. Kuan Geok Lan, Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Lamien Sawiyo, Pengarah Urusan Tuong Aik Shipyard Sdn Bhd Lau Nai Hoh, Anggota Jawatankuasa Pusat Parti Gerakan Rakyat Malaysia Lau Yeng Peng, Pengarah Urusan Kumpulan Magna Prima Berhad Lee Kian Seng, Pengarah Urusan HSBC Bank Malaysia Berhad Lee Say Tshin.
Pengerusi Eksekutif Zuffa Pharmacy Sdn Bhd Mahamad Zubir Seeht Saad, Pengarah Eksekutif Maruwa Company Limited Japan Manimaran Anthony, Presiden Agro Bank Martini Osman, Ketua Polis Melaka SAC I Mazlan Mansor, Timbalan Presiden Bank Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia Berhad Md Diah Mohammad, Presiden Persekutuan Pertubuhan India Muslim Meera Mohideen Jamal Mohd., Pengarah Kampus Universiti Teknologi Mara Melaka Prof. Madya Dr. Mizan Hitam, Pakar Perubatan Putra Specialist Hospital Melaka Sdn. Bhd. Dr. Mohamad Suhaimi Mohamad Uda Tenang, Pengurus Besar Yayasan Pembangunan Iktisad Islam Malaysia Mohamed Ashaaree Mahmood, Pengarah Urusan Ambank (M) Berhad Mohamed Azmi Mahmood.
Pengarah Urusan Kumpulan OVD Group Companies Mohamed Rozhan Mohd Ghazali, Pengurus Besar Tenaga Nasional Berhad Johor, Mohd. Aminuddin Mohd Amin, Pengarah Eksekutif Kanan Pricewaterhousecoopers Malaysia Mohd. Anwar Yahya, Ketua Pegawai Operasi Syarikat Alloy Consolidated Sdn Bhd Ir. Mohd. Dom Ahmad, Pakar Bedah Jantung dan Paru-Paru Hospital Pakar Ampang Puteri Dr. Mohd. Fikri Abdullah, Peguam Mohd Hafarizam Harun, Ketua Penerangan Persatuan Bekas Tentera Mustapha Ahmad S. Marican, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Dr. Muzahet Masruri, Pegawai Kewangan Negeri Melaka Naim Abu Bakar, Pengarah Urusan Alaf Anggun Sdn. Bhd. Ng Kin Heng.
Pegawai Khas Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad Noraiwi Md. Zin, Duta Besar Malaysia di Morocco Othman Samin, Pengarah Eksekutif Mamee Double Decker (M) Berhad Pang Tee Nam, Pengarah Urusan Kumpulan Harta Maintenance Sdn. Bhd. Radzali Hassan, Ketua Pegawai Operasi Universiti Antarabangsa Kewangan Islam Bank Negara Razali Mahfar, Naib Presiden Universiti Tun Abdul Razak Saroni Judi, Artis Bollywood Shah Rukh Khan.
AR: Bapak ngko UMNO!!!! Semuanya jadi mainan UMNO..... kalau BAB kuasa dan kekayaan semuanya milik UMNO..... kepala mak bapak engko!!!! semuanya boleh buat main!!!!! Memang UMNO gila kuasa dan pangkat!!! rujuk teks yang berkaler merah!!!! bapak engko!!!
Pencalonan Pemuda UMNO
Transkrip Wawancara Bernama Bersama Paklah
Berikut adalah transkrip penuh temu bual itu.
S1: Apakah perasaan Datuk Seri sekarang setelah membuat pengumuman ini. Adakah anda berasa lega? Mungkinkah anda berasa sedikitkesal?
J: Saya bersyukur kepada Tuhan kerana telah memudahkan saya membuat keputusan ini. Saya telah memutuskan, saya gembira dengan keputusan ini dan berasa selesa mengenainya.
Mengimbas kembali apabila saya dipilih (sebagai Presiden Umno) pada 2004, saya merancang dalam manifesto saya tentang negara dan apa yang diperlukan negara untuk mencapai matlamat Wawasan 2020. Saya masih ingat semua itu.
Selepas Wawasan 2020 diumumkan pada 1990, pelaksanaanya berjalan dengan baik. Malaysia berjaya melakukannya dengan baik pada tempoh 15 tahun pertama.
Saya sedar bahawa pada tempoh kedua pelaksanaan (Wawasan 2020), kita menghadapi pelbagai cabaran. Saya telah berulang kali menyatakan bahawa ketika kita sedang mendaki, untuk menuju ke puncak, seperti mendaki Gunung Everest, bahagian terakhir pendakian itu adalah yang paling sukar.
Saya fikir kita telah mengadakan asas yang baik dan berdasarkan Misi Nasional sebagai panduan, saya percaya kita boleh merealisasikan hasrat kita.
Saya yakin pengganti saya akan menyambung kerja saya dan melakukan apa yang perlu untuk membawa kita mencapai matlamat itu.
S2: Adakah Datuk Seri menyatakan bahawa walaupun Datuk Seri tidak lagi menerajui (sebagai Perdana Menteri), Datuk Seri telah mengadakan asas yang baik bagi Wawasan 2020?
J: Ya, saya percaya masanya sudah tiba untuk pemimpin generasi baru mengambil alih.
Apa yang penting adalah Umno dan Barisan Nasional mestilah bersatu dalam menangani segala cabaran yang dihadapi.
S3: Apakah yang Datuk Seri fikirkan sebelum membuat keputusan berkenaan?
J: Saya perlu menyatakan ini. Selepas pilihan raya, terdapat orang yang menyatakan bahawa saya mesti mengundurkan diri.
Beberapa orang menyatakan bahawa saya bertanggungjawab terhadap keputusan yang tidak seorang pun (dalam Barisan Nasional) suka, yang mengejutkan anggota parti, terutamanya Umno.
Namun ada juga orang lain yang bersungguhsungguh menyokong saya dan mahu saya kekal untuk meneruskan tugas saya. Dan apabila mereka datang ke rumah saya dalam satu kumpulan yang besar, menyatakan kepada saya "Datuk Seri tidak boleh mengundurkan diri, Datuk Seri mempunyai misi, Datuk Seri perlu menyelesaikan misi itu."
Saya mendengar setiap pihak dan pada masa yang sama saya melihat hakikat sebenar, memikirkan masa hadapan dan akhirnya saya membuat keputusan muktamad bahawa inilah masanya yang sesuai untuk saya menyerahkan tanggungjawab saya.
S4: Adakah Datuk Seri memaklumkan kepada Yang diPertuan Agong?
J: Tidak.S5: Kenapa? Adakah tiada keperluan berbuat demikian?J: Saya tidak fikir wujud satu keperluan kerana perkara ini adalah soal parti. Saya masih Perdana Menteri. Apabila tiba masanya untuk menyerahkan atau melantik pengganti kepada Perdana Menteri, hanya ketika itu adalah penting untuk memaklumkan kepada Seri Paduka Baginda. S6: Datuk Seri kelihatan ceria pada hari membuat pengumuman itu. Bagaimana Datuk Seri berasa gembira semasa membuat pengumuman yang akhirnya membuat Datuk Seri meninggalkan suatu kedudukan penting dan hilang pegangan kuasa? J: Sebagaimana saya memberitahu anda, keputusan itu tidak mengganggu saya. Saya tidak menyesal membuat keputusan.
Saya berasa selesa mengenainya dan itu sebabnya saya berasa ceria. Saya fikir apa yang saya lakukan ini adalah demi kepentingan negara dan parti.
Ia akan membolehkan kita menumpukan perhatian kepada tugas yang ada dan saya akan menggunakan sepenuhnya bulan-bulan terakhir saya untuk melaksanakan agenda saya.
Meninggalkan satu jawatan utama dan menyerahkan kuasa penting bukan keutamaan saya.
S7: Adakah Datuk Seri melihat pengunduran Datuk Seri akan membantu menyatupadukan parti?
J: Saya harap keputusan saya adalah demi kepentingan negara. Pada masa yang sama, saya perlu memberi tumpuan kepada apa yang perlu saya lakukan.
Saya percaya sikap dan tindaktanduk anggota parti akan menentukan masa depan parti. Itu paling utama. Jika mereka meletakkan kepentingan parti melebihi kepentingan diri sendiri, Umno akan selamat.
S8: Memandangkan Datuk Seri telah menyatakan hasrat untuk mengundurkan diri, beberapa pihak tertentu telah mendesak Datuk Seri mengundurkan diri sekarang. Ada pihak juga telah menyatakan bahawa Datuk Seri mulai sekarang hingga Mac nanti tidak perlu bercakap apaapa, sedangkan mereka terus membuat pelbagai kenyataan walaupun telah lama meninggalkan tampuk pemerintahan. Apakah komen Datuk?
J:Saya amat menyedari tentang apa yang saya mahu lakukan.
Saya telah merancang persaraan saya, saya telah merancang terlebih dahulu bila saya perlu menyerahkan kuasa dan apa yang perlu dilakukan.
Saya terus kekal bukan untuk mendapat nama sebagai perdana menteri. Saya memutuskan untuk kekal kerana saya mempunyai misi. Saya mesti menunaikan janjijanji saya dengan baik terutamanya untuk melakukan pembaharuan.
Ingat, saya dikritik kerana telah membuat janji-janji yang disukai dan disambut baik oleh rakyat dan mereka kemudiannya menyatakan saya tidak mengotakan janjijanji.
Tetapi saya tidak dapat menunaikan kesemuanya dalam tempoh empat tahun pertama kerana saya menumpukan kepada perkara-perkara lain.
Tetapi ada satu perkara yang perlu saya nyatakan di sini bahawa manifesto pilihan raya 2004 bukanlah hanya untuk empat tahun (yang berakhir hingga 2008) iaitu tempoh semasa saya memegang tampuk pemerintahan dan kemudiannya saya akan membuat manifesto lain.
S9: Maka Datuk Seri melihatnya sebagai satu penyediaan asas bagi masa depan?
J: Ya, kerana saya amat menyedari bahawa saya hanya mula menerajuinya selepas tempoh masa pertama pelaksanaan Wawasan 2020.
Saya berada dalam waktu permulaan tempoh kedua Wawasan 2020.
Maka saya masih mempunyai tempoh tiga hingga lima tahun (untuk melaksanakan beberapa program).
Saya memikirkan bahawa dalam tempoh masa kedua di mana saya fikir boleh memilih untuk melaksanakan apa yang saya mahukan dan pada peringkat mana.
Tetapi wujud satu perasaan kecewa mengenai apa yang diharapkan oleh rakyat terhadap apa yang perlu dilakukan dan apa yang tidak saya lakukan.
Maka, apabila saya mengumumkan permulaan untuk mengadakan pembaharuan dalam kehakiman dan Badan Pencegah Rasuah, terdapat satu sokongan amat kuat.
Ada orang yang kini mempersoalkan mengapa saya tidak mengumumkan pembaharuanpembaharuan ini sebelum pilihan raya lepas dan mereka pasti akan menyokong tindakan berkenaan.
Apapun, ia kini tidak penting lagi kerana apa yang berlaku telahpun berlaku. Saya akan memastikan bahawa saya akan melakukan beberapa pembaharuan dan program ekonomi.
Mungkin mereka yang meminta supaya saya diam mahu memonopoli tumpuan itu untuk diri sendiri.
S10: Adakah Datuk Seri berasa akan kehilangan kesibukan memegang tampuk pemerintahan negara? J: Mungkin, tetapi saya akan merasakannya apabila saya bersara. Ia akan menjadi masa untuk orang lain.
Saya boleh menyatakan bahawa saya tidak akan cuba untuk "mentadbir dari luar."
S11: Apakah pencapaian besar Datuk Seri semasa menjadi Perdana Menteri?
J: Hakikatnya, masa saya masih belum tamat lagi. Lebih molek kita membicarakannya selepas saya menamatkan tempoh perkhidmatan dan saya bersara.
S12: Datuk Seri memimpin Barisan Nasional mencapai kemenangan besar pada pilihan raya umum 2004 dan mengalami kekalahan teruk pada 2008.
Adakah Datuk Seri fikir kemerosotan sokongan itu berpunca daripada Datuk Seri yang tidak menunaikan janji untuk mengadakan pembaharuan?
J: Itulah yang diperkatakan oleh ramai orang dan saya cenderung untuk mempercayai apa yang diperkatakan mereka.
Perkara ini adalah sebahagian daripada aduanaduan serius kerana janji pembaharuan menggembirakan ramai orang berdasarkan daripada komenkomen dalam laporanlaporan akhbar selepas pilihan raya 2004.
S13: Adakah Datuk Seri merasakan kerajaan perlu melakukan lebih daripada memenuhi kehendak aspirasi rakyat.
Bolehkah Datuk Seri memberikan contoh-contoh?
J: Sekali lagi ia adalah daripada segi pelaksanaan pembaharuan, kami tidak menyelesaikannya.
Apapun, yang lepas telah berlalu. Saya sentiasa ingin memulakan perubahanperubahan ini, tetapi saya ini melakukannya secara beransur-ansur.
Tetapi rakyat mungkin mahukan saya bertindak lebih cepat dan mungkin inilah sebabnya mereka meluahkan rasa tidak puas hati. Dalam apa jua kes, saya telah menyatakan saya mahu melaksanakan pembaharuan terhadap institusi berkenaan dan melancarkan jaring keselamatan sosial yang akan meliputi 110,000 isi rumah.
S14: Jika Datuk Seri mempunyai peluang untuk melakukannya sekali lagi, adakah Datuk Seri akan merancang sesuatu yang berbeza bagi pilihan raya umum ke-12?
Adakah Datuk Seri berpendapat bahawa Datuk Seri gopoh semasa memutuskan untuk membubarkan Parlimen apabila Datuk Seri tidak mempunyai waktu untuk menyusun kemas jentera pilihan raya BN?
J: Sebenarnya, pengaturan masa itu telah difikirkan dengan sebaikbaiknya. Saya mahu memperbaharui mandat kerana sebelum pilihan raya umum terdapat amat banyak kritikan terhadap pelbagai perkara.
Maka, saya fikir bahawa adalah lebih baik untuk mendapat mandat baru. Itulah sebabnya mengapa saya memutuskan untuk mengadakan pilihan raya pada masa itu.
- mStar
One Day In Cherok To'Kun Open House....
Ramainya orang di Cheruk To'kun hari nih...... dalam ramai2 orang tuh..... nun, ada jugak kelibat Yang DiPertua Pulau Pinang..... Syabas... semangat beginilah kita alu-alukan.........