Sumbangan ~ Tolong Klik.... Thanks.

Friday, December 05, 2008

Blogger Paling Ramai Dipenjara???

Malaysiakini : Wartawan dalam talian dan penulis blog kini lebih ramai meringkuk di penjara di seluruh dunia berbanding petugas media bukan Internet, lapor satu pertubuhan kebebasan media hari ini.

Jawatankuasa Melindungi Wartawan (CPJ), dalam bancian mutakhirnya, mendapati 45 peratus petugas media yang ditahan terdiri daripada editor akhbar web dan wartawan dalam talian, serta pengendali blog.

"Wartawan dalam talian membentuk kumpulan profesional (media) buat pertama kali dalam bancian penjara CPJ," kata pengarah eksekutif pertubuhan yang berpangkalan di New York itu, Joel Simon.

internet media and print mediaDaripada 125 wartawan yang dipenjara tahun ini, sekurang- kurangnya 56 wartawan Internet - pertama kali mengatasi wartawan akhbar yang mengalami nasib serupa.

Pemberita dalam talian yang pertama dikenakan hukuman penjara pada 1997.

Kumpulan berikutnya, 53 orang, terdiri editor akhbar, wartawan mdia cetak dan jurugambar.

Tahun lepas, 127 wartawan dihukum penjara di seluruh dunia.

Kebanyakan wartawan Internet, atau 45 daripada yang ditahan itu, bekerja secara sambilan dan, oleh kerana tiada syarikat media, mereka tiada sumber atau hubungan politik untuk membela nasib mereka.

"Wartawan sambilan yang dipenjara meningkat 40 peratus dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini," kata Simon lagi.

Mereka selalunya dituduh melakukan kegiatan subversif, mendedahkan rahsia negara dan bertindak berlawanan dengan kepentingan nasional.

Kira-kira 59 peratus yang meringkuk di penjara berdepan dengan dakwaan-dakwaan sedemikian.

Sementara 13 peratus lagi tidak dihadapkan dengan sebarang pertuduhan. Taktik seumpama ini digunakan oleh kerajaan-kerajaan, antaranya, Amerika Syarikat, Iran, Israel, Uzbekistan dan Eritrea.

Seramai 16 yang ditahan ditempatkan di lokasi-lokasi rahsia.

Tambah Simon, sejak dua tahun lepas, pertubuhannya bersama syarikat Internet, pelabur dan kumpulan hak asasi berjuang mendesak kerajaan agar membuka ruang kebebasan di alam siber.

Dalam tempoh tersebut, kumpulan itu membentuk Global Network Initiative atau Inisiatif Jaringan Sejagat yang menyediakan garis panduan kepada syarikat-syarikat telekomunikasi dan Internet menjaga hak kebebasan di dunia maya.

Syarikat-syarikat gergasi Yahoo, Google dan Microsoft termasuk dalam jaringan tersebut, tambah CPJ.

Menurut laporan itu lagi, China masih lagi negara yang paling ramai memenjarakan wartawan diikuti oleh Cuba, Burma, Eritrea dan Uzbekistan daripada 29 negara yang berbuat demikian.

Kelima-lima negara ini terus-menerus berbuat demikian sepanjang penelitian CPJ, laporan itu dipetik.

Malaysiakini - 6 Januari penamaan dan 17 Januari Mengundi di PRK K.T.

Hari, makin berlalu, sudah seminggu pemergian Allahyarham Datuk Razali Ismail.......

Maka, SPR mengumumkan 17 Januari 2009 Sebagai Tarikh membuang undi dan

6 Januari 2009
sebagai hari penamaan calon.....

Datanglah beramai-ramai.....


Malaysiakini melaporkan........


Hari penamaan calon bagi pilihanraya kecil Kuala Terengganu jatuhnya pada 6 Januari dan pengundian pula 17 Januari, memberikan 11 hari berkempen, demikian diumumkan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).

kuala terengganu parliament seat by election 2008 051208Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata bilangan pengundi kali ini 80,229 orang, sedikit berbeza berbanding 80,325 orang dalam pilihanraya umum Mac lalu.

Jumlah ini termasuk 1,035 pengundi pos.

Dakwat tidak mudah padam di jari pengundi, seperti yang pernah dijanjikan akan diamalkan oleh SPR, tidak akan dilaksanakan dalam pilihanraya ini.

Ia diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Razali Ismail, yang juga timbalan menteri pelajaran, Jumaat lepas.

Wakil rakyat BN itu menewaskan Naib Presiden PAS Mohamad Sabu dengan majoriti tipis, 628 undi



Lim Guan Eng ; Al-Quran sumber perundangan utama

GEORGETOWN, 5 Dis (Hrkh) - Al-Quran penting sebagai sumber perundangan utama dan mampu melahirkan masyarakat madani yang berakhlak tinggi, berintergriti yang bersesuaian dengan prinsip 'Amar Ma'ruf, Nahi Mungkar' dan Cekap, Akauntabel dan Telus (CAT).

Demikian antara ucapan yang disampaikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam majlis penghargaan kepada 102 orang penghafal dan pengajar Al-Quran yang memberi khidmat di negeri itu baru-baru ini.

Kerajaan Pulau Pinang dalam majlis tersebut memberikan sumbangan Rm300.00 seorang dan sijil penghargaan kepada 102 orang penghafal dan pengajar Al-Quran yang memberi khidmat di negeri itu baru-baru ini.

Program yang diadakan di Dewan Seminar Komplek Penyayang itu menyaksikan Lim mengotakan janjinya supaya pengajian al-Quran dimajukan supaya masyarakat dapat diselamatkan apabila kandungan al-Quran dihayati bukan diketepikan sebagaimana sebelum ini.

ImageTurut serta dalam program yang dirasmikan oleh Tuan Yang Terutama Yang DiPertua Negeri Pulau Pinang, Tun Dato' Seri Utama, Dr Haji Abdul Rahman Abbas itu ialah Timbalan Ketua Menteri 1, Mohamad Fairus Khairudin, Exco Hal Ehwal Pengguna Negeri, Abdul Malek Kasim dan Exco Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Tebatan Banjir Negeri, Law Choo Kiang, Timbalan Mufti Negeri, Haji Suleh Wan Kurdi Jalaludin dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang, Haji Sazali Hussein.

Kelihatan sama ialah pimpinan PAS yag diketuai oleh Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Saleh Man; Ketua Dewan Ulama' PAS Negeri, Ustaz Soid Mohd Amin; Bendahari PAS Negeri, Ustaz Khalid Man; Penolong Setiausaha PAS Negeri, Haji Jamil Abdul Rahman dan Yang Dipertua PAS Tanjung, Yaacob Omar.

Menurut beliau lagi, nilai keharmonian lebih terserlah seandainya setiap agama mematuhi ajaran yang diamalkan begitu juga Islam jika dilengkapi dengan pengetahuan yang tinggi tentunya melahirkan sebuah masyarakat yang sempurna jauh daripada ketidak tamadhunan.

"Saya tidak menafikan golongan penghafal al-Quran begitu penting bagi Umat Islam khususnya dalam memastikan al-Quran yang menjadi sumber perundangan utama tetap terpelihara, " ujarnya ketika berucap dalam majlis penyampaian sumbangan ikhlas kepada 102 para Huffaz.

Tegasnya, hanya mereka yang tabah sahaja dapat mencapai tahap tersebut kerana tanpa displin, kuat dan sabar seseorang itu mustahil boleh melakukan kerja berkenaan.

Lim percaya melalui al-Quran masyarakat Madani yang berakhlak tinggi, berintegriti bersesuai dengan pronsip 'Amar Ma'ruf, Nahi Mungkar' dan Cekap, Akauntabel dan Telus (CAT) akan menjadi kenyataan.

"Usaha Kerajaan Pakatan Rakyat berlainan dengan usaha yang dilakukan oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN) iaitu mahu membentuk insan yang bermutu berguna pada semua keadaan, " katanya.

Justeru itu, kemunculan lebih ramai Hafiz secara langsung dapat membantu merealisasikan impian matlamat Kerajaan Negeri mengwujudkan modal insan kelas pertama yang boleh menyelamatkan masyarakat daripada terus hanyut dengan masalah yang melanda.

Bagi menjayakan impian sesetengah pihak Hufaz semestinya menonjolkan bakal yang ada untuk menerokai alam profesional selain keusahawanan dan politik yang baik dan jauh daripada sikap menipu.

Sementara itu, Timbalan Ketua Menteri I, Fairuz Khairudin pula bercadang menubuhkan Jawatankuasa Khas Tahfiz Pulau Pinang di mana jawatankuasa ini akan menjemput panel penguji antaranya Dato' Haji Abu Hasan Din Al-Hafiz.

Jawatankuasa ini bertindak mengiftiraf para Huffaz untuk menjadi imam di samping mengajar di serata pelusuk negeri ini selari dengan sasaran melahirkan 'satu keluarga Islam satu hafiz'.

"Kita letakkan sasaran ini kerana saya tahu tiada yang lebih baik melainkan mereka yang meghafalkan isi al-Quran dan melaksana dalam kehidupan. Apabila kita mahu melahirkan para hafiz bukan beliau seorang sahaja yang bertanggungjawab sebaliknya seluruh keluarganya perlu bersiap untuk penyediaan suasana terebut, " terang beliau.

- Pemuda Besut



Lim Guan Eng Suruh Tanggalkan Banner Hari Jadinya - MalaysiaKini | 庆贺林冠英生日的横幅必须被拆下




(槟城3日讯)不到24小时,庆贺林冠英生日的横幅被拆下!位于头条路的布条王,于周二下午2时,配合槟州首长林冠英12月6日生日,将一面大布条悬挂在店面,却因为有关横幅没有申请准证,而于周三上午10时,被槟岛市政局执法人员要求拆下。

(Penang) Banner yang meraihkan hari jadi Ketua Menteri Lim Guan Eng ditanggalkan dalam masa 24Jam! Pemilik kedai itu yang ingin mengucapkan selamat hari jadi kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng pada 6 September perlu menanggalkan banner tersebut kerana tidak memohon sebarang permit.

Sumber: kwongwah.com.my


Ketika saya bekerja di Pulau Pinang, kedai tersebut juga selalu mempamerkan "ucapan" terhadap pemimpin negara sepertimengucapkan tahniah kepada Pak Lah kerana bernikah dengan Jane Abdullah, mengucapkan taniah kepada bekas Ketua Menteri Koh Tsu Koon.

其实当我在槟城工作时,就看到该店时常如何向政府们拍马屁,如恭贺首相的第二春,恭贺许子根博士等等的贺语。

Kamu juga tidak perlu baca sebarang surat khabar kerana kedai tersebut akan "mempamerkan segala isu semasa dan mengucapkan taniah kepada pemimpin negara".
Mungkin ini dikatakan sokongan rakyat terhadap kerajaan Malaysia.

有时候我们根本就不用跟进时事,因为该店会把国内最新的新闻,大大个放在他们店前,可能这就是我国人民对政府的支持吧?

Tapi kali ini kerajaan Pulau Pinang bukan lagi kerajaan BN dulu, siapa yang salah, tindakan akan dikenakan terhadap mereka walaupun mungkin mereka di pihak anda!

但是他这一次错了,错就错在槟城已经改朝换代,已经不再吃他们之前的那一套,民联政府对他采取严厉的行动。

Tahniah Ketua Menteri Pulau Pinang kerana tindakan segera anda, saya sokong sepenuhnya arahan anda untuk menurukan banner tersebut.

恭喜槟城首长林冠英,因为果断的吩咐拆下以上布条,我全力的支持你这一次的行动。


Ketika dintanya pemberita, setiausaha Ketua Menteri Pulau Pinang menjawab:

当被记者问到时,槟州首长政治秘书黄伟益直接回答:


"非法就是非法,不能当合法处理。前朝政府不采取行动,并不代表我们(现州政府)不会。"

"adalah salah jika melanggar undang-undang, kita tidak boleh membiarkan begitu. Mungkin bekas kerajaan tidak mengambil tindakan terhadapnya tetapi itu bukan kerajaan sekarang!


Bravo Kerajaan Pulau Pinang...
加油,槟城民联政府。。。

Sumber : Jom Sumpit

Pesta Pulau Pinang Bermula - malaysiakini



KLIK IMEJ UNTUK BESARKAN.......



Pasir dilarang eksport


Utusan Meloya punya berita.... kah3....

JOHOR BAHRU 4 Dis. – Semua jenis pasir darat, laut dan sungai dari negeri ini tidak boleh dieksport termasuk ke Singapura, tegas Pemangku Pengarah Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Johor, Obet Tawil.

HOTTT!!! : Ibrahim Ali Nak masuk UMNO balik...

SUMBER : Thinking of Life


"Dia nak masuk UMNO balik," itulah gurauan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada Ahli Parlimen Bebas, Datuk Ibrahim Ali. Gambar ini dirakam tatkala Perdana Menteri meluangkan masa menikmati 'nasi lemak bungkus' bersama-sama dengan Ahli Parlimen di ruang rehat Ahli Parlimen hari Khamis.
.
Sidang Dewan Rakyat yang berlangsung sehingga tengah malam, merupakan hari terakhir perbahasan peringkat jawatankuasa Rang Undang-Undang Perbekalan 2009. Kalangan Ahli Parlimen perlu menunggu sehingga ke akhir persidangan kerana perlu meluluskan rang undang-undang tersebut. Tidak terkecuali, Perdana Menteri juga turut sama-sama berada di Parlimen.
.
Apabila menjelang 9.00 malam, tumpuan bukan di dalam Dewan Rakyat tetapi di ruang rehat Ahli Parlimen apabila Abdullah meluangkan masa bersama-sama beberapa orang Ahli Parlimen menikmati ‘nasi lemak’.
.
Menariknya, Ibrahim yang turut sama menjamu selera menyerikan suasana dengan jenakanya walaupun di dalam Dewan mereka berbahas dalam suasana yang agak ‘panas’. Lebih menarik sebelum beredar masuk ke dalam Dewan, Ibrahim bersalam dengan Abdullah dan berbisik sesuatu kepada Perdana Menteri. - Agendadaily

Blog Stats