Sumbangan ~ Tolong Klik.... Thanks.

Sunday, December 21, 2008

PAS umum calon di Stadium Negeri, besar-besaran


Kuala Terengganu - PAS akan mengumumkan calonnya bagi bertanding dalam Pilihan Raya Kecil P.36 Kuala Terengganu pada satu majlis besar-besaran di Stadium Negeri 1 Januari depan.

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata demikian pada satu sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat di Markaz Tarbiyyah PAS Kuala Terengganu di Kuala Ibai, dekat sini, hari ini.

“Saya menerima calon yang disenaraikan oleh pihak negeri (Terengganu). InsyaAllah, nama calon itu akan diumumkan pada 1 Januari 2009 depan bertempat di Stadium Negeri Kuala Terengganu.

“Nama ada satu sahaja yang akan bertanding. Kita (PAS) mempunyai ramai calon-calon yang layak bertanding dan kita (PAS) mengambil kira dari semua aspek untuk memberi kemenangan kepada calon itu,” ujarnya.

Ustaz Abdul Hadi menjelaskan PAS dalam Pakatan Rakyat tidak mempunyai masalah ‘dalaman’ (berebut) serta mendapat kerjasama sepenuhnya.

Menurutnya, calon yang akan diketengahkan oleh PAS adalah calon yang lebih layak dari Barisan Nasional (BN) bagi mewakili rakyat di Parlimen.

“Kita (PAS) tidak mengalami masalah ‘dalaman’ dan kita dapat menjalankan kerja dengan padu dan semua jentera memberi kerjasama sepenuhnya. Siapa sahaja yang dinamakan untuk jadi calon.

“Kita (PAS) akan umumkan calon yang lebih layak dari calon Barisan Nasional (BN). Calon PAS itu dapat restu dari Pakatan Rakyat. Kita tidak ada masalah dan dia (BN) ada masalah calon sebab itu dia umumkan lebih awal,” jelasnya.

Justeru itu, Dato’ Seri Abdul Hadi yakin calon PAS boleh menang dan diterima oleh para pengundi di P.36 Kuala Terengganu berdasarkan ketokohan, profesional serta berjiwa rakyat.

“InsyaAllah, boleh menang sebab Kuala Terengganu adalah salah satu dari tempat yang kita (PAS) kuat. Aspek ketokohan, profesional dan lapangan yang boleh diterima oleh rakyat.

“Kita (PAS) sudah ada calon dan sudah ada dalam poket saya. Calon PAS sudah bersemangat dari sekarang tanpa diumumkan calon lagi,” ujarnya dengan nada berseloroh.

Hadir sama pada majlis tersebut Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasaruddin Mat Isa, Setiausaha Agung PAS, Dato’ Kamaruddin Jaafar, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayob dan Ketua dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Mohd Salleh. - buletinonline

SUMBER : Thinking of Life


ARef : Eloklah, Solat istiqarah dulu sebelum pilih calon PAS nih.......... Maybe TGHA dan pemimpin-pemimpin PAS ingin memohon petunjuk Allah dahulu sebelum umum calon.

Pelanduk 2 Serupa Ke???



Biasa arrr.... nyanyi kat Karaoke.... hek3...... Siapa Gadis di sebelah Pelanduk 2 Serupa ni???

Khairy : Pemimpin PAS matang berpolitik

SUMBER : Thinking of Life

Siaran tertunda klik pada imej

Khairy Jamaluddin akui pemimpin PAS matang berpolitik

KOTA BHARU - Kemunculan Khairy Jamaludin pada Wacana Perdana anjuran kerajaan Kelantan di sini malam tadi, seakan-akan melengkapkan cabarannya untuk menghampiri jawatan Ketua Pergerakan Pemuda Umno pada Mac depan.

Mungkin pertama kali dalam sejarah apabila seorang pemimpin muda Umno berani tampil ke pentas PAS (kerajaan negeri) yang disendatkan dengan ribuan penyokong.

Malah Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno itu menyifatkan ia sebagai satu transformasi baru apabila beliau dijemput kerajaan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat hadir pada satu wacana politik.

"Ini menggambarkan sikap keterbukaan kerajaan Tok Guru Nik Aziz. Keterbukaan ini sesuatu yang cukup matang dan ia boleh digambarkan inilah transformasi baru politik di negara ini.

"Sememangnya saya mengakui tsunami politik melanda negara pada Mac lalu. Rakyat sekarang dilihat mempunyai kecederongan untuk mempunyai dwiparti di negara ini," katanya pada wacana tersebut.

Program itu dianjur Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan. Dua layar besar terpaksa disediakan pihak penganjur di luar dewan memandangkan Dewan Besar Balai Islam penuh sesak dengan kehadiran orang ramai.

Kedatangan Khairy turut disambut dengan laungan takbir orang ramai. Malah ramai penyokong Khairy memenuhi bahagian depan dewan, yang lengkap berpakaian baju putih.

Suasana agak panas berlaku pada pusingan kedua sehingga keadaan kurang terkawal apabila panelis Dato' Husam Musa dan Khairy masing-masing mahu menegakkan hujah dalam masa yang serentak.

Namun, moderator dari UKM, Prof Madya Dr Mohammad Agus Yusoff berjaya mengawal keadaan. Seorang lagi ahli panelis iaitu pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa, Prof Dr Abdul Aziz Bari.

Dr Agus yang juga pensyarah Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi UKM ada ketikanya kelihatan terpaksa tunduk kepada kehendak panelis terutamanya ketika pusingan kedua.

Sikap terbuka dipamerkan malam tadi, tidak seperti ketika mengendalikan program Hujah di TV9 dengan memberi ruang kepada mana-mana panelis mencelah ketika ahli panel lain sedang berhujah. Ramai berpandangan situasi itu tidak sepatut dibiarkan.

Keadaan itu digunakan sepenuhnya Husam dan Khairy sehingga meninggalkan Dr Aziz yang cuba mempamerkan sikap berkecuali dalam wacana tersebut, sebagai ahli akademik.

Ketika pusingan ketiga, penonton mengambil kesempatan untuk menghangatkan lagi wacana apabila dibuka ruang untuk bertanyakan soalan. Ramai tampil menggunakan kesempatan terbabit.

Hanya seorang Pemuda Umno dari Bachok yang merebut peluang tersebut dengan mengajukan soalan kepada Husam mengenai cadangan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang disifatkan seperti cuba menggadai ketuanan Melayu.

Hadir sama pada wacana itu, Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, Ustaz Nusuruddin Daud; Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi, Dr Mohamed Fadzli Hassan dan wakil-wakil rakyat. - Hrkh

PROMOSI : Rumah Untuk Disewa Khas Untuk Gempur PRK Kuala Terengganu - malaysiakini

Perhatian!!! : GAMBAR ADALAH HIASAN SEMATA-MATA


Untuk yang mane berminat rumah untuk disewa bagi tujuan PRK P36 Kuala Terengganu...

LOKASI : JALAN GONG GEMIA KUALA TERENGGANU BERHAMPIRAN DENGAN KOMPLEKS STAFF KASTAM.

KAPASITI MAKSIMUM MUATAN : 15 ORANG. BILIK 4 BUAH 1 BILIK AIR. UNTUK YANG BUJANG LELAKI

SESUAI DIJADIKAN MARKAS GEMPUR PRK KUALA TERENGGANU.

TEMPOH SEWA : 2 MINGGU SAHAJA.

HARGA SEWA : HUBUNGI DAHULU NO HP DI BAWAH

JIKA BERMINAT HUBUNGI SEGERA. 012-365 4551.SAPE CEPAT DIA KEBASSSSSSS

TGHH: Calon PAS diketahui hari ini

KUALA TERENGGANU,21 Dis (Hrkh) - PAS akan mengumumkan bakal calonnya yang akan bertanding menyertai Pilihan Raya Kecil P.36 Kuala Terengganu selepas mesyuarat PAS Pusat di Kuala Terengganu hari ini.

Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang berkata pengumuman calon akan diadakan selepas mesyuarat PAS Pusat, mesyuarat Lajnah Politik PAS Pusat dan mesyuarat Majlis Syura Ulama PAS Pusat.

Ini kerana, katanya proses pencalonan dalam PAS mesti diserahkan kepada PAS Pusat serta Jawatankuasa Politik PAS Pusat dan akan diluluskan oleh Majlis Syura Ulama PAS Pusat sama ada lulus atau pun tidak seseorang calon tersebut.

"Calon PAS akan diumumkan selepas mesyuarat PAS Pusat dan mesyuarat Politik PAS Pusat. Proses pencalonan dalam PAS mesti diserahkan kepada Pusat dan Jawatankuasa Politik. Majlis Syura Ulama PAS Pusat yang akan meluluskan calon itu sama ada layak atau pun tidak layak," jelasnya ketika ditemui selepas Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu, di Wisma Darul Iman,kelmarin.

Beliau berkata demikian ketika ditanya pihak media mengenai senarai nama bakal calon PAS yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil P.36 Kuala Terengganu pada 17 januari 2009 depan.

Dato' Seri Abdul Hadi berkata pemilihan calon PAS yang akan bertanding dalam PRK ini adalah mereka yang mendapat sokongan di peringkat bawahan dan pandangan semua pihak.

Katanya, pemilihan calon bukan sekadar mendapat mandat dari ahli dan penyokong PAS termasuk pihak-pihak lain yang berada di kawasan Bandar Kuala Terengganu.

"Pilihan Raya Kecil ini, saya kena tunggu laporan dari semua pihak termasuk daripada cawangan, kawasan-kawasan dan negeri.

"Kita (PAS) akan melihat post mortem pilihan raya lalu dan akan kaji secara terperinci, dan kajian dibuat di peringkat bawah kerana kita (PAS) perlu melihat bukan sahaja penyokong PAS termasuk pengundi-pengundinya dan keperluan masyarakat setempat.

"Kita semua tahu kawasan itu kawasan bandar dan kawasan hampir bandar, sudah tentulah mereka (pengundi) mempunyai pendekatan yang berbeza dengan kawasan pilihan mereka. Itu akan kita kaji," ujarnya.

Bahkan, kata Ustaz Abdul Hadi pandangan 'surat layang' dan bloggers turut diambil kira bagi menentukan calon yang benar-benar layak.

Selain itu, beliau turut menjelaskan peluang PAS baik bagi mencapai kemenangan berdasarkan jumlah undi yang diperolehi di peringkat Dun-dun.

Katanya, kemenangan PAS di tiga kerusi Dun seperti Dun Batu Burok, Dun Wakaf Mempelam dan Dun Ladang membolehkan kerusi Parlimen itu dimenangi.

"Kawasan Bandar ini pengundinya sudah selesa. Infrastruktur tidak jadi masalah, kemudahan asas semua sudah dapat dan yang penting ialah mereka (pengundi) menilai sendiri.

"Sebab itu, faktor ketokohan calon yang baik itu sangat penting bagi Pilihan Raya Kecil di Bandar Kuala Terengganu ini," ujarnya.

Beliau memberi kesanggupan sedia 'turun padang' berkempen serta menemui para pengundi bagi mempastikan calon PAS mencapai kemenangannya.

Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu terpaksa diadakan bagi mengisi kekosongan kerusi tersebut berikutan kematian penyandangnya, Dato' Razali Ismail yang juga Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia pada 28 November lalu.

- Perisik Rakyat

Perisik Rakyat Berbicara Berkenaan Fairus TKM 1

Pagi sabtu nih, sempat aku belek2 berita2 hangat kat tenet...... terjumpa lagi aku berita TKM1, si Fairus yang makin menjadi-jadi beritanya.........

terjumpalah aku post yang dibuat oleh blogger yang kini menerpa nama di persada alam siber iaitu Perisik Rakyat.... (Inilah yang si TP postkan)


Fairus TKM 1 Dan Gila-Gilanya Yang Makin Gila - malaysiakini

Artikel ni akan dikeluarkan bersiri... sampai siri keberapa, hangpa tak payah tanya aku... tengok pada mood aku. kalau aku rajin, jadi sikit, kalau aku malas, dia jadi banyak siri... mungkin boleh lawan siri drama Sembilu... tapi yang ni bukan sembilu, tapi "bebulu"...

Amaran awal "Fairus TKM 1 Gila"...

MAC 2008

Astaghfirullahhalazim....budak ini ka ?

Aduh tepuk dahi aku!!!!!

Dia ni ‘ex-staff’ aku ni...aku ni boss dia dulu. PKR ni betul ke tidak pilih orang ???? Mana ahli PKR kat sini ?..meh sini...bahaya ooo budak nih....

Aku ‘still’ tak puas hati pasal Timbalan KM tu...aku kenal sangat ngan budak tu... dia tu dinasihatkan berhenti kerja dari company aku.

Aku nampak dia dalam tv hari tu , sebelah Kak Wan ( Datuk Seri Dr Wan Azizah) tapi aku tak sangka dia bertanding, aku ingat dia jadi ‘campaign manager’ je...

Kalau PKR lantik dia jadik timbalan, memanglah,memang malu besar lah PKR. Jangan lah main tangkap muat aje...

Kalau nak tahu lebih lanjut, suruh orang PKR ‘call’ aku mai sini, Anwar Ibrahim ‘call’ aku. Aku bukan nak bikin onar atau jelous...tapi..ish..susahnya aku nak jelaskan...

Ok..aku tak nak kutuk panjang-panjang pasal TKM tu...

Tapinya, tolong siasat dulu latar belakang dia, ‘especially’ latar belakang pendidikan dia. Dia ni banyak torak. Yang betul dekat dia ni nama penuh dia je !

Masa dia jadi staff aku, memanjang MC ( cuti ) kertas MC dia lebih banyak dari report dia, tau tak. Tu dia kata dia membentangkan report hapa, tu kat World Halal Forum..tu menipu tu..., dia tu sebagai ‘visitor’ je kat
sana...aku yang daftarkan dia masuk situ...

Masa dia masuk ‘company’ aku dulu, dia kata dia ada master dari UM tu tahun 2006 kot tak salah aku. Aku duk mintak ‘cert’ (sijil) dia..dari hari ke hari , tak dapat-dapat... ’then’ aku tak puas hati, aku jadik inspektor gadget...taraaaaaaa.....dia sebenarnya tak habis study pun, baru ambik satu semester kemudian tangguhkan pelajaran....

Tu tahun 2006...tang mana dia dapat dari UK semua tu...ishkk...aku ni kurang percaya sikit kat dia... ijazah dari UIA tu betullah...

Lepas tu, macam mana dia nak jadi wakil rakyat... Datang kerja hari- lambat..pukul 11.00 pagi baru nampak muka, kemudian pukul 3 petang, nak keluar dah...ada hal katanya nasib baik aku ni tak suka mengadu domba kat boss besar... Tapi lama-lama boss besar pun ‘fe-dup..’ dia diberi kata dua...


Ishh, pendek kata banyak lagi lah... kalau tak percaya korang tanya ‘boss besar’ aku dan‘ex staff’ aku. Atau kau leh call bekas-bekas company dia..aku ada riki (siasat) bekas company dia... ‘the ex boss’ pun still cakap ‘the same problem’ dengan dia ni...


Aku rasa, better be careful lah.. aku taknak PKR ni tercemar, banyak lagi yang bagus-bagus, tak nak malukan PKR....Suruh PKR siasat dulu....(mana tahu ada lak sijil dari Uk tu kan ??? hikhikhik)...tapi kemain banyak sijil nya weh....tahun 2006 belum ada master lagi, tak tahulah 2008 boleh dapat pulak master dari UK....

Lagipun dia ni dulu pernah ugut aku....mek takut jugak nyah....


*Fairus TKM 1 Gila mengaku memiliki Ijazah Sarjana “Strategic & Defence Studies, Ijazah Sarjana (MBA) “Strategic Management”, United Kingdom, Ijazah Sarjana Muda “Political Science – International Relations, Universiti Islam Antarabangsa dan Sijil Pengajian Syariah, Universti Malaya. Yg lucunya ada satu ketika bila wartawan pernah tanya dia nama Universiti yang dia dapat master tu...dia jawab RAHSIA... Gila TKM1 nih... - sumber Alahai... FAIRUS TKM 1 Penang !.

Tu amaran awal yang PKR dapat dari sorang individu yang sebelum ni kenai rapat dengan TKM 1 Gila nih... lepas dapat amaran awal ni, beberapa individu dalam Pakatan Rakyat telah bertindak menasihati mereka-mereka yang berkaitan dengan perlantikan Fairus supaya berhati-hati tapi nasihat dan amaran awal tersebut dipandang sinis dan disifatkan sebagai 1 usaha untuk mengganggu kelancaran pembentukan exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Tak lama lepas Fairus dilantik sebagai rasmi memegang jawatan TKM 1 Pulau Pinang, maka bermulalah drama "sembelit".

"Fairus TKM 1 Gila Sembelit"...

Alasan yang sama diulang-ulang setiap kali dia nak ponteng sama ada kerja, mesyuarat penting ataupun temujanji yang dah confirm lebih sebulan lalu.

Sehinggakan istilah ‘sakit perut’ dan ‘ziarah mayat’ menjadi bahan sinis YTT Gabenor atau Ketua Menteri Lim Guan Eng pada mesyuarat Exco dan jadi bahan gurauan kakitangan kerajaan negeri.

Kalau sekali dua mungkin orang percaya, boleh terima, tapi kalau dah terlalu kerap sangat alasan yang sama diulang-ulang, bukan setakat orang tahu budak Fairus pembohong dan nampak bodoh, bahkan orang dah naik meluat menyampah, dan tak ambil pusing.

Kalau nak senaraikan program yang budak Fairus tuang, tak tersenarai banyaknya. Cukuplah kami bagitau…. Sambutan Kemerdekaan Peringkat Negeri 31 Ogos lalu dan Sambutan 16 September Hari Malaysia pun dia tuang .… alasannya macam biasa-sakit perut, ziarah mayat
- sumber Alahai... FAIRUS TKM 1 Penang !.

Bermula dari situ, ramai kakitangan Fairus syak TKM 1 Gila ni berkawan dengan hantu-hantu... banyak masa dihabiskan dengan hantu-hantu peliharaannya ditempat yang tidak diketahui.

Masalah dah datang... pada waktu ni setahu aku Che Wan pernah bagi amaran supaya TKM 1 Gila ni mengubah tabiat Gila nya dan Che Wan jugak dah bagi amaran sekiranya Fairus tak berubah dalam masa 3 bulan, tempatnya akan diganti oleh orang lain... tapi...

Bersambung... aku nak tidor...



RTM gam lagu puisi Dr Asri ‘Aku Bukan Musuh Harta’?

SUMBER : Dr MAZA

Tiada angin, tiada ribut, tiba-tiba saja ‘Aku Bukan Musuh Harta’, lagu dari nukilan puisi Dr Asri Zainul Abidin yang juga bekas Mufti Perlis tidak mendapat kelulusan dari pihak RTM untuk siaran.

Hal ini telah dimaklumkan oleh pihak pegawai perhubungan RTM kepada penerbit album Xifu Nasir semalam.

Lagu ‘Aku Bukan Musuh Harta’ yang dinyanyikan oleh kumpulan Kopratasa difahamkan tidak mendapat kelulusan kerana liriknya.

Xifu berkata, beliau sendiri tidak diberitahu secara khusus dan terperinci kenapa lagu itu tidak lulus.

“Mereka cuma memberitahu kerana masalah lirik sahaja,”jelas Xifu Nasir.

Menurut beliau, hanya stesen RTM saja yang tidak meluluskan lagu ini sedangkan di stesen lain sudahpun mendapat kelulusan sepenuhnya.

Lagu ini merupakan salah satu dari 8 buah lagu puisi Dr Asri yang dimuatkan di dalam album ‘Yang Benar Tetap Benar.’

Selain lagu ‘Aku Bukan Musuh Harta’, lagu title track ‘Yang Benar Tetap Benar’ juga masih belum lulus sepenuhnya kerana akan disemak semula disebabkan ahli panel tidak berapa arif tentang perkataan ‘makar’ yang digunakan dalam puisi tersebut.(’Makar’ adalah kalimah Arab dari Al Quran).

Ketika dihubungi hari ini, Dr Asri melahirkan rasa kemusykilannya kenapa liriknya digam.

“Saya hairan mengapa lirik saya ‘Aku Bukan Musuh Harta’ digam oleh pihak berkenaan, sedangkan nilai moral dalamnya tinggi, ia tidak ditujukan kepada pihak tertentu, tetapi untuk sesiapa sahaja yang menyalahgunakan harta rakyat dan awam,” jelas beliau dari kediamannya di Lampeter, United Kingdom.

“Dalam negara kita hari ini berbagai parti memiliki kerajaan, lagu tersebut mempunyai pengajaran untuk semua.

“Jangan anda menghalang sesuatu ungkapan umum atau pengajaran am yang akhirnya orang lain akan menuduh bahawa andalah orang khusus dari yang umum atau am itu,” kata Dr Asri yang kini berada di UK untuk tempoh setahun bagi cuti sabatikalnya.

Katanya lagi,”Saya menulis lirik itu untuk mengingatkan sesiapa sahaja yang berurusan dengan harta awam dan rakyat. Apa ertinya perjuangan kerajaan menghapuskan rasuah jika lirik seperti itu pun diharamkan.”

Dr Asri, bagaimanapun enggan mengulas lebih lanjut tentang kesukaran pihak panel RTM memahami perkataan ‘makar’ di dalam puisi beliau yang bertajuk ‘Yang Benar Tetap Benar’ itu.

“Semua pihak tahu bahawa saya bukan orang politik, maka ketika saya menulis lirik saya bebas dari kepentingan kerusi atau kepartian. Mereka silap jika bertindak demikian,” kata tokoh agama yang terkenal kerana kelantangannya melontarkan idea tentang apa saja berhubung isu agama, politik, sosial mahupun hiburan.

Lagu-lagu puisi lain yang dimuatkan dalam album yang sudahpun berada di pasaran sejak bulan lepas itu ialah Aku Rela, Biarlah Aku Di Daerah Ini, Derita Hati Seorang Bonda, Islam Di Cina dan Dunia Yang Beredar.

Kesemua lagu telah disampaikan oleh penyanyi Aishah, Kopratasa, Dakmie dan band nasyid pertama di Malaysia iaitu Algebra.

Selain 8 buah lagu ini, album ini juga turut memuatkan puisi yang disampaikan oleh Dr Asri bertajuk, ‘Itulah Politik Namanya’ dan ‘Salah Menduga.’

Gabungan nama-nama besar dalam industri muzik antaranya Dakmie selaku Penerbit, Xifu Nasir, Eddie Marzuki, Adnan Abu Hasan, Zairi Ariffin, Ujang dan lain-lain menjadikan album ini cukup istimewa dan unik.

Album ini juga adalah terbitan dan edaran Nasyeed.Com.

sumber: Mstar Online

Lagu Aku Bukan Musuh Harta

Blog Stats