Sumbangan ~ Tolong Klik.... Thanks.

Friday, October 31, 2008

Kestabilan Politik Malaysia ~ Pembebasan Razak dan Minyak Turun

Hari ini, tarikhnya 31 Oktober 2008, hari Jumaat..... kirenya penghujung bulan Oktoberlah..... 2 berita gempar keluar sekaligus...... Begitulah agenda Politik Malaysia ala UMNO yang diketahui umum......


BERITA PERTAMA - Pembebasan Razak Baginda

razak baginda acquitted 311008 10

Mahkamah Tinggi Shah Alam telah membebaskan penganalisa politik, Abdul Razak Baginda daripada tuduhan bersubahat membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Akan tetapi, 2 anggota polis daripada Unit Tindakan Khas, Cif Inspektor Azilah Hadri, 32, dan Koperal Sirul Azhar Umar, 36, yang dituduh membunuh Altantuya, diperintah membela diri.

Nampaknya, Mahkamah akan memanggil saksi kontroversi iaitu BalaSubramaniam dan Raja Petra untuk penjelasan kes dan kemungkinan besar akan dikaitkan dengan ROSMAH atau NAJIB bagi tuduhan subahat..... Saper lagi, kalau bukan Razak Baginda???? Takkan Paklah kut???


BERITA KEDUA - Harga Minyak Turun Lagi

petrol price hike reduced from rm 2 30 to rm 2 15Kerajaan hari ini mengumumkan penurunan harga petrol dan diesel sebanyak 15 sen seliter berkuatkuasa esok.

Sehubungan itu, harga runcit petrol dan diesel adalah seperti berikut:

• Petrol RON97 dikurangkan daripada RM2.30 seliter kepada RM2.15 seliter;

• Petrol RON92 dikurangkan daripada RM2.20 seliter kepada RM2.05 seliter; dan

• Diesel dikurangkan daripada RM2.20 seliter kepada RM2.05 seliter.

bm version petrol and diesel fuel price hike reduction 311008




























KESIMPULAN

Begitulah politik Malaysia ala UMNO...... menutup bualan politik rakyat terhadap pembebasan Razak Baginda.... di ada-adakan berita baru yang dikatakan menggumbirakan rakyat, namun, ianya masih lagi menindas rakyat kerana rakyat masih perlu membayar subsidi kepada kerajaan UMNO... eh, eh, tersilap.... kerajaan Malaysia........ Inilah yang di namakan politik UMNO....... penuh tipu helah dan tipu daya bagi menutup perkara besar!!!! Namun, Najib dan Rosmah perlu dibicarakan..... kerana apa??? Kalau bukan Razak Baginda yang suruh.... Siapa lagi yang suruh malaun 2 ekoq tuh bunuh????? Jawapannya, Pak Lah dah tahu.,.... cuma tunggu masa saja untuk merancang langkah seterusnya.... Apa kabor ko ROSMAH EMILDA????

Razak Baginda Ke Mongolia?? BERITA BELUM DI SAHKAN !

Sumber : Tukar Tiub

Razak Baginda telah kelihatan berada di Lapangan Terbang Kuala Lumpur pada jam 6.00 petang ini.

Razak Baginda kelihatan tidak di iringi oleh kaum keluarganya. Dia kelihatan bersendirian dan hanya membawa sebuah kerpai palstik.

Pegawai Syarikat Air Bangla telah memberi tahu bahawa Razak Baginda telah membeli tiket satu hala untuk penerbang Air Bangla menuju ke Ulan Bator Mongolia.

Penerbangan AB658 ini akan meninggalkan KLIA pada jam 10.30 malam menuju Hong Kong sebelum menyambung perajalanan ke Ulan Bator. Penerbangan AB658 ini akan sampai ke Ulan Bator jam 7.30 pagi waktu tempatan

Ajensi berita telah melaporkan, besar kemungkinan Razak Baginda menuju ke Ulan Bator kerana terlalu rindu akan anaknya yang kesaorangan setelah ibunya Altantuya menjadi arwah.(tt)

Awas Najib, Bala Dan Raja Petra Bakal Jadi Saksi - ref malaysiakini

Sumber - pahangdaily

Awas Najib! mungkin itulah amaran Pak Lah dan Khairy terhadap TPM itu. Ini kerana sudah pasti mereka akan dikaitkan dengan kes ini dalam masa terdekat. Ini kerana nampaknya kes perbicaraan pembunuhan wanita Monggolia Altantunya Sharibu semakin "panas dan mendebarkan". Perkembangan terbaru yang menyaksikan Razak Baginda dibebaskan menunjukkan bahawa pasti ada orang lain yang akan dituduh dalam kes ini. Apa yang menarik, kami difahamkan peguambela tertuduh iaitu Azilah dan Sirul yang dipanggil untuk membela diri pada 10 November ini meminta mahkamah memanggil semula saksi pertama kes itu iaitu Penyiasat Persendirian P.Balasubramaniam. Lebih menarik lagi prguambela tertuduh juga meminta mahkamah memanggil penulis blog yang kini ditahan ISA iaitu "Raja Petra" sebagai saksi. Apakah ini bermakna satu konspirasi bagi mengaitkan Najib Razak dan Rosmah Mansor dalam kes ini bakal menjadi kenyataan. Tambahan pula kedua-dua mereka sebelum ini telah mengeluarkan "akuan bersumpah" tentang penglibatan Najib-Rosmah dengan kes ini.

[Sebelum ini kami pernah mendedahkan perihal perjalan Najib menjadi Perdana Menteri akan digagalkan dengan kes Altantunya. Sekarang sudah terang lagi bersuluh, nampaknya jika Raja Petra dan Balasubramaniam dipanggil sebagai saksi. Maka sudah pasti mereka akan bertanya soal "akuan bersumpah" mereka dulu. Dan akhirnya, Najib dan Rosmah akan dipanggil ke Mahkamah untuk menjawab segala tohmahan dan fitnah yang diperkatakan terhadap mereka selama ini. Pak Lah dan Khairy kini tersenyum].

Diambil Daripada : SkuadDunBatuCaves

Razak Baginda terlepas : Siapa 'tok dalang' nya?


Selepas menempuh perbicaraan selama 151 hari, akhirnya Razak Baginda didapati tidak bersalah dan beliau bebas dari tuduhan besubahat membunuh model sensasi Mongolia Cik Altantuya.

Yang diarah membela diri cuma 2 org yang di'upah' utk melaksanakan hukuman 'lutup' pada model berkenaan iaitu Cif Inspektor Azilah Hadri, 32, dan Koperal Sirul Azhar Umar, 36, dalam pembunuhan itu pada pukul 9.54 malam, 18 Oktober 2006 dan 9.45 malam, 19 Oktober 2006 di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Aku xnak komen tentang keputusan hakim, Datuk Mohd. Zaki Md. Yasin yg memutuskan sedemikian di akhir kes pendakwaan setelah mendapati tiada kes prima facie terhadap Abdul Razak sebab keputusan dari institusi 'suci' tertinggi negara ini harus dihormati. Bukan senang nak buat satu keputusan yg melibatkan hukuman mati sesenang gitu je kecuali kalau ada bukti yg benar2 kukuh.

Tapi, aku risau gak. Bukan sbb Abd Razak terlepas atau tidak. Tapi, kalau ikut kronologi perbicaraan sebelum ini didapati bhw 2 ekor mamat polis tu cukup bukti berada ditempat kejadian dan membunuh model tu. Kalau ikut logik akal, soalan pertama yg muncul adalah: "Apahal pulak minah tu kena bunuh?" atau ikut citer CSI dipanggil 'motif pembunuhan'. Mana ada org bunuh sesaja jer kan?

Apa motif kedua2 polis tu sampai sanggup menamatkan riwayat nyawa org lain? Yang pasti, ini bukan pasal hal 'Trilogi cinta tiga segi'. Jadi, kalau bukan hal tersebut, mesti ada motif lain yg berkaitan. Dan tup2 nama Razak Baginda tetiba terpancul dan sekaligus dituduh bersubahat membunuh minah tu. Ingat! Bersubahat bukan bermakna membunuh walaupun hukuman tetap sama. Yg menjadi hujah terpenting disini adalah 'tangan' yang sebenar mengambil nyawa Altantunya tu. Itu baru dikira bunuh dan selayaknya dijatuhkan hukuman setimpal walaupun terima arahan dari pihak lain.

Seterusnya bila sudah dpt sipembunuh, pasti polis akan jalankan siasatan. Bila 2 ekor mamat tu dah kantoi dan dibawa ke bilik soalsiasat, maka muncullah nama Razak Baginda yang merupakan sahabat baik dan ber'komisen' Najib Tun Razak yang dikatakan mengarah mereka membunuh model tersebut. Polis Malaysia kalau bab2 soalsiasat ni jgn buat main2 beb. Sampai lubang cacing kaum tu korek dan yg tertutup suma terbuka sesenang gitu jer. Memang x dinafikan kecekapannya dan diiktiraf peringkat antarabangsa. 'World Class PDRM!' (Camna dorang jalankan soalsiasat tu? Paham2 jer lah...)

Kalau xde angin, masakan pokok boleh bergoyang kan? Maknanya mesti ada 'tok dalang' yang bersembunyi dibelakang tabir mengarahkan wayang kulit bernama Azilah dan Sirul melakukan agenda jahat tersebut. Maknanya, mereka di'arah'kan bukan sesaja jer nak biarkan badan minah tu berkecai dengan C4. Kalau Razak Baginda terlepas, siapa yg memandai pulak? Tulah dia persoalan utama kat sini.... Siapa? Siapa? Siapa?

Law kat Malaysia ni byk rujuk kpd keputusan yg dibuat oleh hakim terdahulu. Aku takut ada yg menggunakan kes ini sbg cara tuk lepaskan diri. Takut2 nanti, sampai ada yang bersuara: "Kalau nak membunuh kat Malaysia, arahkan jer org lain buat, nescaya boleh selamat". Parah kalau jadi camtu nanti. Ingat nyawa boleh dibeli ker?

Nyawa bukan mende main2 beb! X kiralah sapa yg membunuh samada 'somebody' atau 'nobody', kalau dah amik keje Tuhan tu, kenalah tanggung hukuman kat dunia kalau bersalah. Dan perkara ni mesti mencabar kredibiliti polis kerana nak cari 'pengarah utama' tu pasti temui jalan berliku. Razak dah x boleh didakwa atas tuduhan yg sama pulak tu. Dlm erti kata lain, kawan tu dah totally bebas dari apa2 pertuduhan yg berkaitan dgn pembunuhan tersebut selama-lamanya kecuali pihak pendakwa membuat rayuan dan itu pun kalau berjaya.

Jadi, kita tunggu episod pembelaan diri dgn akuan bersumpah Azilah dan Sirul nanti. Masa ni mungkin terbongkar siapa 'tok dalang' yang sebenarnya.


- Reforman

ARef : Inilah Malaysia!!!! badan kehakiman diferkudakan, diuntakan dan dianjingkan~!!!!!! Tapi, Allah Maha Adil....... Bahagiakah si pembunuh dan yang bersubahat membunuh manusia bernama Altantuya ini???? Ingat!!! Allah Maha Adil lagi Maha Bijaksana.......

Tuesday, October 28, 2008

HUJAH TV9 - YB Saifuddin Nasution & YB Khir Toyo

HUJAH TV9 - YB Saifuddin Nasution - Part 1

HUJAH TV9 - YB Saifuddin Nasution - Part 2



Part 3HUJAH TV9 - YB Saifuddin Nasution - Part 3

ARef: Terima kasih kepada Pemuda Besut di atas, video ini...... Aku nak komen sikit..... kalau diikutkan, sepatutnya Khir Toyo nih kena berhujah dengan Hassan Ali baru regu yang best..... Anyway, Saifuddin Nasution pun, Khir Toyol nih dah nak K.O!!!!

PELANCONG ANGKASA DAN ANGKASAWAN MALAYSIA..



Richard Garriott :PELANCONG ANGKASA


Syed Muzzafar : ANGKASAWAN MALAYSIA

Angkasanuri : Hari ini Richard Garriott, jutawan permainan video dari Amerika Syarikat selamat kembali ke bumi. Media seluruh dunia menggelarnya sebagai pelancong angkasa.

Dia pergi angkasa lepas di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa ( ISS ) menggunakan roket Soyuz milik Russia selama 12 hari. dengan segala perbelajaan sebanyak AS$ 35 juta ( RM 119 juta ) dengan menggunakan duit poket sendiri. Di samping itu,sepanjang di ISS dia turut melakukan beberapa kajian terutama berkaitan tekonologi permainan video yang dihasilkan oleh syarikatnya. Tak de pulak dengar dia dipanggil angkasawan atau astronaut.

Berbeza dengan Syed Muzzafar yang turut ke stesen ISS selama 10 hari juga dengan Roket Soyuz milik Russia.Berlepas dari stesen yang sama dan kembali ke bumi di tempat yang hampir sama dengan Garriott! Perbelanjaan mencecah hampir RM 120 juta yang turut membuat beberapa eksperimen, balik-balik je terus dapat gelaran angkasawan atau astronaut. Sehingga hari ini diusung ke hulu ke hilir menceritakan pengalamannya sebagai angkasawan.

Kenapa Richard Garriott dipanggil pelancong angkasa dan Syed Muzzafar dapat gelaran angkasawan. Bila fikir-fikir balik, barulah saya faham Syed Muzzafar dapat gelaran angkasawan sebab dia pergi ke ISS guna duit negara, duit rakyat! Manakala Richard Garriott pergi guna duit sendiri sebab itu dia tak layak dipanggil angkasawan !

ARef: Aku nak komen pun rasernya malas... tapi, aku komenlah...... Kalau diikut sebenor-benornya, memang Sheikh Muszaffar tuh bukannya angkasawan..... cam jugak kita kerja..... mana ley panggil jurutera kalau kita baru duk dalam kilang/tempat kerja selama tak sampai sebulan..... confirm kerja pun belom lagi...... apa2pun, biarlah..... Malaysia siap nak beli lagi SOYUZ tuh nak letak lam muzium.... kih3..... apa2pun, aku pikir positif, sebab, duit dah dibazirkan kan?? jadi, kerja ko sekarang Sheikh Muszaffar, perlulah tolong budak2 sekolah nun supaya minat sains...... bertambah laks negatif.... si sheikh nih pulak letak harga melambung tinggi untuk berucap.... Cam hebat bebenor aje ko..... tapi, aku tak respek ko pergi ke ISS, tapi, aku respek ko dapat Ijazah Doktor Gigi!!! tuh aje...... sorry ya..... Pelancong Angkasa Malaysia a.k.a Pencekik Darah Untuk Motivasi Malaysia!!!!!

Friday, October 24, 2008

Angkasawan Negara jadi 'Jutawan Segera'

Ceramah Sheikh Muszaphar RM8,000 sejam?

KUALA LUMPUR, 23 Okt (Hrkh)-Angkasawan pertama negara, Dato' Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha didakwa mengenakan bayaran sejumlah RM8,000.00 untuk satu jam berceramah, semenjak menerima pelbagai jemputan di seluruh negara setibanya dari angkasa lepas 21 Oktober tahun lalu.

Bayaran tersebut tidak termasuk penginapan hotel, tambang pengangkutan seperti penerbangan bagi ceramah yang diadakan di luar kawasan atau 'long distance' seperti Sabah dan Sarawak.

Menurut satu sumber korporat, Sheikh Muszaphar boleh memperolehi kira-kira RM1.2 juta hasil bayaran yang ditetapkan sehingga boleh menjadi 'jutawan segera' dalam masa singkat jika dikira secara purata sejumlah 150 badan korporat yang menganjurkan ceramah angkasawan sebelum ini.

Ramai yang telah membuat aduan dan dakwaan bahawa angkasawan terbabit tidak sepatutnya meraih keuntungan di sebalik kejayaannya yang ditaja melalui wang rakyat Malaysia sejumlah RM95 juta apatah lagi beliau merupakan seorang pegawai kerajaan yang berkhidmat di bawah Kementerian Kesihatan dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Sheikh Muszaphar juga pernah menjawab kritikan lantaran dilihat menyertai kempen-kempen pilihan raya ke-12 lalu di bawah anjuran Barisan Nasinonal (BN).

"Saya kini milik negara dan kehadiran saya hanya untuk memenuhi undangan bagi sesi ceramah motivasi kepada pelajar, jadi saya tidak melihat majlis ini mempunyai agenda tertentu, sama ada untuk membantu kempen pilihan raya dan sebagainya," katanya yang dipetik daripada Bernama 26 Februari lalu.~ Azamin Amin

- Pemuda Besut

ARef: Hek elleh!!! Macam bagus aje.... aku rasa takder apa sangatlah..... tapi untuk budak sekolah tuh bolehlah.... tapi, apa2lah UMNO, dah Syeikh Muszaffar tuh dah UMNO, dia nak bantu Kempen UMNO... memanglah dia akan bantu.... nasib baik dia tak jadik calon lawan Anwar harituh... kalau tak, kalah teruk dia!!! kahkahkah.

Thursday, October 23, 2008

Anak Najib Ceburi Politik

Nizar Najib nak kenali UMNO dari bawah


TIDAK ramai antara perwakilan mesyuarat UMNO Bahagian Titiwangsa yang bersidang di sebuah hotel di Ampang, Ahad sedar kehadiran pemuda ini yang duduk di barisan depan pentas bersama beberapa perwakilan Pemuda UMNO bahagian itu.


Kalau yang mengetahuinya barangkali rakan- rakan beliau serta pimpinan tertinggi bahagian UMNO yang diketuai bekas Menteri Kesihatan itu, Datuk Seri Sulaiman Mohamad.


Jika beliau memperkenalkan dirinya sebagai Mohd Nizar, mungkin perwakilan tidak ambil kisah kerana ada 488 perwakilan hadir di mesyuarat berkenaan.


Bagaimanapun, itu yang dikehendaki pemuda berusia 30 tahun itu yang kini adalah Ketua Pemuda UMNO cawangan Jalan Daud, Zon Kampung Baru dalam Bahagian Titiwangsa.


Mohd Nizar bakal bapa kepada dua anak tidak lama lagi, tidak mahu orang ramai atau perwakilan mendekatinya kerana beliau anak Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak.


Beliau tidak mahu diberikan layanan istimewa semata-mata ayahandanya Timbalan Perdana Menteri dan bakal menerajui negara selepas pelan peralihan kuasa Mac depan.


Perunding Pengurusan ini ingin mengenali UMNO daripada peringkat bawahan bukannya terus ke puncak menggunakan kelebihan kedudukan Najib yang dipanggil ayahanda.


“Saya tahu, ini (anak Najib) memang unik tetapi bukan advantage…saya kena guna dengan betul elak, makan diri,” katanya.


Mohd Nizar berkata, ayahandanya tidak menghalang beliau terjun ke dunia politik selepas mereka dan keluarga berbincang.


“Ayahanda harap saya berfikir sendiri dan tak paksa,” katanya.


Menurutnya, antara lima beradik, hanya beliau terbabit politik sejak setahun lalu.


Beliau sekaligus menyambung kesinambungan politik Najib dan bakal jadi ikon terbaru politk generasi bekas Perdana Menteri ke dua, Tun Abdul Razak Hussin.


Ditanya kenapa memilih UMNO, Mohd Nizar berkata, parti itu memberi banyak sumbangan kepada rakyat khususnya orang Melayu di negara ini.


“UMNO perlu harus hidup demi masa depan orang Melayu. UMNO perlu terus kekal demi politik dan ekonomi orang Melayu,” ujarnya penuh semangat kepada Pengarang Berita Agendadaily, ROSLAN BIAN yang duduk menemaninya

makan tengahari ketika persidangan ditangguhkan.


Katanya, golongan muda termasuk beliau perlu mengenang jasa UMNO dan berjuang memastikan kesinambungan parti itu.

Beliau melahirkan kecewa kerana golongan muda tidak mahu mengenali dan mendekati UMNO sebaliknya seolah-olah menentang parti yang memberikan pelbagai manfaat selama ini.


Mohd Nizar jelas merujuk ucapan perasmian Sulaiman pada sebelah pagi yang berkata, ketika ahli dan permimpin UMNO berjuang memastikan parti itu terus hidup, anak-anak mereka pula dalam keadaan membenci parti.


“Kita menikmati kemudahan pendidikan kerana perjuangan parti ini. Golongan muda harus kenang semua ini,” ujarnya.


Ditanya, rasionalnya memilih UMNO Cawangan Jalan Daud, Kampung Bharu, Mohd Nizar berkata, beliau ingin bersama-sama pemimpin di situ mencari idea terbaik memajukan kawasan berkenaan tanpa meminggirkan penduduk asal di situ.


Lagipun katanya, beliau bekerja di Kuala Lumpur dan menetap di Jalan Maktab tidak jauh dari cawangannya.

Berbual hampir setengah jam terutama ketika membicarakan soal bangsa Melayu yang kini semakin tertekan, Mohd Nazir seperti ayahandanya, penuh visi dan beliau amat berharap turut dapat memberi sumbangan besar kepada orang Melayu dan negara.


Barangkali pepatah, kemana tumpah kuah, kalau tidak ke nasi.


“Biarlah saya bermula dari sini (cawangan UMNO). Saya ingin lalui proses dari bawah..doakan saya,” ujarnya sebelum meminta diri untuk solat Zohor.


Mohd Nizar mendirikan rumahtangga dengan Nur Sharmila Shaheen, 29, dan memperolehi cahayamata pertama menjelang Ramadhan 2006 dan bakal menerima kehadiran penyeri hidup kedua, awal tahun depan.


Anak pertamanya Mohd Nabil, mengekalkan tradisi huruf “N” dalam keluarga Najib.

Mohd Nizar dan Sharmila berkahwin pada Jun 2004.


Mohd Nabil juga merupakan cicit lelaki pertama Allahyarham Tun Abdul Razak.


http://agendadaily.com


- Pink Turtle


ARef : Bukan hari nih aku baru tau.... dah lama dah..... UMNO nih politik anak beranak aje........ hak jadi ahli tu, semua kuli batak!!!! nak2 keturunan najib dan hishamuddin nih!!!

ISU NAJIB ~ Kasino Genting : Kisah Di Belakang Tabir


Setelah diperkenalkan oleh Tan Sri Haji Mohd Noah bin Omar ( datuk kepada Najib Razak, Hishamudin Hussien Onn), saya dapat menemui Perdana Menteri pertama Tunku Abdul Rahman untuk menerangkan kepadanya konsep saya untuk membangunkan Gunung Ulu Kali kepada sebuah pusat percutian. Ia adalah satu pertemuan yang mesra.


Setelah mendengar cadangan saya itu, Tunku menyatakan kepada saya sememangnya menjadi hasrat Kerajaan untuk membangunkan Gunung Ulu Kali, namun projek tersebut tidak dapat dilaksanakan kerana faktor masa dan kewangan, sementelah lagi kerana keadaan politik waktu itu yang tidak mengizinkan.


Tunku menyatakan kepada saya bahawa sebelum sebarang pembangunan dapat dilakukan, satu jalanraya perlu dibina dari kaki gunung sehingga ke puncaknya. Berdasarkan kajian awal yang dilakukan oleh Jabatan Kerja Raya, jalanraya itu dianggarkan memakan masa 15 tahun untuk disiapkan. Tunku juga menyatakan tentang kesempitan kewangan kerana negara sedang mengalamai konfrontasi dengan Indonesia. Jika Kerajaan membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk pembangunan Gunung Ulu Kali, ia akan menerima kritikan dari Pembagkang, dan ini akan menjadikan ia satu isu politik. Untuk mengelak kejadian ini, Kerajaan merasakan adalah lebih baik diserahkan kepada sektor swasta untuk melaksanakan projek berkenaan.

Pada pendapat Tunku, tawaran saya tiba tepat pada waktunya. Beliau meminta saya untuk menyediakan satu kertas cadangan supaya beliau dapat mengkajinya. Dalamasa seminggu saja saya dapat menyiapkan kertas cadangan tersebut dan menyerahkannya kepada Tunku. Beliau nampaknya gembira setelah membacanya dan memberi saya lampu hijau untuk meneruskan projek berkenaan.

Pada April 27, 1965, saya dan Tan Sri Haji Mohd Noah (foto) membuka sebuah syarikat Sdn Bhd bernama Genting Highlands Sdn Berhad. Diantara tahun 1965 dan 1970, kami membuat permohonan kpada Kerajaan Pahang dan Selangor untuk mendapatkan 4,940 hektar dan 1,110 hektar masing-masing terhadap tanah pegangan bebas.


STATUS PEGANGAN BEBAS

Dengan sokongan Tunku, Kerajaan Pahang dengan serta merta meluluskan permohonan kami. Tetapi kami menghadapi sedikit masalah dengan Kerajaan Selangor.

Datuk Harun Idris, yang pada ketika itu Menteri Besar Selangor, hanya bersedia untuk memberikan tanah berkenaan dengan pajakan selama 99-tahun. Ini mengecewakan perancangan kami. Saya kemudian merancang untuk merayu kepada Datuk Harun secara persendirian dan menerangkan kepadanya masalah saya.

Di pertemuan itu, saya menyatakan Genting Sempah merupakan kawasan pendalaman dan memerlukan 30 hingga 40 tahun dan pelaburan yang besar untuk membina jalanraya, hotel, kuaters pekerja dan menyediakan prasarana air, eletrik dan lain-lain kemudahan di situ. Jika Kerajaan Selangor hanya memberikan pajakan 99 tahun, kami terpaksa menyerahkan kepada Kerajaan sebaik sahaja pembangunannya selesai..

Saya menekankan jika Selangor tidak mengindahkan permohonan kami untuk pegangan bebas, saya tidak ada pilihan lain selain dari hanya membangunkan tanah yang terletak di negeri Pahang di sempadannya, yang akan menyebabkan Pahang akan mempunyai satu lagi pusat peranginan. Saya jelaskan kepadanya bahawa sudah terdapat banyak pusat percutian di Pahang seperti Cameron Highlands, Fraser's Hill dan panta-pantai yang menghadapi Laut Cina Selatan.

Selangor, sebaliknya, akan hanya bebangga dengan pantai Morib yang berlumpur. Sebaik sahaja Genting Highland ditambah di dalam senarai pusat percutian negeri Pahang, Selangor akan jauh ketinggalan di bidang tarikan pelancong

Datuk Harun akhinya bersetuju dan mencadangkan kepada Kerajaan Negeri untuk memberikan status pegangan bebas terhadap tanah yang kami pohon.

Mac 31, 1969 merupakan detik bersejarah untuk Genting Highlands. Pada hari yang cerah dengan sinaran mentari, Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman telah dijemput untuk meletakkan batu asas hotel yang pertama, Highlands Hotel (sekarang bernama Theme Park Hotel).

Pada hari bersejarah itu juga, Bapa Malaysia membawa satu berita gembira yang mengejutkan. Di dalam ucapannya, Tunku menyatakan berbangga dengan usaha saya membangunkan sebuat pusat peranginan tanpa bantuan Kerajaan, dan pada masa yang sama memberi sumbangan yang besar kepada industri pelancongan negara. Untuk membantu mempercepatkan pembangunan pusat pelancongan di kawasan pendalaman ini, beliau menyatakan Kerajaan akan menimbangkan untuk membenarkan menjalankan aktiviti kasino. Sejurus selepas pengumuman Tunku berkenan saya bercadang mengubah Highland Hotel dari 38 bilik kepada 200 bilik.

Sementara itu, saya menyatakan pada diri saya oleh kerana Tunku telah mengistiharkan Kerajaan telah bersedia untuk memberikan kepada saya lesen kasino, saya perlu melawat Macau dan Korea Selatan untuk mengkaji perjalanan kasino di sana. Kami akan membelek buku-buku dan belajar dari mereka. Saya juga ingin meneroka kemungkinan peluang mempelawa taukeh-taukeh kasino untuk berusaha-sama dengan kasino Genting.

Saya bersama seorang pembantu tiba di Hong Kong pada April 20, 1969 dalam perjalanan ke Macau untuk betemu Stanley Ho yang memiliki kasino tunggal di Macau. Saya menyampaikan hasrat lawatan saya kepadanya. Beliau menyambutnya dengan sekadar senman tanpa komitmen apa-apa. Saya mengerti maksud beliau. Kerana saya belum memperolehi lesen kasino, bagaimana kita hendak bebicara tentang kerjasama? Justeru itu, saya bercadang sebaik saja sekembalinya saya ke Malaysia, saya akan memohon lesen kasino.

Pada April 28, 1969, di hari saya kembali ke Kuala Lumpur, saya menyerahkan permohonan saya untuk mendapatkan lesen kasino dari Kerajaan melalui seorang pembantu peribadi Tunku. Nasib saya amat baik, mesyuarat Kabinet berlansung pada sebelah petang dan permohonan saya telah dibawa untuk perbincangan. Di mesyuarat berkenaan, Kabinet telah meluluskan permohonan saya, hanya enam jam selepas permohonan itu diserahkan. Saya diberitahu untuk mengambil surat kelulusan tersebut. Oleh itu Genting Highlands menjadi pemegang lesen kasno yang pertama dan yang tunggal di negara ini.

Sebaik saja kelulusan itu diperolehi saya telegraf berita baik itu dan menghantar dokumen berkaitan kepada Stanley Ho. Dua minggu berikutnya saya terbang ke Hong Kong sekali lagi untuk menemui beliau untuk melihat kemungkinan usaha-sama menjalankan kasino. Stanley Ho menyatakan kekagumannya melihat saya mendapat kelulusan Kerajaan untuk lesen kasino dalam waktu yang singkat. Beliau menyatakan saya adalah manusia terpantas di dalam dunia ini mendapatkan lesen kasino. Namun disebabkan beberapa masalah kami gagal mencapai kata sepakat untuk usaha-sama.

Selepas itu, saya berurusan dengan Mr Chong Tat Wong, tauke kasino tunggal di Seoul. Kami menandatangaini perjanjian usahasama untuk tiga tahun pada 1971, mengiznkannya membantu menguruskan kasino Genting. Setelah sembilan bulan bekrjasama kami bagaimanapun bersetuju untuk menamatkan perjanjian berkenaan. Dari sejak itu Gentng menjalankan sepenuhnya operasi kasinonya dan melalui cuba-jaya kami berupaya untuk mendapatkan kemahiran menguruskan sebuah kasino.

Diterjemahkan dari petikan buku My Dream yang dihantar oleh tikambatu.

- Kelab GreenBoc

Melawat Tuan Guru Nik Aziz

Akhirnya impian untuk mencilok melawat Tuan Guru Nik Aziz yang berada di Hospital Sains Kubang Kerian menjadi kenyataan.

Selepas solat maghrib, rombongan menziarahi Tuan Guru yang di dalam keadaan ceria dan sihat walafiat. Alhamdullillah !!! Tuan Guru beransur pulih. Perjuangan di teruskan.

Beberapa pesanan dan cerita di perolehi sepanjang temubual dengan Tuan Guru dan beliau akan keluar hospital di dalam masa terdekat. Butir perbualan .... ahhhh rahsia.

YB Fairuz [Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang] dan En Shamsul Iskandar [Ketua AMK Malaysia] turut berada di sana ketika itu.

Aku tak banyak mencelah ... tengok sambil senyum senyum sendiri. Ahhhhh ..... berjaya !!!
Hati senang ... dada di di duuuuduuu .....

Berikut adalah sedikit imej yang di perolehi ketika di sana.






Letih ... . Kerja banyak. Blackberry dah pulangkan. Tak der la member nak kutuk kutuk lagi. Dan aku pun tak boleh nak eksyen eksyen lagi.

Bantai tidur. Apa khabar kawan kawan ...? Emmmmm ...budu dah beli, tapi dah habis. Semua dah habis kitorang belasah kat sana.

Salam.....

- n02umno


ARef: Semoga Tok Guru Nik Aziz cepat sembuh.....

Presiden Parti Sosialis Malaysia cadang salur zakat kepada bukan Islam


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Damansara, Dr. Mohd. Nasir Hashim (gambar) hari ini mencadangkan kerajaan negeri supaya menyalurkan sebahagian peruntukan zakat kepada bukan Islam di Selangor.

Mohd. Nasir yang juga Presiden Parti Sosialis Malaysia (PSM) mengemukakan cadangan tersebut ketika sesi soal jawab pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang berlangsung hari ini.

Beliau berkata, cadangan tersebut sebagai salah satu pendekatan yang boleh diambil oleh kerajaan negeri pakatan pembangkang untuk menangani masalah kemiskinan di kalangan bukan Islam.

Bagaimanapun, cadangan itu tidak sempat dibantah oleh beberapa ADUN Barisan Nasional (BN) yang cuba bangkit ketika persidangan itu berlangsung kerana Timbalan Speaker, Haniza Mohamed Talha bertindak memberikan laluan kepada soalan berikutnya.

Dalam pada itu, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada sidang akhbarnya berkata, cadangan itu tidak mungkin dilaksanakan pada masa ini memandangkan dana kutipan zakat diperoleh daripada penyumbang yang beragama Islam.

Katanya, pemberian dana zakat kepada mereka yang beragama Islam yang layak merupakan amanah serta kewajipan daripada penyumbang yang perlu dipatuhi oleh pengurus dana zakat seperti mana diwajibkan mengikut hukum Islam.

Malah jelas beliau, kerajaan negeri tidak boleh berbuat apa-apa kerana akaun dana zakat adalah berasingan daripada akaun dana kerajaan negeri yang diuruskan oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS).

“Perkara ini tidak boleh dilakukan buat masa ini kerana ia melibatkan kepercayaan pemberi zakat yang keutamaannya untuk orang Islam.

“Bagaimanapun, jika terdapat orang bukan Islam yang miskin, kerajaan negeri mengambil usaha untuk membantu mereka termasuklah menggunakan peruntukan dana kerajaan negeri,” katanya.

- Warong Kopi


Blog ADUN Kota Damansara boleh dilayari di [SINI], tapi takderlah berita zakat nih..... tapi, bolehlah nak ngantor komen kat Y.B.nih....


ARef: Segan jugak terdengar dan menyiarkan berita nih, tapi, perlu jugaklah kita tentang benda tak betul..... wang zakat tuh untuk orang Islam, takyahlah sentuh2..... Harap Y.B. Naser jenguk dan belek balik buku2 agama, takut2 terlupa!!! ARef tidak setuju 100% dengan saranan Y.B. Naser berkenaan wang zakat diberi kepada non-Muslim!!! muktamad.... Alhamdulillah, M.B Selangor, Y.B. Khalid Ibrahim dah jelaskan dan memang beliau tak setuju... Alhamdulillah!!!

Hottt : Blogger di'ancam' dicederakan !! kerana mendedahkan agenda UMNO!!


Salam, berita terbaru diterima,

Blogger/ Webmaster al-banjari online di'ancam' dicederakan !! kerana menyiarkan beberapa artikel berkaitan majlis mesyuarat bahagian UMNO00000.

Ugutan itu menyebabkan rakan blogegr kami ini terpaksa "peram" artikel (artikel) yang berkaitan PARTI KEBANGSATAN ME-LAYUUUUUUUU NONSESE ITU.

LIHAT BETAPA GANASYNYA MEREKA!!!!
UMNO MEMANG 1 PARTI YANG DIANGGOTAI OLEH KAKI PUKUL, MAFIA, PAKAR BOM,HEHEHEHE.DARI ATAS KE BAWAH..SEMUANYA GANGSTER!!!!
ADAKAH RAKYAT SELAMAT DENGAN POLITIK ALA MAFIA INI?

Ini web /link saudara al-abanjari , di [SINI]

- Kelate Kito

ARef: UMNO nih tak habis2 nak buat ugutan..... gentle ajerlah.... kalau berita tak betoi, tegur leklok!!!! Apa lagi nak komen ya??? cuma nak gelak ajelah... haharrrrrrrr!!!! geramnya aku!!!

UPM: Farhana, Shafiqa boleh tinggal semula di kolej

Malaysiakini : Dua pelajar cemerlang Universiti Putra Malaysia (UPM) yang dibuang kolej atas alasan "tinggal secara tidak sah" kini boleh kembali ke kolej itu setelah isu itu dihebohkan ke luar kampus.

Naib canselornya Profesor Datuk Nik Mustapha Raja Abdullah membenarkan mereka terus tinggal di Kolej Tun Perak sehingga tamat minggu peperiksaan akhir "atas dasar prihatin".

"Pelajar juga boleh memohon untuk tinggal di kolej kediaman lain tertakluk kepada kekosongan penginapan dan peraturan kolej berkenaan," jelas ketua Bahagian Komunikasi Korporat UPM Abdullah Arshad.

Dalam kenyataannya kepada Malaysiakini petang ini [kenyataan lengkap di bawah], Abdullah berkata bagaimanapun kedua-duanya masih dianggap bersalah kerana melanggar peraturan kolej kediaman.

Difahamkan keputusan terbaru itu - selepas seminggu pelajar-pelajar wanita itu menumpang di rumah rakan mereka di luar kampus - dicapai oleh UPM pagi ini.

farhana pelajar upm 221008Bagaimanapun, pada semester depan, Nor Farhana Farzieana Azmi (foto kiri) dan rakan senasibnya Nur Shafiqa Mohd Ali dikehendaki membuat permohonan semula untuk menginap di asrama.

Dihubungi selepas keputusan rasmi itu, Nur Shafiqa berkata mereka belum membuat keputusan untuk kembali ke kolej.

"Barang-barang pun sudah dipindahkan, mungkin balik sekejap-sekejap," katanya.

Beliau masih tidak berpuashati dengan keputusan itu dengan alasan ia dibuat "seolah-olah hendak menutup kes ini."

"Surat (rasmi kebenaran tinggal semula) pun belum dikeluarkan, dan sebab pun tidak diberitahu," katanya, sambil menambah UPM telah memaklumkan keputusan itu kira-kira jam 4 petang tadi.

Nor Farhana Farzieana dan Nur Shafiqa (foto kanan), yang diarah keluar 15 Oktober lepas, mendedahkan nasib mereka di bangunan Parlimen hari ini dengan ditemani wakil rakyat PKR Zuraida Kamaruddin.

shafiqa pelajar upm 221008Di sidang media tengah hari tadi, mereka mendakwa banyak lagi mahasiswa yang mengalami nasib seumpama mereka tetapi tidak berani menyuarakannya.

Manakala Persatuan Mahasiswa Islam UPM mendakwa, dengan penyingkiran dua mahasiswi ini, seolah-olah wujud usaha sistematik sejak tiga tahun lepas tidak membenarkan pemimpin dan ahli persatuan itu tinggal di asrama

Dua pelajar itu mencapai keputusan CGPA lebih 3.5 mata turut bergiat aktif dalam kegiatan berpersatuan tetapi tetap didakwa "tidak cukup merit" untuk layak mendapat kemudahan asrama.

Mereka yang menganggotai Kelab al-Biruni UPM, sebuah kumpulan eksklusif pelajar cemerlang universiti itu, kini sedang menghadapi peperiksaan akhir semester.

Dalam surat arahannya 14 Oktober lepas, UPM menyatakan kedua-duanya berada di kolej itu "secara tidak sah" dan "tanpa pengetahuan pihak pengurusan kolej".

Kedua-duanya menetap di kolej itu sejak awal semester ini setelah pengurusan kolej meluluskan permohonan mereka.

Pada asalnya, nama mereka tidak tersenarai sebagai penghuni kolej itu semasa pendaftaran semester ini, awal Julai lalu, walaupun dimaklumkan mendapat tempat seminggu sebelumnya.

Hasil perbincangan dengan pentadbiran kolej, Malaysiakini difahamkan, mereka akhirnya dibenarkan tinggal.

Namun, Jumaat dua minggu lepas, selepas menginap lebih tiga bulan di asrama berkenaan, pintu bilik mereka telah dikunci oleh pengurusan kolej tanpa sebarang notis rasmi.

Borang permohonan Mahasiswa Luar kampus (MLK) turut diselitkan bagi menyatakan mereka harus mencari kediaman di luar UPM.

Mereka bagaimanapun tidak mengisi borang itu kerana tidak berminat berbuat demikian.

Kedua-dua pelajar perempuan itu sekarang menumpang di rumah seorang rakan di Seri Serdang, taman perumahan bersebelahan kampus tersebut.


Kenyataan media UPM: Kes dua pelajar dibuang kolej

upm logoUniversiti Putra Malaysia (UPM) ingin merujuk kes dua pelajar yang dibuang oleh pihak pengurusan Kolej Tun Perak sepertimana dilaporkan oleh Malaysiakini pada 16 Oktober 2008.

UPM ingin memaklumkan bahawa dua pelajar berkenaan iaitu Nor Farhana Azmi dan Nur Shafiqa Mohd Ali didapati menginap secara tidak sah di kolej berkenaan setelah merujuk kepada Sistem Maklumat Pelajar.

Kedua-dua pelajar ini tidak memenuhi kriteria untuk terus menginap pada sesi kemasukan 2008/2009 seperti yang ditetapkan oleh pihak kolej dan universiti.
Pelajar berkenaan sedia maklum akan peraturan berkenaan memandangkan setiap pelajar dibekalkan buku merit.

Berikutan itu, pelajar berkenaan telah disenaraikan sebagai pelajar yang tidak berjaya menginap di Kolej Tun Perak pada 23 April 2008 (cuti akhir semester bermula 28 April – 6 Julai 2008).

Bagaimanapun, pelajar berkenaan telah melanggar peraturan kolej dan terus tinggal di kolej berkenaan secara tidak sah setelah pemeriksaan dilakukan oleh pihak pengurusan kolej pada 25 September 2008.

Peringatan kepada pelajar telah dimaklumkan tetapi pelajar berkenaan masih degil dan terus menginap sehingga pihak kolej mengambil tindakan pada 15 Oktober 2008.

Secara asasnya, kes ini menunjukkan pelajar tetap bersalah kerana tidak mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.

Pada awal semester, pihak kolej telah memberi peluang dan menasihatkan pelajar berkenaan untuk membuat permohonan semula untuk tinggal di kolej berkenaan serta pada masa yang sama, pihak kolej telah mendapatkan tempat untuk dua pelajar berkenaan di kolej kediaman lain yang lebih besar kapasitinya memandangkan Kolej Tun Perak memberi keutamaan kepada kemasukan Kor SUKSIS dan pengambilan kedua universiti.

Pada asalnya, pelajar tersebut telah bersetuju setelah pihak kolej menggunakan budi bicara yang memberi masa tiga hingga empat hari untuk pelajar berkenaan memindahkan barang-barang ke kediaman baru.

Sebaliknya, dua pelajar berkenaan hanya memindahkan barang-barang mereka daripada stor simpanan ke bilik lain yang tidak diketahui dan menurut ahli blok, mereka juga jarang berada di blok kerana takut dikesan oleh pihak pengurusan.

Ini menunjukkan pelajar tersebut tidak merasa bersalah walaupun terdapat keputusan yang dipersetujui bersama dengan pihak kolej berkenaan.

Pada pandangan UPM, pelajar berkenaan telah melanggar peraturan kolej kediaman.

Bagaimanapun berdasarkan laporan kes, Naib Canselor UPM telah menimbang situasi pelajar berkenaan dan atas dasar prihatin yang mengambil kira minggu peperiksaan akhir, Naib Canselor UPM bersetuju membenarkan pelajar terbabit untuk terus tinggal di Kolej Tun Perak sehingga tamat minggu peperiksaan akhir.

Pelajar juga boleh memohon untuk tinggal di kolej kediaman lain tertakluk kepada kekosongan penginapan dan peraturan kolej berkenaan.

Dengan keputusan ini, Naib Canselor UPM berharap pelajar berkenaan dapat menumpukan perhatian sepenuhnya kepada peperiksaan akhir bagi semester pertama sesi 2008/2009.


Abdullah Arshad
Ketua, Bahagian Komunikasi Korporat
Universiti Putra Malaysia

ARef : Inilah kekejaman UMNO yang dilakukan ke atas Melayu+ Islam...... sepatutnya, pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang macam nih, automatik dapat tinggal di asrama (Kolej)!!! Apa yang menyedihkan lagi, pelajar2 nih semuanya aktif dalam menggerakkan ilmu Islam di UPM!!! Janganlah nak terkejut dengan perbuatan orang UMNO, memang Dulu, Kini dan Selama-lamanya memang tak pernah nak peduli pun hak Melayu + Islam nih...... Kalau dengar Islam, lagilah depa takut.... takut memajukan pembangkang katanya!!! Nampak sangat UMNO nih takder pun nak ambil tahu pasai Islam!!!!

Wednesday, October 22, 2008

Bekas MPMUM tolak tawaran ‘caretaker’

KUMPULAN Pelajar ini menuntut agar UM umum tarikh Pilihanraya Kampus


PETALING JAYA, 22 OKTOBER (SK) - BEBERAPA orang bekas ahli Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) menolak penawaran menjadi ‘caretaker’ selepas pembubaran MPMUM 2 Oktober lalu.

Menurut salah seorang bekas ahli Majlis Tertinggi MPMUM, Ahmad Shahir Abdul Aziz, perlantikan ‘caretaker’ ini adalah tidak relevan kerana banyak perkara yang tertangguh tidak lagi diselesaikan sewaktu kepimpinan MPMUM tahun 07/08.

“Kami juga melihat bahawa ahli-ahli yang dilantik untuk menerajui kabinet ‘caretaker’ ini sebagai tidak relevan kerana sepanjang tempoh kepimpinan MPMUM pada tahun 07/08 banyak perkara-perkara tertangguh yang tidak dapat diselesaikan secara rasmi,” katanya ketika sidang media di Universiti Malaya.

Dalam kenyataan yang dibacakan, ‘caretaker’ adalah sebuah kabinet yang dianggotai oleh kesemua bekas ahli MPMUM selepas majlis berkenaan dibubarkan 2 Oktober lepas dan dilantik diatas budi bicara Naib Canselor.

‘Caretaker’ berperanan menjadi suara pelajar walaubagaimanapun tidak mempunyai kuasa untuk mengundi atas apa-apa keputusan yang ditentukan oleh pentadbiran universiti terutama hal-hal berkaitan kewangan.

“Ini bermakna ‘caretaker’ tidak mempunyai kuasa yang mutlak dan kuasa untuk mencapai keputusan akhir dalam menentukan hak dan kebajikan pelajar,” katanya lagi.

Kumpulan berkenaan, diantaranya dianggotai oleh tiga bekas ahli Majlis Tertinggi MPMUM, turut mendesak agar keperluan menetapkan tarikh pemilihan perwakilan mahasiswa secepat mungkin.

“Universiti Malaya adalah universiti terpencil yang masih belum menjalankan Pilihanraya Kampus (PRK) walaupun UM sering dicanang sebagai universiti perdana.

“Sehubungan dengan itu, keperluan menetapkan tarikh pemilihan perwakilan mesti dalam taqwim universiti sebagai permulaan sebuah erti demokrasi yang matang seperti diamalkan oleh negara maju.

Selain Shahir dua MT MPMUM yang lain ialah Nurul Khairiyah Samsudin dan Mohd Hilman Nordin selain 10 pelajar yang lain turut hadir dalam sidang media tengah hari tadi.

- Suara keadilan

Eksklusif: Terbongkar Lagi, Penyakit Misteri Mangsa Liwat Saiful Bukhari Semakin Tenat

Sebelum ini kami telah mendedahkan perihal budak "mangsa liwat" Saiful Bukhari Azlan. Laporan berkenaan beliau yang kini terpaksa dikuarantin oleh pihak-pihak tertentu, dalam usaha untuk menghalangnya membuat pengakuan sumpah bahawa "Beliau telah dipaksa oleh pihak-pihak terbabit untuk membuat pengakuan yang mantan TPM Anwar Ibrahim meliwatnya". Namun, dek kerana gusar akan pengakuan ini menyebabkan "terbongkarnya rahsia besar" kes ini maka akhirnya Saiful terus dikawal ketat oleh pihak-pihak terbabit. Khabaran terakhir yang diterima beliau telah disembunyikan disebuah kem tentera di Melaka. Perkara ini telah disahkan oleh beberapa orang individu yang mengetahui dimana Saiful berada. Kita terkadang naik hairan, gara-gara membuat pengakuan "diliwat" Saiful menjadi begitu penting oleh pihak-pihak terbabit hinggakan segala pergerakan dan aktivitinya disekat dan dikawal rapi. Bahkan dari maklumat yang kami terima segala "akses ke telefon bimbitnya" juga telah ditapis. Ini adalah bagi tujuan untuk menghalang pihak-pihak tertentu menghubungi beliau bagi tujuan membuat "pengakuan paksa" berkenaan.

Soalnya disini, mengapakah Sailful begitu istimewa tidak seperti mangsa liwat 98' dulu iaitu Azizan Abu Bakar?. Apakah dek kerana beliau itu anak muda, maka ia diberikan "suaka politik" oleh pihak-pihak tertentu demi menghalang media, keluarga, rakan-rakan atau sesiapa sahaja menghubungi beliau. Malah, mutakhir ini kita jarang sekali mendengar berita beliau dimedia arus perdana. Terakhir, ialah berkenaan tulisan beliau dalam blog peribadinya menjelang Aidil Fitri lalu. Selepas itu terus sepi tanpa berita. Anehnya, pihak media tahu pula bilakah masanya Saiful mengemaskini blog peribadinya itu. Apakah benar Saiful yang mengemaskini blognya, atau ada insan lain yang berbuat demikian bagi pihaknya?. Lantaran itu disiarkan dalam kesemua media massa, kononnya beliau masih sihat walafiat. Apakah benar beliau sihat? Inilah yang sedang bermain dibenak fikiran rakyat sebenarnya. Jika benar beliau sihat, mengapakah media tidak langsung mencerita perkembangan terkini beliau?. Apakah yang dilakukan sekarang? Dimana beliau berada?. Mengapa menyepi tanpa berita hingga membuat ramai tertanya-tanya?

Fakta Kes Liwat Saiful Bercanggah

Lebih menghairankan lagi bila fakta "liwat" yang dilaporkan adalah bercanggah. Laporan perubatan yang tidak dikemukakan oleh Hospital Kuala Lumpur (HKL), disebalik penolakan laporan dari Hospital Pusrawi dulu juga tidak dilaporkan sebagai bukti. Dari risikan kami, pihak HKL juga telah mengeluarkan laporan mengatakan Saiful tidak diliwat. Maka itu laporan tersebut disembunyikan untuk tujuan "editing". Samalah yang berlaku kepada Azizan dulu, kami sempat berjumpa dengan doktor pakar forensik dari HKL yang ditukarkan serta merta ke sebuah hospital di pantai timur selepas kejadian tersebut. Beliau menegaskan, telah diarah bertukar kerana tidak mahu "meminda" laporan perubatan yang kes liwat AzizAnwar-Azizan. Azizan tidak diliwat, tetapi pihak berkenaan mahu ia ditukar kepada "diliwat". Dek kerana enggan bersekongkol dengan pihak terbabit, beliau tetap dengan pendirian bahawa Azizan tidak diliwat. Akhirnya beliau dipersalahkan kerana enggan memberi kerjasama, dan ditukarkan serta merta. Perbualan kami pasal perkara ini berlaku dalam sebuah masjid dan beliau sendiri mengakui bahawa memang Azizan tidak diliwat. Semuanya adalah konspirasi belaka. Maka itu, apakah kes yang sama turut akan berlaku dalam "konspirasi liwat 2" ini?

Masih kita ingat lagi perihal pengakuan sumah laknat Saiful di Masjid Wilayah dulu. Biarpun beliau dilihat "benar" gara-gara akuan sumpahnya itu, namun banyak kemusyikalan dan keraguan yang timbul tentang perkara tersebut. Cara beliau bersumpah, dengan nada yang yakin dan taida langsung rasa sedih serta mengharap belas simpati, begang kita Al-Quran dengan tangan kiri, mengaku Anwar memasukkan zakar ke dalam lubang duburnya dan banyak lagi yang menampakkan kedangkalan serta kegagalan rakyat untuk percaya isu tersebut. Rakyat lebih yakin Saiful "telah dibeli" dan "menerima habuan lumayan" hasil tindakannya yang jahat itu. Ditambah lagi dengan kenyataan berbelit-belitnya tentangg kejadian tersebut, iaitu daripada suka sama suka kepada dipaksa kemudian dipaksa semula, dan akhirnya dipaksa lagi. Bukankah ini menunjukkan betapa lemahnya hujah kes ini untuk dibawa ke mahkamah.

Pindah Mahkamah Untuk Tukar Hakim

Anehnya, pihak pendakwaraya "berusaha" pula untuk memindahkan kes tersebut daripada mahkamah sesyen Jalan Duta ke Mahkamah Tinggi. Kita pun tidak yakin atas asas apa mereka ingin berbuat demikian dalam keadaan kes yang cukup meragukan itu?. Apakah kerana mereka melihat hakim yang mengendalikan kes tersebut di Mahkamah Seysen terlalu adil dan telus serta sukar untuk "dirundingkan"?. Maka itulah, mereka tahu jika mahu sabitkan juga Anwar dengan kes liwat Saiful ini hakim haruslah ditukar. Langkah membawa ke Mahkamah Tinggi adalah jalan terbaik ke arah itu. Mungkinkah mereka mahu gunakan hakim "coklat Hacks" ataupun Hakim "correct, correct, correct" untuk mengendalikan kes ini nanti. Satu keraguan yang munasabah juga surat berpindahan ditandatangani oleh Ghani Patail Peguam Negara, yang turut terlibat dalam kes liwat 1998 dulu. Mana mungkin perjalanan perbicaraan ini dapat berlaku adil melihat kepada senario ini. PM sebelum ini mengatakan bahawa Ghani tidak akan terlibat dengan kes liwat Anwar ini. Namun sebaliknya pula yang berlaku. Apakah kita yakin keadilan dapat ditegakkan untuk Anwar nanti?.

Pengakuan Sumpah Laknat Saiful

Bismillahirrahman nirrahim. Pada hari ini, 15 Ogos 2008, saya Mohd Saiful Bukhari Bin Azlan, No Kad Pengenalan 850706-01-5687 dengan ini sesungguhnya dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang berikrar dan bersumpah seperti berikut….A’uzubilahiminasyaitanirrajim.
Bismillahirrahman
nirrahim. Wallahi…Wabillahi….Wata’alahi. Saya bersumpah bahawa saya telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 hb Jun 2008 iaitu pada tarikh tersebut Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memasukkan zakarnya ke dalam lubang dubur saya. Jika saya berdusta, atas pengakuan ini, maka saya berdusta terhadap Allah dan saya sanggup menerima azab, laknat dan kutukan daripada Allah hingga ke kiamat. Wallahualam.” Membaca dan mendengar akuan bersumpah Saiful ini seolah-olah macam menonton satu cerita "drama di TV". Apa tidaknya, beliau dilihat terlalu mengikut skrip hingga terbaca perkataan "memasukkan zakarnya ke dalam dubur saya". Macamlah orang tidak tahu jika dinamakan "liwat" maknanya itulah caranya.

Maka Saiful tidak perlu mengaku memasukkan sesuatu ke dalam sesuatu lagi. Maksud memasukkan sesuatu itu mudah bagi Saiful, ikut logik jika kejadian ini berlaku kepada seorang perempuan pun sudah pasti kita akan ditendang dan terajang oleh mangsa. Namun, apakah Saiful hanya menahan duburnya untuk "dirodok" oleh Anwar tanpa melawan?. Apakah tenaga anak muda awal 20an itu tidak terdaya untuk melawan tenaga orang 60an seperti Anwar. Lainlah macam puak-puak UMNO (lihat foto ketika pilihanraya kecil Permatang pauh dulu). Jika dipaksa, bukankah mangsa akan melawat. Takkan kita dipaksa tiba-tiba kita buka seluar, seluar dalam dan kemudian menongeng bontot?.

Bukan senang kerja memasukkan zakar ke dalam dubur seperti yang dikatakan Saiful. Mesti berlaku adengan "ringan-ringan" terlebih dahulu untuk menimbulkan ghairah dan berahi. Namun, jika dipaksa apakah Saiful akan timbul berahi?. Jika tidak berahi bolehkah Anwar memasukkan zakarnya begitu mudah tanpa Saiful melawan?. Mungkinkah Anwar menggunakan minyak "Johnson & Johnson" untuk memudahkan tugas itu?. Justeru itulah kami merasakan kejadian ini tidak masuk dek akal langsung. Anda sendiri boleh "menggambarkan" kejadian yang berlaku ini sebenarnya.

Kedua
, beliau sanggup bersumpah andainya beliau berdusta maka beliau rela menerima azab, laknat dan kutukan dari Allah hingga ke hari kiamat. Bahkan beliau turut melibatkan keluarga dan keturunnya dalam hal ini. Saiful langsung tidak boleh berfikir, kes ini adalah kes dirinya dan tidak perlu melibatkan seluruh keluarga dan keturunannya. Apakah akan terjadi jika kes ini benar-benar "satu penipuan"? Puak-puak UMNO mungkin mudah percaya dengan sumpah Saiful ini, namun jika diamati betul-betul terdapat percanggah fakta skrip yang disediakan. Pengakuan dipaksa menunjukkan adengan itu berlaku hanya sekali sahaja. Namun kes Anwar di mahkamah ialah suka sama suka, makna ia berlaku dengan sukarela antara keduanya..

Beliau secara terbuka menegaskan bahawa beliau tidak rela diliwat dan diliwat secara paksa, sedangkan di dalam pertuduhan yang dikenakan ke atas Anwar Ibrahim adalah Seksyen 377B Kanun Keseksaan iaitu dakwaan melakukan hubungan seks di luar tabii terhadap Saiful secara sukarela. Justeru dalam kes ini, yang mana satu terpakai, suka-sama-suka ataupun secara paksa? Kenyataan bahawa ‘beliau diliwat kali pertama pada 26 Jun 2008′ sekaligus melengkapkan keraguan munasabah episod dakwaan dangkal ke atas Anwar, apabila dalam laporan akhbar utama akhir Jun dan awal Julai lepas melaporkan bahawa Saiful mendakwa dia diliwat beberapa kali oleh Anwar, kali terakhir pada 26 Jun lalu di sebuah kondominium di Damansara.

Saiful Berhubung Dengan Mindef Sejak Februari

Sebelum ini TPM Najib Razak mengakui bahawa Saiful datang bertemu dengan beliau pada 25 Jun 2008 untuk melaporkan mengenai Saiful diliwat beberapa kali. Keraguan juga timbul, apakah tujuan sebenar Saiful menemui Najib pada 25 Jun 2008 tersebut sekiranya beliau hanya diliwat pada 26 Jun 2008 sebagaimana didakwa ? Lebih aneh lagi bila akuan sumpah laknat itu dibuat sehari menjelang pencalonan pilihanraya kecil Permatang Pauh dan didalam blognya juga Saiful ada menyatakan "selamat bertanding" kepada Anwar. Bukankah ini menunjukkan akuan sumpah yang dilakukan itu adalah kerana politik semata-mata. Siapakah yang sebenarnya mencatur dan merencanakan semua ini?. Pastilah orang yang berkepentingan dan tempat beliau mengadu hal tersebut. Siapa lagi kalau bukan orang yang menawarkan biasiswa kepadanya biarpun beliau telah dibuang dari pengajian di Uniten. Bukankah aneh kejadian ini, penuh dengan keraguan dan tipu muslihat sebenarnya.

Malahan Saiful juga dikatakan sering berkunjung dan berhubung dengan pihak terbabit sejak Februari 2008 lagi. Walhal beliau bekerja di pejabat Anwar pada bulan Mac 2008. Ini bermakna mereka sudah merancang semua ini sejak awal lagi. Kami mempunyai fakta tentang panggilan telefon yang dibuat oleh Saiful kepada 6 nombor utama termasuk dua nombor di Mindef (Kementerian Pertahanan) sejak Februari 2008. Namun, amat malang, bila semakan semula dibuat pihak TM telah meminda talian terbabit. Ini didedahkan oleh beberapa orang rakan Saiful yang masih dapat berhubung dengan beliau dulu.

Saiful Dipercayai Sakit Kerna Sumpah Laknat

Info terkini yang kami perolehi beliau sememangnya sedang mengalami penyakit misteri dan tidak seperti apa yang dilaporkan dalam blognya. Justeru itulah kelibatnya dihalang dalam mana-mana media arus perdana. Sebelum ini kami telah mendedahkan beliau telah dibawa oleh beberapa orang penjaganya untuk menerima rawatan di beberapa buah pusat perbuatan tradisional termasuk seorang Tabib di Sungai Petani, Kedah. Beliau dipercayai mengalami masalah untuk membuang air kecil dan besar serta "anunya" telah bernanah. Biarpun ramai yang mahukan fakta atas perkara ini, terus terang kami ingin nyatakan mana mungkin kami boleh beri fakta. Jika fakta beliau tidak diliwat dari Hospital Pusrawi sekali pun dianggap satu penipuan. Apatah lagi jika kami lampirkan fakta. Mana mungkin "bomoh atau dukun" mempunyai rekod perubatan untuk didedahkan?. Cukup kami nyatakan bahawa perkara ini didedahkan oleh beberapa orang saudara mara terdekat dan sahabat-sahabat Saiful.

Khabarnya sakitnya kian parah kini, dan beliau dipercayai tidak boleh membuang air besar dan kecil mengikut saluran biasa. Kini pihak terbabit telah menebuk tepi pinggangnya itu untuk dimasukkan saluran bagi memudahkan beliau membuang air besar !!. Jika tidak beliau kemungkinan besar akan terus sakit dan bakal tersiksa hingga akhir hayat atau meninggal dunia. Soalnya kenapa beliau tidak dibawa ke mana-mana hospital?. maklumat yang kami terima, atas arahan pihak-pihak tertentu mereka tidak dibenarkan membawa Saiful ke hospital takut perkara ini akan tededah. Maka terpaksa Saiful dirawat secara tradisional dan seseekali doktor pakar datang melawat ke kediamannya sekarang. Pihak terbabit dipercayai lebih rela Saiful mati daripada mendedahkan rahsia sebenar tentang kes liwatnya dengan Anwar. Saiful ingin membuat pengakuan tersebut kerana mendapat nasihat daripada beberapa orang tokoh agama dan pakar perubatan tradisional. Namun hasratnya itu dihalang kerana beliau kini mempunyai "khadam yang menjaga disekelilingnya". Kasihan benar mendengar cerita terkini Saiful ini. Apapun kamu harapkan agar beliau akan selamat dan akhirnya kembali ke pangkal jalan. Namun takdir penentu segalanya. Juseteru itulah kini beliau masih disembunyikan atas faktor keselamatan pihak terbabit dan bukannya diri Saiful sendiri sebenarnya.

[Dengan pendedahan terbaru ini, maka kami amatlah berharap agar para peminat laknat Saiful ini akan mengambil ikhtibar kejadian yang bakal menimpa dirinya ini. Saiful kini menjadi bahan ujikaji pihak-pihak tertentu, beliau terpaksa menderita dan menanggung sakit tanpa pembelaaan. Mungkinkan ini bala yang menimpa diri anak muda ini. Sama-samalah kita fikirkan apa yang berlaku adalah kehendak Allah jua. Andai perkara ini tidak benar, masakan maklumat ini boleh terdedah dikalangan mereka yang rapat dengan Saiful Bukhari?].

- PahangDaily

ARef: Kalau berita ini benar, mintak2lah Saiful tuh pergi jumpa Anwar untuk minta maaf dan umumkan secara rasmi kepada seluruh rakyat Malaysia agar penyakitnya cepat sembuh dan sempat bertaubat....... kalau berita ini tidak benar, janganlah marah ya Saiful.... sebab ko buat laporan pun banyak kali tukar statement, sekejap sekali, sekejap dua kali, sekejap berkali-kali..... apa punya kali lah ko nih... patutler tak lepas Universiti, tak reti nak bilang mengalahkan budak tadika!!!!

Tuesday, October 21, 2008

Laporan Polis dan Pendedahan Bukti Korupsi Najib Tun Razak

Posted by Skuad Dun Batu Caves


Semua dijemput sertai

Laporan Polis dan Pendedahan Bukti Korupsi Najib Tun Razak
21 Oktober 2008 (selasa)
1.10 petang
berkumpul di Depan Dewan Perhimpunan Cina Selangor sebelum berjalan bersama ke IPD Dang Wangi (Balai Jalan Stadium), depan Stadium Merdeka, Kuala Lumpur

YB. Fairus Khairuddin Letak Jawatan Presiden Bola Sepak Penang

Presiden Persatuan Bolasepak Pulau Pinang (FAP), Mohd Fairus Khairuddin yang baru enam bulan memegang jawatan itu, hari ini melepaskannya atas alasan terpaksa melalui banyak masalah dan kontroversi sejak beliau menyandangnya.

Adakah Persatuan Bola sepak Pulau Pinang (FAP) telah mengatasi masalah kewangan yang dihadapinya dan apakah perancangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk meningkatkan dan memulihkan prestasi sukan bola sepak di negeri ini.

Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) dari semasa ke semasa sentiasa berusaha mengatasi masalah kewangan yang dihadapi. Setakat ini Persatuan bergantung kepada sumber-sumber pendapatan seperti berikut:-

(a) Kutipan jualan tiket sejak 2006/2007 pendapatan FAP adalah seperti berikut:-
(i) 2006/2007 - RM 176,590.00
(ii) 2007/2008 - RM 217,370.00

(b) Geran tahunan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sejak 2005/2006, FAP hanya menerima RM 325,000.00 setahun.

FAP memerlukan sebanyak RM 3 juta bagi melaksanakan apa yang dirancang. Kebiasaannya, bagi menampung kekurangan dana bagi menguruskan ketiga-tiga pasukan iaitu Liga Super, Piala Presiden dan Piala Belia, beberapa sumbangan daripada individu/organisasi diusahakan oleh Presiden FAP, namun masih tidak mencukupi.

Kerajaan negeri melalui Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang telah mengambil langkah-langkah yang difikirkan perlu bagi membantu meningkatkan serta memulihkan prestasi sukan bola sepak di negeri ini sejak dari awal saingan liga lagi. Hasil yang diperolehi dari mesyuarat/perbincangan bersama FAP telah mendapati para pemain Liga Super Pulau Pinang tidak mempunyai tahap kecergasan fizikal dan mental yang mencukupi untuk bersaing pada peringkat tinggi. Oleh yang demikian, satu persetujuan telah dicapai yang mana Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang telah menawarkan bantuan bagi mengatasi masalah tersebut dengan menyusun jadual bagi sesi kecergasan dan kekuatan mental para pemain di bawah seliaan jurulatih terbabit seperti berikut:-

(a) Sesi kecergasan (gymnasium) – setiap hari Isnin.
(b) Sesi menguatkan mental (psikologi) – setiap hari Selasa & Khamis.
Kerajaan negeri melalui Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang amat prihatin terhadap prestasi pasukan dan bersedia membantu, namun selebihnya adalah usaha Persatuan itu sendiri bagi menentukan hala tuju pasukan bola sepak Negeri ini.

- Saiful Lizan Md Yusoff

Teks Mufti Perak Menghadap Sultan Perak


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

HARI Isnin, saya ke Kuala Lumpur dan saya menemui enam peguam dan beberapa pemimpin NGO untuk mendengar taklimat mengenai keadaan agama Islam dan orang Islam di negara ini.
Taklimat berlangsung selama empat jam setengah. Pada pagi Selasa, saya telah dipanggil oleh Sultan Perak untuk menyembah taklimat. Kemudian menyembahkan taklimat yang hampir sama pula kepada Majlis Raja-Raja. Saya memberi taklimat mengenai bahaya yang sedang dihadapi oleh umat Islam pada ketika ini.

Bencana umat Islam

Waktu ini ada kes Lina Joy (Azlina binti Jelani) yang sedang menunggu keputusan. Lina Joy memeluk Kristian dan berkahwin dengan seorang India beragama Kristian. Dia memohon kepada Mahkamah supaya namanya ditukar kepada Lina Joy dan agama dipadamkan daripada MyKad beliau tetapi Jabatan Pendaftaran Negara tidak dapat memadamkannya kerana tiada perintah daripada Mahkamah Syariah. Lantaran itu, beliau telah mencabar ke Mahkamah Persekutuan berasaskan Perkara 11 (1) Perlembagaan Persekutuan yang menyebutkan bahawa tiap-tiap individu rakyat Malaysia berhak memilih agamanya sendiri (Every person has the right to profess and practice his religion)..

Kes ini dibicara di hadapan tiga hakim di Mahkamah Agung iaitu Ketua Hakim Negara, seorang hakim bukan Melayu dan seorang hakim beragama Kristian. Jika dalam kes ini Lina Joy menang; maka agama Islam akan hancur. Ia membawa implikasi:
i) Kuasa Raja mengenai agama Islam akan hilang.
ii) Kuasa Mahkamah Syariah tidak boleh dipakai.
iii) Orang Islam tidak boleh memaksa anaknya sembahyang, tidak berhak lagi kutip zakat dan tiap-tiap orang boleh mentafsir Islam ikut kehendaknya. Itulah akibatnya.

Malangnya orang Islam nampaknya tidak prihatin sehingga dalam perbicaraan itu. Tidak ramai yang hadir untuk menyatakan sikap dan Sokongan. Majlis Agama pun dilihat tidak menghantar orang Islam.
Pemerhati daripada Islam tiada. Ini berbeza daripada kalangan bukan Islam. Hatta, peguam/pemerhati daripada Kedutaan Kanada , Australia dan Amerika Syarikat pun sanggup datang.

Bahkan, peguam-peguam pemerhati ini dibenarkan berhujah.
Ini amat berbahaya. Ia belum pernah berlaku. Jadi Majlis Raja-Raja sedikit tersentak setelah saya melaporkan perkara ini.
Peguam Negara telah dipanggil oleh Majlis Raja-Raja dan Peguam Negara kata tidak boleh buat apa-apa.
Tunggu keputusan saja. Inilah keadaan yang telah menjadi bagaikan telur di hujung tanduk.

Gerakan Kristian dan Hinduisme


Orang Melayu yang berjinak dengan Kristian biasa dilatih secara mendalam di Singapura. Identiti mereka ditukar. Sekarang, terdapat dua gereja orang Melayu di Kuala Lumpur. Di Brickfield, ada usaha memberi makan tengah hari percuma pada hari Jumaat kepada remaja Melayu yang lepak supaya mereka leka dan tidak pergi ke masjid. Terdapat ratusan pemuda-pemuda Melayu pergi ke gereja di Brickfield ini.
Saya telah memberitahu juga hampir 250,000 orang Islam yang murtad tapi saya dicabar oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri..
Orang Islam yang memeluk agama Hindu sahaja sudah hampir 100,000 orang. (Sumber : jangkaan Persatuan India Muslim). Bahkan mengikut laporan pihak polis, belia-belia Islam yang menganggotai black metal, yang memaki Tuhan sudah ada 13,000 hingga 14,000. Orang yang ikut Ayah Pin yang mempercayai "Ayah Pin itu Tuhan" adalah 14,000 orang. Ini yang menjadikan saya lantang.

Majlis Raja-Raja Bangkitkan:
1) Apa peranan masjid.
2) Apa peranan imam-imam dan pengurusan masjid.
3) Kenapa tidak bendung sedangkan ada undang-undang.

Peguam Negara kata, berbezanya paderi dengan imam-imam kita ialah paderi-paderi menunggu kedatangan hadirin seperti menghormati tetamu di pintu gereja. Mereka memberi khutbah dengan terancang dan profesional sehingga orang boleh yakin dengan cakap-cakap mereka. Selesai majlis, mereka tunggu di pintu gereja dan mengucapkan selamat. Mereka suka bertanya khabar dan suka ambil tahu dan sering tawarkan pertolongan. Bezanya, khutbah kita tidak menarik. Disampai secara tidak profesional.
Di Uzbekistan dan China , walaupun 70 tahun ditekan, mereka masih kuat.. Dalam keadaan yang cukup kuat ditekan, mereka cuma utamakan penyebaran salam dan kuatkan silaturrahim di samping membaca ayat-ayat suci Al-Quran di dinding-dinding masjid. Imam masih boleh berbahasa Arab. Itu ketika Komunis berkuasa. Ini rahsia kekuatan mereka dapat bertahan.

Serangan aqidah di Malaysia


Sekarang di Malaysia kita diserang dalam bentuk yang dahsyat.

Serangan pemikiran.


1) Golongan intelektual. Orang Kristian yang buat serangan. Walaupun mereka berjaya serang tetapi mereka tidak dapat tawan hati orang Islam. Untuk itu mereka cuba mempelajari Islam dengan untuk menyerang Islam. Mereka juga wujudkan fakulti-fakulti Islam di universiti Mereka.
2) Mereka juga melahirkan kekacauan kepercayaan lalu membawa pemikiran Islam liberal. Mereka letak semua agama itu sama. Ia datang daripada sumber yang sama iaitu Tuhan yang sama. Cuma masa wahyu turun, Islam diterjemah dalam mesej ketuhanan itu mengikut bahasa-bahasa berbeza sesuai dengan bangsa dan keturunan Nabi. Tegas mereka, kitab-kitab suci itu adalah terjemahan. Oleh itu ia boleh dipinda dan ditafsirkan semula. Dalam kurun ke 16, ia telah disaran oleh Yahudi dan diterima oleh para paderi Kristian. Ini yang menjadikan Kristian berpecah kepada berpuluh-puluh mazhab. Dulu, cuma ada Kristian daripada mazhab Roman Katholik. Masing-masing menuduh masing-masing mazhab kafir. Inilah pula yang dibawa ke dalam dunia Islam.
Islam liberal begini mulai masuk pula ke Indonesia .. Mereka menguasai universiti dan media dengan dilindungi dan disokong dengan kuat oleh AS dengan berbilion-bilion USD. Ini menjadikan fakulti-fakulti pengajian Islam di universiti-universi ti di Indonesia sudah tidak ada lagi penuntut. Kini sudah ada fatwa di Indonesia bahawa perkahwinan lelaki sesama lelaki itu sah. Faraid dan Hudud sudah tidak relevan dan harus dibuang. Ini pun hampir difatwakan akhir-akhir ini oleh Majlis Agama Indonesia .. Ia sedang berkembang kerana tulisan-tulisan ini dipelopori oleh intelektual.

Sekarang, di Malaysia pun sudah terbawa-bawa. Begitu. Tulisan-tulisan yang liberal seumpama ini biasanya ditulis oleh wartawan-wartawan dalam akhbar-akhbar berbahasa Inggeris. Dulu Astora Jabat saja yang tulis dalam akhbar Melayu. Kini, Astora guna majalah Al Islam pula sebagai platform dengan ditukar namanya kepada Hussin Ab.. Rahman. Kasim Ahmad pun sekarang sudah diberi tempat semula untuk menulis dalam Al Islam
.


Keputusan kes pakai serban Ini ada laporannya dalam semua akhbar. Bagaimana 3 murid Islam memakai serban di sekolah telah diberhentikan dan kes mereka pula kalah di mahkamah. Sedang penganut agama lain kenapa bebas memakai serban dan mengamal agama mereka ? Ini satu penghinaan yang sungguh dahsyat ke atas Nabi kita dan Islam pada amnya.
Allah jadikan sembahyang berjemaah lima waktu. Ini bertujuan untuk melahirkan ukhwah. Hikmahnya cukup besar. Seorang orientalis buat kajian kenapa ada rakaat-rakaat dalam sembahyang. Orientalis yang akhirnya masuk Islam itu, sembahyang itu sebagai satu bentuk caj. Pertemuan bahu dengan bahu, kaki dan kaki dia akan caj kuasa rohani. Untuk itu, kita perlu kuatkan diri. Orang Hindu sedang kuatkan diri mereka. Mereka giat buat tokong Hindu. Di Perak misalnya, ada 2,000 tokong Hindu sedangkan masjid cuma 560 buah sahaja. Dan agama Hindu ini semakin menampakkan keganasan. Terdapat ramai juga orang Melayu yang diHindukan. Kini, Filem-filem Bollywood juga digunakan untuk mendakyahkan agama Hindu di seluruh dunia..
Harap kepada siapa?

Kita tidak boleh lagi harapkan pihak berkuasa JAKIM, Jabatan Agama atau pihak kerajaan untuk melindungi kita. Allah tidak amanahkan Islam, al-Quran dan Sunnah ini kepada kerajaan tetapi Allah amanahkan kepada setiap individu Muslim.


Allah S.W..T berfirman:

"Kami wariskan al-Quran itu kepada hamba-hamba Kami yang terpilih iaitu yang beriman kepada Allah; (bukan kepada kerajaan)."

Peringatan-peringatan Daripada Allah S.W.T..

Tsunami, gerak gempa bumi, ramai umat Islam yang mati. Ini peringatan. Kenapa di Acheh dan Bangladesh ? Bukan bermakna orang Acheh yang bermaksiat, tetapi mungkin maksiat berlaku di tempat lain. Bagaimanapun, pada malam kejadian itu, ada permainan tari menari dan pesta minum arak di pantai yang berdekatan.
Demikian, sedikit ringkasan. Wallahu a'lam

Dato' Harussani Bin Zakaria

Mufti DiRaja Negeri Perak

Blog Stats