Sumbangan ~ Tolong Klik.... Thanks.

Monday, October 13, 2008

Mencari pengasas 'teori Rahman'

Rancangan penyerahan kuasa Umno kepada Datuk Seri Najib Razak akan melengkapkan “teori Rahman” yang dianggap menjelaskan usaha mencari bakal perdana menteri Malaysia.

Sekurang-kurangnya sejak 20 tahun lalu, tokoh atasan Umno termasuk mereka yang berusaha mencapainya berharap keberkatan teori ini membawa tuah kepadanya atau pemimpin pilihan mereka.

Suatu waktu dahulu penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap “A” pada “teori” yang diambil pada nama perdana menteri pertama itu Tunku Abdul Rahman melengkapkan sebahagian misteri peralihan pucuk pimpinan negara.

Bagaimanapun, sehingga kini masih tidak jelas, sejak bila teori ini mula-mula dikemukakan dan siapakah yang memperkenalkannya sehingga berjaya menangkap khayalan peminat besar politik negara ini.

rahman theory malaysia prime ministerMalaysiakini menghubungi tiga penulis politik Melayu berpengalaman dan tersohor untuk mencungkil asal-usul mitos moden ini – mungkin boleh dianggap satu-satunya “teori” yang paling tepat untuk menjadi nujum politik Melayu, setidak-tidaknya untuk melihat siapa pemimpin nombor satu Umno.

Pengamat-pengamat politik itu bagaimanapun semuanya tidak dapat mengesan tarikh tepat ia mula diperkenalkan tetapi umumnya bersetuju ia muncul pada zaman 1980-an, awal pentadbiran perdana menteri keempat Tun Dr Mahathir Mohamad.

Namun mereka sepakat hanya satu nama dalam urutan teori itu, yang asalnya diramal jatuh kepada Anwar, tidak menjadi kenyataan.

Ketua pengarang Siasah, Mohd Sayuti Omar percaya teori Rahman mula-mula dikemukakan oleh seorang penulis politik Ikhwan Nasir dalam tabloid Mingguan Tanah Air pada pertengahan dekad itu.

“Boleh jadi juga beliau (Ikhwan) yang memulakannya. Beliau memang suka menggunakan akronim seperti 'jubir' bagi jurubicara rakyat dan 'kadun' bagi Kawasan Dewan Undangan Negeri,” katanya, yang pernah menulis untuk tabloid itu.

Ikhwan, juga bekas ahli parlimen Pontian dan juga bekas setiausaha politik Tun Musa Hitam, pemilik akhbar politik yang diterbitkan oleh syarikatnya SIR Sdn Bhd.

Teori itu, menurut Mohd Sayuti yang mengenali secara peribadi Ikhwan, sangat berpengaruh pada waktu itu sehingga ada tokoh politik terkenal mempercayainya.

“(Bekas menteri besar Kedah) Tan Sri Sanusi Junid pernah memberitahu saya, nama beliau sebenarnya bermula dengan Mohamad,” katanya merujuk kepada huruf M pada nama Rahman.

Terdapat juga buku politik karya Abd Bashid Harun mengupas teori itu pada pertengahan 1990-an, jelas Mohd Sayuti.

Melalui blognya, Abd Bashid mendakwa beliau pertama kali menulis tentang "teori Rahman" di Mingguan Tanah Air sewaktu Umno sedang bergolak antara kumpulan pro-Tengku Razaleigh Hamzah bersama Musa melawan Mahathir.

“Dalam kesibukan berkempen dan melobi dalam perhimpunan agung Umno itu timbullah suara-suara di kalangan perwakilan bahawa baik Tengku Razaleigh ataupun Musa, mereka tidak akan menjadi perdana menteri.

“(Tanggapan) ini semacam satu takdir yang ditetapkan untuk mereka berdua. Sebahagiannya pula menganggap pertandingan melawan Dr Mahathir itu sia-sia sahaja.

“Alasan mereka ialah nama Razaleigh dan Musa tidak termasuk dalam susunan nama Rahman itu. Maka bermula dari situlah bermulanya teori Rahman,” tulisnya pada 10 Oktober lalu, dua hari selepas presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan untuk bersara pada Mac tahun depan.

Menurut Abd Bashid, seorang guru di Simpang, Taiping, tulisannya menghuraikan secara terperinci maksud “teori Rahman”, termasuk “mengupas agak mendalam tentang kedudukan Abdullah dan Anwar sebagai bakal perdana menteri.”

Artikelnya itu, kata Abd Bashid, kemudian diulas oleh lidah pengarang akhbar tersebut yang memetiknya sebagai “penulis dari Semanggol” (Perak) memaklumkan bahawa “hanya ada seorang sahaja dari Pulau Pinang yang akan berjaya menjadi perdana menteri. Orang itu ialah Pak Lah.”

Penulis kolum veteran Subky Latiff pula berkata, teori itu mula-mula dikemukakan oleh ahli parlimen Kepala Batas sebelum Abdullah, Saupi Ibrahim.

“Seingat saya, Saupi yang mula-mula tulis. Lebih kurang 20 tahun dulu,” katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Tulisan yang dihasilkan oleh bekas duta itu dalam umur persaraannya, kata pemimpin PAS dan penulis kolum Harakah itu, diterbitkan di sebuah akhbar harian dengan gaya popular.

Ditanya kenapa idea itu mendapat perhatian rakyat Malaysia, beliau berkata: “Ia menarik. Sedap (dijadikan) hujah.”

Sementara itu, penulis buku-buku politik terkenal Syed Hussein Alattas mendakwa teori ini muncul pada awal 1990-an. Beliau bagaimanapun tidak pasti siapakah yang memulakannya.

Menurutnya, teori itu rancak diperkatakan pada 1990-an apabila Anwar, yang timbalan perdana menteri, dijangkakan menjadi menggantikan Dr Mahathir.

“Tetapi akhirnya A itu untuk Abdullah,” katanya.

Ketiga-tiga mereka percaya “teori Rahman” terjadi secara kebetulan sahaja,

Ditanya sama ada teori yang hampir sama pernah dikemukakan muncul di kalangan pemimpin bukan Melayu dan di negara-negara lain, mereka mengakui tidak mengetahuinya.

Bagaimanapun, tambah mereka, sedikit sebanyak teori itu mempengaruhi rakyat Malaysia berusaha ke arah itu secara psikologinya.

“Ia (teori Rahman) memberikan kesan psikologi. 20- 30 peratus mempengaruhi perkembangan politik negara. Kalau selalu diulang-ulang, jadi (kenyataan). Tetapi kita tidak boleh percaya seratus peratus,” kata Mohd Sayuti.

- Malaysiakini

AR: Percayalah sangat dengan benda2 Khurafat nih..... UMNO nih percaya jugaklah dengan kemusnahan UMNO!!!! hahahaks...... Aku memang tak rela berPM kan NAJIB!!!! LAWAN TETAP LAWAN!!!!


Srikandi N.Sembilan kritikal di HUKM



"Dari Blog Tuneman Oct 9, '08 11:28 . Pagi ini saya mendapat kabar Shamsiah Fakeh telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi, HUKM.

Generasi muda pastinya ramai yang tidak mengenali beliau. Buat mereka yang mengenali pasti ada yang beranggapan beliau seorang pejuang kemerdekaan dan tidak kurang juga yang melabelkan seorang pengkhianat dan pengganas. Biar apa pun tanggapan kita biarlah sejarah yang menentukan.


Shamsiah Fakeh wanita kelahiran Kuala Pilah, Negeri Sembilan ini adalah satu nama yang sangat bermakna buat saya. Tok Utih dan Uwan Ulu adalah rakan seperguruan beliau yang masih hidup di kampung cuma agak uzur. Meraka adalah murid-murid terawal Maulana Lebai Maadah . Uwan Ulu lah yang banyak bercerita kepada kami betapa perit dan susah hidup di zaman penjajah.

Uwan Ulu juga banyak bercerita tentang rakan-rakan seperguruannya. Pernah kami tanyakan tentang Shamsiah Fakeh ‘den tak sekuek dio’ katanya singkat. Jawapan yang memberikan seribu erti mungkin kerana seumur 16 tahun gadis sunti ini telah menggalas senjata berjuang di hutan berjuang bersama-sama ideologi mereka.

Hampir sepuluh tahun mereka berjuang meniupkan semangat nasionalisme di Asia Tenggara terutamanya di Tanah Melayu dan Indonesia.

Hanya meraka yang benar-benar ‘kuek’ sahaja mampu melakukan ini.
“Sebenarnya anggota Polis dan tentera memang tak perlu berdendam dengan aku kerana sepucuk pistol dan sebutir bom tangan yang aku pakai dalam hutan dahulu itu tidak pernah meletup dan tak sebutir peluru pun yang membunuh polis atau tentera kerajaan.

Sebaliknya akulah yang terkena hujan peluru mereka”
Itulah kata-kata yang dipetik dari buku "Memoir Shamsiah Fakeh: Dari AWAS ke Rejimen ke-10" terbitan pertamanya oleh Universiti kebangsaan Malaysia dan terbitan kedua oleh Strategic Information and Research Development Centre. Mari lah kita sama-sama mendoakan agar beliau diberikan kesejahteraan, kelonggaran dan cepat sembuh.



Sumber :
SINI

"

Hot!!! : Seniman Kecam Shah Rukh Khan Dikurnia Datuk

Presiden Seniman Datuk Mustapha Maarof (duduk kanan), Ahmad Idham, dua dari kanan)ketika sidang media bantahan Seniman terhadap penganugerahan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk kepada aktor Bollywood popular, Shah Rukh Khan sempena ulangtahun ke-70 Hari Jadi Yang DiPertua Negeri Melaka Tun Mohd. Khalil Yaakob pada Sabtu lalu. -foto THE STAR oleh NORAFIFI EHSAN

[DIKEMAS KINI] KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Datuk Mustapha Maarof menggesa pihak kerajaan negeri membuat penilaian yang sebaik mungkin apabila mengurniakan sesuatu anugerah kepada mana-mana artis.

Kenyataan ini dikeluarkan ekoran bantahan Seniman mewakili artis tanahair terhadap penganugerahan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk kepada aktor Bollywood popular, Shah Rukh Khan sempena ulangtahun ke-70 Hari Jadi Yang DiPertua Negeri Melaka Tun Mohd. Khalil Yaakob pada Sabtu lalu.

"Ini hak mereka, kami tak larang mereka untuk beri anugerah itu, tapi kami harap ia diberi penilaian sebaik mungkin agar anugerah itu dihormati.

"Sabtu lalu, dia juga tidak menghadiri upacara tersebut dan kami rasa macam satu penghinaan kepada rakyat Malaysia," katanya ketika sidang media bantahan Seniman di pejabat Finas, Hulu Kelang,kira-kira pukul 3.30 petang tadi.

Menurut Mustapha, mereka patut bertanya kepada pihak yang bersesuaian seperti Finas mengenai kelayakan untuk memberikan anugerah kepada seseorang selebriti.

"Kami bukanlah terdesak dengan kementerian dan kerajaan negeri, tapi kami harapkan keadilan," katanya.

Beliau turut menyuarakan nama artis lain yang lebih layak menerima anugerah seperti Azean Irdawaty, M. Nasir, Kuswadinata dan Ruminah Sidek atas sumbangan mereka kepada industri filem dan seni tanahair.

"Ikutkan, anak seni dan karyawan belakang kamera juga mempromosi bukan sahaja Melaka malah negara kita tetapi kenapa mereka tidak diberi perhatian.

"Kita harap mereka yang berjaya juga mendapat anugerah itu," ulasnya dalam sidang media yang turut dihadiri oleh kira-kira 20 orang artis itu.

Antaranya adalah Harun Salim Bachik, Ahmad Idham, Datuk Aziz Sattar, Jalil Hamid, Arash Mohamad, Rahim Jailani, Mas Omar, Zulkifli Zain, Normala Omar, Datuk Jalaluddin Hassan dan Rusdi Ramli.

Menurutnya, Seniman akan menyerahkan surat bantahan kepada Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KPKKW) pada pukul 4 petang esok.

Dalam pada itu, pengarah filem pecah panggung Jangan Pandang Belakang Ahmad Idham Ahmad Nadzri menambah, berita tersebut memberikan tamparan hebat kepadanya.

"Apabila saya melihat akhbar pagi Sabtu yang lalu, saya rasa macam kena tampar, apa ini?

"Saya macam badut atau kita macam main-main dalam industri hiburan ini? Kita selalu meuar-uarkan tema 'Filem Kita Wajah Kita'. Kalau nak kata bawa filem ke luar negara, filem saya pun bersepah dibawa ke luar negara.

"Apa yang saya tahu, belum pernah lagi artis yang berhak menentukan lokasi pengambaran filem atau drama," tegasnya.

Sementara itu, pelakon Arash Mohamad pula berpendapat alasan kerajaan negeri Melaka mengurniakan gelaran Datuk kepada Shah Rukh Khan kerana mempromosikan A' Famosa Resort, Alor Gajah melalui filem One Two Ka Four adalah tidak munasabah.

"Memanglah orang yang menonton filem tersebut mengenali Melaka, tetapi persoalannya adakah mereka datang ke negeri tersebut?

"Alasan itu membuatkan kami kecil hati. Kami bukan cemburu sebab tak dapat anugerah itu tetapi apa revelannya memberi kepada dia?," luah Arash yang dikenali menerusi drama tempatan seperti siri Masih Ada Cinta dan Badai Metropolis.

Shah Rukh Khan yang dilahirkan di New Delhi pada November 1965, adalah antara 758 penerima anugerah darjah, tauliah, bintang dan pingat kebesaran negeri Melaka tahun ini. Tarikh penyampaian anugerah kepadanya belum ditetapkan lagi.

Sabtu lalu, Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata penganugerahan DMSM kepada Shah Rukh Khan adalah pelaburan yang mendatangkan banyak keuntungan balik kepada Melaka dari segi promosi secara percuma tanpa melibatkan wang.

- mStar


AR: Aku dah habaq.... seniman Malaysia patut bangkang!!!! Adakan DEBAT PERDANA ANTARA Ali Rustam dan Rosyam Noor........

Anwar minta Najib bentang bajet baru

Ketua pembangkang menggesa menteri kewangan Datuk Seri Najib Abdul Razak membentangkan Bajet 2009 yang baru memandangkan krisis kewangan dunia yang kian serius kini.

anwar ibrahim parliament 131008Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ahli-ahli Dewan Rakyat tidak boleh membahaskan "belanjawan yang ketinggalan zaman" seperti dibentangkan lebih sebulan lepas.

Bajet 2009 diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, waktu itu sebagai menteri kewangan, pada 29 Ogos lalu.

Beliau telah bertukar portfolio sebagai menteri pertahanan dengan timbalannya itu bulan lepas.

Ucapan Anwar di Parlimen hari ini pertama kali dibuat sebagai ketua pembangkang selepas memenangi pilihanraya kecil Permatang Pauh beberapa hari sebelum pembentangan belanjawan tersebut.

Menurut mantan timbalan perdana menteri itu, yang pernah mengetuai Kementerian Kewangan selama tujuh tahun sejak 1991, perangkaan dalam Bajet 2009 "tidak lagi realistik" apabila muncul krisis ekonomi dunia yang bermula tahun lepas di Amerika Syarikat.

"Apakah kita mahu membahaskan sejarah atau belanjawan?” katanya, sambil menambah satu belanjawan pindaan wajar dibentangkan jika bajet baru enggan dikemukakan.

Anwar kemudiannya bertanya Timbalan Yang Dipertua sama ada dewan sama ada patut ditangguhkan atau diteruskan.

Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaffar kemudian meminta Anwar meneruskan sidang dan membentangkan belanjawan alternatif jika beliau berminat berbuat demikian.

- Malaysiakini

AR: hahahahaks..... Bijan ngan bik mama sedang merancang benda lain...... sampai tak bangkit tidur lagi untuk ke sidang parlimen....... mimpi indah kuttttt!!!! tapi, ingat ko bijan...... mimpi ngeri masih menghantui korang berdua laki bini!!!

New mechanism for fuel-price adjustment?

The government is looking into a new mechanism to allow for more frequent adjustment of fuel prices, instead of the ongoing monthly review, said Domestic Trade and Consumer Affairs Minister Shahrir Abdul Samad.

shahrir samad interview 180405 up close“World crude oil prices (change) very quickly, so we need a new approach to handle this. If we wait too long and there is a big drop, then petrol stations will be affected,” Shahrir (left) told reporters in the Parliament lobby.

He was asked to comment on Opposition Leader Anwar Ibrahim’s debate on the Budget 2009 in the House earlier today.

Anwar had called on the government to reduce fuel prices sharply in response to the falling global prices.

Shahrir said details of the new mechanism will be discussed at an economic council meeting to be chaired by Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi later today.

Barisan Nasional component party Gerakan had called for a weekly review of oil prices in resolutions adopted at its national congress, which concluded yesterday.

Shahrir had previous said that the government is open to the idea of a fortnightly review.

Monthly review system

The government had announced on Aug 2 that fuel prices would be reviewed monthly beginning Sept 1, based on the average global market price and after taking into consideration the fixed domestic subsidy of 30 sen per litre.

In announcing this, Abdullah had pledged that petrol prices for the rest of the year will not exceed RM2.70 per litre.

anwar ibrahim 02 060207Asked about the call by Anwar (right) for a fresh budget to be tabled in the House, Shahrir said he is of the view that the need does not arise.

“Any revision can be done as we go along,” he explained.

In his maiden debate on the budget as opposition leader, Anwar and opposition colleagues had called for the discussion to be adjourned and for a fresh budget to be presented.

He explained that the current global financial woes have rendered Budget 2009 outdated. It was tabled in August by Abdullah in his capacity as first finance minister then.

- Malaysiakini


AR: Mekanisme baru nak rompak wang rakyat, itu aje yang AR pahami....... Aku cadang kat Malaysia nih, harga minyak berubah tiap2 hari cam kat UK nun, ada berani????

Mukhriz lepas, KJ dan Khir kena 'kayuh lagi'

Kalau dulu, KJ nih menang jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO tanpa bertanding!!!! kali nih, mampuslah ko KJ...... tabur2 wang pun, masih belum mencapai sasaran pencalonan yang ke-38.

Kepada Khir Tempe laks...... nampak gayanya ko pun kena kayuh basikal lagi untuk kempen TEMPE ko...... baik ko pi dedahkan rahsia camner nak berikan muka berseri dengan tempe kepada pemuda2 UMNO......

Kepada Zahidi laks...... proxy saperlah ko nih ya untuk pecahkan pencalonan!!!!

Kepada Mukhriz, tahniah, untung nasibmu bukanlah sebab kekredibilitian ko, tapi sebab orang tak mahu KJ aje!!!! dan calon2 lain disekat kerana tak glemer atau bukan ada bau-bau bacang dengan bekas pemerintah negara atau pemerintah negara..,...

Anwar Selar dan Dedah Rasuah Najib


PARLIMEN, 13 OKTOBER (SK)- KETUA PEMBANGKANG, Anwar Ibrahim menyelar ketidakhadiran Timbalan Perdana Menteri Najib Tun Razak ke sidang parlimen hari ini.

Menurut wartawan kami yang berada diparlimen, Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata Najib Perlu berada didalam dewan bagi memberikan data-data terbaru ekonomi negara.

Anwar dalam sidang hari ini berkata, Najib perlu memberi data ekonomi terbaru kerana data ekonomi yang dikemukakan pada bajet telah lapuk.

Bukan hanya Najib yang tiada didalam dewan, malah wakil-wakil dari kementerian kewangan turut tiada didewan rakyat bagi menjawab soalan krisis kewangan.

Dewan turut kecoh seketika apabila Anwar membongkar rasuah-rasuah Najib didalam dewan.

- Skuad Dun Batu Caves

AR: Kahkahkah.... lawak bebenor ya ko Najib...... upah ko tak datang ke dewan parlimen hari nih, habis ko ditelanjangkan.... tapi, pasai ko tuh kuat rasuah, seluruh Malaysia dah tahu Jib!!!! so, dun worry, takder apa2.... cuma jadik sejarah aje, dalam dewan parlimen, ada orang dedahkan........ Tahniah Jib!!!! Dolah, selamat lagilah, sebab, kemungkinan besau ko takkan jadi Presiden UMNO, sebab ada kes rasuah.... percayalah cakap aku!!!

Anwar wants Najib to do something about the economy


By Debra Chong

KUALA LUMPUR, Oct 13
Datuk Seri Anwar Ibrahim today urged Datuk Seri Najib Razak to revise Budget 2009 due to the changes in the global economic situation over the past one-and-a-half months.

The newly-elected MP for Permatang Pauh also called on the new Finance Minister to gather together experts from Bank Negara and from the Economic Planning Unit to relook the Budget.

Anwar"s speech in the Dewan Rakyat today signalled an opposition effort to turn their attention towards Najib following Prime Minister Datuk Seri Abdullah Badawi"s recent announcement of his decision not to contest the Umno presidency which he will likely hand over to Najib next March.

Najib was not in Parliament this morning to listen to Anwar's speech, which appeared to be an attempt to highlight the Barisan Nasional government's possible mismanagement of the economy in light of the financial markets meltdown.

Anwar said that 44 per cent of the national revenue is affected by the recent drop in global oil prices, US$125 a barrel to US$77 a barrel.

Consequently, the government will be forced to issue bonds to cover a shortfall of RM6 billion.

He noted that in the first half of the year, the cash outflow was RM125 billion in foreign direct investments. However, the finance minister only announced RM31 billion recently.

The deficit, said Anwar, will balloon much larger than the projected RM36 billion.

-Only those enslaved and insane will support this Budget,- he said.

- The Malaysian Insider

Belanjawan Negara 'outdated', Jumud

Oleh : M Khaleel Kas & Intan Abdullah

KUALA LUMPUR, 13 Okt (Hrkh) - Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim mendesak agar Menteri Kewangan baru, Dato' Seri Najib Tun Razak agar membentang belanjawan negara yang baru.

Menurutnya di sidang parlimen hari ini, belanjawan negara sebelum ini yang dibentang oleh bekas Menteri Kewangan, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dianggap sebagai 'outdated budget' dan tidak relevan dengan krisis ekonomi dunia yang sedang berlaku ketika ini.

Beliau juga berkata ia adalah, "belanjawan jumud" apabila memberikan maklum balas terhadap soalan tambahan yang diberikan Ketua Whip parlimen PAS, Salahuddin Ayub (PAS-Kubang Kerian) pada sesi perbahasan Belanjawan 2009 sidang parlimen pagi tadi.

Terdahulu, Salahuddin membangkitkan persoalan kemungkinan belanjawan yang dibuat adalah mengikut sistem 'average' yang pada pendapat beliau ianya tidak sepatutnya berlaku.

"Ini soal majoriti dan tanggungjawab, Menteri Kewangan kena jawab apabila saya mengemukakan fakta unjuran harga minyak dan defisit semasa.

"Tetapi dia (Menteri Kewangan) tidak mahu terima, dengar atau jawab. Nak pertahankan apa sebenarnya?" ulas Anwar.

Jelasnya, belanjawan ini adalah bersifat realistik yakni keadaan semasa kewangan negara.
"Sekarang ini, setelah saya menolak preposition dalam keadaan Menteri Kewangan tidak membahas dan membicarakan mengenai krisis ekonomi semasa.

"Jawapan Menteri Kewangan nampaknya lebih fokus kepada projek mega yang bernilai berbilion ringgit tanpa tender terbuka dibuat," tegasnya.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu turut menegaskan bahawa beliau bersetuju dengan kenyataan Salahudin bahawa belanjawan ini telah ketinggalan zaman yang tidak bertujuan untuk mengambil kira kepentingan rakyat dan negara.

Perbahasan belanjawan kini sedang diteruskan dengan ucapan Anwar yang dijangka berlanjutan sehingga ke petang.

Belanjawan negara sebelum ini telah dibentang oleh Abdullah pada 29 Ogos yang lalu.
Tidak beberapa lama selepas pembentangan belanjawan negara, Abdullah telah melepaskan jawatan Menteri Kewangan kepada Najib yang juga adalah Timbalan Perdana Menteri.

Ucapan Anwar di parlimen hari ini adalah yang pertama sebagai Ketua Pembangkang. Di era pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad pada tahun 1998, Anwar adalah Menteri Kewangan sebelum dipecat dari jawatannya.

- Harakah

BN Tarik Balik Petisyen Kulim-Bdr Baharu

Bekas calon BN Kulim-Bandar Baharu, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir menarik balik petisyennya hari ini dengan alasan "ingin memberikan lebih tumpuan kepada isu-isu ekonomi" dan "pilihanraya semula akan memakan banyak tenaga."

"Lagi pun, satu kerusi tambahan, tidak memberikan kesan apa-apa," katanya kepada Malaysiakini.

Keputusan ini dicapai beberapa hari lepas hasil perbincangan Umno Kedah, katanya. Mahkamah Tinggi Alor Star hari membatalkan petisyen itu selepas keputusan mendadak calon BN itu.

Mengulas desas-desus wakil rakyat PKR kawasan itu Zulkifli Nordin akan menyertai Umno, Abdul Aziz berkata beliau tidak tahu tentang perkara tersebut. "Tetapi saya juga ada mendengar khabar angin itu," katanya.


- Malaysiakini

AR: Berkat benar do'a Y.B. Zul di Kota Suci Mekah.... Alhamdulillah, selamat kerusi Kulim di tangan PKR. Tahniah Y.B. Zul.

Blog Stats