
Dari TVAntara
Pakatan Rakyat hari ini mengemukakan usul mendesak supaya satu sidang tergempar Dewan Rakyat diadakan bagi membahas isu keganasan Israel di Palestin.Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat memandang berat pergolakan di Semenanjung Gaza yang semkin meruncing , Kira-kira 500 penduduk Palestin termasuk kanak-kanak terbunuh akibat serangan rejim Zionis dalam tempoh seminggu.
Memorandum mendesak diadakan sidang tergempar Dewan Rakyat diserahkan kepada kerajaan pagi tadi. Dalam memorandum itu, Pakatan Rakyat menggesa supaya rakyat diberi peluang membuat pendirian rasmi bagi menyertai masyarakat antarabangsa dalam menyatakan tentangan terhadap keganasan Israel dan memberikan sokongan moral kepada rakyat Palestin.



Saya berasa lucu apabila bekas Pengerusi Suruhan jaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri A. Rashid A. Rahman pada 30 Disember lalu mengugut hendak menyaman ahli-ahli Parlimen pembangkang yang didakwanya memfitnah dan memalukan dirinya. Dalam keghairahan Rashid menggertak ‘musuh-musuhnya’ beliau tanpa disedari mempamerkan kejahilannya sendiri. Ini amat menjengkelkan kerana beliau kelihatan bangga kerana telah bersama SPR selama 25 tahun. Ini dengan sendirinya memaparkan satu kegagalan; khususnya dalam memahami objetif dan kandungan undang-undang pilihan raya.