Sumbangan ~ Tolong Klik.... Thanks.

Wednesday, October 15, 2008

Datuk kangkong : Kementerian bincang isu Shah Rukh dikurnia Datuk

PETALING JAYA: Surat bantahan Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) mengenai isu aktor Bollywood, Shah Rukh Khan dikurniakan gelaran Datuk oleh kerajaan negeri Melaka akan disentuh dalam mesyuarat Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan hari ini.

Timbalan Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Nor Azmal Mohd. Nazir yang ditemui pemberita selepas menerima surat bantahan itu daripada Presiden Seniman, Datuk Mustapha Maarof di Pejabat Finas semalam berkata:

"Saya akan usulkan isu ini dalam mesyuarat bersama Menteri Datuk Mohd. Shafie Apdal."

Bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut isu berkenaan.

Dalam pada itu, apabila ditanya tentang kandungan surat bantahan tersebut, Mustapha berkata, ia mengandungi luahan isi hati Seniman seperti yang diperkatakan pada sidang media kelmarin.

Isnin lalu, Mustapha menggesa pihak kerajaan negeri Melaka membuat penilaian yang sebaik mungkin apabila mengurniakan sesuatu anugerah kepada mana-mana artis.

Kenyataan tersebut dikeluarkan ekoran bantahan Seniman mewakili artis tanah air terhadap penganugerahan Datuk kepada Shah Rukh Khan sempena ulang tahun ke-70 hari kelahiran Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Khalil Yaakob, Sabtu lalu.

Menurut Mustapha, mereka patut bertanya kepada pihak yang bersesuaian seperti Finas mengenai kelayakan untuk memberikan anugerah kepada seseorang selebriti.

Beliau turut menyuarakan nama artis lain yang lebih layak menerima anugerah seperti Azean Irdawaty, M. Nasir, Kuswadinata dan Ruminah Sidek atas sumbangan mereka kepada industri filem dan seni tanah air.

"Kami akan menunggu apa-apa keputusan yang diberikan oleh kementerian dan tidak akan melakukan sesuatu tindakan 'kasar' sebaliknya membuat secara aman damai," ujar Mustapha.

Selain Mustapha, ramai di kalangan penggiat seni yang turut meluahkan rasa tidak puas hati mereka dan mempersoalkan kriteria Shah Rukh Khan lebih layak menerima anugerah tersebut berbanding artis-artis veteran tanah air yang lebih banyak berjasa kepada industri hiburan ini.

Sabtu lalu, Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, penganugerahan gelaran Datuk kepada Shah Rukh Khan adalah pelaburan yang mendatangkan banyak keuntungan balik kepada Melaka dari segi promosi secara percuma tanpa melibatkan wang.

- mStar


AR: Bodoi punya pak2 Menteri.... camnerlah depa nih buat keputusan pilih2 Datuk nih, nampak sangat Malaysia nih bukannya hanya ada Professor Kangkung, tapi Datuk Kangkung pun ada jugak ka????? Meluat betoi nengok Datuk2 sekarang nih, roper2nya, Datuk Kangkung!!!! Lenggang2 kangkung..... Nak dapat Datuk, mesti kena pandai nyanyi lagu nih........ sambil gelek2 cam Shah Rukh Khan!!!

0 comments:

Post a Comment

Blog Stats