Sumbangan ~ Tolong Klik.... Thanks.

Saturday, December 13, 2008

PRK Kuala Terengganu : Calon PAS Diumum Pada 21 Dis - Ustaz Nasa


PRK 036 - Calon PAS yang akan bertanding pada pilihan raya kecil kerusi Parlimen Kuala Terengganu akan ditentukan pada 21 Disember ini.

Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa berkata pemilihan calon itu akan dibuat selepas mesyuarat khas Jawatankuasa PAS Pusat di sini, pada tarikh tersebut.

"Bagaimanapun kita akan umumkan nama calon pada satu program lain yang akan ditentukan kemudian selepas mesyuarat khas tersebut," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat persiapan pilihan raya PAS untuk pilihan raya kecil kerusi Parlimen Kuala Terengganu di sini, Khamis.


Ustaz Nasaruddin Mat Isa, Dato' Haji Mustaffa Ali dan Dato' Haji Wab Abdul Muttalib Embong dalam sidang media selepas pelancaran gerak kerja Piliahn raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu di Markas Tarbiyah Pas Kuala Ibai.

Nasharuddin yang juga Pengarah Jawatankuasa Induk Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu, berkata pada masa ini kesemua 71 cawangan dalam parlimen berkenaan, diminta mengemukakan senarai calon untuk pilihan raya kecil itu.

Katanya senarai nama tersebut akan dikemukakan kepada Badan Perhubungan PAS negeri untuk dipertimbangkan sebelum diluluskan oleh Jawatankuasa PAS Pusat.

"Biasanya, PAS negeri akan mengemukakan tiga nama kepada PAS Pusat untuk mendapat kelulusan bagi pemilihan calon," katanya.

Bagaimanapun, beliau mengesahkan setakat ini, PAS Terengganu belum menerima senarai calon tersebut daripada cawangan-cawangan dalam Parlimen Kuala Terengganu.

Mengenai kriteria calon yang akan dipilih, beliau berkata: "Calon yang boleh memenangkan PAS."

Beliau turut melahirkan keyakinan bahawa parti itu boleh merampas kerusi Parlimen Kuala Terengganu pada pilihan raya kecil tersebut, 17 Januari depan berdasarkan kepada senario politik sekarang. Penamaan calon ditetapkan pada 6 Jan.

Katanya parti-parti lain dalam Pakatan Rakyat juga bersetuju untuk memberikan sokongan kepada PAS dalam usaha untuk merampas kerusi parlimen tersebut.

Nasharuddin berkata parti itu akan mengadakan majlis pelancaran jentera pilihan rayanya di Markas Tarbiyah PAS Kuala Terengganu di Kuala Ibai di sini, malam ini.





Kerusi Parlimen Kuala Terengganu kosong berikutan penyandangnya Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail meninggal dunia secara mengejut, dipercayai akibat serangan jantung ketika bermain badminton di Institut Aminudin Baki, Genting Highlands, 28 Nov Lepas.

Pada pilihan raya umum 8 Mac lepas, Razali mengekalkan kerusi berkenaan apabila menewaskan Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu dan calon Bebas, Maimun Yusof dengan majoriti 628 undi.

0 comments:

Post a Comment

Blog Stats