Sumbangan ~ Tolong Klik.... Thanks.

Tuesday, October 21, 2008

Laporan Polis dan Pendedahan Bukti Korupsi Najib Tun Razak

Posted by Skuad Dun Batu Caves


Semua dijemput sertai

Laporan Polis dan Pendedahan Bukti Korupsi Najib Tun Razak
21 Oktober 2008 (selasa)
1.10 petang
berkumpul di Depan Dewan Perhimpunan Cina Selangor sebelum berjalan bersama ke IPD Dang Wangi (Balai Jalan Stadium), depan Stadium Merdeka, Kuala Lumpur

YB. Fairus Khairuddin Letak Jawatan Presiden Bola Sepak Penang

Presiden Persatuan Bolasepak Pulau Pinang (FAP), Mohd Fairus Khairuddin yang baru enam bulan memegang jawatan itu, hari ini melepaskannya atas alasan terpaksa melalui banyak masalah dan kontroversi sejak beliau menyandangnya.

Adakah Persatuan Bola sepak Pulau Pinang (FAP) telah mengatasi masalah kewangan yang dihadapinya dan apakah perancangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk meningkatkan dan memulihkan prestasi sukan bola sepak di negeri ini.

Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) dari semasa ke semasa sentiasa berusaha mengatasi masalah kewangan yang dihadapi. Setakat ini Persatuan bergantung kepada sumber-sumber pendapatan seperti berikut:-

(a) Kutipan jualan tiket sejak 2006/2007 pendapatan FAP adalah seperti berikut:-
(i) 2006/2007 - RM 176,590.00
(ii) 2007/2008 - RM 217,370.00

(b) Geran tahunan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sejak 2005/2006, FAP hanya menerima RM 325,000.00 setahun.

FAP memerlukan sebanyak RM 3 juta bagi melaksanakan apa yang dirancang. Kebiasaannya, bagi menampung kekurangan dana bagi menguruskan ketiga-tiga pasukan iaitu Liga Super, Piala Presiden dan Piala Belia, beberapa sumbangan daripada individu/organisasi diusahakan oleh Presiden FAP, namun masih tidak mencukupi.

Kerajaan negeri melalui Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang telah mengambil langkah-langkah yang difikirkan perlu bagi membantu meningkatkan serta memulihkan prestasi sukan bola sepak di negeri ini sejak dari awal saingan liga lagi. Hasil yang diperolehi dari mesyuarat/perbincangan bersama FAP telah mendapati para pemain Liga Super Pulau Pinang tidak mempunyai tahap kecergasan fizikal dan mental yang mencukupi untuk bersaing pada peringkat tinggi. Oleh yang demikian, satu persetujuan telah dicapai yang mana Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang telah menawarkan bantuan bagi mengatasi masalah tersebut dengan menyusun jadual bagi sesi kecergasan dan kekuatan mental para pemain di bawah seliaan jurulatih terbabit seperti berikut:-

(a) Sesi kecergasan (gymnasium) – setiap hari Isnin.
(b) Sesi menguatkan mental (psikologi) – setiap hari Selasa & Khamis.
Kerajaan negeri melalui Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang amat prihatin terhadap prestasi pasukan dan bersedia membantu, namun selebihnya adalah usaha Persatuan itu sendiri bagi menentukan hala tuju pasukan bola sepak Negeri ini.

- Saiful Lizan Md Yusoff

Teks Mufti Perak Menghadap Sultan Perak


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

HARI Isnin, saya ke Kuala Lumpur dan saya menemui enam peguam dan beberapa pemimpin NGO untuk mendengar taklimat mengenai keadaan agama Islam dan orang Islam di negara ini.
Taklimat berlangsung selama empat jam setengah. Pada pagi Selasa, saya telah dipanggil oleh Sultan Perak untuk menyembah taklimat. Kemudian menyembahkan taklimat yang hampir sama pula kepada Majlis Raja-Raja. Saya memberi taklimat mengenai bahaya yang sedang dihadapi oleh umat Islam pada ketika ini.

Bencana umat Islam

Waktu ini ada kes Lina Joy (Azlina binti Jelani) yang sedang menunggu keputusan. Lina Joy memeluk Kristian dan berkahwin dengan seorang India beragama Kristian. Dia memohon kepada Mahkamah supaya namanya ditukar kepada Lina Joy dan agama dipadamkan daripada MyKad beliau tetapi Jabatan Pendaftaran Negara tidak dapat memadamkannya kerana tiada perintah daripada Mahkamah Syariah. Lantaran itu, beliau telah mencabar ke Mahkamah Persekutuan berasaskan Perkara 11 (1) Perlembagaan Persekutuan yang menyebutkan bahawa tiap-tiap individu rakyat Malaysia berhak memilih agamanya sendiri (Every person has the right to profess and practice his religion)..

Kes ini dibicara di hadapan tiga hakim di Mahkamah Agung iaitu Ketua Hakim Negara, seorang hakim bukan Melayu dan seorang hakim beragama Kristian. Jika dalam kes ini Lina Joy menang; maka agama Islam akan hancur. Ia membawa implikasi:
i) Kuasa Raja mengenai agama Islam akan hilang.
ii) Kuasa Mahkamah Syariah tidak boleh dipakai.
iii) Orang Islam tidak boleh memaksa anaknya sembahyang, tidak berhak lagi kutip zakat dan tiap-tiap orang boleh mentafsir Islam ikut kehendaknya. Itulah akibatnya.

Malangnya orang Islam nampaknya tidak prihatin sehingga dalam perbicaraan itu. Tidak ramai yang hadir untuk menyatakan sikap dan Sokongan. Majlis Agama pun dilihat tidak menghantar orang Islam.
Pemerhati daripada Islam tiada. Ini berbeza daripada kalangan bukan Islam. Hatta, peguam/pemerhati daripada Kedutaan Kanada , Australia dan Amerika Syarikat pun sanggup datang.

Bahkan, peguam-peguam pemerhati ini dibenarkan berhujah.
Ini amat berbahaya. Ia belum pernah berlaku. Jadi Majlis Raja-Raja sedikit tersentak setelah saya melaporkan perkara ini.
Peguam Negara telah dipanggil oleh Majlis Raja-Raja dan Peguam Negara kata tidak boleh buat apa-apa.
Tunggu keputusan saja. Inilah keadaan yang telah menjadi bagaikan telur di hujung tanduk.

Gerakan Kristian dan Hinduisme


Orang Melayu yang berjinak dengan Kristian biasa dilatih secara mendalam di Singapura. Identiti mereka ditukar. Sekarang, terdapat dua gereja orang Melayu di Kuala Lumpur. Di Brickfield, ada usaha memberi makan tengah hari percuma pada hari Jumaat kepada remaja Melayu yang lepak supaya mereka leka dan tidak pergi ke masjid. Terdapat ratusan pemuda-pemuda Melayu pergi ke gereja di Brickfield ini.
Saya telah memberitahu juga hampir 250,000 orang Islam yang murtad tapi saya dicabar oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri..
Orang Islam yang memeluk agama Hindu sahaja sudah hampir 100,000 orang. (Sumber : jangkaan Persatuan India Muslim). Bahkan mengikut laporan pihak polis, belia-belia Islam yang menganggotai black metal, yang memaki Tuhan sudah ada 13,000 hingga 14,000. Orang yang ikut Ayah Pin yang mempercayai "Ayah Pin itu Tuhan" adalah 14,000 orang. Ini yang menjadikan saya lantang.

Majlis Raja-Raja Bangkitkan:
1) Apa peranan masjid.
2) Apa peranan imam-imam dan pengurusan masjid.
3) Kenapa tidak bendung sedangkan ada undang-undang.

Peguam Negara kata, berbezanya paderi dengan imam-imam kita ialah paderi-paderi menunggu kedatangan hadirin seperti menghormati tetamu di pintu gereja. Mereka memberi khutbah dengan terancang dan profesional sehingga orang boleh yakin dengan cakap-cakap mereka. Selesai majlis, mereka tunggu di pintu gereja dan mengucapkan selamat. Mereka suka bertanya khabar dan suka ambil tahu dan sering tawarkan pertolongan. Bezanya, khutbah kita tidak menarik. Disampai secara tidak profesional.
Di Uzbekistan dan China , walaupun 70 tahun ditekan, mereka masih kuat.. Dalam keadaan yang cukup kuat ditekan, mereka cuma utamakan penyebaran salam dan kuatkan silaturrahim di samping membaca ayat-ayat suci Al-Quran di dinding-dinding masjid. Imam masih boleh berbahasa Arab. Itu ketika Komunis berkuasa. Ini rahsia kekuatan mereka dapat bertahan.

Serangan aqidah di Malaysia


Sekarang di Malaysia kita diserang dalam bentuk yang dahsyat.

Serangan pemikiran.


1) Golongan intelektual. Orang Kristian yang buat serangan. Walaupun mereka berjaya serang tetapi mereka tidak dapat tawan hati orang Islam. Untuk itu mereka cuba mempelajari Islam dengan untuk menyerang Islam. Mereka juga wujudkan fakulti-fakulti Islam di universiti Mereka.
2) Mereka juga melahirkan kekacauan kepercayaan lalu membawa pemikiran Islam liberal. Mereka letak semua agama itu sama. Ia datang daripada sumber yang sama iaitu Tuhan yang sama. Cuma masa wahyu turun, Islam diterjemah dalam mesej ketuhanan itu mengikut bahasa-bahasa berbeza sesuai dengan bangsa dan keturunan Nabi. Tegas mereka, kitab-kitab suci itu adalah terjemahan. Oleh itu ia boleh dipinda dan ditafsirkan semula. Dalam kurun ke 16, ia telah disaran oleh Yahudi dan diterima oleh para paderi Kristian. Ini yang menjadikan Kristian berpecah kepada berpuluh-puluh mazhab. Dulu, cuma ada Kristian daripada mazhab Roman Katholik. Masing-masing menuduh masing-masing mazhab kafir. Inilah pula yang dibawa ke dalam dunia Islam.
Islam liberal begini mulai masuk pula ke Indonesia .. Mereka menguasai universiti dan media dengan dilindungi dan disokong dengan kuat oleh AS dengan berbilion-bilion USD. Ini menjadikan fakulti-fakulti pengajian Islam di universiti-universi ti di Indonesia sudah tidak ada lagi penuntut. Kini sudah ada fatwa di Indonesia bahawa perkahwinan lelaki sesama lelaki itu sah. Faraid dan Hudud sudah tidak relevan dan harus dibuang. Ini pun hampir difatwakan akhir-akhir ini oleh Majlis Agama Indonesia .. Ia sedang berkembang kerana tulisan-tulisan ini dipelopori oleh intelektual.

Sekarang, di Malaysia pun sudah terbawa-bawa. Begitu. Tulisan-tulisan yang liberal seumpama ini biasanya ditulis oleh wartawan-wartawan dalam akhbar-akhbar berbahasa Inggeris. Dulu Astora Jabat saja yang tulis dalam akhbar Melayu. Kini, Astora guna majalah Al Islam pula sebagai platform dengan ditukar namanya kepada Hussin Ab.. Rahman. Kasim Ahmad pun sekarang sudah diberi tempat semula untuk menulis dalam Al Islam
.


Keputusan kes pakai serban Ini ada laporannya dalam semua akhbar. Bagaimana 3 murid Islam memakai serban di sekolah telah diberhentikan dan kes mereka pula kalah di mahkamah. Sedang penganut agama lain kenapa bebas memakai serban dan mengamal agama mereka ? Ini satu penghinaan yang sungguh dahsyat ke atas Nabi kita dan Islam pada amnya.
Allah jadikan sembahyang berjemaah lima waktu. Ini bertujuan untuk melahirkan ukhwah. Hikmahnya cukup besar. Seorang orientalis buat kajian kenapa ada rakaat-rakaat dalam sembahyang. Orientalis yang akhirnya masuk Islam itu, sembahyang itu sebagai satu bentuk caj. Pertemuan bahu dengan bahu, kaki dan kaki dia akan caj kuasa rohani. Untuk itu, kita perlu kuatkan diri. Orang Hindu sedang kuatkan diri mereka. Mereka giat buat tokong Hindu. Di Perak misalnya, ada 2,000 tokong Hindu sedangkan masjid cuma 560 buah sahaja. Dan agama Hindu ini semakin menampakkan keganasan. Terdapat ramai juga orang Melayu yang diHindukan. Kini, Filem-filem Bollywood juga digunakan untuk mendakyahkan agama Hindu di seluruh dunia..
Harap kepada siapa?

Kita tidak boleh lagi harapkan pihak berkuasa JAKIM, Jabatan Agama atau pihak kerajaan untuk melindungi kita. Allah tidak amanahkan Islam, al-Quran dan Sunnah ini kepada kerajaan tetapi Allah amanahkan kepada setiap individu Muslim.


Allah S.W..T berfirman:

"Kami wariskan al-Quran itu kepada hamba-hamba Kami yang terpilih iaitu yang beriman kepada Allah; (bukan kepada kerajaan)."

Peringatan-peringatan Daripada Allah S.W.T..

Tsunami, gerak gempa bumi, ramai umat Islam yang mati. Ini peringatan. Kenapa di Acheh dan Bangladesh ? Bukan bermakna orang Acheh yang bermaksiat, tetapi mungkin maksiat berlaku di tempat lain. Bagaimanapun, pada malam kejadian itu, ada permainan tari menari dan pesta minum arak di pantai yang berdekatan.
Demikian, sedikit ringkasan. Wallahu a'lam

Dato' Harussani Bin Zakaria

Mufti DiRaja Negeri Perak

Bajet Kerajaan Negeri Selangor 2009

Bajet negeri Selangor menjamin kemewahan rakyat


SHAH ALAM: Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor bercadang akan mempertimbangkan cuti sebulan kepada wanita yang kematian suami dan bayaran elaun gantian gaji penuh sebulan bagi kakitangan wanita yang berstatus tetap atau kontrak.

Image

Demikian antara cadangan yang diumumkan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika membentangkan bajet sulung tahun 2009 kerajaan Negeri di sidang Dewan Undangan Negeri (Dun).

Menurut beliau, bagi menjamin prinsip kebajikan rakyat kerajaan negeri turut mempertimbangkan cuti bersalin selama 90 hari kepada kaum wanita yang bekerja.

Katanya, program itu berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 15 Tahun 2007 (kemudahan cuti menjaga anak), yang menyatakan seseorang kakitangan awam boleh mengambil cuti tambahan tanpa gaji sebanyak 1,825 lima tahun sepanjang tempoh perkhidmatan.

Beliau menjelaskan, tempoh cuti bersalin yang diguna pakai pada masa sekarang selama 60 hari dan kerajaan negeri sedang mengkaji untuk memberi tambahan cuti sebanyak 30 hari sebagai cuti tanpa gaji dengan membayar elaun gantian gaji penuh sebulan.

Kerajaan negeri tambah beliau, akan mempertimbangkan cuti selama 14 hari kepada para suami yang isterinya bersalin dan diberi pilihan untuk membuat tambahan cuti sebanyak tujuh hari.

Dalam pembentangan bajet tersebut, beliau bersyukur kerana Selangor dianugerahi peningkatan hasil negeri yang memberangsangkan dan pertumbuhan hasil baru yang menjana ekonomi negeri. Image

"Kita memikul kepercayaan dan amanah daripada rakyat untuk mengagihkan setiap sumber hasil yang diterima oleh kerajaan secara telus, adil dan saksama kerana hasil negeri merupakan hak rakyat yang perlu dikongsi bersama.

Apalah hendak dibanggakan sangat, jika negeri maju sedangkan ramai rakyat masih berada dalam garis kemiskinan. Kerajaan mahu berusaha �memajukan negeri dan memewahkan rakyat Selangor� dengan pelbagai program," katanya.

Beliau menegaskan, kerajaan Pakatan Rakyat Selangor perlu menguruskan sebuah negeri maju yang berteraskan kesedaran kerohanian, menangani ketidaksamaan sosio ekonomi yang berterusan, memacu pembangunan modal insan, menyediakan panduan strategik mengenai arah dan corak perbandaran serta penggunaan tanah, menambah baik tadbir urus, menguruskan alam sekitar yang mapan dan menjana sumber pertumbuhan baharu.

Katanya, hala tuju pembangunan negeri Selangor mempunyai visi menjadikan Selangor negeri Idaman, maju dan sejahtera.

Bajet yang dibentangkan itu turut menyatakan wujudnya sentimen buruk pasaran saham dunia dan krisis kewangan global dan implikasinya menimpa Indeks Komposit Kuala Lumpur apabila ia jatuh ke paras bawah 900 mata, iaitu yang terburuk dalam tempoh dua tahun. Image

Bagaimanapun, Kerajaan Persekutuan menyatakan ia tetap berusaha keras bagi memastikan pembangunan terus berkembang melalui kemasukan pelabur-pelabur asing.

Beliau kesal kerana Kerajaan Persekutuan �dengan bongkaknya� menolak cadangan Pakatan Rakyat dalam sidang Parlimen pada 14 Oktober lalu supaya dilakukan segera �semakan� terhadap andaian-andaian Bajet 2009 yang dibentang pada Ogos lalu.

Menurut beliau, kepimpinan Pakatan Rakyat mendapati beberapa angka, fakta dan unjuran dalam Bajet 2009 Kerajaan Persekutuan �sudah jumud� berdasarkan situasi kemelesetan ekonomi global sekarang.

"Dalam hal ini, kerajaan negeri akan melipatgandakan usaha menarik pelabur-pelabur asing yang semakin yakin datang melabur sejak perubahan kerajaan pemerintah dengan pertambahan pelabur luar yang mendadak.

Contohnya, pelabur Jerman, QCell, yang melabur RM5.0 bilion dalam teknologi solar di Taman Perindustrian Bukit Baja, Sepang tahun ini," tegasnya. Image

Sebagaimana yang kita semua sedia maklum, bajet Kerajaan Persekutuan tahun 2009 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri pada 29 Ogos lalu, secara tidak langsung turut mengiktiraf manifesto Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum ke-12.

Dalam pembentangan bajet itu, Perdana Menteri mengumumkan pemberian bekalan elektrik percuma bagi penggunaan elektrik berjumlah kurang RM20 sebulan, di samping memberi tumpuan pada strategi menjamin kesejahteraan rakyat dengan memfokus pada golongan berpendapatan rendah.

Padahal, pada hakikatnya, kerajaan Pakatan Rakyat di lima negeri di Semenanjung sedang dan berusaha terus bagi menerapkan konsep kerajaan berkebajikan kepada seluruh rakyat.

Kerajaan Negeri amat prihatin terhadap masalah kemiskinan bandar dan usaha yang dilakukan dengan menaikkan paras Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) kepada RM1500 sebulan.

Berpandukan PGK yang diolah semula ini, kadar kemiskinan rakyat negeri Selangor kini berada pada paras 30 peratus dan ia bererti kerajaan negeri yang lalu tidak perlu melaungkan lagi usaha mereka membasmi kemiskinan ke tahap satu peratus. -SH

sumber : thinking of life


Credit : SkuadDunBatuCaves

Blog Stats