Sumbangan ~ Tolong Klik.... Thanks.

Monday, December 01, 2008

Dilema Ariff Shah ~ Dibuli Jalil dan Firdaus??? - malaysiakini



Ha3...... Inilah 2 orang pembuli yang menyebabkan Ariff Shah ingin menyertai PKR???

Spekulasi: Masuk PKR, Datuk Ariff Shah Akan Pertimbangkan Tawaran Dalam Masa Terdekat !!

PahangDaily : PETALING JAYA - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya, Datuk Arif Shah Omar Shah masih mempertimbangkan tawaran untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR). Ketika dihubungi sebentar tadi, Arif Shah berkata, beliau memerlukan masa untuk meneliti tawaran tersebut dari pelbagai sudut. Antara lain, kata Arif Shah, beliau ingin melihat sama ada Umno masih memerlukan khidmatnya. "Jika betul, mereka perlu bekerja secara sama... jangan menindakkan usaha ikhlas saya untuk memberi khidmat kepada masyarakat," kata beliau menjelaskan soalan mengapa tidak menolak tawaran tersebut. Awalnya beliau memberitahu masih meneliti perkara tersebut. "(Tawaran) tak tolak (terus)," katanya. Kata Arif Shah, tawaran itu diterima menerusi seorang individu yang dekat dengan PKR baru-baru ini. Sambil menegaskan status quo masih kekal, Arif Shah berkata, keadaan belum mendesakknya untuk mengambil keputusan segera untuk keluar Barisan Nasional (BN) dan menyertai PKR. Ketika ditanya sama ada akan membuat keputusan dalam waktu terdekat: "Ya, mungkin." Arif Shah telah bertanding dalam pilihan raya kerusi Parlimen Permatang Pauh menentang Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim Ogos lalu. Kerusi itu dimenangi Anwar. Semalam, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tidak menafikan khabar angin yang mengatakan Arif Shah akan menyertai PKR. Bagaimanapun beliau tidak mengesahkan sejauh mana kebenaran khabar angin yang mula tersebar itu yang kononnya penyertaan Arif Shah ke PKR kerana kecewa dengan penyokong BN di Pulau Pinang. Arif Shah, satu-satunya ADUN yang berjaya mengekalkan kerusi negeri untuk penggal kedua di bahagian Permatang Pauh berkata, beliau sedang serius mempertimbangkan kedudukan politikynya itu berikutan apa yang disifatkannya sebagai penyalahgunaan kuasa yang teruk dalam kepimpinan Umno bahagian itu yang diketuai Datuk Abdul Jalil Abdul Majid.

[Ketika di Permatang Pauh dulu, kami banyak mendapat maklumat tentang Ariff Shah ini. Beliau bukan sahaja rapat dengan rakyat yang terdiri dari kalangan puak UMNO dan BN sendiri. Malahan juga beliau sering hadir dalam program anjuran Pakatan Rakyat di sana. Malah, sikap prihatin dan mesra beliau dengan rakyat disitu menyebabkan beliau disayangi oleh kawan dan lawan. Cuma masalah Ariff Shah ialah beliau kini ditentang oleh "musuh dalam selimut" yang bertujuan untuk menghancurkan karier politiknya itu. Malahan banyak sumber mengatakan pemimpin UMNO setempat banyak melakukan propaganda agar Ariff Shah tersungkur di Permatang Pauh ketika pilihanraya kecil dulu. Jentera UMNO dan BN telah ditekan dengan berbagai habuan, bagi tidak membantu Ariff Shah. Kami sempat berjumpa Ariff Shah di sana, ternyata beliau tidak sesuai lagi berada dalam parti karat itu jika ingin terus disayangi rakyat. UMNO tidak sesuai untuk orang-orang seperti Ariff Shah, maka itu elok benar jika beliau membuat keputusan menyertai PKR yang mana ini akan memperkukuhkan Pakatan Rakyat di negeri itu secara keseluruhannya nanti. Buatlah keputusan yang terbaik demi rakyat bukannya peribadi].

KUALA TERENGGANU : PENAMAAN CALON 12 DIS PENGUNDIAN 21 DISEMBER ?

dupahang's : Pilihanraya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu sudah pasti berlaku.

Tidak ada ‘khilaf’ lagi. BN dan SPR tidak ada alasan untuk menidakkan berlakunya PRK ini.

Tidak ada undang-undang pilihanraya yang memperuntukan bahawa PRK ini tidak boleh diadakan.

Maka terpaksalah BN menghadapinya walaupun mereka sebenar cukup takut untuk berhadapan dengan Pakatan Rakyat selepas Pilihanraya Umum Mac lalu dan PRK Permatang Pauh.

BN sedar bahawa ‘mood’ rakyat sekarang ialah menolak BN yang rakus, zalim dan tamakkan kuasa. Masalah dalaman Umno dengan gejala rasuah; masalah kepimpinan dalam MCA dan MIC benar-benar merimaskan BN.

Namun begitu apakah daya BN terpaksa mengharunginya dengan berat hati.

BN sedar Kuala Terengganu bukanlah kubu kuat mereka kerana 3 dari 4 DUN dalam parlimen ini dikuasai oleh PAS walaupun BN Terengganu menang besar pada pilihanraya umum lalu.

3 dari 6 kerusi PAS datang dari Parlimen Kuala Terengganu iaitu Batu Burok, Wakaf Mempelam dan Ladang.

3 lagi kerusi PAS adalah Rhu Rendang, Manir dan Bukit Payong.

Para pemerhati politik mengjangkakan BN agak susah untuk mempertahankan kerusi ini jika PAS meletakkan calon yang benar-benar diterima oleh pengundi Kuala Terengganu yang ‘educated’ dan berfikiran matang.

Namun begitu hakikat yang harus diterima PAS bahawa orang Terengganu lebih selesa dengan calon dari anak tempatan.

Sementelahan pula PAS Kawasan Kuala Terengganu dan Negeri Terengganu sendiri mempunyai saf calon-calon yang berkaliber terdiri dari tokoh veretan dan muda.

Antaranya AJK PAS Pusat, Dato’ Haji Wan Abdul Mutalib Embong; YB Syed Azman Syed Ahmad; Dato’ Mustafa Ali dan tokoh muda seperti Azman Syafawi dan Ariffin Deraman.

Namun ada juga kemungkinan calon Pilihanraya Umum lalu iaitu Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu di’sabung’kan sekali lagi di sini.

Di pihak Umno nama-nama seperti Ketua Umno Bahagian Terengganu, Senator Wan Farid; Bekas Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Zuber Embong dan Bekas Speaker Che Mat Jusoh disebut-sebut antara calon ‘favourite’ untuk bertempur dengan PAS.

Maka saya kira tidak hairanlah jika PAS dan BN masing-masing tidak berani untuk mendabik dan bercakap besar akan menang mudah pada pertarungan kali ini.

Para pemerhati politik menjangkakan SPR akan bermesyuarat pada minggu ini juga setelah mendapat notis kekosongan kerusi parlimen ini dari Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Mereka juga mengjangkakan bahawa penamaan calon akan diadakan pada 12 Disember dan pengundian akan dijalankan pada 21 Disember.

Tidak kira bila hari penamaan dan pengundian akan dijalankan, pilihanraya ini sudah pasti menjadi medan untuk menguji pengaruh BN dan PR selepas 8 bulan Pilihanraya Umum berlalu.

Indikator pertama iaitu pada PRK Permatang Pauh menunjukkan PR terus mendapat sokongan padu pengundi. PRK Kuala Terengganu ini sudah pasti menjadi kayu pengukur peluang kedua-dua gabungan parti pada pilihanraya umum ke 13 akan datang.

Najib dan pemimpin BN sudah pasti sekali lagi akan menjadi ‘Santa Klaus’ jadi-jadian yang akan menjanjikan seribu satu macam projek dan habuan untuk pengundi Kuala Terengganu.
Rakyat Kuala Terengganu akan menjadi Raja dari sekarang sehingga ke hari pengundian.
Pesan kepada mereka berfikirlah secara matang dan cerdik.

Jangan kita ditipu untuk kesekian kalinya.

Artis Yasin (Nasyid) bersama PKR

Wawancara Malaysiakini bersama Yassin di hari pertama Kongres, selepas beliau turun dari pentas ketika acara penutup Kongres AMK di Stadium Melawati pada hari Jumaat.


Berikut Lebih kurang temubual bersama artis Yassin Brother

wartawan: tadi perwakilan PKR ingin berusaha mendampingi artis, apa pandang yassin?
yassin: bagus memang PKR adalah memperjuangkan suara rakyat kepentingan rakyat
wartawan: Nak gantung poster macam mawi?
yassin: Saya belum lagi
wartawan: Apa yang anda lihat pada pkr
yassin: parti yang perlu untuk mengimbangai suasana politik negara kita
wartawan: anda datang atas nama perjuangan atau menghiburkan?
yassin: Perjuangan dan sebagai artis untuk menghiburkan

Blog Stats