Sumbangan ~ Tolong Klik.... Thanks.

Wednesday, October 15, 2008

Datuk kangkong : Kementerian bincang isu Shah Rukh dikurnia Datuk

PETALING JAYA: Surat bantahan Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) mengenai isu aktor Bollywood, Shah Rukh Khan dikurniakan gelaran Datuk oleh kerajaan negeri Melaka akan disentuh dalam mesyuarat Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan hari ini.

Timbalan Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Nor Azmal Mohd. Nazir yang ditemui pemberita selepas menerima surat bantahan itu daripada Presiden Seniman, Datuk Mustapha Maarof di Pejabat Finas semalam berkata:

"Saya akan usulkan isu ini dalam mesyuarat bersama Menteri Datuk Mohd. Shafie Apdal."

Bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut isu berkenaan.

Dalam pada itu, apabila ditanya tentang kandungan surat bantahan tersebut, Mustapha berkata, ia mengandungi luahan isi hati Seniman seperti yang diperkatakan pada sidang media kelmarin.

Isnin lalu, Mustapha menggesa pihak kerajaan negeri Melaka membuat penilaian yang sebaik mungkin apabila mengurniakan sesuatu anugerah kepada mana-mana artis.

Kenyataan tersebut dikeluarkan ekoran bantahan Seniman mewakili artis tanah air terhadap penganugerahan Datuk kepada Shah Rukh Khan sempena ulang tahun ke-70 hari kelahiran Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Khalil Yaakob, Sabtu lalu.

Menurut Mustapha, mereka patut bertanya kepada pihak yang bersesuaian seperti Finas mengenai kelayakan untuk memberikan anugerah kepada seseorang selebriti.

Beliau turut menyuarakan nama artis lain yang lebih layak menerima anugerah seperti Azean Irdawaty, M. Nasir, Kuswadinata dan Ruminah Sidek atas sumbangan mereka kepada industri filem dan seni tanah air.

"Kami akan menunggu apa-apa keputusan yang diberikan oleh kementerian dan tidak akan melakukan sesuatu tindakan 'kasar' sebaliknya membuat secara aman damai," ujar Mustapha.

Selain Mustapha, ramai di kalangan penggiat seni yang turut meluahkan rasa tidak puas hati mereka dan mempersoalkan kriteria Shah Rukh Khan lebih layak menerima anugerah tersebut berbanding artis-artis veteran tanah air yang lebih banyak berjasa kepada industri hiburan ini.

Sabtu lalu, Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, penganugerahan gelaran Datuk kepada Shah Rukh Khan adalah pelaburan yang mendatangkan banyak keuntungan balik kepada Melaka dari segi promosi secara percuma tanpa melibatkan wang.

- mStar


AR: Bodoi punya pak2 Menteri.... camnerlah depa nih buat keputusan pilih2 Datuk nih, nampak sangat Malaysia nih bukannya hanya ada Professor Kangkung, tapi Datuk Kangkung pun ada jugak ka????? Meluat betoi nengok Datuk2 sekarang nih, roper2nya, Datuk Kangkung!!!! Lenggang2 kangkung..... Nak dapat Datuk, mesti kena pandai nyanyi lagu nih........ sambil gelek2 cam Shah Rukh Khan!!!

DSAI jelas siapa melutut kepada IMF


 Semalam, saya (Azmin Ali) bangun dalam Parlimen untuk mendapatkan penjelasan dari YB Dato' Seri Anwar Ibrahim berhubung dakwaan pemimpin UMNO bahawa beliau tunduk kepada IMF / World Bank ketika negara menghadapi krisis kewangan pada tahun 1997 / 1998.

Dakwaan UMNO disanggah oleh Ketua Pembangkang dengan tegas dan berfakta. Menurut Anwar, ketika beliau menjadi Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Bank Dunia, agenda utama ialah mendapatkan kelulusan negara-negara anggota termasuk Eropah dan Amerika Syarikat untuk menghapuskan hutang negara-negara miskin.

Tindakan ini dapat meringankan beban hutang negara-negara miskin yang turut gawat akibat krisis kewangan.

Ekonomi negara yang turut diserang menyebabkan institusi-institusi kewangan lemas dan ringgit semakin lemah. Dalam suasana krisis kewangan pada ketika itu, Article 4 mengkehendaki rundingan diadakan. Dato' Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa di sepanjang tempoh beliau menjadi Menteri Kewangan khususnya ketika mengurus krisis kewangan negara pada tahun 1997, beliau TIDAK PERNAH meminta "rescue package" daripada IMF / World Bank. Anwar mencabar pemimpin UMNO yang membuat tuduhan supaya menyemak rekod dengan Perbendaharaan dan Bank Negara. Dato' Seri Anwar turut menjelaskan bahawa beliau mengambil initiatif menubuhkan Dana Harta dan Dana Modal untuk menjamin ketelusan dalam membantu syarikat-syarikat tempatan yang menghadapi krisis kewangan pada ketika itu.

Ketua Pembangkang turut mendedahkan bahawa pada tahun 1993, beliau selaku Menteri Kewangan telah menulis surat kepada Bank Dunia untuk memberhentikan pinjaman dari Bank Dunia. Kedudukan ekonomi ketika itu di bawah pengurusan beliau amat kukuh dan tidak memerlukan pinjaman dari Bank Dunia. Malahan, Anwar turut memulakan pendekatan "pre-payment" untuk pinjaman yang dibuat sebelumnya dari Bank Dunia. Namun, sebaik sahaja Dato' Seri Anwar Ibrahim dipecat pada tahun 1998, Anwar berhujah bahawa Dr. Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah mengarahkan Perbendaharaan Malaysia untuk meneruskan pinjaman oleh negara dengan Bank Dunia. Siapa sebenarnya yang melutut dengan IMF / World Bank ? Penghujahan Dato' Seri Anwar dalam Parlimen semalam dapat menyanggah fitnah dan tuduhan jahat UMNO selama satu dekad yang lalu.

- sportlight


AR: Sepandai-pandai UMNO melompat, akhirnya, jatuh ke tong najis juga!!!!! camnerlah UMNO nih, kuat bebenor menipunya.... sampai mr strawberry, shabery buih pun menggunakan hujah tuh masa debat dulu... ingat tak debat tuh??? ingat tak??? hahahahaks... berbuih-buih menipu!!!

Dinsman: Cerpen kontroversi Chamil 'berjaya' - kepala hotak ko!!!

Cerpen 'Politik baru YB J', yang menggambarkan seorang wakil rakyat wanita mati ditembak di atas pentas, disifatkan sebuah "cerpen yang berjaya" sehingga menjadi topik perbahasan di parlimen, kata budayawan terkenal Dinsman.

“Kita lihat, orang yang tidak pernah bercakap tentang cerpen pun bercakap tentangnya. Daripada aspek ini, saya fikir berjayalah cerpen itu,” kata penulis kolum Harakah itu.

dinsman artist and politics 220408 02Dinsman atau nama sebenarnya Che Shamsudin Othman berkata, sesebuah cerpen memang menggambarkan pendirian penulisnya tetapi kebebasan berkarya harus dihormati oleh semua pihak.

"Tidak perlu ambil tindakan selagi ia dalam kategori fiksyen," katanya, yang juga presiden Seniman Paksi Rakyat (Paksi), perkumpulan yang menghimpunkan seniman pro-Gerakan Reformasi.

Mengulas sama ada jalan cerita di penghujung cerpen itu keterlaluan kerana menyarankan pembunuhan, Dinsman berkata, beliau sendiri pernah “membunuh” watak presiden Amerika Syarikat, Goerge W Bush dalam sebuah dramanya 'Tamu dari Medan Perang'.

"Tetapi orang tahu, (pembunuhan) itu tidak boleh berlaku," katanya.

cerpen bunuh politik baru yb j  chamil wariya 151008Beliau diminta mengulas karya bekas pengarang kanan Utusan Malaysia yang didakwa berkaitan dengan ahli parlimen DAP Teresa Kok.

Dalam cerpen Datuk Chamil Wariya yang terbit di Mingguan Malaysia baru-baru ini, wakil rakyat Cina bernama Josephine dianggap seorang yang anti-Melayu dan anti-Islam pada pandangan parti orang Melayu (POM).

Tokoh utama DAP Lim Kit Siang semalam membidas pengarangnya dan akhbar berkenaan berhubung perkara itu dalam ucapannya di Dewan Rakyat.

"Saya bertanya, apakah reaksi wakil-wakil rakyat Umno dan BN jika perdana menteri atau timbalannya menjadi sasaran seumpama Teresa dalam satu cerpen tidak bertanggungjawab seperti karya Chamil," kata ahli parlimen Ipoh Timur di blognya.

teresa kokTeresa, yang juga anggota exco kanan kerajaan Selangor, enggan mengulas cerpen itu dengan alasan beliau telah menfailkan saman terhadap penerbitnya Utusan Melayu Bhd berhubung laporan yang mendakwa beliau mempertikaikan azan, bulan lepas.

Diminta mengulas cerpen berkenaan, pengarah filem terkenal Amir Muhammad pula menyifatkan karya itu "fasis" dan "kesasteraan yang menyebarkan kebencian".

"Ia amat kasar dan menganggap pembaca bodoh," katanya kepada Malaysiakini.

Pengarah dua dokumentari yang pernah diharamkan Lelaki Komunis Terakhir dan Apa Khabar Orang Kampung bagaimanapun berkata, cerpen yang kasar dan tidak menghormati tingkat intelektual pembaca sudah lama menjadi trend dalam kesasteraan Melayu.

last communist talk 110606 amir talkingCerpen sebegini, tambahnya, bukan saja termuat dalam Utusan Malaysia tetapi juga dalam akhbar-akhbar pro-pembangkang.

Diminta mengulas reaksi pihak yang tidak selesa dengan cerpen Chamil itu, Amir berkata: "Kalau tidak setuju, boikotlah."

Aktivis seni budaya Hasmi Hashim juga bersetuju dengan saranan agar orang ramai memboikot akhbar itu.

"Provokasi terhadap isu-isu perkauman, apa jua tajuknya, tidak boleh diterima," katanya, sambil menambah kebebasan yang diberikan dalam cereka mesti datang dengan tanggungjawab.

"Bukan soal hak menulis, tetapi api perkauman yang keterlaluan. Provokasi, walau apa pun, tidak boleh dipertahankan," katanya, yang juga ketua penerangan PKR Johor.

Mengulas isu kebebasan kreatif dalam cerpen itu, beliau berkata:

hasmi PKR 200407"(Karya) itu bukan kreatif. Dalam sejarah dunia, daripada (karya) Pramoedya Ananta Toer di Indonesia sampai dunia (sastera) Eropah, tidak pernah kita bertemu karya yang sebegitu jelek."

Cerpen 'Politik baru YB J' mengisahkan perjalanan ahli parlimen Alam Maya, Josephine menghadiri dialog dengan "generasi muda seketurunan dengannya yang yang pernah mempersendakan lagu Negaraku sewaktu menuntut di luar negara".

Dalam perjalanan itu, beliau yang lebih dikenali sebagai YB J kelihatan "resah", "gelisah" dan "seolah-olah tidak menentu" tidak seperti selalu.

Pada masa itu, Josephine dilihat pro-Cina dan tidak mewakili pelbagai kaum, terutamanya oleh POM, antaranya kerana mahu menghapuskan tulisan jawi dan menggantikannya dengan tulisan Cina.

Bagaimanapun, menurut Josephine, beliau sekadar memperjuangkan kepentingannya, sama seperti pemimpin Melayu dalam POM dan pemimpin Parti Orang Islam (POI) berjuang untuk bangsa mereka.

Dalam pilihanraya lalu, ahli politik lantang yang mendukung Gagasan Baru Politik Baru turut mendapat sokongan Melayu di kawasannya.

Tiba di tempat yang dituju, ketika menuju ke rostrum, seorang daripada 500 hadirin menghala kepadanya. Tanpa berkata apa-apa, dia mengeluarkan sepucuk pistol dan menembak YB J.

Anak muda itu mati ditembak balas.

Sewaktu pemeriksaan mayat dibuat, terselit sehelai nota berbunyi:

"YB Josephine adalah ancaman terhadap keharmonian. Lebih baik riwayatnya ditamatkan supaya masyarakat berbilang kaum boleh tinggal aman damai di negara bertuah ini. Saya berkorban untuk masa depan."

Usaha Malaysiakini untuk mendapatkan ulasan Chamil, setakat ini, gagal.

- Malaysiakini

AR : Kepala hotak ko berjaya!!!! main2 dengan kes bunuh cam nih, mentang2 bakal PM ko pun kaki kuat bunuh ke????

Kenangan Majlis Idul Fitri Bersama Masyarakat Tionghua

 "Ambo tak pelik mengenai kemenangan Pakatan Rakyat di 5 buah negeri. Malah bagi ambo ia adalah perkara yang ke 2 atau ke 3.

Yang paling penting bagi kita, bagaimana nak mengurus apa yang dianugerahkan kepada Allah sehingga terbukanya hati orang Cina & India yang sanggup memangkah PAS....."

- YAB Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat




























































- Saifudin

Ramlang beri keterangan kes qazaf Anwar


Bekas imam Masjid Wilayah Persekutuan, yang sedang disiasat berhubung pembabitannya dalam kempen politik di Permatang Pauh, memberikan keterangan aduan kes qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ramlang Porigi, yang hadir di majlis sumpah laknat Mohd Saiful Bukhari Azlan – pemuda yang mendakwa diliwat Anwar, ke pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) bulan lepas, kata peguamnya Ahmad Nizam Hamid.

Awal Julai lalu, Anwar mengadukan isu laporan polis bekas pembantunya itu yang menuduh beliau melakukan sedemikian pada penghujung Jun lalu di sebuah kondominium di Damansara.

Ditanya sebab Ramlang dipanggil memberikan keterangan, Ahmad Nizam berkata:

"Mungkin sebab dia menjadi saksi sumpah laknat Saiful."

Usaha mendapatkan reaksi Ramlang, ketua pengarah JAWI dan pengarah bahagian penguatkuasaan jabatan itu gagal.

- Malaysiakini

Mahkamah khas perintah Tuanku Ja'afar bayar AS$1 juta

Mahkamah Khas yang ditubuhkan untuk mendengar kes membabitkan kerabat diraja hari ini mengarahkan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Ja'afar Tuanku Abdul Rahman, membayar AS$1 juta (A$1 = RM3.4) kepada Standard Chartered Bank Malaysia Berhad (SCBMB) selepas memutuskan Tuanku Ja'afar perlu mematuhi terma-terma dalam surat kredit.

Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad, yang bersidang bersama Hakim Besar Malaya Tan Sri Alaudin Mohd Sheriff, Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum dan dua hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Arifin Zakaria dan Datuk Zulkefli Ahmad Makinudin sebulat suara membenarkan saman yang dikemukakan bank berkenaan terhadap bekas Yang di-Pertuan Agong itu.

Menurut laporan Bernama, mahkamah juga mengetepikan saman balas Tuanku Ja'afar terhadap bank berkenaan untuk mengisytiharkan bank itu tidak berhak mengikut undang-undang untuk melepaskan simpanan tetapnya bagi menyelesaikan bayaran AS$1 juta itu.

Saman itu dikemukakan selepas kerabat diraja itu telah, pada atau sekitar 12 Februari 1999, memperolehi menerusi SCBMB, surat kredit (SBLC) tunggu sedia bernilai US$1 juta untuk Connecticut Bank of Commerce (CBC) di Amerika Syarikat bagi kemudahan kredit yang akan diberikan oleh CBC kepada sebuah syarikat AS yang dikenali sebagai Texas Encore LLC (TEC).

Menurut peguam bank itu, Robert Lazar, bank berkenaan berhak mengeluarkan jumlah terbabit daripada akaun simpanan tetap Tuanku Ja'afar.

- Malaysiakini

CERPEN Pembunuhan Teressa Kok

Mingguan Malaysia

12.10.08
Politik baru YB J
Sastera
CERPEN
Oleh Chamil Wariya

PAGI itu resah YB Josephine, yang lebih mesra dengan panggilan YB J sukar dikawal. Sepanjang perjalanan menuju ke Dewan Perhimpunan Warga Cha di ibu kota, fikirannya terganggu. Tuduhan bahawa dia anti-Islam dan anti-Melayu sungguh-sungguh menghantui perasaannya sejak malam tadi lagi. Entah mengapa baru sekarang dia begitu, dia sendiri tidak tahu. Dia juga tidak pasti sama ada pemandunya, Ahmad, menyedari gelora jiwanya ketika itu. Kalau dia tahu pun, peduli apa, YB Josephine berbisik sendirian.

Pemandu itu memang sedia maklum pendirian politiknya tentang kepentingan kaumnya vis a vis orang Melayu. Dan dia tahu Ahmad menghormati pendiriannya, walaupun dilihat anti- Melayu, anti-Islam sebagai hak asasi tinggal dalam sebuah negara demokrasi. Bukankah kebebasan asasi itu dijamin oleh Perkara 5 hingga Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan. Tetapi YB J akui demokrasi ada yang tidak sempurna dan kerap disalahgunakan oleh pihak yang berkuasa. Tetapi hakikat itu tidak menghalang rakyat menempatkan pembangkang di Dewan Rakyat. YB Josephine adalah salah seorang daripadanya.

Ah, tudahan dia anti-Islam, anti-Melayu tuduhan yang melulu bentak YB J seolah-olah mahu menyedapkan dirinya.. Ia juga tuduhan yang tidak berasas, hati kecilnya bersuara lagi. Dia meyakinkan dirinya bahawa kenyataankenyataan yang dibuatnya atas nama pelbagai kaum untuk memperjuangkan kepentingan kaumnya, bukan sesuatu yang rasis. Amensty International, organisasi hak asasi antarabangsa akan menyetujuinya. Begitu juga dengan Bangsa-Bangsa Bersatu. Ketua Pembangkang, di Parlimen pun tidak pernah menganggapnya rasis. Yang menganggapnya rasis hanya orang Melayu di dalam Parti Orang Melayu (POM).

“Aku juga bukan anti-Islam. Aku bukan anti Melayu,” pujuk hati YB J yang sudah dua penggal bergelar YB itu, mewakili Parti Bertindak Rakyat. Parti itu dianggotainya sejak berada di kampus lagi, walaupun Akta Universiti dan Kolej Universiti melarang para siswa membabitkan diri secara langsung dalam mana-mana organisasi siasah. Lagi pun penguatkuasaan undang-undang itu sekadar melepas batuk di tangga. Lebih dari itu, ia adalah satu lagi undang-undang lapuk, kata YB J.

Kata hatinya lagi: “Aku sekadar memperjuangkan kepentingan kaum aku, sama seperti pemimpin Melayu dalam POM memperjuangkan kepentingan bangsanya, sama seperti pemimpin Parti Orang Islam (POI) berjuang untuk bangsa menggunakan wajah Islamnya.”

Malah YB J berasakan kelantangannya memperjuangkan kepentingan kaumnya itulah yang telah membantunya menang kali kedua kerusi Parlimennya. Kali ini dengan majoriti yang lebih besar lagi. Apa yang membanggakan dia adalah perjuangan yang dianggap anti-Melayu dan anti-Islam itu kini turut disokong pengundi-pengundi Melayu di kawasan pilihan rayanya itu. Pada mulanya dia sendiri terkejut apabila dimaklumkan sebahagian besar pengundi Melayu yang merupakan 20 peratus keseluruhan pemilihan berdaftar dalam kawasan Parlimen Alam Maya telah memangkahnya.

Ini satu perkembangan luar biasa. Tidak mungkin mereka menyokong aku, bisik hatinya. Tetapi apabila dimaklumkan oleh para pekerja parti bahawa pengundi Melayu di semua peti undi telah beralih arah mendokongnya, dia menerimanya dengan fikiran terbuka. Baguslah kalau orang Melayu menerima perjuangan Malaysia Barunya.

Tidak puas hati bermonolog dengan perasaannya, YB J secara spontan berpaling kepada Ahmad, pemandunya yang sejak tadi tekun dengan tugasnya.

“Kamu fakir saya anti-Islam, anti-Melayu?”

Pertanyaan

Ahmad yang sudah menghampiri usia bersara itu tidak menjawab, seolah-olah dia tidak mendengar pertanyaan itu. Matanya tertumpu ke jalan raya. Tugasnya adalah untuk mempastikan YB J selamat ke majlis yang ingin dihadirinya. Dan tiba tepat pada waktunya. Majlis itu penting kerana YB J akan mengadakan dialog dengan generasi muda seketurunan dengannya yang belajar di luar negara tetapi kebetulan berada di tanah air kerana bercuti. Ahmad sendiri tidak pasti sama ada pelajar yang pernah mempersendakan lagu Negara Ku sewaktu menuntut di sebuah universiti di Seberang Laut turut berada dalam kelompok itu. Kalau pun ada, pemandu YB J tidak ambil pusing. Budak itu memang kurang ajar. Ada ke patut Malaysia dianggap sebagai Negara Kuku (ejaan Inggerisnya cuckoo) yang bermaksud gila. Dan kreativiti digunakan untuk menghalalkan perbuatan biadapnya itu. Cuma Ahmad berfikir kalau semua orang dibiarkan menghina lagu Kebangsaan dengan lirik yang memperlekehkan kehidupan orang Islam, dan atas nama kreativiti, maka kesannya terhadap perhubungan kaum adalah negatif.

Ahmad tidak tahu apakah yang sebenarnya mengganggu bosnya itu sejak dari tadi lagi. Dia jarang begitu. Ahmad dapat mengesan YB J lain macam sahaja pagi itu. Dia dapat membaca keresahan dan kegelisahan YB J. Seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena walaupun apa yang sebenarnya berkocak di dalam diri YB J dia tidak pasti. Sepanjang ingatan Ahmad, YB J juga tidak pernah berbual dengannya tentang politik, apa lagi tentang isu-isu semasa - kecuali memberi arahan yang ada kaitan dengan perjalanan atau jadual kerja. YB J juga tidak bertanya sama ada dia mengundi pom atau parti apa pada pilihan raya yang lalu.

Lazimnya, sepanjang perjalanan, baik ke pejabat atau majlis-majlis rasmi dan tidak rasmi yang lain, YB J akan menghabiskan masa membaca akhbar atau membelek-belek fail. Tetapi pagi itu YB J lain macam sahaja. Dia kelihatan resah. Gelisah. Fikirannya juga seolah-olah tidak menentu. Apa yang dibuat serba tak kena. Sekejap dia membelek ucapan utama yang akan disampaikan sebentar lagi menghuraikan gagasan Politik Baru Malaysia Baru yang dipeloporinya. Sekejap dia membelek akhbar-akhbar yang memang menemani YB J ke mana juga dia pergi.

Ahmad cuba mencongak mungkin keresahan YB J ada kaitan dengan suhu politik negara sedang panas ketika itu. Bahangnya terasa di mana-mana. POM sendiri sedang menghadapi pergolakan yang hebat berkait dengan kepimpinannya. Pertarungan kepentingan puak-puak di dalam parti sedang mengambil tempatnya. Kalaulah tidak kerana kedudukan politik kerajaan agak lemah selepas kehilangan majoriti dua pertiga, sudah lama Operasi Lalang, seperti yang pernah dibuat pada 1987, dilaksanakan, agaknya. Mungkin juga tidak kerana di bawah kepimpinan sekarang, kerajaan mengambil sikap yang lebih liberal terhadap para pengkritiknya.

Ahmad juga terfikir mungkin perasaan YB J terganggu dengan tindakan kalangan yang tidak diketahui siapa mereka melempar bom petrol ke rumah keluarga ahli Parlimen Sepohon Beringin, Su Lan. Barangkali, fikir Ahmad, YB J, bimbang kejadian yang sama boleh menimpa diri atau keluarganya.

Mana tahu selepas keluarga Su Lan, bosnya YB J pula yang menjadi mangsa. Dan yang dilempar itu bom betul-betul. Meletup pula. Tidakkah nahas YB J. Sekonyong-konyong Ahmad terbayang kejadian letupan bom berani mati yang berlaku di Damsyik, Syria yang ditonton menerusi Buletin Utama di TV3 beberapa hari lalu. Kalau kejadian yang sudah menghiasi kehidupan harian di Iraq, Israel, Tebing Barat, Gaza atau Afghanistan itu menular di negara ini, alangkah malangnya bumi bertuah ini. Minta disimpang malaikat 44, Ahmad berkata sendirian di dalam hatinya.

Tetapi fikir Ahmad, amaran kalau tidak diendahkan berbahaya. Dia teringat apa yang diceritakan berlaku pada 13 Mei 1969. Bapanya menceritakan dalam tragedi selepas pilihan raya umum pada 10 Mei itu, orang Cina dan Melayu berbunuh-bunuhan. Perjuangan yang mahu menafikan hak-hak istimewa orang Melayu dan kaum bumiputera lain yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan, tidak dapat diterima oleh mereka. Kata-kata kesat dan menghina orang Melayu oleh para penyokong parti-parti pembangkang sewaktu berarak meraikan kemenangan besar di Kuala Lumpur dan bandar-bandar utama lain pada pilihan raya 1969 itu tidak dapat ditelan oleh orang Melayu. Parang yang terbiar tumpul selama ini diasah tajam. Dalam keadaan itu tercetuslah pergaduhan yang dahsyat menyebabkan Parlimen digantung dan pemerintahan darurat diisytiharkan. Negara diletakkan di bawah perintah berkurung. Ahmad sendiri belum lahir ketika itu. Tidak lama selepas itu, peralihan kuasa berlaku daripada Tunku Abdul Rahman kepada timbalannya, Tun Abdul Razak.

“Mat, saya ni anti-Melayu dan anti-Islam ke?,” YB J secara mendadak mengulang semula pertanyaannya apabila tiada jawapan daripada pemandunya.

Ahmad, yang sejak tadi membisu seribu bahasa selamba menjawab: “Mungkin tidak YB.” Dia memberi jawapan berlapik. Maksudnya: Mungkin tidak, mungkin ya bergantung pada mata yang menilai.

“Apa maksud kamu mungkin tidak.”

” Ini soal persepsi YB. Persepsinya begitulah. Hakikatnya YB tidak membenci Melayu tidak juga membenci Islam. YB sekadar memperjuangkan kepentingan kaum YB. Tidak salah YB berbuat demikian. Kalau YB tidak memperjuangkan kepentingan kaum YB sendiri, siapa lagi. Tetapi cara YB itu barangkali disalahertikannya.”

“Maksud kamu?” Tanya YB J yang masih belum jelas lagi.

Bergantung

“Yalah, ia bergantung pada mata yang memandang. Bukan sahaja di kalangan orang Melayu, tetapi di kalangan bukan Melayu. YB kena ingat di kalangan bukan Melayu pun bukan semuanya menerima politik baru Malaysia baru YB. Kalau tidak masakan parti satu kaum seperti Parti Orang Cina (POC) masih boleh bertahan.”

“Apa maksud kamu. Saya tidak begitu jelas?”

“Yalah bagi YB perjuangan YB adalah pelbagai kaum. Tetapi dalam tindak tanduk, perjuangan pelbagai kaum YB itu tidak tertonjol. YB mahu menghapuskan tulisan jawi dan ganti dengan tulisan Cina . Bagi mereka itu bukan perjuangan pelbagai kaum. Ia perjuangan satu kaum. Kalau benar pelbagai kaum, YB patut mempertahankan tulisan jawi.” Ahmad memberanikan diri untuk memberikan pandangannya.

Mengesan bosnya ingin mendengar pandangannya lagi, Ahmad berkata: “Patutnya kalau YB benar-benar ingin menjadi pejuang pelbagai kaum, kepentingan orang Melayu jangan diketepikan sewaktu mengetengahkan kepentingan kaum Cina. YB perjuangkan kepentingan kedua-duanya sekali. Penerimaannya saya pasti berbeza. YB akan dilihat sebagai mahu menjaga kepentingan kaum YB, tetapi pada waktu yang sama tidak menafikan hak orang Melayu.”

Itu perjuangan POM dan POC, dengus YB J di dalam hatinya. Bosan aku dengan Si Ahmad ini, dia berkata sendirian. Aku penganjur politik baru dan tidak mahu terikat dengan kerangka politik lama, katanya lagi kepada dirinya.

Perbualan YB J dengan pemandunya habis di situ sahaja. Dia tidak mahu lagi mendengar pandangan karut pemandunya. Dia mahu terus melayan perasaan: Aku percaya pada Politik Baru Malaysia Baru, tegas YB J pada dirinya. Setiap warganegara, tanpa mengira apa keturunan mereka patut diberi hak yang sama mengikut undang-undang. Tidak ada bangsa yang patut diberi layanan istimewa. Tidak ada warga yang patut diberi darjat atau kelas kedua. Kita semua orang Malaysia.

YB J enggan melayan Ahmad lagi. Sebaliknya, dia membelek akhbar Utusan Malaysia yang secara rasmi diboikot oleh partinya. Perhatiannya tertumpu pada artikel berjudul Jangan Padam Rekod Negara yang ditulis oleh seorang generasi muda Cina yang menolak tesis politik baru Malaysia baru.

Ah, satu lagi propaganda yang memperlekehkan kaum aku, dengus hati YB J. Jangan-

jangan yang menulis artikel ini orang Melayu. Mereka masih menganggap kaum aku sebagai berketurunan pendatang. Tidak guna punya generasi baru. Dengus YB J. Bisik hatinya lagi: Betullah dulu nenek moyang aku berhijrah ke bumi bertuah ini untuk mencari kekayaan, membebaskan diri mereka daripada kemiskinan dan keperitan hidup di China. Itu dulu. Generasi Cina sekarang sudah menjadi warganegara Malaysia dan mereka hendaklah dilayan seperti warganegara Malaysia..

Dikejutkan

Sedang YB J asyik dengan lamunannya, dia dikejutkan dengan suara pemandunya yang memaklumkan, “Kita sudah sampai YB.”

Menunggu dia di luar ialah para penganjur dialog yang bakal berlangsung. Salah seorang daripada mereka membuka pintu kereta YB J, bersalaman dengannya dan memperkenalkannya dengan ahli jawatankuasa penganjur yang lain. Diiringi oleh mereka, YB J dibawa ke pentas. Menurut kiraannya ada 500 orang di dalam dewan pagi itu. Dia bangga dengan kehadiran begitu ramai anak bangsanya yang ingin bertemu dengannya. Apa yang lebih membanggakan YB J ialah mereka belajar luar negara dengan biayai sendiri, bukannya bantuan kerajaan.

Selepas ucapan-ucapan aluan oleh pengerusi penganjur selesai, YB J dijemput untuk memberi ucapannya. Inilah detik-detik yang ditunggu-tunggu oleh YB J. Gagasan politik baru Malaysia barunya akan dihebahkan kepada dunia bebas. Dia teringat buku Kee Thuan Chye yang berjudul 8 Mac The Day Malaysian Woke Up. Momentum rakyat Malaysia atau lebih tepat lagi warga bukan Melayu Malaysia yang sudah jaga dari lena itu mesti ditingkatkan. Pagi itu dia berazam untuk berbuat demikian.

Tetapi tanpa diketahui oleh YB J, di kalangan 500 orang generasi muda yang hadir pada pagi itu ada yang tidak setuju dengan pandangan politiknya itu. Salah seorang daripada mereka berazam untuk membetulkan penyimpangan politik YB J dengan caranya yang tersendiri.

Apabila YB J bangun untuk menuju ke rostrum ucapan, seorang anak muda dari belakang pentas berjalan tenang menuju ke arahnya. YB J tersenyum kepadanya. Dia menyangka anak muda seketurunan dengannya ingin mengiringinya ke rostrum atau bersalaman dengannya.

YB J menghulurkan tangan. Tiba-tiba YB J tergaman dan berdiri kaku. Dia tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Tergenggam erat pada tangan anak muda yang seolah-olah mahu membalas salam tangan yang dihulur itu ialah sepucuk pistol jenis Revolver yang betul-betul diajukan ke arah dada YB J.

Tanpa berkata apa-apa, anak muda itu melepaskan beberapa das tembakan. Salah satu daripadanya tepat mengenai jantung YB J. Dia rebah ke lantai.

Para hadirin menjadi panik. Mereka yang berada di atas pentas turut tergamam melihat apa yang berlaku. Kejadian menjadi hiruk-pikuk dan tidak terkawal. Pihak penganjur yang tidak menduga kejadian malang itu berlaku, tidak tahu berbuat apa-apa. Beberapa orang anggota polis berpakaian preman yang menjadi tetamu yang tidak diundang dalam majlis itu, meluru ke arah pentas. Rakan-rakan mereka yang berpakaian seragam yang berkawal di luar juga bergegas masuk ke dewan.

Tetapi belum sempat mereka berbuat apa-apa, kedengaran beberapa das tembakan lagi. Kali ini yang rebah adalah anak muda itu sendiri.

Apabila pihak polis tiba di tempat kejadian, kedua-dua mereka - YB J dan anak muda yang berpakaian kemas itu, sudah tidak lagi bernyawa.

Sewaktu pemeriksaan dibuat ke atas mayat anak muda yang tidak dikenali itu, terselit sehelai nota yang ditaip rapi, ditulis dalam bahasa Kebangsaan.

Ia berbunyi: YB Josephine adalah ancaman terhadap keharmonian. Lebih baik riwayatnya ditamatkan supaya masyarakat berbilang kaum boleh tinggal aman damai di negara bertuah ini. Saya berkorban untuk masa depan.

(I lambasted Mingguan Malaysia and Datuk Chamil Wariya for this irresponsible piece of literary licence for inciting the killing of Teresa Kok during my budget speech in Parliament today.

(I asked what would be the reaction of UMNO and BN MPs if the Prime Minister or Deputy Prime Minister had been similarly targetted like Teresa in a cerpen like in Chamil’s irresponsible short story.)


- Lim Kit Siang

Datok Geli-geli

geli-geli! ... takkan tak paham "geli-geli!"

Komen aku ~zaman bodek bini najib dah bermula. Umum tahu Najib seorang yang di control bini. So nak control najib, bodek lah bini dia.




Shah Rukh Khan ni kategori datok geli-geli rosemah lah. Rosemah yang low class ni barangkali membajai fantasi dia dengan tengok cerita hindustan setiap hari. So, bila Shah Rukh Khan datang buat filem kat tempat dia bergolek dengan Najib (or pakwe pakwe dia yang lain) zaman dia muda-muda dulu, maka layak lah dapat Dato. Nostalgia beb, Rosemah rasa muda kembali....
Shah Rukh Khan kan ke hero no.1 hindustani.

So, kenalah bagi Dato' kat Shah Rukh Khan. Nanti senang nak invite Shah Rukh ni ke majlis-majlis umno. Boleh la berlaga pipi dengan hero pujaan. Boleh "geli-geli" kemudian.

Salman Khan - Rosemah dapat dah. Hidung tak mancung, pipi Rosemah yang tersorong-sorong. Punya lah low-class Rosemah ni. Sanggup dia peluk cium bukan muhrim depan kamera tv. Tak malu sungguh.

Tapi kalau Shah Rukh Khan jual mahal, tak mau datang Melaysia bagi memenuhi jemputan geli-geli Rosemah yang kemaruk, might be lepas ni depa panggil Salman Khan la untuk diberi pingat.

Dato' Lee Chong Wei pun Dato' geli-geli jugak. Chong Wei kan ke dah berapa kali kena peluk. Rosemah la peluk. Erat gila. Masa Chong Wei menang semi final kat Hong Kong open dah kena peluk bukan main. Bayangkan kalau Chong Wei menang Gold Olympic haritu? Kawan-kawan di forum Cari kata sebab takut kena pelukan Rosemah lah maka Chong Wei sanggup tak menang haritu!



Komen kawan-kawan berkenaan isu ini 1. kopi-ais 2. radenjowo 3. cekik darah

Kita marah pun tak guna dah. Benda dah depa bagi pi kat kawan tu. Cuba tarik balik la tengok. Kan ke nak jadi datok2 durjana ni kena ada ethics tertentu. Shah Rukh Khan tak cukup etika datok-datok ni. Dia tak rasuah. Buleh la tarik balik gelaran tu.

------------
Bila jadi keruntuhan moral sampai lagu ni, sapa yang malu?
Layakkah bini Menteri berperangai macam ni? Layakkah bini (bakal) PM perangai macam ni?

- alt+enter Blog

Ketua Pemuda: Mukhriz kuasai 8 negeri

Selepas 72 Pemuda Umno bersidang setakat ini, ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir mendahului pencalonan bagi jawatan ketua Pemuda Umno Malaysia di lapan buah negeri.

Pada keseluruhannya, Mukhriz memperoleh sejumlah 40 pencalonan dan melepasi jumlah - 39 pencalonan - untuk bertanding jawatana tersebut.

bm version breakdown of nomination for youth chief 151008Manakala pesaing terdekatnya, ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin mendapat 19 pencalonan dan hanya mendahului di satu negeri sahaja, iaitu Kelantan.

Malah, pencalonan bagi jawatan ketua Pemuda di Negeri Sembilan yang selama ini dianggap pro-Khairy juga berpihak kepada Mukhriz.

Sehingga ini, semua tiga pencalonan dari negeri tersebut - Rasah, Jelebu dan Jempol - memihak kepada Mukhriz.

Manakala di Perak - juga dianggap pro-Khairy - beliau dan Mukhriz masing-masing mendapat empat peencalonan.

Negeri-negeri lain yang memihak kepada Mukhriz ialah Kedah, Terengganu, Sabah, Pahang, Pulau Pinang dan Johor.

Mukhriz mendapat kesemua lima pencalonan dari Kedah manakala Khairy pula menguasai kesemua empat pencalonan di Kelantan setakat ini.

Khir Toyo dahulu di S'gor

Dua lagi calon jawatan Pemuda Umno ialah bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo yang setakat ini mendapat 12 pencalonan.

pencalonan bahagian pemuda umnoManakala timbalan ketua badan perhubungan Umno Perlis yang juga ketua Umno Padang Besar Datuk Zahidi Zainul Abdidin mendapat satu pencalonan dari bahagiannya.

Di Perak pula, Mukhriz dan Khairy masing-masing mendapat empat pencalonan manakala Dr Mohd Khir mendapat dua pencalonan.

Di Pulau Pinang, Mukhriz mendapat empat pencalonan, manakala Khairy dan Dr Mohd Khir Toyo masing-masing satu pencalonan.

Di Johor pula, daripada 12 pencalonan bagi jawatan ketua Pemuda, Mukhriz mendapat lapan pencalonan, Khairy (3) dan Dr Mohd Khir (1).

Manakala di Pahang, Mukhriz mendapat empat pencalonan dan Khairy mendapat dua pencalonan.

Di Sabah, daripada pencalonan bagi jawatan ketua Pemuda, Mukhriz mendapat enam pencalonan, Khairy (3) dan Dr Mohd Khir (1).

Sementara itu, Dr Mohd Khir mendahului pencalonan di Selangor dengan mendapat empat pencalonan, Mukhriz (3) dan Khairy (1).

- Malaysiakini

DAP pertikai cerpen bunuh YB

Cerpen karya bekas pengarang kanan Utusan Malaysia, yang menggambarkan seorang wakil rakyat wanita mati ditembak di atas pentas, kini bergelut dengan kontroversi selepas dikaitkan dengan Teresa Kok.

chamil wariyaCerpen 'Politik baru YB J' karangan Datuk Chamil Wariya yang terbit di Mingguan Malaysia baru-baru ini membayangkan wakil rakyat bernama Josephine itu seorang yang anti-Melayu dan anti-Islam oleh parti orang Melayu (POM).

Tokoh utama DAP Lim Kit Siang semalam membidas pengarangnya dan akhbar berkenaan berhubung perkara itu dalam ucapannya di Dewan Rakyat semalam.

"Saya bertanya, apakah reaksi wakil-wakil rakyat Umno dan BN jika perdana menteri atau timbalannya menjadi sasaran seumpama Teresa dalam satu cerpen tidak bertanggungjawab seperti karya Chamil," kata ahli parlimen Ipoh Timur di blognya.

teresa kokTeresa, ahli parlimen Seputeh dan anggota exco kanan kerajaan Selangor, dilaporkan enggan mengulas cerpen itu dengan alasan beliau dan Utusan Melayu Bhd kini saling saman-menyaman masing-masing berhubung berkaitan agama dan "makanan anjing".

Cerpen 'Politik baru YB J' mengisahkan perjalanan ahli parlimen Alam Maya, Josephine menghadiri dialog dengan “generasi muda seketurunan dengannya yang yang pernah mempersendakan lagu Negaraku sewaktu menuntut di luar negara”.

Dalam perjalanan itu, beliau yang lebih dikenali sebagai YB J kelihatan “resah”, “gelisah” dan “seolah-olah tidak menentu” tidak seperti selalu.

Pada masa itu, Josephine dilihat pro-Cina dan tidak mewakili pelbagai kaum, terutamanya oleh POM, antaranya kerana mahu menghapuskan tulisan jawi dan menggantikannya dengan tulisan Cina.

Bagaimanapun, menurut Josephine, beliau sekadar memperjuangkan kepentingannya, sama seperti pemimpin Melayu dalam POM dan pemimpin Parti Orang Islam (POI) berjuang untuk bangsa mereka.

Dalam pilihanraya lalu, ahli politik lantang yang mendukung Gagasan Baru Politik Baru turut mendapat sokongan Melayu di kawasannya.

Tiba di tempat yang dituju, ketika menuju ke rostrum, seorang daripada 500 hadirin menghala kepadanya. Tanpa berkata apa-apa, dia mengeluarkan sepucuk pistol dan menembak YB J.

Anak muda itu mati ditembak balas.

Sewaktu pemeriksaan mayat dibuat, terselit sehelai nota berbunyi:

"YB Josephine adalah ancaman terhadap keharmonian. Lebih baik riwayatnya ditamatkan supaya masyarakat berbilang kaum boleh tinggal aman damai di negara bertuah ini. Saya berkorban untuk masa depan."

- Malaysiakini

AR: Sebab apa lah Malaysia nih sudah berani nak buat cerpen bunuh membunuh nih..... Almaklumlah.... Bakal PM Malaysia pun dikatakan terlibat dengan kes pembunuhan, jadi, semua berani!!!!

Blog Stats