Sumbangan ~ Tolong Klik.... Thanks.

Monday, September 08, 2008

KELANTAN : Ihya Ramadhan

Assalamualaikum, memang unik, tersendiri, dan ianya suatu inisiatif yang paling berkesan hasil usaha bersungguh-sungguh TUAN GURU NIK AZIZ memakmurkan KELANTAN dan menjadikan KOTA BHARU sebagai BANDARAYA ISLAM yang pertama di Malaysia.








1) Program ini mula diwujudkan pada Ramadhan 1415 (1994) dan kini sudah berusia 14 tahun. Ia adalah idea Nik Aziz.
2) Dari program ini menunjukkan betapa bersungguh dan seriusnya Nik Aziz dalam mengembangkan syiar Islam di Kelantan dan mengekalkan Kelantan sebagai negeri Serambi Makkah.
3) Tujuan program ini diwujudkan ialah untuk menyemarakan suasana Ramadhan yang mahu jadikan bulan Ramadhan sebagai bulan penuh dengan kebajikan dan amal ibdat.
4) Sejarah awalnya atau tapak program ini ialah berhampiran setsen bas di tengah bandar Kota Bharu. Sebuah khemah khas seluas 12’ x 18’ didirikan di situ.Mulanya ia lebih untuk memberi kemudahan dan menyediakan tempat berbuka (juadah dan morel) dan solat Terawih kepada para peniaga, pemandu teksi, pengayuh beca yang tidak sempat pulang ke rumah dan juga kepada para musafir yang tidak sempat ke masjid.
5) Peringkat awal program ini diperkenalkan ia diketawakan oleh pihak tertentu dan menuduh ia adalah projek politik Pas. Pas dikatakan hendak menunjuk-nunjuk dengan program Islamnya. Namun cemuhan itu tidak dipedulikan. Program itu terus dijalankan. Dari setahun ke setahun ia mendapat sambutan. Dari sebuah khemah kecil kini terpaksa dibangunkan khemah yang berkali ganda besarnya dan tapaknya kini sudah berubah ke pekarangan stadium Sultan Muhammad Ke-IV. Prasarananya kini juga lebih selesa, menarik dan meriah apabila ia dijadikan Qaryah Ramadhan atau perkampungan Ramadhan.
6) Di perkampungan berkenaan programnya bukan saja lagi setakat mengerjakan solat sunat Terawih tetapi di situlah juga menjadi medium perhubungan ukhwah dan persaudaraan baik sesama muslim atau pun dengan bukan muslim apapbila majlis melibatkan bukan Muslim juga turut sama diadakan. Sesungguhnya program Ihya Ramdhan yang dipenuhi dengan segala macam menu itu sesuatu yang unik dan menarik.
7) Progam itu kini telah dimasukkan ke dalam kelendar Tahun Melawat Kelantan 2008, ini menyebabkan pelancung yang datang ke Kelantan bukan saja untuk membeli belah, melihat alam dan sosialnya yang berbeza namun turut sama beribadat.
MSO : "Adalah elok kalau pegawai Jabatan Islam Malaysia (Jakim) dan juga Pegawai-Pegawai Jabatan Agam Islam Negeri-Negeri atau Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi sendiri datang melihat bagaimana program itu berjalan kemudian mengkajinya untuk diangkat menjadi progam peringkat kebanggaan dengan beberapa pindaan dan ubahsuai mana-mana yang patut."
AR : "Seharusnya Program ini dicontohi di negeri-negeri lain dan diperkembangkan ke seluruh negara"
- Anak Reformasi.






HOT!!! - Inikah Akhlak Pemimpin UMNO??


Hot.... Hot..... Panas cam Pisang Goreng......


Pemimpin UMNO Penang, Ahmad Ismail sedang menurunkan gambar PEMANGKU PRESIDEN GERAKAN, Tan Sri Koh Tsu Koon. Inikah akhlak Pemimpin UMNO yang Minta dihormati ramai???





Anak Reformasi : Nasihat saya, "Don't try this at Home"....... hahahahaha, apa masalahlah mereka nih????

916 Tragedy : KENYATAAN AKHBAR MAJLIS PIMPINAN PAKATAN RAKYAT






8 September 2008

1. Pakatan Rakyat Menjunjung Prinsip Perlembagaan Persekutuan
Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang bersidang pada hari ini, 8 September 2008 dengan ini menegaskan penolakan kami terhadap usaha-usaha menyemarakkan politik perkauman yang sedang dilakukan oleh UMNO akhir-akhir ini.

2. Kami sekali lagi mengulangi pendirian menjunjung prinsip-prinsip dasar yang termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan. Ini termasuk soal-soal dasar seperti kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan dan menjamin kebebasan mengamalkan agama-agama lain, kedaulatan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan mempertahankan hak bahasa ibunda, kedudukan dan kedaulatan Institusi Raja-Raja Melayu serta kedudukan hak-hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera serta hak-hak semua kaum yang telah dijamin oleh Perlembagaan.

3. Sehubungan ini kami membantah ucapan yang dibuat oleh Dato Ahmad Ismail yang disokong oleh semua pemimpin UMNO Pulau Pinang.


Sekian, terima kasih.
YB Dato’ Seri Anwar IbrahimKetua Umum Parti Keadilan Rakyat
YB Dato’ Husam MusaNaib Presiden PAS
YB Lim Kit SiangKetua Ahli Parlimen DAP



Anak Reformasi : "Muafakat Membawa Bekrkat'

TAN SRI JOSEPH KURUP (PRESIDEN PBS) - Kemenangan Dibatalkan


Kesian.... kesian.... tuh aje, dalam hati aku bila mendengar berita pembatalan keputusan PILIHANRAYA UMUM KE-12 di kawasan Parlimen Pensiangan yang dimenangi oleh calon Barisan Nasional iaiatu Joseph Kurup. Aku bukan kesian dekat Tan Sri Joseph nih.... tapi, kesian kat BN, sebab apa? dah tuh PBS dah nak keluar daripada BARISAN NASIONAL dan ingin sertai PAKATAN RAKYAT.... jadi, Barisan Nasional akan gunakan segala senjata-senjata yang terakhir.



Anak Reformasi : dulu, monang tanpa bertanding.... UMNO sukolah... tapi, sebab PBS nak keluar BN dah..... dibatalkan ajo keputusan nih..... jangan ko lupa UMNO, ko masuk bertanding Pilihanraya Kecil nih, kau akan malu besar..... sebab apa? Tunggu dan lihat.

PANTUN MUFTI PERLIS


Anak Reformasi : Kalau negara sudah kacau, eloklah PAKLAH turun takhta drp jawatan PM, dan dah tahu ko tuh PENCURI, PAKLAH, janganlah pulak ko hambik NAJIB yang terang-terang PEROMPAK untuk cari ganti....... nih soal negara, bukan soal perut korang berdua......... dulu, kata tak mahu cari duit..... tapi sekarang dah jadi billionaire, tak puas lagi ke? turun, PAKLAH turun.... turun aje Dolah.... jangan degil-degil, kalau degil, lagi teruk ko dimalukan.......

MALAYSIA : Tarikh Penting Minggu Ini

Dalam minggu kedua Ramadhan ini, tanpa disangka-sangka, Malaysia mempunyai beberapa tarikh penting yang sedang dinanti-nantikan oleh Rakyat Malaysia dan Pemimpin-pemimpin politik tanahair.

  1. 7 Sept - 19 Sept, LAWATAN SAMBIL BELAJAR anjuran BNBBC kepada semua ahli parlimen BARISAN NASIONAL, bunyi nama program pun rasa nak tergolek aku gelak, bukannya sebab apa..... Barisan Nasional dah buat AHLI PARLIMEN mereka cam bebudak sekolah aje, nak lawatan sambil belajar..... kahkahkah.... gelak ajelah. berapa orang agaknya yang pergi?
  2. 9 Sept, Y.B. Zul akan mengemukakan tunjuk sebab kepada Jawatankuasa disiplin PKR berkenaan keterlibatan Y.B. Zul mengetuai Himpunan Aman Umat Islam membantah forum anjuran Majlis Peguam pada 9 Ogos. Hak nih, aku rasa ianya sekadar menjadi satu titik pertemuan dalam membicarakan tentang FORUM BAR COUNCIL tersebut dan sensitiviti Ummat Islam. Ianya perlu dibincangkan kerana untuk bagi keadilan kepada kedua-dua belah pihak sama ada daripada BAR COUNCIL dan juga Y.B. Zul, aku tak nampak ianya suatu kes yang besar, dan aku harap UMNO dan BN janganlah mainkan isu ini dengan sesuka hati.
  3. 10 Sept, Perbicaraan KES LIWAT II ke atas DATUK SERI ANWAR IBRAHIM.... Saya harap kes ini dapat digugurkan pada tarikh ini juga apabila DSAI mengemukakan ALIBI beliau pada tarikh 26 JUN 2008. Memang pelik betullah budak sayfool nih....... kalau dah gian sangat, janganlah main tuduh-tuduh...... yang peliknya lagi, Saiful tidak kemukakan saksi pun..... yang aku rasa nak tergelak pulak, geng2 pencacai UMNO cuba menyatakan ada DNA Sayfool bercampur DNA Anwar Ibrahim pada spender sayfool, aku rasa nak tergelak aje.... apa punya pencacailahhhhhh....... BERITA ntah daripada mana.... PENGARAH LIWAT II nih ramai sangat, tuh yang susah tuh....

Winning Strategies of Anwar Ibrahim - Mutharasan


TERBARU!!!!!!

Buku yang bertajuk "Winning Strategies of Anwar Ibrahim" hasil tulisan Mutharasan kini di pasaran. Buku ini diterbitkan oleh Focus Media Enterprise dengan harga RM25.00.


P/S: Buku ini tertumpu kepada usaha Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam usaha mengambil alih Malaysia daripada tampuk kerajaan Barisan Nasional...... Ianya agak menarik, namun saya pun sedang mencari di POPULAR BOOK STORE.

PERMULAAN TINTA CYBER ~ Anak Reformasi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....

Tanggal 8 September 2008 bersamaan dengan 8 Ramadhan 1429H (Isnin), blog Anak Reformasi dilancarkan tanpa perasmian, melainkan perasmian pada diri Anak Reformasi sendiri.



Pertamanya, Anak Reformasi ingin mengucapkan Salam Ramadhan dan Selamat Menajalani Ibadah Puasa.

Keduanya, Anak Reformasi berharap agar penjenguk-penjenguk ALAM CYBER berkunjung ke blog ini bagi berkongsi ilmu pengetahuan dan berkongsi cerita bersama-sama Anak Reformasi di sini.

Akhir sekali, Anak Reformasi sekadar ingin menyampaikan hasrat hati yang dah lama terbuku di hati untuk menghasilkan Blog Anak Reformasi ini bagi memperjuangkan Kebenaran Politik Malaysia Hari Ini.


Sekian, terima kasih.


"Selamat Berkunjung"


- Anak Reformasi.

Blog Stats