Sumbangan ~ Tolong Klik.... Thanks.

Friday, December 26, 2008

JEMPUTAN : Kepada Semua Blogger, Muslimin dan Muslimat



JEMPUTAN PROGRAM CERAMAH SEMPENA AWAL MUHARAM@TAHUN BARU

TARIKH : 1 JANUARI 2009

TEMPAT : KEDIAMAN MENTERI BESAR PERAK

MASA : 10 PAGI

ANJURAN DATIN SERI FATIMAH TAAT.

SEMUA BLOGGERS,MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR.

PANAZZ!!! : Surat MAHATHIR Kepada Nik Aziz Berkenaan Penolakan HUDUD

Kah3....... UMNO dengan bangganya apabila DAP menolak HUKUM HUDUD.

Yang HAIRANNYA, UMNO nih kan PARTI Orang ISLAM, cammana mereka pun tolak HUDUD.

JOM KITA TERJAH, KITA BONGKAR!!!!!


JOM Kita Lihat Semula SURAT MAHATHIR KEPADA TOK GURU NIK AZIZ berkenaan "PENOLAKAN HUKUM HUDUD"!!!!!

----------------------------------------
PERDANA MENTERI MALAYSIA

YAB Tuan Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Menteri Besar Kelantan
KELANTAN

Y.A.B. Tuan Haji,

PENGUATKUASAAN KANUN JENAYAH SYARIAH II 1993
DI NEGERI KELANTAN

Rujukan : MB(KN)(S)16/6/(26)
Bertarikh 8 Jun 1994

Pihak kerajaan pusat sentiasa berpandukan kepada kebijaksanaan (
al-Hikmah) yang telah ditunjukkan oleh baginda Rasulullah SAW. dan juga para sahabat baginda khususnya al-khulafa ar-Rasyidun dalam melaksanakan ajaran Islam lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan hukum-hukum jenayah.

1. Jalan yang diambil oleh Kerajaan Pusat ini adalah juga berpandukan
kapada kaedah yang terdapat dalam sistem pemerintahan Islam iaitu
"tindakan pemerintahan adalah sentiasa bergantung kapada kepentingan ramai (muslihat umum)." Penguatkuasaan kanun jenayah yang digubal oleh Kerajaan PAS di Kelantan, menurut kajian sehingga setakat ini tidak menampakkan dan tidak menyakinkan pakar-pakar perundangan Islam yang tidak mempunyai sebarang kepentingan politik bahawa ia selari dengan ajaran dan kehendak Islam sebagaimana yang telah diuruskan dengan bijaksana oleh Rasulullah SAW. dan para sahabat.

2. Sepertimana yang Amat Berhormat sendiri sedia ketahui, KEADILAN
adalah ASAS yang paling utama ditekankan oleh agama Islam apabila
melaksanakan sesuatu perkara. Penekanan mengenai dengan keadilan adalah
sangat terserlah dalam ajaran Islam lebih daripada penekanan yang
terdapat dalam ajaran-ajaran yang lain dalam sejarah agama. Baginda
Rasulullah SAW. sewaktu mengembangkan agama Islam ialah usaha
menghapuskan ketidakadilan yang menjadi sebahagian daripada budaya
dizaman itu.

3. Tidak perlu bagi saya menyatakan disini betapa banyaknya terdapat
ayat-ayat Al-Quran yang menegaskan tentang pentingnya keadilan dan lebih banyak bagi ayat-ayat yang mencela sebarang jenis kezaliman. Disamping itu al-Quran juga sentiasa menggesa supaya dielak daripada terjadinya huru-hara dan Allah sendiri sangat tidak gemarkan kapada mereka yang menyebabkan huru-hara berlaku. Kita hanya bertindak balas terhadap sikap permusuhan dan serangan yang dilakukan terhadap kita. Di Malaysia, orang bukan Islam bukan sahaja tidak memusuhi kita tetapi mereka memberi kerjasama bahkan membantu kita dalam urusan-urusan yang bersangkutan dengan kegiatan dan amalan ajaran Islam.

4. Khusus mengenai undang-undang jenayah PAS di Kelantan, kajian awal menunjukkan dengan jelas bahawa undang-undang itu yang disediakan menerusi perjuangan sebuah parti politik ternyata bukan sahaja menyebabkan ketidakadilan aakan berlaku tetapi, sebaliknya ia akan membawa kezaliman. Kebenaran kenyataan ini adalah berdasarkan kapada keterangan berikut:

(i) Dakwaan bahawa undang-undang ini akan dikuatkuasakan hanya di kalangan orang Islam sahaja dan tidak digunapakai untuk orang bukan Islam akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara berlaku. Memang benar di zaman Nabi Muhammad SAW., orang Yahudi biasa dihukum di bawah undang-undang yang berada di dalam kitab Taurat mereka tetapi kitab Taurat mempunyai hukuman yang tidak berbedza dengan hukum-hukum dalam al Quran. Mereka yang berzina umpamanya, akan dihukum rejam sama seperti hukuman terhadap jenayah yang sama bagi orang Islam. Justru itu tidak ada perbedzaan sama ada penjenayah dihukum di bawah undang-undang
Islam atau Undang-undang Yahudi di zaman Nabi Muhammad SAW. Tetapi terdapat perbedzaan yang amat ketara di antara hukuman di bawah undang-undang yang ada sekarang dengan hukuman di bawah undang-undang jenayah yang dicadangkan oleh kerajaan PAS di Kelantan. Menghukum orang Islam dengan lebih berat tetapi orang bukan Islam dengan amat ringan untuk jenayah yang sama atau jenayah dilakukan bersama amatlah tidak adil dan merupakan satu kezaliman, sedangkan undang-undang PAS akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman berlaku, maka undang-undang PAS
tidak boleh diterima sebagai undang-undang Islam atau secucuk dengan undang-undang Islam ataupun selaras dengan ajaran Islam. Ia sebenarnya tertentangan dengan agama Islam.

(ii) Masaalah kesalahan merogol wanita, berdasarkan kapada undang-undang PAS, jika seseorang wanita yang belum kahwin melahirkan anak maka ini adalah bukti ia telah berzina dan akan dihukum mengikut undang-undang PAS, sedangkan apa yang sebenarnya berlaku ialah wanita itu adalah mangsa rogol. Mengikut undang-undang PAS jika ia menuduh perogolnya, tuduhan hanya boleh diterima sah jika terdapat empat orang saksi (yang terdiri daripada orang-orang yang baik, yang tidak melakukan dosa besar) yang menyatakan bahawa telah melihat dengan terang dan jelas bahawa yang dituduh telah merogol wanita berkenaan.

Seperti kita ketahui, melainkan dalam keadaan perang seperti di Bosnia diwaktu mana orang Serb merogol beramai-ramai wanita Bosnia, tidak mungkin jenayah merogol dilakukan di hadapan saksi-saksi yang terdiri daripada orang-orang yang baik. Jika saksi ini melihat dan mereka tidak menolong wanita berkenaan, mereka boleh dianggap sebagai bersubahat seperti penjenayah-penjenayah Serb bersubahat dengan perogol daripada kaum mereka. Jika ada pun saksi, dan mereka tidak membuat apa-apa untuk menolong mereka tidak boleh dianggap sebagai terdiri daripada orang yang baik, tetapi disebaliknya dianggap sudah bersubahat. Dengan itu tuduhan
mangsa rogol akan ditolak dan perogol akan terlepas.

Keadaan di mana mangsa rogol dihukum salah kerana melahirkan anak di luar nikah dan perogol dilepaskan sebagai tidak bersalah kerana tidak ada saksi adalah sama sekali tidak boleh diterima oleh sesiapa pun sebagai sesuatu yang adil, bahkan aia adalah satu kezaliman yang dahsyat.


5. Hukum Hudud Islam bertujuan untuk memberi keadilan kapada semua pihak. Ia bukanlah bertujuan untuk melakukan kezaliman. Undang-undang PAS jelas menunjukkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara akan berlaku. Justeru itu undang-undang yang disediakan oleh PAS bukanlah undang-undang yang menepati ajaran Islam. Ia hanyalah undang-undang ciptaan PAS yang bertentangan dengan penekanan oleh agama Islam yang menuntut supaya menghukum secara adil dan menolok sebarang kezaliman. Kerajaan Pusat akan sentiasa berpandu dan menerima ajaran-ajaran dan amalan Islam dari semua aspek tanpa diheret oleh kehendak organasasi politik yang mempunyai kepentingan yang lain daripada Islam dan kepentingannya .

6. Jika undang-undang PAS yang jelas mengandungi unsur-unsur
ketidakadilan dikuatkuasakan dinegara ini, dan jika ia dikatakan itulah
Hukum Hudud Islam maka umat Islam dan juga anggota masyarakat bukan Islam akan hilang kepercayaan Islam membawa keadilan untuk penganutnya. Ia juga memberi gambaran yang buruk terhadap agama yang suci ini dan menjejaskan imej orang-orang Islam di kalangan penganut agama-agama yang lain. Ia tetap akan menyebabkan penganut agama lain menjauhkan diri daripada agama Islam dan menyebabkan orang yang berminat memeluk Islam menolaknya.

7. Kerajaan Pusat tidak berhajat untuk bersubahat dengan PAS bagi
melaksanakan ketidakadilan semata-mata untuk kepentingan politik dan sokongan oleh orang yang telah diabui matanya. Kerajaan Malaysia yang sentiasa dan terus mempertahankan ajaran dan nilai-nilai Islam tidak dapat membenarkan Kerajaan Pas menjalankan sesuatu yang bercangah dengan prinsip keadilan dalam Islam, maka Kerajaan Pusat akan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadapKerajaan PAS demi menjaga maruah dan ketinggian martabat Islam dan penganut-penganutnya.


DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD

15 Julai 1994
----------------------------------------

UMNO dan HUDUD..... kah3!!! - malaysiakini

OK..... Kita perhatikan statement CHEDET, NAJIB dan DOLAH Tentang Hudud........ ISLAMKAH mereka???

1. 'Hukum rejam kepada penzina adalah primitif'. (Dr. Mahathir b.Mohamed : 3/3/94)

2. 'Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan. Ini sangat memalukan umat Islam kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja'. (Dr. Mahathir b.Mohamed : 14/7/92)

3.'Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tiada tangan dan kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum Hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama'. (Dr. Mahathir b.Mohamed : 2/5/92)

4. 'Saya akan memastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh BN tidak akan melaksanakan hukum hudud'. (Dr. Mahathir b.Mohamed : 1994)


5. 'Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam'. ( Dr. Mahathir b.Mohamed : 4/8/94)


6. 'Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasiq'. (Dr. Mahathir b. Mohamed : 3 Mac, Nilam Puri).

7. 'Apa erti negara Islam jika mundur'.
(Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi: 13/11/99)

8."tujuan menutup aurat ialah kerana di zaman Nabi, Arab jahiliyyah mempunyai nafsu yang kuat sehingga sering menculik dan merogol wanita daripada kabilah-kabilah lain. akibatnya ialah peperangan antara mereka yang tidak pernah tamat"
(Dato Seri Dr Mahathir Muhamad, 5 sep 1997, PWTC, perhimpunan Agung UMNO, Pita rakaman)

9."Apakah dalam keadaan Islam sudah lemah, hukum-hukum yang boleh melemahkan lagi orang Islam mesti dilaksanakan?"
(Ucapan Dato Seri Dr Mahathir Mohamad pada 3 mac 1994 di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan, Pita rakaman

10."Melaksanakan hukum hudud sehingga melemahkan orang Islam sehingga menjadi masyarakat kucar-kacir dan ditindas oleh orang lain tidak secocok dengan ajaran islam"
(Dato' Seri Mahathir Mohamad, Ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 ogos 1994, Pita rakaman)

11.'Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan'.
( Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak : 20/4/93)

ARef: Inilah antara pemimpin yang tidak beriman dengan ayat Al-Qur'an, menghentam Ayat Al-Qur'an dengan menggunakan AKAL FIKIRAN BERCAMPUR NAFSU DUNIAWI!!!!

MCA Jangan Bertindak Membabi Buta




tvPAS : Tindakan MCA Sudah Dijangka

Pemuda MCA Wilayah yang diketuai Chiew Lian Keng menyerahkan surat bantahan terhadap cadangan pelaksanaan hudud dan qisas.

Bantahan tersebut berikutan dari pendirian jelas daripada Dato' Husam mengenai perlaksanaan hukum hudud sekiranya Pakatan Rakyat berjaya membentuk Kerajaan Pusat sepertimana impian 16 September sewaktu majlis Wacana Transformasi Politik Malaysia malam Sabtu lalu.

Penyerahan tersebut di terima oleh Setiausaha Pemuda PAS Pusat, Ahmad Sabki Yusof di lobi Pejabat Agung PAS Pusat. Beliau menyatakan, sebarang penjelasan bantahan tersebut akan dijawab pimpinan parti.

Apa yang menarik perhatian dalam penyerahan bantahan tersebut, rancangan berdemonstrasi di hadapan bangunan Pejabat Agung PAS Pusat itu terpaksa dibatalkan memandangkan sambutan kehadiran rombongan tersebut sekitar 10 orang sahaja.

Hudud MCA Wajar Tarik Balik Bantahan, Jangan Bertindak Membabi Buta

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan mengesa Pemuda MCA Wilayah Persekutuan menarik balik bantahan yang dikemukakan kepada YB Dato Presiden Pas berkaitan dengan isu hukum Hudud dan Qisas.

Pemudawilayah telah meneliti isi bantahan berkenaan yang dihantar melalui sehelai surat yang ditandatangani oleh Sdr. Chiew Lian Keng pada petang semalam di Pejabat PAS Pusat.

Jelas dalam surat bantahan itu bahawa pemuda MCA tidak memahami hasrat dan konsep hukum hudud yang telah termaktub dalam Al-Quran. Kegagalan ini menyebabkan mereka bertindak membabi buta dan hanya berlandaskan kefahaman yang cetek tentang isu ini. - Pemuda Wilayah »



SUMBER : Thinking Of Life

Blog Stats