Sumbangan ~ Tolong Klik.... Thanks.

Wednesday, November 12, 2008

Hang dengaqlah temberang Che Det...!!

Che Det marah kat Zaid Ibrahim sebab katanya Zaid ni dah lupa daratan. Berpendapatan RM2 juta setahun hasil DEB...sekarang nak hapuskan DEB. Rugi jadi PM katanya...cuma dapat RM240K setahun berbanding dengan Zaid. ZAID IBRAHIM DAN BAYARAN EX-GRATIA

Tak adalah teman nak pertikaikan ini semua. Cuma 2 atau 3 perkara teman nak tanya Che Det..


1. 22 tahun hang jadi PM...apa ke hei matlamat DEB tak tercapai2? Masa hang pegang jawatan tu dulu ekuiti untuk bumiputera 18%...hang berhentipun ekuiti masih kat tu jugak...Hang buat apa jadi PM? Pasai tu gaji hang sikit. Kalu ikut teman...teman bayaq hang dalam rupee aje.

2. Hang cerita DEB nak tolong melayu. Hang lantik lawyer masa lawan Anwar semua bukan melayu. Dah lah tu... si look like me sound like me aka VK Lingam pulak tu. Hang kalut Che Det...

3. Hang kata gaji hang takat RM240k setahun kecik. Tapi hang balun pusing keliling hang tak habaq. Hang tok sah nak tipu...anak hang biz bankrap pun kami dok bayaq nu...hang ingat Petronas mak bapak hang punya...Apa punya nala?

Teman banyak nak tulis lagi pasai hang especially pasai point 8 dan 9 yang hang tulis ni...nantilah ada masa teman tulis lagi na..!! Hang ganti Piee dalam cerita anak mami bulehlah.

"8. Sesungguhnya politik adalah cahaya yang terang yang dapat mendedahkan banyak yang tersembunyi dan tidak ternampak atau diketahui dahulu."

"9. Dalam cahaya politik yang terang-benderang kita dapat lihat dan kenal ramai orang yang kita tidak kenal dahulu."


--
Posted By Firdaus Omar to Kopitiam Bang Nan

Sekadar JENAKA hari ini......


HOTTT!!! : Pakatan Rakyat anjur seminar bincang isu-isu semasa

mSTAR - KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat akan mengadakan seminar khas melibatkan ahli-ahli Parlimennya dalam tempoh terdekat bagi membincangkan beberapa perkara yang berkaitan isu semasa.

Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan perkara tersebut dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Pakatan Rakyat di Parlimen hari ini.

Walaubagaimanapun Anwar enggan mengulas lanjut mengenai isu semasa yang dimaksudkannya itu.

"Dalam mesyuarat ini kita juga cadangkan supaya mesyuarat Majlis Menteri Besar yang tertangguh disebabkan pilihanraya kecil Permatang Pauh dan juga bulan Ramadan dapat disegerakan," katanya.

Menerusi sidang media ringkas itu juga Anwar memaklumkan bahawa mesyuarat tersebut turut membincangkan mengenai beberapa perkara berbangkit seperti permasalahan ahak asasi, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), perdagangan manusia dan yang berkaitan dengan integriti kehakiman.

"Ini adalah beberapa perkara yang kita bincangkan selain perkara-perkara berbangkit daripada peringkat negeri yang akan kita sampaikan kepada mereka kemudian,' katanya.

Dalam pada itu Anwar turut mengakui khabar angin yang mendakwa bahawa beliau akan membentuk kaukus ahli-ahli Parlimen yang akan membincangkan mengenai sistem kehakiman negara.

"Ya memang benar, namun kita akan berbicang dahulu dengan menteri berkenaan kerana kaukus ini juga akan melibatkan ahli Parlimen kedua-dua pihak," katanya.

Transkrip Video "Sajak Kematian" - malaysiakini

SUMBER : Perisik Rakyat

*Talkin...
Bismillahirrahmannirrahim...

Wahai hamba Allah... engkau kini telah kembali kehadrat Allah...

Wahai hamba Allah... setelah kami meninggalkan mu nanti... akan datang kepadamu dua makhluk... janganlah engkau takut dan bimbang... kerana mereka juga hamba Allah sepertimu... mereka akan mendudukkanmu... (latar belakang bacaan surah Yaasiin) dan bertanyakanmu - siapa Tuhanmu..?
apa agamamu..?
siapa imam pemimpinmu..?
apa kiblatmu..?
siapa saudaramu..?

Hai hamba Allah... janganlah takut... jawablah dengan tenang... dan dengan lidah yang fasih lagi jelas...
Allah Tuhanku...
Islam agamaku...
Muhammad Rasulullah Imam pemimpinku...
Ka'abah kiblatku...
Orang-orang Islam saudaraku...

*bunyi tapak kaki...
*malaikat...
Marobbuka... Marobbuka... (menjerit)MAROBBUKA...!!!

Wahai hamba Allah... mari kemari... kekampung asalmu... pulanglah dari kemaraan... apa yang kau bawa haaa..? apa yang kau bawa..?
Busuk..! busuk..!
Jijik, jijik...
Kenapa badan kau sebusuk ini...???
Apa yang kau buat sepanjang hidupmu..?
Cakap..! cakap..! CAKAP...!!!

*hamba Allah...
Saya derhaka dengan Tuhan... saya tak peduli Tuhan... (sambil mengerang)saya belakangkan Tuhan... saya...saya...saya...langgar apa saja dari Tuhan...

*malaikat...
Tapi sekarang... (menjerit)ENGKAU TAK DAPAT LARI LAGI DARI TUHAN BUKAN...???

*hamba Allah...
(mengerang menjerit)TUHAN...!!! TUHAN...!!! ampunkan aku...

*malaikat...
Apa lagi kerja engkau didunia..?

*hamba Allah...
(merintih)Saya sombong... tamak... hasad... pemarah... dendam... besar diri...... tinggi diri... saya berlagak bagai tuan... tidak membawa watak hamba Allah......

*malaikat
(menjerit)PUKUL...!!! PUKUL...!!! (latar belakang bunyi seksaan kubur, sebatan dan jeritan mengaduh kesakitan)...

*malaikat...
Boleh engkau sombong sekarang..?

*hamba Allah...
Tuhan...... ampunkan saya...

*malaikat...
BUSUK...!!! BUSUK...!!! APA LAGI YANG KAU BAWA...???

*hamba Allah...
(terketar-ketar)saya... pecah belahkan orang... saya... salahgunakan kuasa dan wang...... saya zalimi isteri dan anak-anak... serta ibubapa... Tuhan tolong ampun.........

Saya halang... orang berdakwah... saya hancurkan ekonomi orang Islam...

*malaikat...
(menjerit)PUKUL...!!! PUKUL...!!! (latar belakang bunyi seksaan kubur, sebatan dan jeritan mengaduh kesakitan)...

RASAKAN...!!! RASAKAN...!!!

*hamba Allah...
(merintih menjerit memohon ampun...)

TP - Jadi... apalah masalahnya dengan video ni? eloklah kalau diajar dari awal tentang seksaan kubur pada anak-anak... orang tua cakap - melentur buluh, biar dari rebungnya...

Tak kan nak ajar anak-anak ni "takut dekat KERAjaan???" itu dah lari aqidah...

mungkin jugak perkataan "saya... pecah belahkan orang... saya... salahgunakan kuasa dan wang...... saya zalimi isteri dan anak-anak... serta ibubapa... Tuhan tolong ampun.........

Saya halang... orang berdakwah... saya hancurkan ekonomi orang Islam..." kot yang buat depa "phobia"...

Aku rasa anak-anak tak phobia dengan perkataan tu... tapi kalau KERAjaan... aih... macam kena batang hidung depa je kan? kan? kan?

perlukah hishamuddin tengok video lucah budak sekolah zaman sekarag?~malaysiakini

SUMBER : Kerabu Bersuara

Saban hari kita dihidangkan dengan pelbagai masalah salah laku dan disiplin pelajar. Jika 10 tahun dulu isu disiplin pelajar hanya melibatkan isu-isu biasa seperti ponteng, tak siap kerja rumah, pakaian kurang sopan dan paling serius pun kes seperti merokok dan bergaduh sesama sendiri.

Hari ini, isu yang dinyatakan telah dianggap sebagai isu kecil dan remeh temeh. Pelajar hari ini terlibat dengan pelbagai gejala yang semakin membimbangkan. Di antaranya kes berzina,rakaman klip video lucah, memukul guru, peras ugut dan mengedar dadah dalam usia yang masih muda dan mentah.

Menyedari masalah disiplin yang semakin serius ,pelbagai usaha dan program dijalankan untuk mencari penyelesaian dan membendung perlakuan jenayah ini untuk membangkitkan kesedaran dan memberi keinsafan kepada pelajar.

Program sajak kematian yang diiringi dengan pentomen merupakan salah satu pendekatan yang diambil untuk mengatasi masalah ini.Malangnya, usaha murni ini mendapat reaksi kurang menyenangkan daripada segelintir pihak di kalangan Ibu bapa dan NGO.

Terbaru Menteri Pelajaran turut tidak bersetuju dengan program sajak kematian yang diadakan.Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata beliau sama sekali tidak bersetuju dengan kaedah penggunaan klip video 'Sajak Kematian' di sekolah memandangkan ia tidak sesuai dengan tahap umur pelajar yang masih terlalu muda.

"Saya sungguh tidak bersetuju kerana kita hendak mendidik mesti secara berhemah dan pendekatan yang menakut-nakutkan lebih-lebih lagi terhadap anak-anak yang usianya cukup muda, saya rasa ia tidak akan membawa manfaat," katanya selepas
merasmikan Program Pertukaran Pelajar ASEAN (ASEP) 2008 di sebuah sekolah di Kuala Lumpur hari ini.

Kepada menteri pelajaran hayatilah satu maksud Hadis Nabi SAW :

'Orang yang paling cerdik, adalah mereka yang banyak mengingati mati'

Lantaran itu tidak hairanlah pelajar hari ini semakin teruk dan rosak akhlaknnya. Apabila program yang baik seumpama ini turut tidak disetujui oleh Menteri Pelajaran. Saya ingin bertanya kepada Hishamuddin apa langkah yang diambil oleh Kementerian di bawah beliau mengatasi masalah pelajar hari ini yang semakin membimbangkan?Mungkin Hishamudin terlalu sibuk berkempen untuk jawatan Naib Presiden Umno sehingga terlupa tentang masalah pelajar semakin kronik dan parah.

sham, hang nak tengok ke?
kot2 baru hang tau perangai budak2 sekolah...
hang dok atas tu memang la orang dok cakap ok je..
semua pegawai hang cakap ok je...
geng burung belatuk



'Kalau anak berubah sebab TENGOK FILEM BLUE,
Mak ayah lagi suka DARIPADA MELIHAT FILEM INSAF!!!!

Eksklusif: Kementerian Pelajaran Akan Buat Siasatan Video Klip Sajak Kematian Di Sekolah !!


Video Kontroversi: Sajak Kematian Yang Hangat Diperkatakan
[Video Ini Kini Menjadi Perhatian Kementerian Pelajaran Malaysia]

SUMBER : PahangDaily

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran akan mengadakan siasatan berhubung penggunaan klip video 'Sajak Kematian' di sekolah-sekolah, seperti yang dilaporkan oleh media sebelum ini. Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata beliau sama sekali tidak bersetuju dengan kaedah penggunaan klip video 'Sajak Kematian' di sekolah memandangkan ia tidak sesuai dengan tahap umur pelajar yang masih terlalu muda. "Saya sungguh tidak bersetuju kerana kita hendak mendidik mesti secara berhemah dan pendekatan yang menakut-nakutkan lebih-lebih lagi terhadap anak-anak yang usianya cukup muda, saya rasa ia tidak akan membawa manfaat," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai isu itu selepas merasmikan Program Pertukaran Pelajar ASEAN (ASEP) 2008 di Sekolah Sultan Alam Shah di sini hari ini.

Laporan media sebelum ini memaparkan penggunaan klip video 'Sajak Kematian' di sekolah, yang antara lain memaparkan babak seksaan kubur selepas jenazah dikebumikan. Penggunaan klip video ini menimbulkan bantahan daripada sebilangan ibu bapa kerana dikhuatiri akan menjejaskan akidah apabila klip video itu turut memaparkan gambaran yang berlaku di alam ghaib. Dalam perkembangan lain, Hishammuddin berkata kadar yuran pada penggal persekolahan tahun depan dijamin tidak akan menimbulkan sebarang masalah, sebagaimana yang berlaku pada penggal persekolahan lalu. Sebuah jawatankuasa khas yang dipengerusikan oleh beliau sendiri akan meneliti semua perkara berkaitan penggal persekolahan baru tahun depan termasuk isu yuran, jadual waktu dan perkara berkaitan yang diumumkan kelak. "Saya yakin tidak akan timbul masalah dan yuran tambahan, ia bukan suatu yang wajib sebaliknya ada kaitan dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). "Sebelum ini yang timbul adalah berpunca daripada salah tanggapan dan kita sudah berbincang dan menyelesaikan masalah tersebut," katanya.

[Terkadang, kita naik hairan dengan isu ini. Perkara yang baik dan sepatutnya menjadi sambutan dianggap sesuatu yang tidak wajar. Soalnya, siapakah yang berkata begitu?. Melihat paparan di media arus perdana semalam, ternyata ibubapa yang mahu video tersebut diharamkan itu adalah terdiri dari kalangan mereka yang "jahil agama". Jelas sekali pandangan daripada seorang ibu yang tidak menutup aurat dan suaminya yang "converted to Islam" bermakna memang wajarlah mereka menolak perkara ini. Mungkin, bagi manusia seperti ini mereka tidak gemar anaknya menjadi baik dan berakhlak mulia sebab itu bertentangan dengan amalan hidup mereka sendiri. Ustaz Zawawi seorang pendakwah bebas turut menegaskan bahawa tayangan video itu adalah satu cara yang paling berkesan untuk mendidik jiwa anak-anak. Jika dulu pelajaran seperti ini hanya diajar secara teori semata-mata, dan kini dengan kecanggihan teknologi maklumat maka ia sesuai ditayangkan menerusi video. Ini akan memberi kesan yang amat mendalam kepada jiwa anak-anak kita. Inilah yang terbaik sebenarnya. Siapa yang tidak mahu anak-anak jadi baik?].

Hotttt!!! - Pilihanraya Kecil di DUN Kuala Nerang?

Khabar angin yang mula bertiup menunjukkan kemungkinan satu lagi pilihanraya kecil akan berlaku di DUN Kuala Nerang, di bawah Parlimen Padang Terap, Kedah setelah ADUN Kuala Nerang, Datuk Syed Sobri Syed Hashim dilaporkan muflis.

Menurut berita yang dipercayai, Speaker DUN Kedah, Dr. Isa Ismail sudah menghantar surat kepada SPR berkenaan kekosongan kerusi DUN tersebut.

Berikutan itu, semua jentera parti terutama PAS dan UMNO mula digerakkan untuk mengadakan persiapan menjelang pengumuman pilihanraya kecil tersebut.

Datuk Syed Sobri Syed Hashim yang memenangi Pilihanraya ke 12 yang lalu menewaskan Ust.Zawawi Ahmad yang merupakan YDP PAS Kawasan Padang Terap dengan majoriti hanya 805 undi.

N7 KUALA NERANG
Jumlah Pengundi: 18,394
Peratusan Kaum: M:96.91% C:1.97% I:0.19% L:0.93%
1. Datuk Syed Sobri Syed Hashim (BN) (7,856)
2. Zawawi Ahmad (Pas) (7,051)
Majoriti: 805
Jumlah undi: 15,216
Peratus mengundi: 82.72%
Undi rosak: 309

- NasirZakaria

Blog Stats