Presiden Persatuan Bolasepak Pulau Pinang (FAP), Mohd Fairus Khairuddin yang baru enam bulan memegang jawatan itu, hari ini melepaskannya atas alasan terpaksa melalui banyak masalah dan kontroversi sejak beliau menyandangnya.
Adakah Persatuan Bola sepak Pulau Pinang (FAP) telah mengatasi masalah kewangan yang dihadapinya dan apakah perancangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk meningkatkan dan memulihkan prestasi sukan bola sepak di negeri ini.
Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) dari semasa ke semasa sentiasa berusaha mengatasi masalah kewangan yang dihadapi. Setakat ini Persatuan bergantung kepada sumber-sumber pendapatan seperti berikut:-
(a) Kutipan jualan tiket sejak 2006/2007 pendapatan FAP adalah seperti berikut:-
(i) 2006/2007 - RM 176,590.00
(ii) 2007/2008 - RM 217,370.00
(b) Geran tahunan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sejak 2005/2006, FAP hanya menerima RM 325,000.00 setahun.
FAP memerlukan sebanyak RM 3 juta bagi melaksanakan apa yang dirancang. Kebiasaannya, bagi menampung kekurangan dana bagi menguruskan ketiga-tiga pasukan iaitu Liga Super, Piala Presiden dan Piala Belia, beberapa sumbangan daripada individu/organisasi diusahakan oleh Presiden FAP, namun masih tidak mencukupi.
Kerajaan negeri melalui Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang telah mengambil langkah-langkah yang difikirkan perlu bagi membantu meningkatkan serta memulihkan prestasi sukan bola sepak di negeri ini sejak dari awal saingan liga lagi. Hasil yang diperolehi dari mesyuarat/perbincangan bersama FAP telah mendapati para pemain Liga Super Pulau Pinang tidak mempunyai tahap kecergasan fizikal dan mental yang mencukupi untuk bersaing pada peringkat tinggi. Oleh yang demikian, satu persetujuan telah dicapai yang mana Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang telah menawarkan bantuan bagi mengatasi masalah tersebut dengan menyusun jadual bagi sesi kecergasan dan kekuatan mental para pemain di bawah seliaan jurulatih terbabit seperti berikut:-
(a) Sesi kecergasan (gymnasium) – setiap hari Isnin.
(b) Sesi menguatkan mental (psikologi) – setiap hari Selasa & Khamis.
Kerajaan negeri melalui Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang amat prihatin terhadap prestasi pasukan dan bersedia membantu, namun selebihnya adalah usaha Persatuan itu sendiri bagi menentukan hala tuju pasukan bola sepak Negeri ini.
- Saiful Lizan Md Yusoff
Liga Super Musim Depan Pasti Suram Jika Kedah FC Turun Liga Dan Sri Pahang
FC Pula Tarik Diri
-
MASA depan dua kelab Liga Super menjadi tanda tanya dengan mereka
dilaporkan tidak akan bertanding dalam saingan tersebut pada musim depan.
Dua kelab yan...
2 days ago
0 comments:
Post a Comment