Sumbangan ~ Tolong Klik.... Thanks.

Monday, December 22, 2008

Reformis Batalkan 'perang bogel'


Malaysiakini : Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia (Reformis) hari ini bersedia menggugurkan "perang bogelnya" atau ugutan untuk berdemonstrasi bogel setelah bertemu wakil Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Tiada lagi isu-isu (tentang Reformis) berbangkit selepas ini.

"Isu berbogel pun tidak timbul lagi," kata timbalan presiden penajanya Badrul Hisham Mohd Hanafiah kepada Malaysiakini.

Tambahnya, jika muncul kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas presiden penajanya Ramlan Abu Bakar, ia bersifat peribadi dan "tidak ada kena-mengena dengan Reformis".

Sewaktu diketuai NGO baru itu sebelum ini melancarkan "perang bogelnya" terhadap Abdul Khalid dan penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim susulan kecewa terhadap kerajaan negeri yang didakwa gagal mempedulikan nasib golongan miskin dan tidak menunaikan janji manifestonya ketika pilihanraya umum lepas.

Dalam pertemuan sejam pagi ini dengan setiausaha politik menteri besar, Nik Nazmi Nik Ahmad, Reformis menyatakan sokongan terhadap keputusan Selangor menurunkan harga sewa rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) bagi keluarga berpendapatan bawah RM1,500.
"Reformis akan berdiri teguh di belakang menteri besar dan barisan exconya untuk menjaga kepentingan negeri dan Pakatan Rakyat," kata Badrul Hisham.

Tambahnya, dalam pertemuan itu, Abdul Khalid dilaporkan sedia bekerjasama dengan NGO itu, yang baru ditubuhkan Julai 2007 dan kini masih menunggu kelulusan Pendaftar Pertubuhan.

Mengulas kedudukan bekas presiden penajanya yang dipecat minggu lalu yang dibangkitkan oleh Nik Nazmi, Badrul Hisham berkata Reformis berharap Abdul Khalid "jangan layan karenah-karenahnya."

Majoriti exco Reformis, lapan daripada 12, mengambil keputusan menggugurkan Ramlan dalam satu mesyuaratnya 17 Disember lalu.

Surat memaklumkan keputusan tersebut dihantar keesokannya.

Badrul Hisham, kini memangku jawatan nombor satu Reformis, berkata NGO itu melantik ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR Dr Badrul Amin Baharon sebagai penasihatnya mulai 18 Disember lalu.

Beliau, menjelaskan Reformis akan terus memberi teguran dan menyalurkan maklumat kepada Selangor dan Pakatan Rakyat bagi menyelesaikan isu-isu yang berkaitan dengan rakyat.

"Reformis sudi bekerjasama dengan kerajaan negeri dalam menyelesaikan isu-isu rakyat dan berharap kerajaan mengambil peduli dengan teguran kami," tambahnya.

Reformis, kata Badrul Hisham lagi, akan ke Kuala Terengganu untuk membantu kempen calon PAS merampas kerusi parlimen itu dalam pilihanraya kecil 17 Januari depan.

Katanya lagi, beliau dan barisan exco Reformis yang hadir berpuas hati hasil pertemuan dengan Nik Nazmi yang diadakan di pejabat pentadbiran kerajaan negeri di Shah Alam, jam 11 pagi.

Hukum hudud not Pakatan Rakyat policy - Lim Kit SIang

Media reports that PAS vice president Datuk Husam Musa has said that PAS will implement hudud if Pakatan Rakyat takes over the Federal Government has created a frenzy of reaction.

Hukum hudud is not Pakatan Rakyat policy and it is for Husam to clarify what he actually said.

DAP’s stand on the secular character of Malaysian nation and state as agreed in the social contract by our forefathers when Merdeka was achieved 51 years ago remains consistent and unchanged.

If unclarified, Husam’s statement would create unease, anxiety and opposition not only among the 11% of the Chinese voters in the critical Kuala Terengganu by-election on January 17 but also among both Malay and non-Malay voters whether in Terengganu or the rest of Malaysia. - Lim Kit Siang


SUMBER : Thinking of Life

ARef : Aku nak komen sikit, HUDUD tetap akan dilaksanakan........ ianya penting untuk kami ORANG ISLAM...... kalau orang NON-MUSLIM, aku tujukan buat LIM KIT SIANG, tolong habaq kat semua NON-MUSLIM....... Korang boleh ikut undang2 SEKULAR!!!! Tapi, Please jangan BERKHALWAT DENGAN ORANG ISLAM.......


Aku tetap dengan pendirian aku, HUDUD WAJIB DILAKSANAKAN!!!!!


HOtttt!!!! : Pramugara Terlampau Bebas Hukuman Penjara - malaysiakini

KUALA LUMPUR 22 Dis. – Bekas pramugara yang didakwa menghasilkan rakaman dan mengedar video aksi seksnya, Mohd. Rizal Mat Yusof dibebaskan daripada hukuman penjara 18 bulan selepas Mahkamah Tinggi Shah Alam menerima rayuan untuk mengetepikan sabitan tersebut.

Pesuruhjaya Kehakiman P. Nalini memutuskan demikian dengan alasan keterangan saksi-saksi pendakwa gagal membuktikan hubungan tertuduh dengan video lucah tersebut.

Mohd. Rizal dihukum penjara 18 bulan oleh Mahkamah Sesyen Klang selepas didapati bersalah di bawah Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan pada 17 Februari 2004. – Utusan.

Kalimah Allah Pada Baju di Pasaraya

Assalamualaikum w.b.t Saudara pengarang,


1. Sebagai seorang Islam, saya amat memandang berat dan berdukacita kerana masih ada segelintir peniaga yang menjual baju yang tertera perkataan Allah.

2. Semasa mencari peralatan persekolahan anak di KK Plaza petang tadi (20 Dis 2008), saya telah menjumpai baju wanita yang tertera perkataan ALLAH di kedai pakaian 'MATAHARI', Tingkat 2, KK Plaza, Kota Kinabalu, Sabah (berhadapan dengan pasar besar Kota Kinabalu). Baju tersebut dijual di dalam 3 warna (hitam, kelabu dan putih).



3. Mohon bantuan saudara pengarang untuk memajukan perkara ini kepada pihak yang berwajib.

4. Sekian, terima kasih.

Yang Benar

MUHAMMAD SAMSURI BIN MAMAT
Pangkalan TLDM Kota Kinabalu
Teluk Sepangar, Sabah








TV3 oh TV3.... Meroyan Atau Mengilai........




Kredibiliti TV3 dipersoalkan lagi.

Terbaru isu perkahwinan penyanyi terkenal MAWI dan Ekin di Johor Bahru pada 20 Disember 2008 lalu dimana TV3 mendakwa tidak diberi layanan yang baik termasuk dikasari oleh petugas yang menjaga majlis pernikahan Mawi ketika ingin merakamkan saat Mawi melafazkan akad nikah.

Isu tersebut telah dinafikan oleh Pengurus Bahagian Rancangan Melayu ASTRO (lupa nama.....) dan beliau memberi kenyataan bahawa semua petugas media diberi layanan yang baik.

Persoalannya... Adakah TV3 menipu lagi atau memutar belitkan isu yang KUNUN nya petugas TV3 dikasari.... Fikirlah sendiri..... Silap haribulan kalangan petugas media pun akan mencurigai wartawan atau petugas TV3. - AMK Johor

Wan Farid - Ropernya, Majlis Kat Rumah Kawan @ Sedara dia.....

Merujuk post aku kat [SINI], tentang pelanduk 2 serupa nih.......



Biasa arrr.... nyanyi kat Karaoke.... hek3...... Siapa Gadis di sebelah Pelanduk 2 Serupa ni???

roper2nya, pompuan kat sebelah tuh, dia nih....


Setelah aku cari2 lagi, jumpa satu lagi gambar pelanduk 2 serupa nih......


So.... aku nak mintak maaflah...... pelanduk 2 serupa nih bukannya ada apa2 dengan gadis kat sebelah tuh.....

Kalau korang nak teruskan melihat album yang aku ambil dari fotopages nih, boleh lawati di [SINI].

TAJUK DIA..... BBQ kat umah ayah sham, tak surelah, kat rumah siapa kan??? maybe rumah kawan pelanduk 2 serupa nih atau rumah sedara dia......


Mintak Maaf ya, Wan farid!!!!




Umno juga eksploitasi kanak-kanak untuk kepentingan politik.


Petikan daripada Berita Minggu bertarikh 21 Disember 2008.

Baginda sedih perbuatan eksploitasi kanak-kanak.

SUBANG JAYA: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dukacita dengan tindakan segelintir pihak yang mengeksploitasikan kanak-kanak dalam kempen yang melanggar undang-undang untuk kepentingan mereka.
Kenyataan baginda itu disampaikan kepada Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar sebelum berangkat ke luar negeri pada petang Khamis, selain meminta polis mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang terbabit.
Khalid berkata, baginda mengarahkan polis mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang menggunakan kanak-kanak dalam aktiviti yang melanggar undang-undang.
Katanya, tindakan penganjur mempengaruhi kanak-kanak untuk memberontak dan melanggar undang-undang sedangkan pada usia sedemikian mereka sewajarnya diberi didikan berguna dan ditanam dengan nilai sayang dan cintakan negara.
HAIKs???? eceh....... nih, bukan eksploitasi.... haknih hanya lakonan semata-mata.... keh3... Lihat di bawah....






Gambar daripada arkib DPPKJ.

Gambar ini telah diambil semasa hari pengundian di Daerah mengundi PJS 6 Timur, DUN Seri Setia pada Pilihanraya Umum ke-12 yang lalu. Ini jelas menunjukkan Umno dan Barisan Nasional juga menggunakan kanak-kanak untuk kempen pilihanraya mereka.

-DPPK Kelana Jaya

Blog Stats