Sumbangan ~ Tolong Klik.... Thanks.

Friday, December 26, 2008

MCA Jangan Bertindak Membabi Buta




tvPAS : Tindakan MCA Sudah Dijangka

Pemuda MCA Wilayah yang diketuai Chiew Lian Keng menyerahkan surat bantahan terhadap cadangan pelaksanaan hudud dan qisas.

Bantahan tersebut berikutan dari pendirian jelas daripada Dato' Husam mengenai perlaksanaan hukum hudud sekiranya Pakatan Rakyat berjaya membentuk Kerajaan Pusat sepertimana impian 16 September sewaktu majlis Wacana Transformasi Politik Malaysia malam Sabtu lalu.

Penyerahan tersebut di terima oleh Setiausaha Pemuda PAS Pusat, Ahmad Sabki Yusof di lobi Pejabat Agung PAS Pusat. Beliau menyatakan, sebarang penjelasan bantahan tersebut akan dijawab pimpinan parti.

Apa yang menarik perhatian dalam penyerahan bantahan tersebut, rancangan berdemonstrasi di hadapan bangunan Pejabat Agung PAS Pusat itu terpaksa dibatalkan memandangkan sambutan kehadiran rombongan tersebut sekitar 10 orang sahaja.

Hudud MCA Wajar Tarik Balik Bantahan, Jangan Bertindak Membabi Buta

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan mengesa Pemuda MCA Wilayah Persekutuan menarik balik bantahan yang dikemukakan kepada YB Dato Presiden Pas berkaitan dengan isu hukum Hudud dan Qisas.

Pemudawilayah telah meneliti isi bantahan berkenaan yang dihantar melalui sehelai surat yang ditandatangani oleh Sdr. Chiew Lian Keng pada petang semalam di Pejabat PAS Pusat.

Jelas dalam surat bantahan itu bahawa pemuda MCA tidak memahami hasrat dan konsep hukum hudud yang telah termaktub dalam Al-Quran. Kegagalan ini menyebabkan mereka bertindak membabi buta dan hanya berlandaskan kefahaman yang cetek tentang isu ini. - Pemuda Wilayah »



SUMBER : Thinking Of Life

0 comments:

Post a Comment

Blog Stats