Sumbangan ~ Tolong Klik.... Thanks.

Sunday, December 21, 2008

PAS umum calon di Stadium Negeri, besar-besaran


Kuala Terengganu - PAS akan mengumumkan calonnya bagi bertanding dalam Pilihan Raya Kecil P.36 Kuala Terengganu pada satu majlis besar-besaran di Stadium Negeri 1 Januari depan.

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata demikian pada satu sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat di Markaz Tarbiyyah PAS Kuala Terengganu di Kuala Ibai, dekat sini, hari ini.

“Saya menerima calon yang disenaraikan oleh pihak negeri (Terengganu). InsyaAllah, nama calon itu akan diumumkan pada 1 Januari 2009 depan bertempat di Stadium Negeri Kuala Terengganu.

“Nama ada satu sahaja yang akan bertanding. Kita (PAS) mempunyai ramai calon-calon yang layak bertanding dan kita (PAS) mengambil kira dari semua aspek untuk memberi kemenangan kepada calon itu,” ujarnya.

Ustaz Abdul Hadi menjelaskan PAS dalam Pakatan Rakyat tidak mempunyai masalah ‘dalaman’ (berebut) serta mendapat kerjasama sepenuhnya.

Menurutnya, calon yang akan diketengahkan oleh PAS adalah calon yang lebih layak dari Barisan Nasional (BN) bagi mewakili rakyat di Parlimen.

“Kita (PAS) tidak mengalami masalah ‘dalaman’ dan kita dapat menjalankan kerja dengan padu dan semua jentera memberi kerjasama sepenuhnya. Siapa sahaja yang dinamakan untuk jadi calon.

“Kita (PAS) akan umumkan calon yang lebih layak dari calon Barisan Nasional (BN). Calon PAS itu dapat restu dari Pakatan Rakyat. Kita tidak ada masalah dan dia (BN) ada masalah calon sebab itu dia umumkan lebih awal,” jelasnya.

Justeru itu, Dato’ Seri Abdul Hadi yakin calon PAS boleh menang dan diterima oleh para pengundi di P.36 Kuala Terengganu berdasarkan ketokohan, profesional serta berjiwa rakyat.

“InsyaAllah, boleh menang sebab Kuala Terengganu adalah salah satu dari tempat yang kita (PAS) kuat. Aspek ketokohan, profesional dan lapangan yang boleh diterima oleh rakyat.

“Kita (PAS) sudah ada calon dan sudah ada dalam poket saya. Calon PAS sudah bersemangat dari sekarang tanpa diumumkan calon lagi,” ujarnya dengan nada berseloroh.

Hadir sama pada majlis tersebut Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasaruddin Mat Isa, Setiausaha Agung PAS, Dato’ Kamaruddin Jaafar, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayob dan Ketua dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Mohd Salleh. - buletinonline

SUMBER : Thinking of Life


ARef : Eloklah, Solat istiqarah dulu sebelum pilih calon PAS nih.......... Maybe TGHA dan pemimpin-pemimpin PAS ingin memohon petunjuk Allah dahulu sebelum umum calon.

0 comments:

Post a Comment

Blog Stats