Sumbangan ~ Tolong Klik.... Thanks.

Saturday, December 13, 2008

PAS Terus Bantah I-Dance ~ malaysiakini

JEMAAH Masjid Permatang Janggus membuat bantahan secara aman mengenai penganjuran program I-Dance di Bukit Mertajam Semalam.


BUKIT MERTAJAM - Kempen I-Dance atau 'tarian jalanan' yang dijadualkan berlangsung di New World Park, Pulau Pinang pada 20 Disember ini terus mendapat bantahan terutamanya masyarakat Islam.

Walaupun pihak penganjur kempen tersebut menyatakan program tersebut bertujuan melibatkan golongan remaja dalam membanteras gejala negatif, namun ia masih dilihat tidak dapat membantu dalam mencapai objektif penganjurannya.

Semalam, Dewan Pemuda Pas (DPP) Pulau Pinang turut menyatakan pendirian yang sama dengan mendesak pihak penganjur supaya membatalkan program tersebut kerana berpendapat ia hanya akan meninggalkan lebih banyak kesan negatif kepada golongan remaja tidak mengira bangsa dan agama.

Menurut Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas (PDD) Pulau Pinang, Mohd. Yusry Mat Piah, penganjuran I-Dance yang didakwa untuk mengisi masa lapang dan menangani gejala negatif seperti lepak, vandalisme, mat rempit dan sebagainya sebenarnya adalah tidak praktikal serta tidak tepat.

Malah katanya, banyak persoalan yang perlu dijawab terlebih dahulu mengenai keberkesanan program tersebut sekiranya ia didakwa mampu menangani gejala negatif di kalangan remaja.

"Kami ingin bertanya kepada penganjur, adakah I-Dance ini merupakan alternatif terbaik dalam konteks negara ini untuk menangani gejala negatif sedangkan kita masih ada banyak lagi cara untuk menangani isu negatif ini.

"Kedua, adakah pihak penganjur mempunyai apa-apa rekod kejayaan program ini dalam menangani gejala sosial yang dilakukan di negara lain sebelum ia dilaksanakan di negara ini.

"Dan ketiga, sejauh manakah pihak penganjur dapat memberi jaminan bahawa pelaksanaan I-Dance ini akan mengikut prosedur dan syarat yang ditetapkan terutama mengikut syiar Islam supaya ia tidak melalaikan, tidak melibatkan maksiat dan perkara haram yang ditegah dalam Islam," soalnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika mengetuai lebih 200 ahli DPP yang melakukan bantahan secara aman berhubung penganjuran program tersebut yang diadakan selepas solat Jumaat di pekarangan Masjid Permatang Janggus, Permatang Pauh, di sini semalam.

Pada tahun lalu Kempen I-Dance telah dilaksanakan buat pertama kali di Pulau Pinang dan pada tahun ini, program yang mendapat sokongan penuh kerajaan negeri itu dijangka dihadiri kira-kira 20,000 pengunjung untuk mengaksikan pertandingan akhir tarian jalanan tersebut. KOSMO!



1 comments:

kotak14 said...

kalau dah tak mampu nak batalkan...
tak dengar cerita pulak PAS nak g berdakwah kat sana.
masa ni lah kita nak berdakwah peringkat awal pada anak remaja..didik,pujuk dan belai mereka.

pukat dan nak di pasang,rancang la cemana nak bawa naik pukat ke darat.

kalau takda program macam ni,cemana nak kumpul remaja.

Post a Comment

Blog Stats