Sumbangan ~ Tolong Klik.... Thanks.

Sunday, October 12, 2008

Penubuhan Kerajaan Baru: PAS Tunggu Isyarat Daripada Anwar

SHAH ALAM: Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub berkata, parti itu hanya menunggu isyarat daripada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkaitan langkah seterusnya yang akan diambil dalam usaha mengambil alih kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Kita hanya menunggu isyarat dariapda Datuk Seri Anwar untuk tindakan selanjutnya," katanya ketika ditemui pada majlis rumah terbuka sempena Aidilfitri anjuran Pas Pusat di sini hari ini.

Di Kota Baharu Jumaat lalu, Anwar yang juga anggota Parlimen Permatang Pauh berkata kerajaan baru akan ditubuhkan sebelum Hari Raya Aidiladha Disember ini, selepas gagal menubuhkan kerajaan pusat pada 16 Sept lalu.

Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, PAS sedang menunggu saat yang terbaik setelah perundingan di antara pemimpin tertingggi parti itu, Parti Keadlian Rakyat dan DAP bertemu baru-baru ini.

mStar Online difahamkan pertemuan tersebut berlansung tiga hari yang lalu.

Menurut beliau, PAS diwakili oleh Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden, Nasharudin Mat Isa, dua Naib Presiden, Datuk Husam Musa dan Mohammad Sabu serta Setiuasaha Agungnya, Datuk Kamaruddin Jaafar pada pertemuan bersama Anwar itu.

Ditanya apakah hasil perbincangan yang dicapai dalam pertemuan tersebut, beliau berkata:

"Kita hanya bincang perkara ke arah peralihan kuasa. Keputusannya sangat positif kerana Pas diwakili oleh pemimpin di peringkat tertinggi."

Tambahnya, PKR dan DAP juga menghantar pemimpin peringkat tertinggi masing-masing pada pertemuan tersebut.

Sementara itu ketika ditanya apakah yang akan dilakukan oleh ahli-ahli Parlimen pembangkang menjelang esok apabila Parlimen kembali bersidang, Salahuddin berkata:

"Semuanya terpulang kepada Datuk Seri Anwar, kita hanya menunggu sahaja."

- mSTAR


AR: Bohong!!! Bohong....... hahahahahahaha..... Ke mana pulak agaknya MP2 BN nak melarikan diri nih agaknya ya???? Sekarang, Dolah dah tak mau dah.... Bagi si Bijan laks hadle!!!

2 comments:

Anonymous said...

Penubuhan kerajaan pusat PR mengapa dan untuk APA?!!!

Untuk para pimpinan PR ( PKR, PAS, DAP ) senang dapat jawatan2 & kuasa supaya dapat bolot semua khazanah negara???

ATAU korban diri & sumbang bakti untuk kebajikan & kesejesteraan RAKYAT???

Wahai para pimpinan PR,.... BeTuLkaN NIaT, AmaLan dan TindAkaN seharian Anda!!!

Suara hati Rakyat: Kami memerhati, Kami menilai, Kami menghukum atas segala amalan & tindak-tanduk kamu wahai para pimpinan"

Sekali Anda cuai, padah dari Sumpahan Rakyat untuk selama2nya ............tiada maaf & tiada esok bagi kamu.

Anak Reformasi said...

InsyaALLAH, sesuatu penghijrahan akan menghasilkan satu kaedah yang lebih baik.

Hijrah itu Pengorbanan.

Hijrah itu Perjuangan.

Hijrah itu Persaudaraan.

Hijrah membentuk Perpaduan.

- Jadi, sama2lah kita berhijrah..... Dah teruk sangat dah kehidupan kita sekarang nih.

Post a Comment

Blog Stats