Disunting daripada : http://msomelayu.blogspot.com/2008/09/berjumpa-kota-bharu.html
1) Program ini mula diwujudkan pada Ramadhan 1415 (1994) dan kini sudah berusia 14 tahun. Ia adalah idea Nik Aziz.
2) Dari program ini menunjukkan betapa bersungguh dan seriusnya Nik Aziz dalam mengembangkan syiar Islam di Kelantan dan mengekalkan Kelantan sebagai negeri Serambi Makkah.
3) Tujuan program ini diwujudkan ialah untuk menyemarakan suasana Ramadhan yang mahu jadikan bulan Ramadhan sebagai bulan penuh dengan kebajikan dan amal ibdat.
4) Sejarah awalnya atau tapak program ini ialah berhampiran setsen bas di tengah bandar Kota Bharu. Sebuah khemah khas seluas 12’ x 18’ didirikan di situ.Mulanya ia lebih untuk memberi kemudahan dan menyediakan tempat berbuka (juadah dan morel) dan solat Terawih kepada para peniaga, pemandu teksi, pengayuh beca yang tidak sempat pulang ke rumah dan juga kepada para musafir yang tidak sempat ke masjid.
5) Peringkat awal program ini diperkenalkan ia diketawakan oleh pihak tertentu dan menuduh ia adalah projek politik Pas. Pas dikatakan hendak menunjuk-nunjuk dengan program Islamnya. Namun cemuhan itu tidak dipedulikan. Program itu terus dijalankan. Dari setahun ke setahun ia mendapat sambutan. Dari sebuah khemah kecil kini terpaksa dibangunkan khemah yang berkali ganda besarnya dan tapaknya kini sudah berubah ke pekarangan stadium Sultan Muhammad Ke-IV. Prasarananya kini juga lebih selesa, menarik dan meriah apabila ia dijadikan Qaryah Ramadhan atau perkampungan Ramadhan.
6) Di perkampungan berkenaan programnya bukan saja lagi setakat mengerjakan solat sunat Terawih tetapi di situlah juga menjadi medium perhubungan ukhwah dan persaudaraan baik sesama muslim atau pun dengan bukan muslim apapbila majlis melibatkan bukan Muslim juga turut sama diadakan. Sesungguhnya program Ihya Ramdhan yang dipenuhi dengan segala macam menu itu sesuatu yang unik dan menarik.
7) Progam itu kini telah dimasukkan ke dalam kelendar Tahun Melawat Kelantan 2008, ini menyebabkan pelancung yang datang ke Kelantan bukan saja untuk membeli belah, melihat alam dan sosialnya yang berbeza namun turut sama beribadat.
MSO : "Adalah elok kalau pegawai Jabatan Islam Malaysia (Jakim) dan juga Pegawai-Pegawai Jabatan Agam Islam Negeri-Negeri atau Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi sendiri datang melihat bagaimana program itu berjalan kemudian mengkajinya untuk diangkat menjadi progam peringkat kebanggaan dengan beberapa pindaan dan ubahsuai mana-mana yang patut."
AR : "Seharusnya Program ini dicontohi di negeri-negeri lain dan diperkembangkan ke seluruh negara"
- Anak Reformasi.
0 comments:
Post a Comment