Sumbangan ~ Tolong Klik.... Thanks.
Tuesday, September 16, 2008
Tukar Tiub: HOT ! ABDULLAH MAHU ANWAR TUNJUK NAMA – TERKINI
“ Jika dia (Anwar) ada nama-nama itu, dia harus menunjukkan nama-nama tersebut kepada seluruh negara. Semua orang ingin tahu,” kata Abdullah Badawi.
Abdullah Badawi hanya akan bertemu dengan Anwar Ibrahim jika ketua Pakatan Rakyat telah mendedahkan nama-nama ahli parlimen Barisan Nasional yang kini menyokong Pakatan Rakyat."
Tukar Tiub: DR HATTA RAMLI - TERKINI !!!
Dalam satu temu bual dengan ajensi berita AFP , Dr Hatta Ramli telah menerangkan jika sekiranya Perdana Menteri Abdullah Badawi enggan bertemu dengan pemimpin Pakatan Rakyat maka satu delegasi Pakatan Rakyat akan pergi mengadap Yang Teramat Mulia Yang DiPertuan Agung.
Menurut Dr Hatta ‘ perlantikan perdana menteri dan pertukaran kerajaan adalah tanggung jawab Yang DiPertuan Agung’.
Dr Hatta juga berkata Pakatan Rakyat kini memiliki lebih dari 116 ahli parlimen.
Jumlah semua anggota ahli parlimen Malaysia ialah 222.
Tukar Tiub: PAKATAN AKAN MENGADAP AGUNG - TIAN CHUA - TERKINI !!!
Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat berkata dalam masa 24 ke 48 jam ini pemimpin Pakatan Rakyat akan pergi ke Istana Negara untuk mengadap Yang DiPertuan Agung.
Mengadap Duli Yang Maha Mulia Yang DiPertuan Agung ini bertujuan untuk memohon pekenan Duli Tuanku agar sebuah kerajaan baru di bawah pentabiran Pakatan Rakyat dapat ditubuhkan.
Tian Chua berkata demikian dalam satu sidang akhbar petang ini.
Tukar Tiub: PAKATAN RAKYAT MENUNGGU – BERITA PANAS !
PAKATAN RAKYAT MENUNGGU – BERITA PANAS !
Kerajaan Baru yang akan ditubuhkan oleh Pakatan Rakyat sedang menunggu jawapan dari Abdullah Badawi.
Kerajaan Baru Pakatan Rakyat kini sedang menunggu bilakah Abdullah Badawi ingin melihat nama-nama senarai YB ahli parlimen dari Barisan Nasional yang telah dan kini menyokong Pakatan Rakyat.
Jika Abdullah Badawi enggan menemui kepimpinan Pakatan Rakyat dalam masa terdekat maka besar kemungkinan senarai ini akan di kemukkan ke hadapan Baginda Yang DiPertuan Agung.
Surat untuk meminta membuat temujanji telah dihantar kelmarin.
HOTtttt!!!! : Nak Jadi Pembangkang, Najib Al-Mongloliali Buat Blog!!!
Almaklumlah, dah tak lama dah..... keluar satu blog najib al mongliali nih...... kalau nak tahu lebih lanjut.... ley lah tengok kat [SINI].
Apa yang AR nak komen cuma hahahahahaha, nak tergolek aku tengok...... tapi, not bad, lawa sioooootttt blog almongolia nih.... Almaklumlah, nanti susah dah nak buat sessi sumpah seranah kat TV-TV di Malaysia nih..... dan tidak lupa sessi fitnah fitnatun UMNO..... jadi, selamat berbloglah wahai najib almongolia....
LAWAK SIOOOOTTTT!!!
Anwar mahu jumpa PM, mengadap YDP Agong untuk bentuk kerajaan
Sep 16, 08 3:52:17 pm MYT
PETALING JAYA, 16 Sept (Hrkh) - Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim menunggu jawapan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk diadakan pertemuan dengan Pakatan Rakyat secepat mungkin bagi memastikan peralihan kuasa berlaku secara aman dan demokratik.
Anwar berkata dalam pertemuan itu, beliau akan mengemukakan senarai nama-nama Ahli Parlimen Barisan Nasional yang telahpun memberikan komitmen untuk bersama-sama membentuk Kerajaan Pakatan Rakyat.
Semua proses ini katanya, walaupun melepasi 16 September, namun ianya harus dilakukan secara teratur, aman dan demokratik menurut lunas-lunas Perlembagaan Negara.
Katanya, beliau memberikan masa kepada PM beberapa hari ini untuk membuat keputusan bertemu dengan Pakatan Rakyat seberapa segera.
"Saya fikir PM tiada sebab untuk tidak bertemu dengan kami (Pakatan Rakyat)," katanya.
Anwar menegaskan demikian dalam sidang akhbarnya di Ibu Pejabat Parti KeADILan Rakyat dekat sini. Antara pemimpin yang hadir ialah, Presiden KeADILan, Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaffar, AJK DAP Pusat, Tan Kok Wai.
Menurut Anwar setakat ini jumlah Ahli Parlimen yang diperlukan melebihi 31 orang dan jumlah yang memberikan komitmen mereka bertambah dari masa ke semasa.
"Ini bukan omong kosong. Kita ada jumlah yang mencukupi. Kita sudah bersedia untuk melakukannya," kata beliau.
Selain itu beliau turut menegaskan jika selepas beberapa hari, tidak ada respons, pemimpin Pakatan akan bertemu dan menentukan tindakan selanjutnya," katanya.
Menjawab soalan wartawan, Anwar tidak menafikan antaranya adalah yang berjawatan Menteri, Timbalan Menteri serta lain-lain pemegang jawatan utama dari pelbagai parti.
Walaupun diasak pelbagai desakan wartawan meminta beliau mengemukakan senarai tersebut, Anwar bagaimanapun enggan berbuat demikian kerana bimbang ahli-ahli parlimen tersebut akan diugut.
Katanya, apa yang penting Perdana Menteri harus memberi jaminan bahawa tidak akan berlaku sebarang penyalahgunaan kuasa, penyalahgunaan ISA dan sebarang bentuk sekatan kepada perubahan kerajaan.
Semalam, wakil dari Pakatan Rakyat telah menghantar surat kepada Abdullah untuk mengadakan pertemuan.
Anwar berkata, mereka memberi masa kepada perdana menteri untuk berbincang dan mengambil tindakan sewajarnya untuk menerima kehendak rakyat.
"Saya percaya beliau akan bertemu dan kita perlu menunggu hari ini atau esok," kata Anwar
Anwar turut berkata masa yang cukup perlu diberikan kepada Abdullah kerana Presiden Umno itu kini merupakan ahli politik yang kini dalam keadaan genting.
"Jadi, anda harus memaafkan beliau kerana beliau dalam keadan terdesak," katanya.
- Harakah
Dolah Dan Si Alif, Min, Nun, Wau Berstrategi Lagi
Setelah berita hot demi hott!!! yang disampaikan pak hisham dalam blognya, tukar tiub, nampaknya, Dolah dan UMNO semakin berstrategi, antaranya ialah :-
1) Dolah akan bersembunyi dan tidak akan berjumpa dengan Anwar dan mana2 Ahli Parlimen Pakatan bagi menyekat langkah terakhir iaitu mengadap Agong.
2) Dolah dan UMNO mungkin akan mengumpulkan semua Ahli-ahli parlimennya secara mengejut bagi menyekat kemaraan Pakatan Rakyat.
3) Dolah mencabar Anwar agar mengemukakan senarai nama Ahli Parlimen yang melompat, 'serampang dua mata' ini adalah untuk mencari ahli-ahli parlimen yang melompat dan menggunakan strategi sama ada mengugut atau memberi tawaran yang tinggi kepada mereka yang melompat.
4) Dolah dan UMNO terus berstrategi agar di wujudkan satu konspirasi dalam memecahkan ahli-ahli parlimen yang telah cukup bersama-sama pakatan rakyat.
Apa-apa pun, kita kena ingat, usaha+doa+tawakkal..... semoga niat bersama pakatan rakyat mentadbir Malaysia dengan lebih baik di restui olah Allah S.W.T.
Hanya Allah sahaja yang tahu apa yang terbaik untuk kita..... Semoga Allah melakukan yang terbaik untuk seluruh warga Malaysia demi sebuah negara yang aman dan adil dan dapatlah Ummat Islam menjalankan perintah Allah seperti yang telah termaktub dalam lembaran Al-Qur'an dan Al-Sunnah.
TAKBIR!!!
LAWAN TETAP LAWAN!!!
Che Det : "Selamat Tinggal Malaysia... Jumpa Di Zimbabwe"
Time nih..... pemilihan PEKIDA Zimbabwe...... Tok Det jadi God Father Pekida kat sana..... Mailah datang!!!!
Time nih, lagi syiokkk wooo..... Cam demo bebaskan Anwar dulu2, kirer cam reformasilah..... nampak tok tak? tok paling putis shewkali....... hencyem kata cewek-cewek zimbabwe.....
916 : Tonjolkan Lagi Keretakan PAS???
Gara-gara projek pembentukan kerajaan baru pada 16 September seperti diura-urakan penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, PAS pula yang terpaksa bertelagah sesama sendiri khususnya antara Mursyidul Amnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan Pesuruhjaya PAS Terengganu Datuk Mustafa Ali.
Susulan sikap kritikal Mustafa terhadap projek Anwar dalam wawancaranya dengan Harakah dan Utusan Malaysia minggu lalu, Nik Aziz menyifatkan pengarah pilihanraya parti itu “sudah menjadi lidah Umno” dan “betul-betul serupa dengan nada presiden Umno”.
Dalam kenyataannya sebagai reaksi terhadap pandangan Mustafa, Nik Aziz turut menyifatkan PAS Terengganu "telah tersalah memilih seorang pesuruhjaya" dengan membandingkan kenyataan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamed yang menganggap tersilap memilih penggantinya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Tokoh besar PAS itu turut membayangkan Mustafa kemungkinan akan meninggalkan PAS dan menyertai Umno.
Bagaimanapun beberapa bahagian panas kenyataan panjang Nik Aziz ini, yang dikirimkan kepada Harakah, tidak dimuatkan dalam akhbar rasmi parti itu dalam edisi terbarunya.
Tidak cukup dengan serangan itu, Nik Aziz mengulangi kritikannya kepada Mustafa dalam ceramah di Markaz Tarbiah PAS di Gombak, Ahad lepas, dua hari selepas kenyataan kontroversi itu diterbitkan.
Dihubungi Malaysiakini semalam, pesuruhjaya itu enggan mengulas kenyataan Nik Aziz.
Mustafa dalam kedua-dua akhbar itu berpendapat perubahan kerajaan yang cuba diusahakan Anwar hari ini "tidak mungkin berlaku" dengan dua alasan.
Pertama, pada tarikh itu, Dewan Rakyat tidak bersidang, maka undi tidak percaya terhadap perdana menteri tidak boleh dibawa walaupun majoriti ahli parlimen menyebelahi Pakatan Rakyat.
Beliau juga dilaporkan berkata, secara politiknya, tidak pernah berlaku wakil rakyat kerajaan melompat parti untuk menyertai pembangkang.
Beberapa jam sebelum serangan sinis Nik Aziz kelmarin, seorang wartawan Harakah terpaksa menarik balik kenyataan penuh menteri besar Kelantan itu daripada blognya atas arahan ketua pengarang eksekutif akhbar itu Ahmad Lutfi Othman.
"Beberapa alasan telah diberi, namun saya pasti sebenarnya beliau tersepit. Malangnya oleh kerana kebimbangan saya di atas beberapa sebab, saya dengan itu menarik kembali artikel tersebut dengan rasa berat hati dan merasai kebebasan bersuara telah disekat," catat Wan Nordin Wan Yaakob di blognya Politik Suku Sakat (wannordinwanyaakob.blogspot.com).
Tambahnya, seorang lagi wartawan akhbar rasmi PAS itu "turut menerima tamparan apabila seorang pemimpin menghubunginya dan meminta isu itu jangan dihebahkan, malah kenyataan Tok Guru (Nik Aziz) itu katanya (pemimpin itu) melampau."
"Saya hanya penulis picisan yang terhimpit dengan ideologi politik suku-sakat, dan inilah yang dikatakan 'Politik Suku Sakat', akhirnya saya juga yang terkena penahan mereka," kata wartawan itu lagi.
Wan Nordin bagaimanapun tidak mendedahkan pemimpin-pemimpin PAS yang mengganggu beliau dan seorang wartawan wanita itu.
Usaha Malaysiakini menghubunginya hari ini gagal.
Dalam kenyataan yang sama, kini beredar lebih meluas dalam kalangan penyokong PAS yang pro-kerjasama dengan Pakatan Rakyat, Nik Aziz turut melahirkan kebimbangannya apabila Harakah sendiri terlibat menyiarkan pandangan Mustafa yang meragui usaha menumbangkan kerajaan BN gaya Anwar itu.
"Saya tidak dapat bayangkan bagaimana Harakah boleh memainkan peranan sebagai lidah rasmi parti dan organ parti, apabila orang nombor satu (Mustafa) yang merupakan pesuruhjaya PAS Terengganu ini telah mengambil sikap membelakangi keputusan Muktamar," kata Nik Aziz.
"Saya percaya, ini sedikit sebanyak akan mempengaruhi pojok, cerita, berita dan analisis yang dibuat.
"Dengan dibenarkan penerbitan dua kali seminggu maka lebih cepat lagilah ia boleh merosakkan imej Harakah. Pada logiknya, pembaca Harakah akan berkurangan. Saya fikir suatu keputusan perlu dibuat mengenai perkara ini."
916 : Langkah Pakatan Seterusnya - Mengadap Agong
Ketua Penerangan PKR, Tian Chua berkata, ini akan berlaku dalam tempoh 24 hingga 48 jam.
"Kita telahpun berkata, kita mempunyai yang jumah (ahli parlimen) yang cukup, dan (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) baru tadi mendedahkan bahawa kita mendapat lebih daripada 31 ahli parlimen BN," kata Tian, merujuk kepada sedang akhbar penasihat PKR itu jam 2 petang tadi.
Sekiranya mereka bertemu Abdullah tetapi beliau enggan meletak jawatan, Tian berkata, Pakatan mungkin mendapat campurtangan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin, untuk memujuk beliau supaya berbuat demikian.
"Seboleh-bolehnya, kami akan cuba mengelak membabitkan Yang di-Pertuan Agong," kata Tian ketika dihubungi.
'Sudah ada 116 MP'
Awal pagi ini, AFP memetik Bendahari PAS, Dr Hatta Ramli sebagai berkata, Pakatan Rakyat akan menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi mendapatkan mandat untuk memerintah, sekiranya Abdullah enggan bertemu mereka.
Menurutnya, isu pelantikan perdana menteri dan pertukaran kerajaan membabitkan peranan baginda.
Dr Hatta mendakwa, Pakatan kini mendapat sokongan dari 116 ahli Parlimen. Ini bermakna 35 ahli parlimen kerajaan telah menyertai Pakatan.
Dalam sidang akhbar hari ini, Anwar berkata, beliau telah mendapat lebih daripada 31 ahli parlimen dari BN, yang diperlukan untukk menubuhkan kerajaan baru dan menggesa Abdullah supaya tidak menguatkuasakan undang-undang darurat untuk menghalang peralihan kuasa.
Anwar bagaimanapun tidak mendedahkan nama ahli-ahli parlimen BN terbabit.
Selepas pilihanraya umum 8 Mac lalu, Anwar telah menetapkan 16 September sebagai tarikh untuk menarik sekurang-kurangnya 30 ahli parlimen kerajaan menyertai Pakatan untuk memulihkan beliau menubuhkan kerajaan baru.
916 : 16 Sept. Kenyataan Penuh Anwar
Sep 16, 08 4:13pm
Hari ini rakyat Malaysia menyambut Hari Malaysia- hari di mana negara kita menjadi satu dan rakyatnya bersatu. Hari ini mempunyai makna baru. Selepas bertahun berjuang, melawan sistem yang dilanda dan mengabaikan prinsip keadilan- kita sekarang berada diambang kemenangan. Hasrat kita untuk membina semula negara dan menyatu padukan rakyat Malaysia sebagaimana yang dicita-citakan oleh pejuang-pejuang kemerdekaan sudah semakin dekat.
Keadaan ekonomi yang merudum jatuh dengan kadar pengangguran dan inflasi yang tinggi telah menyebabkan rasa tidak puas hati rakyat yang meluap-luap. Hubungan antara kaum menjadi tegang, diburukkan lagi dengan propaganda oleh media yang dikawal oleh kerajaan. Pentadbiran sekarang gagal untuk menawarkan jawapan buat negara kita keluar dari kedudukan sukar ini.
Pakatan Rakyat yakin dapat menyelamatkan Malaysia dari masalah ekonomi dan politik berbaur perkauman. Kami akan melaksanakannya secara bertanggungajwab, menuruti prinsip undang-undang dan tidak akan sama sekali menjejaskan keselamatan dan kestabilan negara dan rakyat negara ini.
Pakatan Rakyat kini memiliki majoriti yang selesa untuk membentuk sebuah kerajaan baru yang stabil. Kerajaan baru yang mencerminkan masyarakat Malaysia yang majmuk.
Jesteru itu kami ingin duduk semeja dengan Perdana Menteri Abdullah Badawi untuk melaksanakan peralihan kuasa secara bertanggungjawab, lancar dan aman. Hasrat ini telah kami sampaikan kepada Perdana Menteri melalui surat yang dikirimkan jam 2.30 petang semalam.
Dengan mandat ini kami bertekad untuk melaksanakan peralihan kuasa yang aman. Kami tidak ingin berulangnya peristiwa yang berlaku sewaktu mengambil alih kuasa di negeri Perak dan Selangor, di mana dokumen milik kerajaan negeri di lupuskan oleh pentadbiran terdahulu.
Kami mengingatkan kepada elemen radikal di dalam Barisan Nasional agar tidak menyalahgunakan kuasa serta menahan para penyokong Pakatan Rakyat. Penyiasatan yang dibuat secara tergesa-gesa oleh BPR terhadap Dato Seri Yong Teck Lee selepas mengumumkan akan membuat undi tidak percaya terhadap Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi merupakan di antara taktik yang kita tolak. Penggunaan ISA terhadap Ahli Parlimen Teresa Kok merupakan contoh untuk menghalang perubahan dengan tidak mengikut lunas-lunas perundangan.
Jesteru itu kami ingin duduk semeja dengan Perdana Menteri Abdullah Badawi untuk melaksanakan peralihan kuasa secara bertanggungjawab, lancar dan aman. Hasrat ini telah kami sampaikan kepada Perdana Menteri melalui surat yang dikirimkan jam 2.30 petang semalam dan kami menuntut beliau memberi perhatian terhadap beberapa perkara seperti berikut :
1) Agar Barisan Nasional tidak menghalang ahli parlimennya dari bertindak menurut suara hati mereka, hak yang dijamin undang-undang serta keputusan yang mereka buat tanpa paksaan;
2) BN tidak boleh menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri untuk menahan ahli parlimen yang berhasrat untuk menyertai Pakatan Rakyat atau ahli parlimen Pakatan Rakyat yang berjumlah 82 itu;
3) Kerajaan BN tidak seharusnya menggunakan kuasa darurat, kuasa polis, atau menggantung perlembagaan mahupun membubarkan parlimen di dalam usaha mereka untuk menghalang Pakatan Rakyat dari berkuasa;
4) Dan Kerajaan Barisan Nasional tidak membuat sekatan jalan raya dan menghalang ahli parlimen, dari memasuki parlimen dan juga institusi-institusi kerajaan lainnya.
Kami yakin Perdana Menteri berkongsi keperihatinan yang sama terutamanya berkenaan kebajikan rakyat dan keselamatan negara. Kami percaya beliau akan memastikan Barisan Nasional bertindak mengikut perlembagaan dan prinsip-prinsip demokratik demi memastikan peralihan kuasa yang aman, serta tiada tindakan sabotaj untuk menghalang hasrat rakyat ataupun menggunakan retorik berbaur perkauman.
Kami menyeru masyarakat di semua lapisan agar memahami hasrat kami semata-mata untuk kebaikan negara ini. Saya juga ingin mengingatkan media massa jangan lagi berada di dalam penafian dengan meneruskan propaganda bahawa kami berbohong. Kita sekarang berada dalam era baru maka saya menyeru media massa meninggalkan tabiat lama dan mengambil iltizam untuk meningkatkan professionalisme kewartawanan.
Selepas pertemuan dengan Perdana Menteri, kami berhasrat untuk meneruskan gerak kerja kami sebagaimana yang digariskan oleh Perlembagaan Persekutuan di dalam kami membentuk kerajaan baru dengan perkenan Yang Di-Pertuan Agong.
ANWAR IBRAHIMKetua Pembangkang
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat
- Malaysiakini
Dolah : Kerajaan yang ada teguh, Teguh ke??
PUTRAJAYA: Setelah pembangkang gagal untuk mengambil alih tampuk pemerintahan negara hari ini seperti yang digembar-gemburkan, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata kerajaan yang ada teguh dan masih meneruskan tugas, peranan dan kuasa yang diberikan oleh rakyat.
Sambil meminta rakyat supaya tidak terpesong dengan dakyah pembangkang terutamanya ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya mereka akan mengambil alih tampuk pemerintahan negara, Perdana Menteri berkata kerajaan akan melaksanakan amanah yang diberikan oleh rakyat dan menjalankan tanggungjawabnya kepada rakyat.
"Kerajaan akan terus memberi khidmat kepada rakyat dan membangunkan ekonomi negara," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini selepas mengadakan mesyuarat dengan semua Ketua Setiausaha kementerian.
Abdullah berkata rakyat hendaklah menumpukan usaha kepada kerja mereka manakala kerajaan berusaha mengatasi masalah rakyat.
Abdullah berkata rakyat tidak perlu kelamkabut dengan pembohongan Anwar itu sehingga merugikan masa dan semua usaha mereka tergganggu.
Beliau menyifatkan hasrat Anwar hendak mengambil alih pemerintahan negara dan menjadi Perdana Menteri pada hari ini sebagai "suatu impian Anwar" sahaja.
Sebelum ini, Anwar telah beberapa kali berkata bahawa hari ini 16 Sept adalah tarikh untuk Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk pemerintahan negara kerana ramai Anggota Parlimen daripada Barisan Nasional akan menyertai pembangkang.
Pakatan Rakyat yang terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat, DAP dan PAS kini mempunyai 81 Anggota Parlimen manakala BN pula menguasai 140 kerusi. Seorang lagi adalah wakil Bebas.
Mengenai dakwaan Anwar kononnya pembangkang sudah mempunyai senarai Anggota Parlimen BN yang akan menyertai mereka, Abdullah berkata Anwar boleh bercakap apa sahaja yang dia mahu. "Memang sudah menjadi lumrah Anwar dari dahulu sehingga sekarang suka memperkatakan sesuatu untuk menarik perhatian umum," katanya.
Perdana menteri berkata beliau pasti bahawa selepas ini Anwar akan mengubah pula tarikh mengambil alih tampuk pemerintahan negara setelah gagal hari ini.
Ditanya mengenai kebimbangan rakyat terhadap perkembangan politik semasa negara, beliau berkata tiada apa yang perlu dibimbangkan kerana semuanya adalah satu pembohongan politik Anwar.
"Akhbar pula terlampau asyik mengutarakan berita-berita politik sehinggakan satu hari sampai 10 muka surat disediakan untuk tujuan itu," katanya.
Mengenai pertemuannya dengan Ketuaketua Setiausaha itu, Abdullah berkata beliau menekankan tentang pentingnya mereka tidak terganggu dengan perkembangan politik dan ekonomi negara semasa melaksanakan tugas.
"Apa jua keraguan dan gangguan yang timbul boleh menjejaskan prestasi perkhidmatan awam dan seterusnya menjejaskan harapan rakyat terutama terhadap program yang dirancangkan untuk mereka," katanya. BERNAMA
- mSTAR
AR: Tak baik korang gelak tau..... Kerajaan Paklah memang teguh.... seteguh tembok batu..... muka pun cam tembok aje!!! rakyat habaq, dah taku suka kat Dolah, still buat tak tahu aje.... tengok ajerlah, tembok batu tuh, kalau dihentam Tsunami, terus jadi Acheh Dolah oi!!!!
916 : Anwar Tak Dedahkan Nama MP BN Yang Melompat!!!
Selasa September 16, 2008
KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat yang dinanti dengan penuh debaran akan mengumumkan senarai nama Ahli Parlimen yang bakal melompat parti itu, sekali gus membentuk kerajaan baru persekutuan tidak 'menjadi realiti'.
Sebaliknya kata Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau bersedia dan hanya akan mengumumkan nama-nama Ahli Parlimen BN kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad terlebih dahulu.
"Sebaik sahaja jumpa Perdana Menteri, kita akan patuh mengikut Perlembagaan termasuk mendapatkan perkenan Yang di-Pertuan Agong," kata beliau pada sidang media yang padat di Ibu Pejabat PKR di sini sebentar tadi.
Sidang media itu bermula pukul 2.10 petang dengan dihadiri pemimpin-pemimpin komponen Pakatan Rakyat - PKR, DAP dan PAS.
Pakatan Rakyat mengumumkan sasaran membentuk kerajaan baru 16 September - sempena pembentukan Malaysia pada 1 April lalu - selepas pilihan raya umum 8 Mac.
Pada sidang media hari ini, sebagaimana dikatakan malam tadi dan beberapa kali sebelum ini, Anwar mengulangi mempunyai bilangan Ahli Parlimen yang mencukupi untuk membentuk kerajaan baru.
Kata beliau, Pakatan Rakyat mempunyai lebih daripada 31 Ahli Parlimen tambahan - daripada BN yang diperlukan bagi mencapai sasaran mereka.
Ketika ditanya butiran mengenai ahli-ahli Parlimen berkenaan, Anwar berkata: "Kalau umumkan sekarang mereka akan ditangkap kerana kita sudah tahu prosedur kerajaan."
- mSTAR
AR: Kalau dedah, mampooslah MP-MP BN yang sekarang nih berada di Hong Kong, jadi, kena tunggu depa balik dulu, baru duduk dalam satu korum, and then, umumkan, inilah jumlah MP-MP daripada Pakatan Rakyat..... hehehehe!!!! UMNO nih jahat... jadi, kena hati-hatilah beb!
Dolah : ISA Akan Dikekalkan!!!
16/09/2008 10:27am
PUTRAJAYA 16 Sept. - Kerajaan akan terus mengekalkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bagi memastikan ketenteraman awam di negara ini terjamin, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
"ISA adalah baik sebab kita hendak pastikan apa yang kita nak kuat kuasakan adalah wajar dan adil," kata Perdana Menteri kepada pemberita selepas menemui semua Ketua Setiausaha Kementerian di sini hari ini.
- Utusan
AR: Ontahlah Dolah!!!! Kalau ko dan keluarga ko masuk ISA, baru ko kata, ISA nih Yahudi!!!!
Dolah - Zaid Ada Atau Tidak, Pembaharuan Tetap Akan Diteruskan!!!
PM: Zaid ada atau tidak, pembaharuan diteruskan
Sep 16, 08 12:17pm
Langkah kerajaan memperkenalkan pembaharuan dalam sistem kehakiman negara akan tetap diteruskan sama ada menteri yang bertanggungjawab melaksanakannya Datuk Zaid Ibrahim "ada atau tidak", kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
"Kerajaan tidak bergantung kepada hanya seorang individu," kata perdana menteri dalam sidang akhbar di pejabatnya di Putrajaya hari ini selepas mengadakan pertemuan dengan semua Ketua Setiausaha kementerian.
Zaid, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab mengenai undang-undang, dilaporkan telah menyerahkan surat peletakan jawatannya semalam, sehari selepas menyatakan rasa tidak puas hatinya terhadap cara kerajaan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Dan pagi ini, Zaid mengumumkan beliau tetap dengan keputusannya untuk meletakkan jawatan dalam kabinet.
"Law reform akan tetap diteruskan dan berjalan seperti biasa sama ada Zaid ada atau tidak," kata Abdullah ketika ditanya mengenai kesan peletakan jawatan Zaid itu terhadap langkah memperkenalkan pembaharuan dalam sistem kehakiman negara, demikian menurut laporan Bernama.
Tanpa mendedahkan kandungan surat yang diserahkan oleh Zaid kepadanya semalam, Perdana Menteri sebaliknya berkata beliau telah meminta Zaid supaya "fikir habis-habis" hasratnya untuk meletak jawatan.
Minggu lalu, tiga orang ditahan mengikut ISA - ahli parlimen kawasan Seputeh Teresa Kok daripada DAP, pemblog Raja Petra Kamaruddin dan wartawan akhbar Sin Chew Jit Poh, Tan Hoon Cheng.
Bagaimanapun, Tan dibebaskan sehari selepas ditahan.
Kepada soalan bahawa terdapat enam menteri kabinet yang turut tidak berpuas hati dengan penggunaan ISA kali ini, Abdullah berkata mereka bukan tidak bersetuju dengan ISA tetapi cara penguatkuasaanya.
Lagipun, menteri-menteri itu memberikan pendapat mereka kerana dalam sebuah negara demokrasi, mereka berpeluang untuk mengutarakan pendapat seperti itu.
"Inilah jadinya apabila mereka diberikan peluang untuk bercakap. Demokrasi yang sihat," kata Abdullah.
Katanya, ISA akan dikekalkan kerana ia perlu untuk ketenteraman dan keselamatan negara.
- Malaysiakini
AR: Memang ada pembaharuan dolah oi!!!!, tapi pembaharuan kerajaan persekutuan, daripada Barisan Nasional kepada Pakatan Rakyat..... malau betoi aku ley Perdana Menteri cam ko nih.... flip flop.
916 : Najib Mongolia Yakin Kerajaan Tak Berubah.... Kalau Berubah, nayalah ko bijan!!!!
16/09/2008 12:14pm
PUTRAJAYA 16 Sept. - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yakin kerajaan Barisan Nasional (BN) akan kekal berkuasa di sebalik rancangan pembangkang untuk mengambil alih kerajaan pada hari ini.
“Kami memang yakin. Kami sentiasa yakin yang kerajaan yang sama akan terus memerintah.
“Sebab itu kenapa kami memilih tarikh 16 Sept (untuk melancarkan projek ini),” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan pemeteraian perjanjian projek Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB) antara kerajaan dan Telekom Malaysia Berhad di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini.
Najib berkata beliau memilih tarikh hari ini untuk melancarkan projek itu kerana beliau yakin yang kerajaan sedia ada akan kekal berkuasa. - Bernama
- Utusan
916 : Anwar Umum Pakatan Akan Memerintah Malaysia
Sep 16, 08 1:11pm
Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa beliau mempunyi lebih daripada 31 ahli parlimen Barisan Nasional yang menyertai Pakatan Rakyat dan menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya tidak menguatkuasakan undang-undang darurat.
Bercakap dalam sidang akhbar yang penuh sesak pada jam 2 petang tadi, Anwar menggesa kerajaan Barisan Nasional supaya menyerahkan kuasa secara aman dan tidak menguatkuasakan undang-undang darurat.
"Kami mahu peralihan kuasa secara aman. Kami berharap Barisan tidak menguatkuasa undang-undang darurat untuk menyekat ahli-ahli parlimen pergi ke Dewan Rakyat atau menahan ahli-ahli parlimen (kerajaan) atau menghalang mereka daripada menyertai Pakatan Rakyat," katanya.
Beliau telah menghantar surat untuk mengadakan pertemuan dengan Abdullah bagi mengemukakan senarai ahli-ahli parlimen BN yang telah menyertai Pakatan dan untuk membincangkan peralihan kuasa secara lancar.
Anwar memerlukan sekurang-kurangnya 31 ahli parlimen BN menyertai Pakatan dan lebih 40 orang untuk menubuhkan sebuah kerajaan yang stabil.
- Malaysiakini
AR: Yeahhhhoooo!!!!!! Dapat jugak Kerajaan Baru!!!
916 : Tiada cuti umum 16 September - PM
PUTRAJAYA 16 Sept. - Kerajaan tidak bercadang menjadikan 16 September sebagai cuti umum, kata Perdana Menteti Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
``Tidak ada, tidak ada, tidak ada...,’’ katanya kepada pemberita selepas menemui semua Ketua Setiuasaha Kementerian di sini hari ini. - Utusan
AR: Sudahlah Dolah...... Bercuti ke Taiwan dan Hongkong boleh pulak, janji sambil belajaq..... hehehehehe, tak logik betullah ko nih..... sepatutnya, ko cakaplah, "Sekiranya ada cuti, kita perlu bincang dalam kabinet atau parlimen!!!". Apalah nasib badan rakyat Malaysia dapat Perdana Menteri nama Dolah Bodohwi nih.
Raja Nazrin Pun Dah Meluat Dengan UMNO
Sep 16, 08 12:02pm
Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah hari ini menyeru barisan kepimpinan negara supaya berhenti bersengketa sesama mereka dan sebaliknya menumpukan kepada usaha membangunkan sumber negara bagi kesejahteraan rakyat.
Baginda bertitah, dunia sedang menghadapi iklim ekonomi yang suram dengan kenaikan harga minyak dan makanan yang memerlukan kerajaan memastikan bekalan makanan terjamin, meningkatkan produktiviti, menyakinkan pelabur dan mewujudkan pekerjaan baru untuk meringankan tanggungan rakyat.
"Ia merupakan cabaran besar kepada mana-mana kerajaan sekalipun. Ia tidak akan dicapai melalui retorik politik semata-mata.
"Ia tidak akan dicapai jika di kalangan barisan kepimpinan, baik yang berada di dalam atau di luar kerajaan terus bersengketa," titah baginda di Persidangan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIAMP) ke-162 di Kompleks Islam Darul Ridzuan di Ipoh hari ini, demikian menurut laporan Bernama.
Raja Dr Nazrin bertitah suasana muram ekonomi dunia memerlukan para pemimpin mentafsirkannya sebagai cabaran terhadap negara dan bangsa yang memerlukan mereka bersama-sama menumpukan fikiran dan usaha untuk melaksanakan kerja yang produktif.
"Jika cabaran berat ini gagal ditangani, dibimbangi kestabilan dan ketenteraman negara akan terjejas; segala kejayaan yang telah dicapai sejak 51 tahun merdeka akan turut hilang dan pupus," titah baginda.
Titah Raja Dr Nazrin, semangat Ramadan sebagai asas membina akhlak mulia, disusuli semangat Syawal membina persaudaraan, hendaklah diterjemahkan dalam urusan harian berkeluarga, bermasyarakat, berkerajaan dan bernegara.
Tunjuk contoh teladan
"Begitu besar nikmat jika perpaduan dapat dipupuk, malah rahmat akan dilimpahkan di kalangan warga dan negara yang berada dalam harmoni; di sebaliknya persengketaan akan berakhir dengan perpecahan hingga kemakmuran tidak mungkin tercapai," titah baginda.
Raja Dr Nazrin yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak turut menyeru barisan pemimpin Islam dan Melayu untuk menunjukkan sebaik-baik contoh teladan, menyemarakkan semangat persaudaraan, memperkukuhkan perpaduan, memberhentikan pertelingkahan dan menumpukan perhatian membangunkan kesejahteraan ummah.
"Perbezaan pendekatan dan kaedah, kelainan fahaman dan tafsiran, jangan sampai ke peringkat umat Islam dan orang Melayu berpecah dan terpisah, berpatah arang dan berkerat rotan, hingga yang menang menjadi arang, yang kalah menjadi abu," titah baginda.
Terdahulu pada majlis berasingan Raja Dr Nazrin berkenan menyampaikan kurniaan daripada Yayasan Sultan Azlan Shah kepada 59 badan sukarela, pertubuhan amal dan kebajikan yang di kendalikan oleh pelbagai kumpulan agama dan etnik di negeri ini bertempat di Auditorium, Kompleks Islam Darul Ridzuan.
Raja Dr Nazrin pada majlis itu bertitah Sultan Perak Sultan Azlan Shah telah berkenan mengurniakan RM20,000 bagi setiap organisasi dengan keseluruhan kurniaan berjumlah RM1.18 juta.
Baginda bertitah enam bulan dari sekarang, setiap organisasi akan diminta mengemukakan akaun memperlihatkan bagaimana kurniaan itu telah dibelanjakan supaya urusetia Yayasan Sultan Azlan Shah dapat membuat penilaian sebelum memperakukan apa-apa kurniaan di masa hadapan.
916 : Sidang media Anwar Jam 2 petang Ini
Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang berura-ura merancang membentuk kerajaan baru "dalam masa terdekat", memanggil satu sidang media berhubung isu berkenaan hari ini.
Sidang media jam 2 petang itu diadakan di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya.
Beliau dijangka mengumumkan "pendiriannya" berhubung usahanya memujuk lebih 30 ahli parlimen BN melompat kepada Pakatan Rakyat sejak beberapa bulan lalu.
Pembentukan kerajaan baru dijadualkan bermula hari ini.
Bercakap di depan puluhan ribu penyokong pembangkang di stadium Kelana Jaya malam tadi, Anwar berkata Pakatan Rakyat telah menghantar surat untuk bertemu Perdana Menteri datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bagi membincangkan isu kerajaan baru.
"Kita sudah ada jumlah (wakil BN yang akan melompat kepada Pakatan), dan kita telah bersedia. Hari ini 16 September, esok 17 September, kita bersedia membentuk kerajaan."
Anwar, yang juga penasihat PKR, meyakinkan para penyokongnya bahawa rancangannya untuk menubuhkan kerajaan "masih seperti dirancang."
"Apabila kita kata 'on track' (masih seperti dirancang), maksudnya 'on track'.
"Hendak jadi macam mana (perubahan kerajaan pada 16 September), mereka bawa (ahli-ahli parlimen BN) ke Taipei," katanya, merujuk hampir 50 wakil rakyat BN yang secara mendadak dibawa melawat Taiwan beberapa hari lalu.
"Tetapi kita ada cukup jumlah untuk mengalahkan BN. Bukan hendak paksa, pergi Putrajaya hendak heret, ambil alih (kuasa kerajaan pusat) bukan mengikut hukum rimba, yang lalu tetap berlalu.
"Esok kita akan umumkan pendirian kita."
AR: Ambillah kerajaan secara baik, takut nanti, Dolah dan keluarga serta madet, masuk tanjung rambutan atau tampoi...... kahkahkah.
MUKTAMAD : Zaid Letak Jawatan Dalam Kabinet Dolah!!!
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim tetap dengan keputusannya untuk meletak jawatan selepas gagal meyakinkan kerajaan untuk melaksanakan pembaharuan dalam sistem undang-undang.
Tetapi, katanya, keputusan kerajaan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk menahan tiga individu Jumaat lalu, merupakan tindakan yang tidak boleh diterimanya langsung.
“Saya tidak letih. Saya hanya kecewa. Keputusan saya kekal. Saya akan letak jawatan,” katanya dalam satu sidang akhbar di pejabatnya di Putrajaya pagi ini.
Zaid berkata, beliau gagal untuk meyakinkan mereka yang berkuasa untuk melaksanakan perubahan tentang bagaimana kerajaan perlu melangkah ke hadapan.
Menurutnya lagi, beliau tidak membuat sebarang keputusan untuk meninggalkan Umno dan menyertai PKR.
Zaid berkata, beliau mahu bersikap terbuka mengenainya.
Beliau telah menghantar surat peletakan jawatannya semalam, sehari selepas beliau membidas kerajaan kerana menahan tiga individu di bawah ISA.
Mereka ialah ahli Parlimen DAP, Teresa Kok; pemblog Raja Petra Kamarudin dan wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng atas dakwaan mengancam keselamatan negara, Jumaat lalu.
Bagaimanapun, semalam, Perdana Menteri, Datu Seri Abdullah Ahmad Badawi telah meminta Zaid supaya bercuti dua minggu dan memikirkan semula keputusannya itu.
Bekas ahli parlimen Kota Bharu itu telah dilantik sebagai senator dan dilantik sebagai menteri di Jabatan Perdana Menteri yang dipertanggungjawab menjaga hal ehwal undang-undang dalam rombakan kabinet selepas pilihanraya umum Mac lalu.
Pelantikan beliau disambut baik oleh banyak pihak yang melihatnya sebagai satu usaha perdana menteri untuk melaksanakan pembaharuan dalam bidang kehakiman.
Bagaimanapun, Zaid kesal kerana penahanan di bawah ISA itu telah memberi tamparan kepada usaha-usahanya sejak enam bulan lalu untuk memulihkan bidang kehakiman.
Beliau juga mengakui bahawa pandangannya mengenai perkara-perkara tertentu tidak dapat diterima oleh rakan-rakannya dalam kabinet.
Reaksi Majlis Peguam
Dalam reaksinya, Majlis Peguam memuji tindakan Zaid berpegang pada prinsipnya, tetapi ia bimbang keputusan beliau meletak jawatan itu akan menjejaskan usaha-usaha untuk membawa pembaharuan dalam bidang perundangan dan kehakiman.
"Ia adalah satu perkara yang betul untuk dilakukan. Ia menjadi contoh apa yang harus dilakukan oleh ahli-ahli politik demi kepentingan rakyat yang membabitkan isu dan prinsip pokok,” kata Pengerusinya, Datuk Ambiga Sreenevasan dalam satu kenyataan.
"Hanya kita kesal kerana proses pembaharuan perundangan dan kehakiman yang dilaksanakan oleh menteri berkenaan akan terjejas,” tambahnya.
Ambiga berkata, majlis itu sedar bahawa proses pembaharuan tersebut mendapat tentangan dari banyak pihak.
"Kita kesal kerana ia (pembaharuan itu) mungkin terhenti bagi tempoh yang tidak dapat dipastikan,” katanya.
AR: Tahniah Zaid!!!!
PRU-12 : Calon PAS Diisytihar Menang Di Sanglang
Abdul Rahim Sabri Sep 16, 08 1:19pm
Hashim Jasin diisytiharkan pemenang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sanglang buat kali ketiga berturut-turut selepas Mahkamah Persekutuan mendengar rayuannya hari ini.Panel tiga orang hakim sebulat suara memutuskan kerusi itu dimenangi wakil rakyat itu, yang juga pesuruhjaya PAS Perlis, dan kemenangan calon BN Abdullah Hassan pada 8 Mac lalu dibatalkan.Hakim-hakim memutuskan satu pilihanraya kecil tidak perlu diadakan.Hashim memperolehi kerusi tunggal PAS itu sejak pilihanraya umum 1999 tetapi akibat kesilapan teknikal dalam penjumlahan undi dalam pilihanraya umum lalu, beliau diisytiharkan tewas di tangan Abdullah.Jun lalu, Mahkamah Tinggi Kangar mengisytiharkan kerusi itu kosong selepas menerima permohonan petisyen yang dikemukakan oleh Hashim.
Bagaimanapun, mahkamah pilihanraya itu menolak permohonannya untuk mengisytiharkan beliau sebagai pemenang kerusi DUN tersebut.
Mahkamah itu bagaimanapun menyerahkan kepada Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) untuk menentukan sama ada pilihanraya kecil perlu diadakan serta bila akan diadakan.
Hashim kemudian mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan supaya beliau diisytiharkan pemenang di Sanglang.
Hashim memenangi kerusi tersebut dalam pilihanraya umum 2004 dengan majoriti 45 undi, mengalahkan calon BN Datuk Mastika Junaidah Husin.
Dalam pilihanraya umum Mac lalu, PAS melalui calonnya Rus'selle Ezlan menguasai satu lagi kerusi, Simpang Empat, dengan majoriti 53 undi.
AR: Inilah kebernarannya, UMNO sedaya upaya nak menang walau secara terang-terangannya, keputusan PRU-12 hari tuh, UMNO penipu besar untuk menang. Lawaklah ko nih UMNO, menipu cam budak tadika!!!!
916 : Malaysia Day Celebration in Kelana Jaya Stadium
Just came back from Kelana Jaya Stadium for the Pakatan Rakyat’s Malaysia Day celebration. Speeches from various PR leaders.
Two things being said that interest me the most.
One was said by Selangor’s MB, Khalid Ibrahim. Earlier when reached the stadium, our Muslim counterparts were performing prayers. There were of course others non-muslims whom were already there. Khalid noticed how the non-Muslims understood the Muslims’ religious requirement to pray. At that moment, we were somewhat separated by our religious differences, but when the prayer was done, everybody came together as one again.
The other was said by Anwar Ibrahim himself. He said that the most special characteristic of a Malay is their budaya (culture). Their budaya of being courteous, respectful, and fair to anybody regardless of race, religion, status, etc. It’s meaningful because many people have stereotypes about Malays; that they were lazy, rude, mat rempit etc. But those were often isolated cases. The root/budaya of Orang Melayu is actually a pure one.
So anyway, are there any major announcements on 916? We he did say that PR had sent a letter to Pak Lah requesting to meet him for 2 reasons. First is for the immediate release of the ISA detainees. Secondly, to inform and show Pak Lah proof that they have the numbers to form the new govn, and to discuss a peaceful transition plan.
But he did reiterate again that they had the numbers, and 916 marks the day where concrete plans and actions will be taken towards forming the new govn. And he said it with a very very very serious face (which doesn’t look like Syed Albar’s face when he tried justifying the ISA arrests).
Yea, so I guess we’ll still have to wait a little longer.
But it doesn’t matter. Because as mentioned by Lim Kit Siang, it will happen because Malaysian now BELIEVE that CHANGE is possible, and they WANT it to happen, as compared to say 6 months ago before the general elections.
- Inside Out
Tukar Tiub : SELAMAT PAGI MALAYSIA BARU
Untuk pertama kalinya kita rakyat Malaysia telah menyambut HARI MALAYSIA. Perhimpunan bersejarah di Stadium Kelana Jaya pada malam 15 September 2008 telah merakamkan rasa hormat kita kepada warga Sabah dan Serawak yang selama ini telah ‘ditipu’ dan terpaksa menyambut tarikh 31 Ogos sebagai Hari Malaysia.
Poooorah 31 Ogos bukan Hari Malaysia. Khalas. Period. Khatam. Finito. Fin. Kaput. End.
Hari Malaysia ialah 16 September. September 2008 adalah kali kedua Hari Malaysia dirayakan di Semenanjung. Kali pertama dahulu pada September1963.
Hari Malaysia ini juga akan membawa satu lagi perubahan baru. Kerajaan baru Pakatan Rakyat akan ditubuhkan. Ini bukan mimpi. Ini bukan olok-olok. Ini adalah harapan warga Malaysia yang telah bosan dan mual dengan kerajaan Barisan Nasional yang di kepalai oleh United Malays National Organisation. Hari Malaysia adalah tanda rakyat mahukan perubahan.
Dari ucapan Sdr Anwar Ibrahim di Stadium Kelana Jaya , kita rakyat telah diajak untuk meyakini kelahiran kerajaan baru ini.
Mustahil?
Tidak perlu ada loncatan parti. Tidak perlu meninggalkan parti.
Apabila pemimpin Parti Keadilan Rakyat berkata ‘ kita cukup jumlah’ jangan salah tafsir. Bukan jumlah ahli parlimen untuk melompat parti dan meninggalkan parti asal mereka.Tetapi jumlah untuk menyatakan yang mereka TIDAK lagi memiliki keyakinan terhadap pimpinan Abdullah Ahmad Badawi.
Surat resmi telah dihantar kepada Abdullah Badawi pada hari Jumaat lalu. Pakatan Rakyat ingin mengadakan pertemuan agar peralihan kuasa berjalan lancar. Dan Kerajaan Malaysia Baru akan ditubuhkan.
Malaysia Baru adalah Malaysia yang berpandukan Ketuanan Rakyat.
Malaysia Baru adalah Malaysia tanpa Akta Keselamatan Dalam Negeri - ISA.
Malaysia Baru adalah Malaysia tanpa Akta Cetak.
Malaysia Baru adalah Malaysia tanpa Akta Universiti dan Kolej Univeriti.
Malaysia Baru adalah Malaysia yang agihan kekayaan bukan mengikut kaum/agama tetapi keperluan.
Malaysia Baru menjamin dan menghormati kebebasan beragama/berkepercayaan.
Malaysia Baru adalah untuk semua rakyat Malaysia. Tidak ada yang menjadi tuan dan tidak ada yang menjadi hamba. Tidak ada yang istemewa. Semua setaraf. Semua sederajat.
Kita semua adalah anak semua bangsa berbeza-beza tetapi sederajat.
Anak semua bangsa marilah kita rayakan perbezaan dalam Malaysia Baru.
916 : Sekitar Himpunan Hari Malaysia
Sekitar gambar di Himpunan Hari Malaysia.... Oleh kerana, sudah lama..... AR telah buang sedikit gambar Himpunan Hari Malaysia ini bagi mengurangkan kesesakan pada blog Anak Reformasi ini.
- Anak Reformasi.
916 : Anwar Mahu Jumpa Dolah, Isu Tukar Kerajaan
Pakatan Rakyat yang dikepalai Datuk Seri Anwar Ibrahim masih yakin rancangannya untuk membentuk kerajaan baru akan berjaya esok atau lusa.
Bagaimanapun Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyifatkan rancangan ketua pembangkang itu sebagai "sesuatu perkara yang karut".
Bercakap di depan lebih 10,000 penyokong pembangkang di stadium Kelana Jaya malam ini, Anwar berkata Pakatan Rakyat telah menghantar surat hari ini untuk bertemu Abdullah bagi membincangkan isu pembentukan kerajaan baru.
"Petang tadi, (ahli parlimen DAP) Anthony Loke, (ahli parlimen PKR) Johari (Abdul) telah pergi ke Putrjaya, hantar surat untuk berjumpa segera dengan perdana menteri sebab kita mahukan perubahan aman dan tenteram," kata Anwar.
"Kita sudah ada jumlah (wakil BN yang akan melompat kepada Pakatan), dan kita telah bersedia. Hari ini 16 September, esok 17 September, kita bersedia membentuk kerajaan."
Anwar, yang juga penasihat PKR, meyakinkan para penyokongnya bahawa rancangannya untuk menubuhkan kerajaan dengan cara memujuk lebih 30 wakil rakyat BN meninggalkan parti itu "masih seperti dirancang."
"Apabila kita kata 'on track' (masih seperti dirancang), maksudnya 'on track'.
"Hendak jadi macam mana (perubahan kerajaan pada 16 September), mereka bawa (ahli-ahli parlimen BN) ke Taipei," katanya, merujuk lebih 50 wakil rakyat BN yang secara mendadak dibawa melawat Taiwan beberapa hari lalu.
"Tetapi kita ada cukup jumlah untuk mengalahkan BN. Bukan hendak paksa, pergi Putrajaya hendak heret, ambil alih (kuasa kerajaan pusat) bukan mengikut hukum rimba, yang lalu tetap berlalu.
"Esok kita akan umumkan pendirian kita."
Sementara di Kuala Terengganu, lapor Bernama, sambil menempelak tentang hasrat itu, Abdullah berkata pertukaran kerajaan baru tidak akan berlaku.
"Orang kita cepat sangat terkejut, tergempar, cepat sangat kelam-kabut tentang soal pertukaran kerajaan. Ketepikan semua perkara begini.
"Beri perhatian kepada perkara yang mendatangkan manfaat serta kebaikan dan bukan sembang kosong yang tidak beri manfaat.
"Kita suka sangat berhujah dan bersembang tentang perkara ini (pertukaran kerajaan). Perkara ini tidak akan berlaku," katanya ketika berucap pada majlis berbuka puasa bersama pemimpin dan rakyat di Masjid Abidin malam ini.
Menurut agensi berita itu lagi, Abdullah meminta umat Islam meningkatkan ibadat bersempena bulan Ramadan dan tidak terlalu ghairah memperkatakan isu pertukaran kerajaan.
"Pembohongan ini menyebabkan keadaan menjadi kelam-kabut sehingga selepas berbuka dan Tarawih, bukan nak buat Taddarus tetapi yang dibincangkan ada hubung kait dengan pertukaran kerajaan.
"Sepatutnya kita guna bulan Ramadan ini untuk tingkatkan ibadah untuk kemuliaan di sisi Allah dan tidak digunakan bersembang perkara yang tidak akan berlaku," katanya.
Sementara itu, mengulas mengenai peletakan jawatan Datuk Zaid Ibrahim sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Anwar membayangkan wujud perbincangan antara pihaknya dengan bekas ketua bahagian Umno Kota Bharu itu.
"Terima kasih kepada Zaid. Dalam beberapa hari lagi akan ada berita baik daripada Zaid. Ada orang kata kita beli (Zaid). Bukan beli, tetapi dia benci penahanan (bawah) ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri)," kata bekas timbalan perdana menteri.
Anwar bagaimanapun tidak menjelas lanjut berhubung perkara itu.
Zaid hari menyerahkan surat peletakan jawatan, namun perdana menteri memintanya bercuti sebelum mengambil keputusan muktamad tentang perkara tersebut.
- Malaysiakini
916 : Zaid Ibrahim Menteri Pakatan Rakyat ?
Dalam ucapan MERDEKA MALAYSIA di Stadium Kelana Jaya di hadapan 40 ribu pendengar, Sdr Anwar Ibrahim telah berterima kaseh kepada Zaid Ibrahim. Ini kerana Zaid Ibrahim telah menyatakan yang dia tidak bersetuju dengan ISA. Malah Zaid secara berperinsip telah meletakan jawatan menterinya.
Ini satu pekara yang belum pernah terjadi dalam kerajaan gerombolan United Malays National Organisation. Tradisi gerombolan ini ialah melekap sampai mati tidak mahu meninggalkan jawatan.
Anwar juga telah memberi tahu Zaid bahawa ada 'berita baik' dalam masa tiga hari nanti. Apakah ini tarikh Pakatan mengambil alih kerajaan ? Dan Zaid adalah bakal menteri undang-undang Kerajaan Pakatan? Jika ini berlaku maka inilah contoh awal dalam Negara Malaysia Baru ISA tidak lagi wujud.
- Tukar Tiub
916 : Pakatan cukup sokongan MP umum kerajaan baru esok
Oleh G. MANIMARAN, ARIFFUDDIN ISHAK, SA'ODAH ELIAS dan LEE YAN XIU
PETALING JAYA: Pelan sasaran 16 September Pakatan Rakyat yang berusia enam bulan akan menjadi realiti esok?
Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual akan mengumumkan butiran lanjut sasaran mereka termasuk jumlah Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) telah menyatakan hasrat untuk menyertai Pakatan Rakyat, esok.
Ketika berucap sebentar tadi pada majlis sambutan Hari Malaysia anjuran Pakatan Rakyat di Kelana Jaya malam ini, Anwar berkata, pihaknya mempunyai bilangan Ahli Parlimen yang mencukupi untuk membentuk kerajaan esok.
Terdahulu petang tadi, Ketua Penerangan PKR, Tian Chua ketika dihubungi mStar Online mengesahkan bahawa Anwar akan mengumumkan butiran lanjut mengenai pelan mereka esok.
Masa sidang media khas masih dirahsiakan sehingga malam ini.
Difahamkan sidang media akan diadakan sama ada pukul 11 pagi ataupun 3 petang esok.
Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution ketika dihubungi berkata, pihaknya sudah mempunyai bilangan wakil yang mencukupi untuk tujuan pembentukan kerajaan.
Difahamkan pihaknya sudah memujuk dan mendapatkan sokongan 40 hingga 45 Ahli Parlimen termasuk anggota Kabinet.
"Anwar akan mengumumkan modus operadi dan mekanisme untuk membentuk kerajaan," katanya.
Kata beliau, kerajaan persekutuan yang baru tidak akan dibentuk secara rasmi esok tetapi ia akan menjadi kenyataan dalam waktu terdekata.
Kata beliau, antara pukul 1.30 dan 1.45 tengah hari ini seorang Ahli Parlimen bertaraf menteri telah menemui Anwar.
"(Tarikh) 16 September jadi... semua perancangan sudah siap. Esok Datuk Seri Anwar akan membuat pengumuman secara rasmi melalui satu sidang akhbar khas," kata Tian yang baru sahaja pulang ke tanah air selepas terlibat dalam lawatan ke Taiwan untuk memancing beberapa Ahli Parlimen BN di negara, yang mengadakan lawatan sambil belajar.
Antara lain kata beliau, Anwar akan mengumumkan bahawa lebih 32 Ahli Parlimen BN telah mempersetujui untuk masuk Pakatan Rakyat.
Pakatan Rakyat diumumkan secara rasmi pembentukannya pada 1 April lalu turut mengisytiharkan sasaran pelan mereka membentuk kerajaan persekutuan menjelang 16 September.
Malam ini Pakatan Rakyat mengadakan sambutan Hari Malaysia sempena pembentukan Malaysia di Kelana Jaya.
Bagaimanapun menurut Tian Chua, Anwar tidak akan membuat sebarang kenyataan mengenai pembentukan kerajaan baru malam ini.
"Kita semua sedang membuat persediaan akhir hari ini. Semua jentera sedang bergerak untuk pastikan semua berjalan lancar," katanya yang akan ke Sarawak malam ini bagi mengadakan perbincangan akhir dengan wakil di negeri itu.
Sementara itu, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Dr. Jeffrey Kitingan ketika dihubungi berkata, beliau yakin satu kejutan akan berlaku di Sabah mengenai beberapa orang Ahli Parlimen BN yanag akan lompat parti menyertai Pakatan Rakyat.
"Saya sudah terima panggilan dari mereka (Ahli Parlimen BN) minggu lalu untuk berbincang mengenai perkara ini.
"Sudah pasti mereka dari Sabah. Namun saya tak tahu berapa orang yang cakap dan berapa orang yang akan buat (lompat parti)," katanya.
Bagaimanapun beliau terus berkeyakinan bahawa akan berlaku perubahan sama ada pada esok ataupun luasa.
Ditanya mengapa Pakatan Rakyat seolah-olah menangguhkan tarikh pembentukan kerajaan baru hingga ke tarikh lain selain 16 September, beliau berkata: "Perkara penting begini perlu berhati-hati, jadi mungkin ambil masa."
- mSTAR
916 : Anwar Menyatakan Esok Pakatan Rakyat Akan Ambil Alih Kerajaan
Sep 15, 08 10:32pm
Opposition Leader Anwar Ibrahim told a 25,000-strong rally tonight that he had the numbers to form a new government tomorrow and wants to meet with Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi to discuss a handover.
- Malaysiakini
916 : PEMECAH BERITA !! 40 RIBU DI KELANA JAYA
Seramai 40 ribu warga Kuala Lumpur telah membanjiri Stadium Kelana Jaya.
Mereka datang untuk menyambut hari MERDEKA MALAYSIA - 16 September.
Warga - tua muda dan kanak-kanak telah hadir. Minah cun, Mak cik bergetah, Pak cik berketayap, berkain tudung labuh, berscaft kepala, bertali leher, berdasi dan berjaket, baju batik dan baju t, jean biru, jean koyak - semua hadir.
Tempat letak telah muntah dengan kereta. Mat Rempit bertaburan.
Inilah kali pertama rakyat menyambut semangat MALAYSIA MERDEKA!