Sumbangan ~ Tolong Klik.... Thanks.

Saturday, December 13, 2008

PRK Kuala Terengganu : Calon PAS Diumum Pada 21 Dis - Ustaz Nasa


PRK 036 - Calon PAS yang akan bertanding pada pilihan raya kecil kerusi Parlimen Kuala Terengganu akan ditentukan pada 21 Disember ini.

Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa berkata pemilihan calon itu akan dibuat selepas mesyuarat khas Jawatankuasa PAS Pusat di sini, pada tarikh tersebut.

"Bagaimanapun kita akan umumkan nama calon pada satu program lain yang akan ditentukan kemudian selepas mesyuarat khas tersebut," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat persiapan pilihan raya PAS untuk pilihan raya kecil kerusi Parlimen Kuala Terengganu di sini, Khamis.


Ustaz Nasaruddin Mat Isa, Dato' Haji Mustaffa Ali dan Dato' Haji Wab Abdul Muttalib Embong dalam sidang media selepas pelancaran gerak kerja Piliahn raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu di Markas Tarbiyah Pas Kuala Ibai.

Nasharuddin yang juga Pengarah Jawatankuasa Induk Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu, berkata pada masa ini kesemua 71 cawangan dalam parlimen berkenaan, diminta mengemukakan senarai calon untuk pilihan raya kecil itu.

Katanya senarai nama tersebut akan dikemukakan kepada Badan Perhubungan PAS negeri untuk dipertimbangkan sebelum diluluskan oleh Jawatankuasa PAS Pusat.

"Biasanya, PAS negeri akan mengemukakan tiga nama kepada PAS Pusat untuk mendapat kelulusan bagi pemilihan calon," katanya.

Bagaimanapun, beliau mengesahkan setakat ini, PAS Terengganu belum menerima senarai calon tersebut daripada cawangan-cawangan dalam Parlimen Kuala Terengganu.

Mengenai kriteria calon yang akan dipilih, beliau berkata: "Calon yang boleh memenangkan PAS."

Beliau turut melahirkan keyakinan bahawa parti itu boleh merampas kerusi Parlimen Kuala Terengganu pada pilihan raya kecil tersebut, 17 Januari depan berdasarkan kepada senario politik sekarang. Penamaan calon ditetapkan pada 6 Jan.

Katanya parti-parti lain dalam Pakatan Rakyat juga bersetuju untuk memberikan sokongan kepada PAS dalam usaha untuk merampas kerusi parlimen tersebut.

Nasharuddin berkata parti itu akan mengadakan majlis pelancaran jentera pilihan rayanya di Markas Tarbiyah PAS Kuala Terengganu di Kuala Ibai di sini, malam ini.





Kerusi Parlimen Kuala Terengganu kosong berikutan penyandangnya Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail meninggal dunia secara mengejut, dipercayai akibat serangan jantung ketika bermain badminton di Institut Aminudin Baki, Genting Highlands, 28 Nov Lepas.

Pada pilihan raya umum 8 Mac lepas, Razali mengekalkan kerusi berkenaan apabila menewaskan Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu dan calon Bebas, Maimun Yusof dengan majoriti 628 undi.

PAS Terus Bantah I-Dance ~ malaysiakini

JEMAAH Masjid Permatang Janggus membuat bantahan secara aman mengenai penganjuran program I-Dance di Bukit Mertajam Semalam.


BUKIT MERTAJAM - Kempen I-Dance atau 'tarian jalanan' yang dijadualkan berlangsung di New World Park, Pulau Pinang pada 20 Disember ini terus mendapat bantahan terutamanya masyarakat Islam.

Walaupun pihak penganjur kempen tersebut menyatakan program tersebut bertujuan melibatkan golongan remaja dalam membanteras gejala negatif, namun ia masih dilihat tidak dapat membantu dalam mencapai objektif penganjurannya.

Semalam, Dewan Pemuda Pas (DPP) Pulau Pinang turut menyatakan pendirian yang sama dengan mendesak pihak penganjur supaya membatalkan program tersebut kerana berpendapat ia hanya akan meninggalkan lebih banyak kesan negatif kepada golongan remaja tidak mengira bangsa dan agama.

Menurut Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas (PDD) Pulau Pinang, Mohd. Yusry Mat Piah, penganjuran I-Dance yang didakwa untuk mengisi masa lapang dan menangani gejala negatif seperti lepak, vandalisme, mat rempit dan sebagainya sebenarnya adalah tidak praktikal serta tidak tepat.

Malah katanya, banyak persoalan yang perlu dijawab terlebih dahulu mengenai keberkesanan program tersebut sekiranya ia didakwa mampu menangani gejala negatif di kalangan remaja.

"Kami ingin bertanya kepada penganjur, adakah I-Dance ini merupakan alternatif terbaik dalam konteks negara ini untuk menangani gejala negatif sedangkan kita masih ada banyak lagi cara untuk menangani isu negatif ini.

"Kedua, adakah pihak penganjur mempunyai apa-apa rekod kejayaan program ini dalam menangani gejala sosial yang dilakukan di negara lain sebelum ia dilaksanakan di negara ini.

"Dan ketiga, sejauh manakah pihak penganjur dapat memberi jaminan bahawa pelaksanaan I-Dance ini akan mengikut prosedur dan syarat yang ditetapkan terutama mengikut syiar Islam supaya ia tidak melalaikan, tidak melibatkan maksiat dan perkara haram yang ditegah dalam Islam," soalnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika mengetuai lebih 200 ahli DPP yang melakukan bantahan secara aman berhubung penganjuran program tersebut yang diadakan selepas solat Jumaat di pekarangan Masjid Permatang Janggus, Permatang Pauh, di sini semalam.

Pada tahun lalu Kempen I-Dance telah dilaksanakan buat pertama kali di Pulau Pinang dan pada tahun ini, program yang mendapat sokongan penuh kerajaan negeri itu dijangka dihadiri kira-kira 20,000 pengunjung untuk mengaksikan pertandingan akhir tarian jalanan tersebut. KOSMO!



Calon PRK Kuala Terengganu - UMNO Berdalih Lagi - malaysiakini

WANG ROYALTI... Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said (tengah) dengan cek sebanyak RM408.6 juta yang diterima daripada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak (dua, kanan) di majlis jamuan rakyat di Masjid Tengku Intan Zaharah hari ini. Wang kepada kerajaan Terengganu itu adalah untuk royalti minyaknya dan negeri Terengganu bakal menyaksikan pelbagai lagi projek pembangunan di sana. Turut hadir (dari kiri) Ketua Penerangan Umno Tan Sri Muhammad Muhd Taib, Naib Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mohd Ali Rustam. --fotoBERNAMA

(CUBA KORANG TENGOK ALI KETAM, MAT TYSON DAN MUHYIDDIN ADA KAT SITU, KEMPEN JANGAN TAK KEMPAN JANG!!!!)

KUALA TERENGGANU: Barisan Nasional (BN) akan mengumumkan bakal calonnya bagi pilihan raya kecil kerusi Parlimen Kuala Terengganu minggu depan.

Ia diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak di sini hari ini.

Pilihan raya kecil diadakan bulan depan.

Najib berkata, Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah menyerahkan tanggungjawab untuk mengumumkan calon pada pilihan raya kecil itu kepada beliau.

"Presiden (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) sudah serahkan pada saya untuk umum (calon). Insya-Allah, bila saya datang minggu depan (saya akan umumkan).

"Minggu ini, tak nak umum calon sebab agenda kita adalah (melancarkan) jentera pilihan raya," katanya ketika merasmikan majlis penutup Pemukiman Umno Terengganu dan pelancaran jentera pilihan raya Kuala Terengganu di Taman Tamadun Islam di sini.

Pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu diadakan berikutan kematian Datuk Razali Ismail Razali, penyandang kerusi itu, pada 28 November lalu. -mStar


ARef : Aku nak komen 2 perkara aje..... 1) Wang Royalti ke KADBOD tertera nilai wang aje tuh?????? kalau wang, mana duitnya, nak bagi kat sapa? WANG EHSAN atau apa??? atau untuk KEMPEN????? 2) kah3..... tahu pun takut nak umum calon, kerrr bergaduh lagi puak2 UMNO nih, berapa kem daaa ada kat Terengganu nih.... senang2 letak aje Mat Said jadi calon......


TAPI, PILIHANRAYA KECIL KUALA TERENGGANU NIH MENCERMINKAN KEPIMPINAN KERAJAAN MALAYSIA MASA DEPAN!!!!!!



Karnival Futsal Permatang Pauh

SUMBER : Anwar Ibrahim

Blog Stats